4 Sep 2016

Menari Dengan Menteri: AG Perlu Beri Penjelasan Atau Letak Jawatan..

Peguam bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mencabar Tan Sri Mohamed Apandi Ali meletak jawatan, jika tidak dapat memberi penjelasan munasabah terhadap tindakannya menari bersama beberapa menteri di khalayak ramai.

Haniff Khatri Abdulla yang memuat naik rakaman video selama 26 saat itu ke Facebooknya berkata, peguam negara tidak wajar bertindak sedemikian di khalayak ramai.


Dalam rakaman video itu, seorang lelaki yang menyerupai Apandi dilihat menari bersama beberapa menteri, termasuk Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Datuk Seri Salleh Said Keruak, Datuk Seri Azalina Othman Said dan Nancy Shukri ketika sambutan Hari Kebangsaan, Rabu lalu.

Beliau berkata, perbuatan peguam negara dan menteri kabinet bernyanyi serta bersuka ria di khalayak ramai menimbulkan kebimbangan rakyat terhadap kemampuan membuat keputusan adil dan saksama dalam siasatan ke atas perdana menteri atau mana-mana menteri kabinet.

Tingkah laku dan perhubungan peguam negara hendaklah di tahap profesional tertinggi dengan semua pihak, yakni orang awam mahupun menteri, kerana antara tanggungjawab peguam negara adalah mendakwa mana-mana pihak yang dipercayai sudah melakukan kesalahan,” tulisnya dalam Facebook beliau semalam.

Beliau berkata, ia penting khasnya ketika perdana menteri dan kerajaan dibelenggu kontroversi 1MDB. -FMT




ULASAN GB

Pelik dan mengaibkan.

Professionnya seorang yang bertaraf tinggi, seorang peguam Negara yang juga seorang bekas hakim. Tetapi boleh menari-nari bersama-sama dengan beberapa menteri yang dikaitkan dengan kumpulan Najib, tanpa malu dan segan silu di khalayak umum.

Peguam Negara inilah juga yang telah membersihkan nama Najib dalam isu RM2.6 bilion, enggan untuk membuka lakukan siasatan semula kes 1MDB dan yang bersungguh-sungguh mahu mendakwa Ketua Menteri Pulau Pinang di mahkamah di atas tuduhan membeli rumah di bawah harga pasaran.

Wajar diingatkan, keadilan bukan sahaja perlu ditegakkan tetapi perlu dilihat telah ditegakkan. Bagaimana ia dilihat ditegakkan apabila Peguam Negara didapati bersama-sama sang menteri menari-nari seperti seolah-olah menteri itu bersih semuanya?

Apakah hari kemerdekaan merupakan hari untuknya meluahkan rasa gembira kepada dunia konon dirasakan telah berjaya menjalankan tugasnya sebagai Peguam Negara?

Hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Seseorang yang telah melakukan kesalahan akan terus menonjolkan dirinya melakukan kesalahan demi kesalahan yang tidak mungkin dapat dia memebendungnya.

Betul kata peguam Haniff Khatri yang telah memuatnaik video itu: Samada Apandi Ali memberikan penjelasan atau letak jawatan!




FEATURED ADS


20 ulasan:

Timnajib Jomfikir berkata...

Dibawah pemerintah Najib Tun Razak dan Rosmah Mansor tidak pelik langsung...perangai balaci, macai, penjilat berkelakuan sebegitu.
Mereka2 tu...penjilat, balaci, macai, pemakan dedak...akan terus bergembira menari...didepan orang ramai atau didalam suasana gelap.

Bergembira wahai penjilat, balaci, macai, pemakan dedak...hari ini hari kamu, esok2...belum tentu hari kamu.
apabila Amanah yang diberikan kepada kamu dan kamu kianatinya...tunggu sahajalah balasan daripada-Nya.


Tanpa Nama berkata...

Dia bergembira kini utk seseorang tetapi dia pasti kelak akan menanggung kesengsaraan akibat dr penipuannya pada jutaan manusia

Anti Fitnah berkata...

Pelik ...
Hairan ...
Tiada yang nak dihairan sebab la ni kencing kat rumah sendiri pun dah dikenakan GST. Kalau tak percaya, tengok bil indah water.
Hebatnya Kerajaan Malaysia. Dah lah depa dok kencing orang. La ni orang yang kena kencing kena bayar GST untuk apa yang dikencing.
Hidup Melayu. Hidup Melayu. Hidup Melayu ... asyik kena kencing aje.

Tanpa Nama berkata...

Loyar buruk Negara telah diketahui ramai tidak berintegriti dan tidak professional..kalau nak buang dan hukum loyar buruk negara Apandir rakyat mesti ubah kerajaan dlm pru nanti..

Tanpa Nama berkata...

Perbuatan apandi menari-nari lebih teruk dan busuk dari jamal tongkol yang guna duit beli ketua umno...

Jangan perbuatan ini menjadi ikutan lebai-lebai sudah lah..

Tanpa Nama berkata...

Sementara kamu hidup dan ada kuasa bolehlah kamu buat sesuka hati kamu. Sedarlah bahawa satu hari nanti kamu juga akan mati, kamu akan ditanya dari mana kamu dapat harta dan kemana kamu belanjakan.
Kamu diberi kuasa dan apakah kamu telah menjalankan amanah kamu terhadap kuasa yang diberi. Masalahnya yang beri kamu kuasa pun orang yang tidak amanah. Wahai najib, rosmah, apendi dan semua yang sewaktu denganya, ketahuilah bahawa kehidupan selepas mati amat menyulitkan.
Bertaubatlah wahai saudara2 ku. Kematian datang bila2 saja tanpa peduli kamu sakit atau sihat, tua atau muda.
Kepada apandi janganlah kamu bertuhankan najib.

Ammy Hassan berkata...

PIGS tak hantar wakil ke?

Tanpa Nama berkata...

Gembira sakan padan pun tidak ada kes n kes d tutup tidak ada salah laku walaupun ternyata ADA BANGKAI GAJAH D DEPAN MATA.

Tanpa Nama berkata...

Depa tu nama nye beragama islam tapi bila bab memberi keadilan lebih condong ikut Najib Tuhan depa

Tanpa Nama berkata...

Pig's ada segan2 sikitlaaa......

Tanpa Nama berkata...

Jangan ingat Pengedar Dadah sahaja boleh menjahanamkan negara.

Malaun-malaun ini le lebih bahaya dari Raja Dadah.

Kita tidak dipaksa terima dadah kerana ada pihak berkuasa dan tindakan keras tetapi persekongkolan antara pihak yang menjaga keadilan dan pihak yang menjaga amanah .. hendak atau tidak, suka atau tidak, kita terpaksa menerimanya.

Yang suka tidak sedar bahaya nya kepada negara.
Yang tidak suka, apa nak buat .. menanti bila masa nya kemusnahan itu akan datang.

Kepada Allah dikembalikan.

Tanpa Nama berkata...

Nak ingat kan Hadi.

Hari bulan apa?
Berapa hari bulan?


Tanpa Nama berkata...

Pabila setan2 bergumbira..

Tanpa Nama berkata...

Kat luar mereka menari2. Kat dalam, masyaAllah! Tak tau lak kita.

Tanpa Nama berkata...

Macam mabuk budu je..... rakyat dok perhati semua ni....

Tanpa Nama berkata...

Betul2 mmg kat luar je kita nampak.kat dalam tgg menggelupur kepanasan azab Allah.tidak mendapat ketenangan..

Tanpa Nama berkata...

Betapa suka nya mereka sehingga menari-nari dalam keadaan kehidupan rakyat tertekan.. hutang negara berbillion-billion .. pelajar-pelajar terpaksa ikat perut..

Jatuhkan BN tumbang kan lah UMNO.. ya Allah.

Dynamic Hijrah berkata...

Muka tak malu ni takkan letak jawatan.

Tanpa Nama berkata...

Selagi mat pundi ni tertakluk di bawah kuasa najibah, sampai bila pun menda2 mcm ni tak akan berubah...ini semua adalah hasil tgn2 pengundi be end yg tongong lagi bangang dulu kini dan mungkin selamanya...bila nak sedar aku pun tak taulah...

Virgo Dd berkata...

Sabah tanah airku...