Pas dapat nikmat dan dedak daripda Najib, dakwa Tun M
Pas kini berseorangan setelah meninggalkan Pakatan Rakyat sanggup mendokong perbuatan salah seorang pemimpin negara, semata-mata mahu mendapatkan sokongan peribadi daripada Datuk Seri Mohd Najib Razak.
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, untuk mendapatkan sokongan Najib, parti Islam itu katanya, mendokong perbuatan salah yang dilakukan Najib dan pemimin Umno selama ini.
“Pas ini berseorangan dengan DAP setelah berpisah secara tidak langsung dari Pakatan Rakyat.
“Pas mahu mendapat sokongan Najib khususnya dan tidak akan serang Najib dan akan dokong segala perbuatan salahnya.
“Sebagai parti yang tiada sokongan lagi, agar dapat bantuan daripada Najib dalam bentuk apa saya tak tahu lah.
“Pas tinggal separuh sahaja, separuh daripada Pas sudah berpindah ke parti lain dan tidak percaya kepada kepimpinan Hadi (Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang) lagi.
“Hadi pula cuba menyelamatkan Umno khususnya Najib kerana dapat banyak nikmat dan terima dedak dari Najib
“Saya ingat eloklah orang yang sama fikiran dan setuJu dengan rampasan wang negara oleh Najib juga harus disaman,” ujarnya dalam sidang media diadakan pada majlis Kolokium Persidangan Khas 1MDB sempena kempen calon Pakatan Harapan di Dewan Restoran Hao Xiang Chi, Sekinchan pagi ini.
Tun Mahathir sebelum itu telah menyampaikan ucaptamanya mengenai kemelut 1MDB membabitkan Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Razak.
Ditanya media mengenai tujuannya datang berkempen di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Tun berkata, tujuannya semata-mata untuk menjelaskan kepada pengundi bahawa rakyat benci kepada Najib dan isterinya Rosmah kerana mereka banyak melakukan pembaziran.
Bercakap mengenai Rang Undang-Undang Akta 355 pula Tun Mahathir menegaskan hukum hudud yang ingin dibawa Pas itu bukan hukum hudud Islam yang sebenar.
“Pas itu bukan hukum hudud itu adalah hudud pas.
“Hudud Pas bertentangan dalam Islam. Dalam Islam diutamakan keadilan apabila menghukum mestilah dengan adil. Hudud Pas mengasingkan orang Islam bukan Islam.
“Orang Islam mencuri potong tangan orang bukan Islam mencuri kena jail (penjara). Mereka nak menipu orang bukan Islam.
“Lagipun di Malaysia terdapat 40 peratus orang bukan Islam sebab itu hukum hudud tidak boleh dilaksanakan dengan adil,” dakwanya menjawab soalan media.
Beliau juga diajukan pertanyaan sekiranya Perdana Menteri meletakkan jawatan sebelum pilihan raya umum ke 14 kelak siapakah yang mungkin akan dipilih untuk menjadi Perdana Menteri.
Kata Tun Mahathir lagi, negara akan kembali menjadi sebuah negara yang demokratik pada ketika itu sekiranya Najib meletakkan jawatan.
Pada ketika itu lebih demokratik. Akan ada pendapat berbeza antara kita, bebas menyertai mana-mana parti, mereka suka apabila kita kembali kepada proses demokrasi.
“Kita berhak memilih pemimpin yang bukan seperti Najib ini harapan kita.
“Saya tidak janji siapa yang akan jadi pemimpin selepas ini hanya boleh diteruskan jika najib tidak ada dalam kerajaan. Terpulang kepada rakyat.” ujarnya.
Majlis yang diadakan di Dewan Restoran hao Xiang Chi di sekinchan ini dihadiri lebih kurang 1,000 pengundi dan penyokong Pakatan Harapan dan Deklarasi Rakyat..
Esok Tun Mahathir dan beberapa lagi tokoh penyokong Deklarasi Rakyat akan mengadakan majlis sama dijangka diadakan di Dewan Chun Ji Restaurant, Taman Suria Kuala Kangsar. -MD
ULASAN GB
Teringat dulu PAS cuba untuk "memikat" Tun Mahathir. Dihantarnya borang PAS kepada Tun Mahathir.
Terjawablah sudah secara tegas hari ini. Tun Mahathir tolak PAS tetapi sebaliknya menerima AMANAH walaupun AMANAH tidak pernah hantar borang kepada Tun Mahathir.
Sebenarnya GB bukanlah orang yang menyanjungi TDM. Malah pernah satu ketika dahulu? GB adalah penentangnya yang paling keras. Ingat mahazalim? Itu nama pena GB dan itu juga nama diberikan kepada Tun dahulu.
Tetapi sebagai manusia yang bertindak rasional, benci macamana sekalipun kita keatas Tun, kita tidak dapat menolak sumbangan Tun kepada pembangunan Malaysia.
Putrajaya yang Najib dan menteri-menterinya sedang duduk sekarang, Cyberjaya, PLUS, KLIA, Sepang Circuit, Petronas Twin Tower, KLCC... dan banyak lagi... itu semua dari Tun punya kepala hotak. Kita kena akur bab itu.
Kalau dibandingkan dengan era selepasnya, Pak Lah dan Najib, apa yang mereka berdua tu ada selain dari menjahanamkan negara terutama Najib yang kita telah meletakkan Malaysia diambang kebangkrapan dengan pelbagai skandal khususnya 1MDB?
Mengenai PAS yang Mahathir dakwa mendapat nikmat dan makan dedak dari Najib, ia sesuatu yang sukar dinafikan. Walaupun ditolak oleh beberapa pimpinan dan ahli bawahan PAS, namun hukum kebenaran dan keadilan mendedahkan hubungan intim PAS-UMNO sudah sampai ke peringkat "maksima".
Najib tahu survival UMNO kini hanya bergantung kepada PAS.
Dan PAS di era ulama dibawah kepimpinan Haji Hadi telah mengambil jalan "menggadaikan" prinsip perjuangan PAS untuk berbaik dengan UMNO yang dahulu dikafirkannya apabila mendakwa UMNO tak seburuk Firaun.
Malah Mursyidul Am PAS, Haron Din yang pernah satu ketika cuba untuk mewujudkan kerajaan campuran (UG) di Perak, membela Najib dengan katanya:
Perjuangan PAS sudah jauh kesasar. Perjuangan PAS telah hancur musnah selepas era TG Nik Aziz. Dimusnahkan oleh so-called geng ulamak yang cintakan dunia dan dan mabuk dedak. Perjuangan hudud hanya menjadi alasan untuk menutup kelemahan pemimpin PAS yang lansung tidak ada agenda perjuangan untuk rakyat masakini. Malah di dalam memperjuangkan hudud itu pun PAS telah diperbodohkan oleh UMNO berkali-kali.
Mahathir yang duduk luar tu pun nampak, apatah lagi ahli-ahli AMANAH yang ada diantaranya sudah berpuluh tahun duduk di dalam PAS.
Justeru itu hanya Pakatan Harapan parti masa depan rakyat Malaysia untuk menggantikan Barisan Nasional. DAP, AMANAH dan Keadilan sebagai komponen-komponennya sedang maju bergerak ke hadapan bagi merealisasikan impian rakyat Malaysia dengan SELAMATKAN MALAYSIA!

Mahathir isytihar sokong calon HARAPAN
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengisytiharkan sokongannya kepada Parti Amanah Negara dalam pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar, Azhar Abdul Shukur.
Ia selepas Azhar menandatangani Deklarasi Rakyat hari ini untuk menyokong gesaan pengunduran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Sambil menegaskan bahawa beliau bukan lagi ahli mana-mana parti, Dr Mahathir berkata beliau berada di situ sebagai seorang warganegara yang prihatin.
Kerana sebab itu, tambahnya, beliau datang untuk menyokong ahli AMANAH yang menandatangani Deklarasi Rakyat untuk menyingkirkan Najib.
Beliau menegaskan demikian dalam ucaptamanya di forum anjura DAP mengenai 1MDB dan skandal RM2.6 bilion di Sekincan -mk
ULASAN GB
Teringat dulu PAS cuba untuk "memikat" Tun Mahathir. Dihantarnya borang PAS kepada Tun Mahathir.
Terjawablah sudah secara tegas hari ini. Tun Mahathir tolak PAS tetapi sebaliknya menerima AMANAH walaupun AMANAH tidak pernah hantar borang kepada Tun Mahathir.
Sebenarnya GB bukanlah orang yang menyanjungi TDM. Malah pernah satu ketika dahulu? GB adalah penentangnya yang paling keras. Ingat mahazalim? Itu nama pena GB dan itu juga nama diberikan kepada Tun dahulu.
Tetapi sebagai manusia yang bertindak rasional, benci macamana sekalipun kita keatas Tun, kita tidak dapat menolak sumbangan Tun kepada pembangunan Malaysia.
Putrajaya yang Najib dan menteri-menterinya sedang duduk sekarang, Cyberjaya, PLUS, KLIA, Sepang Circuit, Petronas Twin Tower, KLCC... dan banyak lagi... itu semua dari Tun punya kepala hotak. Kita kena akur bab itu.
Kalau dibandingkan dengan era selepasnya, Pak Lah dan Najib, apa yang mereka berdua tu ada selain dari menjahanamkan negara terutama Najib yang kita telah meletakkan Malaysia diambang kebangkrapan dengan pelbagai skandal khususnya 1MDB?
Mengenai PAS yang Mahathir dakwa mendapat nikmat dan makan dedak dari Najib, ia sesuatu yang sukar dinafikan. Walaupun ditolak oleh beberapa pimpinan dan ahli bawahan PAS, namun hukum kebenaran dan keadilan mendedahkan hubungan intim PAS-UMNO sudah sampai ke peringkat "maksima".
Najib tahu survival UMNO kini hanya bergantung kepada PAS.
Dan PAS di era ulama dibawah kepimpinan Haji Hadi telah mengambil jalan "menggadaikan" prinsip perjuangan PAS untuk berbaik dengan UMNO yang dahulu dikafirkannya apabila mendakwa UMNO tak seburuk Firaun.
Malah Mursyidul Am PAS, Haron Din yang pernah satu ketika cuba untuk mewujudkan kerajaan campuran (UG) di Perak, membela Najib dengan katanya:
Perjuangan PAS sudah jauh kesasar. Perjuangan PAS telah hancur musnah selepas era TG Nik Aziz. Dimusnahkan oleh so-called geng ulamak yang cintakan dunia dan dan mabuk dedak. Perjuangan hudud hanya menjadi alasan untuk menutup kelemahan pemimpin PAS yang lansung tidak ada agenda perjuangan untuk rakyat masakini. Malah di dalam memperjuangkan hudud itu pun PAS telah diperbodohkan oleh UMNO berkali-kali.
Mahathir yang duduk luar tu pun nampak, apatah lagi ahli-ahli AMANAH yang ada diantaranya sudah berpuluh tahun duduk di dalam PAS.
Justeru itu hanya Pakatan Harapan parti masa depan rakyat Malaysia untuk menggantikan Barisan Nasional. DAP, AMANAH dan Keadilan sebagai komponen-komponennya sedang maju bergerak ke hadapan bagi merealisasikan impian rakyat Malaysia dengan SELAMATKAN MALAYSIA!
33 ulasan:
Siratol MUSTAQIM...Lurus Ber AMANAH
AMANAH yg Teguh...Ber Sinar Ber CAHAYA
CAHAYA Menyuloh...PenCURI = Perasuah
Menyuloh Onar...Pem FITNAH Pendusta
Menyuloh Menerangi...PUNCA Masaalah
Yg Men CURI Mem FITNAH...Itulah PUNCA Nya!
Men CURI Itu...Luas TAFSIRAN Nya
Harta yg Di Ambil...Tanpa Kerelaan
Harta Yg Di Songlap = TIRIS Di Sengaja
Projek Di Mark-UP...Rakyat Di Bebankan
Tender Ter TUTUP = Rakyat BUTA Tak Tau APA
HUTANG Di Timbun...Rakyat Jadi HAMBA
Beratus2 Biliyun...Di PAKSA Membayarnya
RAKYAT Di Timpa...BALA Derita
Ber ZINA Itu Pun...Men CURI Juga
Men CURI 'HAQ'...Ke LUHURAN Yg'ESA
Men CURI Maruah...Individu dan KELUARGA
Men CURI Susila...Syak-Wasangka pun Ber Leluasa
Lesen2 JUDI Halal...Pun Men CURI juga
Men CURI Batasan...Hukuman Yg'ESA
Men CURI Kewarasan...Yg Tamak dan Terpedeya
Akibatnya MUFLIS...Lesu Kecewa
Keluarga Berantakan...Anak2 Jd Mangsanya
FITNAH pilkuda Itu...Pun Men-CURI Juga
Men-CURI Kesucian...Batas-Hukum-"NYA"
Men-CURI "KBNARAN"...Rakyat pun Di DUSTA
Men-CURI Kemenangan...Agar BN Terus Ber KUASA
Akhirnya Sedondon Men-CURI...Dgn Se Lahap2nya
Dan FITNAH Itulah...IBU Men-CURI yg Sebejat2 CILAKAnya!!
Wahai Sahabat...AMANAH Budiman
Jgn lah Sesekali...Jadi Pen CURI
Pen CURI Itu...Di Murkai TUHAN
Jd lah Pengaseh...Yg Kaseh Mem-BERI
Yg Kaseh Mem-BERI...Cinta dan HARAPAN
Yg Kaseh Mem-BERI...Sumbangan dan BAKTI
Yg Kaseh Mem-BERI...TAK Mintak Di Puji
Semoga Ber GANDA2...Di LIMPAHI dan DiRahmati
Salam:
Amanah bersama X-PM YG NAK MEMPERBAIKI negara,Manakala pas bersama PM pemberi dedak.
X-PM:MENYESALI PERBUATAN YG LAMPAU,CUBA NAK MEMPERBAIKI,MANAKALA NAJIB TAK SERIKSERIK,AKAN BUAT LAGI DAN LAGI..TAK NAMPAK AKAN BERTAUBAT.
Parti agama memilih PM yg memberi dedak,dan mengekalkan perbuatan yg rasuah,SEBAB NAK SENANGG,TAK NAK SUSAH.Amanah berkawan dgn x-pm,yg takada kuasa,cuma mahu dapat pengaruh rakyat sahaja untuk kebaikkan.
Semoga berjaya...
Cinta dunia, Takut mati.
Mulai hari ini aku nak panggil parti sarkas sebagai PIS,parti islam semalaysia..
Pas pis pus,skit hari mampus
Tiada apa yg boleh dihormati dlm pis lg.
Yg tinggal hanya ketua lebai sarkas dan walaun tolol
Ya Allah berilah kemenangan kepada kedua2 calon PH @ AMANAH dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar ini
PAS DAH JADI PARTI MAKAN DEDAK.... PARTI CAP AYAM ITIK.....
HUDUD PAS NI HUDUD AUTA .... HUDUD POLITIK. HUDUD ISLAM BERBEZA SEPERTI KATA TUN MAHATHIR YANG KITA SAYANGI...
Istiqomah PAS mula goyah semasa rampasan kuasa di Perak dan cobaan menjatuhkan kerajaan PR di Selangor.
Sebelum ini PAS di dera dan di sakiti oleh UMNO sehingga pemimpin PAS yang begitu keciwa dengan nasib PAS mengeluarkan amanat.
Walaupun di zalimi dengan menarik royalti minyak dan peruntukan negeri yang di kurangkan, PAS tetap istiqomah dan terus istiqomah...
Mustahil mereka yang memimpin PAS mengadai apa yang di miliki oleh PAS secara bertolak ansur tanpa apa-apa pembuka selera.
Mahathir pakar dalam hal ini kerana Najib belajar dari Mahathir. Apabila PAS menjadi sasaran Mahathir, bukan PAS yang keluarkan kenyataan sebaliknya pemimpin UMNO yang mensasarkan serangan pada Mahathir.
Mahathir kenal PAS sebab itu Mahathir kata PAS telah diberi dedak. Adakah pemimpin hulamak pernah menerima dedak semasa Mahathir?
PAS, tolong nafikan. Jika perlu bersumpah, bersumpah lah.
Kpd Anon 10:34PTG..
Peribahasa Melayu ada menyebut..
"Sekilas pandang ikan di air.."
Klu dah kaki belit maki putar U-Turn PONTENG dan sggup memFITNAH pilkuda..
Ciri2 diatas itu adalah ciri2 TERANG penyonglap RASUAH @ penCURI!
Dah ramai dah lobay2 hostad2 & Imam2 ler nih yg dah sedondon mnjd penCURI!
Tak yah lg mintak penCURI2 itu bersumpah, biarkan dorang terus menCURI!
Klu terserempak muka dorang, berdoa'lah dlm hati smoga Allah jauhkan kita drp mrk agar terhindar drp "niat" tabiat yg suka menyamar warak walhal mrk lah sjahat2 sbejat2 penCURI!
Org2 muda suma tau dah perangai pas.mana ada warga muda sokong pas, kalau ada pun segelintir kecil yg ada kepentingan atau saudara mara pemimpin pas tpakse la sokong.yg tua2 gigit mee xputuih ja skrg ni yg sokong pas.cth mudah kat tempat keja aku la ni sekoq dua ja masih sokong pas,yg lain semua beralih ke pan atau Amanah. Mmg ramai yg sokong Amanah.xcaya nt kita lihat prk nih brp undi yg pas dan Amanah blh dpt.firasat aku umno menang sbb undi bpecah tp kita blh lihat mana satu paling tinggi undi antara Amanah dan pas.
Terbaik tun mahathir..
Aku ingat lagi zaman kemuncak tun m. Selalu tun m dendangkan hudud yg pas bawa hudud visi pas.. kita yg tak tahu apa butir2 hudud pas masa tu.. terasa marah pada tun m. Sekarang apa yg tun m dendangkan tu rupanya satu kenyataan skg ini. Dgn hudud pas tinggalkan kekwn..lahir amanah..gelaran2 yg keluar dr mulut ulamak..sebenarnya apa yg pas buat kini tak masuk akal..hanya selangkah lagi utk menikmati manisnya apa itu pengorbanan.. tapi puak2 lebai tak sabar.. berpaling..agaknya ķalau puak2 lebai ni hidup zaman nabi muhamad..tak tahan kena tekanan dan seksaan puak qureis.. dah berpaling. Aku panas hati bila naib presiden pas.. ulas pendedahan rafizi kes sewa k/terbang. boleh dia minta pd rafizi fakta2 kesalahan sewa k/terbang tu.. baru dia hendak nasihatkan umno.. apa ke bangang naib presiden pas tu..
Ana setuju dgn GB
Kami pernah mendoakan Tun jahanam sehingga ke lubang neraka dan alhamdulilah Allah makbul doa kami
Dan bodohnya ahli strategi Najib cari gaduh dgn tun. Itu yg kami mahu...
Otak tun memang cerdik tapi telalu cedik sampai pecaya Anwar main jubur ...
Doa kami d bulan Ramadan. Ya rabbi kau bangkrapkan pas pada pru14 hingga 2kerusi dan kerajaan pas Kelantan tumbang
Biar ayoh hadi pin jadi dungu dan bahlol candat sotong di pinggir oleh semua ahli pas
Ya rabb tlg cerdik kan sikit Nik abudoh yg kami swbut bodoh hampir 10 000 x dah.... Kesian tgok dia makin bodoh dan dunggu
Ya rabb kembali Anwar kpd kami jgn matikannya d penjara sg buloh
Jahanamkan pas hingga lunyai
Terlalu mempromosikan pas=umno memberi kelebihan kpd pas kerana kebanyakan pengundi atas pagar yg mesra umno sebelum ini akan merasa selesa utk undi pas kali ni..so, hrp kita fikirkan jugak dari sudut ini. Termasuk mnggunakan TM dlm kempen PH akan mnjauhkan undi kbnyakan penyokong PH yg masih ada mahathirfobia.
Sebenarnya baik pas dapat undi melayu unmo. Dengan ni pas Akan dapat 25% undi melayu + 3% lain = 28%. Unmo dapat 25% undi melayu dan 10% lain lain = 35%, AMANAH dapat 12% under melayu dan 25% lain lain = 37%. Boleh menang
hidup tunM!! hidup tunM!! aku sokong tunM dulu kini dan sampai mampuih..janji hamno kiok x leh bangun aje lps ini..bravoo..matikutu..
Pernah tak dengar orang kata lagi besar serban lagi tinggi (keimanan) seseorang, lagi kuat setan yang menghasut dan memperdaya orang itu untuk sesat.
Pangkat setan UMNO berpangkat sarjan tak beruniform dan pendek-pendek. Dan pangkat setan PAS beruniform dan lebih tinggi dari UMNO iaitu dari kalangan jeneral.
Kalau UMNO zalim... PAS lebih zalim.
Kalau UMNO menipu... PAS lagi dahsyat menipu.
UMNO tak buat untuk akhirat tetapi PAS dengan tipu daya tuan jeneral telah mengaburkan hati mereka seolah-olah apa yang mereka buat adalah untuk kesejahteraan akhirat. ( mengguna agama).
PAS ada dua wajah. Yang depan bertopeng kan 'alim' yang belakang bertopengkan setan sedang tersenyum.
Awas dan berhati-hati lah orang begini. Kita, ramai yang terkena ialah yang dah nak masuk kilauan emas sebab masa muda kita percaya pada serban dan jubah (konon berilmu kan?) Kita tak salah sebab kita muda... menyesal, menyesal jugak. Tetapi anak-anak muda, anak kita ingatkan lah mereka jangan sangat memandang tinggi pada orang yang berserban. Ala-ala kadar cukup lah.
Pada Allah lah kita minta petunjuk, bukan orang yang mengaji tinggi tetapi hatinya berlembut dengan setan.
Wallahualam.
ps. Kalau dulu orang cakap macam ini aku lah yang akan bantah. Jangan kan yang dah tua, budak yang pandai mengaji Quran pun aku takut (maksud nya hormat lah).
Duit belanja untuk Rosmah boleh bayar hutang negara dan untuk membantu pelajar-pelajar. Rakyat dikenakan GST dan bermacam-macam cukai manakala harga barang semakin naik, hanya untuk keluar negara kita kena belanja berjuta.
Naib Presiden sebenarnya bukannya nak fakta. Sepertimana UMNO macam itu lah PAS. Kalau UMNO dia akan kata yang Rafizi cemburu dan iri hati. Bukan ada salah apa-apa.
Dengan duit tersebut, dalam masa 3 bulan jembatan manong boleh di siapkan. Buat jembatan, buat sekolah, buat hospital, kena kertas kerja bagai... tapi untuk 28 juta boleh lulus dalam... mungkin dua bulan...
Orang PAS masih "percaya" kan Allah lagi tak?
Pengakuan bahawa Zaharin menerima 500k dan dikredit terus ke dlm akaun peribadinya di Ambank telah dilafazkan sendiri oleh mulut Zaharin dlm satu RUANG BICARA TV BERNAMA CH 502.
Saya dpt rm500k dari dana 2.6b Najib. Dato Sharir Samad dpt rm1 juta. 15 pimpinan PAS saya tk tahu dpt berapa dan untuk apa??? - Zaharin
Teringat dengan kata kata Dr. mahathir: Katanya, selepas melepaskan jawatan PM, mahu tumpukan kepada urusan agama maksudnya beramal ibadat, tapi kini tak pernah berhenti pun dari politik, Teringat jugak betapa kejam nya dia sebagai PM, menuduh, memfitnah...tak boleh lupa...!! Mana mungkin dia tak suka Dato Najib tapi di kanan nya adalah Umno..so apa makna nak berkolaborasi dengan ex PM ini??? Jangan masuk lubang ular buat sekian kali nya....sekian. Terima kasih.
Aminnnnnnnnn ya rabbal alamin terutama anwar kembali kan pada rakyat
Insyaallah Amanah buleh memang walaupun harapan tipis
Org2 yg seroban tobal ni kebanyokan nya sombong.xsemua la tp kebanyokan mcmtu,sama la yg berpurdah labuh bagai,cuba anda tegur mrk pasti mereka sound anda balik anda siapa mau tegur ana,ana punya serban lg tebal lah..ego bongkak melalui pekaian padahal ilmu xla smpi mana pun pandai haid nifas jer.inilah symptom org melayu sekarang tp xla semua. Yg baguih2 tu ada la tp xla ramai.yg lain suma mcm hampeh kalo xcaya anda try tegur mrk tu sbb hadi xpnh terima teguran sesiapa sbb pcaya dia lg mulia serban Jubah tebal..padahal allah xpandang pakaian tu kalau akhlak buruk mencaci maki setiap masa.yg penting dcc akhlak yg mulia biarpun pakai t-shirt kusam
Confirm lps PRK ni PAS dan PAN gigit jari. Pembangkang yg tak boleh harap... bosan dibuatnya. Harapan tinggal harapan melainkan pembangkang bersatu.
ULAMAK DAH JADI ULARMAK.... DOK TIPU RAKYAT. depa ni guna agama untuk mencari makan sambil menipu rakyat...
Ada yang berserban ke luar negeri, tinggal kat hotel. tonton filen lucah, enggan membayar....balik ke tanahair cakap agama..... boleh caya ke ULARmak macam ni?
ULAR2 macam ni wajib ditolak rakyat... depa ni bisa sangat... boleh patut kita semua....
HIDUP TUN
Ya teringat juga amanat hadi tp apa dah jadi dgn amanat hadi skrg?ya dlu tun mmg kejam tp dulu masa dia jd pm skrg dia bukan pm dah,bak kata matsabu,buat apa kita lawan org pencen.yg nak kita lawan yg tengah melakukan kekejaman skrg ni.Selamatkan Malaysia sebelum Malaysia xdapat diSelamatkan.sekian..Terima Kasih
Saya baca komen dlm blog pro PH ni tak mncerminkan halatuju AMANAH yg sebenarnya sbg parti Islam yg menggantikn Pas dlm pakatan. Sepatutnya kita lebih berakhlak & bukan mngamalkan budaya maki hamun & mencarut serta mendoakan kecelakaan org lain. Itu dilarang dlm Islam. Saya juga tak setuju PH berbaik dgn mahathir sama mcm pas berbaik dgn umno.
Itu lah, sekiranya Najib tak seteruk ini, pasti Mahathir menghabiskan baki umurnya dengan hal-hal agama. Jika Najib tumbang kita dapat pahala kerana tak secara langsung kita memberi masa kepada Mahathir untuk tumpu pada hal-hal agama.
Semasa Mahathir kejam dan fitnah, Mahathir berkuasa.
Jadi ular yang dalam lubang adalah ular yang sudah tidak ada racun bisa. Tapi ular ini boleh di gunakan untuk menakutkan orang lain.
Semuga puasa kita di bermati Allah. Amin
Pakar dedak @ pencuri adalah Madey
Madey adalah sifu dedak sgl dedak atau curi sgl curi
Anak2 didek Madey trmasuk Jibgor belajar curi dedak drp sifu No.1 ini
Pus Pas Pis pun mula kena penyakit curi dedak wktu zizan razak jd mb kedah
Wktu zizan jd mb dia cukup intim dgn Madey sehinggalah kedua2 kakinya dihudud di hospital t.hari..begitulah karma curi dedak smakin terang!?
Apb dedak curi yg Jibgor beri lebih lumayan..lebai hostad pilkuda pun seolah2 lupa jasa Madey yg mengajar cara2 curi dedak wktu mula2 kat kedah dulu tu
Sbg sifu curi dedak sgl rahsia dedak curi ada kat kocek Madey
Sbb itu rahsia dedak curi dan curi dedak silebai hostad pilkuda dan arong jing takley sorok..dedak curi dua ekor ular nih ada kat genggaman Madey!
Madey dan Jibgor gaduh pun sbb dedak, sbb Jibgor sapu semua dedak curi dan tak nak kongsi sama banyak dedak lg dgn Madey, apa lg naik hangin ler!
Dulu Madey ingat dia nak bolot semua syarikat minyak
Tup2 rugi dan bengkrap sbb harga minyak merudum..hampeh kena karma lg!
Moral of d story..jgn sesekali jd pencuri
Bila dah jd pencuri akan jd tamak dan terserlah lah perangai mcm BUDAK2!
Gaduh dan tuduh menuduh pun dah jd lg teruk drp BUDAK2 hingusan..kan?
Alahai geli hati tengok 'karma' BUDAK2 yg tak cukup2 nak curi dedak!
Apa nak jd dgn negara nih apb BUDAK2 yg tamak curi dedak dibiarkan jd pemimpin?
Nabi SAW selalu berpesan jgn jd sprt BUDAK2 hingusan..
Semoga erti-HAKIKAT-definasi sbnr2 "AMANAH" itu akan mnjd kan kita semua insan yg bnar2 DEWASA
meroyan dah pascai ni.
yg pencuri tu ialah PAS.
Bawa lari kerusi Pakatan Rakyat untuk jadi milik PAS.
Smeua org tahu PAS dulu menang byk kerusi kerana adanya PR.
Baguih betui Tun M sbb berjaya mengucar kacirkan Pembangkang... Anwar dlm jail sound pun masih duk harap Tun kt luar ni... Blh lupa kesalahan2 yg Tun buat. Bukan xtau dulu mmg semua hentam dia.. Dia kalih sikit semua jadi layu & kaku.. Mmg zaman kegelapan bg pembangkang walaupun BN makin byk masalah.. Boleh hentam menghentam sesama sendiri lebih2 lagi yg paling Jr.
Geng PANcai masih berbunyi... Sudah2 la tu main cai2.. dua2 ada cai sendiri... dh kalah lps tu kluar jd Chai org plak...
dah tu hang nak mcm mn cuba hang bagitau aku ide ide yg bernas ni x setuju tang tu x setuju tang ni.sekeh kangg...
Kalaulah puak2 ni hidup di zaman dajjal,yakin semua jadi kafir termasuk hadi bila dajjal hulur dedak2nya dan syurga ciptaannya... itulah syurga yg dikejar hadi..syurga dajjal.
Catat Ulasan