5 Dis 2016

Mahathir Beri Hadmasa Kepada PAS, Idris Tunjuk Sikap Takaburnya

PAS akan diberi tempoh akhir untuk sertai pakatan, kata Dr M

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan menunggu PAS lebih lama.

Beliau berkata partinya benar-benar mahu mengumpulkan semua pihak yang menentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkumpul di bawah satu payung.

Bagaimanapun, jika ia mengambil masa terlalu lama, pihak pembangkang juga perlu bergerak dengan rancangan mengalahkan kerajaan Barisan Nasional (BN), kata Dr Mahathir.


“Kami cuba mendapatkan semua orang yang mendakwa mereka menentang kerajaan Najib untuk menyertai kami, kerana jika kita semua bersatu, peluang untuk menang akan lebih baik.

“Tetapi jika kita tidak boleh mencapai matlamat ini kerana terdapat mereka yang mempunyai agenda tersembunyi untuk membantu Najib kekal berkuasa, maka kita akan bergerak tanpa mereka.

“Oleh kerana ini adalah politik dan dalam sebuah negara demokrasi, kita tidak boleh mengatur segala-galanya,” katanya kepada media di Persidangan Kebangsaan DAP di sini hari ini.

Apabila ditanya mengenai tarikh akhir bagi PAS memberi keputusan sama ada ia akan bersama Pakatan Harapan, Dr Mahathir berkata ia belum diputuskan lagi.

“Kami akan membuat keputusan secepat mungkin. Saya perlu berunding dengan rakan dalam PPBM dahulu.”

Dr Mahathir, bersama dengan pemimpin lain di PPBM dan PKR, menekankan kepentingan penyertaan PAS dengan berkata, tanpanya, pertembungan 3 penjuru pada pilihan raya umum akan datang tidak dapat dielakkan, dan mungkin akan membantu BN.

Dalam keadaan ini, mereka menjelaskan, BN pasti akan menang kerana undi pembangkang akan berpecah.

PAS bagaimanapun, menegaskan ia tidak akan melakukan kesilapan sama dengan bekerjasama dengan DAP lagi.

DAP adalah salah satu daripada parti utama dalam gabungan Pakatan Harapan, 2 lagi ialah PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah).

Dalam perkembangan berasingan, Dr Mahathir bergurau tentang komen yang dibuat Presiden Wanita Umno Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil pada Perhimpunan Agung Umno minggu ini.

Beliau mendakwa pada hari melihat bekas presiden Umno itu “mencium” bekas musuhnya, veteran DAP Lim Kit Siang, adalah hari paling gelap dalam hidupnya.

“Saya belum sampai ke tahap itu lagi. Kita boleh menjadi liberal, tetapi liberalisme mempunyai hadnya.

“Jika semua anda hadir telanjang hari ini, saya tidak akan menerimanya,” katanya kepada media yang hadir.

Dr Mahathir membuat penampilan mengejut pada Persidangan Kebangsaan DAP pagi ini dengan berkongsi pentas bersama Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Presiden Amanah Mohamad Sabu.

VIDEO BERKAITAN



ULASAN GB

GB terbaca kenyataan Naib presiden PAS, Idris Ahmad yang menjawab kenyataan Tun Mahathir di atas yang diantara lain katanya Mahathir tak perlu nasihat PAS kerana PAS dah lama jadi pembangkan.

Itulah mentaliti pimpinan PAS. Angkuh dan sombong tak bertempat.

Agaknya bagaimanakah jika dibandingkan apa sumbangan Idris dengan Mahathir terhadap rakyat dan negara? Mungkin sehelai bulu hidung pun tak dapat menyamainya.

Tapi itu perawatakan pemimpin PAS kini yang sudah dikatakan "mengamalkan politik matang" berbaik-baik dengan UMNO....Dah merasakan diri cukup hebat.... "Politik matang" sepatutnya mengakui ada kebaikan yang Tun lakukan di masa pemerintahannya, bukan semua yang tidak baik.

Apatah lagi Idris, yang baru sepenggal jejak di parlimen, sudah pun menunjukkan sikap riak dan takaburnya. Tunggu dan lihat sahaja hukum kebenaran dan keadilan berjalan.

Dan jika ditanya kepada GB, shall we wait for PAS? A big NO!

FEATURED ADS



21 ulasan:

Lebai Roger berkata...

Pas dah lama jadi pembangkang? Ya pembangkang yg berkecuali....dlm parlemen sunyi sepi.Pembangkang ampusana ampusini.

Tanpa Nama berkata...

Pas bersama PR dan tahun2 sebelumnya mmg pembangkang. Pas skrg belum tentu lg. Tunggu bila tarikh PRU14 diumumkan

Tanpa Nama berkata...

Apa isu yang telah dibangkangkan oleh PAS semasa dalam persidangan Dewan ?


Nostalgia abkk berkata...

Bukan saja a Big NO tapi get lost....pppooorrraaahhhh

Tanpa Nama berkata...

Walaupun aku xsuka tu mahathir tp aku setuju kata2 nya pas perlu diberi had masa..pada pandangan aku hanya pkr saja masih menanti cinta pas..yg lain sudah memyuarakan sokongan tinggalkan pas..kalau pkr masih berdalih elok pbm amanah dan dap tubuhkan pakatan baharu.rakyat xsuka pemimpin main2 mcm pkr..

Daud berkata...

Dialog P Ramli ada cakap...
'Kapla atas, batu besar ada duduk'
Itu la hakikatnya....

Tanpa Nama berkata...

Kerana PAS telah lama jadi pembangkang maka PAS tetap akan jadi pembangkang. PAS tak boleh jadi Kerajaan kerana Najib telah ditakdirkan menjadi PM.

Kalau kena wala pada pemimpin, PAS kenalah juga berpegang kalau dah takdir, kena lah terima. Lagi pun jiwa dan hati PAS tak padan untuk menjadi Kerajaan.

Tanpa Nama berkata...

tentu lah berlagak pas dah dapat banyak dedak.....

nick berkata...

Hj Hadi sebagai Tuang Presideng PAS dah ishtihar bahawa PAS tak mahu menjadi kerajaan dan Hj Hadi juga sudah menegaskan bahawa Najib dan BN tidak wajib ditendang dari kerusi kerajaan. Sudah nyata apakah pendirian PAS dan sudah terang motif PAS masuk pilihanraya. PH dan parti Bersatu sudah faham akan kehendak Hj Hadi ini. Apa yang sedang diusahakan adalah untuk memaksa HJ Hadi secara terang dan rasmi menyatakan bahawa PAS menolak kerjasama dengan parti pembangkang yang lain (yang bermaksud PAS akan memberikan tongkat kepada UMNO dan BN). Jika usaha ini berhasil (memaksa PAS nyatakan pendirian mereka), maka ianya memaksa ahli2 bawahan PAS untuk membuat pendirian dan dengan sendirinya ia akan membuatkan PAS kehilangan lebih banyak undi dari kalangan ahli2 mereka sendiri. Ini adalah usaha yang sedang dilakukan oleh PH dan parti bersatu., tidak lebih dan tidak kurang.

Ultimatum sudah diberikan dan PAS sudah tidak mempunyai pilihan selain mengishtiharkan kedudukan mereka samada bersetuju bersama2 dengan parti2 pembangkang yang lain atau duduk bersendirian (sebagai pengacau kepada parti pembangkang dan tongkat kepada UMNO BN). Dalam pandangan saya, amat jelas bahawa PAS akan tetap duduk bersendirian (dengan tujuan licik memecahkan undi rakyat dan secara tidak langsung membantu Najib dan UMNO). Gerak geri HJ Hadi sudah amat jelas dan atas sebab itulah banyak kenyataan2 yang berlawanan serta bercanggah yang keluar dari mulut pimpinan PAS yang lain seperti TITM yang bertujuan untuk menutup dan menyembunyikan muslihat Hj Hadi ini. Mulut cakap lain tapi gerak geri sudah membayangkan kemana hala tuju PAS. Sudah amat jelas kepada kita bahawa PAS ini adalah parti komponen BN yang tidak rasmi (kekasih gelap yang cuba disembunyikan oleh Najib dan UMNO).

Nick.
Cape Tiger.

Tanpa Nama berkata...

Mungkin pemimpin PAS fobia dengan sebutan DAP. Jika DAP di bubarkan dan semua pemimpinnya masuk MCA, agaknya barulah ketakutan dan kebimbangan melampau terhadap DAP terus lenyap. PAS ingat dalam MCA tidak ada ahli yang berfikiran macam DAP..

Jika benar, tiada beza antara PAS dengan Ibrahim Ali yang bukan bencikan cina tetapi dia benci pada DAP.

PAS sepatutnya berunding kerana ini satu pembentukan pakatan yang baru dengan tuntutan mengikuti kehendak parti masing-masing. Apa salahnya jika PAS minta menegakkan hukum hudud dan bincangkan sehingga DAP terpaksa menerimanya. Jika perbincangan menemui jalan buntu, PAS buatlah keputusan keluar dari perbincangan tersebut dan umumkan PAS tidak akan menyertai pakatan baru.

Masalahnya PAS terus menolak perundingan bulat-bulat Ini yang menghairankan seolah-olah ada 'sesuatu' yang mengikat tangan dan menutup mulut PAS untuk duduk di meja rundingan.

Berjumpa Muhyiddin dan Azmin bukan lah satu rundingan. PAS perlu berani dan yakin berdepan dengan DAP dan AMANAH. Luahkan apa yang ingin diluahkan tetapi jangan cakap pasal hudud yang jadi RUU yang telah bertukar tangan.

Sebaik-baiknya dan apa salahnya PAS mengakui mereka telah tersilap langkah mengenai hudud.

Wallahualam.

Tanpa Nama berkata...

Orang Islam, terutama penyokong perjuangan PAS, pula wajib beri HADLUPUT kepada Hj Hadi Awang iaitu sehingga 31 December 2016.

Buktikan kematangan politik sebagai ahli PAS.

Tanpa Nama berkata...

PAS cuba mengelirukan penyokongnya dengan pendekatan politik matang. Sebenarnya lebih tepat kepimpinan PAS mengamalkan politik "makan". Makan disana dan makan disini. PAS jangan temberang.

Tanpa Nama berkata...

parti pas hj hadi ni,la ni sblm pru 14 je amfussanawaamfussini sbb dpt dedak 9 juta apa mau lg..lps pru 14 mamfussanawamamfussinunn..la jawabnya..bnyknya nanti krusi dun dan parlimen yg pas kalah.silap hr bln hilang deposit knockout trus..tinggal 2 batu nisan mcm dulu jgk..tp sarikat perniagaan hj hadi bersaudara & anak-2 sdn. bhd.peduli hapa pas kalah.memang tu tujuannya pun kasi pecah undi..biar pas kalah janji umno bn menang bertanding..x gitu2 hj hadi gila sempera wal cempera???

Tun Perak berkata...

Makan keliling...mcm main dam hj....

Tanpa Nama berkata...

IDRIS AHMAD ni pun aku belum pernah dengar nama..hahaha.. ingat sapa tadi, orang dalam PAN MALAYSIAN ISLAMIC PARTY rupanya. Oic...kalau dalam PAN mesti ustaz lah..

Tanpa Nama berkata...

Ketua PAS dah tau camne nak kelentong pengikut2 n penyokong2 PAS dia banyak belajar dari wayang hindustan (bole jadi guru dia Shah RukhanTu )?... ramai yg da kene guna2 pak lebai jadi lembu cucuk hidung mak ayah anta skolah tinggi2 otak tak leh pikir mana yg ada sense o nonsense ...klau pru dulu ameno kasi pitih n kain batik silap2 pru yg akan dtg PAS pulak yg kasi ..tapi tak pe macam arwah TGNA bilang kasi pitih n kain batik amik tapi klau pangkah..minta maaf yea nie kali pangkah AMANAH...hehehe

Tanpa Nama berkata...

Buatla perjanjian baru dgn PAS. Terima dasar dan perjuangan PAS. InshaAllah PAS boleh terima, bukan dah berjanji tapi khianat & nak jadi abg besar, payahla

Tanpa Nama berkata...

Amanah Bersatu n DAP dah bole buat strategy awal biar PKR mimpi nak PAS joint mereka... bagi aku PAS dan UMNO dah consider adik n abg, lu tolong gua wa tolong lu .... pru yg akan dtg siapkan dua liang lahad buat mereka.. klau PKR nak joint pun bole..dah naik malas tengok gelagat ketua2 PKR ...otak blank

Tanpa Nama berkata...

PAS sibuk mengatakan UMNO menjadi saingan PAS. Tetapi tidak mahu bersama pembangkang untuk tumbangkan UMNO. Apa makna saingan dan untuk apa bersaing?

Apa boleh ke UMNO ditumbangkan sekiranya kedua-dua pembangkang lawan UMNO dalam piliharaya. Rakyat hanya mahu pilihan antara yang menyokong UMNO dan yang menyokong pembangkang. Bukan antara UMNO, pembangkang dan satu lagi pembangkang yang mesra rasuah dan pemakan dedak.

Adalah bodoh sekiranya ada kalangan orang PAS yang yakin UMNO boleh di tumbangkan dengan kedua-dua pembangkang lawan UMNO.

Apa guna berpegang pada kekuatan perinsip perjuangan sekiranya calun PAS adalah yang setaraf calun UMNO malah calun PAS terhegeh-hegeh apabila UMNO menipu rakyat semasa PRU. Nak dedahkan tak boleh, nak tegur pun tak boleh. Orang PAS cukup berpengalaman kerana mereka telah berkali-kali di aniayai oleh UMNO semasa menghadapi PRU.

Apakah tak salah nanti jika PAS tak di tipu semasa piliharaya? Sedangkan PH dan PPBM menghadapi kesukaran dan ketidakadilan sepertimana yang telah PAS lalui?

Unknown berkata...

Setuju..ramalan kemungkinan pas Dan umnu x akan bersatu secara rasmi, tugas pas pru14 tetap bertanding utk bg kelebihan kpd umnu..pecah undi..

Abd hadi awang, takiyuddin, nasruddin tantawi, nik abduh, mohd amar, idris Ahmad, khairuddin takiri...last skali tuan Ibrahim tuan man

Ranking terbaru pas

Tanpa Nama berkata...

Itu kena tanya azmin anak ali...