27 Okt 2016

Lelaki Bunuh Diri Akibat Tekanan Hidup, Minta Presiden PAS Jangan Tertipu Dengan UMNO

Seorang lelaki telah menulis satu status panjang terakhir di Facebook sebelum terjun dari Jambatan Kedua Pulau Pinang. Lelaki itu, Mohd Shukri Saad, 39, mendakwa tertekan dengan kos sara hidup sebagai rakyat Malaysia dan mendakwa Malaysia dipimpin kerajaan yang zalim.

Lelaki itu meminta maaf dari isteri dan anak-anaknya berulang kali dan mendakwa dia tidak mempunyai pilihan lain setelah berlaku rentetan peristiwa dalam hidupnya yang membuat dia memilih ungtuk membunuh diri.


Di dua perenggan akhir tulisannya beliau ada menulis meminta Presiden PAS agar tidak tertipu dengan UMNO

Dan yang terakhir buat presiden PAS janganlah tertipu dengan pimpinan UMNO. Depa wayang saja kata dok sokong rang undang undang yang nak dibawa itu agar pembangkang berpecah.

Bersatulah kembali menjadi pembangkang yang kuat, agar nasib macam aku terbela. Nanti dah jadi kerajaan, media dah dikawal senang nak yakinkan rakyat tentang rang yang nak dibawa itu.
Baca tulisan Shukri di FB nya dibawah:

Asalamualaikum, teman dan sahabat dan terutama buat isteriku anak-anak dan keluarga tersayang.

Ku pohon berjuta kemaafan kerana perkara yang kulakukan ini tak pernah terlintas untuk ku lakukan.

Diharap janganlah orang ramai kecam dan hina isteri anak-anak dan keluargaku.

Ku amat tertekan dengan kerajaan yang zalim. Kerana kes rokok yang nilai rampasannya hanya RM160, aku akan dipenjarakan. Ini kesalahan pertama aku pada tahun 2012 . Baru sekarang naik makamah.

Tarikh naik mahkamah kelmarin, tetapi ditunda hari ini. Bulan Ogos yang lepas aku dah kena kes yang sama iaitu juak rokok murah, yang nilainya RM 200.

Aku hampir direman semingu dan mujurlah ada surat kematian anakku yang ketiga. Ku dikenakan jaminan RM 3,000. Kena bulan Februari naik mahkamah, bulan Ogos dan dihukum RM 4,000 atau empat bulan penjara.

Aku langsaikan RM 4,000 dan duit pun jenuh hutang kawan. Ya, aku mengaku salah, perkara itu salah. Tetapi hukumannya tak setimpal. Yang Pengarah tibai berjuta boleh lepas pulak dengan duit jaminan.

Celaka punya pimpinan kerajaan sekarang. Beniaga kedai runcit kampung saja bukan untung besar pun. Margin cukup nipis dibebani dengan GST lagi. Memang kerajaan sekarang zalim.

Hari ini aku mengambil keputusan untuk tidak pergi Mahkamah kerana aku dah tak punya duit. Banyak bebanan aku nak tanggung. Dan aku tak sanggup dipenjarakan.

Dengan ini aku memilih untuk berkorban sebagai rakyat yang dizalimi. Aku akan tamatkan riwayat aku, kerana banyak kali aku bermimpi lemas di lautan.

Aku tahu Allah maha mengetahui dan mungkin aku di kalangan hamba-nya yang terpilih. Biarlah aku berkorban demi rakyat Malaysia walau aku nanti akan dikecam dan dihina.

Dan ku pohon simpati orang ramai nanti ambillah berat tentang anak-anakku.

Aku tak sangup berpisah namun ku tiada pilihan. Kenangilah mereka sebagai anak pengorbanan.

Untuk isteriku Nur Azianti maafkanlah Abang kerana banyak buat Azian susah hati kerana kes rokok ini. Nanti pilihlah pengganti yang sayang Azian dan anak-anak sepenuh hati.

Untuk anak saudara ku Hadi Radzi jagalah Tok elok-elok. Untuk kakak aku Nor Aini dan abang ipar ku Zamri Mat Ishak teruskanlah jaga kedai dan kalau tak mampu juallah pada yang berminat.

Pada yang ada hutang kat aku, aku halalkan. Dan yang aku hutang Mohd Hazril Jamaludin dan Mohd Naim boleh jumpa Kakak aku nanti dia tolong langsaikan sedikit-sedikit.

Ku harap pengorbanan aku ini setimpal agar orang yang senasib tidak lagi dikenakan hukuman macam ini. Jual rokok murah saja pun bukan balas berjuta wang ringgit. Aku tiada pilihan wahai rakyat Malaysia. Semalaman aku tak lena. Tetapi ku tiada pilihan.

Maafkan Abah, Ariq dan Safia. Jagalah ibu elok-elok bila besar nanti. Maafkan saya, mak (Makteh Bibah)

Chek tak ada pilihan. Maafkan saya.

Maafkan saya. Saya tak sanggup dipenjara. Untuk isteriku, Abang amat menyayangimu sayang, tetapi Abang bukan yang terbaik. Carilah yang terbaik nanti, demi sayang dan anak-anak.

Dan untuk adik-beradikku yang lain peliharalah Mak Tg dah 78 tahun. Baliklah jenguk dia. Jangan biar dia menangis sendirian kerana rindukan anaknya yang jarang balik.

Sekian. Sekali lagi maafkan Abah. Maafkan Abang, Sayang. Maafkan Chek, mak.

Ku tak sanggup lagi menyusahkan orang dengan meminjam duit . Mula ku pilih untuk dipenjara tetapi terkenang kan anak nanti digelar anak banduan.

Ya Allah ampuni dosaku, ya Allah. Aku tahu kau memahami dan maha mengampun.

Aku benarkan status terakhirku ini jadi viral untuk beritahu kita dipimpin pemimpin yang zalim.

Dan yang terakhir buat presiden PAS janganlah tertipu dengan pimpinan UMNO. Depa wayang saja kata dok sokong rang undang undang yang nak dibawa itu agar pembangkang berpecah.

Bersatulah kembali menjadi pembangkang yang kuat, agar nasib macam aku terbela. Nanti dah jadi kerajaan, media dah dikawal senang nak yakinkan rakyat tentang rang yang nak dibawa itu.

Ashaduanlailahailallah. Waashaduannamurhadan Rasulullah.

Maafkan aku.









ULASAN GB

Kita tidak bersetuju dengan mana-mana umta Islam mengambil langkah "membunuh diri" walau apa pun alasannya kerana ia adalah perbuatan yang diharamkan oleh agama.

Membaca tulisannya, kita amat memahami tekana hidup dan penderitaan yang dilaluinya.

Ditangkap menjual rokok murah. Dia didenda dan berhutang untuk membayar denda itu. Dan kini kena lagi dan beliau merasakan tidak mampu untuk membayar denda lagi dan merasakan dirinya bakal dipenjarakan.

Beliau mempertikaikan kesalahan menjual rokok murah yang nilainya tak sampai RM200 dia bakal dipenjarakan, sedangkan  menurutnya "aku mengaku salah, perkara itu salah. Tetapi hukumannya tak setimpal. Yang Pengarah tibai berjuta boleh lepas pulak dengan duit jaminan.

Ia menyangkut persoalan KEADILAN di dalam sistem perundangan negara. Terdapat banyak kes yang berlaku dimana hukuman tidak seimbang dan setimpal. Contohnya seorang pemuda di Terengganu dihukum penjara 36bulan (3 tahun) kerana menyamun RM20 untuk membeli susu anaknya berlainan pula dengan kes Khir Toyo yang hanya dipenjara 12 bulan (1 tahun ) kerana berjuta-juta ringgit.


Itu belum lagi kes RM2.6 bilion yang sehingga kini tiada sebarang tindakan pun diambil dan perompaknya masih lepas bebas!

Sementara itu, beliau sempat meminta Presiden PAS jangan tertipu dengan UMNO yang dikatanya hanyalah bermain wayang untuk menyokong rang undang-undang yang hendak dibawanya, sedangkan tujuan UMNO hanyalah untuk memecah-belahkan pembangkang.

Beliau meminta supaya pembangkang kembali bersatu dan dapat memerintah negara supaya nasib orang-orang sepertinya terbela.

Jadi kepada pembaca budiman, GB serahkan kepada tuan-tuan untuk membuat tafsiran dan ulasan masing-masing.





FEATURED ADS


45 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tak sangka kat Malaysia pun jadi mcm ni tekanan hidup dan dizalimi kerajaan.jgn kita mudah2 nk menghukum dia masuk neraka.semoga dicucuri rahmat Allah atas roh nya

Tanpa Nama berkata...

org pas akan membela presidennye jgk,dah kenai sgt dgn pas ni

Tanpa Nama berkata...

Jahanam umno dan pengikutnya yg zalim kpd rakyat susah. Bn akan terkubur tak lama lg. Doa org yg dizalimi akan cepat makbul. Amin...

otaiblues.blogspot berkata...

sememang ada ketidakadilan di dalam menghukum raakyat berbanding kesalahan orang politik juga mereka yang ada nama...
rakyat bukan buta..bukan tuli..mohon moga mereka yg meyeksa raayat dengan ketidak adilan ni mendapat balasan dari allah

Faqqirulkhoir berkata...

Masuk syurga atau neraka itu Allah S.W.T. yg menentukan, sudah barang tentu dgn segala kebesaranNya dan keihsananNya, maha pemurah, penyayang dan maha pengampun...Dan sekiranya peristiwa ini benar berlaku, yg ditinggalkannya banyaklah bersobar dan berdu'a...

Tanpa Nama berkata...

Pimpinan tertinggi pas tak setuju yg kerajaan kita zalim sedangkan ramai rakyat terpaksa menanggung penderitaan akibat kezaliman kerajaan. Siapa yg akan jawab dihadapan Allah azza wajalla

Tanpa Nama berkata...

Nak jadi pembangkang GOAL kena jelas, bkn setakat tawan Putrajaya, amal apa yg Islam anjur. Andai tak dapat tawan Putrajaya, educate rakyat, segala2nya bukan setakat BR1M shj. Buang pemimpin2 yg rascist dlm pembangkang dan jgn ikut cara UMNO BN.

Tanpa Nama berkata...

Kamu anon 10:27 PM ni bangang ke apa? tawan putrajaya kemudian perbaiki semua institusi negara spt polis, sprm, mahkamah dan sebagainya. Bukankah Islam yang menganjur kebenaran dan keadilan? Nak educate rakyat macamana jika PAS sibuk bersekongkol dgn kerajaan yang zalim? Sibuk dgn RUU dan hudud sedangkan Ketua Ulama Sedunia, Sy Yusof Al-Qardhawi sendiri suruh tegakkan kehidupan dan kebajikan Islam dahulu, bukan hudud. Muursi di Mesir dan Erdogan di Turki pun tak tegakkan hudud dahlu. Ni PAS hanya gunakan hudud untuk tutup kelemahannya.

Tanpa Nama berkata...

Aku ingatkan hakim2 yg ada kini..yg belajar tinggi kat europe tapi jatuhkan hukuman tak adil. Ikan bilis di kenakan hukuman yg kaw2...ikan jerung..naga...kalau salah.ciput ja
ADIL KAH

Tanpa Nama berkata...

Takziah kepada keluarga simati. Walaupun kematian ini tidak diredhai Allah namun kita mendoakan yang terbaik untuk Allahyarham. Sesungguhnya beberapa pengajaran yang perlu kita selami melalui episod sedih ini.
1. Rakyat terbanyak sedang melalui saat sukar dalam kehidupan mereka. Tekanan ekonomi adalah bom jangka yang bakal membawa rakyat dan negara ini ke lembah kehancuran. Pelbagai tindakan yang tidak terduga oleh akal yang waras diambil dalam suasana kusut menghadapi tekanan hidup. Di antara puncanya adalah kegagalan kita meletakkan orang yang benar-benar layak mentadbir. Kepimpinan terlalu taksub mempertahankan kuasa sehingga lupa kepada kekurangan diri dan tanggungjawab. Pemimpin yang lemah akan membawa kerosakan kepada negara dan seterusnya memangsakan rakyatnya.
2. Pemimpin pembankang samada dari PKR, DAP, Amanah, Bersatu, PAS dan parti politik Sabah dan Serawak bergabunglah demi menyelamatkan rakyat Malaysia. Insaflah dan bertindaklah secara jujur. Singkirkan perbezaan, ego, taksub demi kesejahteraan rakyat. Berkorbanlah sebagai seorang pemimpin sejati sebelum nasi menjadi bubur. Apalah nilai seorang pemimpin disisi Allah sekiranya gagal membela nasib rakyat yang tertindas.
3. Sebenarnya rakyat Malaysia sudah tidak boleh mengharapkan apa-apa dari kepimpinan negara sekarang. Masa mereka telah tamat.


Lebai Roger berkata...

Kerja Pas menghukum.....macam malaikat la pulak! Ruu355 bukan hudud pun, tapi ramaiyg dihukum kapir, anjing babi kaldie.....setakat tu saja lah islamnya pas, menentang kerajaan zalim ponteng sidang, kalau boikot atau keluar dewan kira tak menentang setakat jadi kaldei atau anjing menerkam mangsa! Politik haram jadah dah pas ni!

Tanpa Nama berkata...

Kalau pesanan terakhir arwah ini tidak menyedarkan Presiden PAS memanglah ada sesuatu yang menyebabkan dia tidak boleh berundur.

Sebagai pemimpin yang bergelar ulamak, dia tak boleh lari. Ini kerana dia yang membawa PAS mempertahankan pemimpin yang zalim.

Dari kekecewaan arwah, semasa hidup dia berharap dan yakin sepenuhnya pada perjuangan PAS..

Mengenai jalan yang dipilihnya untuk menamatkan kekecewaan dia, mudah-mudahan Allah lebih-kurang dengan hukuman terhadap nya. Keputusan dia bukan kerana hidup dia kosong, dia masih berpegang pada syahadah. Bukan kerana dia gagal bercinta atau berhutang kerana berjudi. Arwah sudah tidak ada cara lain untuk lari dari di penjarakan.

Berapa ramai orang yang mati sempat mohon ampun ? Berapa orang yang ingat khalifah 'Ashaduanlailahailallah. Waashaduannamurhadan Rasulullah.'?

Lebih dari itu, arwah berharap pemimpin Islam membuka mata, ubah perangai dan berlaku adil lah semasa berkuasa.

Dari Allah kita datang.. Kepada Allah kita kembali.



Tanpa Nama berkata...

Hebat zaman pemerintahan Najib, sampai ada yang terkorban terjun dari jembatan.

Bajet Najib kali ini sebut nasi lemak anak dara.. penggulungan nanti sebut pulak 'rokok murah maut'

Bila minyak naik, barang pun naik. Hidup semakin terdesak, rasanya ada yang akan pilih jalan yang sama.

Nak bayar saman, tak kira apa kesalahan pun, akan menyebabkan seseorang bertambah kesempitan. Dah lah yang ada tak cukup tiba-tiba kena saman perangkap laju tengah malam di jalan highway yang tak ada kereta atau tak ada lesen motor ketika nak pergi kerja.

Nak ucap tahniah lah pada pegawai yang menjalankan operasi menjual rokok murah ini.

Tanpa Nama berkata...

Betul kata Anwar.

Cara UMNO perintah menjadikan yang kaya bertambah kaya dan yang miskin papa kedana.

Anwar cakap 10 tahun dulu..

Tanpa Nama berkata...

Sedihnya....Saya Cina kapir, tapi benarkan saya Minta Allah cucikan rohnya, Harap hidupan Isteri dan anak dapat bertambah baik.

Tanpa Nama berkata...

Sorry to say... PAS parti bongok. 100% tolol, biol, bahlol. Taubat lahum...memang bangang mengalahkan lembu.

Tanpa Nama berkata...

Ni lagi satu bangang xbertempat, bnykkn membaca, jgn baca facebook, org mcm anon 10:36 pun bebal jugak. Xfaham konteks. Tula asyik tgk RTM dgn TV3 suku... bebal xsudah... dedak BR1M pun ambik jgk... awat Islam anjur hudud je ke? Faham konteks... jgn macai sngt

Unknown berkata...

Harap2 aji hadi ngan pimpinan pas baca kisah saudara kita ni. Kalau degil jugak harap2 di akhirat saudara ni claim pahala2 pimpinan pas yg degil dan ganti dgn dosa beliau.. TAPI orang lain jgn tiru idea saudara ni.. kita kan MUSLIM. Ameen

Tanpa Nama berkata...

Andaikata.. Andaikata.. mati itu satu pilihan...

Biar lah ikut arwah terjun .. Tak menyusah kan sesiapa dan tidak menyesatkan yang lain .. Dari ikut Tuan Guru yang sakit jantung yang sudah longgar syahadah nya, yang semakin gila merapu, yang terikut-terikut pada kezaliman dan rasuah, yang semakin menjadi-jadi buang tabiat nya, yang langgar amanat nya sendiri, yang pernah terpalit dengan fitnah dan berbohong berkali-kali, yang dulu boleh tapi sekarang tak boleh, yang dia buat tak salah tapi jangan orang lain buat salah, dari mati yang sudahnya jadi seperti anjing yang menjelir-jelirkan lidahnya,

Biarlah mati kerana menjual rokok murah dari MATI MENJUAL AGAMA !1

WALLAHUALAM.

Tanpa Nama berkata...

Arwah berniaga.

Orang berniaga tahu serba sedikit mengenai ekonomi seperti modal, margin dan strategik berniaga.

Lebai-Lebai apa tahu ? Yang dia tahu suruh orang bersabar dengan ketentuan Allah, suruh orang berusaha sedangkan orang yang menanggung dah tak ada daya dan upaya lagi, suruh orang amal ayat sedang kan ekonomi negara sangat teruk dan PM yang melingkopkan ekonomi tak ada satu ayat pun yang di pakai..Kalau pakai banyak tapi PM kena di turunkan lah ..

Ramai orang berniaga modal kecil, yang maju kalau yang berniaga tu anak dara dan mendapat perhatian.. Kalau laki orang, ibu tunggal.. jalan lah. Ramai yang cuba nasib tapi ramai juga yang tutup sebab tak untung.. mana dia orang pergi? Apa dia orang buat ?

Modal yang ada untuk satu round...Kalau tak untung dah tak ada modal ..

Tanpa Nama berkata...

Tenguk. Orang kafir doakan dia.

Pemimpin PAS bagaimana ? Yang Islam pun belum tentu..

Bila orang kafir doa kepada Allah untuk orang Islam ...

Si kafir ini tak ucap pun adios.

Pemuda parit kings berkata...

Ya Allah...Bantu lah kami rakyat Malaysia,supaya dapat mengharungi rintangan hidup...ujian yg kerajaan berikan kepada kami...kami tidak sanggup melihat hambamu pergi sebegini rupa...Ya Allah...berikan lah kami petunjukMu...Ya Allah...bukakan lah mata,akal,pendengaran kami agar sedar dengan pemimpin kami yang jelas menindas rakyat terbanyak...Ya Allah...kirim kan lah buat kami rakyat Malaysia,pemimpin yang jelas benar boleh membantu kami...jika pemimpin kami yang bersalah Ya Allah,tukarkanlah ia kepada pemimpin yang lebih baik lagi...kepadaMU lah kami benderang,kepadaMU lah kami me mohon...kerna MU lah yang Maha mendengar lagi Maha membalas...berikan lah kehidupan kami lebih terbela dan berilah pemimpin yang benar boleh berlaku adil...semoga Allah memakbulkan doa kami...

Jangan lah ada lagi saudara kita melakukan sebegini rupa...mohon lah pada Allah...semoga Allah perkenankan doa2 kalian semua...yakin lah dengan Allah...percayalah dengan kekuasaan Allah...

Sedih saya sebagai Muslim...
Saya mengharapkan,Allah mengampunkan segala kesilapan2nya...

Tanpa Nama berkata...

SAYA CABAR PIMPINAN PARTI PAS YG BACA BLOK INI NYATAKAN DI MANAKAH PENDIRIAN ANDA SETELAH SELLESAI MEMBACA KISAH YG DIATAS..

ISUNYA IALAH........

TIDAK KEMARUK KUASA UTK KE PUTRAJAYA TETAPI MASUK BERTANDING PULAK SEWAKTU P, RAYA.....


BLOK KE 3 LAH ....POLITIK MATANG LAH....PENIS YG SIHAT LAH...
PORAHHHHHHH......

Tanpa Nama berkata...

sialp aribulan org pas pon tktau berita kejadian ni...
kita rakyat mesia nih... dah kena gerakkan diri utk beritahu pd rakan2 jiran2 keluarga
sapa umno tu.... so pepandaila sok nak undi depa gak lagi kah????

Tanpa Nama berkata...



Banyak lagi kisah tetapi yang bertanya kenapa lah Allah tak ambil nyawa dia. Kenapa lah lori tak langgar dia semasa di traffic light. Dapat juga lah anak bini duit insuran.

Bila tenguk orang senang sikit, mengeluh. Apalah dosa dia. Nak buat macamana lah lagi ? Penceramah suruh tenguk orang yang lagi susah pada dia. Insaf lah sekejap. Barang lah pulak naik sebab minyak naik. Baru nak adjust, dah ditimpa lagi ..

Pemimpin politik buat taik. Yang pakar guna agama dengan cara agama nya. Yang pakar guna perkauman guna perkauman nya. Masalah rakyat semakin melebar, mengembang. Ekonomi yang merundum, menguncup.

Orang yang susah dan orang yang berhutang dan orang yang tak dapat pekerjaan akan menyalahkan Perdana Menteri. Dulu dalam UMNO walaupun bermusuh ada juga tiga, empat kerat pemimpin yang bagi bantuan samada bisness atau peluang untuk menang bertanding dalam pru. Tapi sekarang langsung tak ada. Di guna nya PAS untuk melenyapkan suara pembangkang yang mewakili rakyat.

Bila melayu kena pukul sebab mencuri handphone baru lah bina tempat perniagaan handphone untuk orang melayu.

Ada MARA beli tanah mahal di luar negara. Ada jakim, main golf di luar negara. Ada UMNO, ada PAS, ada lah pulak dedak.

Nasib baik dia mati masih dengan Islam nya, buat nya dia ikut agama lain untuk kesenangan dunia dia, apa macam ?

Kalau tak nak kejadian ini berulang dan di lakukan oleh orang Islam lain atas sebab yang di sebut di atas, pemimpin wajib berubah.

Tanpa Nama berkata...

x tahu nak ckp apa? mungkin lbh ramai yang cam nie? kita nak bantu skit-kit boleh la. tapi isu utama ialah ketidakadilan dalam pengagihan kekayaan termasuk penggunaan cukai dan ketidakadilan dalam hukuman.

Tunggu la BALA!!

Tanpa Nama berkata...

Sedih pulak aku baca, umur lelaki ni sama baya dengan aku, anak 2 org, ada isteri sama macam aku. Tapi kalau ditempat dia, takkanlah ambil keputusan terjun jambatan.
TAk de cara lain lagi ke. Mesti ada. Cara yang diambil secara drastik dan singkat tak sepatutnya diambil.
Iya, ALLAH Maha Pengampun, tapi ALLAH juga berfirman supaya tidak mencampakkan diri ke dalam Kebinasaan.

Tanpa Nama berkata...

الْيَوْمَ نَخْتِمُ عَلَىٰ أَفْوَاهِهِمْ وَتُكَلِّمُنَا أَيْدِيهِمْ وَتَشْهَدُ أَرْجُلُهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ
65. Pada hari ini Kami tutup mulut mereka; dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksianlah kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan.


Kamu semua akan menjawab, yg sudah mati menjawab, yg akan mati pun menjawab, baik pembangkang mahupun kerajaan. Kamu bertanggungjawab dengan si mati. Apakah kamu (PAS) berasa kamu betul? Pembangkang? dan kamu kerajaan yang memegang amanah lebih 50 tahun..

Tanpa Nama berkata...

Ini BALA lah.

Kalau orang agama berdolak-dalih, kalau orang yang jaga agama bisu-pekak dan kalau PAS dengan kemunafikannya, sama-sama lah ya kita menanggung dosa.

Kenapa saya kata ini bala? Sebab ramai yang akan mula mempersoalkan tentang Islam dan tentang Allah.

Kenapa Allah biarkan dia terjun? Kenapa Allah tidak lalu kan orang di situ suoaya nampak dan berhenti menegur dia ?

Dia sempat minta ampun dengan semua orang malah dalam pada itu dia tak mintak pun hutang dia di halalkan. Sebaliknya dia minta orang yang memberi hutang berjumpa dengan kakak dia. Dia sedar dia bersalah... dan mohon di ampun oleh Allah. Dia berharap dosa dia dan siksaan dia jadi satu pengorbanan supaya pemimpin Islam 'terkesima' dengan tindakan dia.

Kalau saya penulis novel saya akan mengkaji latar belakang kisah dia.

Apa sudah jadi dengan tauhid dan akidah pada segelintir kita terutama anak-anak kita nanti?

Dia rasa dia bercakap dengan Allah sebab dia anggap dia telah di zalimi.

Bagaimana kalau masa dia terjun dan antara jembatan sampai ke air laut dia lafaz Allahuakbar dan ketika itu hati dia sangat lapang.

Lahaulaquwataillabillahilazim.

Tanpa Nama berkata...

Presiden PAS, nama mu d sebut di akhir hidup si mati, bermuhasabah lah. Duduk depan cermin. Apakah dirimu betul. Atau khilaf. Masa depan anak2 si mati dalam gengaman mu. Jangan sampai mereka mengikut langkah ayahnya disebabkan halangan yang lintangkan diatas jalan menuju kehidupan lebih baik.

Nama mu disebut dihujung ajalnya.. Mohon muhasabah..

Tanpa Nama berkata...

Arwah pun tahu. Macam yang kita tahu perkara itu tidak diredhai oleh Allah.

Dulu saya pernah sangat-sangat keciwa. Saya marah, sangat-sangat marah pada Allah. Kerana rezeki saya begitu susah sangat.

Saya telah meletak harapan dan keyakinan yang tinggi pada Nya..

Sekarang saya tidak bekerja dan mengharap ehsan dari Isteri.. semua yang saya buat tak menjadi.

Maruah saya dan harga diri saya sudah tidak ada, bila melihat isteri penat, saya rasa saya suami yang tak berguna. Bila saya perlukan duit, hati saya cukup sayu malu meminta dari Isteri. Sedangkan dulu jawatan saya kira sangat baik jugak tetapi sekarang saya yang masak, saya yang cuci bilik air, saya yang membeli barang keperluan .. jika saya si halau keluar, saya keluar sehelai se pinggang ..

Saya merayu.. saya merintih.. saya menangis semahu-mahunya...

Penceramah kata minta tolong dengan Allah bukan minta pada manusia.. bergantunglah harapan pada Allah kerana Allah Maha Kaya..

Kalau saya akan di hukum kerana kesalahan 'menjual rokok murah' dan akan di penjara kan ...

Tanpa Nama berkata...

Ya Allah kau cucurilah rahmat ke atas rohnya..hanya Kau yg maha mengetahui dan mengasihani..aminn

Tanpa Nama berkata...

saya bukanlah Alim / pandai sangat dalam ilmu islam ni, tapi bukankah membunuh diri tu sangat-sangat di larang dalam islam ? sepertimana hukumnya mengambil nyawa kecuali dalam hal membela (mempertahan) diri daripada serangan/ rompakan etc,
Maaf saya tak bermaksud untuk mencela sahabat kita (mohd shukri) ni, tapi kita pasti dapat merasa kesan yang menimpa keluarga yang ditinggalkan beliau. Kami pun susah juga, tapi kami masih sayangkan nyawa serta keluarga kami. Bimbang kalau ini menjadi "trend" dan menjadi ikutan . Memang orang lain tak tahu kesusahan/keperitan kita tapi "membunuh diri" bukan ajaran islam. bagi kami yang dan berusia lanjut dan menuju ke penghujung kehidupan ni mulai merasa takut dengan trend yang mengikut cara / jalan hidup bukan islam yang semakin menular, Nauzubillah

Tanpa Nama berkata...

Menitis air mata ini membaca kisahnya..walaupun insan kerdil..tp jiwanya besar..sanggup menyelesaikan hutang walaupun dia akan mati..berbeza dgn pemimpin zalim kita..walaupun hidup mewah dgn harta rakyat..tp pengecut..

mosabit berkata...

dia jual roko murah jer pun....bukan jual rokok curi....

jual aset negara dng harga murah taklak kena tangkap.....

biar rakyat mampos....asak pemeimpin hidup senang lenang ...

KuTai berkata...

rasanya budak tu tak binuh diri pun...dia letakka motor atas jambatan dan buat note dia pergi entah kemana semata mata nak tenguk responce rakyat masia aye...menyusahkan masayarakat namanya tuuuu

Unknown berkata...

MOHON DOAKAN ALLAH PERMUDAHKAN URUSAN SAHABAT SAYA INI,OPERASI MENCARI MASIH DIJALANKAN,DIA MEMANG SEORANG PENYOKONG PAS,TETAPI KECEWA DENGAN KEADAAN PAS SEKARANG,SETIAP KALI KAMI BERJUMPA,SEDIH DENGAR LUAHAN HATINYA,SY DAH CUBA MEMBANTU SEKADAR MAMPU.MEMANG TAK TERJANGKA TINDAKAN BELIAU.ALLAHUAKHBAR.SEMOGA ALLAH MENGAMPUNI DOSA - DOSA BELIAU.MAAFKAN AKU SHUKRI,DI SAAT GETIRMU AKU TIADA DI SISI.

Tanpa Nama berkata...

Allah tidak menguji seseorang melainkan mengikut kemampuan nya.

Allah menguji untuk meningkat kan lagi darjat seseorang. Allah timpakan musibah untuk mengurang dosa.

Allah telah mengetahui apa yang akan berlaku dan yang telah berlaku 100 tahun yang lalu dan semua yang terjadi mengikut peraturan Allah.

Kepada Dia kita sembah. Kepada Dia kita mohon pertolongan.

Siapa Allah ini ?

Tanpa Nama berkata...

Kesian kat Isteri dan Anak-anak dia yang hilang tempat bergantung, pulak tu pada jalan yang tak dapat diterima oleh mana-mana orang yang mengaku islam. Percayalah bila anak beliau dewasa nanti pasti akan merasa tekanan pula samada dari sudut psikologi mahupun dari sudut moral., so patut kah kita tidak berasa kasihan kepada anak-anak beliau ?

Tanpa Nama berkata...

Kalau betul lah, dia tak menyusahkan masyarakat tapi dia menyedarkan masayarakat..

Kalau dia keluar penjara.. Dia tak kan dapat kahwin lagi seperti Khir Toyo yang berbini dua sebab dia langsung tak berduit.

Malah dia lebih berani dari Jamal Jamban.

Harap betul lah apa yang tuan katakan.

Tanpa Nama berkata...




arab spring dulu punca dpd seorng penjual roti membakar diri kerana kezaliman pemerintah.

punca tekanan hidup dgn sebab kezaliman pemerintah.

selain dpd sekongkol dgn si zalim, PAS juga harus nilai semula jika hudud hendak dilaksanakan, bolehkah dipastikan KEADILAN TANPA MENGIRA BULU dilaksanakan?

APAKAH HANYA RAKYAT DAIF SEPERTI KISAH INI SAHAJA YANG AKAN DIHUKUM sedangkan penguasa akan dilepaskan?

PAS boleh jamin ke pencuri balak akan dipotong tangan tanpa menilai berat serbannya?

jika tidak.. hentikan lah bermain politik hudud yg bukan hudud.

memang umat islam akan bising dan cerewet bila menyentuh undang2 islam.

ini kerana jika melaksana tanpa hemah dan keilmuan serta tanpa kajian yg mendalam supaya benar2 adil, maka yg tercemar adalah islam sendiri. BUKAN KERANA RAKYAT BENCI UNDANG2 ISLAM.

undang2 islam bukan semata2 nk hukum org, tetapi ia juga adalah penyerlahan keadilan yg mesti dilihat adil dan dirasai adilnya oleh seluruh alam.

SILA BERJANJI DULU UNTUK HUKUM PENCURI BALAK TANPA MEMILIH BULU.. BARU BETUL ADA UNSUR MEMARTABATKAN HUKUM ISLAM.


Tanpa Nama berkata...

Aku harap kita org Islam tak payah lah undi PAS next PRU.

PAS dah tak kisah Najib jadi PM sampai mati, yg penting, Najib bagi laluan RUU355.

Tanpa Nama berkata...

Ada masuk berita tak pasal kes ni?
Rasa2 mcm tak ada kan?

mohd majduddin bin mustafa berkata...

Sunnatulah Allah hu robbi…Baik Dan buruk ciptaan Nya w u Alam

Tanpa Nama berkata...

Tuan gb...dengar khabarnya mayat arwah telah ditemui...