3 Sep 2016

Rakyat Kelantan Diseru Sokong AMANAH

Husam yakin AMANAH mampu selamatkan Kelantan

Selepas menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH) secara rasmi pada 31 Ogos lalu, Datuk Husam Musa melahirkan keyakinannya parti serpihan PAS itu mampu menyelamatkan Kelantan pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Katanya, AMANAH mampu mentadbir kerajaan negeri itu walaupun berdepan dengan pertandingan tiga penjuru.

"Peluang AMANAH, insya-Allah baik dalam dua-dua keadaan (dua penjuru mahupun tiga penjuru).
“Umno telah terkunci dengan isu-isu yang menyebabkan rakyat rasa tertekan dan marah (seperti) kenaikan harga elektrik, barangan, GST, orang susah lagi susah...

“Dan PAS pun ada masalah. Performance, penyampaian, kepimpinan dan dedikasinya. Saya sifatkan sebagai goyang kaki,”
katanya pada sidang media setibanya di lapangan terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, petang semalam.

Justeru, menurut bekas naib presiden PAS itu, rakyat dalam keadaan seumpama itu mengkehendaki satu pilihan.

“Tujuan AMANAH jika ditakdirkan (menang) ini untuk bertanding dalam tiga penjuru adalah untuk menyelamat Kelantan daripada jatuh ke tangan Umno,” katanya.

Ditanya tentang PAS, beliau yang juga adalah ADUN Salor berkata parti itu mempunyai tiga pilihan.

"PAS boleh pilih untuk sertai Pakatan Harapan, sertai BN atau terus menyendiri seperti sekarang.

"Hanya opsyen bersama Pakatan Harapan akan membolehkan parti itu diterima rakyat, kalau mereka pilih opsyen lain, tentu rakyat akan tolak mereka," katanya.

Bagi Husam, dengan masalah yang dihadapi kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sekarang dan kemunculan parti BERSATU oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, beliau percaya lanskap politik negara akan berubah.

"Sekarang gerakan untuk mengalahkan Umno BN turut disertai Tun Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yasin, Datuk Mukhriz dan Datuk Seri Shafei Afdal di Sabah.

"Ini bukan perkara kecil yang harus dipandang ringan oleh sesiapa," katanya.

Ditanya mengenai rancangannya untuk mengembangkan AMANAH, Husam berkata parti baru itu berpotensi untuk diterima dengan meluas.

"Bagi orang PAS yang mahu mengikut perjuangan Tok Guru (Datuk) Nik Aziz (Nik Mat) mereka kena menyertai AMANAH kerana hanya AMANAH serupa dengan kehendak perjuangan Islam cara arwah Tok Guru.

"Bagi orang Umno pula mereka kini terbuka dan senang hati masuk AMANAH kerana parti ini tiada stigma tuduhan kafir yang dibuat oleh PAS dulu," katanya. -mk


Catatan sebelum berlepas pulang.

Kebetulan saya terpulang ke Kelantan kemudian tersinggah di dua majlis politik. Dua majlis itu ialah satu di Limbongan Pasir Puteh dan satu lagi di Gebeng, dalam Dun Meranti Rantau Panjang.

Kedua-dua majlis itu melibatkan Husam Musa. Saya tersinggah kerana ingin melihat sejauh mana aura Husam selepas beliau mengistyharkan menyertai Amanah. Apakah beliau berlalu sepi begitu sahaja, atau pun beliau masih ada saki baki penyokong.

Itulah sebab kenapa saya mengorbankan masa dan tenaga untuk ke dua majlis berkenaan. Lagi pun jenis saya dan menjadi prinsip saya akan membela dan simpati kepada orang yang teraniaya. Bagi saya Husam adalah pemimpin orang politik yang teraniaya dan dianiaya dalam Pas.

Majlis di Limbongan Pasir Puteh diadakan di rumah ketua cawangan Umno. Khabarnya di rumah itu pernah dihadiri oleh pembesar Umno termasuk Ketua Bahagian dan wakil-wakil rakyat. Itu menandakan ketua cawangan itu bukan sembarangan orang. Ia adalah orang yang dimalui.

Kenapa tuan rumah berkenaan telah meninggalkan Umno dan bersama Amanah tidak diketahui. Di rumah itu petang semalam diistyharkan 16 cawangan Amanah ditubuhkan dalam Dun Limbongan Dan satu cawangan dalam Dun Semerak. Penubuhan itu mengejutkan saya dan saya kira ia di luar jangkaan Husam sendiri.

Tidak terfikir oleh saya, belum sampai 72 jam Husam menyertai Amanah sudah 17 cawangan ditubuhkan. Itu memberi pertanda yang baik Husam bakal memberi momentum baharu kepada politik di Kelantan.

Tidak cukup dengan apa yang berlaku di Limbongan itu ia, tersambung pula di Gebeng yang terletak di Dun Meranti. Dun Meranti terkenal dengan kawasan menjadi kubu kuat parti agama.


Pertemuan di sebuah kedai kopi di cabang Gebeng pagi tadi juga memberi petanda yang cukup mencemaskan wakil rakyat negeri itu. Katanya, sejak dari malam tadi ada usaha untuk menghalang majlis minum tea dan makan pagi bersama Husam itu agar tidak diadakan.

Pelik juga bunyinya. Selama ini berbagai-bagai kecaman dan kritikan serta andaian dibuat terhadap Husam. Kononnya masa depan politik Husam sudah berakhir apabila beliau tidak bersama parti agama itu lagi. Tetapi semangat dan sokongan yang ditunjukkan oleh para penyokongnya dan pimpinan Amanah dalam majlis pagi tadi memberasangkan.

Lebih bermakna lagi apabila beberapa veteran Pas yang berjuang sejak tahun 1960 hadir memberi sokongan dan semangat kepada Husam. Antara mereka ialah Aziz Haji Mahmood orang kuat Abdul Fatah Haron dan beliaulah juga menjadi mentor kepada wakil rakyat Meranti.

Khabarnya wakil rakyat berkenaan round memerhati majlis itu dua tiga kali dengan menyamar menaiki kereta orang lain?

Dengan mengambil kira dua majlis ulung kali dihadiri Husam sebagai ahli baharu Amanah itu menjelaskan, Amanah tidak parti gunda dan dagang lagi di Kelantan. Kesediaan Cikgu Wan Rahim Wan Abdullah untuk berganding bahu dan mencurahkan pengalamannya bersama Husam bagi menggerakkan Amanah satu jaminan dan menandakan bahawa Amanah bakal menjadi wadah dan alternatif baharu kepada rakyat Kelantan.

Sepatah kata Aziz Hj Mahmood kepada saya, "ana sokong Husam bukan apa, melainkan kerana sayang kepada bakat, kebolehan dan ketokohan yang ada kepadanya. Husam pemimpin yang boleh diharap membela rakyat dan membangun negeri."
-Mohd Sayuti Omar








FEATURED ADS


12 ulasan:

omar daud berkata...

Salam:


Syabas,tahniah Husam,kerana mengerakkan gelombang ke2 Amanah,ingatkan Amanah kuat di pantai barat sahaja,dgn adanya gelombang ini,insyallah diharapkan Amanah dapat menganti
kan PAS,untuk menerajui pantai timur.
ALHAMDULILLAH,ramai kawan2 saya yg totoknya pas di peringkat grass-root,secara beramai2 join aAMANAH,Kecuali beberapa rakan yg karat hijaunya,walauapapun sekali lagi diucapkan tahniah DHM,pakar stratagies pilihanraya.dAN MULAKAN GERAKKAN jentera pilihanraya.

TAHNIAH...

Tanpa Nama berkata...

Ketua parti agama masih lagi meroyan macam orang tak siuman tak habis2 menghalau sesiapa yang ada masalah (dalam kapal nak karam tu...) sila keluar dari parti PIS!
AMANAH dah 10 langkah kehadapan, Presideng masih merapu macam orang sakit mental... Tahniah AMANAH, InsyaAllah Kelantan bertukar tangan nanti!

Tanpa Nama berkata...

Sentuhan Husam yang di perlukan ..
AMANAH tidak menjadi tanpa Husam.
Kelantan akan menyepi jika Husam di gantikan.

Tanpa Nama berkata...

PO1 @ Hardy pecat DHM dari pas, bila DHM masuk AMANAH Hardy meroyan cakap siapa yang ada masalah dengan pas, tak suka pas boleh keluar. Esok lusa membaruahkan orang yang keluar pas masuk AMANAH. Itu menunjukkan kepala dah tigasuku, halau orang kemudian marah2 bila orang keluar pas. Lagilah tambah marah sampai menggigil kepala lutut dalam jubah tu bila orang yang dihalau masuk AMANAH.
Selamat maju jaya untuk AMANAH dan DHM

Pencolekhangek berkata...

Ada orang bertambah nyanyuk dan biul bila Dato Husam masuk Amanah. Hadap-harap jangan ada yang gila.

Tanpa Nama berkata...

Bukan macam dah..memang sakit mental tgk ramai yg dok sokong Amanah..

Tanpa Nama berkata...


KALAU..

..DAH BODOH SOMBONG TOLOL LEVEL SIKU LUTOT INI LAH IDEA YG KELUAR DARI MULUT NYA:
..LEVEL IDEA 'DEDAK' DAN FITNAH!


Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta mana-mana ahli yang mempunyai masalah dengan Pas agar keluar dari parti itu. "Semua mereka yang ada masalah dengan Pas biar dia keluar daripada Pas, senang sahaja…

Keluar (Pas) dan masuk parti lain. Tinggal yang tiada masalah,” katanya kepada wartawan di perkarangan Masjid Rusila pagi tadi, lapor portal berita Ismaweb. Hadi berkata demikian ketika mengulas tindakan bekas naib presiden parti itu yang dipecat, Datuk Husam Musa yang kini menyertai Amanah.

Menurut Hadi, sehingga kini tidak ada ahli Pas yang menurut jejak langkah Adun Salor itu menyertai Amanah. "Ahli Pas tetap dengan Pas. Setakat ini tiada (ikut Husam)," katanya.

Bagi Hadi, Pas langsung tidak terkesan dengan penyertaan Husam Musa ke dalam Amanah. Bagaimanapun, katanya, pihaknya tidak boleh menghalang keputusan Husam untuk menyertai Amanah kerana ia adalah keputusannya sendiri.

“Itu terpulang (kepada keputusan) masing-masing, dia nak masuk parti apa, negara kita (negara) demokrasi. Tidak mahu masuk parti…masuk parti, atas pagar…terpulang pada dia (Husam), kita tidak boleh


Lelaki Dicermin berkata...

Husam keluarkan kenyataan..AMANAH yakin akan memang PRU di ktan.. walau pun bertanding 3 penjuru... ayat perangkap pas ni..kalau ayat ni selalu di dendangkan menjelang pru 14 nanti..tekanan pd pas seblm pru 14 pas ke UG dgn umno... bersendiri perangkap... dgn UG dgn umno perangkap.. joint PH..99 syarat pas kena ikut..last2 lebai malang juga pas ni nanti

Tanpa Nama berkata...

Kalau dibiarkan PAS memerintah lagi akan bertambah lah tugu satu demi satu.. Tugu Kebakaran Hutan, Tugu Kemarau, Tugu Gempa..

Tugu yang dibina itu pun dah kerja dia-sia...

Tanpa Nama berkata...

presideng bodoh yang masih khayal akan melihat partinya hanyut dibawa arus kejahilan.... ULAR-ULARmak akan terus hilang ke dalam semak.....

ULAR2 inilah yang akan memundurkan bangsa.

ULAR2 yg menopengkan agama....

HIDUP AMANAH.... Kelantan dan Terengganu tetap dalam gengaman AMANAH. Teruskan perjuangan... Islam yang akan memprogresifkan rakyat negara ini....

Tanpa Nama berkata...

Sakit mental gila mereng..sikit hari lagi ke tanjung rambutanlah..nanti parti pis akan pindahkan ibupejabatnya ke tanjung rambutan supaya dekat dgn presideng.

Tanpa Nama berkata...

Betullah yg tinggal tiada masaalah sbb setahu aku org gila saja yg tiada masalah...parti org gila = pis = parti insan sewel