17 Mei 2016

Bersediakah Zuraida Desak PKR Lepaskan Kerusi DUN Bandar?

Pas ghairah rampas kerusi

SHAH ALAM - "Perkara biasa bagi penyandang sesebuah kerusi untuk mempertahankan hak mereka," kata Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berhubung kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyarankan agar mana-mana parti yang mahu bertanding di Parlimen Sungai Besar supaya mengukur baju di badan sendiri.

Menurutnya, Hadi hanya mahu mempertahankan hak parti dan menjaga maruah dalam kalangan akar umbi dan pengundi mereka.


“Pas sebenarnya sekadar mengeluarkan komen awalan bagi menunjukkan minat dan keghairahan mereka untuk merampas kerusi Parlimen Sungai Besar menjelang PRK nanti,” katanya.

Beliau berkata, semua pihak seharusnya berbincang untuk mencapai kata putus sebelum meletakkan calon di Parlimen Sungai Besar.

“Objektif kita cuma satu iaitu menumbangkan BN dan perbincangan adalah cara terbaik sebelum membuat keputusan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap, Pakatan Harapan dan Pas dapat duduk berbincang untuk mendapatkan persetujuan bagi memenuhi prinsip satu lawan satu di PRK Sungai Besar nanti.

“PRK Sungai Besar akan menjadi penanda aras pada PRU14 nanti sekiranya ada kesepakatan antara Pakatan Harapan dan Pas.

“Kalau ada perbincangan yang bawa kepada kata putus terbaik, kita tak ada masalah untuk berikan laluan,” katanya. -SH


Isu kerusi Dun Bandar, PKR kata Pas mabuk

PKR Terengganu menyifatkan Pas negeri itu sebagai orang yang sedang mabuk dan tidak perlu dilayan ekoran kenyataan Pas yang mahu bertanding di Dun Bandar, satu-satunya kerusi milik PKR di Terengganu.

Adun Bandar Azan Ismail berkata, kenyataan Pas itu tidak perlu dilayan.

“Usah dilayan orang sedang mabuk dan kemaruk nak kerusi dan isteri-isteri.

“Orang tua-tua dah nasihat jangan layan orang gila nanti jadi gila sama,” katanya ketika dihubungi Malaysia Dateline.

Sabtu lalu, timbalan pesuruhjaya Pas Terengganu Yahaya Ali, seperti dilaporkan Buletin Online berkata, berdasarkan maklumat yang diperoleh Pas negeri, kerusi Dun Bandar wajar ditandingi oleh parti itu pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Ada (lawatan yang kita buat) dan kita dapat maklumat dari bilik gerakan, secara peribadinya saya merasakan Dun Bandar sangat patut diberi kepada Pas,” katanya seperti dipetik Buletin Online selepas merasmikan Himpunan Dun Bandar Bersama Masyarakat (BERKAT 1.0) di Chabang Tiga, Sabtu lalu.

Azan yang juga pengerusi perhubungan PKR Terengganu turut membayangkan parti itu akan mempertahankan Dun Bandar dalam PRU akan datang.

Pada PRU 2013, Azan mengalahkan penyandang kerusi Dun Bandar Datuk Toh Chin Wah dari BN dengan majoriti sebanyak 2,159 undi.

Azan mendapat 9,413 undi manakala Toh mendapat 7,254 undi sekaligus menyaksikan Azan merupakan satu-satunya calon PKR yang menang di Terengganu daripada enam kerusi yang ditandingi parti itu.
-MD


ULASAN GB

Di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Ketua Wanita PKR menyatakan

“PRK Sungai Besar akan menjadi penanda aras pada PRU14 nanti sekiranya ada kesepakatan antara Pakatan Harapan dan Pas.

“Kalau ada perbincangan yang bawa kepada kata putus terbaik, kita tak ada masalah untuk berikan laluan,”

Maksud Zuraida, PKR tak ada masalah untuk beri laluan kepada PAS untuk bertanding di kedua-dua PRK berkenaan jika perbincangan dengan PAS itu berjaya.

Soalnya di PRN Sarawak lalu, berjayakan PKR menjadi "orang tengah" berbincnag dengan PAS untuk mengelak pertindihan pencalonan? Jawapannya TIDAK BERKJAYA. Malah PAS turut menghantar calonnya dimana PKR bertanding iaitu di Kakus, Jepak, Lambir dan Pantai Damai.

Relevankah lagi untuk mengadakan perbincangan dengan parti yang suka tikam belakang itu?

Kedua, kini di Terengganu, PAS tuntut kerusi DUN Bandar.

ADUNnya, YB Azan Ismail menempelak tindakan PAS itu dan menyatakan kenyataan Pas itu tidak perlu dilayan. Azan menyatakan jangan layan orang gila nanti jadi gila sama.

Kalau ikut formula Zuraida (salah seorang kartel Azmin Ali), elok jika adakan perbincangan dengan PAS.

Bolehkah Zuraida mewakili PKR menyatakan perkataan yang sama iaitu " kita tak ada masalah untuk berikan laluan kepada PAS" di kerusi Terengganu itu?


IKLAN BERBAYAR


22 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Apa yg diputuskan oleh PH bg sesuatu kawasan...siapa calonya dan dari parti mana, itulah keputusanya..semua mesti akur dgn bekerja keras membantu calon yg sudah diputuskan oleh PH, jgn ada dendam..baru PH kuat dan broleh kprcayaan dari rakyat..siapa cuba mengatasi kptusan PH, nyahkan mereka..
Jgn dilayan pispus kerana mereka bkn PH dn kita tidak ada kena mengena pun dgn mereka..
Kuatkan PH, itu sahaja harapan kami dari rakyat yg dahagakan perubahan...noktah.

Malaysiabaru berkata...

Tak serik serik PiKiR nih

Pas dah termakan dedak umno dan ditugaskan utk jahanamkan pakatan

Tapi

PgayArr nih tak paham paham...

Setiap kali pas berjaya kocakkacik pakatan maka dedak akan masyuuuk lagi

Berani berubah pGayArr demi pakatan harapan!!! Tinggalkan pas sepenuhnya. Tawakal allalah

Timnajib Jomfikir berkata...

AMANAH KENA BERTANDING DI KEDUA-DUA KAWASAN.

Sekarang ini...jangan kita ikut pemimpin-pemimpin ala-ala suci gitu.
Sekarang ini, masanya kita kena ikut pemimpin yang kuat,teguh, berani masuk keluar penjara, lokap dan mahkamah.

Kalau kita sokong juga perangai pemimpin ala-ala suci dan tiada sifat seperti diatas...alamatnya, pru14,15,16 dan terusnya kita duk begini ajelah. Asyik kena tipu... dengan pemimpin konon2nya suci dan mulia.

chomeycute Chomey berkata...

Pada pandangan saya...amanah yang sepatutnya bertanding walaupun ujud 3penjuru..pas Sudan rosak terok...parti yang sokong pemerintah tak wajib pH sokong...biar rakyat yang tentukan...INI LA masanya amanah bergerak dan menunjukann sokong Siapa ...amanah atau pas.

Tanpa Nama berkata...

Aku heran lah apasai PKR dok lembut lagi dgn PAS ni.dh Lah pemimpin2 Pas menghiba DSAI Dan mengacau PRK Sarawak hari tu masih nk berbincang lagi.APA LA BODOH BANGANG pemiimpin PKR kecuali President PKR

Tanpa Nama berkata...

Kartel azmin jea yg bangang dan kena buang dr pkr tuan...jgn salahkan pkr seluruhnya...PH perlu kembali semula kpd agenda reformasi...jgn berjuang berkepalakan mamak kutty...platform tak boleh sekali dgn mamak kutty...kena buat asing2...kalu tak penyokong berpecah...sekadar pencerahan dari anak nelayan kecil...

Tanpa Nama berkata...

Objektif utama AMANAH di beri peluang bertanding ialah bukan nak tumbangkan BN tetapi untuk membuktikan PH kuat dan bersatu dalam persedian menghadapi PRU.

Kenyataan Zuraidi awal-awal memutuskan supaya beri laluan kepada PAS bukan mempertahan rakan dalam PH. Perbincangan PH nanti adalah untuk memberi laluan kepada PAS bukan untuk memperkukuhkan PH.

Adun Bandar (PKR) kata jangan layan orang gila nanti jadi gila.
Ada PAS Terengganu kata nak bawa berbincang ? Sebab PKR pun dah sama gila.


Kita bagi tempoh 07 hari untuk PKR selesaikan kerusi Bandar untuk mengukur kejujuran PKR dan sebagai penanda aras 'gila' tak 'gila' PKR.

Kita bagi 7 hari kerana perkara ini perkara mudah bagi PKR iaitu beri sahaja laluan kepada PAS.

Tanpa Nama berkata...

Masa pas ltak calon n brtindih dgn pkr di bbrapa dun pd pru13,apa anwar ibrahim buat?ada tak nk reform smula pr masa tu??.patutnya masa tu lagi patutnya pas trus dibuang pd pr..tpi anwar tak watpe pun.dok gitu juga.pas wat prangai lgi pd krisis mb slangor pun pkr dok gitu juga.aku lbih snang bsama amanah n dap..takda pkr pun tkpe.wat susah je..

Tanpa Nama berkata...

Jika PAS di beri laluan mudah bertanding di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, PAS akan tuntut balik semua kerusi milik PAS bermula dari DUN Bandar.

Selepas itu, PAS akan rampas kerusi-kerusi yang lain kepunyaan PKR kerana hampir semua kerusi kepunyaan PAS sebab parti tertua.

Jawapan untuk penyelesaian ialah tinggalkan PKR.

Boley Jalan berkata...

Ramai dlm pkr bute hati......betul ke Pas nak lawan ameno? Dalam parlimen asyik setuju dgn ameno je.....Terang dah Pas hanya alat ameno untuk ngengkang kuasa ameno........apa nak bincang lagi.

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Pada hakikatnya Zuraidah bukan sahaja kartel, malahan menjadi tali barut Azmin. Kerajaan Pakatan Harapan gagal ditubuhkan di Selangor lantaran pemikiran gergaji dua mata sosok tubuh manusia yang bernama Azmin. Azmin sebenarnya mahu meletakkan calon PKR bertanding di PRK Sungai Besar. Sekiranya rancangan ini menjadi kenyataan, Azmin berjaya meletakkan dirinya sebagai hero, penyeimbang antara dua parti yang berkonflik Pas dengan Amanah. Rancangan Azmin ini hanya semata-mata ingin menyelamatkan kedudukannya sebagai Menteri Besar Selangor. Pendirian Azmin ini sudah menyimpang jauh dari prinsip perjuangan Pakatan Harapan, apatah lagi untuk membela rakyat.

Dengan jiwa "gedebe" dan takburnya Pas berkeras untuk bertanding di PRK Sungai Besar. Kononnya Sungai Besar adalah kawasan tradisinya walaupun setiap kali PRU kecundang. DAP telah memberi laluan kepada Amanah untuk bertanding di PRK Sungai Besar. Amanah mesti menyahut kepercayaan DAP ini walaupun usia masih terlalu muda. Jika andaian ini berlaku, maka pendirian Azmin akan terserlah, memberi sokongan kepada PAS "kekasih" gelapnya, atau Amanah sebagai komponen Pakatan Harapan.

Jika Azmin memberi sokongan kepada Pas, bermakna Azmin adalah penggali kubur untuk menyemadikan Pakatan Harapan. Jika Azmin memberi sokongan kepada Amanah, maka Pas akan berada di persimpangan dilema. Pas mempunyai pilihan, menjadi pembangkang di Selangor atau berpura-pura bodoh dan terus bekerjasama dengan regim Azmin. Diyakini Pas akan memilih pilihan kedua kerana sayangkan pangkat exco dan jawatan-jawatan lantikan politik yang menjanjikan fulus, kereta besar dan kemewahan-kemwewahan yang lain. Pas akan mempersetankan rakyat dan prinsip perjuangan. Pas dan Azmin, kalian ini bagaimana?

Tanpa Nama berkata...

Saya suka baca komen2 tuan yg berilmiah...itulah tuan, waktu susah ramai yg boleh istiqamah dlm perjuangan, namun bila Allah dtgkan ujian bbentuk kuasa, pangkat dan harta...tok aji yg beserban besar pun boleh tewas...moga kita semua ditunjukkan jln yg benar oleh Allah swt...

Pencolekhangek berkata...

Sangatlah betul dan tepat, jangan layan orang gila nanti kita pun gila macam dia. Kenyataan saudara tanpa nama 17 Mei 2016 11:57 PG juga tepat dan perlu diambil perhatian. PH tidak perlu berbincang dengan yang diluar PH kalau perbincangan itu hanya untuk melemahkan PH. Amanah perlu setia kepada rakan-rakan dan bukan bertindak sendirian membelakangkan rakan-rakan. Musuh politik yang jelas ialah BN yang diterajui oleh ameno dan kekasih gelapnya pas.

Tanpa Nama berkata...

u all never impressed...

#Demokrasi_based_on_ego

Tanpa Nama berkata...

amatlah bodoh jika tertipu dgn pas yg sanggup tipu Allah dgn permainkn hudud

tergamak ke masih sokong pas yg permain hudud... masih nk perasan perjuangan islam ke perangai mcm tu.

pkr pun mesti dibersihkn dpd taik2 pas dn umnu

mansor berkata...

Prnyelesaian kemelut pembangkang boleh selesai jika Hj Hadi melepaskan jaeatan dan diganti oleh Tuan Ibrahim.

nick berkata...

Tujuan utama PH dalam menghadapi dua PRK ini bukanlah semata2 kemenangan. Perkara yang lebih penting dan lebih utama adalah membuktikan kepada rakyat dan kepada penyokong2 parti pembangkang bahawa PH adalah satu pakatan yang jitu, kukuh serta padu. PH perlu menyingkirkan persepsi bahawa ia hanyalah pakatan yang wujud dari keadaan terdesak bukan dari prinsip. PH perlu menunjukkan kepada rakyat bahawa penubuhannya selepas PR adalah demi melanjutkan perjuangan membela rakyat dan berusaha menjadi kesatuan poltik yang boleh dipertanggungjawabkan untuk menjulang aspirasi rakyat.

PH sudah sepatutnya tidak terikat lagi dengan mana2 parti politik yang tidak bersama PH. PH hanya akan disokong rakyat apabila mereka dilihat sebagai satu pasukan yang mempunyai matlamat yang sama serta berjiwa rakyat iaitu megamalkan keadilan, bertanggungjawab serta amanah dalam menggalas amanat dan undi yang telah diberikan kepada mereka. PH tidak boleh lagi dilihat bersama2 parti yang mungkir janji, khianat serta tidak amanah dalam berpolitik. Sudah sampai masa untuk PH bergerak lurus kehadapan dan usah lagi sibuk berhenti ditepi jalan untuk duduk berborak dengan lebai2 yang suka bercerita kosong dan suka duduk goyang kaki. Perjalanan ke Putrajaya masih lagi jauh dan PH tidak mempunyai masa untuk duduk melayan orang2 yang tidak berprinsip serta tidak ada komitment untuk memenangi Putrajaya. Tujuan utama PH dalam jangkamasa panjang adalah Putrajaya maka apa perlu PH duduk melayan orang2 yang tidak berminat untuk duduk di Putrajaya? Tinggalkan sahaja orang2 yang sentiasa menggangu dan suka membuat kacau dan teruskan perjalanan. Perjalan ke Putrajaya mungkin mengambil masa yang lebih panjang dari yang dijangkakan tetapi apa yang penting parti2 yang menganggotai PH semua komited untuk menawan Putrajaya. Parti yang nak jadi penasihat dan hanya ingin jalan2 cari makan serta bersiar2? Who cares about them? Not me and not the rakyat who wants to kick out UMNO dan BN!

Nick.
Cape Tiger.

Tanpa Nama berkata...

Jangan sebut lagi PAKATAN RAKYAT..sudah tak ada lagi!! Dah terbakar dah.. Kita hanya tau PAKATAN HARAPAN ... PAS dalam blok ketiga ....PAS nak letak calon..lantaklah.. Kita tak sokong PAS.. Kita sokong AMANAH

abrarmujahideen berkata...

Hidup ABU..pas cai kita nyahkan skli. Duri dlm daging mesti dicabut sebelum PRU14.

paskiniCHAIpunya berkata...

Elok lah guna wajah Hadi dan Haron dalam kempen...kalau dikencing orang masih lagi boleh jumpa minta ampon! Kalau guna wajah TGNA tak dapat lah nak kata apa... Sudah lah peringatan TG tentang jauhi perangkap amno di perlekehkan... PR yang didokong beliau juga dihancorkan oleh penggantinya...manusia yang duduk dalam PasCHAI sekarang tak layak langsung guna wajah TGNA...Ganti saja dengan gambar sedondon pink Jibby dan Haddy...awww! Kahkahkah!

Tanpa Nama berkata...

Senang cerita. Mana2 pemimpin pkr yg pro rakyat. Keluar pkr dan masuk amanah. Termasuk presiden pkr keluar pkr. Tk jd presiden pun tk apa. Sb jd presden pun skadar jd patung.

Biarkan azmin dan geng2 dia je tinggal dlm pkr. Gasak dia le bersenggama dgn pas atau umno skalipun!!

Biar dap dan amanah (+bekas pemimpin pkr) yg bentuk pakatan harapan. Kita humban pas+pkr+umno/bn dlm lubang tahik dlm pru14 nanti...

Tanpa Nama berkata...

Sekiranya PKR mahu kekal DUN Bandar Terengganu, PKR mesti menyebelahi PAS dalam memastikan satu lawan satu dan AMANAH hendaklah disekat dari meletakkan calun.

Taktik ini lah yang diguna oleh PAS.

PKR bawa politik baru. PKR untuk Malaysia Baru. Piirah !

Politik baru, Malaysia baru ialah lawan tiga penjuru. Sampai 10 penjuru pun tak ada hal.