Azalina: PM, TPM arah usul Hadi dibawa ke depan
Arahan menyegerakan usul rang undang-undang persendirian Datuk Seri Abdul Hadi Awang dibentangkan di Dewan Rakyat datang daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata demikian apabila ditanya sama ada beliau mendapat kebenaran kabinet sebelum mengemukakan usul menyegerakan rang undang-undang dibawa Hadi pada hari terakhir sidang parlimen 26 Mei lalu.
"Dalam tugas saya sebagai menteri menjaga urusan parlimen, saya bertanggungjawab kepada pemimpon majoriti, iaitu perdana menteri dan ketua whip, iaitu timbalan perdana menteri.
"Justeru arahan untuk membawa ke depan (usul rang undang-undang persendirian Hadi) dari nombor 15 ke nombor satu sudah pasti daripada pemimpin majoriti dan ketua whip kerana itulah prosedur yang diperlukan di parlimen," katanya kepada media di Sungai Besar hari ini.
Azalina berkata dia mendapat arahan daripada perdana menteri selepas melaporkan maklumat disampaikan speaker Dewan Rakyat bahawa Datuk Seri Jamil Khir Baharom (menteri yang mengelola hal ehwal Islam) tidak membantah usul Hadi dibahaskan.
"Saya hanya membaca Peraturan Mesyuarat 14 untuk membenarkan (ia dipindahkan) dari nombor 15 ke nombor satu," kata Azalina yang mendakwa tindakan itu bukan menyegerakan usul Hadi seperti digambarkan oleh sesetengah pihak, sebaliknya hanya membawa ia ke depan.
"Speaker memberitahu kami ada permintaan dibuat, apabila Jamil Khir memaklumkan tiada bantahan. Jadi tentulah menjadi tugas saya secara automatik (untuk melakukannya). Tidak timbul isu menyegerakan rang undang-undang itu," katanya.
Bagaimanapun Azalina kelihatan enggan melibatkan diri dalam kandungan rang undang-undang dibawa Hadi serta keputusan kerajaan membenarkan ia dibentangkan.
"Tugas saya tiada kaitan dengan kandungan usul itu. Saya menyelia peraturan, jadi saya hanya menguruskan prosedur kerana usul itu berada di nombor 15 dan perlu dibawa ke nombor satu di antara usul lain kerajaan.
"Mengikut Peraturan Mesyuarat 14 seorang anggota kabinet atau menteri mesti mendapatkan kebenaran speaker. Saya hanya bertanggungjawab dalam isu teknikal, bukan kandungan usul itu," katanya.
Menurut Azalina orang yang bertanggungjawab kepada kandungan usul itu serta keputusan membenarkan ia dibahaskan ialah Jamil Khir.
ULASAN GB
Sebuah sketsa dalam bentuk kartun:

17 ulasan:
Mane kenyataan dari Jamil Khir atau Asyraf Wajdi Dusuki...diam seribu bahasa.
Aku ingat ....Hadi Awang ni dah kena bomoh dengan si Rosmah Mansor dan Najib Razak.
Kena main ke, ke tipu depan, blkg ke...Ikut aje...apa yang Najib cakap.
Kesian....ilmu tinggi, tapi tak sedar diri. Semoga, bulan Ramadhan ini...Allah terbalik kan semula hati Hadi Awang.
Macamana pula kena tipu ? Ahli Parlimen Bukit Bendera sendiri kata RUU hadi itu membolehkan hudud dilaksanakan.
Pas pis pus pun terkinja kinja gembira kononnya mereka berjaya.....tak sedar mereka ditipu oleh najib
Hadi tak rasa pun dia ditipu sebab dia sendiri pun kaki tipu, kesian walaun kene tipu Najib dan Hadi.
Macamana pulak muktamar kata ruu tu xda kaitan ngan hudud. Najib sendiri jamin ruu hadi hanya menaikkan denda xda kaitan hudud pun.xkan najib berani ckp tanpa ada perbincangan ngan hadi.Ataukah nak melaksanakan hudud dengan cara menipu.Islam ajar cara mcmtu kah?tipu dulu kata bukan hudud nt tetiba buat hudud..sebelum nk riuh pasal hudud,pembalak haram kelantan pun xda tindakan.cmne nk ckp pasal hudud. Nt rakyat miskin jg kena,pemimpin/org2 kaya selamat juga akhirnya
Salam:
Allahyarham TGNA,dah berbuih-buih mulut bagitahu kat ahli-ahli PAS,jangan masuk ka lobang yg sama berkali-kali,Tapi tak diindahkannya.Nak buat macamana,hantamsajalah labu.
Penipu sama penipu bergabung jadi persatuan penipu malaysia.
tok2 guru ...hari baca quran,baca hadith,baca kitab....tapi pelik bila boleh kena tipu.....kena tipu kaw kaw punya.....apa le bangang sampai mcm tuuuuu
Pakai telekong entah tidak semasa solat pulak yang kena usul ke depan kan hudud.
Kan lebih baik Jamil Khir sendiri...
Nnt di pru 14 jk betoii pas kna tipu...kita bertepok tangan....kekawan kan tuang president.
Apa yang nak dihairankan, ulama juga manusia biasa, ujian Allah tidak mengenal pangkat ataupun darjat, lagi tinggi ilmunya, lagilah besar ujiannya. Seorang Ulama bukanlah jaminan masuk surga, orang susah lagi miskin papa kedana, bukanlah pula jaminan masuk neraka, yang penting iman,amal dan takwa. Tidak berguna ilmu tinggi tapi ponteng kerja, ajak berdebat tolak, berdiskusi namun tak nak pakai keputusan mesyuarat, orang lain tolol, diri sendiri yang baik.... mudah mudahan Allah memberi hidayah kepada mereka semua..
Brp kali masuk lubang yg sama ni?
Tiada simpati utk PIS dan ketuanya yaHADI bAWANG al DEDAKi ini lagi
Tak serik lagi esok kluar fatwa yaHADI kata HARUS bagi PIS masuk BN
Siratol MUSTAQIM...AMANAH yg LURUS
CAHAYA Universal...TERANG dan Telus
Segala PERBUATAN..."NIAT" yg Halus
FITNAH Men CURI...Semuanya TEMBUS
Tiada yg KELIRU...Tiada yg Ber KABUS
Itulah Cahaya AMANAH...Insan yg KUDUS
AMANAH yg LURUS...Terang Ber CAHAYA
Bersinar Me MANCAR...Di Dasar HATI
AMANAH Adalah...Cahaya yang'ESA
Menyuloh yg GELAP...Menyuloh Yg Ter SEMBUNYI
Menyuloh "rahsia"...Pem FITNAH Pen Dusta
Menyuloh "rahsia"...'Dedak'@ Pen CURI
Menyuloh "rahsia"...Dedak @ Pen CURI
Menyuloh Angkara...Segala DUSTA
Menyuloh Tabiat...Meng Hina Me MAKI
Menyuloh Si PONTENG...Putar BELIT nya
Menyuloh FITNAH...Yg Bejat & Keji
Tunggang TERBALIK itu = Murtad yg NYATA
Murtad itu...Bahasa ARAB nya
Bahasa Mudahnya...Tunggang TERBALIK
AMANAH Umpama...Terang Ber CAHAYA
Murtad Itu 'GELAP'...Bobrok dan Jelek
AMANAH Itu Lurus...AUDIT Hisab "NYA"
Murtad Itu Ber BELIT...Ber Biliyun Hutangnya
AMANAH Itu CAHAYA...Menyuloh Bahagia
Murtad Itu BEJAT Kesumat...BALA Derita
Wahai Sahabat...AMANAH Budiman
AMANAH Menyuloh...Mnjd DEWASA
Jgn lah Menjadi...BUDAK2 Hingusan
Yg Men CURI Dedak...TAMAK Haloba
Ber Gurukan FITNAH...Iblis dan Syaitan
Jadikan lah AMANAH...Be "RAJA" Di Dada
Insan Yg AMANAH...Kecintaan-NYA TUHAN
Yg Kaseh Mem-BERI...Mnjd AMANAH Nya
Yg Kaseh Mem-BERI...CINTA dan Impian Nya
Yg Kaseh Mem-BERI...Membawa Nya Ke Syurga..
Rang undang-undang hudud tidak boleh dilaksanakan walaupun dibahas.Rang undang-undang perlu melalui pelbagai proses untuk dilaksanakan.Contohnya, bacaan pertama,bacaan kedua dan bacaan ketiga,kena dapatkan undian majoriti dua pertiga ahli parlimen untuk diluluskan di peringkat dewan rakyat dan selepas diluluskan di dewan rakyat barulah speaker dewan rakyat membenarkan usul yang diluluskan dimajukan ke dewan negara ( senat) untuk dibahaskan di dewan negara.Selepas diluluskan di dewan negara,kena tunggu perkenan lagi dari Majlis Raja-Raja sebelum diwartakan oleh Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Agong
Salam semua.
PADA PANDANGAN SAYA HJ HADI SANGAT MENGETAHUI TENTANG APA YANG BERLAKU.
NAMUN APAKAN DAYA.
HANYA NAJIB SAHAJA YANG ADA UNTUK DI BUAT KAWAN.
LAGI PUN DIA NI BERUWANG.
SETAKAT TIPU DAN PUSING SANA SINI TUU.. HJ PUN PUSING JUGAK.
JADINYA ..DARI HIDUP TAKDE KAWAN BAIK ADA...
SOAL BAIK KE ..TIDAK TU TAK KISAHLAH..
HAJI HADI PUN RAMAI PENGIKUT SETIA.
TIPU KEE,,,KENA TIPU KEE..INIKAN POLITIK.
IANYA TAK SAMA DGN AGAMA...BERKATA MISTI YG BENAR JEEE..
BETUL TAK PIL KUDA ????
....
Yaa..macam kera naik canggung !!
Catat Ulasan