8 Sep 2016

Gandingan Mahathir-Anwar, Sinergi Untuk Selamatkan Malaysia

Pemuda Amanah seru rakyat contohi jiwa besar Anwar-Mahathir

Lihatlah kehadiran Tun Mahathir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam bagi menyatakan sokongan kepada kes Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai titik tolak kepada penyatuan rakyat menolak kekejaman rejim Umo-BN pimpinan Najib Razak.

Itu pendapat Timbalan Ketua Pemuda Amanah Nasional, Faiz Fadzil ketika pertemuan bersejarah kedua-dua tokoh berkenaan selepas 18 tahun yang mengundang pro dan kontra rakyat Malaysia.


Menurutnya, rakyat harus mencontohi jiwa besar mereka memandangkan Mahathir telah menunjukan sokongan secara terbuka dalam menolak pelaksanaan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016.

“Akta MKN adalah akta zalim yang mencabul kebebasan rakyat dan keluhuran perlembagaan. Justeru, kebersamaan Anwar dan Mahathir dalam penentangan akta ini menjadi contoh teladan bahawa rakyat perlu bersatu menentang kezaliman melangkaui sempadan ideologi politik,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pertemuan kedua-dua negarawan itu yang disulami senyuman dan berjabat tangan adalah satu isyarat jelas kepada rakyat bahawa mereka merupakan pemimpin berjiwa besar yang sanggup bersama-sama meletakkan kepentingan rakyat mengatasi sengketa.

“Perjuangan reformasi yang dipimpin Anwar pasti akan lebih bersemarak, inklusif dan ekstensif dengan sokongan bekas dan ahli Umno termasuk Tun Mahathir.

“Rakyat terutama anak muda harus bersama dengan gerakan menjatuhkan pemerintahan kleptokrasi (pemerintahan oleh pencuri) Najib Razak,” jelasnya.

Tambah Faiz, usaha untuk menyelamatkan negara tercinta ini bukan lagi pilihan sebaliknya satu kewajipan.

Sehubungan itu, Pemuda Amanah, ujarnya lagi, akan terus berjuang bersama Pakatan Harapan menggerakkan massa bagi mencapai matlamat suci ini demi kepentingan rakyat dan masa depan negara.

Semalam, Mahathir sempat bertemu Anwar sebelum mahkamah bersidang dan mereka kelihatan berpelukan seketika serta bersalaman sebelum beransur ke bilik saksi selama 30 minit


Sinergi Dua Gergasi

Demi Malaysia: pertautan dua tiang seri politik Malaysia sangat dialukan.

Saya sudah impikan dua tokoh yang bersalingan selama 19 tahun untuk kembali duduk sebaris.

Saya nyatakan 'mimpi' saya itu dalam ucapan saya di depan Tun dalam majlis ceramah Tun yang pertama di atas pentas Pakatan di Pandan, awal Mac tahun ini.

YB Rafizi menjadi tuan rumah ceramah tersebut dan ia adalah ceramah Tun yang pertama selepas secara rasminya Deklarasi Rakyat dilancarkan.

Tun M dan Tun Hasmah hanya tersenyum.

Saya hanya memberanikan diri dan berharap ia menjadi katalis Tun dan Kak Wan untuk menerimanya. Kak Wan tidak ada dalam majlis pada malam itu tetapi saya berharap kata-kata itu sampai ke pengetahuan beliau.

Itu yang saya mampu lakukan untuk melihat dua elemen yang dulunya sangat serasi tetapi kemudian bertentangan atas pengaruh keadaan, untuk kembali mencari 'sinergi ying dan yang' - politik Malaysia.

Keadaan negara masa kini sangat memerlukan sinergi itu.

Malaysia telah kehilangan proses pergantian pemimpin mengikut jalur natural untuk satu tempoh yang panjang.

Ini juga yang telah membawa kepada politik Malaysia yang bersimpang siur kini.

DSAI adalah 'natural succesor' yang masih aktif. Ku Li dan Tun Musa telah berada di tepi gelanggang atas sebab tersendiri. Keguguran mereka antara lain telah mencipta 'vacuum' kepimpinan. Tun Ghafar pula telah pergi.

Anwar menggengam idealisma politik tersendiri yang amat kukuh dalam jiwanya sehingga beliau tidak ingin mengalah untuk melihat Malaysia yang terus hebat.

Kehilangan proses penggantian pemimpin yang natural ini telah mencipta 'gap' dan 'vacuum'.

Adanya kekosongan dan lompang kepimpinan ini menjadi punca terbesar pemimpin kurang bersedia terpaksa memikul tugas memimpin negara dengan kekurangan kejituan atau nilai kepimpinan kental yang diperlukan.

Malaysia masih memerlukan Anwar, selain TS Muhyidin untuk mengemudi negara ini keluar dari perairan berbatu dan bergelora pada masa ini.

Tetapi Anwar yang direstui oleh arkitek negara Malaysia yang masih cergas memerhatikan hala tuju negara - Tun M.

Kombinasi dua gergasi ini melengkapkan semula dua tenaga. Sinergi. Tenaga penyatuan. Anwar dan Muhyidin pula telah pernah bergandingan.

Paling penting, Malaysia dapat diselamatkan.

*Demi Malaysia*

Husam Musa
05 September 2016


VIDEO BERKAITAN



ULASAN GB

Maaf kerana kelewatan mengemaskinikan blog ini. GB agak kesibukan 2-3 hari ini.

Mengenai kisah Anwar-Mahathir bersalaman, banyak pandangan dari pelbagai pihak dan yang nyta UMNO dan PAS amat tidak menyukainya.

GB memetik dua tulisan di atas yang GB rasa berhak untuk mewakili pandangan majoriti ahli AMANAH. Ada juga satu dua pandangan yang tidak begitu senang dengannya, namun ia adalah kekecualian yang boleh diabaikan.

Yang lebih penting, seperti kata Husam, Malaysia perlu diselamatkan.




FEATURED ADS


12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Yang bingai ialah Pak Lah dan Ku Li.
Langsung tak ada apa yang boleh di harapkan dari mereka berdua.

Seorang lagi setaraf dengan Pak Lah dan Ku Li ialah Hj Hadi.

Jika sesiapa yang mahu jadi ahli politik yang hebat berguru lah dengan Anwar dan Mahathir.

Tanpa Nama berkata...

Setiap kisah ada permulaan nya dan semoga penutup kisah antara dua insan ini berkesudahan dengan kegembiraan buat semua.

Apa yang di lalui dan di tempuh oleh Mahathir sekarang dan apa yang di rasai oleh Muhyiddin, telah di tempuhi dan di rasai oleh Anwar selama 18 tahun !

Najib tidak takut pada Mahathir. Najib juga boleh tewaskan Muhyiddin dengan mudah. Tetapi yang paling di geruni oleh Najib ialah Anwar. Apalagi sekarang Anwar dan Mahathir berganding bahu.

Walaupun Anwar di penjarakan tetapi Anwar lah yang hero sebenarnya. UMNO tidak boleh buat apa-apa pada Anwar dan menyerang Mahathir tidak memberi apa-apa faedah pada UMNO. Seperti kata seorang pemimpin UMNO, nak pecahkan gelas pun tak mampu.

Kerana itu lah, Mahathir memang arkitek yang bijak. Tindakan Mahathir lah yang menjadikan Anwar sebagai seorang hero dan Mahathir sedar tentang perkara ini.

Untuk menggagalkan rancangan Mahathir, Najib perlu serang Anwar bukan Mahathir. Satu jalan yang ada pada Najib iaitu membebaskan Anwar dari penjara untuk membolehkan dia menyerang Anwar.

Semuga pemimpin yang anti-najib hendaklah menyertai usaha Mahathir untuk mengembalikan Malaysia pada yang lebih berhak.

Pemuda parit kings berkata...

APA yang baik untuk rakyat Malaysia...saya akan mendokong dan berusaha sebaik mungkin...inilah sikap pemimpin yang sayang kan negara dan rakyat nya...Bukan mainan lagi jika sampai ketahap ini...buang kan sifat ego...yang paling penting...kembali kan hak rakyat...kembali kan keharmonian... InsyaAllah jika didokong dengan ikhlas...pasti ada jalan...

Tanpa Nama berkata...


Setiap kisah ada permulaan nya dan semoga penutup kisah antara dua insan ini berkesudahan dengan kegembiraan buat semua.

Apa yang di lalui dan di tempuh oleh Mahathir sekarang dan apa yang di rasai oleh Muhyiddin, telah di tempuhi dan di rasai oleh Anwar selama 18 tahun !

Najib tidak takut pada Mahathir. Najib juga boleh tewaskan Muhyiddin dengan mudah. Tetapi yang paling di geruni oleh Najib ialah Anwar. Apalagi sekarang Anwar dan Mahathir berganding bahu.

Walaupun Anwar di penjarakan tetapi Anwar lah yang hero sebenarnya. UMNO tidak boleh buat apa-apa pada Anwar dan menyerang Mahathir tidak memberi apa-apa faedah pada UMNO. Seperti kata seorang pemimpin UMNO, nak pecahkan gelas pun tak mampu.

Kerana itu lah, Mahathir memang arkitek yang bijak. Tindakan Mahathir lah yang menjadikan Anwar sebagai seorang hero semula dan Mahathir sedar tentang perkara ini.

Untuk menggagalkan rancangan Mahathir, Najib perlu serang Anwar bukan Mahathir. Satu jalan yang ada pada Najib iaitu membebaskan Anwar dari penjara untuk membolehkan dia menyerang Anwar.

Semuga pemimpin yang anti-najib hendaklah menyertai usaha Mahathir untuk mengembalikan Malaysia pada yang lebih berhak.

Tanpa Nama berkata...




Siratol MusTAQIM...Lurus dan SUCI
Selurus Se SUCI...Sang Kaseh Mem-BERI
Mem-BERI Kemaafan...Ke Insafan DIRI
Kemaafan Se LUAS...Langit dan BUMI
Sang Kaseh Mem-BERI itu...Sumber INSPIRASI
Sang Kaseh mem-bERI itu...SELFLESS in INTEGRITY
Sang Kaseh Mem-bERI itu...SELFLESS Tak PentingDIRI
Sang kaseh Mem-BERI itu...SELFLESS n Very7 FRIENDLY
Sang Kaseh mem-BERI itu...SELFLESS Totally like "no-body"
Sang kaseh Mem-BERI itu...Selfless-FITRAHnya SYURGAWI
Sang Kaseh Mem-Beri itu...For ONE n Only s d Mission of ILAHI



Sang Kaseh Mem-BERI Itulah...Seindah7AMANAH-Integrity-n-TRANSPARENCY
Sang Kaseh Mem-BERI Itulah...d Total SOLUTION yg Azali & ABADI


Krn Kaseh Mem-BERI itu...Adalah Semurni7 Sifat"MU" Yaa RABBI

















Tanpa Nama berkata...

org umno patut fikir, kalau mahdey dan anwar pun dah bersalam.. at least bg misi menentang MSN... itu tanda najib memang sgt teruk.

bukan senang mahdey nak pi jumpa anwar. tp jenayah najib terlalu besar lebih besar dpd kebencian mahdey terhadap anwar.

cumanya yg tinggal menyokong najib ialah pemakan dedak yang betul2 dedak, bukan perumpamaan lagi.

cuba bygkan, hj hadi bermula berjuang atas parti islam utk islam sepanjang hayat, tiba2 hujungnya menyokong kezaliman.

mahdey yg sepanjang pemerintahan menzalimi anwar dan kebangkitan rakyat tiba2 hujungnya bersama rakyat menentang kezaliman.

kerana itu jgn mudah2 menuduh DAP kafir harbi. esok lusa kita tktahu boleh jadi PAS akan menjadi secular mcm umno dan DAP berjuang berlandaskan Islam yg progresif. kita tak tahu akan dtg. maka hadi dan PAS jgn terlalu bongkak.

kalau hari ini kamu mula berbaik dengan perompak, mungkin generasi kamu akan dtg sudah pun merompak sama mcm umno hari ini.

sendiri mau ingat... roda boleh pusing maa.

Tanpa Nama berkata...

Saham Mahathir memang banyak dalam merubah Malaysia menjadi seprti hari ini. Dari Malaysia yang pernah di gelar 'Tiger Of Asian' pada zaman Mahathir-Anwar kerana kemajuan dalam ekonomi, setanding Hong Kong, Singapura dan Korea menjadi 'Tiger Of Kepit' di bawah Najib skrg ni.
Dia yang memecat Anwar dan utk 'menghalalkan' tindakannya, fitnah terhadap Anwar dicipta.
Tetapi bila melihat Anwar boleh memaafkan Mahathir, bertegur sapa dan bersalaman ukhwah, maka tak kan la kita yang di bawah ni masih nak memarahi Mahathir. Yang penting, dia cuba nak perbetul keadaan, tak lepas tangan, melarikan diri dan menjadi pasif pada masalah yang dia sendiri mulakan.
Tentang isu Memali, Mahathiir mmg bertanggungjawab. Tapi Hadi juga ada tanggungjawabnya di situ kerana Amanat yg di keluarkannya.

Tanpa Nama berkata...

Anwar senyum tenang di dalam.

Yang pening gundah gulana ialah orang yang nak saman RM 90 juta dan nak kena bahas hudud di parlimen.

Tolong doakan jantung nya ok. Doakan dia tidak ponteng. Doakan supaya dia pun insaf dan bersalam dengan Anwar.



Tanpa Nama berkata...

Helo bro..paklah dan ku li ada jgk taraf penah jd menteri pun.hadi jgn nk di sama tarafkan sbb hadi xda taraf langsung....

Tanpa Nama berkata...

Inilah manusia paling aku respek sekali DSAI.walaupun beliau di aniaya setengah mati oleh mahathir dulu, bukan sekejap tp bertahun2 kena zalim.smpi skrg pun beliau dizalimi atas alasan yg sama dulu tp beliau bersifat pemaaf.sifat yg sgt mulia yg dituntut dlm islam xramai manusia mcm Anwar.Inilah contoh islam yg sebenar bukan berdasarkan jubah atau tebalnya serban kopiah tp sikap yg mulia.aku rasa kalau hadi ditempat anwar tu mau diludahnya mahathir tu..sikap ego baran dan degil hadi bukan rahsia lagi,semua org tahu..Respek Anwar.Aku doakan Anwar berjaya semoga Allah pjgkan umur Anwar dan kurniakan kesihatan kpdnya utk memulihkan semula Malaysia ini.Aminnnnn

Tanpa Nama berkata...

mana prginya orang2 yg menyokong tun m, tk mnjelma2,tntu ramai sekurng2nya lbh 10000 bgi setiap prlimn.harap2 org2 ni teruja meliht kgigihn tun m brjuang dn menurunkn undi mrka untk parti tun m dn ph pada pru14 nnti.

Tanpa Nama berkata...

Gandingan mantap demi menyelamatkan bumi bertuah ini.