21 Jun 2017

Lepas Putus Tahaluf Sekarang PAS Mahu Berbaik Dengan PKR...

PAS masih terbuka kerjasama dengan PKR, PPBM

PAS yang mengetuai Gagasan Sejahtera sebagai blok ke-3 masih terbuka untuk menjalin kerjasama dengan semua parti termasuk PKR dan PPBM, tetapi bukannya Amanah serta DAP, kata Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Naib presiden PAS itu dipetik Harakah Daily berkata, pelawaan itu terbuka kepada PKR dan PPBM, jika mereka hendak memutuskan hubungan dengan Amanah dan DAP untuk menjatuhkan BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).


Timbalan menteri besar Kelantan itu berkata, Gagasan Sejahtera yang terdiri daripada PAS, Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) sedia berdepan saingan pelbagai penjuru pada PRU14.

“Kita boleh bekerjasama dengan sesiapa sahaja kecuali PAN (Amanah) dan DAP, tidak kira apa bentuk hubungan seperti kerjasama atau persefahaman.

“Bahkan kita menawarkan kepada PPBM dan juga PKR untuk bersama kita, sekiranya mereka tidak berminat lagi dengan PH (Pakatan Harapan),” katanya dipetik Harakah Daily pada dialog bersama media sempena program berbuka puasa anjuran Pejabat Menteri Besar, semalam.

Pada muktamar 2015, PAS memutuskan hubungan dengan DAP. Ia juga berkeras tidak akan bekerjasama dengan parti serpihannya, Amanah.

Pada 12 Februari lalu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menutup pintu kerjasama dengan PPBM dengan alasan parti Islam itu tidak akan bekerjasama dengan parti yang mempunyai hubungan dengan DAP dan Amanah.

Pada 11 Mei lalu pula, Majlis Syura Ulama PAS mengambil keputusan menamatkan kerjasama hampir 18 tahun dengan PKR seperti yang diluluskan perwakilan pada Muktamar PAS ke-63, 30 April lalu di Kedah.

Parti Islam itu mendakwa PKR melanggar 3 syarat kerjasama, termasuk gagal menyokong PAS dalam agenda Islam dan menentangnya pada Pilihan Raya Kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar tahun lalu.

Dalam pada itu, Naib Presiden PKR, Tian Chua dalam reaksinya berkata, parti itu terbuka untuk menjalin kerjasama dengan PAS, tetapi mereka akan tetap bekerjasama dengan Amanah dan DAP bagi menghadapi PRU14.

Ahli Parlimen Batu itu berkata, parti reformasi itu akan mengkaji sebarang cadangan dikemukakan PAS.

“Kita akan mengkaji apa sahaja cadangan untuk bekerjasama, tapi pendirian kita jelas, kita akan bekerjasama dengan semua parti termasuk PPBM, DAP dan Amanah dan kita mengalu-alukan kerjasama dengan PAS.

Tapi bentuk ini kita boleh kaji,” katanya ketika dihubungi FMT malam ini.

PH ditubuhkan DAP, Amanah dan PKR pada September 2015, dengan PPBM secara rasmi menjadi parti komponen ke-4 pada Mac lalu.

Dalam Gagasan Sejahtera pula, PAS dan Berjasa membawa aliran politik Islam, sementara Ikatan berdasarkan konstitusionalisme.

Pada 15 Mei lalu, PAS mengumumkan hasrat Parti Cinta Malaysia (PCM) untuk menyertai Gagasan Sejahtera yang diasaskan pada 16 Mac 2016.

Bagaimanapun, Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan berkata, PCM perlu tahu hala tuju dan dasar Gagasan Sejahtera terlebih dahulu sebelum menyertainya.

April lalu, bekas ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yakin PAS akan memenangi sekurang-kurangnya 40 kerusi Parlimen, di samping memerintah 5 negeri, pada PRU14.

Ketika ini, PAS mengekalkan pentadbirannya di Kelantan, yang ditawan sejak 1990. -FMT

Amanah tidak pelik PAS kembali sudi bersama PKR, PPBM

KUALA LUMPUR: Amanah tidak pelik PAS sekali lagi mengubah pendirian mereka berhubung kerjasama dengan PKR dan PPBM.

Timbalan Presiden Salahuddin Ayub berkata sikap tiada berpendirian tetap sudah sinonim dengan pimpinan bekas partinya sekarang.

“PAS boleh buat keputusan hari ini, kemudian esok berubah, jadi saya tak pelik dengan ‘flip flop’ yang menjadi amalan pemimpin PAS hari ini,” katanya semasa sidang media di Ibu Pejabat Amanah hari ini.

Beliau mengulas Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang berkata Gagasan Sejahtera masih terbuka untuk bekerjasama dengan PKR dan PPBM untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14.

Bagaimanapun PKR dan PPBM perlu memutuskan hubungan Amanah dan DAP, tambahnya.

PKR dan PPBM serta DAP dan Amanah menganggotai Pakatan Harapan.

PAS mewujudkan Gagasan Sejahtera, yang dianggotai parti kecil seperti Parti Ikatan Rakyat Malaysia (Ikatan) dan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa). Parti Cinta Malaysia dilaporkan berminat untuk menyertai pakatan itu.

Pada 11 Mei lalu pula, Majlis Syura Ulama PAS mengambil keputusan menamatkan kerjasama hampir 18 tahun dengan PKR seperti yang diluluskan perwakilan pada Muktamar PAS ke-63, 30 April lalu di Kedah.

Sebelum itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 12 Februari menutup kerjasama dengan PPBM, dengan alasan mereka tidak mahu bekerjasam dengan parti yang mempunyai hubungan dengan DAP dan Amanah.

PAS memutuskan hubungan dengan DAP pada 2015. Amanah ditubuhkan bekas pemimpin veteran parti itu selepas tewas pada pemilihan parti tahun itu.

Dalam sidang media sama, Salahuddin memaklumkan senarai pucuk pimpinan Pakatan Harapan akan diumumkan selepas sambutan hari raya.

Ini kerana mereka gagal mencapai kata sepakat untuk memuktamadkan barisan kepimpinan PH sebelum Aidilfitri.

“Kita tidak ada masa untuk mengadakan mesyuarat beberapa hari ini kerana hari raya akan menjelang tidak lama lagi,” katanya.

Beliau berkata Majlis Presiden PH akan kembali bermesyuarat mengenai senarai kepimpinan pakatan dan logo bersama mereka selepas sambutan hari raya.

Sebelum ini Salahuddin berkata barisan penuh pimpinan PH akan diumumkan sebelum hari raya memandangkan gabungan itu sedang memperkemaskan senarai ahli jawatankuasa dan melakukan sentuhan terakhir ke atas logo PH.




ULASAN GB

Demikianlah betapa tidak karuannya PAS sekarang ini.

Dulu angkuh dan sombong kononnya PAS mampu bersendirian. Tetapi dalam masa itu dicari-carinya parti yang mahu bersamanya, terjumpalah IKATAN yang keahliannya cuma 72 orang. Lalu terbentuklah Gagasan Sejahtera. Apabila terdengar ura-ura PCM (Parti Cinta Malaysia) mahu menyertai Gagasan Sejahtera, heboh sekejap ... tetapi malang, bertunang pun tak jadi kerana ahli-ahli PCM yang kebanyakannya bukan-Melayu tidak dapat menerima PAS.

Dalam masa yang sama, PAS terus-terusan menabur fitnah dengan segala cercaan dan makian kepada DAP dan AMANAH. Kononnya DAP dan AMANAH menentang hudud sedangkan kita sudah beritahulama malah mereka sendiri menyedari mereka sudah diperbodohkan UMNO menegenai Hudud dan RUU. Ini diakui sendiri oleh Idris Ahmad, Naib Presiden PAS.


Bagi AMANAH, sekalipun dituduh sebagai parti nyamuk, namun terus mendapat sokongan rakyat dengan aktiiviti dan programnya tidak berhenti-henti setiap malam. Ada saja siaran LIVE di sana sini yang disiarkan di laman FB dan youtube dengan jumlah penontonnya ada kalanya mencecah puluhan ribu orang. Satu perkembangan baharu dan menarik dimana AMANAH kini menerajui penggunaan media baharu di dalam menyampaikan mesej perjuangannya kepada rakyat. Kewujudan MEDIA OREN yang merupakan "produk" AMANAH di setiap negeri membuktikan AMANAH sebagai parti yang serius menggunakan teknologi baharu di dalam perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan.

Apatah lagi AMANAH kini mendapat sahabat-sahabat baharu di dalam Pakatan Harapan selain dari sahabat lama iaitu PKR dan DAP. Kehadiran PPBM ataupun Bersatu menyemarakkan lagi nama Pakatan Harapan sebagai lawan sebenar UMNO-BN di dalam PRU14 yang akan datang ini.

PAS terus makin tersudut dan terpencil. Mungkin kerana kesedaran Nik Amar bahawa PAS bakal kecundang maka sebab itulah beliau kini menyuarakan kononnya "pintu kerjasama masih terbuka untuk PKR dan PPBM" walhal Majlis Syura PAS telah memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR.

UMNO tersenyum piuas dengan gelagat PAS ini. Sekalipun UMNO gagal untuk memujuk PAS untuk bersamanya di dalam BN, tetapi PAS telah termakan dedak dan umpannya untuk keluar dari pakatan pembangkang.

Dan PAS pula berhiruk pikuk menyatakan bahawa mereka ingin menjadi KING-MAKER! Seluruh makluk alam langit dan bumi ketawa berdekah-dekah dengan gelagat PAS itu.



RAYUAN SUMBANGAN

Saya amat memerlukan sumbangan tuan-puan untuk mendapat sebuah laptop berkuasa tinggi (i7) bagi kerja-kerja mengemaskinikan blog ini. 

Laptop GB yang ada kini sudah begitu lama dan tidak lagi dapat menampung kerja-kerja berat seperti pengeditan video, grafik dan live streaming. Ia mudah panas dan padam tiba-tiba menyebabkan pengemaskinian blog pun jadi tergendala. 

Justeru itu, GB dengan rendah hati merayu sumbangan dari tuan-tuan dan puan-puan untuk menghulurkan sumbangan bagi membantu GB mendapatkan sebuah laptop i7 yang baharu (jenama MSI atau ASUS) dengan cool-iced technology. Sumbangan boleh dilakukan ke akaun pemegang amanah tabung Kelab Greenboc seperti tertera di bawah ini:

Akaun Maybank: 104058248904
Nama: ZULKIPLY BIN HARUN

Maklumkan semua sumbangan sdra kepada email: greenboc@gmail.com

Semuga Allah membalas jasa baik tuan-puan dengan ganjaran berlipat ganda.

p/s Iklan ini akan dipadam apabila sumbangan telah mencukupi.






FEATURED ADS





19 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

.
.

Bila macam ini ada dua perkara yang boleh di anggap sebab nya..


Kenyataan berupa ugutan kepada UMNO. Kalau tak tambah dedak lagi maka lupakan lah untuk mendapat bantuan dari PAS.

Satu lagi, tak puas hati melihat hubungan dan kerjasama antara AMANAH dengan parti dalam PH semakin kuat. Ingat, PAS yang kata AMANAH akan terkubur lebih awal sebaliknya AMANAH terus bergerak dan kenyataan pemimpin AMANAH dinantikan dan di sambut dengan baik.

Mengapa letak syarat tidak ada hubungan dengan AMANAH dan DAP? Bukankah semasa putuskan hubungan dan tutup rundingan kerana PKR dan BERSATU tidak bersetuju dengan pembentangan RUU. Apa jadi dengan hukum Islan, hudud sehingga mengkafirkan orang ..

Mungkin Asyraf dan Jamil dah kurang minat cakap pasal RUU ?

Sekiranya ada yang berminat mengada kan kerjasama dengan PAS, jangan hanya sekadar menerima cadangan. Tolong pastikan perjuangan PAS ikut apa yang di perjuangkan oleh PH. Kalau setakat jatuhkan Najib, PAS akan mempermainkan PH dengan tujuan mereka selama ini untuk jadi King Makes.

Sebaik-baiknya lupakan lah PAS. Majoriti penyokong desak lupakan PAS semasa PAS bersedondon dengan UMNO. Dah elok-elok fokus pada PH dengan bertanding 3 penjuru nak ada kan semula rundingan ?

Muhyiddin sendiri keciwa kerana keputusan PAS sering berubah-ubah.

Jadi jangan cari masalah dan buat penyokong menyampah dengan pemimpin PH. !

Tanpa Nama berkata...

Nie strategy pas ke, strategy ameno nie... Huru hara la puppet nie... Kate nak jadi king maker... Nie bukan strategy king nie.. nie strategy macai...
;

Tanpa Nama berkata...

Mana2 parti PH yang mendekati PAS akan dianggap pengkhianat. Ingat rakyat bukan buta, bukan bodoh nak dengar alasan mengapa kamu mendekati PAS. Rakyat akan protes PKR mahupun PPBM, lebih baik rosak undi dari menyesal kerana memberi undi kepada parti2 yang nak bersekongkol dengan PAS yang jelas track recordnya adalah pengkhianat rakyat Malaysia. Sebagaimana kami memberi undi kepada PAS dalam pru yang lalu namun dengan angkuh menikam rakyat dari belakang atas dasar pemikiran politik Islam kamu yang sempit. Jadi PKR dan PPBM SILA NYATAKAN pendirian kamu dengan PAS, supaya kami dapat memberi sokongan atau mengajar kamu cukup2 dalam PRU14.

Tanpa Nama berkata...

Istiqamah

Tanpa Nama berkata...

Ini bukan uturn ini pusing roundabout tawap 88 kali mcm belit serban kat kepala yang berserabut. Inilah wajah2 agamawan akhor zaman yg mengejar duniawi. Seorg kata nak kejasama yg sorg pulak kata kagum dgn keislaman umno. ŤITM PULAK KATA BN N UMNO TAK PERLI DIKALAHLAN KERANA GST. Esok akan ada lagi yg cakap lain pulak. Last2 tuan presideng akan bersuara so walaklah dgn amanat tuang presideng. N lepas no pusing roundabout.lagi mencari2 habuan. Begitulah wajah busuk khadam2 dajjal akhir zaman ini yg bertopengkan agama. Walaun sure marah n akan sama2 tawap roindabout. Yahoo jadilah merry go around. Putar jgn tak putat lagi byk outaq lg byk masyuk.

Sam San berkata...

Huh. Wajah munafik dikesan.

Tanpa Nama berkata...

MUSTAHIL PAS KAN DITERIMA KEMBALI KE DLM PH.
1)Pas dah tercemar dgn rm90juta, umnobn akan gunakan isu ni mematikan PH nanti. 2)Pas hadi lepas kematian tgna sengaja berlaga dgn rakan komponen PR demi memihak dgn najib. 3)Pas hadi bersama umnobn najib sengaja wujudkan ruu hudud utk temberang ahli & penyokong2 pas supaya terus dpt sokongan.

HANYA SATU JALAN SAJA.
titm bersama ahli2 dan penyokong2 terpaksa keluar PAS-1mdb-rm90juta dan masuk PH atau Amanah (pas tgna).

PARTI PKR sendiri akan mati sekira berkerjasama dgn parti PAS yg tercemar dgn Isu RUU Hudud & penerimaan rm90juta yg tak halal.

Tanpa Nama berkata...

Pas sememangnya sedar...dgn bergerak bersendirian, ia bermakna mereka sedang menempah 'maut' pada pru akan dtg...
Usahlah walaun2 pura2 buat tak tahu hakikat ini... sejarah tidak pernah menipu...

nick berkata...

Tak habis2 PAS ni dengan kerja2 karut mereka. Bukankah dah putuskan hubungan dengan PKR bulan lepas tapi tup-tup bulan ni pulak ajak PKR berkerjasama dengan mereka semula. Ni Parti naynyuk ka atau Parti Selipar Jepun (flip-flop). Memang betul apa yang dikata Salahuddin, cakap2 yang kuar dari mulut longkang pemimpin2 PAS langsung tak boleh pakai. Mereka takdak prinsip, takdak moral dan walaupun pakai serban dan jubah mereka lebih jahil tentang Islam dari rakyat biasa yang ada kat Mesia ni. Biarkan je lebai2 nyanyuk dan mereng tu dok meroyan sorang diri. Jangan dilayan puak2 hipokrit ni sebab tak ada faedah langsung mereka tu untuk PH. PAS sudah ada Pas Ikatan Gabungan Sejahtera atau singkatannya PIGS. Biarlah PIGS duduk sesama mereka meroyan dan berangan2 dalam kubang mereka. Bak kata omputeh "don't wrestle PIGS in the mud. The PIGS will like it but you will only get dirty".

Nick.
Cape Tiger.

Tanpa Nama berkata...

Percaya lah akan ada pemimpin bodoh dari PKR yang akan berlumba lumba mamasuki jerat gang 90m ini.

Sudah bosan dengan kebodohan pemimpin2 PKR ini. Nak bagi tahu satu kali lagi, tujuan gang 90m hanya satu, membantu Bn menang PRU akan datang walau parti sendiri hancur pun takisah.

Tanpa Nama berkata...

Depa tak nak menang pun.. cuma nak bg banyak penyetaan je. So buat ape nak susah2 dgn parti daun trop nie... Semua kasi hangus duit deposit calon pas... habis cerita...

Tanpa Nama berkata...

Setuju...tak guna berkawan dgn org yg jenis flip flop dan suka u turn... masuk gabungan boleh buat masalah jea... lebih baik tak payah...

Tanpa Nama berkata...

Setuju...dulu aku pun pas pior... panjat pokok psg bendera parti... bersengkang mata jaga takut pengundi hantu masuk kg... kini tidak lagi... skrg bersama amanah...

Tanpa Nama berkata...

Kita putar lagi bang... wang besar...wang besarr... kihkihkih... kesian walaunn

Tanpa Nama berkata...

Setuju... Amanah = pas tgna

Tanpa Nama berkata...

Nik Ammar ingat PBBM dan PKR bodoh matematik mcm dia ka..? kalu tanpa DAP camna nak menang kwsn majoriti Cina..

Nampak sgt ni arahan BN..pimpinan PAS dah jd barua Najib.

Tanpa Nama berkata...

Parti syok sendiri

Saadun Sulaiman berkata...

Mengapakah pemikiran Nik Amar dan para pemimpin PAS yang lain kelihatan bercelaru saperti mereka yang hilang akal dan sasau?

Bila sudah di putuskan ikatan dengan PKR dan yang lain lain, dok diam sahaja lah. Mungkin kah telah mendapat petunjuk bahawa di PRU ke 14 nanti PAS akan hanyut saperti mana yang berlaku pada akhir tahun 2014 dahulu bila banjir "MERAH" melanda Kelantan di mana sehingga kini masih ada mangsa yang belum terbela sepenuh nya!!! atau takut hilang kemewahan dunia yang baru di kecapi. Lain kali sebelum melakukan apa apa tindakan laku kan lah dengan pertimbangan akal yang sempurna. Ini semua gara gara kesialan "CHAI" yang di asas kan oleh Mokhtar Sneak di muktamar PAS tahun 2015 dahulu. Kepada mereka yang masih mempunyai sekelumit iman, elok tinggal kan sahaja PAS yang sudah semakin mabuk dan merapu. Tak tahu lah kalau kamu semua berkaedaan demikian.

Tanpa Nama berkata...

skrg pas trbhagi dua satu yg syok dgn ruu dn satu lg yg tk brcakap tpi memhmi apa tmberng yg brlaku dn condng ke ph.pd prkn di uatra yg lalu mrka ni brmatian mmbntu ph wlpn ada arahn memboikot.