DAP tamatkan kerjasama dengan Hadi, kekal dalam Pakatan
Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP yang bermesyuarat malam tadi memutuskan meneruskan kerjasama bersama Pakatan Rakyat (PR) tetapi menegaskan ia sudah hilang keyakinan terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, parti itu kesal dengan tindakan "tidak jujur dan tidak bermaruah" Hadi yang bekerjasama dengan Umno melanggari semangat konsensus serta Dasar Bersama dalam Pakatan Rakyat (PR).
Oleh itu, ia membuat keputusan memutuskan hubungan dengan Hadi dan akan mengadakan perbincangan dengan PKR bagi menentukan masa depan PR.
"DAP tidak boleh berkerjasama dengan presiden PAS seperti Hadi yang tetap bertindak secara tidak jujur dan tidak bermaruah.
"DAP hilang kepercayaan dan keyakinan pada Hadi sebagai pemimpin PR dan akan memutuskan hubungan serta menghentikan kerjasama dengan beliau.
"Oleh kerana Hadi adalah pemimpin PAS dalam PR, keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Hadi secara efektif akan meletakkan Majlis Pimpinan PR dalam keadaan terawang-awang.
"DAP akan bertemu dengan kepimpinan PKR membincangkan nasib PR pada masa depan," menurut resolusi mesyuarat itu yang dikeluarkan hari ini.
Lim mendakwa, Umno menghasut PAS melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan pada 27 Mac 2014, semasa sidang Parlimen, dengan menjanjikan sokongan daripada kerajaan persekutuan.
DAP dengan itu menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak segera membuat pendirian jelas dan tegas sama ada akan menyokong atau menolak enakmen hudud di Kelantan.
"Beliau juga harus menjelaskan peranan ahli Dewan Undangan Negeri Umno Kelantan dalam menyokong rang undang-undang hudud.
"Najib juga harus menyatakan sama ada beliau menyokong Rang Undang-undang Persendirian yang dibentangkan Hadi," katanya.
Lim yang juga ahli Parlimen Bagan berkata, semua 37 ahli Parlimen DAP akan menolak rang undang-undang persendirian berkaitan hudud itu, yang dijadual dibentangkan Hadi.
"DAP menolak pelaksanaan undang-undang hudud kerana ia bercanggah dengan Perlembagaan.
"Tambahan pula, rakyat Malaysia yang menyokong PAS dalam Pilihan Raya Umum yang lalu tidak mengundi untuk pelaksanaan hudud, tetapi untuk Dasar Bersama," katanya.
DAP juga memberi tiga contoh Hadi mengambil tindakan tidak jujur dan tidak bermaruah.
Pertama apabila beliau mengkhianati keputusan bersama Majlis Pimpinan PR dalam mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal PR untuk jawatan menteri besar Selangor.
"Ia sehingga mengakibatkan krisis besar yang berlarutan dan hampir menjatuhkan kerajaan PR Selangor," kata Lim.
Kedua ialah kegagalan Hadi menepati kata-katanya sendiri semasa Majlis Pimpinan PR pada 8 Februari lalu, bahawa Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan 2015 bakal dibincangkan pada Majlis Pimpinan PR.
Dan ketiga, ialah permohonan Hadi ke Parlimen pada 18 Mac membentangkan usul rang undang-undang persendirian tanpa terlebih dahulu membentangkannya kepada Jawatankuasa Pusat PAS serta Majlis Pimpinan PR.
DAP dalam resolusi mesyuaratnya turut menegaskan semula komitmennya kepada PR sebagai gabungan pentadbiran yang mewakili aspirasi semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama atau kepercayaan.
"PR berhasrat membina Malaysia baharu berdasarkan nilai-nilai asas seperti kebebasan, keadilan, demokrasi, integriti dan martabat manusia."
DAP juga mengulangi pendirian yang semua parti komponen PR harus berpegang kepada semangat Dasar Bersama melalui muafakat yang berkisar pada amanah dan sifat saling menghormati dalam Majlis Pimpinan PR.
Mesyuarat tergempar CEC malam tadi berlangsung hampir empat jam dan membincangkan masa depan parti itu di dalam PR susulan keputusan PAS meneruskan agenda hudud dengan membawa rang undang-undang persendirian di Parlimen. -TMI
ULASAN GB
GB dah ulas sebelum ini. Hukum kebenaran dan keadilan berjalan terus. Jika "haramjadah" menimpa Najib bertimpa-timpa kerana Najib mengungkap perkataan haramjadah kepada peneroka FELDA, kini Hj Hadi ditimpa "barua" bertimpa-timpa kerana mengungkap perkataan itu untuk ahli PAS yang tidak disukainya.
Sesuatu ungkapan buruk itu akan kembali kepada sipenuturnya tidak mengira siapa penuturnya. Tuduhan "BARUA" (pengkhianat) kini kembali kepada tuan penuturnya. Tanpa disedari Haji Hadi digelar seorang BARUA (pengkhianat). Begitulah juga kepada golongan pro-ulamak yang SENTIASA berkahak tuiii... kahak tuii itulah yang bakal menimpa mereka semula, diungkapan perkataan JEBON kepada golongan yang tidak disukainya, sifat JEBON itulah yang kembali kepada diri mereka sendiri. Hukum kebenaran dan keadilan tidak mengira bangsa, agama, warna kulit, kedudukan dan status seseorang. Ungkapan buruk itu akan TETAP kembali kepada si penuturnya, termasuk kepada orang-orang yang menyokongnya... demikian hukum alamiah, hukum kebenaran dan keadilan, atau di dalam Islam dipanggil SUNNATULLAH. Ia tidak berubah zaman berzaman. Itu janji Allah swt.
Tidak malukah bila seorang pemimpin Islam bertaraf ulama nombor 2 dalam dunia kini dikatakan sebagai tidak berakhlak, tidak jujur dan tidak bermaruah?
Tidak lansung meminta maaf, tetapi sebaliknya mempertahankan diri konon suruh melihat orang melihat diri di cermin. Sedang beliau sendiri tidak bermuhasabah dan tidak pula melihat diri di cermin. Penipuan @ pengkhianatan walaupun terhadap bukan Islam tetap BERDOSA.
Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan..... kita sama-sama tunggu dan saksikan...
GB akan tetap berpegang kepada Hukum Kebenaran dan keadilan... tak suka? tu kamu punya pasal (meminjam ketegasan Almarhum TGNA)
38 ulasan:
Walau apapun yg terjadi, jangan pecahkan Pakatan Rakyat...
Sbg muslim aku wajib sokong hudud dilaksanakan...tapi soalnya adakah umno betul2 ikhlas menyokongnya atau sekadar sokong utk membawa rebahnya Pakatan Rakyat? Aku hanya betul2 percaya dgn sokongan umno ni apabila ada sokongan PM & TPM secara bertulis mengenai hudud ni...kalau setakat secara lisan bila2 masa boleh diabaikan...
Satu lagi yg aku tak puas ati, kenapa DAP bermati matian mpertikaikan hudud? Bukankah hudud tidak ada kena mengena dgn bukan islam?
Yang penting, apapun yg berlaku jgn pecahkan Pakatan Rakyat...jgn bagi umno berkenduri 40 hari 40 mlm utk meraikan pecahnya pakatan rakyat...pimpinan PAS, DAP & PKR mohon ambil perhatian!
Pas tak mintak keluar drp pakatan dap yg minta kita tunggu pulak APA pkr kata . dulu pun pas bersendiran aja tiada masallah .
Pas telah masuk perangkap UMNO gara2 tindakan UG pimpinan Hadi. Akibat tak bijak politik golongan tersebut Pas menerima kesan buruknya. Bagi hudud dilaksanakan pindaan perlembagaan perlu dibuat dan ini tak akan tercapai walaupun mendapat sokongan 100% UMNO.
Quraisy Jahiliah menentang Nabi Muhammad SAW dengan pelbagai tuduhan: Gila, ahli sihir dan pelbagai lagi pertuduhan... Tetapi mereka tidak pernah menuduh Nabi SAW tidak boleh di percayai atau mungkir janji.
Gelaran termulia Nabi SAW ialah Al Amin.. Sifat baginda Siddiq, Amanah, Tabligh dan Fathonah..
Ciri Pejuang Islam mestilah boleh di percayai oleh sesiapa sahaja...
Hudud ni hukum Allah...org yg mengaku beriman wajib menyokong perlaksanaan hukum ni....tetapi bg pas tidak diberatkn klu dj tak berupaya....yg wajib menunaikn adalah pemimpin yg ada kuasa mcm najib atau siapa yg memegang kuasa ugama....mereka2 inilah yg berhadapan soalan2 Allah diakhirat nnti ..klu nk bawa keparlimen pun RUU hudud ni sebahgian tak menyokong pun kerja no jd sia2 tunggu dulu dptkn kuasa baru bergerak kehadapan...jgn kalamkabut
Rasulullah SAW tu MAKSUM... tiada kelemahan padanya...
Pemimpin yang ada sekarang jauh 1436 tahun dari Rasulullah SAW.. So biasalah kalau ada kelemahan yg Melampau pun...
Cuma kita yg beragama Islam nie cuba la fikirkan ramai ker ulama' yg ada kat Malaysia nie sampai nak tunding jari kpd ulama' yg ada.. SEPATUTnya kita bersyukur Allah masih perlihara segelintir ulama' kat negara kita untuk memperjuangkan agama dan hukum Allah...
adakah bila sampai janji Allah akan di ANGKAT ILMU Allah 'yakni dengan di matikan ilmuan² Islam yg ada baru kita nak pandai menghargai...
Cuba kita percaya dengan "BISYARAH" sama macam Syidina Abu Omar r.a percaya apa kata Rasulullah SAW tanpa ada dindong dindong... (bisyarah = percaya dengan apa yang kita tak nampak)
P/S: jangan selalu sangat cari kesalahan orang lain tanpa menilai apa yang kita sumbangkan kepada agama Allah.. itu yg akan kita dipertanggungjawabkan di Akhirat nanti...
Aku pun penyokong tegar PAS... tapi aku kecewa dgn Hj Hadi...isu pil kuda, letak calon last minit di pru13 utk bertembung sesama sendiri dan suka langgar sesuka hati keputusan mesyuarat...menjadikan aku setuju bahawa sudah sampai masanya Hj Hadi perlu digantikan...
Ahli2 PAS yang setuju dengan pandangan DAP untuk memutuskan hubungan dengan TGHH, sepatutnya mengundi untuk menyingkirkan TGHH dari jawatan Presiden PAS..
Tak gitu, boss..?
SUNNATULLAH..
SUNNATULLAH itu brlaku mngikut system kosmos-UNIVERSE yg trsgt2-RAPI trsgt2-JITU lg trsgt2-TEPAT
SUNNATULLAH itu trjd mnurut SYSTEM yg sgt2-TERSUSUN ibarat susunan nombor2 ATAU angka2 1 2 3 4 5 6 7 &strusnya..
SUNNATULLAH..
SUNNATULLAH-ddlm-CAHAYA..
SUNNATULLAH brjln dgn gambaran yg sgt2-LUNAK lg INDAH ddlm khidupan sbnr2-MUKMIN & sbnr2-MUSLIM..yg bnar2 TERANG berCAHAYA yg sama skali tidak akan brbuat ONAR kpd ssiapa pon jua.. apa lg utk mlakukan FITNAH serta trgamak mnjd pngKHIANAT yg sgt2 jls mlanggar & mnodai JANJI
ciri2
-LURUS
-LAPANG
-MUDAH meMUDAHkan
-TERANG lg meNERANGkan
-suka-CINTA mmberi & brBAKTI
-Sgt GUMBIRA krn dpt mmBEBASkan org
-Sgt BENCI sgl pnindasan/KZALIMAN
-TIADA-niat mngambil w.pon satu-"SEN" keringat/milik RAKYAT & org lain!
SUNNATULLAH-ddlm-GELAP..
SUNNATULLAH juga trjd kpd yg brpura2 inginkan-CAHAYA..ttpi mrk tlh mnjd KORUP-gelap gara2-UMPAN-harta yg mnjd BANGKAI2-busuk yg mrk cuba TUTUP & smbunyikan nya ddlm-GELAP
Ciri2-SUNNATULLAH keatas MUNAFIQ ini sgtlah panjang dan berjela2 krn mrk ingin berlari-lari & mnyorok kdlm lobang serta mncari lg lobang2 yg LEBIH dlm dan lebih-GELAP utk coba bersembunyi..
Sbb itu..
--mrk berputar2 brDOLAK-dalik
--tipu-AUTA-samar-KELIRU
--nampak WARAK-gelaran tp NIAT-grutu
--kata2 kesat FITNAH merapu2
--pasti mwujudkan MASALAH ++masaalah
--berhujjah nak TEGAK benang basah
--seolah2 buta melihat-CAHAYA-Kbnarn
--sengaja mnuju lobang-KEGELAPAN
--hanya pentingDIRI-@-parti, mrk BUKAN mnjd "RAHMATAN-lil-alamin"..
Ddlm surah Al-Baqaroh jls lg TERANG..
Bhw mrk lah org2 yg suka brbuat KEROSAKAN(sprt FITNAH & mnodai-JANJI) tp mrk tak-SEDAR-(2:12)
Bhw mrk lah org2 yg sgt BODOH(brpakat dgn setan dkenali) tp mrk tak-TAHU kbodohan mrk itu-(2:13)
Krn ciri auta-DUSTA-khianat-FITNAH serta mlanggar & mnodai-JANJI, maka ALLAH mnjdkan mrk..pekak-BISU-buta seolah2 mrk TIDAK dpt lg kembali kpd CAHAYA-sbnr2-Kbnarn-TUHAN-(2:18)
Nota:
Sudah mnjd SUNNATULLAH bhw harta harta & HARTA lah mnjd punca UTAMA manusia buta-CAHAYA-sbnr2Kbnaran!
--HARTA dpt mmbeli-KUASA
--HARTA dpt mmbeli-WANITA & sgl2
Sbb HARTA manusia sggup mnodai-JANJI
Krn HARTA manusia sggup buat-FITNAH
Sbb itu RASUAH-dan-FITNAH adalah kembar-ASLI-sejati azali yg tlh pon mnjd SUNNATULLAH..
sebelum ni pas bersendiri aja.tiada masallah. kalau pas disingkir kan
Orang Melayu/Islam wajib bersatu. Buka mata tengok DAP/MCA/GERAKAN boleh bersatu menentang Hudud! Janganlah membenci parti lawan keterlaluan!
GB, inilah bahana Presiden PAS menuduh 2 orang ADUN Selangor, Shaari Sungip dan Hasnul Baharuddin yang ingin memperkukuhkan Pakatan Rakyat sebagai BARUA (pengkhianat).
Akhirnya Allah dedahkan Haji Hadi yang sebenarnya BARUA (pengkhianat) Pakatan Rakyat.
Mungkin dia rasa dia ulama no 2 dunia dia tak kena timbangan dan siksaan di akhirat... begitu juga para penyokongnya...
Saya penyokong kuat PAS sejak 30 tahun lalu...saya kesal dengan tindakan terburu-buru Presiden PAS membentangkan enakmen HUDUD tanpa mencari permuafakatan terlebih dahulu dengan rakan-rakan dalam PR. Saya nak tanya Hadi, jika pemimpin Parti dalam PR sendiri baik Islam (Wan Azizah) dan bukan Islam (LKS & LGE) pun tidak deberi penjelasan terlebih dulu, apa jenis manusia ini? Bolehkah makhluk jenis ini dibawa berunding dan dipegang janjinya...memalukan ulamak.
Di satu aspek lain pulak, China DAP ini pun satu hal punya degil. Bukankah HUDUD yang hendak dilaksanakan itu (jika diluluskan Parlimen: which I am doubtful) hanya melibatkan rakyat Kelantan di kalangan orang Islam sahaja. Jadi apa gilanya orang Kapir macam kamu mahu berkeras kepala membantah.
In the first place, mustahil pembentangan tersebut akan mendapat sokongan kerana majoriti MP UMNO tidak akan mengundi menyokong... sunatkanlah saya sekali lagi (potong lanchow) jika ini terjadi....
Kesimpulannya tidak akan kemana HUDUD yang dibawa ini...cuma akan meninggalkan akibat yang amat mendalam iaitu PAS akan kehilangan banyak kerusi, gagasan PR akan menjadi lemah dan harapan untuk menumbangkan rejim korup dan zalim BN kini berlalu pergi. Sejarah akan mengukir persepsi orang ramai terhadap Haji Hadi ......
Hasrat golongan ulamak PAS untuk membuktikan kata dan janji bagi melaksanakan hudud kepada penyokong tidak ke mana...cuma menjadi sebuah mainan politik yang menikam diri sendiri.
Soalan mudah saya..adakan Tuan Guru Nik Aziz yang 1000 kali lebih zuhud dari Haji Hadi lebih cetek akalnya berbanding dengan pemimpin ulamak PAS sekarang, makanya Almarhum tidak mengambil langkah drastik seperti sekarang...???
Tanya Tuan Guru Haron Din. Beliau berhak memberi keputusan. Secara peribadi, saya lebih suka Dap tidak lagi memperbudakkan Haji Hadi. Sebagai seorang Islam kita wajib menyanggah kebathilan dan sikap pura-pura kafirun harbi. Mereka tidak menghormati Islam dan ingin mendatangkan mudarat pula. Wajib di sanggah.
Haji Hadi pula dari segi rentetan Pas, apa yang tidak di umpamakan kepada Umno ! Macam-macam sehingga belia beramanat songsang. Menjadi ahli politik satu hal. Menjadi ahli agama berbeza kaedah. Tidak boleh berlakon demi mencari populariti mencengkam kuasa.
Terpulang kepada anda semua membuat tafsiran keikhlasan Umno. Jika kita sesama Islam, kenapa berprasangka buruk ? Kaedah Dap memecah belahkan Melayu hampir berjaya, menjadikan melayu berpecah undi minoriti dalam setiap kawasan SPR cara olahan Anwar dan arwah TGNA. Macam-macam "move" di perkenalkan...
Ikhlas nya saya tiada masaalah dengan Pas jika landasan nya demi membangunkan negara dan ummah. Demi memasyhurkan dakwah Islamiyyah di mana sahutan nya sentiasa benar. Tiada adu domba, tiada fitnah dan jarakkan diri dari membuat tomahan kabar angin dan berbaik sangka terhadap saudara se Islam. Cuma sehingga kini Pas masih tersasar jauh akibat mainan politik terlampau sehingga pendakwah-pendakwah yang memegang bendera Pas turut terbabit menabur fitnah dan suka persendakan apa yang tidak sebulu dalam benak otak mereka. Atau mungkin sahaja pengaruh dan ketaksuban !
Islam itu menjadikan kita bijak dan berhemah. Maka Rasul Besar kita sentiasa bijak dan berhemah dan ini salah satu dari cabang keimanan ia itu bersabar.
Sampai masa umat Islam bersatu di bawah panji islam
DAP menentang HUDUD bukan kerana ianya HUDUD tapi HUDUD tu bertentangan dengan PERLEMBAGAAN.
Kita marah DAP sebab DAP tu pada anggapan kita ialah Cina Kafir manakala dah berabad UMNO tak melaksanakan HUDUD, kita tak marah sebab depa Melayu.
PAS bukan memerintah di peringkat PUSAT, mana mungkin UMNO boleh bekerjasama dengan PAS dalam perlaksanaan HUDUD sebab nak melaksanakan HUDUD, kita mesti mengubah PERLEMBAGAAN terlebih dahulu. Mudah saja untuk berfikir, mengapa Kedah, Terengganu, Perlis, Perak, Johor, ... yang diperintah UMNO tidak mahu dan tidak pernah mahu melaksanakan HUDUD? Kalau depa ikhlas, sudah tentu depa dah melaksanaka berdekad yang lalu.
Aku Islam dan aku memang suka 100% HUDUD dilaksanakan tetapi dengan situasi sekarang, mampukah kita melaksanakan dengan adil sedangkan banyak kes yang berlaku pun tak mampu diadili dengan adil?????
Anon 554, kita tengok nanti siapa akan kehilangan kerusi selepas PRK Permatang Pauh nanti.
Kau macam Bomoh Karpet terbang aje, krn dah tahu majoriti MP UMNO tidak akan menyokong. kau dah sunat kebelum? tak payah potong lanchow, aku doakan agar lanchow tak dapat berfungsi.
Jgn membaca dr satu sumber aje, kau dah baca ke kenyataan MB dan Tim MB Kelantan tentang perjumpaan dgn pemimpin DAP dan PKR? Apa yg Kit Siang cakap, Kit Siang jadi bisi macam babi gila tak dapat berhujah.
Dari hujah2 kau akau dah tahu kau bknnya ahli PAS sejak 30th lalu, samaada kau ahli PKR atau UMNO
Sila rujuk perlembagaan.
Melayu hipokrit
PAS sememangnya tak tahu malu......selepas ini lebih banyak pendustaan akan terkeluar dari mulut-mulut busuk mereka !
Aku teringat kata kata Mendiang Mao Tze Tong yang bermaksud,
Jangan lakar wajah hantu di tembok tembok. Satu hari nanti si hantu akan menjelma dalam bentuk asal.
Kata kata itu sungguh tepat kerana terbukti kini kerana perkataan "HARAM JADDAH" dan "BARUA" telah pun kembali kepada si pelafaz nya.
Anekment HUDUD belum tau sama ada mendapat kelulusan parlimen atau pun tidak tapi yang kelihat sudah mendapat kelulusan ada lah kata cerca yang masih berterusan.
5:41
Sahih International
O Messenger, let them not grieve you who hasten into disbelief of those who say, "We believe" with their mouths, but their hearts believe not, and from among the Jews. [They are] avid listeners to falsehood, listening to another people who have not come to you. They distort words beyond their [proper] usages, saying "If you are given this, take it; but if you are not given it, then beware." But he for whom Allah intends fitnah - never will you possess [power to do] for him a thing against Allah . Those are the ones for whom Allah does not intend to purify their hearts. For them in this world is disgrace, and for them in the Hereafter is a great punishment.
Malay
Wahai Rasul Allah! Janganlah engkau menanggung dukacita disebabkan orang-orang yang segera menceburkan diri dalam kekufuran, iaitu dari orang-orang yang berkata dengan mulutnya: "Kami tetap beriman", padahal hatinya tidak beriman; demikian juga dari orang-orang Yahudi, mereka orang-orang yang sangat suka mendengar berita-berita dusta; mereka sangat suka mendengar perkataan golongan lain (pendita-pendita Yahudi) yang tidak pernah datang menemuimu; mereka ini mengubah serta meminda perkataan-perkataan (dalam Kitab Taurat) itu dari tempat-tempatnya yang sebenar. Mereka berkata: "Jika disampaikan kepada kamu hukum seperti ini maka terimalah dia, dan jika tidak disampaikannya kepada kamu, maka jagalah diri baik-baik". Dan sesiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, maka engkau tidak berkuasa sama sekali (menolak) sesuatu apapun (yang datang) dari Allah untuknya. Mereka ialah orang-orang yang Allah tidak mahu membersihkan hati mereka; bagi mereka kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang besar.
Stuju.. memadailah tadbir kelantan shj dan x perlu tadbir negara.. so bleh biarkan umno jaga malaysia 100 tahun lagi dan naikkan gst smpi 25% pulak.. rakyat marhaen sume terbela ye x?
oklah.anggaplah langkah kerajaan klntan atau pas ini terlalu drastik,gelojoh etc.satu shj soalan sy nk anda2 yg bijaksana ini tolong jawabkan.kalau bkn skrg,BILAKAH HUDUD PATUT DILAKSANAKAN DI MALAYSIA?pls,jawab seringkas yg mungkin(itu pun kalau anda beranggapan hudud itu wajip dilaksanakan sbg hukuman dr ALLAH).thanks.
Org mlayu x perlu bersatu, tapi org islam yg wajib bersatu.. mulakan dgn mentang kezaliman pemerintah mcm cukai gst ni! Lg satu parti munafik umno ni pon x pernah mintak maaf psl kes memali tau2 ada org nk kerjasama dgn diorg ni.. ajaib!!
Sudah semakin jelas Umno tidak akan sokong hudud. Najib dikatakan berjanji mengeluarkan kenyataan pendirian Umno mengenai ruu hudud selewat-lewatnya pada hari selasa. Tetapi sehingga 9.30 malam selasa 24/3/2015, dia masih belum tunaikan janji.
Ini ditambah lagi dengan kenyataan bersifat menolak ruu hudud oleh beberapa orang menteri Umno setakat hari ini iaitu Tengku Adnan, Nazri Aziz, Nancy Sukri dan Khairy Jamaludin.
Sekarang semakin jelas Umno telah mempermainkan Hj Hadi dan Hj Hadi jelas telah ditipu lagi oleh umpanan Umno.
Tiada alasan lain lagi yang relevan untuk menutup malu selain Hj Hadi akan kata tanggungjawab saya dah selesai seteah sedar diri dipermainkan.
Aku xtau bile mase PAS dah sukses dakwah DAP.. klau dakwah tu dh terbukti dijalankan sepenuhnya aku x rasa mereka akan menentang hudud.. klau mmg dah buat dakwah n mereka masih tolak br la logik kite lawan DAP ni..
Kuasai negara dan ubah sistem pendidikan n urus tadbir dakwah.. jgn nk harap geng karkun je buat kije.. jab agama duk opis.. ahli pas duk dlm markas je.. dah semua ni terlaksana sistem dakwah dh meluas sampai sasaran br jlnkn hudud
Aku setuju Jeman...pas telah terkencing akibat pil kuda yg terlebih dos. Membarwakan org, sekarang terima padahnya. Haji Hadi tu sepatutnya dah lama undur..dan Harun Din patutnya rehatlah kerana kesihatan fizikal sudah tentu melibatkan kesihatan mental juga.. Dah aku rasa, ketiadaan TGNA, pas akan ber UG dengan umno. Tergelak aku pas dah masuk perangkap umno... Malu aku haji hadi di katakan pengkianat, tidak amanah, dll oleh org yg dilabelkan kafir...
Kalau ikut perlembagaan, hudud itu tak akan ke mana...adakah ini permainan ejen umno dlm pas (nik amar and the geng) utk berjaya pecah belahkan Pakatan Rakyat?
Bukan, tuang presideng barua sendiri adalah Agent jual pill bukan
Umno tau hudud nkn blh d laksanan krn kekangan perlmbgaan dn jmlh krusi islm bkn islam d prlimen..psai tu tba2 mnykong hudud wpun realitnya mrka yg mmrintah dr mrdeka hngga skrng ckit pn x pnah brusaha untk perkenalkn hudud..strategi smple cm tu pn pmimpin pas x blh baca..lemah sungguh..
Bukan depa xleh baca...memang depa sengaja buat untuk pecahkan PR setelah pelbagai depa guna selama 6 tahun ni gagal.
Kita tau puak UG ni sejak selepas PRU 2008 lagi dok nak bawa PAS keluar dari PR dan gadai kat UMNO. Sebabnya senang je. Secara individu mereka xde nilai tambah yang menguntungkan UMNO jika mereka masuk UMNO secara individu walaupun MA baru. Tu pasai depa nak gadai PAS kat UMNO untuk naikkan nilai individu mereka dimata UMNO. Paling tidak dpt jawatan seperti Ustaz Nakhaei Ahmad pun jadi.
Logiknya mudah. Apakah kepala2 yang dok jaja hudud ini lebih hebat Ilmu dan kealiman mereka dari Almarhum TGNA? Masa Almarhum menjadi MB, dia usahakan hudud kelantan tetapi menangguhkan perlaksanaan. Apa Almarhum tu bodo ke tangguh saja2 atau kepala2 UG yang dok jaja hudud sekarang lagi tinggi ilmu mereka dari Almarhum.
Kalau PAS boleh bersendirian masih kah PAS hidung tak mancung pipi yang di sorong Sedangkan maruah Presiden parti telah didedah secara resmi ??
MARCH 24, 2015 AT 3:58 PM
Anon
Cari salah ok lagi tapi jangan buat kesalahan lepas tu membaruakan orang mengharamjadahkan orang
Kita menyokong Ulamak yang berjuang dilandasan yang benar Tetapi di zaman sekarang ini ada ramai ulamak sampai kita tak tahu mana yang betul dan mana yang tidak betul Tahu tak kita Ulamak pun tak dapat memberi satu pendapat dalam hudud Ada yang kata ikut syarat dan perbetulkan mana yang dulu Ada yang tak fikir semua itu asalkan 'perintah Allah'
Nabi saw tak pernah berbohong Tak pernah! Dari dulu sampai sekarang bukan Islam tak kata Nabi saw se orang pembohong Kisah Saidina Abu Bakar tu bukan nak tunjuk pada kita yang dia percaya dan yakin apa saja yang Nabi saw kata tapi kisah menunjukkan betapa jujur dan amanah nya Nabi saw
Ulamak sekarang boleh berbohong 'sunat' Dalam kata hudud tak penting tiba tiba bentang hudud Dalam berpakat dia menyakat Maaf kita tak boleh terima ulamak macam ini jadi kita cari yang lain dan tenguk macam mana
Saudara Asrul Sani
Salam. MCA senyap walaupun menentang Peranan MCA sekali sekala je bersuara atau di hujung hujung nanti Sama lah macam UMNO Baru sekarang pemimpin UMNO kata hudud tak ikut perlembangaan DAP dari dulu dulu kata hudud tak ikut perlembangaan Kelantan pun tertakluk pada perlembangaan
Ini semua perangkap untuk DAP supaya melayu sampai bila bila benci DAP dan kalau DAP tidak berkeras DAP akan kehilangan pengundi cina sebab MCA akan kata seolah olah DAP sokong PAS dalam isu hudud Malah MCA menyokong kerjasama PAS UMNO di Kelantan
Percaya lah DAP pun berani kerat anu jika pembentangan hudud di terima oleh UMNO dan DAP sudah kehilangan keyakinan dari orang melayu
7 27 PM March 24
Sy ada baca MB dan TMB kata jumpa DAP PKR Tapi mengenali LKS bertahun tahun dalam dunia politik saya ragu ragu lah LKS jadi bisu Kalau ramai di sini boleh memberi komen pendapat tak kan lh LKS membisu Dalam parlimen nanti kita tenguk siapa yang berdiri berjam jam untuk berucap Presiden MCA ke atau LKS
Asalkan cakap nak buat perintah Allah dan nampak ulamak sikit anon dah percaya
Sebulan sebelum PAS bentang hudud Kelantan kita dah tahu UMNO menyokong Sebulan ! Tapi nak masuk Parlimen tak dengar pulak UMNO menyokong Yang membantah ada lah
Salam Anon
March 24 9 27
Sy ingin menjawab
Hudud selama lama tak akan di laksanakan di Malaysia.
Selagi kita mengejar dunia Selagi kita mengukur kejayaan dengan pangkat dn kemewahan Selagi kita merasa diri kita saja yang alim dan berilmu Selagi kita tidak menjalani hidup secara sederhana
Saya lah yang mempersoalkan kenyataan Nik Amar kalau miskin tak payah buat hudud Saya ringkaskan Sebab kata Nik Amar Nabi saw pun miskin
Saya tanya saudara Ada kah TGNA miskin? Tidak bukan sebab TGNA boleh jadi kaya Nabi saw boleh jadi Raja mana mana negeri Baginda ikut kehendak baginda
Lagi pun hudud bukan soal miskin atau kaya Tetapi jika keseluruhan kalau tak semua sekiranya orang Islam boleh jadi kaya tetapi memilih hidup seperti TGNA baru lah bolwh buat hudud Tapi malang nya terhalang juga dengan perlembangaan sedia ada
Boleh kaya tapi macam sahabat Dan kalau miskin pun macam sahabat Dengan realiti sekarang ini bukan tenguk melayu kaya tenguk cina kaya pun kita dah hilang pendoman Kita pun nak jadi kaya dan bila dah kaya nak lagi kaya
Semuga anon faham apa yang ingin saya sampaikan
Catat Ulasan