21 Jun 2017

AMANAH Cabar Rahman Dahlan Ulangi MO1 Itu Ialah Najib

Amanah cabar Rahman Dahlan ulang kenyataan tentang MO1

Amanah hari ini mencabar Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan mengulangi kenyataannya tahun lalu berhubung isu siapa Malaysian Official 1 (MO1).

Pada 7 Ogos 2016, menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dilaporkan berkata, siapa MO1 bukan perkara misteri dan hanya orang bodoh tidak tahu siapa orang itu.


Cabaran itu dibuat Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub susulan saman terbaharu difailkan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) mengenai siapa MO1.

“Sekarang kita nak cabar beliau di atas pendedahan terbaru DoJ ini, adakah sekali lagi Rahman Dahlan berani menyatakan orang itu adalah Najib.



“Beliau juga seorang anggota Kabinet yang harus bertanggungjawab terhadap apa yang dikatakan salah laku dalam urus tadbir negara yang sangat besar kesannya.

“Dengan liputan antarabangsa hari ini, isu tersebut tidak boleh dibiarkan dengan hanya membisu dan mengelak soalan daripada wartawan kerana ia memberi kesan kepada maruah rakyat negara kita.

“Sikap membisu ini tidak boleh memberi apa-apa faedah dan keuntungan, pihak yang terlibat harus memberikan satu jawapan dalam isu ini,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Amanah hari ini.

Khamis lalu, DoJ memfailkan permohonan untuk merampas aset yang didakwa diperolehi menerusi dana diseleweng daripada 1MDB, antaranya lukisan mewah, kapal layar, barang kemas dan hak cipta 2 filem komedi.

DoJ dalam siasatannya mendapati kecurian lebih AS$4.5 bilion (RM19 bilion) berlaku dalam 1MDB melibatkan pegawai atasan dan sekutu mereka.

Dokumen lebih 250 muka surat itu turut menyenaraikan 27 barang kemas yang dihadiahkan kepada isteri MO1 berjumlah AS$1.3 juta (RM5.5 juta) daripada taikun kelahiran Pulau Pinang, Low Taek Jho, atau Jho Low, yang kini dipercayai berada di China.

Dokumen yang dikeluarkan DoJ itu merupakan rentetan daripada kertas siasatan yang diumumkan pada Julai 2016, di mana pihak berkuasa AS membuat permohonan menyita aset yang dikaitkan dengan wang 1MDB berjumlah lebih AS$1 bilion.

VIDEO BERKAITAN





ULASAN GB

Satu dunia sudah tahu MO1 itu ialah Najib, Jdi seperti katan Mahathir memang bangang jika pemimpin UMNO cuba untuk menyatakan MO1 itu bukan Najib.

Hanya yang bangang sahaja yang tidak kenal Najib sebagai Pegawai Malaysia Nombor 1. Dan mereka sahaja yang masih sanggup menerima Najib sebagai pemimpin mereka.

Wahai pemimpin Umno berhentilah dari menipu diri. Kamu tahu Najib bersalah. Kamu tahu Najib tidak layak menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Sememangnya nama Najib tidak disebut secara lansung kerana DoJ menghormati asas-asas diplomasi antarabangsa untuk tidak mencemarkan nama mana-mana pemimpin negara yang masih berkuasa secara terus-terang.

Tetapi disana ada ungkapan MO1 yang dengan jelas merujuk kepada Perdana Menteri Malaysia iaitu Najib Razak. Bukankah seorang menteri kabinet sendiri, Rahman Dahlan pernah mengakuinya?

GB sudah berulangkali menyatakan hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. Dan Mahathir kini seperti mengulangi dakwaan GB yang selama ini berpegang kepada hukum kebenaran dan keadilan.

Benang basah tidak mungkin ditegak. Percubaan pemimpin-pemimpin Umno mendakwa Najib tidak bersalah tidak mungkin menjadikannya tidak salah.

Tuduhlah, kecamlah, makilah. Yang salah tetap salah.

Sindrom penafian (denial syndrome) yang melanda Najib dan pemimpin-pemimpin UMNO tidak boleh menutup hukum kebenaran dan keadilan itu.

Malah segala tindakan mengugut, mengancam, menekan dan menindas samasekali tidak boleh menghalang hukum kebenaran dan keadilan itu terus berjalan. Lagi banyak ugutan, ancaman, tekanan dan penindasan dilakukan lebih besar balasan yang bakal menimpa Najib dan para pendedak UMNO.

Itu keyakinan orang beriman, itu keyakinan orang yang berpegang kepada hukum kebenaran dan kadilan dan hukum Ilahi.

Najib dan UMNO serta para pemakan dedaknya (tidak kira apa jawatan dan dari parti apa pun) hanya menunggu masa!





RAYUAN SUMBANGAN

Saya amat memerlukan sumbangan tuan-puan untuk mendapat sebuah laptop berkuasa tinggi (i7) bagi kerja-kerja mengemaskinikan blog ini. 

Laptop GB yang ada kini sudah begitu lama dan tidak lagi dapat menampung kerja-kerja berat seperti pengeditan video, grafik dan live streaming. Ia mudah panas dan padam tiba-tiba menyebabkan pengemaskinian blog pun jadi tergendala.

Justeru itu, GB dengan rendah hati merayu sumbangan dari tuan-tuan dan puan-puan untuk menghulurkan sumbangan bagi membantu GB mendapatkan sebuah laptop i7 yang baharu (jenama MSI atau ASUS) dengan cool-iced technology. Sumbangan boleh dilakukan ke akaun pemegang amanah tabung Kelab Greenboc seperti tertera di bawah ini:

Akaun Maybank: 104058248904
Nama: ZULKIPLY BIN HARUN

Maklumkan semua sumbangan sdra kepada email: greenboc@gmail.com

Semuga Allah membalas jasa baik tuan-puan dengan ganjaran berlipat ganda.

p/s Iklan ini akan dipadam apabila sumbangan telah mencukupi.






FEATURED ADS





Tiada ulasan: