‘Saya temui Hadi terang kesalahan Najib tapi...’
KUALA KANGSAR - "Saya sudah terang kepada Hadi (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) secara peribadi kesalahan Datuk Seri Najib Tun Razak, tetapi dia nampak dedak sekarang," demikian kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad
Beliau mendakwa, pendirian Pas sekarang dibuat kerana parti itu tidak lagi mempunyai jumlah wakil rakyat yang ramai dan sokongan rakan pembangkang.
"Parti Pas tidak boleh jadi kerajaan apabila Pas dahulu keseorangan yang punyai bilangan wakil rakyat yang amat kecil, tetapi apabila dia (Pas) bersama Pakatan barulah bilangan wakil rakyat Pas meningkat tetapi kurang daripada rakan-rakan Pakatan maknanya Pas tidak mungkin boleh jadi kerajaan tidak usah cakap pasal nak tadbir.
"Pas sekarang sudah ketinggalan seorang satu parti sahaja, jadi Pas perlu sokongan daripada orang lain, dia nak pilih nak dapat sokongan Datuk Seri Najib,” katanya dalam forum 1MDB dan Najib yang diadakan di restoran Chun Ji, Taman Suria Kuala Kangsar hari ini.
Namun ujarnya, beliau tidak pasti sama ada Abdul Hadi termakan dedak Najib buat masa ini.
"Jadi saya tidak pasti makan dedak atau tidak. Tetapi nak kata dia tidak tahu kesalahan Najib itu tidak mungkin kerana saya sudah memberi penjelasan yang mendalam berkenaan kesalahan Najib.
“Berkenaan dia tunduk kepada kuasa asing, kes 1MDB dan sebagainya, semua ini membazirkan duit rakyat," katanya.
Mengulas lanjut, Mahathir berkata dalam pertemuan itu Abdul Hadi mengakui bahawa ada kebenaran yang telah dituturkannya itu.
"Inilah sebab perkara yang saya jelas kepada Hadi dan dia mengaku bahawa ada kebenaran.
"Tetapi akhirnya kerana dia sudah keseorangan, tidak ada kawan lagi dan sudah berpecah serta membenci Amanah, itu dia berjuang memihak kepada Najib. Perjuangan Pas ini adalah untuk membantu Najib," katanya. -SH
ULASAN GB
Seorang Naib Presiden PAS, Idris Ahmad namanya semalam membantah kenyataan Tun Dr Mahathir. Katanya Mahathirlah yang mengajar kroni-kroninya makan dedak dan bermula dari dia jugalah, pelbagai sistem ditukar bagi memastikan dia terus berkuasa.
Sebelum dari itu, beliau menjawab cabaran Rafizi Ramli di dalam isu jet peribadi Rosmah dengan menyatakan bahawa PAS juga boleh bercakap isu tersebut jika ada fakta.
Sekarang Idris menuduh TDM mengajar kroni-kroninya makan dedak iutu berfaktakah?
GB sudah ulas semalam, GB kata :
Nak harapkan PAS? Tanpa profesyenal dengan hanya kepimpinan ulamak orthodoks sahaja di dalamnya, taka apalah yang boleh diharapkan dari mereka. Yang mereka hanya nak perjuangkan hudud, itu pun seperti GB katakan sebelum ini, telah ditipu oleh UMNO berkali-kali.
Kerana nak membodek sangat UMNO untuk mendapatkan restu dan dedaknya, Muktamar PAS yang lepas pun terpaksa disarkaskan dengan memberi imej "UMNO" kepadanya dengan tema pahlawan Melayu.... Alangkah rendahnya harga dan maruah serta bangangnya mentaliti PAS sekarang ini...
GB amat yakin satu hari Putrajaya akan "halau" keluar mereka yang menghina dan menolak "perancang dan akitek sebenar" Putrajaya. Bagaimana mungkin anda hendak duduk di kerusi empuk di Putrajaya sedangkan orang yang mewujudkan Putrajaya itu anda hina dan tolak? Tidak mungkin Allah menyukai dan merestuinya.
Kedua, dari senario yang berlaku kini, ternyata Mahathir kini bersama dengan Pakatan Harapan sekalipun ada pihak yang menuduh AMANAH dan PH hanya memperkuatkan UMNO apabila berkerjasama dengan Mahathir.
Tetapi pihak yang menuduh itu terlupa bahawa Mahathir sudah tidak menjadi ahli UMNO.
Dan hukum kebenaran dan keadilan yang berjalan memberikan kita ruang untuk membuat telahan bahawa Pakatan Harapan sedang berjalan menuju ke Putrajaya untuk menggantikan Barisan Nasional dengan membawa sekali perancang dan akitek Putrajaya iaitu Tun Dr Mahathir.
Mengubahsuai kata-kata Napoleon selepas Waterloo pada 1821: "Able was I, I saw Putrajaya"!

Undi Termizi, tolak Najib, Tun M rayu pengundi Kuala Kangsar
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad merayu pengundi di Kuala Kangsar agar tidak memberikan undi kepada Barisan Nasional (BN) sebaliknya memilih calon Parti Amanah Negara (Amanah) Dr Ahmad Termizi Ramli yang menyokong Deklarasi Rakyat.
Beliau berkata, tindakan itu bagi membuktikan penolakan terhadap perdana menteri Datuk Seri Najib Razak atas segala salah laku dan penyalahgunaan wang negara yang dilakukannya.
"Dalam pilihan raya ini saya minta jangan undi BN kerana BN telah diperkosa oleh Najib.
"Undilah calon kita yang pada kali ini dari parti Amanah, yang penting adalah persoalan menolak Najib.
"Jangan membazir undi. Beri undi kepada calon yang menandatangani Deklarasi Rakya dan jangan beri satu undi pun kepada BN," katanya ketika berucap dalam forum Selamatkan Malaysia Bersama Deklarasi Rakyat di Taman Chandan Putri, Kuala Kangsar hari ini.
Beliau juga menyeru rakyat bukan sahaja memastikan BN kalah teruk tetapi hilang wang pertaruhan.
“Kita perlu menentukan Najib (BN) kalah seburuk-buruknya kalau boleh biar hilang deposit.
“Inilah yang saya pohon daripada pengundi Kuala Kangsar. Saya tak pernah buat sperti ini. Saya tak pernah rayu untuk mennetang BN tapi dalam pilihan raya kali ini kalau kit aberi undi kepada BN maknanya kita menyokong Najib,” katanya yang hadir bersama isteri Tun Dr Siti Asmah Ali.
Turut berucap di hadapan hampir seribu hadirin itu ialah calon Amanah Dr Ahmad Termizi Ramli, bekas Ketua Wanita Umno Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman dan Bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan. -MD
ULASAN GB
Seorang Naib Presiden PAS, Idris Ahmad namanya semalam membantah kenyataan Tun Dr Mahathir. Katanya Mahathirlah yang mengajar kroni-kroninya makan dedak dan bermula dari dia jugalah, pelbagai sistem ditukar bagi memastikan dia terus berkuasa.
Sebelum dari itu, beliau menjawab cabaran Rafizi Ramli di dalam isu jet peribadi Rosmah dengan menyatakan bahawa PAS juga boleh bercakap isu tersebut jika ada fakta.
Sekarang Idris menuduh TDM mengajar kroni-kroninya makan dedak iutu berfaktakah?
GB sudah ulas semalam, GB kata :
Sebenarnya GB bukanlah orang yang menyanjungi TDM. Malah pernah satu ketika dahulu? GB adalah penentangnya yang paling keras. Ingat mahazalim? Itu nama pena GB dan itu juga nama diberikan kepada Tun dahulu.
Tetapi sebagai manusia yang bertindak rasional, benci macamana sekalipun kita keatas Tun, kita tidak dapat menolak sumbangan Tun kepada pembangunan Malaysia.
Putrajaya yang Najib dan menteri-menterinya sedang duduk sekarang, Cyberjaya, PLUS, KLIA, Sepang Circuit, Petronas Twin Tower, KLCC... dan banyak lagi... itu semua dari Tun punya kepala hotak. Kita kena akur bab itu.
Sekirangnya negara perlu berhutang ketika itu, namun rakyat berpuashati dengan "hasil pulangan" yang mereka nikmati.
Berbanding dengan era selepasnya, Pak Lah dan Najib, apa yang mereka berdua tu ada selain dari menjahanamkan negara terutama Najib yang kita telah meletakkan Malaysia diambang kebangkrapan dengan pelbagai skandal khususnya 1MDB?
Nak harapkan PAS? Tanpa profesyenal dengan hanya kepimpinan ulamak orthodoks sahaja di dalamnya, taka apalah yang boleh diharapkan dari mereka. Yang mereka hanya nak perjuangkan hudud, itu pun seperti GB katakan sebelum ini, telah ditipu oleh UMNO berkali-kali.
Kerana nak membodek sangat UMNO untuk mendapatkan restu dan dedaknya, Muktamar PAS yang lepas pun terpaksa disarkaskan dengan memberi imej "UMNO" kepadanya dengan tema pahlawan Melayu.... Alangkah rendahnya harga dan maruah serta bangangnya mentaliti PAS sekarang ini...
GB amat yakin satu hari Putrajaya akan "halau" keluar mereka yang menghina dan menolak "perancang dan akitek sebenar" Putrajaya. Bagaimana mungkin anda hendak duduk di kerusi empuk di Putrajaya sedangkan orang yang mewujudkan Putrajaya itu anda hina dan tolak? Tidak mungkin Allah menyukai dan merestuinya.
Kedua, dari senario yang berlaku kini, ternyata Mahathir kini bersama dengan Pakatan Harapan sekalipun ada pihak yang menuduh AMANAH dan PH hanya memperkuatkan UMNO apabila berkerjasama dengan Mahathir.
Tetapi pihak yang menuduh itu terlupa bahawa Mahathir sudah tidak menjadi ahli UMNO.
Dan hukum kebenaran dan keadilan yang berjalan memberikan kita ruang untuk membuat telahan bahawa Pakatan Harapan sedang berjalan menuju ke Putrajaya untuk menggantikan Barisan Nasional dengan membawa sekali perancang dan akitek Putrajaya iaitu Tun Dr Mahathir.
Mengubahsuai kata-kata Napoleon selepas Waterloo pada 1821: "Able was I, I saw Putrajaya"!
15 ulasan:
Dendam kesumat tidak mengenal sesiapa, hatta ulama sekalipun. Sebab itu kita diajar untuk berlapang dada dan mengawal nafsu.. Rupanya selama ini yang memporak perandakan PR hanyalah dendam kesumat seorang bernama Abdul Hadi. Moga kita dijauhkan dari kesudahan yang buruk.
Saya menyokong penuh komen Greenboc. suatu ketika dulu sy cukup benci dgn "mahafiraun". TAPI jika dibandingkan dgn Najib, Tun 1000 kali lebih baik. Apa jasa Tun....apa jasa najib, cuba senaraikan.....
Salam:
Jika Mahathir sendiri dah jelaskan pada Hadi,rasuah Najib,hadi masih lagi bersedondon dgn najib.Maka jelaslah, PAS,sekarang hanyalah parti cari makan.
Mana mungkin Hadi,PAS nak buat hudud,sedangkan ingredient hudud seperti rasuah berlaku didepan mata,diambil sambil lewa.BAYANGKAN jika Najib bersama hudud Hadi,ditakdirkan terjadi di Malaysia.
Mahkamah apa yg akan mendakwa najib?,hakim yg bagaimana?4 orng saksi yg menerima dedak?sprm/polis yg berpilih2?
Bukankah Hadi/pas,akan mencemarkan kesucian agama islam itu sendiri?
Majority rakyat,tak kira muslim,non-muslim akan menganggap HUDUD,adalah suatu cara elite yg beragama islam dan sekutunya untuk MELEPASI,hukuman dakwaan RASUAH,Penyelewengan duit rakyat,pembaziran yg tak sudah-sudah.Penipuan yg berterusan.
Memang benarlah Hadi menerima DEDAK:Mungkin dedak yg diberi oleh najib bukan berbentuk million2 cash,TETAPI Berbentuk:
Pertama:Hadi diberi KESENANGAN/BEBAS,menguna MEDIA PERDANA UMNO.
Kedua:Tawaran berbentuk jawatan pada pemimpin2 PAS,seperti Haron dan Nasha.
Ketiga:Hadi tidak diekori sb,tiada ada penjara untuknya.
Keempat:Bantuan najib pada pusat2 tahfiz PAS,SELURUH NEGARA.
Kelima:"I scratch your back,you scratch my back",contohnya,jika haron/hadi tidak bising2 tentang 1MDB,Najib dgn segala sukacitanya TAK mengarahkan SPRM menyiasat kes balak kelantan,walaupun reportnya sudah dihantar pada sprm beberapa bulan yg lalu.Bayangkan jika LGE jadi MB kelantan sekarang ni,tentu sahaja kes balak akan disiasat,sehingga ada ulang-tayang lagi.
Ke-enam:TERLALU JELAS sekarang PAS,dibawah hADI/hARON,Mengunakan hudud,semata-mata untuk mendapatkan citacita dunia.TIADA kaitan langsung dgn ajaran yg ditunjukkan oleh Rasulallah saw.Mengunakan agama,untuk survival politik dan untuk cari makan untuk dirinya,sahabat handai,saudara maranya dan pemimpin2 yg sewaktu dengannya.
Walah'ualam.
Kih kih kih..
Dalam pas ularrrmak ortodoks.. Serban belit 1000 dan rejam batu
Kekpala org setiap hari kerat tangan sula buntut mcm manusia primitif...
Dalam otak ularrmak ortodoks nak menghukum jer kerja sedangkan hya Allah yg berhak menghukum ciptaanya.. Mcmna Pakistan sudan tak mundur... Kerja dia nak mati syihad letupkan org di masjid.
Pak lebai kata jihad jihad jihad bunuh peminum arak alkafirun tapi biarkan bebas Muslim yg curi duit 1mdobi...
Konfius...dah umat islam dgn ajaran sesat PIS
Bila dah termakan dedak ..hati dan otak jd busyuk
Mat sabu tak mkn satu sudu dedak pun dr DAP rahimullah.. Cuma DAP yg termakan keindahan alhlak dan keimanan yg di tunjukkan profesional dan para alim dari party amanah..
Tinggalkanlah PIS sementara masih ada peluang. Jgn bila PIS dah tiada kerusi parlimen nak cari mat sabu...
Ahli PIS jgn terpedaya dgn amalan khurafat ayoh hadi pin Marang! Pemakan dedak hidangan duit 1mdobi
Sekarang saya tak tahu apa pendirian mereka tetapi jika mereka masih fikir mahukan perubahan kerajaan, saya nasihatkan supata tak payahlah balik mengundi.
“Sebab menang atau kalah, kerajaan BN tetap tidak akan berubah malah tida memberi apa-apa kesan pun,” kata Ahmad Maslan
PAS dah kena kencing..... 60 tahun berpolitik.... satu hasil pun tadak. Sekarang Presideng Bawang punya pasal PAS dah hancur lebur..... Selagi Bawang di situ PAS akan tenggelam ....
Lain tindak balasnya bila kena tuduh orang makan rasuah dengan orang makan dedak.
Orang makan rasuah dia macam tak kisah dan adakalanya berani menunjuk-nunjuk. Lagi banyak lagi berpengaruh. Tapi orang yang makan dedak, malu-malu dan cepat menempelak pada orang yang kata dia diberi dedak. Yang selalu beri orang dedak ialah orang yang rasuah. Agak nya itu sebab nya orang tak suka dikatakan diberi makan dedak. Malu wehh. Biarlah rasuah, ada kelas gitu !!
Tebang balak bukan dedak. Jadi tak kisah apa pun tanggapan orang, lantaklah. Tapi apabila dikaitkan dengan terima dedak yang nilai nya sama dengan duit balak, kejap-kejap itu di nafikan.
Jika betul Mahathir yang mengajar, siapa pula yang mengajar beri dedak pada ketika ini? Bukankah Najib orang nya?
Abduh pula mengaku PIS sekarang rapat dan mahu mengenali UMNO. Satu bercakap dah kenal UMNO yang berketuakan taukeh dedak yang dulu sebelum jadi PM pun makan dedak. Sekarang dah jadi PM dia sendiri yang menabur dedak. Orang ini lah yang dirapati oleh Hadi. Mana mungkin dia (Hadi) hari-hari hanya menenguk taburan dedak di depan mata dia. Ini yang dimaksudkan oleh Mahathir, Hadi hanya nampak dedak... orang memberi penjelasan pasal 1MDB yang dia nampak dedak. Susah lah kalau faham pun lain jalan yang dia ambil.
Oleh kerana Hadi hanya nampak dedak, kita minta Idris beri fakta yang Hadi tak nampak dedak seperti yang Mahathir katakan. Ingat... apa yang PIS dapat sekarang dulu PAS tak dapat...
Abduh pulak macam tak kenal langsung pada UMNO. Lagi teruk. Itu anak Tuan Guru kita yang kita kasihi. Yang tak boleh terima UMNO dan bagi peluang lagi pada UMNO sampai bila-bila pun. Setakat ini sejauh mana yang Abduh kenal UMNO sehingga tertarik untuk merapati parti tersebut?
Kalau dah sampai tahap macam ini, tak dapat rasa naik jet macam Rosmah, tak berbaloi lah potong pulut dengan keris.
Wahai orng 2 yg beriman bertaqwa lah . Pelihara lah lidah2 kamu.
Mengikut ceritanya Hj Hadi mengaku Mahathir telah berjumpa dengannya. Bagi Hj Hadi tak guna. menentang individu tetapi sebaliknya menentang pendekatan konsep dan dasar. Kalau orang diubah tetapi dasar dan pendekatannya sama, tiada apa-apa yang berubah.
Boleh kah dengan cara PIS lakukan sekarang mengubah konsep dan dasar UMNO?
Bertahun-tahun konsep dan dasar PAS telah menjadikan PAS semakin kukuh dan tidak pernah berubah. Tetapi apabila Hj Hadi yang berkuasa penuh tindakan Hj Hadi telah menukar hala dan arah PAS. Konsep dan dasar PAS tidak berubah walaupun PIS telah beberapa kali buat pusingan U. Rata-rata yang menyokong AMANAH tidak menolak atau menyalahkan parti tetapi gelagat pemimpin PIS lah yang buat penyokong menjauhkan diri dari parti.
Yang berubah perangai dan pendirian Hj Hadi sedangkan konsep dan dasar PAS tetap tidak berubah walaupun sekarang PIS guna pakaian lengkap seperti pahlawan.
Curi lah balak berlori-lori, ia nya tidak akan mengubah konsep dan dasar PAS. Dan mana salahnya konsep dan dasar UMNO yang memperjuangkan melayu dan Raja yang kini diterima oleh Abduh boleh disatukan melalui pembentangan RUU ?
MAS rugi bankrap, apakah perubahan pada dasar bisness nya yang di dahulukan?
Dan tidak ada mana-mana dasar yang di bentuk untuk merugikan sesebuah organisasi. Bahkan UMNO menjaga Islam lebih baik dari PIS yang jaga Islam. UMNO menguna mufti dan agamawan untuk membolehkan apa yang tidak pernah di bolehkan, setakat itu sahaja dan beza nya dengan Dewan Ulamak ialah Dewan Ulamak membenarkan sistem cai dalam pemilihan pemimpin, malah terlibat secara langsung.
Dalam memainkan peranan sebagai parti politik, PIS bukan sahaja tidak bercakap mengenai GST, 1MDB dan pembaziran lawatan Rosmah dengan jet malah langsung tidak kedengaran PIS bercakap apa-apa mengenai konsep dan dasar UMNO.
Begitu juga dengan amanat Hj Hadi sendiri yang tidak berubah tetapi Hj Hadi sendiri telah mengengkarinya.
Wallahualam.
Ayuh tolak pas dan umno prk ni sbg pelajaran dan gambaran next pru..pembangkang pula kena lah bersatu.skrg nampak Amanah ok,dap jg ok, hok yg pkr ni la pulak berkecamuk dgn kelatah Azmin nk merajuk bagai.kami rakyat Malaysia xnkla org hidung belang mcm Azmin ni,segerah berubah,jika tidak next pru nt kami tolak Azmin sekali..
Dalam kempen manarik perhatian pengundi, terutama sekali ahli2 PAS, Amanah patut lebih mengunakan video Tok Guru Nik Aziz, dimana dia mengingatkan ahli PAS supaya tidak di tipu oleh UMNO kali kedua.
Ahli-ahli PAS patut di nasihati supaya apa yang Tok Guru Nik Aziz berjuang bermati-matian supaya PAS tidak terperangkap oleh tipu helah UMNO, tidak diulangi.
Suka dgn ungkapan olamak orthodoks @ olamak lapuk dan tolol...mereka2 ini yg akan nenjadi bahan bakar api neraka kelak.
Ayoh ping hadi sedar dak mkn dedak serupa makan babi sbb = haram.
Org kualee..tolong sikit.. tolong htr mesej kat najib...
Semoga Allah memberi kesihatan kpd Tun M..dan kemenangan kpd PH..
Catat Ulasan