23 Jan 2017

[VIDEO] PPBM Akan Sertai PH, Tinggalkan PAS - Mahathir

Pas rumitkan pengukuhan pembangkang, akui Tun M

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui Pas merumitkan pengukuhan gabungan pembangkang dalam mendepani Umno-BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

"Kita mahu semua parti yang tidak bersetuju dengan Umno-BN bersama dalam satu badan gabungan. Pada waktu ini, kita dapati ada Pakatan Harapan yang mengandungi tiga parti dan Bersatu (PPBM) di luar juga Pas yang berada di luar. Seboleh-bolehnya semua parti ini perlu berada dalam satu gabungan.


"Malangnya, hari ini kita dapati parti Pas sendiri mempunyai pendirian yang menyukarkan proses perpaduan iaitu Pas menyatakan tidak akan bersama dalam satu gabungan yang terdapat DAP dan Amanah," ujarnya dalam sesi 'Hard Talk': Menjana Harapan Rakyat di Ampang malam tadi.

Menurut bekas Perdana Menteri itu, PPBM sedang cuba untuk meyakinkan Pas supaya berada dalam gabungan parti pembangkang yang lebih besar bagi mencapai kemungkinan untuk menang.

"Malangnya sehingga kini, kita tidak dapat persetujuan walaupun ada beberapa perbincangan yang dihadiri pemimpin Pas yang diwakili Tuan Ibrahim dan Mustafa Ali tetapi Presiden (Pas) Haji Hadi tidak dalam sebarang perbincangan.

"Mereka tidak menolak tetapi pada masa sama tidak bersetuju. Kita berada dalam keadaan serba-salah. Kita memberi masa kepada mereka dan memberi pandangan kita kepada mereka untuk berbincang," jelasnya sempena Majlis Makan Malam anjuran Amanah Titiwangsa Seputeh itu.

Lanjut mendedahkan sikap dingin Pas, Mahathir yang baru-baru ini digelar Najib sebagai 'jaguh U-turn' itu bertegas bahawa PPBM akan menyertai Pakatan Harapan sekiranya Pas masih bersikap sedemikian.

"Mereka (Pas) sudah dapat syarat-syarat yang dikemukakan oleh parti Bersatu. Walaupun sekian lama, belum lagi beri jawapan tetapi hasrat parti Bersatu, jika Pas tidak hendak menyertai Pakatan Harapan ini, parti Bersatu akan berada dalam Pakatan Harapan.

"Ini bermakna dalam pilihan raya, kita mungkin tidak mendapat satu lawan satu. Kalau Pas meletakkan calon-calonnya akan ada pertandingan tiga penjuru. Besar kemungkinan mereka yang menentang BN akan berbelah bahagi antara Pakatan Harapan dengan Pas. Akhirnya, yang mendapat kemenangan BN.

"Oleh itu, kita berpendapat bahawa sesiapa yang meletakkan calon untuk memecah-belahkan pembangkang maka mereka itu sebenarnya adalah penyokong Datuk Seri Najib," tegas Mahathir lagi. -MD

VIDEO HARD TALK



VIDEO BERKAITAN









FEATURED ADS



18 ulasan:

abrarmujahideen berkata...

Parti kera sumbang

Tanpa Nama berkata...

Akhirnya AMANAH berjaya usir PAS dan sekali gus mengantikan tempat PAS sebagai pembangkang.

Kedudukan PAS bukan sebagai Pembangkang dan bukan salah-satu komponen dalam BN. Begitu juga PAS bukan bebas sebab PAS berparti.

PAS adalah berkecuali. Dalam semua isu samada kenaikan harga barang, GST, pendidikan, kepincangan sistem, PAS berkecuali.

Yang PAS mampu buat ialah ajak rakyat beragama Islam berdemo sebagai sokongan RUU.

Tanpa Nama berkata...

Apa lagi Hj Hadi, Nasarudin dan Abduh, jangan berteka-teki dan bersyarat-syarat dengan UMNO.

U turn kemana lagi? Jalan sudah jadi Jalan Sehala.

Jadi lah King Problem Maker.. tak ada problem pun buat atau cipta lah apa-apa problem yang boleh mengenai agama. Kalau tidak, sedikit demi sedikit, sedar-sedar PAS dalam perigi buta.

Tanpa Nama berkata...

Selepas ini apa alasan pun yang pemimpin PAS beri.. ingat " sesiapa pun yang meletak calun maka mereka itu adalah menyokong 1MDB, GST, HUTANG BERBILLION-BILLION, JHO LOW, FOREST CITY, RASUAH DAN DEDAK. "

Semata-mata kerana satu keinginan Hj Hadi menjadi hero RUU (tapi tewas 2 x) maka segala kejahatan dan kebatilan di usung sekali ke neraca akhirat.


Pemimpin PKR jangan lagi nak buat sepakan percuma seperti Faiz Subri.
Kalau sayang Hj Hadi dan Abduh, sila buat parti baru dan join Blok ke 3.


Exco PAS jangan tunggu di suruh letak jawatan. Malu lah Islam.

Malaysiabaru berkata...

Inilah hebatnya TUN

Silat politik yg sungguh pragmatik

Segala dosa tun kami dah maafin

Inilah yang KAMI NANTI NANTIKAN

KEHANCURAN UMNO MELALAUI PSRGADUHAN SESAMA SENDIR

KAMI HANYA MENUNGGU ZAHUD HAMIDI MELALUI PENYOKONGNYA SAHAJA UNTUK BERTINDAK MENGANCURKAN UMNO DARI DALAM..

SEGALA YG KAMI HAJATI DAH JADI

TUN DI USIR NAJIB. MUHYI DI PECAT. TINGGAL ZAHID DI PENJARA OLEH NAJIB DI SG BULOH... MAKBUL DOA KAMI OH ALLAH.

STRATEGY TUN UTK TAMAT MASA UTK PIS ADALAH YG TERBAEK. CONCENTRATE PERKUKUH PH

TRIDAK AKAN ADA DUA PEMBANGKANG YAKNI PEMBANGKANG PRO BN DAN PEMBANGKANG ANTI BN. YANG AKAN ADA HANYA SATU

PEMBANGKANG ANTI BN.

AZMIN KO DAH DGR BAPAK KO BERKATA... TAMATKAN RIWAYAT PAS. TINGGAL ANNOUNCEMENT DARI KAU MIN
' PIS DI KEPALAI AJARAN SESAT ' PIS DINKENXING NAJIB BAB HUDUD' PIS SELEWENG MINDA RAKYAT DGN JUAL AGAMA ' PIS ADALAH AL ARQAM AYOH PUN ALMAUNAH !!!

CEPAT AZMIN MANGKOK ALI BUAT ANNOUNCEMENT HINA PIS SECUKUPNYA DAN SAPATKAN 38% PENYOKONG ATAS PAGAR DAB HARUM MAnis DARI PAS!!

Tanpa Nama berkata...

AMANAT HADI

"Percayalah. Kita menentang UMNO bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional (BN), bukan kerana nama BN. Kita menentang dia kerana dia menegakkan perlembagaan penjajahan, mengekalkan peraturan kafir."

"Oleh kerana itulah kita berjuang melawan mereka. Percayalah saudara- saudara, perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad dan kerana itu kita berjuang dengan puak-puak ini, kalau kita mati kerana berlawan ini, mati kita adalah mati syahid, mati kita adalah mati Islam."

"Kita tidak payah masuk Yahudi, kita tidak payah masuk Kristian, kita tidak payah masuk Hindu, kita tidak payah masuk Buddha tetapi kita akan menjadi kafir dengan mengatakan politik suku (asing), agama suku."

Tanpa Nama berkata...

ANSWER I HANYA SATU SHJ. U PERGI BERGABUNG DENGAN UMNO. WE WILL NOT ACCEPT U YG NAK BAWA FAHAMAN SYIAH DI MALAYSIA. REMEMBER 1 UNDI TO PAS = U SETUJU AGAMA SYIAH BERKEMBANG DI M,SIA YG SKG SDG MEMBUNUH SELURUH UMAT ISLAM FAHAMAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH. REMEMBER SYIAH ADALAH SATU AJARAN YG SENGAJA DIKEMBANGKAN SUPAYA DPT MENGABURI MATA SELURUH DUNIA BHW ISLAM NI BURUK. SO PLZ THINK ABT IT.

Lelaki Dicermin berkata...

Sekira di sini ada org2 kuat pemimpin PH dan bersatu..cepat2 lah buat apa yg ketua pemuda AMANAH war2kan.. cepat2 bagi ceramah di pelusuk negara terang perangai pimpinan pas.. supaya semua rakyat malaysia faham.. kalau tidak jgn mimpilah PH hendak memerintah putrajaya.. aku boleh jangka.. kalau PH berceramah di seluruh negara.. hendak hampir PRU 14 nanti ramai MP dan adun Pas melompat..baiah.. dah terbatal masa tu.. tuang presiden begitu bangga.. tenaga kerja kami ramai.. ahli kami ramai..sudah jatuh bangun 60 tahun.. jgn jadikan kami anak tangga. Apa punya naib presiden dunia.. tolak campur bagi dan darab jawapan 21 kerusi.. ingat semua rakyat malaysia semua bodoh mcm walaun2 tu ke.. 60 tahun 21 kerusi.. boleh mendabek dada... malulah dgn pkr.. dan dap.. 21 belum tolak lagi tu..teror pas sikit dr MIC..

Malaysiabaru berkata...

Anon 1236

Hadi bukan sj nak kembangkan syiah Wal ayumul (sws) tetapi agenda ayoh hadi pin lebih jahat

Duit tokoh korporat Iran 2.8b us telah lesap. Wang ini di bawa ke Malaysia. Wang haram.

Ayoh hadi pin nak nego bawa balik duit haram ke tehran. Nego nego sampai akidah pun masuk gol.

Kerana komisyen duit haram syiah Wal syumul ini ayoh hadi pin sanggup lupakan kezaliman Najib dan kezaliman allepo.

Ayoh hadi pin mat komisyen 2.8b ni lah yg ahli pis pas tunggu jadi imam mahdi..taubatlah.. Tinggalkan pas.

Malaysiabaru berkata...

BETUL TU

KAMI MAHU PH IDENTIFY SETIAP PENYOKONG ZAHID KOMEDI DAN BERGABUNG MENJATIHKAN NAJIB

ZAHID + PH = NAJB TUMBANG

NEXT STEP

AZMIN YANG RAPAT DGN PAS PERLU MULAKAN LANGKAH AWAL JV DGN PENYOKONG ATAS PAGAR PAS HARYM MANIS. BIAR AMANAH YG MENYUSUP MASUK BAGI PIHAK AZMIN.

AZMIN HANYA PERLU SEDIAKAN DEDAK (UTK SEMENTARA) UTK GOYANG IMAN HIPIKRIT PAS NIH.

ZAHUD KOMEDI (PENYOKONG) + 38% HIPIKRIT DLM PAS = KEMENANGAN PAKATAN HARAPAN

JOM BUAT TUNGGU APA LAGI !!! ALLAH ADA BERSAMA MERESTUI FORMULA INI !!!

JAKA berkata...

hari ini berita kesediaan Lim Kit Siang utk bergabung dgn pas asalkan pas menerima agenda lebih besar menyelamatkan Malaysia dpd kehancuran dan kleptokrasi.

hadi pula berkata sedia bergabung asalkan pas jadi ketua dan agenda utama adalah ruu.

amat terharu bilamana org bukan islam yg dicop kafir harbi sedia menghulur tangan demi Negara terlebih dahulu daripada org yg mengaku pewaris Nabi saw. ini mengingatkan kita akan kesediaan tun bertemu anwar di mahkamah dan bersalam demi Negara.

org yg dianggap pas sebagai kerashati iaitu tun blh berkorban hati demi Negara.

LKS yg dituduh kafir harbi anti islam dll pun sedia berkorban hati demi Negara.

amanah pun begitu juga masih membuka pintu rundingan hingga ke saat akhir.

yg tinggal hanyalah hadi seorang. apakah beliau akan mempertahankan keegoan melampau ketika mana semua peimpin pelbagai aliran sedia bersatu hati dn mengenepikan perbezaan dan ego masing2 demi Negara?

apakah hadi masih mensyaratkan utk dia pas jadi ketua dan tetap mengutamakan ruu dpd menyelamatkan Negara?

hadi perlu ingat jika hari ini mat kelept boleh gadai Negara demi nafsu, apakah jaminan ruu akan ditegakkan bila ianya blh dijadikan bahan dagangan dan ugutan dpd kuasa asing mendesak nanti? bukan ruu tidak penting, tetapi apakah guna ruu jika Negara terjajah?

apa guna ruu Kelantan jika Kelantan sendiri pun tidak selamat ditangan pas. jika umno dpt Kelantan apakah sebab mereka nk tunduk pada ruu hadi? lu sapa... ketika itu.

pemimpin yg menipu rakyat, menipu sumpah setia dihadapan YPD Agung ketika mendapat kuasa tidak heran pun dgn desakan pas dan hadi.

jika Kelantan tidak stabil dan parah ekonominya, apakah ruu dpt memperbaiki social masyarakat? dan apakah rakyat akan hormat dan peduli ruu jika nk makan pun jadi susah?

sekarang pemimpin2 politik Malaysia sedang menunggu2 jawapan hadi.. adakah masih ada hati utk memperjuangkan nasib rakyat atau tetap dgn keegoannya?

jika hadi seudi bersama perjuangan rakyat, ada satu perjanjian lagi perlu dipatuhi.. iaitu JGN KHIANAT SELEPAS BERJUANG BERSAMA. jgn lompat menyokong klepet selepas menang.

dan yg paling penting jgn cuba memberi ruang kepada syiah iran utk menyebar kesesatan yng akan menjahanamkan akidah dan nyawa umat islam yg dikafirkan oleh syiah.


seluruh Negara dan rakyat sedang memerhati dan menunggu hati... jam terus berdetik dan masa terus berjalan dan akan ada penamatnya utk pas dan hadi.

ingat. pilihan didepan hadi bukan bersama PH atau bn saja.. pilihan didepan ialah bersama perjuangan suci atau bersama pengkhianat. dan pen sejarah sedang berada dikertas utk mencatat pilihan apakah yg akan terus tercatat dalam tinta sejarah.

jika ada pemimpin pas mengatakan lihatlah betapa kuatnya pas hingga dap pun mengharap sokongan pas.... maka sombong ego adalah perangai iblis dan syaitan semata2... walau ditutupi dengan serban dan jubah yang mahal.

Tanpa Nama berkata...

Org yg tiada pendirian dan was2 adalah kawan setan..

Tanpa Nama berkata...

Tuan tidak sepatutnya cakap macam itu.. itu bukan memujuk. Lagi memalukan Hj Hadi ada lah.

Mana nak letak muka kalau keluar gambar dia ber pegang tangan dengan LKS orang yang dulu menghulurkan salam perdamaian dan dengan Tun Mahathir yang di hormati sebagai pemimpin yang hebat.

Mana nak letak Hj Hadi?

Itu sebab Hj Hadi ambil jalan short cut untuk jadi Ketua yang memimpin ketua-ketua yang lain.

Tanpa Nama berkata...

Bagus! lepas jang wat lawak bagi 'deadline' kat PAS lagi ye..

Tanpa Nama berkata...

Ada dua gabungan parti yang besar dan kuat. PH/PPBM dan BN.

Mana-mana parti yang tidak bergabung dengan salah-satu dari gabungan tersebut adalah parti picisan.

Beberapa parti kecil yang berkerjasama dengan BN walaupun tidak bergabung tetap berusaha untuk bergabung dengan BN. Namun kerana tidak disenangi oleh pemimpin parti yang kuat maka di tunda-tundakan oleh pemimpin dalam parti yang terasa terancam. Pokoknya parti-parti tersebut tidak boleh di luar dari salah-satu gabungan tersebut.

Dasar yang di buat oleh PAS, apa sekalipun akan sama dengan salah-satu dari dasar kedua-dua gabungan tersebut. Ia itu samada PH/PPBM atau BN.

Yang membuatkan PAS bertahan lebih lama ialah kerana PAS mengguna isu agama. Walaupun ramai tidak bersetuju dengan pendekatan yang di ambil oleh PAS namun sebab ianya mengenai agama maka hampir semua umat Islam tahu apa yang diperkatakan oleh pemimpin PAS.

Lalu pemimpin dan penyokong nya mengatakan PAS kuat.

Malaysiabaru berkata...

UCAPAN TAHNIAH KEPADA AMANAH

SALAHAUDIN DAN SANY HAMZAN YANG MULA MENYERANG PAS SETELAH TUN TAMATKAN TAWARAN KOD PAS

' PAS ALAT BN SEBAGAI BLOK KETIGA ' - SALAHUDUB

' KETIDAK MAHUAN PAS KERJASAMA DGN PAKATAN HANYA UNTUK PEMBANGKANG ber PECAH belah supaya umno boleh menang . PAS MAHU KUTIP PENYOKONG YANG KELIRU siapakah pembangkang sebenar - SANY HAMZAN

Tanpa Nama berkata...

hadi tknk jd ketua. dia nk jd punahsihat supaya org punah lbh punah lg.

nk minta jd ketua apa kejadah...ahli sendiri pun dihalau.

dh dpt jd ketua kpd kadir sheikh fadil kira ok la tu.

napa tk minta jd ketua dr najib. kan dh kawan.

najib mungkin blh pertimbang tp sanggupkah hadi berdepan kakmah?

hahahaha

Tanpa Nama berkata...

PRU 14... BN vs PR+BERSATU+WARISAN = PAS 0 Seats(tutup kedai)