25 Ogo 2016

Mana Suara Ulama Dalam Isu 1MDB?

Isu 1MDB tidak dianggap 'jenayah agama' di kalangan agamawan, bidas Husam

Isu membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak dianggap sebagai 'jenayah agama' dikalangan golongan agamawan di negara ini dalam konteks berkerajaan, kata Adun Salor Datuk Husam Musa.

Beliau berkata, golongan agamawan melihat 'good government' ini sebagai tanggungjawab yang dipisahkan daripada Islam sehingga ia tidak dianggap sebagai 'jenayah agama' oleh pelakunya.


"Dalam kes 1MDB jika menghilangkan wang yang di amanahkan rakyat itu tidak dianggap sebagai 'jenayah agama' apa lagi?

" Kita nak kejam mata sebelah. Jika ustaz-ustaz mendapat maklumat seluasnya mereka akan istigfar 100 kali, malah tidak ada seorang ustaz pun dalam Pas akan duduk diam," ujarnya ketika sesi soal jawab dalam Wacana Harapan: 1MDB Ke Mana Hujungnya? di Rumah Gerak Budaya, Petaling Jaya malam tadi yang dianjurkan oleh akhbar mingguan Amanah semalam.

Mengulas lanjut mengenai jenayah agama ini, Husam berkata,di dalam al-Quran banyak disebut pemimpin agama dikalangan Bani Israel mereka membiarkan penyelewengan harta benda rakyat dengan tidak menegur pemimpin dan penguasanya, maka dikutuk Allah swt.

"Selain al- Quran dalam hadis Rasullullah saw juga mengecam pemimpin masyarakat membiarkan amalan pecah amanah berlaku berleluasa.

"Apa yang berlaku dalam kes 1MDB ini ternyata jumlah pecah amanahnya cukup besar berbilion ringgit digunakan untuk perkara bertentangan dengan agama Islam.

"Pastinya golongan agamawan mempunyai kewajiban yang besar berbanding orang biasa seperti kita.

"Isu 'good government atau berkerajaan yang baik ini masih lagi agak asing bagi kebanyakan agamawan.

"Mereka hanya melihat Islam sebagai hukum berkaitan ibadat dan kekeluargaan semata-mata, tetapi kes bernegara kurang diberikan perhatian untuk membincangkannya," ujarnya.

Apakah punca berlaku keadaan ini dikalangan ulama, naib presiden Pas ini berkata, dua sebab menjadi penghalangnya.

"Pertama golongan agamawan belum mendapat maklumat sepenuhnya mengenai isu ini kerana kebanyakan bahan-bahannya disebarkan dalam bahasa Inggeris.

"Tetapi itu tidak boleh dijadikan penghalang untuk golongan agamawan ini mencari duduk perkara sebenar yang berlaku dalam isu 1MDB ini.

"Keduanya masalah kita antara kefahaman agama dengan konsep kenegaraan Islam ada jurangnya. Kebanyakan orang yang beraliran agama masih ada pemisahan sekular dan islamik yang menghalan mereka untuk bertindak dan menyuarakan pandangan.

Rakyat ternanti-nanti sikap agamawan Islam dalam isu 1MDB kerana tanggungawab di bahu golongan agamawan sangat besar apa hala tuju mereka bagi menangani isu ini, masih lagi tidak dijelaskan,"ujarnya kepada Malaysia Dateline.

Dalam perkembangan sama Presiden Amanah Mohamad Sabu juga pernah membidas sikap ulama negara ini yang membisu dalam isu membabitkan 1MDB.

Mohamad dipetik berkata, Malaysia ketandusan ulama yang berani menentang korupsi dan salah laku dalam pentadbiran negara.

Katanya penentangan terhadap korupsi di negara ini masih perlahan, Mohamad berkata umat Islam khususnya menunggu ulama yang lantang menentang penyalahgunaan kuasa pemerintah persis Imam Nawawi, Ayatullah Khasyani dan juga Tuan Guru Hj Abdul Rahman Limbong. -MD


'Rakyat perlu ulama berani, bukan kaki label'

Sebahagian ulama di negara ini dilihat lebih gemar menghukum dan melabel pihak tidak sealiran dengan mereka namun tidak bersuara terhadap kemelut rasuah yang berlaku terutamanya membabitkan 1MDB.

Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu berkata rakyat di negara ini sebenarnya menantikan ulama untuk mengetuai gerakan menentang rasuah terutama melibatkan pimpinan negara.

Masalahnya, kata Mohamad, di negara ini 'kaya' dengan ulama yang gemar melabel pihak tidak sependapat dengan mereka dengan pelbagai gelaran, termasuk munafik, liberal, pengkhianat, khadam dan perkataan jelek lain.

“Sedangkan, rakyat menunggu mereka yang muncul untuk memimpin seperti Imam Nawawi, Ayatullah Khasyani dan Tuan Guru Hj Abdul Rahman Limbong.

“Menjelmalah orang seperti ini untuk menjadi ikutan rakyat supaya kita dapat menentang segala bentuk korupsi.

"Kami dahagakan ulama-ulama seperti itu, bukan ulama yang menghukum seperti sekarang ini,” kata Mohamad dalam kenyataannya hari ini.

Isu 1MDB pernah dibangkitkan pelbagai pihak termasuk di parlimen, bermula dengan pendedahan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ia kemudian diulangi beberapa anggota parlimen termasuk Rafizi Ramli (Pandan) dan Tony Pua (Petaling Jaya Selatan).

Portal Sarawak Report kemudian membuat pendedahan lanjut sehingga berlaku pergolakan besar menyaksikan Tan Sri Abdul Gani Patail dihentikan dan seorang pegawai kanan Cawangan Khas Bukit Aman diambil tindakan.

Ganti penguasa rasuah

Baru-baru ini Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat mengemukakan saman sivil ke mahkamah untuk merampas pelbagai aset dianggar bernilai AS$1 bilion didakwa diperoleh melalui penyelewengan dana 1MDB.

Beberapa nama muncul dalam dokumen itu, termasuk anak tiri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz, serta hartawan muda kelahiran Pulau Pinang Jho Low yang turut didakwa mempunyai hubungan rapat dengan perdana menteri.

Satu lagi individu disebut dalam dokumen DOJ itu ialah Malaysian Official 1 yang tidak didedahkan identiti sebenarnya.

Antara aset yang dimaksudkan ialah rumah agam, lukisan bernilai jutaan dolar, jet peribadi dan kutipan filem Hollywood The Wolf of Wall Street.

Mohamad berkata ulama terdahulu seperti Abdul Rahman Limbong diingati kerana berani bangkit menentang British (yang menjadi kerajaan ketika itu) serta mengkritik sistem percukaian yang dikenakan terhadap penduduk Terengganu.

Ayatollah Kashani pula, kata Mohamad menggerakkan rakyat Iran menumbangkan kerajaan diktaktor Shah yang terpalit dengan penyalahgunaan kuasa dalam perniagaan tembakau dan memiskinkan petani.

"Penentangan daripada rakyat berhubung isu rasuah sangat perlahan kerana tidak ada golongan ulama yang menegur pemerintah," katanya.

Justeru Mohamad menyeru supaya pemerintah yang terlibat dengan rasuah dijatuhkan dan diganti dengan pemerintah yang lebih adil.
-mk


VIDEO BERKAITAN







FEATURED ADS


13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

org agama pun kaki rasuah, kaki seleweng, suka porno. buat sekolah hafal al-Quran tp bela peliwat.

keterampilan nampak mcm org beriman, tp isu balak senyap, isu yik senyap, isu 1mdb senyap.

kalaulah mrk mengaggap pentadbiran negara terpisah dr rukun Islam dan rukun Iman, apa bezanya mrk dgn kaum sekular spt dap yg mrk label dapigs?

pas ikatan gagasan sejahtera? PIGS? label org pigs, tanpa sedari mrk menggelar diri mrk sendiri dgn label yg sama.

Tanpa Nama berkata...

Ulamak dedak...mana boleh lawan tauke dedak!!

Pong pang pong pang...seru org takut Allah. Syurga neraka..dosa pahala...bla bla...

Time berlaku mungkar depan mata...senyap sunyi. Sedaya upaya cari ayat2 agama utk menghalalkan perbuatan bersongkongkol dgn orang zalim...!!

Demi Islam le...demi melayu la. Ancaman dpd kristian dan kapir dap la.... Mcm2 sebab dicipta utk mengharuskan diri jd punahsehat..!!

Walouuuun dgn macai memang sgt tegar ketololan mereka... Memang patut le menggelarkan diri sebgai PIGS..

Tanpa Nama berkata...

Bila para agamawan berpangkat tinggi dan gaji besar tp iman masih rendah takkan dia nak korbankan kesenangan hidup yg sedang dikecapi dgn menegur big boss2 yg rasuah dan salahguna kuasa

omar daud berkata...

Salam:

Kenapa golongan Agamawan,ustaz2 politkpas,mufti2 (kecuali mufti perlis) ustaz2 kerajaan,ustaz2 TV,USTAZ2 ceramah mesjid enggan membicarakan tentang "kemungkaran pemerintah"

sebab utamanya ialah soal "CARIMAKAN",mereka enggan mengulas sedikitpun kerana takut periuk nasi tak berasap.

Mereka lebih gemar melabelkan dan mengulas issue-issue yg takmenyentuh periuk nasi mereka.

umpamanya:
issue pengharaman merokok,isue pokemon,issue namawee menghina islam,issue dap kafir harbi,issue dadah,iisue rumah-tangga dan issue2 yg tak usik periuk nasi mereka.

Apakah orng2 islam yg melakukan kemungkaran tak menghina islam???

orng islam merompak duit negara tak menghina islam?
orang islam yg lari dari tanggung-jawab hadir(berkali-kali) parlimen/dun tak menghina islam??

Allah maha kaya,maha adil lagi saksama,tak semestinya orang islam ada lesen boleh berbuat apa sahaja,itulah sebabnya dlm quran menyatakan, neraka terkebawah sekali disediakan pada orang2 islam berbanding dgn orng kafir.orang2 islam yg ada ilmu tapi tidak mengamalkannya.Kecuali orang islam yg beriman,yg mengamalkan ilmunya dgn ikhlas.


wallah'ualam.

Tanpa Nama berkata...

Itu pun masih tak malu buat ceramah dan terus mengajar agama....

Sedangkan yang berlaku sudah terang lagi bersuluh...

Husam masih menghormati mereka dengan memberitahu isu 1MDB dalam bahasa Inggeris jadi mereka lambat faham... Tapi tak kan mereka tak faham hutang negara berbillion-billion...

Tak kan mereka tidak tahu majlis perkahwinan anak perempuan pemimpin sampai berjuta-juta.. Isteri pemimpin basuh rambut sampai RM1200... beg tangan pemimpin Malaysia sampai beribu-ribu sedang kan beg tangan pemimpin Singapura hanya RM 50 sahaja.

Orang yang nak mengajar mesti peka dengan keadaan sekeliling seperti isu pokemon, hisap vape, pegang anjing, kafir harbi, mencuri potong tangan...


Apakah kerana fahaman politik pemimpin itu sekular maka di diamkan walaupun pemimpin tersebut orang Islam !

Tahu nya banyak tapi buat nya sikit. Lebih baik tahu nya sikit tapi yang di buat nya banyak.

Ulamak jenis bisu, pekak dan buta ini, jangan kan nak bersuara pasal 1MDB.. nak ambil gambar penuh dengan Husam ke.. Anwar ke.. Ustaz Ahamad Awang ke... pun kalau boleh di elak..

Tanpa Nama berkata...

Ulamak sekarang tak reti proses dan perjalanan kompeni..komponi yg ditubuhkan untuk songlap dan dah disonglap ulamak tak tau..macam mana ulamak nak tadbir negara..ada ulamak pakat terima duit songlap atas nama derma..

Tanpa Nama berkata...

Sbb ulama kata,dlm islam klu nk menghukum mesti hadir 2 org saksi yg tidak fasik,agak2nye sbb tu la ulama diam aje

Tanpa Nama berkata...

Ramai ke ulamak dalam negara ini?

Satu memang sah ulamak sebab ada jawatan dalam persatuan ulamak sedunia tapi kena ketepikan.

Kalau yang ada jawatan dalam persatuan sedunia pun tak boleh nak diharapkan apalagi nak diharapkan pada yang lain-lain.

Ini kerana kita dah ada satu benchmark iaitu TGNA. Jika tidak ada yang mampu menandinginya lama-kelamaan ciri-ciri ulamak akan menurun dan di ganti kan dengan apa yang ada sekarang. Ponteng lah, u-turn nya lah..

Semoga adalah dikalangan yang dapat mengambil tempat sebagai penganti TGNA.

Selama ini mereka tidak di uji. Itu yang ramai yang memandang tinggi apalagi disuruh kita jangan ragu-ragu sama Allah. Bila di uji rupanya .. cakap je kencang..

Tanpa Nama berkata...

Ularmak dgn ulamak tu lain maksudnya. Yg parti keldai walaunta tu masuk group ularmak.

Tanpa Nama berkata...

Kalau jumpa Mahathir, jumpa Najib dan jumpa Hadi Awang, terajang Hadi Awang dulu.

mustapa m said berkata...

Ketua2 Agama, Ulamak2 dan Mufti2 adalah mereka yg utama yg akan dipersoalkan di Akhirat kelak mengapa mereka mendiamkan diri mereka terhadap penyelewengan dan kezaliman yg dilakukan oleh para pemimpin yg berkuasa di negara ini ke atas rakyat dan negara.

Tanpa Nama berkata...

Yang akan bersuara menentang kemungkaran adalah ulamak akhirat. Ulamak dunia akan membisu sbb mulut dah penuh dgn dedak.

Tanpa Nama berkata...

“Pada malam saya Isra`, saya didatangkan kepada sebuah kaum yang menggunting bibir-bibir mereka sendiri dengan gunting-gunting dari api neraka, setiap kali bibirnya (selesai) digunting maka akan kembali (seperti semula). Maka saya bertanya, “Wahai Jibril, siapa mereka?”, dia menjawab, “(Mereka adalah) para khathib (tukang ceramah) dari ummatmu yang mereka ini mengatakan sesuatu yang mereka sendiri tidak mengerjakannya dan mereka membaca kitab Allah tapi mereka tidak beramal dengannya”. (HR. Ahmad dan dihasankan oleh Syaikh Al-Albany dalam Shohihul Jami’ no. 129)