9 Sep 2016

Pengakuan Seorang Ahli Parlimen DAP Terhadap AMANAH

Kenapa DAP Selesa Berkerjasama Dengan Amanah: Penjelasan Seorang Pimpinan DAP, YB Liew Chin Tong

Ada yang beranggapan bahawa DAP selesa berkerjasama dengan AMANAH kerana DAP ‘menguasai’ AMANAH dan AMANAH sekadar ikut sahaja kehendak DAP. Tanggapan sebegini ditanam oleh mereka yang memusuhi bukan sahaja AMANAH tetapi juga DAP. Ia menggambarkan AMANAH sebagai parti yang tidak berprinsip dan DAP pula sebagai parti yang bersifat ‘manipulative’ suka memperalatkan pihak lain. Dalam soal ini kita saksikan UMNO dan PAS berganding bahu menanam anggapan atau persepsi sebegini. Ia bertujuan untuk meminggirkan DAP dan AMANAH dari masyarakat Melayu khususnya.


Saya ingin menjelaskan sebab-sebab utama mengapa DAP selesa berkerjasama dengan AMANAH. 

Saya yakin apabila ini dijelaskan, lojik sebab mengapa kami selesa berkerjasama dengan AMANAH serta kesesuaian hubungan kami akan difahami semua. Ianya bukan sukar untuk difahami kerana ianya bukan atas pertimbangan politik atau startegi semata-mata. Sebaliknya ianya atas perkiraan sikap perhubungan antara parti dan antara manusia yang begitu asasi.

Sikap AMANAH bila berbincang

Bila saya bersama pimpinan AMANAH, saya tidak merasa diri saya sebagai seorang asing dan dipandang serung. Mereka mempunyai sikap keterbukaan yang jelas ikhlas ingin bersahabat dan bersaudara dengan semua yang bersedia bersama mereka. Saya tidak merasa yang dikatakan kepada saya berlapik-lapik sehingga menyebabkan saya sangsi terhadap kata-kata tersebut. Saya tidak merasakan apa yang dikatakan kepada saya berbeza berbanding apa yang dikatakan sesama mereka.

Cara mereka dan akhlak mereka menyebabkan saya yakin perbincangan kami ikhlas dan terbuka. Saya boleh berikan pandangan walaupun berbeza dan saya tidak ditempelak dengan kata-kata seperti “kamu tak faham, kamu bukan orang Islam”. Sebaliknya mereka berusaha menjelaskan pandangan mereka secara rasional dan intelektual dalam bahasa dan nilai-nilai yang mudah saya fahami.

Dan walaupun kami terus berbeza pandangan, selepas itu kami tetap bersahabat.

Keadaan sebegini amat penting apabila ingin berkawan apatah lagi menjadi rakan dalam mendukung perjuangan bersama. Saya rasa begitu selesa berbincang ‘hati ke hati’ dengan mereka sambil diri saya tidak dilihat sebagai seorang yang ‘jahat’ atau ‘berniat jahat’. Bila kesangsian sebegitu tidak wujud, saya selesa mengatakan apa yang saya ingin katakan dan begitu juga mereka.

Kejujuran dan berpegang pada janji

Setelah membahaskan sesuatu dan akhirnya membuat keputusan, saya melihat pimpinan AMANAH jujur dalam usaha mereka melaksanakan keputusan itu. Mereka berpegang kepada janji dan tidak melanggar apa yang dipersetujui bersama. Saya merasa yakin apa yang dipersetujui dan dijanjikan akan tetap mereka pegang bukan sepertimana yang dilakukan oleh pimpinan parti lama mereka. Mereka tidak bersikap ‘kami orang Islam, bakal masuk syurga. Oleh itu langgar perjanjian demi Islam tidak mengapa’. Oleh itu amat selesa saya berkerjasama dengan mereka.

Mereka pernah sebut pada saya bahawa sifat bercakap benar (sidiq) dan berpegang pada janji (amanah) adalah sifat yang masyhur bagi Nabi mereka ia itu Nabi Muhammad dan beliau dikenali dengan sifat-sifat ini walaupun sebelum menjadi nabi. Ianya sememangnya sifat-sifat terpuji dan itulah sifat-sifat yang mereka dakwa mereka ingin zahirkan. Sekiranya benar, dan setakat ini saya lihat ianya benar, maka itulah pegangan yang paling tepat bagi kita semua.

Tegas dalam berprinsip

Apabila parti lama mereka mengkhianati perjanjian, saya tahu mereka telah membantah dan menegur pemimpin mereka. Ini menyebabkan saya percaya kepada keikhlasan mereka. Apabila mereka meninggalkan parti lama mereka yang telah mereka bina bersama sekian lama, atas prinsip tidak bersetuju dengan pendekatan ‘semakin Melayu’ demi menjaga imej perjuangan islamis mereka, saya bertambah yakin dengan keikhlasan mereka. Mereka bukan calang-calang orang yang sekadar mampu menjadi pengikut setia, menumpang populariti orang-orang tertentu, tetapi mereka pemimpin yang berwawasan dan berprinsip.

Orang-orang seperti ini lebih mudah kami berkerjasama dengan mereka. Tiada u-turn dan tiada pengkhianatan. Berpegang kepada prinsip dan bukan main ikut sahaja apa jua arahan yang diberikan walaupun melanggar janji. Orang sebegini yang saya ingin jadikan rakan dalam berpakat, bukan jenis bertukar sikap setiap kali arus berubah.

Kesungguhan membawa mesej ‘political Islam’

Saya menganggap tuduhan ‘khianat agama’ atau ‘menjual agama’ yang dilemparkan terhadap mereka jauh dari kebenaran. Sebaliknya saya melihat mereka berusaha untuk menghayati ajaran agama mereka, samada dalam soal peribadi mahupun dalam perjuangan politik mereka. Sefaham saya mereka tubuhkan AMANAH untuk tujuan itu apabila diyakini parti lama mereka tidak lagi mampu membawa mesej ‘political Islam’ secara tepat atau berkesan.

Ada yang memberitahu saya, perjuangan yang mampu mempengaruhi masyarakat Melayu hanya dua, ia itu kebangsaan Melayu atau Islam. Kedua-duanya ada nilai emotifnya. Dahulu ‘political Islam’ bawaan PAS menjadi check and balance terhadap politik kebangsaan Melayu. Sekarang dengan sikap terbaharu PAS, mereka bersekongkol bersama atas rasuah dan perkauman. Oleh itu, untuk membersihkan imej ‘political Islam’ ini maka AMANAH ditubuhkan.

Saya melihat usaha mereka cukup penting untuk mencorakkan minda Melayu Islam ke arah kebaikan dan kemajuan. Wawasan yang ada pada mereka jauh lebih ke depan dan progressif berbanding PAS. Saya tidak tahu PAS sudah ingin ke mana.

Kesimpulan

Sebenarnya saya bukan inginkan yang luar biasa dari rakan-rakan saya. Saya hanya inginkan kejujuran dalam berpakat, berpegang kepada janji dan keikhlasan dalam berbicara. Bagi saya pemimpin-pemimpin AMANAH merupakan harapan masa depan bangsa Melayu dan ummat Islam. Ikhlas, jujur, sanggup berkorban dan kuat berkerja. Sambil itu mempunyai wawasan yang jelas dan bersifat ‘untuk kebaikan semua’.

YB Liew Chin Tong
Ahli Parlimen Kluang (DAP)

Artikel ini telah diterbitkan di dalam Akhbar Amanah edisi-12

ULASAN GB

PAS menuduh AMANAH dengan pelbagai gelaran dan diantara yang mahsyur ialah balaci & khadam DAP malah ada yang menggunakan istilah "dapigs".

Alih-alih seperti satu bom yang tak terduga, lemparan kata nista itu berbalik kepada PAS semula apabila PAS bersama Ikatan membentuk sebuah gabungan bernama Gagasan Sejahtera sehingga warga netizen menamakan ia PIGS... singkatan dari PAS-IKATAN-GAGASAN-SEJAHTERA.

Ramai pemimpin dan ahli PAS tersentap dan terkedu lantarannya. Tak boleh marah-marah lagi kerana sememang begitulah kenyataannya. Lari dari PASIK terpeluk PIGS pula.

Itu sunnatullah, apabila kamu mencerca dan menghina maka cercaan dan hinaan itu akan kembali kepada dirimu semula.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesungguhnya seorang hamba bila mencaci-maki seseorang nescaya cacian dan makian itu akan naik ke langit kemudian menutup pintu pintu langit di bawahnya, lalu turun ke bumi menutup pintu pintu yang lain, kemudian mengambil tangan kanan di tangan kirinya, apabila tidak memenuhi sasarannya, ia kembali kepada orang yang dicaci dan jika tidak boleh ia akan berbalik kembali kepada orang yang mencaci-maki itu semula”

(Hadis Riwayat Abu Daud)




FEATURED ADS


31 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Satu lg, tokoh2 Amanah bukan yg tak sabar2 gila nak guna Range Rover evoque atau Vellfire atau Mini Cooper atau BMW.... TST!

Lelaki Dicermin berkata...

PIGS..Agaknya.. kalau semua blog pro PH war2kan..kita tak boleh salam dgn org pas..nanti kita kena samak..boleh ke.. meniaya ke..sbb puak2 walaun belasah PH takde kesihan2..
Maaf lari dr tajuk... td aku baca blog alhusseyn.. rasa artikal tu di ambil dr akbar AMANAH. Temubual dgn dr zulqarnain berkenaan akta 355. Doktor terperinci terangkan akta. Kelemahan di mana.. patut di buat mcmana. Sebenarnya akta tu pernah di bawa.. hanya tuang presiden tumpang tuie. Bagi aku amat memalukan sikap tuang presiden tu.setelah di ulas sebegini rupa baru aku faham.. terlalu byk masaalah nak luluskan akta 355.kalau cara doktor tu terangkan. Bulan 10 nanti tak pasti di luluskan lagi. Dekat pru 14.. di mainkan lagi akta 355 ni. Yang mufti2 tanpa selidik atau bertanya pd org yg faham..seolah memaksa semua org islam kena menyokong..yg sah2 bulan 10 ni. Tuang presiden dan pas kena kencing utk sekelian kalinya...

Tanpa Nama berkata...

Tahnah PARTI PRIBUMI BERSATU..... teruskan perjuangan bersama Pakatan Harapan.

Gunakan PARTI PRIBUMI BERSATU di mana-mana sahaja semasa berkempen.

TAHNIAH

Tanpa Nama berkata...

Amanah (PAN) parti baru. Takkan nak tunjuk eksyen dalam 'perbinbangan'. PAN belum menang SATU kerusi pun di dalam Parlimen, memang tiada kedudukan yang boleh memberikan apa2 ketegasan dalam prinsip perjuangan.

Kena ikut saja lah. Bahkan, padang perbincangan mereka pun bukan padang yang sama-rata. DAP jauh di atas dan ke hadapan.

(Admin berani terbitkan.?)

Tanpa Nama berkata...

Penubuhan AMANAH dipermudahkan Allah dan Allah mengurniakan 6 kerusi parlimen dan 7 kerusi DUN tanpa perlu bertanding. PAS bakal binasa kerana sudah mengkhinati amanah dan janjinya di dalam PR dan setiap yang mengkhianati amanah dan janji di dunia ini akan tetap menerima kemurkaan Allah.

Safwan_Mokhtar berkata...

Terpulanglah kalau kamu nk guna label PAN ke apa tapi bila org label PIGS jgn la kamu meroyan ye syg

Tanpa Nama berkata...

Encik 5:37
Bukankah Khalid Samad, Mujahid Yusof Rawa dll ysng menyertai AMAMAH adalah Ahli Parlimen? Jadi macam mana encik cakap AMANAH tak ada satu kerusi pun. Encik tertelan pil kuda pemberian Hj Hadi ke....

Tanpa Nama berkata...

DAP beri sikit is itu bantuan sek agama sebagai balasan menolak hudud. PAN anggap setiakawan. Puak PAN antara penentang hudud. Admin berani terbitkah?

Tanpa Nama berkata...

Yang buat penilaian mengenai AMANAH ialah YB Liew Chin Tong, se orang yang bukan Islam menilaikan Islam dalam dua keadaan. Tidak banyak yang dia sentuh mengenai individu atau mana-mana pemimpin dalam AMANAH. Yang di respek ialah Islam yang di bawa oleh AMANAH.

Tentunya dia sendiri berpengalaman berbincang dengan pemimpin PAS sepertimana dia juga berbincang dengan pemimpin AMANAH.

Dia mengatakan.."saya melihat mereka berusaha untuk menghayati ajaran agama mereka, samada dalam soal peribadi mahupun dalam perjuangan politik mereka"



"Mereka pernah sebut pada saya bahawa sifat bercakap benar (sidiq) dan berpegang pada janji (amanah) adalah sifat yang masyhur bagi Nabi mereka ia itu Nabi Muhammad dan beliau dikenali dengan sifat-sifat ini walaupun sebelum menjadi nabi." Secara tidak langsung YB Liew memuji sifat yang di miliki oleh Nabi Muhammad. Sebalik nya anon 5.37 PTG masih memuja Lebai Hadi aka Lebai U-turn.

Sehingga hari ini belum ada Cina MCA atau mana individu Cina yang terang-terang berani memuji pemimpin UMNO yang menampilkan contoh Islam yang baik.

Ya memang AMANAH parti baru kerana itulah kena mula dengan menampilkan keindahan Islam dimana mereka gagal untuk berbuat begitu semasa di dalam PAS. Lalu mereka nekad meninggalkan parti lama mereka semata-mata untuk membersihkan imej ‘political Islam’.

Walaupun DAP jauh kehadapan, DAP mengaku mereka memerlukan AMANAH sepertimana UMNO memerlukan PAS. PAS pun tak ke mana jika di bandingkan dengan UMNO. RUU pun ikut telunjuk UMNO. Sila rujuk komen LELAKI DI CERMIN.

UMNO perlukan PAS untuk sama-sama buat kemungkaran. DAP perlukan AMANAH untuk selamatkan negara dari UMNO.

Pemimpin AMANAH sanggup meninggalkan parti lama yang di pimpin oleh ulamak kerana tidak mahu mengkhianati perjanjian seperti yang di lakukan oleh Nabi Muhammad saw, kerana itulah tidak menjadi masalah pemimpin AMANAH meninggalkan parti orang.

Penghargaan dan pujian seperti ini hanya diperolehi oleh TGNA sahaja oleh itu tidak salah lah bila Husam katakan AMAMAH meneruskan perjuangan TGNA.

Tanpa Nama berkata...

Hj Hadi kena buktikan yang PAS tidak ikut telunjuk Najib dengan menafikan ada terima RM 90 juta.

Sumber telah mendedahkan bagaimana Joh Low mengarah bank supaya tidak menghantar penyata kad kredit ke Putrajaya.

Maklumat ini kira dah terlewat tetapi tidak bagi Hj Hadi.

Tanpa Nama berkata...

Alangkah bangangnya kamu, PAS sendiri pernah mengakui DAP BERHAK MENOLAK HUDUD dan HUDUD BUKAN KEUTAMAAN. Amanah memegang janjinya tidak seperti PAS.

PAS akan hancur binasa kerana khianat dengan janjinya.

Tanpa Nama berkata...

Itu yg eksyen tu perangai2 walaun pigs...dap lebih menghormati semangat setiakawan bbanding pigs yg katanya membawa akhlak islam tapi bab memaki dan menghina org dialah no satu...sebelum nak kata kat org tu semak dulu perangai sendiri agak2 ikut sunnnah atau al quran ke tak...renung balik pendekatan arwah nik aziz dulu bila berhadapan dgn bukan islam...skrg sudah jauh umpama langit dgn bumi...nak jadi walaun pun berpada padalah...jgn sampai taksub sgt pada makhluk waima ularmak sekali pun...nabi tak pernah bawa pendekatan dgn cara pigs skrg ni...

Tanpa Nama berkata...

ho alaaa... nak cabar admin konon... lebih baik admin jgn siarkan ko punya komen yang hampas tu...

Tanpa Nama berkata...

Pas yg selalu mengkafirkan dan memaki hamun orang lain nak perjuangkan hudud??

Pemimpin kaki gohead gostan uturn nak laksankan hudud??

Pemimpin yg sekongkol dgn penyamun dan kaki khianat nak hudud dilaksanakan??

Pemimpin yg hasad dengki dan jual ayat2 agama nak tegakkan hukum Allah??

Pemimpin yg sampai sekarang tak saman2 lg SR melaung laungkan hukum syariah..??

Cermin diri tu dulu woiii...!!! Kami tak nilai siapa kamu berdasarkan serban , kupiah dan jubah yg kamu pakai weiii.... !!

Apa yg kami lihat akhlak buruk...dan perilaku mulut busuk kamu yg lebih menonjol!!!

Kamu yg bertopeng agama ni le merencatkan kerja dakwah ke atas non muslim...!! Non muslim prejudis dengan islam sebab melihat akhlak buruk kamu wahai pemimpin PAS...!!!

Berdasarkan akhlak dan tingkahlaku kamu...kamu sikitpun tak layak menyebut hal2 dakwah. Kamu tak malu ke...imej islam kamu tu...memalit onar kepada muslim yg lain...!!???

Tanpa Nama berkata...

Setakat komen melabel macam ini.. no hal untuk diterbitkan lah.

Puak PAN penentang hudud. Keliru lah. Sekejap hudud. Sekejap RUU.

Bulan Oktober jadi RUUDUD..

Tanpa Nama berkata...

PIGS (Pas/Ikatan/Gagasa Sejatera)

Tanpa Nama berkata...

Macai 6:26...

Ko kata "Pan tentang hudud"...???

Woii..macai umngok tongok. Itu bukan hudud le bahalol...!!! Itu RUU 355 je pun...

Tanpa Nama berkata...

Itulah akibatnya suka menuding jari kearah PAN satu menuding empat lagi balik kediri sendiri sekarang PAS sudah tidak mahu sebut lagi PAS-Ikatan gagasan Sejahtera rengkasnya PIGS

omar daud berkata...

salam:

Tuan 5:37, dan 6:26

Tuan admin disini,tak seperti didalam blog pro PIGS sorry pro pas.Tuan nak tunjukkan tuan tu islam,tapi tuan takut nak bubuH nama tuan??

macamana tuan nak perjuangkan hudud,nak bubuH nama benda yg simple macam ni pun penakut??

Tuan lupa ka,semasa meraikan PIGS,taadapun hadi cerita pasal hudud,janganla buat lawak tuan,majority penaksub-penaksub ulamak politik macam tuan sudah memalukan agama islam itu sendiri .Tuan berani ka, sound kat iskandar samad yg dia sedang bersama dapigs,Apa hukumnya dalam islam??bersekongkol dgn kafir harbi??iskandar samad sound kata geng2 ulamak masih berada dalam perigi/ telaga buta.Ataupun sudah memang party pas ini party yg mengamalkan bersuku-suku!!
di selangor pas halal bekerjasama dgn kafirharbi,halal makanminunya.
di tempat lain pas haram bekerjasama dgn kafirharbi.
dikelantan halal rasuah balak??
pas membela sipenzalim perompak duit rakyat??

Sebelom tuan2 nak buat hudud,tuan2 kena perbetulkan dan nasihatkan ulamak tuan2 dulu,dia amalkan,amalan nabi ka???kalau benda yg sebegini SIMPLE,rasuah berlaku didepan mata,bersama si penzalim dan sampai sekarang dah berapa kali hari selasa...tak saman2 SR????BOLEH PERCAYA KA!!

Jika malaysia dapat buat HUDUD,APA JAMINAN YG KITA ADA???hudud berpilih MACAM BRUNEI...YGberkuasa tak kena,rakyat biasa yg kena..ALLAH REDHA KA!!!

SEKIAN..

Tanpa Nama berkata...

X payah layanlah si hadi dgn walaunta2nya..depa ni ikut ajaran islam melayu..bukan islam cara rasulullah..boleh fitnah orang..boleh ckp bohong..boleh caci maki orang..boleh balun duit juta2..

Tanpa Nama berkata...

Aku melayu...dan aku malu..

Tanpa Nama berkata...

Tuan 5:37, dan 6:26,
Jgn cakap tanpa bukti,walaun pigs menuduh Matsabu tolak hudud dah kata ada bukti video jelas Matsabu tolak hudud, kemudian aku minta bukti tu dan sorg walaun/wanrosli kasi bukti,bila aku teliti bukti tu sepatah kata matsabu pun xda,yg ada suara walaun pas komen2 sendiri dan ulas oleh yb pas.xda pun bukti menunjukkan matsabu/Amanah tolak hudud..dan berkali2 aku minta bukti masih xda bukti lagi.Smpi skrg aku cabar mana2 walaun tunjuk bukti tp masih xda bukti,kalau xpercaya tgk blog agen dsai.rsnya beratus kali aku minta bukti tp xda pun bukti tersebut.apa dah jadi pas ni sebuah parti fitnah.yg lawaknya tgk telatah walaun/wanrosli mengelak dari isu video matsabu tolak hudud tu.kikiki.kat sini pulak cuba walaun tunjuk bukti mana video yg merupakan bukti matsabu / Amanah tolak hudud?kalau xda bukti baik jgn fitnah sbb fitnah tu dosa besar.tak terampun dosa mu pada matsabu kalau dia x maafkan.harap walaun ada yg berani kerana benar.jgn semua pengecut

Tanpa Nama berkata...

Tuan Omar Daud....

Setuju dengan ulasan sedara....walaunta PIGS hanya nampak kesalahan orang....kesalahan geng2 walaunta PIGS yang lagi besar tak nampak....kesian walaunta PIGS...perangai lagi teruk dari kafir harbi...

Tanpa Nama berkata...

Pru 14 nanti drp RUUDUD pigs akan tukar jadi RUUYUP...hihihiii..

Tanpa Nama berkata...

Sebab apa jadi gitu??
Sbb walaunta dipimpin oleh TG keldai dan pembanthnya hj baghal.

Tanpa Nama berkata...

PAS ada ularmak Toton pay perview...

Tanpa Nama berkata...



Kerana ddlm sebuah bahtera yg berpusing2 itu ada nakhoda yg mabuk dek FITNAH lalok pilkuda sedang memimpin P.I.G.S u-turn ponteng berbelit2 auta kejap hudud, kejap RUU dan entah apa2 aci sondol jer mcm PIGS ler kan?

Jk PIGS yg dibawanya itu lapar ada dedak sedondon sbg makanan nya

Almaklum jer lah PIGS sbg walaunta2nya mana leh berfikir langsung pun, yg ada pun cakar siku dan lutut jer kan?

PIGS tur tetaplah bertabie mcm PIGS wpun handsome berjubbah dan besorban tetap PIGS ler jugak

Akibat nakhoda yg kuat buat FITNAH abis semuanya terbalik dah mnjd PIGS

Elok ler tue bila PIGS bertabiat suka menyalak babi ddlm bukit, tak gitu ker?

Dulu selalu FITNAH tuduh2 DAPpigs, tup2 terus kena batang idung jd PIGS kan dah elok betoi ler tue..cantik nampak PIGS dan dewan olamak PIGS bersorban kan?

Huhu ularmak donia lalok pilkuda berpusing2 memimpin PIGS, tak insaf2 lg ker huh!?

Ada ker ahli2 PIGS yg masih tak tolol & BUTA yg leh nampak karma drp Tuhan nih?

Klu dah PIGS tue terus ler jd mcm PIGS tue gamok nyer yer



Tanpa Nama berkata...

Pas bakal terkubur selepas pru14.sbg langkah berjaga2 supaya dapur berasap,pas berbaik2 dgn umno sekurang2nya umno boleh beri kerja bila kalah teruk nanti...mereka tetap akan sokong umno walau bagaimana jahat sekali pun...ugama tolak tepi yg penting perut anak bini perlu diisi...wang dedak perlu dikumpul sebanyak mungkin sbg bekalan mereka dihari tua yg tidak menentu...mereka berjuang bukan utk islam lagi tp utk perut supaya sentiasa kenyang..walaunta2 biar pergi mampus asal mereka tidak kebulur bila pas terkubur nanti.

Tanpa Nama berkata...

Pas mendakwa mereka berpolitik matang tetapi sebenarnya berpolitik ala binatang @ pigs.

roslisalem berkata...

Ramai lak tanpa nama komen..takut org kenal ke? Berani kerana benar .. takkan takut kena kecam ...

roslisalem berkata...

Ramai lak tanpa nama komen..takut org kenal ke? Berani kerana benar .. takkan takut kena kecam ...