18 Mei 2016

[VIDEO & GAMBAR] Orenkan Sungai Besar, Tolak Parti "Khunza"

Naib Presiden Parti Amanah Negara, Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus menyatakan bahawa kedatangan pemimpin AMANAH ke Sabak Bernam di Majlis Mesra Bersama Pemimpin Amanah bertujuan untuk meng"oren"kan seluruh parlimen Sungai Besar bagi memastikan akan berlaku sesuatu yang cukup hebat di situ.

Beliau bercakap di hadapan hadirin yang memenuhi Dewan Seri Bernam yang terdiri dari para petugas dari pelbagai lapisan kaum dan agama yang akan bekerja memenangkan calon Pakatan Harapan di dalam Pilihanraya Kecil yang akan diadakan pada 18 Jun nanti.



Beliau memulai ucapannya dengan membawa potongan sebuah hadith Rasulullah s.a.w.

سَيَكُونُ بَعْدِي أُمَرَاءُ يَكْذِبُونَ وَيَظْلِمُونَ

Yang bermaksud "akan berlaku satu masa nanti selepas ketiadaan aku akan lahir pemimpin-pemimpin yang berbohong, menipu dan melakukan kezaliman..."

(GB: Berikut ialah hadith tersebut, dari Kaab bin ‘Ujrah berkata, bahawa Nabi SAW ada bersabda;

سَيَكُونُ بَعْدِي أُمَرَاءُ يَكْذِبُونَ وَيَظْلِمُونَ ، فَمَنْ صَدَّقَهُمْ بِكَذِبِهمْ وَأَعَانَهُمْ عَلَى ظُلْمِهمْ ، فَلَيْسَ مِنِّي وَلَا أَنَا مِنْهُ

 “Akan berlaku selepasku nanti para pemimpin membuat pembohongan dan kezaliman, maka sesiapa membenarkan pembohongan mereka dan membantu mereka dalam melakukan kezaliman, mereka bukan dari kalanganku dan aku bukan dari kalangannya).

Lalu beliau bertanya, "agak-agak tuan-tuan sudah lahirkah pemimpin-pemimpin yang berbohong tersebut? Pemimpin-pemimpin yang zalim sudah lahir belum?"

"Kita telah menyaksikan Timbalan Perdana Menteri telah mengisytiharkan Perdana Menterinya berbohong, akhirnya dia dipecat," katanya lagi.

"Timbalan Presiden UMNO mengesahkan Presiden UMNO itu berbohong, kita telah melihat pegawai-pegawai kerjaaan mengesahkan menteri-menteri mereka berbohong dan menipu. Kita telah mendengar dari Tuan Hamid Bador daripada Bukit Aman mengesahkan Perdana Menteri dan kabinetnya telah berbohong kepada rakyat Malaysia," kata bekas Timbalan Presiden IKRAM itu lagi.

Beliau menyatakan bahawa rakyat perlu bangkit dan menurunkan pemimpin yang berbohong dan yang zalim ini.

Beliau juga percaya penduduk-penduduk di Sungai besar akan bersedia untuk menukar isyarat tersebut dengan bermula di Sungai Besar. Orang-orang Banjar, Jawa, Cina, India akan bergabung untuk menurunkan UMNO Barisan Nasional.

Namun menurutnya di dalam perjalanan kita untuk menurunkan mereka, beliau memyakini penduduk Sungai Besar dapat membezakan diantara siang dan malam, diantara jantan jantan dan betina, diantara parti pemerintah dengan parti pembangkang.

"Dalam keadaan AMANAH bersama DAP dan Keadilan, sedang berusaha untuk menurunkan UMNO Barisan Nasional, tiba-tiba ada sesuatu yang kita tak tahu jantan betinanya, berada di tengah-tengah jalan yang tidak menunjukkan samada dia pembangkang atau pemerintah, duduk di tengah-tengah jalan, menghalang perjuangan untuk menurunkan pemerintah yang zalim dan penipu ini," tegasnya. Beliau yakin dan percaya penduduk Sungai Besar akan dapat memebezakan yang mana jantan yang mana betina, yang mana parti pemerintah yang mana pembangkang dan tahu apa itu "khunza" yang menyusahkan usaha untuk menurunkan pemerintah yang zalim dan penipu itu.

Beliau juga menyatakan bahawa AMANAH bersama dengan DAP dan Keadilan akan berkubu dan berkampung di Sungai Besar ini, di Sungai Panjang dan Sekincan, akan bersama-sama tanpa mengira bangsa dan agama untuk mengajak seluruh penduduk di Sungai Besar untuk melakukan perubahan, turunkan pemimpin yang zalim dan penipu,

Selain dari Hassanuddin, yang turut berucap pada malam tersbeut ialah Sdra Faiz Fadzil, Timbalan ketua Pemuda AMANAH, YB Siti Mariah, Ahli Parlimen Kota Raja, YB Ronnie Liu, ADUN Pandamaran YB Ng Suee Lim, ADUN Sekincan dan Presiden Parti Amanah negara, Tn Hj Mohamad Sabu.






















IKLAN BERBAYAR


11 ulasan:

Unknown berkata...

Salam:

Alhamdulillah respond yg cukup baik dari grass-root di sg.besar.

Menang atau kalah adat pertandingan.

Yang penting sekarang rayat majority nak lihat pakatan pembangkang,PH bersatu padu TANPA PAS.


TAHNIAH pada pimpinan Amanah kerana gerak-kerja yg lebih awal.

Tanpa Nama berkata...

Terkencing2 Omakkau tengok gambar neh...

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...

Sejuk mata aku memandang suasana macam ni... Go AMANAH Go...

Malaysiabaru berkata...

Matlamat PAS adalah menjahanamkan Pakatan

Matlamat Pas adalah utk pecah undi Pakatan utk membolehkan Najib terus pegang kuasa

Inilah syarat 1b janji dedak Najib kpd pas

APA JALAN PENYELESAIAN PAKATAN ? TERUTAMA PKR DAN DAP?

BAGI SAYA SATU IDEA JIKA TIADA PKR DAN DAP TIDAK LAYAK PEGANG KUASA LAGI

Tanpa Nama berkata...

PKR mana ?
Pun dah jadi parti khunza ...
Takut ke dengan PAS ?


Sebelum diputuskan siapa yang bertanding AMANAH DAP dah buat persembahan terbaik.

Pilih PH atau Blok ke 3 ?

Tanpa Nama berkata...

Sronok tengok amanah bertanding....... Lepas ni tahulah sape yang kuat atau tak kuat...

Tanpa Nama berkata...

Hadis "Akan berlaku selepasku nanti para pemimpin membuat pembohongan dan kezaliman, maka sesiapa membenarkan pembohongan mereka dan membantu mereka dalam melakukan kezaliman, mereka bukan dari kalanganku dan aku bukan dari kalangannya."

Kalau sudah bukan dari kalangan Nabi saw, mereka ini dari kalangan siapa?

Mereka adalah samada dari kalangan Najib atau Hj Hadi !

Susah sangat kah mengetahui yang mana pembohong dan yang mana zalim? Apakah ada berbohong yang terpaksa dan zalim yang terpaksa untuk mengekalkan kuasa untuk seseorang? Tidakkah kedua-dua nya cenderung kepada menganiayai seseorang dan berlaku tidak adil pada puak yang lain.

Dengan membenarkan pembohongan mereka dan membantu mereka dalam melakukan kezaliman, tertolak lah kepimpinan Nabi saw.

Nabi saw menolak terus kalangan tersebut yang membenarkan pembohongan dan membantu kezaliman. Mengapa Nabi saw tidak bertolak ansur mengatakan manusia tidak sempurna dan mengatakan kerana jiwa nya besar?

Semoga kita di lindungi Allah dari kalangan yang menolak kepimpinan Nabi saw.

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Memang benar hasrat DAP, sebahagian PKR dan Amanah untuk "mengorenkan" Sungai Besar. Kartel Azmin pula ingin "membiru-tuakan", dan Pas pula ingin menghijaukan bumi Sungai Besar. Walau apa pun, biru dacing akan melaut di PRK Sungai Besar. Pakatan Harapan belum memutuskan parti komponennya yang akan bertanding. Secara prinsipnya Pakatan Harapan akan meletakkan calon Amanah bertanding di dun atau parlimen yg diperuntukan untuk Pas semasa bersama mendiang Pakatan Rakyat dahulu. Harap-harap "Boboi" Azmin tidak mungkir janji. Azmin didoakan agar tidak seperti gunting dalam lipatan, jangan telunjuk lurus kelingking berkait, dan jangan jadi musuh dalam selimut.

Dalam persoalan prinsip dan janji, memang kita tabik dan hormat kepada DAP. Mereka berpegang teguh kepada janji. DAP bukan parti Islam tetapi nilai-nilai keislamannya lebih terserlah berbanding parti Islam yang dipimpin oleh ulama yang bertaraf dunia. Justeru sikap Pas yang takfiri, cakap berbelit-belit dan pakar dalam membuat pusingan U, mengakibatkan Pakatan Rakyat berkubur. Bila Pakatan Rakyat berkubur, Pakatan Harapan ditubuhkan dan Amanah menjadi ahli gabungan, di samping DAP dan PKR. Dengan sombong dan angkuh Pas menolak untuk bergabung dalam Pakatan Harapan. Pas pula bergabung dengan Parti Ikatan Rakyat untuk membentuk blok ketiga. Menurut sumber yang diperoleh, Parti Ikatan Rakyat yang dipimpin oleh Kadir Syeikh Fathir ini hanya memiliki 79 ahli. Jika benarlah jumlah keahlian yang seramai itu, bukan blok ketiga yang Pas bentuk tetapi realitinya betul-betul goblok.

Jika berlaku pertandingan tiga penjuru antara BN, Pas dan salah satu komponen Pakatan Harapan bermakna memberikan laluan mudah kepada BN mempertahankan Sungai Besar. Pas mendabik dada mengishtiharkan Sungai Besar adalah kawasan tradisinya. Bercakap ikut sedap mulut memang seronok, tetapi sejak tertubuhnya Parlimen Sungai Besar, tidak pernah dimenangi oleh Pas. Kekalahan 399 undi Pas kepada BN pada PRU 13 bukan menggambarkan kekuatan Pas yang sebenar. Kekuatan Pas pada PRU 13 adalah bergantung kepada kekuatan Pakatan Rakyat. Kekuatan Pas hanya boleh diukur berdasarkan PRU 12, yang ketika itu Pakatan rakyat belum terbentuk. PRK Sungai Besar pada 18 Jun 2016 ini adalah antara Pakatan Harapan yang diwakili oleh salah satu parti komponennya menentang BN. Pas hanya parti "kacau daun". Pas akan memecah undi rakyat yang mahu menumbangkan kerajaan penindas rakyat, BN. Kalau Pas tidak bertanding, adalah satu langkah yang terbaik untuk membela rakyat marhaen. Namun begitu, Pas parti yang tidak berstrategi pasti bertanding di PRK kali ini, dengan menggunapakai kata bidalan "menang sorak kampung tergadai". Pas, kamu ini bagaimana?

Tanpa Nama berkata...

Terbaik ulasan tuan...saya akan turun sukarela nanti membantu Amanah walaupun saya bukan ahli parti Amanah...masih setia follow abg mat sebab abg mat masih steady dan belum goyang dgn prinsip politiknya setakat ini...

Tanpa Nama berkata...

Saya amat yakin sokongan kpd pas tidak seperti dulu lg..silap2 hilang deposit...lihat saja akhbar harakah ..kalau dulu senang2 dpt jual 300k naskah setiap keluaran tapi sekarang nk jual 5k naskah pun susah,sekarang dah nk muflis..bererti rakyat dah tinggalkan pas dan pas sebenarnya kehilangan sebahagian besar ahli2nya..kalau ikut nisbah jualan harakah,ahli pas dulu 1juta ahli tp sekarang cuma tinggal 50k ahli saja...pas cuma ckp besar cuma atas sejarah dan bukan hakikat sebenar.