16 Dis 2016

Tak Maksum Pulak Dah Lepas Tuduh & Kutuk Orang Macam-macam

TAK MAKSUM PULAK!!

Dalam nada yang lebih lunak dan berhemah, Naib Presiden Pas, Idris Ahmad mengakui parti itu dan ahlinya tidak maksum dan tetap boleh dikritik sekiranya mereka melakukan sebarang kesilapan.

Beliau juga bersikap terbuka jika ada mana-mana pihak yang membenci parti berkenaan.

Bagaimanapun Idris mengingatkan, ia bukan bermakna parti serta anggotanya boleh difitnah dengan maklumat yang salah.

Ohhhh....sedar pulak tidak maksum!


Tetapi, kenapa meletakkan syarat kepada pihak mesti menjauhi DAP dan Amanah sebelum pun perundingan ke arah kerjasama diadakan?

Tidakkah ia seolah-olah Pas dan pemimpinya maksum sehingga hanya mereka syarat mereka yang mesti dipatuhi?

Kenapa juga meletakkan syarat wajib "jangan kacau 70 kerusi kami" kepada parti-parti lain yang mahu bekerjasama?

Apakah Pas begitu maksum sehingga 70 kerusi yang ditandinginya pada 2013 lalu tidak boleh diusik sama-sekali, walaupun hakikatnya hanya menang 21 saja daripadanya?


Apakah kenyataan pemimpin-pemimpin Pas agar menjauhi DAP dan Amanah serta mahu 70 kerusi yang didakwa miliknya tidak diganggu, merupakan fitnah dan berupa maklumat yang salah?

Kata tak maksum, tapi kenapa lagak dan gaya selama ini seolah-olah sangat maksum dan semua orang lain tidak maksum? -shahbudindotcom

ULASAN GB

Macam-macam.

Dahulu Presiden PAS sendiri yang sebut kononnya, tak taat kepada PAS seperti hilang akidah.


Saya saya ingin memetik ulasan sahabat saya, Sdra Ahmad Jamali Shafie dari Amanah Serdang.

Ucapan penggulungan Presiden Pas, Hj Abdul Hadi Awang, pada hari ini telah menjadikan parti politik Pas seperti telah mencapai tahap sebuah agama. Persepsi dan pemahaman sedemikian adalah berdasarkan ucapan dan penegasan beliau bahawa semua ahli mesti menumpahkan ketaatan kepada parti itu kerana ia seumpama akidah.

"Kita perlu ada jati diri. Untuk berada dalam parti Islam Se-Malaysia kena ada akidah perjuangan. Jikalau kita tidak taat, hilang akidah kita," katanya dalam ucapan penggulungan muktamar ke-62 di sini pagi ini.

Ucapan ini juga dikaitkan dengan tersingkir dan keluarnya sebahagian dari kepimpinan dan ahli-ahli Pas dari parti politik Pas dan membentuk sebuah parti politik baru bernama Parti Amanah Negara (Amanah). Secara berterusan, ahli-ahli Amanah ini dilabelkan sebagai pengkhianat walhal perbezaan pandangan politik yang mencetuskan penubuhan parti politik adalah satu perkara biasa dalam pentas politik negara demokrasi.

Bagi Presiden Pas dan pengikut-pengikut beliau, ahli-ahli Amanah adalah pengkhianat. Begitu juga ahli-ahli yang tidak taat dan keluar parti, pemahaman mudahnya mereka telah hilang aqidahnya.

Sebelum itu, seorang penulis Pas, Alang Ibn Shukrimun, telah menulis mengenai penyampaian Kuliah Jumaat Presiden Pas (digelar juga Ayah Chik), bertarikh 13 Mei 2016, yang bertajuk 'Pengkhianat hukumnya dibunuh'..

Rumusan dari penulisan beliau, dalam peristiwa peperangan Ahzab, kaum Yahudi Bani Quraizhah yang memiliki persefahaman dengan Islam telah melakukan pengkhianatan. Mereka belot dengan menolong musuh-musuh menyerang umat Islam. Kaum Bani Quraizhah akhirnya dihukum bunuh.

Berlapik dan berselindungkan dengan hujah-hujah sebeginilah, pimpinan Pas kini akan terus menerus melabelkan mereka yang meninggalkan Pas dan menyertai Amanah, sebagai pengkhianat, dan begitu mudah memutarbelitkan sirah Rasulullah SAW untuk 'justify' halalkan darah dan bunuh kepada "pengkhianat" ini.

Saya merasakan perlu saya menulis dan menyerlahkan penulisan dan pandangan dari pemimpin dan ahli-ahli Pas ini yang bagi saya akan menimbulkan ketidak ketenteraman di kalangan rakyat yang mahu memilih pandangan dan organisasi politik yang berbeza atas dasar melaksanakan hak dan demokrasi rakyat merdeka.

Saya bimbang, pandangan-pandangan sebeginilah, yang sesetengah ahli-ahli mereka yang taksub, akan memegangnya seperti sebuah fatwa, dan mengambil tindakan-tindakan yang melampau.

Jika pandangan sebegini mengenai sesebuah keluarga dan adik-beradik besar, ia juga boleh menjurus kepada perpecahan keluarga dan terurainya silaturrahim dan kasih sayang apabila ahli keluarga yang berpegang kepada pandangan dan arahan pemimpin mereka, mereka akan terpengaruh untuk melabelkan ahli keluarga yang tidak bersama Pas sebagai pengkhianat.

Ulama muktabar dunia Islam, Yusof Al Qaradhawi ada menyebut dalam kitab beliau yang bertajuk 'ikhtilaf yg diharuskan syarak'. Beliau telah menegur bahayanya pandangan melampau dan ekstrim ini 20 tahun yang lalu.

Salah satu punca utama berlaku takfiri (mengkafirkan seseorg muslim lain) adalah apabila seseorang menganggap keluar dari sesebuah jamaah, maka sama seperti keluar dari islam dan jatuh aqidah.

Yusof Al Qaradhawi telah menyebut dan menegur tentang perkara ini pada tahun 1996 lagi. Berdasar fenomena di negara-negara Arab dan Indonesia. Lihatlah apa yang berlaku di negara-negara umat Islam sendiri apabila umat Islam yang ekstrim dan melampau sanggup saling berbunuh-bunuhan hanya kerana khilaf politik yang tidak sepatutnya dikaitkan dengan aqidah sama sekali.

Begitu mudah "memaksumkan" diri kononnya jika keluar PAS maka hilang akidah. Dilabelkan orang lain dengan pelbagai label seperti pengkhianat, tolol, barua dan seumpamanya.

Demikianlah kisah PAS dan para pemimpinnya.

VIDEO BERKAITAN





FEATURED ADS



24 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mungkin kafir DAP lebih baik lagi. Muahx3

Anti Fitnah berkata...

Di pagi jumaat yang mulia ni, biarkanlah PAS tu. Hanya depa sahaja yang tahu apa yang depa dah, nak dan akan serta sepatutnya melakukan. Depa memang mahir dengan ilmu agama. Siapa kita nak tegur depa apatah lagi yang mengetuainya ialah Ulamak Dunia.
Saya selalu berpegang kepada prinsip bahawa memang mudah kita belajar perkara yang baik-baik tapi mampukah kita beramal dengan baik ... itu persoalannnya.
Apa yang kita sedih ialah namanya yang menjadi fitnah kepada agama Islam yang suci, mulia dan agung.

Tafakuri berkata...

nampaknya pas masih belum bertaubat.

dulu amanat mengkafirkan umno.

mungkin setelah insaf mengkafirkan umno, hadi mula berbaik2 dgn umno.

tetapi dna meng'kafir'kan(tuduhan gugur akidah sebeb keluar pas) itu dituju pula kepada Amanah.

dan isu ini masih disebabkan oleh individu yg sama yg kini jd presiden pas.

dan ditambah pula dgn mengkafirkan DAP. org bukan islam tk perlu dikafirkan sebab itu hakikat. tapi kenapa mengislamkan mereka bukan menjadi agenda parti islam ini.. sedangkan itu agenda Nabi saw.

perjuangan bentuk apa pas ini haa?

Tanpa Nama berkata...

Dah tau x maksum jgnla sombong bongkak kata parti terkuat hebat dasyat.syukurla sedar diri tp sedar je xbtindak xda guna nya.saman isu 90 juta tu apa cerita.lama tgu ni xda saman pun.malu la parti islam makam rasuah

Tanpa Nama berkata...

dap juga ada org Islam... jgn terlalu cepat mengkafirkan..

Malaysiabaru berkata...

Mat Deris ni perangai betul mcm Yahudi

Baka perak keturunan Yahudi di bukit gantang...

Perangai deris sebiju mcm dalam Yahudi yg di bicara dlm Quran...

Belang deris akan kluar bila pru14 dah dekat..

NASIHAT KAMI KEPADA AMANAH .. ANGGAPLAH PRU14 SEBAGAI PRU 4PENJURU UTK GAPUSKAN PAS ... BILA PEMBANGKANG KALAH TERUK PRU14 BARU LAH SEDAR SIKIT DERIS YAHUDI DAN TUANG ITIK TUANG MANGKUK (TITM)

p.s bank negara hilang rm8billiob bulan nov.. Dan bulan dec ringgit jatuh paling pelahap dlm sejarah penubuhan Malaya r.4.467.., setelah BN belanjab rm16billion pertahan ringgit

Wow hampir rm25b hangus mcm tu jer semata nak jaga hati Najib ringgit kukuh !!!! Jom pakat tekan ringgit satu keluarga satu us Dollar !!!

Tanpa Nama berkata...

Bukan perkara baru pemimpin dan penceramah pas jadikan pas setara agama. Lama dulu dah sejak puluhan tahun lagi. Ucapan samakan pas dan agama ni dah jadi lauk harian pemimpin dan penceramah pas. Baru sekarang sedar bila penceramah dan pemimpin keluar parti kerana bertentangan pendapat. Sedar diri bila perlukan tangan lain untuk berdiri tegak. Tak boleh berseorangan kerana kedudukan masyarakat malaysia. Moga ahli pas dapat berfikir waras dan tidak berakidah pas, tetapi beragama islam.

Tanpa Nama berkata...

mungkinkah PAS sebuah parti yg digeruni sehingga semuanya menyerng bertubi-tubi.

Tanpa Nama berkata...

yang paling ramai masuk neraka... ULAMAK jagk
so dont be too confident babe....
jadi ulamak tak semestinya boleh jadi umara
bagi la pd yg layak utk mendtadbir & ulama as a main guideline....

Lelakidicermin berkata...

Di doakan suapaya anuar di keluarkan dr penjara.. sbb dpt rasa tuang preseiden dpt jadi naib ulamak dunia sbb anuar berkawan rapat dgn yusof qardawi. kalau anuar keluar..lapuran tuang presiden akan sampai ke yusof qardawi. Kalau lihat diindonesia byk lagi ulamak2 yg hebat.. nape tak terpilih di dlm naib ulamak dunia.. tuang presiden gak terpilih.. patutnya berterima kasih pada anuar.. ini tuang presiden.. siap tikam belakang lagi pada anuar..berbincang dgn anuar siap2 hentak2 meja lagi.. naib ulamak dunia tu.. hentak2 meja..

Tanpa Nama berkata...

PAS yg telah merosakkan agama islam pada pandangan org kafir..dasar lebai plastik..

Nippon berkata...

byk anwar berjasa pada tuang presideng termasuk rekomen jadi naib persatuan ulamak sedunia. (walaupun perangai dia jauh beza dgn presiden ulamak sedunia)

tp presideng tikam belakang. dswa dilabel tk layak jadi mb.

anwar terpenjara kali ke2 dia redho.



so siapa tuan presideng ni sebenarnya yg suka tikam belakang? apa hubungkait dia dgn saifool?

Tanpa Nama berkata...

Dia nak ngaku ambik 90juta la tu..

Tanpa Nama berkata...

Islam dlm dap berketuakan kafir. Ajaran apa tu?

Tanpa Nama berkata...

Hoi anon 3:41 PTG

Apa masalahnya orang Islam dalam DAP? Ingat orang Islamn dalam DAP tak solat ker? DAP ada menghalang umat islam yg menyertainya tidak mendirikan solat? Tak boleh berpuasa dan sebagainya?

DAP ialah sebuah organisasi, sama macam PAS, Amanah, PKR dll juga adalah organisasi. Organisasi yang dibenarkan oleh Perlembagaan Malaysia. Kesemua parti politik termasuk juga juga adalah organisasi yang duduk di dalam kerangka demikrasi. Kita boleh menyertai apa-apa organisasi yang dibenarkan oleh perlembagaan walaupun ketuanya bukan Islam.

Tun Perak berkata...

Islam kat amerika,eropah afrika camne tu....hang pi masuk bawah tempurung baliklah....dah pandai keluaq balik

Tanpa Nama berkata...

Hello anon 10:48 PG

Ko pekak dan butakah PAS yang sebelum ini serang parti-parti lain khasnya AMANAH?

Sebelum mereka keluar AMANAH PAS kutuk dabn maki mereka, lepas keluar pun PAS kutuk dan maki lagi.

Gerun sgtkah dengan AMANAH>

Tanpa Nama berkata...

Orag PAS semua halal termasuk memaki hamun dan sebagainya, yang lain buat haram belaka.... ajaran hadi awang

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin PAS cakap parti Amanah bawa lari kerusi mereka, pada hakikatnya merekalah yang bawa lari kerusi yang di beri Imanah olih penyokong PR dahulu. Orang Amanah menjaga kepercayaan yang diberikan olih rakyat, hari ini mereka dimaki hamun dan di kata pengkhianat olih PAS.Pengkhianat sebenar adalah PAS sama dengan kawan baru mereka UMNO.Orang2 PAS kuat beragama kenyataan berbolak balik hampir jadi munafik dengan perkataan sendiri.....

Zali M berkata...

Sepanjang pengentahuan aku bab agama ni, hanya nabi2 sahaja yg maksum..setakat manusia biasa memang tak lari melakukan kesilapan.
Satu lagi PAS tu kan badan organisasi, bukan manusia, buat apa istilahkan maksom ke tak maksom.
Berat nanang pemimpin PAS ni!!.

Tanpa Nama berkata...

Heran juga pada yg marah akan TG & para Ulamak (sedangkan gelaran tsb manusia yg beri). Jika masing2 arif & berilmu keluarkan hujah serta dalil. Ini tak, nk keluarkan pun tak lebih dari pendapat akal yg cetek & berulang2 mengeji. Hairan sungguh, umpama mcm gadis baru bebas dari bertudung atau lelaki buleh dh pakai seluar pendek. Insaf juga diri ini bila fikirkan umat Islam akan berbalah sesama kita pada akhir zaman ini. Lihat saja di syria, ancaman syiah dh diberi sebegitu lama telah meragut byk nyawa... wanita, kanak2 org tua yg tak ada salah bg mereka. malapetaka dah mulai mencengkam dunia. Di sini, gerakan halus tsb dilihat begitu sempurna. umpama tiada ancaman & boleh berkawan bila2 masa. Tanpa sedari, ancaman inilah yg membina & membantu musuh Islam di merata pelusuk dunia. Kagum sungguh usaha gigh mereka, utk menghancurkan glgn yg terlalu taksub beragama. Agar lenyap selamanya & mereka pula diangkat sebagai pembela dunia. sungguhnya kami berusaha utk tidak lupa akan diri mereka, agar tidak musnah semua yg Allah warisi amanah utk kita semua jaga.

Tanpa Nama berkata...

Rasanya jgn dok kait agama bnyak sgt dkm politik. Kita tak buat sepenuhnya apa yg agama suruh .. dan ramai ahli parti yg ngaku islam pun tak solat, tikan ekor... ada yg dok hisap rokok sanvil berjubah dan berserban... kalau disiplin berkaitan masa pula, puak2 ni mmg ke laut... tp ramai tak ngaku...

Dol berkata...

3.41....

inilah doktrin hadi anggap parti sebagai agama. dok perasan mcm zaman nabi saw lawan kafir quraish..

tp dok ikut bontot munafik najib ubai... klu nk ambik senario zaman nabi saw.

adakh dap tu yg ahli kena solat belakang guan eng. kena haji umrah ikut cara guan eng.

sedangkn mashitah pernah kerja berketuakn firaun.

dh tu mcamana dgn persatuan2 ngo2 pejabat2 yg ramai ketuanya org kafir.

ajaran yg sesat ialah menganggap parti politik sebagai agama..kluar pas mcm kluar islam.

klu org tk masuk parti pas dn langsung tkminat politik adakah nk dianggap kapir jg.

insaflah org pas

Tanpa Nama berkata...

Memang aku tak sebulu langsung dengan ahli2 pas ni terutamanya. Memikir dengan cara membabi tuli sahaja ikut sedap mulut dan berbagai lah. Apa dia saja yang dapat masuk syurga ke?. Agama hanya dijadikan alasan. Umpama stiker kereta yang di lekat di cermin menunjukan La illahaillah muhammad rasul allah tapi di bawahnya lambang pedang, Begitukah Islam...?Seakan pedang ini petunjuk kepada amaran. sedangkan Islam itu sumul..Siapa yang menjadikan Islam sebegitu..