24 Jan 2017

[VIDEO] PAS Alat BN, Bermuka-muka & Buang Masa Pembangkang...

Pas hantar 'diplomat' bermanis-manis muka, kata Husam

Penasihat Amanah Kelantan Datuk Husam Musa menyifatkan terdapat dua paksi dalam Pas yang perlu difahami supaya gabungan parti pembangkang tidak membuang masa ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) semakin hampir.

"Tidak dinafikan ada dua paksi dalam Pas. Bila Pas nak berunding dengan rakan-rakan pembangkang untuk melengahkan mereka, Pas akan hantar Datuk Tuan Ibrahim dan Datuk Mustafa Ali sebagai 'diplomat' untuk bermanis-manis muka, membuang masa pembangkang.


"Tetapi yang memegang keputusan utama adalah komponen pemimpin yang lain. Kalau kita gagal memahami kedudukan ini kita akan diheret," tegasnya ketika slot 'hard talk' yang turut dihadiri Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Mahathir Mohamad di Ampang malam tadi.

Sehubungan itu, beliau berkata, strategi tiga penjuru boleh digunakan ke atas Pas di Kelantan pada pilihan raya akan datang jika parti tersebut menganggu gabungan pembangkang di luar negeri itu.

"Ada pelbagai cara. Saya melalui Amanah Kelantan menggunakan strategi tiga penjuru Pas ke atas parti itu. Mereka kena ingat strategi yang sama boleh dikenakan terhadap Pas di Kelantan.

"Dengan strategi tiga penjuru, bukan saja Pas akan hilang kerajaan yang satu-satunya Pas ada tetapi InsyaAllah parti yang menjadi alternatif kepada Barisan Nasional di Kelantan adalah Bersatu, Amanah dan Pakatan Harapan.


"Dalam konteks Pas di Kelantan, sokongan utama kepada Pas datang dari saluran 1 tetapi daripada kajian, saya dapati mereka juga paling tinggi menolak kerjasama Pas-Umno. Jadi, jangan terkejut kalau Amanah menang di Kelantan," jelasnya diikuti tepukan gemuruh hadirin di dewan De Palma Hotel Ampang itu.

Mengulas lanjut tentang kewujudan PPBM, Husam dalam slot yang dimoderatorkan pensyarah Dr Maszlee Malik itu berpendapat parti berlogokan bunga raya berkenaan penting dalam menangkis ketakutan orang Melayu.

"Saya sangat menghargai Bersatu kerana membantu menghilangkan kebimbangan orang Melayu jika mereka ingin menukar kerajaan. Tempat Umno itu sudah ada pihak yang datang bersama dalam susunan pembangkang dengan syarat ada sinergi dengan gerakan Datuk Anwar Ibrahim.

"Pembangkang sampai tahap sekarang adalah sebab hasil inisiatif Datuk Anwar Ibrahim dalam menyatukan gerakan-gerakan di luar BN. Peranan Dr Mahathir sangat penting dan kritikal pada masa ini. Bersatu mesti lebih berperanan jika kita ingin berjaya," ujarnya lagi.

Forum tersebut yang mengisi slot dalam Majlis Makan Malam anjuran Amanah Titiwangsa dan Seputeh turut menyaksikan deklamasi puisi oleh Sasterawan Negara, A. Samad Said serta persembahan muzik kumpulan Tremolo dan Wayfarers.


Salahuddin: Blok ketiga itu alat BN


Parti Amanah Negara (AMANAH) berpendapat gabungan beberapa parti yang membentuk "blok ketiga" adalah alat untuk memecah-belahkan pembangkang.

Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Ayub, berkata ia terhasil daripada suatu perancangan sulit dan rapi pihak yang berkenaan selepas Pakatan Harapan (HARAPAN) kian mendapat sambutan daripada rakyat.

Dalam kenyataannya Salahuddin berkata, disebabkan itu kewujudan blok ketiga itu dijangka boleh memberi sumbangan kepada kemenangan BN.

Justeru, katanya, rakyat mesti diyakinkan bahawa kewujudan blok ketiga terbabit memang perancangan rapi untuk melemahkan pakatan pembangkang.

"AMANAH dan parti rakan dalam HARAPAN dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) akan melaksanakan kempen besar-besaran ke seluruh negara supaya rakyat benar-benar faham bahawa pakatan blok ketiga adalah proksi BN walaupun mereka menegaskan mereka tidak bersama BN,"
katanya.

Ketika beberapa parti bergabung dalam HARAPAN, PAS bersama beberapa parti lain membentuk kerjasama berasingan dan menganggap mereka sebagai "blok ketiga".

Ia diwujudkan sebagai satu lagi pilihan kepada pengundi selain BN dan HARAPAN.

BERSATU cuba membawa PAS menyertai HARAPAN namun mereka bertegas menolak kerana enggan bekerjasama dengan AMANAH serta DAP.

Beberapa pihak pula menganggap PAS mengambil sikap begitu kerana mengikut percaturan mereka, parti berkenaan memiliki kelebihan dengan tidak menyertai HARAPAN.

Salahuddin berkata, pada masa sama AMANAH menganggap BERSATU sebagai parti yang boleh diteladani.

Alasannya - parti itu dilihat bersegera memperkukuh posisi mereka bersama HARAPAN untuk "menentang kezaliman BN" yang didakwanya mengalami skandal terbesar ketika ini.

"Rakyat wajib menolak parti politik yang hanya ingin menjadi King Maker dan kelihatan pro-BN.

"Ini adalah parti yang tidak boleh dipercayai sama sekali untuk diberikan mandat dalam PRU14 akan datang,"
katanya.
-mk




VIDEO BERKAITAN











FEATURED ADS



8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PAS dengan UMNO kahwin sudah.Nikah je belum.Memang PAS suka Berzina.

Malaysiabaru berkata...

UCAP TAHNIAH KPD SALAHUDIN

langah silat politik telah bermula setelah Tun beri tempoh tamat.

Salahudin yg cool penyabar tak byk cakap pun boleh agak BLOK KETIHA ALAT BN UNTUK PECAH UNDI PELBANGKANG'

AZMIN ada berani nak kata macam ni? Dah jelas timb presiden berjasa kata tak mahu lawan kerusi umno supaya ketuanan melayu kekal.

Azmin masih cuba menjilat telur Pas... Sehingga saat akhir undian pru14. Azmin patut umumkan penkgianatan pis thdap pakatan. Kesesatan PIS dalam bwragama. Kebodohan berpolitik.

Jika azmin hanya pandai bagi DEDAK maka bagilah kpd penyokong atas pagar pis dan harum manis.. Kelirukan mereka spt mana PAs mahu undi mereka yg keliru..

Tahniah salahudin yg sudah bersuara dan memberi penjelasan KE SELURUH NEGARA BAHAWA BLOK KETIGA (PIS BOW TIE BERDUSTA) ADALAH PROXY BN)

PEMBANGKANG HANYA SATU PAKATAN HARAPAN. !!! ( tidak termasuk azmin Ali dan kartelnya)

Mulai hari ni semua blog seluruh dunia harus tumpukan kpd blok ketiga itu proxy bn)

Perkuda berkata...

pendirian pas mengikut pemikiran hadi yg terpengaruh dgn syiah.

pendirian yg mengelirukan. luar lain dalam lain. takiyyah.

kulitnya sunni, ckp2nya membela syiah.

begitulah mulutnya mengaku hendak jatuhkan bn, perbuatannya mencintai bn. kita perlu merasa aman bila pas tidak dapat menyembunyi penolakan terhadap PH. jika pas bermanis muka dgn PH, maka ia sgt bahaya.

sgt benar pas mengatakan bukan hendak menang pru...kerana kemenangan adalah hadiah pas kpd umno... hadiah kemenangan yang dibungkus dengan pengkhianatan terhadap rakyat.

dan kita yakin habuan kpd pemimpin takiyyah pas sgt besar dpd umno .. kpd penyokong bawahan teruskan bertakbir seperti biasa.. teruskan memikul tin milo seperti biasa. katanya pas perjuangan ini perlu istiqomah dan jgn tk wala, nnti masuk neraka.

matakanan berkata...

Benar kisah dalam al quran bab dajjal , itu pasti akan datang. Tetapi dajjal yang di ceritakan itu juga perumpamaan pada batang tubuh manusia.Negara malaysia makin hari makin rosak oleh sifat sifat dajjal itu dan ada lagi kumpulan manusia yang bersubahat , rupa nampak alim tapi sayang bawa sifat sifat dajjal, cakap berpusing pusing. mereka amat bijak bab agama tetapi tidak dapat beza sifat sifat dajjal yang di bawa oleh pimpinan kerajaan pusat. kepada semua umat islam cari lah parti yang membawa kesejahteraan dan kebahagiaan hidup. kerana kita islam dah percaya pada allah serta hukum hukum dalam al quran, bila kuasa berada di putrajaya in shaa allah hukum hukum islam dapat di tegakkan.

Tanpa Nama berkata...

Perlu di beritahu sudah berapa kali rundingan dengan wakil PAS dan apa pendapatan kedua-dua wakil tersebut dalam rundingan tersebut

Kedua-dua wakil tersebut mesti ada pendapat mereka yang disimpulkan untuk di serahkan pada Hj Hadi.

Mengambil kira perangai dan sikap Hj Hadi, cadangan kedua-dua wakil tersebut ditolak mentah-mentah kerana di luar rundingan kenyataan-kenyataan pemimpin PAS jelas 'mengunci'kan sebarang usaha untuk bertolak ansur.

Oleh itu, kini masa nya untuk Tuan Ibrahim dan Mustafa untuk berunding dengan Hj Hadi. Sampai bila duduk dibawah ketua yang macam Hj Hadi.

Lama kelamaan dengan mereka berdua jadi sebiji macam Hj Hadi.

Tanpa Nama berkata...

Kenyataan pemimpin PAS mengatakan Mahathir cemburu dengan pengaruh PAS dan sebenarnya berharap pada PAS setelah gagal menarik sokongan melayu terutama ahli UMNO adalah kenyataan orang yang tidak sedar diri. Kerana Mahathir lah yang mengumumkan rundingan dengan PAS sia-sia dan ditamatkan !

Bukan nya PAS.

PAS ini King Maker atau Mat Jenin sebab nak buat keputusan takut-takut cuma berani buat perhimpunan.

Kutuk LKS yang sanggup menghulur kan salam perdamaian kerana melihat negara di musnahkan oleh Najib. Padahal LKS di tuduh macam-macam dan walaupun sedar akibat buruk dari merendahkan diri, LKS buat jugak.

Jika pemimpin PAS rasa kuat jangan bertanding di Marang dan Kota Bahru. Seburuk-buruk LKS, dia kalahkan MB Johor.

Tanpa Nama berkata...

Jangan layan pas. Jangan ajak pas masuk ph.. Kalau pas masuk ph aku yakin ramai pengundi muda xnak undi mana2 sbb nampak ph dan umno sama2 parti yg busuk...pas bakal membusukkan ph... Pemimpin ph sila buka mata kuas2 yg busuj tetap busuk xperlu lah diambil masuk ph utk membusukkan lagi ph.kuatkan kerjasama parti yang ada...bgmana kalau Pan dan dap pula Fedup dgn cara pkr manjakan pas maka dap dan pan pula lari tinggalkan ph..lagi menagis xbrlagu ph tiada langsung undi dr pengundi cina...... fikir fikirkanlah wahai pkr...

Malaysiabaru berkata...

Memang betul kita tak perlu layan pas

Tapi ada yg tolol dlm ppbm spt kalutludin mat nor yg masih mengharapkan pas. Mahu bincamg ....

Katanya ASALKAN PAS BERSAMA PPBM DAN PKR itu sudah cukup biarpun PAS NAK LETAK CALON DI KAWASAN DAP DAN AMANAH !!!

NAK TANYA PPBM ? INI PAKATAN HARAMJADAH MCM MANA ?

PKR PPBM PAS
. VS
UMNO DAP AMANAH

pencen aje lah kalutludin mat nor .. Kalau strategy otak mcm udang pasir puteh.