15 Dis 2016

[VIDEO] Mahfuz: Kenapa Aku Bertindak Berbeza Dengan Pendirian Partiku

Namanya Dato Mahfuz Omar, ahli parlimen Pokok Sena dan merupakan seorang bekas Naib Presiden PAS. Beliau ialah salah seorang anggota G-18 dari kumpulan progresif yang menghadiri perhimpunan "Jasamu Dikenang" di Jeram Muar pada Jun 2015 dimana terhasilnya DEKLARASI BAKRI yang memutuskan sebuah parti baharu ditubuhkan.

Setelah sebuah NGO bernama Gerakan Harapan Baru yang kemudiannya mewujudkan Parti Amanah Negara, majoriti anggota Geng 18 menyertainya tetapi Mahfuz memilih untuk kekal di dalam PAS.


Namun sikap dan tindakan beliau untuk terus berada di dalam PAS telah menyebabkan PAS menjadi pening dan mabuk kerana Mahfuz sentiasa bertindak berbeza dengan pendirian partinya, PAS.

Di dalam parlimen, beliau masih bersuara lantang mengkritik dan membelasah dasar-dasar kerajaan Barisan Nasional, tidak seperti anggota PAS yang lain yang tiba-tiba menjadi tikus mondok, tak tahu untuk berhujjah setelah 6 orang ahli parlimennya yang terdiri dari professional dan pemidato yang hebat telah menyeberang ke parti Amanah.

Di saat partinya sentiasa mengambil sikap berkecuali di dalam undian belah bahagi di parlimen, Mahfuz pula mengambil tindakan disebaliknya. Beliau mengambil pendirian yang seiring dengan rakan-rakannya di dalam Amanah dan Pakatan Harapan.

Beigtu juga dengan perhimpunan BERSIH. Sekalipun PAS mengambil pendirian untuk tidak menyertainya, Mahfuz hadir di kedua-dua BERSIH 4 dan BERSIH 5 untuk menyatakan sokongannya terhadap perjuangan BERSIH.

Masyarakat umum mengetahui dan melabelnya sebagai "harum manis" - satu istilah untuk menggelar mereka yang diluarnya diluarnya hijau tetapi di dalamnya oren, di zahirnya PAS tetapi di dalam hatinya sudah Amanah!

Mahfuz belum menyertai Amanah tetapi beliau telah menghantar anaknya bernama Muhammad Mujaheed Mahfuz untuk menyertai parti itu.

Kendatipun demikian, PAS masih belum memecat Mahfuz seperti mana mereka tidak teragak-agak memecat Husam Musa di Kelantan.

Sebelum ini GB ada mencabar PAS untuk mengambil tindakan terhadap ahli parlimen dan ADUN-ADUNnya yang menyertai BERSIH, tetapi ternyata PAS tidak berani melakukannya. Pelbagai alasan diberikan oleh PAS untuk menutup kegentarannya untuk memecat kononnya tidak mendapat laporan dan seumpamanya.

Soalnya kini, bersediakah PAS kehilangan wakil rakyat mereka di parlimen dan DUN yang kini semakin susut bilangannya setelah ramai meninggalkan parti itu untuk menyertai AMANAH?

Lagi dipecat lagi ramai yang menyertai AMANAH menjadikan AMANAH semakin kukuh dan kuat. Dan lebih ramai ahli-ahli PAS yang lain akan menyeberangi ke AMANAH sepertimana yang berlaku ke atas pemecatan Husam Musa di Kelantan.

Kita mengalu-alukan PAS memecat wakil-wakil rakyat itu. Ada berani?

Mahfuz lantang di dalam dan di luar parlimen. Hujjah-hujjahnya mantap dan tidak mampu ditangkis oleh kawan dan lawan.

Semalam, di dalam satu majlis ceramah anjuran Amanah Tangga Batu Melaka, Mahfuz memberikan sebab-sebab mengapa beliau mengambil pendirian yang berbeza dengan partinya.

Diantaranya beliau mempersoalkan mengapa kita harus berpisah diantara satu sama lain hanya kerana kita berbeza dari sudut parti politik.

Beliau meluahkan rasa tidak gembiranya dengan pendekatan politik ektreme dengan sikap yang menuduh mereka yang meninggalkan parti dan menubuhkan parti lain sebagai pengkhianat.

"Ini bukan pendekatan politik yang boleh membawa kepada kesejahteraan. Nabi yang kita peringati di dalam setiap kali sambutan keputeraan Nabi tidak pernah mengajar kita memutuskan hubungan silatur-rahim di kalangan umatnya," ujarnya.

Mengulas mengenai pendekatan "satu lawan satu" Mahfuz menyatakan ia bergantung kepada cara bagaimana kita berfikir di mana jika kita berfikir dengan cara yang serupa maka kita akan bertemu pada titik yang satu.

"Kita kena bersatu, untuk apa? Untuk negara kita. Kita tidak boleh mumutuskan (hubungan) diantara satu sama lain. Kita mesti eratkan hubungan kita ini. Kita mesti berganding bahu dan melangkah bersama untuk masa depan negara.

Ikuti seterusnya penjelasan Mahfuz di dalam klip video di bawah ini.






FEATURED ADS



19 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

yg betul Tuan Mahfuz nie nk kena belah aje kuatkan Amanah tak yah dok dlm Pas ... lupakan parti Pas dah busuk dlm dan luar .. kuatkan Amanah apa guna klau takleh tegur ketua ... Dont wast yo time ...CHOW

Tanpa Nama berkata...

Terbaikkk lah yb..

Lelakidicermin berkata...

Agak2 berapa org walaun2 tersedar bila apa yg di ulas oleh mahfuz ni..kpd walaun2.. tolong keluarkan firman atau hadis... di benarkan putus hubungan dan persaudaraan..

Dynamic Hijrah berkata...

Sgt setuju...mengapa Dato Mahfuz duk tggu lg?adakah PAS masih Parti Islam?dh byk bukti PAS sudah menyimpang jauh dari Islam oleh itu berlepas dirilah dari parti yg sudah tergelincir dari Islam. Bersama segera dgn parti Islam yg baru,berjuang dan mati dlm perjuangan Islam ini.

Safwan_Mokhtar berkata...

Ada bagusnya juga jika dato mahfuz kekal dlm pas, suara beliau insyaallah akan menyedarkan ahli2 lain yg tersesat di landasan perjuangan yg sebenar..harap kekal sbg harum manis

MO1 berkata...

Bila PAS nak saman Sarawak Report ??? Kalau tidak maka dalam pikiran saya PAS sudah makan Najis Babi ( Rasuah ) RM 90 Juta dan secara tak segan sedang berusaha nak bentang RUU355. Memang jadi keliru PAS nie.

Tanpa Nama berkata...

Nanti lebai marah
Bukanlah lebai maksum
Takbuuur....

Tanpa Nama berkata...

Biar mahfuz hentam pas dari dalam. Biar cepat sikit pas tergolek.

Tanpa Nama berkata...

Sepatutnya yang buat kerja Mahfuz ialah Tuan Ibrahim dan juga Iskandar. Pendirian Mahfuz tetap berpegang pada PAS cuma berbeza dengan beberapa pemimpin yang lain.

PAS menegur dan membangkang kalau perlu bukan memberi nasihat kerana mustahil JPM tidak ada pakar dalam perkara-perkara tertentu.

Mungkin Tuan Ibrahim dan Iskandar akan di hukum jika mereka mengambil pendekatan yang sama. Atau memang Tuan Ibrahim dan Iskandar redha dengan pemikiran Hj Hadi yang terkeliru.

Melihat secara luaran (gaya) Mahfuz, dia di pandang sebagai pemimpin yang tidak setanding pimpin yang lain tetapi dia tahu siapa musuh yang sebenarnya. Dia tahu mana yang tidak baik dan faham dengan helah UMNO. Ini menunjukkan ahli PAS memilih pemimpin yang berwatakan orang alim dan pandai menyebut ayat Quran walaupun tindakan pemimpin mereka bertentangan dengan cara yang bersesuaian dan yang masuk akal.

Sedar kah mereka, secara tidak langsung Mahfuz memalukan Tuan Presiden tapi yang mereka kutuk ialah penyokong PH khusus nya AMANAH yang berpendirian sama dengan Mahfuz.

Tanpa Nama berkata...

Tak faham betul. Siapa yg putus hubungan sebenarnya? Agak nyanyuk jugak penyokong PAN ni. Rasanya Hj Hadi ke yg keluar PAS agak mereka. Yg stay lg tu Mat Sabu & gerombolannya... Kompius den...

Tanpa Nama berkata...

Masalah utama Pas ialah Lobai Hadi bersama walaunta2 serban besaq tong sampah yang baru begitu taksub dengan Tuang Presideng

Tanpa Nama berkata...

YB Harumanis ni baka yang terbaik. Senang dibiakkan di merata tempat. Saya sedang tunggu benihnya. Anda semua?

Tanpa Nama berkata...

Hello anon 6:58 PG

Orang keluar PAS tubuh AMANAH bukannya putus silatur-rahim. Yang putuskan silatur-rahim ialah orang yg menuduh orang lain pengkhianat dan terus memaki hamun mereka yg telah meninggalkan PAS. Bingai betul kamu ni.

Tanpa Nama berkata...

Sepatutnya yang buat kerja Mahfuz ialah Tuan Ibrahim dan juga Iskandar. Pendirian Mahfuz tetap berpegang pada PAS cuma berbeza dengan beberapa pemimpin yang lain.

PAS menegur dan membangkang kalau perlu bukan memberi nasihat kerana mustahil JPM tidak ada pakar dalam perkara-perkara tertentu.

Mungkin Tuan Ibrahim dan Iskandar akan di hukum jika mereka mengambil pendekatan yang sama. Atau memang Tuan Ibrahim dan Iskandar redha dengan pemikiran Hj Hadi yang terkeliru.

Melihat secara luaran (gaya) Mahfuz, dia di pandang sebagai pemimpin yang tidak setanding pimpin yang lain tetapi dia tahu siapa musuh yang sebenarnya. Dia tahu mana yang tidak baik dan faham dengan helah UMNO. Ini menunjukkan ahli PAS memilih pemimpin yang berwatakan orang alim dan pandai menyebut ayat Quran walaupun tindakan pemimpin mereka bertentangan dengan cara yang bersesuaian dan yang betul.

Sedar kah mereka, secara tidak langsung Mahfuz memalukan Tuan Presiden tapi yang mereka kutuk ialah penyokong PH khusus nya AMANAH yang berpendirian sama dengan Mahfuz.

2nd attempt..

Tanpa Nama berkata...

Waktu dlm pas hadi halau keluar tubuh parti baru,bila dah tubuh parti baru dikata pengkhianat pula.Bangang punya walaun.Amanah sentiasa bukan pintu silaturrahim tp pas yg menolak.Islam apa tu walaun. Islam apa yg smpi sanggup tindas org asli semata2 kerana duit balak.Boleh walak tp kalau perkara salah pun nk walak tu bukan walak namanya.tu namanya "BODOH"..

Tanpa Nama berkata...

Tuan Ibrahim tuan man dah jadi pengampu...xtunjuk cara islam pun...malah tunjuk cara lebih busuk dr org kapir harbi yg slalu mrk laung2 kan

Zali M berkata...

Walaun walau pun sedar tetapi kerana wala' tidak bertempat terpaksa akur dgn kehendak Hj Hadi dan kepimpinan ulama'.

UMNO PARTI PENJARA berkata...

UMNO BODOHKAN PAS - PAS Xde Dlm Kabinet Baru UMNO-PAS
Sumber Berita

>>> Klik Di Sini <<<

UMNO PARTI PENJARA - Anak Muda Tak KEBULUR Jawatan Dlm UMNO!
Sumber Berita

>>> Klik Di Sini <<<

Pukulan Maut Anak Johor - Kami Tidak Mahu Menjadi Kuli Batak UMNO Lagi!
Sumber Berita

>>> Klik Di Sini <<<




Sumber Berita
http://blog2-politik.blogspot.my/
http://blog2-parti.blogspot.my/
http://blog2-pakatan.blogspot.my/
http://blog2-barisan.blogspot.my/
https://blog2-pas.blogspot.my/
http://blog2-umno.blogspot.my/
http://blog2-pkr.blogspot.my/
http://blog2-dap.blogspot.my/
http://blog2-yb.blogspot.my/


10 Facebook Paling Berpengaruh Di Malaysia
http://www.facebook.com/facebookmalaysia
10 Facebook Politik Paling Berpengaruh Di Malaysia
http://www.facebook.com/facebookpolitikmalaysia

Tanpa Nama berkata...

zamam muda.. siang malam duk maki amno.. dh sampai tua nk mampus berbaek ng amno.. tuan presiden ni kategori dop au bende.. prinsip cap ayam.. krn amanat tuan presiden di bangol peradung la.. rakyat kampung jd pecoh beloh.. jd dop bersatu hati.. pulau memulau sesame jemaah.. jemaah pas je ade kunci syurga.. amno kayu api nerake.. sikalang.swing pulok.. comolot ng amno.. senjata ruu355 punye pasal..masyarakat jd punoh.. 1999 dpt tganu.. tganu lebur.. xmenang2 pah sudoh.. kenape ye? saje tanye.. jgn maroh.. geng2 maksum