5 Sep 2016

Husam & AMANAH Terus Mara Walaupun Diserang Pemimpin PAS

Nak pandang rendah pada Datuk Husam silakan, kata Syam Ghaz

Pas Kelantan menang dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kerana beberapa isu yang dibawa oleh bekas exco kerajaan negeri Datuk Husam Musa, dakwa bekas Penyelidik Pusat Kajian Strategik Kelantan, Syam Ghaz.

Beliau berkata, isu utama yang dibawa Husam seperti naik taraf stadium, pembinaan lebuh raya dan tuntutan royalti petroleum berjaya menyedarkan rakyat Kelantan untuk terus memilih Pas ketika itu.


“Jika tidak kerana isu besar di atas, kemungkinan Pas Kelantan pun sudah tumbang seperti Pas Kedah.

“Lihat kepada kenyataan pesuruhjaya dan timbalan pesuruhjaya Pas Kelantan di Sinar Harian 31 Ogos, nampak jelas kerisauan itu timbul bila mereka sendiri yang gusar.

“Nak pandang rendah pada Datuk Husam silakanlah, yang pasti ambo (saya) dan pasukan ambo juga akan turun bantu musim ni,”
katanya dalam satu kenyataan.

Pesuruhjaya Pas Kelantan Datuk Ahmad Yaakob yang juga menteri besar Kelantan sebelum ini berkata penyertaan Husam ke dalam Amanah tidak menjejaskan Pas di negeri itu.

Beliau berkata masih terlalu awal untuk menjangka kekuatan Amanah terutama di Kelantan selepas penyertaan Husam dalam parti itu pada 30 Ogos lalu.

Syam juga berkata, Pas masih memerintah Kelantan sehingga kini dengan undi popular tidak sampai 10 peratus sedangkan keahlian Amanah paling ramai di Malaysia adalah Kelantan.

“Pas memerintah Kelantan dengan 33 kerusi, 1 kerusi dari PKR. Kini Pas sudah hilang 1 Kerusi Dun apabila memecat Datuk Husam, tinggal 32.

“Keputusan PRU13 lalu, 14 kerusi Dun yang dimenangi PAS adalah bawah 1,500 undi, bahasa mudahnya menang tipis, dan bermakna Pas betul-betul stabil di 18 Dun sahaja, tolak Dun Salor jadi 17,” katanya.

Menurut beliau, jika mensasarkan 30 Dun, 14 Dun akangoyah PAS dan 7 goyah BN.

“Itu sudah cukup untuk Amanah mentadbir Kerajaan Kelantan PRU14 nanti. Kerana 23 Kerusi Dun sudah cukup untuk memerintah majoriti 1 kerusi,” katanya lagi.

Husam yang juga Adun Salor mengumumkan menyertai Amanah dalam satu majlis makan malam ambang merdeka di cyberjaya, 30 Ogos lalu.

Beliau disambut meriah di kelantan dan mula merasmikan dua cawangan Amanah di Salor.

Sementera itu, ketua Pemuda Amanah Terengganu, Hasbie Muda pula menyifatkan Husam sebagai bekas ahli Parlimen yang sangat berkaliber.

Beliau berkata, Husam bukan sahaja ahli Parlimen yang melakukan kerja rumah bahkan kajiannya mendalam menyebabkan hujahnya sukar ditepis.

“Husam Musa hanya satu penggal berada di parlimen (Kubang Kerian) 1999 hingga 2004. Tetapi keupayaan beliau berhujah cukup berkesan dan menarik perhatian.

“Tahun 2003, Malaysiakini memilih beliau sebagai 'newsmaker of the year. Pada tahun 2005, perwakilan PAS memilih beliau sebagai Naib Presiden dengan undi tertinggi.

“Peranan beliau sebagai Ahli Parlimen jauh lebih baik daripada beberapa ahli parlimen yang dipilih beberapa penggal,”
katanya.

Selepas penyertaan Husam ke dalam Amanah, presiden parti itu, Mohamad Sabu berkata Amanah akan bermesyuarat termasuk berbincang dengan Husam menganai posisi beliau dalam parti itu selepas ini.


'Tok Guru akan hanyutkan AMANAH dari Salor'

Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata jika almarhum bapanya masih hidup bekas menteri besar Kelantan itu pasti mengajak rakyat negeri berkenaan menghanyutkan Parti Amanah Negara (AMANAH) dari Jambatan Salor ke Laut China Selatan.

Jelas mengulas kenyataan bekas exco kanan Kelantan Datuk Husam Musa, Nik Abduh berkata Nik Aziz adalah seorang tokoh yang berpegang teguh kepada prinsip dan istiqamah dalam perjuangannya.

Kata anggota parlimen Pasir Mas itu, nilai seseorang yang "telah pergi" adalah berdasarkan kepada "akhir hidupnya."

Jika dia tetap dengan PAS, kata Nik Abduh, menjadi hak ke atas orang yang masih hidup untuk terus menjulang dan menyebut istiqamahnya.

"Jika ada anak buah yang berkata sebaliknya, itulah seburuk-buruk anak buah," katanya dilaporkan Sinar Harian hari ini.

Salor adalah nama kawasan yang diwakili Husam ketika ini.

Husam pernah ini rapat dan menjadi setiausaha akhbar dan politik Nik Aziz sebelum diketepikan selepas bekas menteri besar itu meninggal dunia.

Dia yang pernah dipilih PAS menjadi naib presiden kemudian disingkirkan beramai-ramai oleh perwakilan parti itu dalam muktamar mereka tahun lalu.

Pada 30 Ogos lalu Husam kemudian mengumumkan penyertaannya ke dalam AMANAH, diikuti sehari kemudian merasmikan hampir 20 cawangan baru parti itu di Kelantan.

Husam juga dilaporkan berkata Nik Aziz pasti akan bersamanya jika beliau masih hidup kerana apa yang diperjuangkan parti lamanya itu kini lari daripada apa yang pernah diperjuangkan bekas mursyidul am PAS berkenaan.

"Tok Guru Nik Aziz membawa pas berinteraksi dengan masyarakat bukan Melayu (Islam). PAS kini sudah meninggalkan masyarakat bukan Melayu atas alasan-alasan yang tidak kukuh," katanya.

Sementara itu Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob pula berkata Nik Aziz adalah seorang tokoh yang komited pada perjuangan parti dan bersungguh-sungguh mempertahankan kerajaan negeri itu.

"Saya masih ingat bagaimana arwah Tok Guru pernah menangis ketika majlis solat hajat kerana mahu mempertahankan kerajaan sedia ada.

"Jika Tok Guru sanggup berbuat demikian, takkan beliau nak sokong parti lain, selain PAS," katanya juga dilaporkan Sinar Harian.
-mk


VIDEO BERKAITAN



ULASAN GB

Kemasukan Datuk Husam Musa kedalam AMANAH jelas telah menimbulkan kegusaran yang amat sangat kepada PAS. Pelbagai kata nista dilemparkan kepada susuk tubuh mirip Erdogan itu.

Semalam Presiden PAS sendiri menyerang Husam sebagai "orang yang jahil agama".

“(Kenyataan Husam) Itu kenyataan orang yang jahil agama. Saya lebih rapat de­ngan Tok Guru daripada dia. Kalau tidak percaya, tengok kaset arwah, tengok apa dia komen tentang saya,” katanya.

Seolah-olah dalam Malaysia dan dunia ini hanya orang PAS sahaja yang pandai. Yang lain jahil belaka. Alangkah lucunya.

Presiden PAS itu mengaku rapat dengan TGNA, tetapi beliau tidak tahu atau tidak pula mengulas bagaimana rapatnya Husam dengan TGNA.

Satu hal yang lebih lucu lagi ialah katanya: "Kalau tidak percaya, tengok kaset arwah, tengok apa dia komen tentang saya".

Lucunya ialah dia suruh tengok kaset arwah. Maka ditanyailah beberapa orang netizen mana nak cari kaset pada zaman ini wahai Tuanguru PAS? Memang betullah kata seorang pemimpin PAS Selangor sebelum ini: Ulama PAS selama ini duduk dalam perigi buta...

Kedua Nik Abduh. Katanya jika TGNA masih hidup beliau "pasti mengajak rakyat negeri berkenaan menghanyutkan Parti Amanah Negara (AMANAH) dari Jambatan Salor ke Laut China Selatan."

Lagi jauh Nik Abduh menggunakan dan memperalatkan nama ayahnya daripada Husam.

Husam bercakap mengenai ketegasan pendirian TGNA mengenai perjuangan PAS yang tidak akan sekali-kali bersekongkol dengan kezaliman UMNO seperti yang dilakukan oleh pemimpin PAS yang ada kini. Maka dengan itu Husam berpendapat, dengan TGNA berpendirian sedemikian, tentulah beliau akan bersama AMANAH dan tidak bersama PAS.

Maka adalah tidak salah untuk Husam membuat jangkaan sedemikian. Tetapi kata-kata Nik Abduh, "almarhum bapanya masih hidup bekas menteri besar Kelantan itu pasti mengajak rakyat negeri berkenaan menghanyutkan Parti Amanah Negara (AMANAH) dari Jambatan Salor ke Laut China Selatan" tiada justifikasinya. Atas alasan apa beliau berkata demikian?

Apakah kerana nilai seseorang yang "telah pergi" adalah berdasarkan kepada "akhir hidupnya." Itu bukan alasan atau sandaran yang betul kerana ketika TGNA masih ada, AMANAH belum wujud dan konspirasi geng ulama terhadap golongan professional dalam PAS belum ketara sehinggalah pemergian TGNA. Konspirasi jahat geng ulama berlaku semasa Muktamar PAS ke 61 dengan penggunaan cai.

Hasil dengan penggunaan cai, maka menanglah kumpulan pro-ulama. Tetapi kemenangan sedemikian adalah jauh dari barakah Allah. Itu sebab mengapa masih ramai ahli PAS sendiri yang tidak kenal muka-muka AJK PAS Pusat sehingga sekarang, malah mereka yang menang itu pun ada yang lansung tidak dijemput oleh mana-mana kawasan atau cawangan PAS untuk berceramah dan sebagainya. Kalau datang meberi ceramah pun tak ramai yang datang mendengarnya. Itulah ertinya pemimpin yang dipilih dengan cara salah (penggunaan cai) tidak ada. keberkatannya.

Malah panggillah Timbalan Presiden PAS atau mana-mana Naib Presiden PAS berceramah. Siapa agaknya yang akan sudi datang mendengar jika bukan 30-40 orang ahli totok PAS sendiri?

Hukum kebenaran dan keadilan akan berjalan. PAS semakin tenggelam dan akan mati kaku kerana bergerak songsang dengan arus perjuangan kebenaran dan keadilan sekalipun memakai nama "Islam". Sesunguhnya perjuangan hakiki Islam bukan pada nama tetapi kepada intipati dan isi perjuangannya dan PAS sudah menyimpang jauh walaupun mendabik ada "aku istiqamah".

Sementara Parti Amanah Negara terus mekar berkembang dan akan menyambut ulangtahunnya yang pertama di Muar Johor pada 24 September 2016 ini, sekalipun sebelum ini pemimpin PAS menyatakan tempoh hayat Amanah hanya 2-3  bulan saja.




FEATURED ADS


30 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bila pas nak saman serawak repotttt...

Tanpa Nama berkata...

Yang men ceritakan kisah nama Husam di sebut oleh TGNA ketika dalam keuzuran ialah orang lain. Bukannya Husam. Tiba-tiba yang mengaku dia juga rapat dengan TGNA dan minta dengar kaset.. hihi.. dia sendiri !
Lucu pulak rasanya.

Rapat sehingga berpatah balik kali kedua dan rapat yang telah di aturkan tak sama. Rapat atas pentas atau majlis dengan rapat sebelah katil hospital lagi lah tak sama.

sb dehlawi berkata...

biarkan aji adi dan konco2nya (msu,dupp,dupn) dan walaun terjun dgn labu-labunya

Sekarang amanah kena fokus kepada gerak kerja yang berkesan. Cari seberapa banyak ahli2 di klangan remaja . Kerana kumpualan ini paling ramai boleh mengundi pada pru 14 nanti.

Tanpa Nama berkata...

Ahmad Yaakob berkata penyertaan DHM ke dalam AMANAH tidak menjejaskan pas Kelantan tetapi pada waktu yang sama berkata terlalu awal untuk menjangka kekuatan AMANAH terutama di Kelantan.
Kalau dah kamu kata penyertaan DHM ke dalam AMANAH tidak menjejaskan pas, sepatutnya kamu dah jangka kekuatan AMANAH tak sehebat mana. Cakap kamu yang begitu menyerlahkan kegusaran kamu terhadap kemasukan DHM ke dalam AMANAH.
Besiap2lah kamu belajar jadi pembangkang di DUN next PRU, silap haribulan kamu sendiri pun kalah dalam PRU14 nanti. Nik Abduh pun sama 2x5, sepenggal ini sajalah kamu jadi MP. Pengundi Kelantan tak akan undi pas lagi, pas hari ini jauh menyimpang dengan pas yang didokong oleh Allahyarham TGNA.
Tidak selamanya kamu boleh menongkat langit akhirnya tersungkur juga.

Tanpa Nama berkata...

Jika TGNA masih hidup... Jangan harap lah anaknya akan berkata PAS akan teruskan kerjasama dengan UMNO.

Lagi teruk ialah TGNA dikatakan lebih rapat dengan orang yang cerdik agama sahaja.

Yang tahu perjuangan TGNA pasti akan mengatakan dua-dua pemimpin PAS tersebut mengarut !

Pencolekhangek berkata...

Dimulut memanglah cakap berdegar-degar. Kata Amanah takkan bertahan, tidak menjejaskan dan macam-macam kata-kata menghina. Namun keadaan buah mengecut dalam jubah sendiri saja yang tahu. Kalau tanya orang waras di Kelantan, mu pilih sapa jadi MB? Husam ke Nik Abduh? Sendiri mau ingatlah??

Tanpa Nama berkata...

Amanah perlu komited memang di kelantan.husam dan amanah kelantan kena kerja keras aktif kreatif dan progressive. Jgn lepas kelantan pd umno next pru.Insyaallah Amanah mampu menawan kelantan..

Orang nogori berkata...

Nik abduh asalkan buka mulut selalunya cakap mengarut. Agaknya bila dia ni boleh berfikir cara matang..selalu sangat bersembunyi di belakang nama arwah bapanya. Apa punya ketua pemuda pas ni..lebih pergi belajar masuk sekolah lagi.

Tanpa Nama berkata...

Politik punya pasal kadang-kadang bertutur pun merapu,banyak kelentong.Sekiranya sesaorang itu telah dipecat dari parti kita,tiada ada lagi sangkut paut dengan kisah lama/angaplah sebagai sejarah.malangnya oleh sebab terlalu ego kita lupa sejarah dan diri kita telah ditarik dalam kenceh kehinaan politik.Diri sendiri mau ingat anda menang dalam pr atas malu alah ahli pas terhadap arawah bapa kamu.Ini mau ingat.

Tanpa Nama berkata...

Nik abodoh memang bodoh sengal..

Tanpa Nama berkata...


Yang menceritakan kisah nama Husam di sebut oleh TGNA ketika dalam keuzuran ialah orang lain. Bukannya Husam. Tiba-tiba yang mengaku dia juga rapat dengan TGNA dan minta dengar kaset.. hihi.. dia sendiri !
Lucu pulak rasanya.

'Rapat' sehingga berpatah balik kali kedua dan 'rapat' yang telah di aturkan tak sama. 'Rapat' atas pentas atau majlis dengan 'rapat' sebelah katil hospital lagi lah tak sama.

Tanpa Nama berkata...

Saya amat suka dgn cara Husam...setiap kali dlm ceramah terkini...memanggil partinya bukan PAN dan bukan Amanah, tapi dgn membiasakan menyebut Parti Islam Amanah, harap pimpinan PH lain juga menyebut begitu...secara tak langsung masyarakat akan tahu ooo itu parti islam yg akan menggantikan parti pas ikatan gabungan sejahtera atau singkatannya pigs.

Tanpa Nama berkata...

Sah dah mereka tu ularmak al fulusss.

Tanpa Nama berkata...



Betapa bersahajanya Husam membaca hadis dan ayat2 Quran

Hadis dan ayat2 Quran ibarat air terjun yg mengalir tak putus2 dibibirnya

Hadis n ayat2 Quran yg dibawanya itu sentiasa menepati citaRASA jiwa2 kosong yg bnar2 dahaga mencari sbnar2 hakikat KBNARAN ddlm konteks & situasi masaalah yg sdang dihadapi oleh rkyt dinegara ini

Dgn bacaan hadis n Quran serta urutan HARFIAH yg tepat dan jls, sudah tentu mrk yg dikalangan PRASAN sbg "ulamak" akan bnar2 rasa tercabar...dan sudah tentu mrk pulak yg TERASA "jahil" jk dibandingkan dgn Husam..

...lantas dgn TAKDIR drpd NYA terpantul lah perkataan "jahil" itu dari mulut yg dah pun terpukau dgn sbnr2 karisma Husam itu kini, lantaran TERASA akan ketololan dan "kejahilan" dirinya sendiri..


...dan dia akan terus dgn ketololan dan kejahilan nya itu, terus2an sentiasa membuka pekong BANGKAI dirinya sendiri, SAKSIKAN lah!

Tanpa Nama berkata...

"hukum kebenaran tetap berjalan" - cerminlah diri dan puakmu yg bersekongkol pada seburuk2 musuh, lalu kamu menyangka ia bersifat "tahaluf".

Sifat bertahaluf adalah bertemu antara golongan lalu memutuskan untuk bertahaluf dengan mengangkat nakhoda lalu ditaati, dimuafakatkan serta dimuliakan perjanjian2 yg mengikat tahalufnya.

Sedang kamu wahai puak yang berdusta tidak mampu, melainkan bertemunya kalian tak ubah laksana kawanan serigala yg sedang memburu mangsa, lalu kemudian kamu saling berebutkan hasil buruan itu.

Lihatlah pada "rakan"2 kamu yg berorientasikan pelbagai kiblat yg bergerak melalui jalan politik sebagai sebuah parti atau menyelusuri jalan sebagai gerakan NGO.

Apakah kamu sangka mereka akan "berbaiah" pada kiblat asas perjuanganmu ? sedang mereka tak pernah redha untuk mengangkatmu menjadi nakhoda.. mereka tidak bodoh .. malahan kamulah manusia yg bebal..

bukankah dahulu PAS juga berdusta bahawa sifatnya Pakatan Rakyat adalah tahaluf siasyi - namun tiada nakhoda didalamnya hanya "bermuafakat" didalam segala urusan.

dan benar PAS adalah pihak yg "khianat" dan membawa pada kematian PR bilamana ia tidak memahami makna "muafakat" didalam keadaan tahaluf tanpa nakhoda.

DAP dan PKR membentuk muafakat didalam PR dalam banyak urusan lalu wajib kepada PAS untuk menuruti.

Lahirnya Pakatan Harapan juga tiada bernakhoda dan pastilah akan berlaku "muafakat" diantara ketua2 serigala didalamnya atau lebih manis untuk dikatakan pasti berlaku pengkhianatan..

Kamu empunya blog boleh terus memperbodohkan mereka2 yang jahil dan menunggang mereka namun ingatlah

Hukum kebenaran akhirnya akan melenyapkan kebatilan.







Tanpa Nama berkata...

arwah tgna dh sebut sblm ni,husam budak cerdik..
allah taala buat husam bkn utk kelate saja,bahkan utk malaysia..
psl apa arwah tak sebut nama nik abduh,nik omar,mad yaakob dan nik amar??
sesiapa ada jawapan tak??
krn pujian dari hati arwah tgna terhadap husam musa la..
husam di perlakukan sedemikian rupa..sehinggakan di kata JAHIL UGAMA..
layak ke hadi awang di panggil ULAMAK??

Tanpa Nama berkata...

Bg pendapat aku xda masalah kalau pgil pan pun sbb ia nya singkatan kpd parti amanah negara.sewajarnya pimpinan Amanah xperlu melenting marah jika walaun ulamak panggil pan...kalau mrk nk translate Kuali pun xda masalah pun.kuali xda isu apapun.kalau nk kira label mcmtu Pas ikatan gagasan sejahtera lg teruk bunyi nya sbb singkatan nya PIGS..malahan ramai walaun terkedu xblh nk lawan ckp dan bila kita sebut PIGS, secara automatiknya mrk kurang dah menyebut dapigs sbb ada perkataan pigs dibelakang tu mrk terkena balik.hahaha.

Tanpa Nama berkata...

Cuba anda perhatikan apa yg keluar dr mulut hadi, haron din,nik abduh,tontowi,nik amar dan sewaktu dgn nya segala ucapan mrk seolah2 mrk xberpijak dibumi nyata,spt xfaham isu malahan blh dikategorikan sbg ucapan bodoh.org dh jemu nk dengar ceramah pongpang2 membingitkan telinga,org sktg nk melihat perbuatan/perlaksanaan.apa guna dlm ceramah punya hebat mcm panglima perang tp realiti isu mdb pun hadi kecut telor nk tegur...mdb isu dunia tu bukan kecik isu.so kebodohan mrk ni mmg dilihat dan dinilai oleh rakyat Malaysia maka akan diterjemahkan dlm bentuk undi next pru...say sayonara to PIGS

Tanpa Nama berkata...

"Bersekongkol pada seburuk-buruk musuh", kata kamu. Sekarang ni siapa seburuk-buruk musuh? DAP? Atau UMNO? PAS hari ni tanpa segan silu bersekongkol dengan UMNO BN, musuh nombor 1 rakyat Malaysia. Arwah TGNA tidak sekali2 bersekongkol dengan UMNO sepanjang usianya. Tapi dengan DAP malah disantuninya, dirapat hubungannya. Tidak, DAP bukan seburuk-buruk musuh. Musuh yang paling buruk yang kita semua perlu perangi ialah UMNO BN, dan juga parti yang bersekongkol dengan mereka: PAS.

Tanpa Nama berkata...

Ambo dah geng2 lama dah sokong AMANAH.Bertambah teruja dengan kemasukan DHM.Ambo harap permudahkan cara untuk daftar sebagai ahli dan untuk tubuh cawangan.Geng ambo dalam DUN Tanjung Mas dan Parlimen Kota Bharu tak sabar2 hak daftar.Pejabat AMANAH dok mana Cik Gu Rahim?Minta pencerahan dari GB.Kita pakat2 kuburkan PAS yang telah tersasar dari perjuangan TGNA.

Pemuda parit kings berkata...

Kahkahkah...

Pemuda parit kings berkata...

Ayat......nampak cantik...tapi kosong dalamannya...pembuka memang hebat...sungguh Malang janggal bunyinya...jika benar kata2 tuan...usah berbunyi...saman Ajelah... kahkahkah...

Pemuda parit kings berkata...

Terbaik...

Tanpa Nama berkata...

Saya suka saya suka...betul betul betul....kahkahkahhh....

Tanpa Nama berkata...

Tajuk misslead dh mcm malaysiakini. Takpelah Husam mmg gifted, chosen one, ikhlas dlm perjuangan, inshaAllah, ada barakah.

Tanpa Nama berkata...

Nik Aziz bukan sahaja nak kata Husam tu cerdik.. tapi dia nak bagitahu Abduh, Ahmad Yakob, Amar terutama sekali Hadi, bodoh-bodoh belaka..

Tanpa Nama berkata...

Dalam Pakatan Rakyat memang telah ada ketua atau nakhoda nya apabila DAP berulang-kali membuat kenyataan bahawa Anwar Ibrahim adalah Perdana Menteri Malaysia. Yang tidak setuju semata-mata kerana iri-hati ialah PAS.

PAS lah yang tidak taat kerana tidak menghormati persetujuan menjadikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sekali gus automatik adalah 'ketua nakhoda' dalam Pakatan Rakyat.

Ketua atau nakhoda yang disukai ramai adalah yang mempunyai buah fikiran yang banyak dan menyumbang dalam membaikkan lagi buah fikiran orang lain. Itu sebab dalam membuat keputusan, ketua atau nakhoda yang bijak menghimpunkan semua buah fikiran dan mengarapkanya menjadi satu keputusan yang dapat diterima oleh mereka yang disekelilingnya.

Ketua atau nakhoda tidak sesekali mengunakan KUASA VETO dan suka menyanggah pendapat dan kenyataan orang lain terutama orang yang terkanan selepas dia. Ketua jenis begini menolak permuafakatan bukan sahaja dengan orang lain malah dalam kumpulannya sendiri.

Najib adalah ketua yang baik kerana mendengar dan menerima pandangan dan teguran dari orang-orang nya. Kerana itulah Najib sering menyebut 'kebersamaan'. Baik disini bukannya bermaksud baik untuk rakyat tetapi hanya untuk mereka. Kerja sebagai ketua atau nakhoda dalam UMNO adalah kerja yang paling mudah dibandingkan dengan ketua atau nakhoda yang lain-lain.

TGNA bukan seorang Ketua atau pun seorang nakhoda walaupun dia berjawatan Menteri Besar. Malah dia tidak kelihatan seperti seorang Menteri Besar. Tetapi dia tahu siapa yang boleh dipercayai dan siapa yang boleh buat kerja. Dia tahu hala-tuju apa-apa kerja yang dibuat dan kenal sangat perangai musuhnya. Bagaimanapun, kumpulan Hj Hadi lah yang berunding dengan UMNO tanpa restu TGNA sebab yang teringin menjadi nakhoda sangat ialah Hj Hadi. Supaya lebih jelas Hj Hadi ramai penyokong tetapi TGNA ramai pengikut.

Ketua atau nakhoda bukan lah semestinya orang yang keras dengan ketegasannya sepanjang masa, itu degil namanya. Atau mesti di patuhi dalam setiap perkara sekali pun yang salah kerana itu angkuh namanya.


Tanpa Nama berkata...

sungguh interesting walaun mngata pan pin pon kpd amanah akhirnya mrka pla dipnggil pigs itulh perancngn allah oleh itu jgnlh trlalu mmbenci amanah sngt nnti allah benci pla kpd pas.

Pemuda Pinang Sebatang berkata...

win

Cik Alyn Azlin berkata...

Haji hadi ni lupa.. lepas dia jadi MB terengganu datuk husam lah yg bg tau anwar ibrahim utk perjuangkan psl pencen dia di parlimen.. bila dh dpt cmni lak perangai dia..