14 Dis 2016

PPBM & PH Meterai Perjanjian, Tetapi PPBM Mahu Terus Runding Dengan PAS

HARAPAN, BERSATU bentuk pakatan pilihan raya

Ketiga-tiga parti di bawah Pakatan Harapan (HARAPAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) secara rasmi membentuk pakatan pilihan raya bagi memastikan pertandingan satu lawan satu dengan BN pada pilihan raya umum akan datang.

Ketiga-tiga parti di bawah HARAPAN- PKR, DAP dan AMANAH bersetuju mewujudkan gabungan parti-parti pembangkang dengan BERSATU sebelum pilihan raya umum akan datang dengan tujuan membentuk kerajaan selepas pilihan raya.


Empat parti itu hari ini menandatangani tujuh perkara dalam perjanjian bersama kerangka kerjasama berkenaan.

Mereka juga setuju berbincang dengan parti-parti yang masih belum menandatangani perjanjian tersebut bagi memastikan hanya satu calon mewakili pembangkang bagi menghadapi BN.

PKR diwakili oleh Presidennya, Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail, manakala AMANAH diwakili presiden parti Mohamad Sabu.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin menandatangani perjanjian itu bagi pihak parti masing-masing.

Keempat-empat parti itu akan menubuhkan sebuah jawatankuasa teknikal bersama untuk membincangkan pembahagian kerusi dan manifesto bersama.

Langkah awal

Mengenai mengapa BERSATU bukan sebahagian daripada HARAPAN, Wan Azizah berkata pemeteraian perjanjian itu hari ini merupakan "langkah awal kepada segala-galanya".

"Kita sudah bekerja bersama-sama, gabungan itu hanyalah formaliti .... Hari ini, kita mempunyai pendatang baru. Kita ada BERSATU," katanya.

Begitu juga, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, sebuah gabungan memerlukan parti-parti mengambil satu langkah pada satu-satu masa.

"Ini adalah pakatan pilihan raya pertama (antara empat parti) dan kita akan lihat bagaimana ia berfungsi.

"Perkara boleh berubah, kita perlu fleksibel," katanya.

Bekas perdana menteri dan Pengerusi BERSATU Tun Dr Mahathir Mohamad bagaimanapun tidak hadir pada mesyuarat itu. -mk

VIDEO BERKAITAN



ULASAN GB

PPBM akhirnya bersama dengan Pakatan Harapan sekalipun tidak menyertai sebagai salah satu komponennya.

Namun kita berpandangan positif. Ia merupakan langkah awal kepada segala-galanya.

PPBM masih menaruh harapan untuk mengajak PAS bersama sekalipun pemimpin-pemimpin PAS berulang-kali telah menyatakan mereka tidak akan bekerjasama dengan PH khususnya dengan DAP dan Amanah.

Seorang pemimpin PAS menyatakan "enough is enough". Mungkin baharu belajar bahasa Inggeris dari Najib yang mengungkapkan perkataan yang sama kepada Aung San Suu Kyi semasa Himpunan Solidariti PAS UMNO Selamatkan Rohingya beberapa hari lalu.

PAS menganggap bahawa kerusi yang pernah ditandinginya adalah "milik mutlaknya" yang tak boleh diberikan kepada mana-mana parti lain walaupun tidak ada di dalam mana-mana fasal dalam Perlembagaan negara menyatakan sedemikian.

PAS mendakwa kononnya di dalam pilihanraya yang lalu PAS telah berkorban banyak dengan memberikan kerusi-kerusinya kepada PKR untuk bertanding di Perak.

Anehnya bukan PKR yang menjadi musuh utama PAS, tapi AMANAH dan DAP.

Biarlah PAS dengan kegilaaan kerusinya dan biarlah PPBM terus mahu memujuk PAS di dalam keadaan PAS yang masih dengan sikap "recalcitrant" dan bodoh sombongnya.

Hukum kebenaran dan keadilan akan mengajar kedua-dua parti itu bahawa langkah yang mereka ambil hasil dari sikap mereka itu akan hanya memakan diri mereka sendiri.

Wallahu'alam.


FEATURED ADS



19 ulasan:

abrarmujahideen berkata...

Kupasan yg kemas

abrarmujahideen berkata...

Kupasan yg kemas

Tanpa Nama berkata...

Biarkan si bidoh sombong tu dgn labu2nya.

Tanpa Nama berkata...

Tahniah.mlm sblm agreement,pkr dan ppbm jadi parti jemputan dlm ceramah mega.last2 kena tempelak atas pentas.jatuhnya perak punca pkr.malu bebb.dan aku tak terkejut klu pru14 bn akan jadi kerajaan selangor kembali wlu pertandingan 1 lawan 1 terjadi kompom pas akan salahkan PKR 100% .pas sentiasa benar.....sblm ni pkr bertawaun dari prn sarawak sampai prk sg besar/k.kangsar masih duk pujuk hinggalah nak pru14,setiap perbincangan/pujukan senarai permintaan pelik pas semakin bertambah.tp pertembungan kerusi tetap juga berlaku. bagi saya stoplah.perkuatkan apa yg ada sekarang ni,insyaallah rakyat non partisan akan sedia membantu jentera bawahan.percaya pada kuasa Allah swt dan jgn takut jika dijalan yg benar Dia akan membantu kita.

Setiap parti bercita2 untuk menguasai negeri dan cuba melebar sayap walau tahu ia sukar.walau parti tu kecil tapi mereka meletakkan sasaran.parti itu adalah parti yg berkarisma contoh parti amanah cuba meletakkan sasaran utk menjadi kerajaan kelantan next pru.begitu juga ppbm yg menjadikan johor,kedah dan terengganu,dap dgn mengekalkan p.pinang dan cuba menguasai perak kembali.parti shafie apdal dgn sasaran menguasai sabah.tapi parti pkr?apa target mereka utk melebarkan sayap?jawapannya tiada.sebab aku xpernah dengar lansung kecuali mempertahankan selangor,selangor dan selangor termasuk beberapa jajahan dlm lembah klang.tumpuan utama mereka hanya mengekalkan kerusi selangor.sebab tu mereka boleh bekerjasama dan duduk sepentas dgn pas dan masa yg sama berkolaborasi dgn ph atas sebab kepentingan utk menjaga survival pkr di selangor.umpama ular 2 kepala sebelah patuk,sebelah lagi hisap.janji bole hidup.pkr akan lalukan apa saja utk bertapak di selangor,cuba tanya negeri mana yg pkr letak sasaran utk kuasai next pru adakah melaka? Atau ns?.Jadi apakah harapan kita utk melihat dsa menjadi next pm jika pkr hanya selesa di selangor shj. jauh skali nak menguasai malaysia.trademark selangor utk pkr,pkr utk selangor kelak akan makan diri sendiri

Cik Minah berkata...

APA unknown 9.27 bebel............tak larat nak baca.
Patutlah Najib, kata cyber trooper Umno BANGang!!!
Tulis ikut sedap jari tekan keybord, tak pikir
satu paragrap sampai 10 baris, siapa nak baca....????

Malaysiabaru berkata...

MACAM NI LAH

KITA ANGGAP SAJA PRU14 NI BUKAN UNUTUK MENANAG

ANGGAP PRU14 NI PRU UNTUK HAPUSKAN PAS DAN PPBM

BILA PRU 15 BILA PAS DAN POBM DAH HAPUS BARU CERITA PAKATAN PEMBANGKANG YANG BARU

MASA TU AZMIN DAH KOJOL . AYOH PING MARANG PUN JOIN HARAM DJIN. TINGGAL ABUDOH YG JADI KULI NAJIB. PAS PUN HURU HARA BERPEXAH LAGI ..
MARI ANGGAP PRU14 PENGHAPUSAN PAS POBM. ATAU PENGHAPUSAN ETNIK MELAYU TERBUANG

MANA TAU DI TENGAH JALAN NAJIB KOJOL MCM TUN ROJAK SAKIT JANTUNG..

URUSAN ALLAH MAHA HEBAT KITA TAWAKJAL... HAPUSKAN PAS DAN PPBM PRU14

Tanpa Nama berkata...

Betul lah apa yang 9.27 kata. Saya setuju. Sepatutnya kedudukan PKR dah selamat dan merancang menawan negeri lain.

Sebab itu kah Azmin bela PAS sampai hari ini?

Menulis pendapat macam itu memang kena ada latar belakang supaya orang faham. Kalau terus ke isi lagi tak faham.

Kena guna teknik fast reading. Jika isi nya tak ada tapi panjang itu memang mengarut. Apa kata copy paste dan buatkan perenggan dari komplen je.

Wassalam.

Tanpa Nama berkata...

Pascai ingat tu kerusi tok dia ke?
Ini demokrasilah...ikut sukalah saper pun nak tanding...lagipun kau tanding banyak pun buat apa...bukan menang pun...

Tanpa Nama berkata...

Aku baca sampai habis. No komplen, ada betul nya. Kalu aja yg bangang, baca x habis tapi komplen. Apedaaaa

Tanpa Nama berkata...

Selama ini berunding, berceramah pun sudah.. ada perkembangan positif? Yang ada tak mahu jika ada AMANAH. Tolak rundingan jika ada DAP. Bukan bagi jalan macamana nak satu lawan satu tanpa AMANAH dan DAP?

Tujuan utama sekarang ialah untuk menumbangkan BN. Macamana nak tubuh kerajaan dan siapa PM tidak diambilkira. Kalau rancang semua itu tapi belum pasti menang pun tak ada guna juga.

Satu langkah demi satu langkah. PH dan PPBM telah mengambil langkah awal. PAS pun kena ambil langkah awal. Jangan dok sebut AMANAH dan DAP dan nak mengetuai rundingan.

Jika PH ada AMANAH, ada PKR dan ada DAP, PPBM dan PAS boleh berganding untuk seimbangkan kekuatan antara PH dengan parti berteraskan Islam dan melayu.

Jika dah jadi kerajaan apa-apa tindakan dan peraturan hendak di bawa dulu ke mesyuarat untuk mendapat persetujuan bersama. Kalau tak dapat, bersabar lah jangan terus anggap masing-masing nak tunjuk kuasa.

Boleh bukan tak boleh. Tentu dah ada rangka tindakan seterusnya tapi bukan untuk di kongsi secara terbuka.

Tanpa Nama berkata...

Pas ni syok sendiri dan perasan kononnya ingat masih kuat mcm zaman arwah tuan guru nik aziz...
Eloklah amanah masuk bertanding drp kasi umngok menang free...
In shaa Allah nanti pru kita sama2 tengok brp kerusi yg tinggal buat pas di Selangor...

Tanpa Nama berkata...

Pas perasan dia kuat..sedangkan byk kerusi dia menang atas tiket pr..mintak ph jgn layan lg pas..biar dia meroyan..org kampong pun dh byk join amanah dn bersatu..ambo ore klate..

Tanpa Nama berkata...

Selama ini berunding, berceramah pun sudah.. ada perkembangan positif? Yang ada tak mahu jika ada AMANAH. Tolak rundingan jika ada DAP. Bukan bagi jalan macamana nak satu lawan satu tanpa AMANAH dan DAP?

Tujuan utama sekarang ialah untuk menumbangkan BN. Macamana nak tubuh kerajaan dan siapa PM tidak diambilkira. Kalau rancang semua itu tapi belum pasti menang pun tak ada guna juga.

Satu langkah demi satu langkah. PH dan PPBM telah mengambil langkah awal. PAS pun kena ambil langkah awal. Jangan dok sebut AMANAH dan DAP dan nak mengetuai rundingan.

Jika PH ada AMANAH, ada PKR dan ada DAP, PPBM dan PAS boleh berganding untuk seimbangkan kekuatan antara PH dengan parti berteraskan Islam dan melayu.


Jika dah jadi kerajaan apa-apa tindakan dan peraturan hendak di bawa dulu ke mesyuarat untuk mendapat persetujuan bersama. Kalau tak dapat, bersabar lah jangan terus anggap masing-masing nak tunjuk kuasa.

Boleh bukan tak boleh. Tentu dah ada rangka tindakan seterusnya tapi bukan untuk di kongsi secara terbuka.

2nd Attempt.

Tanpa Nama berkata...




Siratol MUSTAQIM...Jalan yg LURUS
Jalan yg LURUS...Terang Ber CAHAYA
Terang Ber Cahaya...Telus dan TEMBUS
Kudus-TEMBUS-Telus...Terang-JELAS Sgl2 NYA


Kudus-TEMBUS-Telus...Terang Sgl2 NYA
Rakyat Wajib "NAMPAK"...Rakyat Wajib MERASA
Yg Ber Gelar LEADER...TAKleh Besar KEPALA
Yg Ber Gelar LEADER...Wajib Humble SeHumble7NYA
Yg Ber Gelar LEADER...Jgn Sesekali Sorok RAHSIA
Yg Ber Gelar LEADER...Jgn Songlap Pastu Reka CERITA
Jgn Sesekali U-Turn PONTENG...FITNAH Khianat CURI JUTA2
Jgn Sesekali "Main-Wayang" Lg...Mcm Kes-LIWAT Mcm Kes-PILKUDA
Haha..Itu Kes2 Memali-JENALIK...Skrg Sapakah Yg BODOH-Tolol Sbnak2NYA!?

Yg Suka "Main-Wayang" Ingat Dia Hebat lg GELIGA...Tp Dialah Yg TOLOL Paling Tolol SeTolol7NYA...haha!


Sapekah Dalang...Kes-LIWAT yg PERTAMA?
Maseh Kah TAK Serik2...Maseh Kah Lg Besaq KEPALA?
Maseh Kah Lg PRASAN Hebat...Maseh Kah Lg Merancang AUTA??
Jgn Asyik Usik 1MDB Shj...Perwaja Bakun PKFZ & IPP tu Apa CERITA??
Klu Betul2 Demi-RAKYAT...Surrender-OPEN-Pasrahkan Lah Sgl2 NYA!
Klu Sjujur2 Nya Utk-RAYAT...Pls Kristal-TRANSPARENCY Lah Kpd SEMUA!!
Jgn Lg Ada "NIAT-Dusta-AUTA"...Melingkaq2 Dok Dlm Dada Dok Ataih KAPLA!!!
Apa?..Itu Juta2 Biliyun2 Trillion2...Maseh Ada "Niat" Nak PULUN Lg Kaa!!?
Apa? Apa Ka Nama..EGO-Iblis Tu..Dok Maseh Besaq Ka, Kat Dlm Diri HANGPA!!!?



Kembalilah SeTOTAL7 Nya...Ke Jalan yg LURUS
Tak Wujud Lg AUTA....Hancus-Rakus-TAMAK-Fitnah menCURI
Kembalilah SeTOTAL7 Nya...Kpd Kudus-Telus-TEMBUS
Semangat Telus TEMBUS...Yg Sgt7 Asyik Demi Kaseh Mem-BERI


Yg Kaseh Mem-BERI...Bak Kristal-TRANSPARENCY
Yg Kaseh Mem-BERI...Se Indah2 Sepenuh7 HATI
Yg Kaseh Mem-BERI...Bak Kaseh Langit & BUMI
Yg Kaseh Mem-BERI...Bak Mentari yg FREE MeNYINARI


Yg Kaseh Mem-BERI...Bak NAFAS-Oksigen yg Kau Hirup FREE FREE n FREE


Adakah Bilyun & Trilion..Mampu Mengganti NAFAS-Oksigen Bila Dah Berhenti?


Klu Langit dan BUMI..

Klu Langit & BUMI...Kaseh Mem-BERI & Mem-BERIkan NAFAS-Oksigen Mu FREE


Tak MALU Kah Kamu yg Di Beri AKAL itu..Rakus-TAMAK-AUTA-Fitnah-menCURI?

Tak MALU Kah Kamu Dok PRASAN Hebat-GELIGA...Tp Sbnar7 Nya Tolol-BUSUK-Keji


Tau..

Tau kah Kamu Apakah "RAHSIA" ajaib Itu?

Tau kah Kamu Apakah "RAHSIA" Ajaib Kaseh Mem-BERI Itu?



Semakin..semakin..Kaseh Mem-BERI...Kan Berganda7 lg Akan DiLIMPAHI


Semakin7 Kaseh Mem-BERI..IDEA-Inspirasi Kan Melimpah7 Mnjd Sumber REZEKI

Semakin777Kaseh Mem-BERI...Sgl7NYA Berganda7 Melimpah7 d Unlimited INFINITY



AMANAH..

AMANAH AMANAH..

AMANAH AMANAH AMANAH itu..

AMANAH itu adalah AMANAH demi Kaseh Mem-BERI..

Sprt AMANAH Sbnar7AMANAH Kaseh Mem-BERI yg tlh & Sedang dipamer oleh Mentari-LANGIT-Dan-BUMI.. Yg TAK Pernah Habis..Tak Akan BerHENTI..

Yg Sentiasa Melimpah7RUAH Brganda7 to d Unlimited INFINITY..hihi









PENIN berkata...

umno pula akan memberi kata dua pada pas... u with us or u with them

if u with them, return back the 90million.

pas akan menerima nasib yg tidak menentu. hendak bersama umno.. apa jadi jika umno kalah.

hendak bersama PH tidak boleh tengok muka Amanah dan DAP.

tidak mengapa PBBM masih mencuba memujuk PAS kerana ia memberi kekhuatiran kpd umno.

kelihatannya PBBM sudah sekapal dgn PH utk belayar tetapi masih cuba memujuk PAS yg sedang berenang2 lemas.

pasti akan ada temoh tertentu utk pas buat keputusan kerana kapal PH tidak boleh menunggu org yg hanya suka berenang2 santai tetapi tiada halatuju belayar.

umno juga begitu. adakah pas akan bersama BN atau tidak walaupun umno tidak mengharap pas bersama mereka. kalau pas boleh khianat pd rakan2 PH apakah pas tidak boleh khianat pada umno juga.

dan lagi umno terpaksa mengorbankan kerusi dan jawatan jika pas bersama bn. bagaimana dgn nasib pemimpin2 yg setia dan menunggu jawatan dlm umno. mereka akan kata kami yg setia selama ini diketepikan dgn sebab pas yg dulu musuh kami diberi muka.

umpama isteri muda yg diberi manja lebih dpd isteri tua yg byk berkorban susah senang bersama selama ini.

akhirnya pilihan terbaik kpd pas ialah bersendirian.. mudah2an adalah redha allah kerana samada PH atau BN kesemuanya secular kan.

Lelaki Dicermin berkata...

Sebenarnya parti pas kena sindrom.. bodoh melantun2..kerusi paling byk bertanding... kerusi yg paling di menangi antara parti.. masih mengaku gagah lagi..sebok semua kerusi nak bertanding...padahal dr hatta ckp..di sabah nak kumpul duit deposit nak masuk bertanding pun azab.. sebok semua kerusi nak bertanding..blog2 ternama dan penganalisa politik ternama..bg ulasan cara pas tu tak betul.. parti serban masih ckp jln dia di redai..tak ke namanya bodoh melantun2 tu

Tanpa Nama berkata...

Sekarang PAS mampu bertanding ..
Mana dapat duit ?

Sampai ada penganalisa kata PAS macam katak sesumpah. Kejap merah kejap hijau.

Tapi tenguk yang berduit bukan parti..

Tanpa Nama berkata...

Pas perasan dia masih kuat lagi
Takbuurrrr.....

Tun Perak berkata...

Biasalah....katak bawah tempurung.....Kepala dah botak pun tak sedar....tau2 tak de rambut