25 Ogo 2016

"Nazar Saya: Kalau Saya Sihat Saya Akan Aktif Dalam AMANAH"

"Kalau Saya Sihat, Saya Akan Aktif Dalam AMANAH, Ini Nazar Saya"

Pertemuan mahabbah di antara dua sahabat karib, alhamdulillah pertemuan ringkas di antara Asar hingga waktu Maghrib, menggamit dua tokoh mantan pimpinan Persatuan Ulama Malaysia (PUM) di dalam menghadapi pelbagai ujian dan cabaran bagi membawa masyarakat mengenali kefahaman & perjuangan Islam .

Tokoh yang di maksudkan ialah Al-Fadhil Ustaz Ahmad Awang yang berkunjung ke rumah Dato' Sheikh Mohd Nor Bin Mansor Al-Hafiz di Taman Meru Ipoh.


Mereka memulakan pertemuan dengan ramah mesra,dan bertanya khabar. Lalu, Sheikh terus minta penjelasan akan keadaan politik semasa Malaysia.

Ustaz Ahmad Awang memulakan muqadimah jawapannya dengan senyuman dan terus menceritakan sejarah PAS semenjak beliau pernah menjawat jawatan sebagai Naib Presiden PAS, sehinggalah ketika beliau dicalonkan untuk bertanding jawatan Presiden pada sesi muktamar pemilihan PAS yang lalu khusus sehinggalah membawa kepada penubuhan parti.

Bersama Ustaz Ahmad Awang dalam ziarah tersebut adalah Ustazah Rosiah(isteri) dan anak UAA, Ustaz Rashidi (Pengarah Biro Syariah Pemuda Amanah Perak), anak muda dan juga blogger Al-Hussin.

Tatkala kami asyik mendengar sejarah yang sentiasa mendewasakan kami, sedar tak sedar Ustaz Ahmad Awang telah pun bercakap hampir 2 jam sambil di temani jamuan makanan yang telah di sediakan oleh tuan rumah (Sheikh)

Ketika di saat-saat akhir pertemuan, Sheikh memberi sedikit pandangan tentang keadaan politik negara.

Pertemuan ini menjadi semakin nostalgia apabila sheikh yang uzur tidak menginzinkan beliau untuk bercakap dengan lancar, oleh itu beliau menulis setiap persoalan dan jawapan yang diajukan.

Malah yang lebih menarik Ustaz Ahmad Awang juga turut menjawab persoalan itu dengan penulisan dan penerangan, indahnya ukhuwwah dua sahabat karib ini.

Akhirnya Ustaz Ahmad Awang meminta agar sheikh menyatakan Harapan kepada Ustaz Ahmad Awang. Lalu beliau menulis, "Kalau Saya Sihat, saya akan aktif dalam Amanah, ini nazar saya".


Lalu di sambut dengan takbir, dan doa oleh Ustaz.

Begitulah mesranya Dato Sheikh. Walaupun dalam keadaan yang tidak berapa sihat, beliau masih lagi mampu menghadiri mesyuarat-mesyuarat sebagai Ahli Majlis Fatwa Negeri Perak, sebagai Pengerusi Lajnah Tashih Al-Quran Kementerian Dalam Negeri (KDN), dan masih kekal menerajui Persekutuan Seruan Islam Perak (PSIP).

Beliau juga masih lagi merupakan Pengerusi Yayasan ADDIN yang mengendalikan Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat (ADDIN) sebuah institusi pendidikan Islam swasta dan berasrama penuh berasaskan kebajikan dan memilih bidang hafaz Al-Quran sebagai subjek teras.

Ketika akhir sebelum kami menunaikan solat Maghrib bersama sheikh, beliau mengirim salam kepada Presiden Amanah Tuan Haji Mohamad Sabu.

Semoga pertemuan ini diberkati Allah dan semoga sejarah ini melakar suatu sejarah politik baru di Malaysia.

Takbir

Ahmad Saqif Ansorullah
(Sekretariat Penasihat Umum AMANAH)
22/8/2016
Gunong Semanggol, Perak.



DARI ALBUM

PENGKALAN HULU, 15 Nov 2012 -- Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah 
menyampaikan Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1434H 
kepada Datuk Syeikh Mohamad Nor Mansor Al-Hafiz, 55, 
Pegawai Agama Majlis Agama Islam Perak 
pada Majlis Sambutan Maal Hijrah 
peringkat negeri Perak di Masjid Jamek Pengkalan Hulu -BERNAMA




FEATURED ADS


7 ulasan:

Lelaki Dicermin berkata...

Maaf ckp.. menurut blog alhusseyn.. pak sheikh dah 2 tahun kena strok.. sepatutny dlm tempoh 2 tahun beliau dah pĆ¹lih. Byk org yg aku kenali penyakit strok ni kena rajin buat fisio cepat pulih..samaada pertuturan dan pendengaran skg boleh pulih. Begitu juga urat di otak tersumbat atau pecah..boleh spt sedia kala. Sehingga salah seorg yg pernah kena strok berckp dgn aku.. hospital anggap strok ni dah mcm demam je dah..kena rajin buat senaman dan pergi fisio.. cepat lah pulihnya. Begitu sayang pak sheikh ni..parti AMANAH amat perlu idea dan buah fikirannya.

omar daud berkata...

Salam:


Ucapan tahniah pada sheikh.

Nasihat saya pada jentera Amanah PH,Kerja2 pilihanraya kena dilakukan sekarang.Kalau boleh teamup dgn kumpulan2 parti bersatu x-umno/mereka banyak pengelaman terutamanya strategy menipu.

Sekarang dengar cerita SPR sedang Active,menukarkan pengundi2 di banyak kawasan ianya dipanggil "MERRY GENDERING"

Pembangkang"OVERLOOK ISSUE ini", kita mengejar pengundi hantu,mat bangla,tapi sebenarnya kita ditipu kaw-kaw oleh BN.Sebab itu dlm facebook Zuhdi dah terang2 bagitahu,jika PAS berkuasa bersama dgn umno tactic ini akan digunakan.

Cuba bayangkan Parlimen bukit bintang dan parlimen Siputeh, DAP menang besar puluhan ribu,letak kayu ka atau kucing DAP tetap menang besar.Kenapa jadi begitu????kenapa pula diputra jaya BN menang??

penipuan ini dilakukan sebelom pilihanraya lagi,bagaimana??boleh berlaku,ianya berlaku dgn pertolongan spr dan jabatan pendaftaran negara.
spr membuat analysis,pilihanraya dan mendapatkan data penduduk dari jabatan pendaftaran,bekerjasama dgn bn,untuk mendapatkan kecondorongan pengundi,dan secara perlahan dan slowly mereka secara berperingkat2 mengubah senarai pengundi,pengundi2 cendorong pada pembangkang ditukarkan ditempat sepertib.bintang,seputih/PJ,manakala pengundi2 cendorong pada bn dipindahkan pada kawasan2 bn yg nyawa2ikan ini berlaku di parlimen titiwangsa/kl.

Bukti yg ketara masa pilihanraya PR13 baru2ini,SPR gagal memberikan data2 senarai latest pengundi seminggu lebih awal, ianya diberi last minute pada parti2 pembangkang.Pada parti2 pembangkang yg tiada tenaga pekerja parti akan tewas,umpamaya chua jumeng di segamat dan banyak lagi.

sebagai nasihat ikhlas saya,kerja-kerja pilihanraya kena buat dari sekarang,calon-calon nak bertanding dan tenaga pekerja sudah dikenali.Bersatu-padu dgn parti2 dlm PH lupakan PAS.

1.dAPATKAN SENARAI nama2 pengundi(pr13) ditempat Parlimen dan dun masing2 ianaya boleh dibeli diSPR .Ini MANDATORY. bILA PARLIMEN BUBAR dapatkan senarai pengundi baru PR14 nanti.Compare dan buat culaan.


Tanpa senarai pengundi usah harap nak menang....kena tipu kaw-kaw.Di harap dapat membantu

sekian.

Tanpa Nama berkata...

Tuan OD,

apa juga sumber dari spr tidak boleh di gunakan. sekalipun yang dibeli kerana untuk pembangkang ada 5-6 siri senarai nama.

beli yang pagi nama yang meninggal pun ada.

beli yang tengahari nama yang ada di nama yang pagi dah berpindah

beli lagi yang malam, nama yang tukang semak pulak yang bertukar.

sekarang spr tak bagi senarai bercetak tapi senarai dalam cd.

Wallahualam.

Tanpa Nama berkata...

Dato' Sheikh Mohd Nor telah memilih AMANAH. Pulih atau tidak, beliau yang merupakan seorang tokoh masyarakat telah memilih AMANAH !

Siapa di kalangan pemimpin PAS di Perak yang di Anugerah Tokoh Maal Hijrah ? Ada...?

Yang ada ostad yang kata ada nombor ahli baru boleh masuk syurga.


Ya Allah Kau berikan lah kekuatan Engkau kepada saudara ku, Tuan Syiekh agar dapat membantu pemimpin kami menegakkan kebenaran dan keadilan. Tunaikan lah harapan nya supaya dia dapat melaksanakan nazar nya kerana Engkau jua. Amin

Tanpa Nama berkata...

Persatuan Hokkien Malaysia melancarkan kempen mengumpul sejuta tandatangan untuk menolak pindaan Akta 355.

Satu lapuran Polis telah dibuat oleh Geng Ustadz iaitu presidennya, Norazli Musa.

Sepatutnya tidak perlu lah buat lapuran Polis. Ini peluang untuk mendekati mereka dan GU sepatutnya minta di beri kesempatan memberi penjelasan.

Adakah tindakan mereka sampai terang-terang mereka bersikap menentang? Dan apa pula reaksi ustad-ustad dari UMNO ?

Persatuan-persatuan bagi orang Cina tidak mudah di pengaruhi oleh orang politik. Untuk menganggap mereka menentang ada lah satu kesilapan.

Ini lah bezanya dakwah antara seorang tokoh Maal Hijrah dengan seorang tokoh merapu-rapu.

PAS diberi kebebasan mengguna media yang di kawal oleh kerajaan maka gunakan lah dengan bijak. Tidak perlu lah buat lapuran Polis, cukuplah buat kenyataan akhbar dan meminta UMNO berganding bahu dalam hal tersebut.

Kepada Allah di kembalikan.

wijaya kezuma berkata...

Semoga datuk syeikh cepat recover..

Pemuda parit kings berkata...

D.chua jumeng kalahhh parlimen segamat sebab tiada kekuatan didun buloh kasap segamat.merangkap kalahhh undi difelda palong timur yg tak byk gerak kerja...dato chua dah usaha lebih Dari calon pas dun buloh kasap...disinilah harus diingat...saya berada disegamat pada tika itu...tiada penggerak yg jitu difelda.tiada pemuda berani...yg hanya pandai cakap.kerja tak buat.yg hanya nakkan imbuhan demi kerja2 kebaikan...