KEMBALI KEPADA PERJANJIAN PH, PECAT KOMPONEN JIKA PERLU
Senario yang berlaku mutakhir ini menampakkan di mata umum, Pakatan Harapan (PH) seperti sudah tidak bersepakat di dalam sebarang sesuatu isu dan ini telah dan akan terus menjejaskan sokongan rakyat terhadap Pakatan Harapan.
PRN Sarawak 2016 yang baru berlalu telah meninggalkan kesan yang amat mendalam apabila wujudnya parti yang membelakangkan perjanjian bersama Pakatan Harapan sebaliknya cuba untuk mewujudkan kerjasama dengan blok lain di atas alasan untuk mengelakkan pertindihan kerusi.
Namun apa yang berlaku adalah disebaliknya apabila pihak di blok lain tidak memberikan kerjasama sehingga mengakibatkan Pakatan Harapan berantakan dan menyebabkan parti-parti komponen Pakatan Harapan mengalami luka yang parah dengan penyusutan undi popularnya di Sarawak.
Kami, Kelab Penyokong-Penyokong Pakatan Harapan Malaysia (KPPHM) sebelum ini telah menyatakan parti-parti komponen Pakatan Harapan perlu dilihat bekerja dan bertindak di dalam satu pasukan sepertimana yang . Tidak membelakangkan pandangan dan pendapat ahli-ahli komponen yang lain. "Concentration of force" (kesepaduan dan tumpuan kekuatan) dan "keputusan kolektif" di kalangan ahli komponen PH perlu wujud bagi mempertingkatkan kerjasama di kalangan komponen PH di dalam menghadapi musuh utama iaitu Barisan Nasional.
Ini sejajar dengan Fasal pertama Perjanjian Pakatan Harapan dimana segala keputusan bersama mestilah berasaskan prinsip konsensus iaitu setiap parti di dalam Pakatan Harapan perlulah bersetuju sebulat suara dengan keputusan itu. Justeru itu, KPPHM berpendapat bahawa Pakatan Harapan tidak perlu terlalu mengharapkan parti-parti pembangkang yang berada di luar Pakatan Harapan di dalam menghadapi pilihanraya.
Pakatan Harapan perlu yakin dengan kekuatan sendiri dan sentiasa menggembelengkan usaha dan tenaga untuk memperkukuhkan koalisi sendiri.
Keutamaan hendaklah diberikan kepada rakan-rakan komponen Pakatan Harapan sendiri dan bukan kepada mereka yang di luar Pakatan Harapan di dalam apa juga kenyataan dan tindakan demi keutuhan dan kemantapan Pakatan Harapan sendiri.
Sekretariat dan Majlis Presiden Pakatan Harapan hendaklah bertindak tegas dengan mana-mana parti komponen yang dilihat tidak mematuhi Perjanjian yang telah dimeterai sebelum ini dan disingkirkan jika perlu.
Ia adalah penting supaya ungkapan ‘government-in-waiting’, tidak sekadar gimik politik, tetapi benar-benar diterjemahkan kepada realiti.
Niat politik yang ikhlas sepatutnya menjadi asas kepada kepatuhan parti-parti komponen kepada prinsip yang dipersetujui dalam dasar dan keputusan bersama. Keikhlasan dan kejujuran politik sebegini juga adalah sebahagian harapan rakyat yang perlu dikotakan
Greenboc
Timbalan Presiden
merangkap Pengarah Komunikasi
KPPHM
18 Mei 2016
12 ulasan:
Azmin n the gengnya yg perlu diberi perhatian dlm hal ni...jgn salahkan org lain...jgn krn nila setitik habis susu sebelanga...PH kena matang dlm tindakan...
Politik ala malaysia..cakap berdegar2..
Pulaukan saja Azmin habis citer.
Tindakan perlu dibuat terhadap individu yang berkenaan. Dalam pada masa yang sama AMANAH perlu yakin dengan tindakannya. PAS sepatutnya tidak wujud lagi dalam minda atau agenda politik AMANAH.
Teruskan usaha untuk menegakkan kebenaran dengan cara yang bermoral dan memohon keredhaan Allah.
Dengan itu, PRK kali ini, AMANAH MESTI meletakkan calonnya di kedua-dua tempat berkenaan.
Go AMANAH GOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Siratol MUSTAQIM...LURUS dan Suci
Kaseh Mem-BERI...FITRAH Syurgawi
Mem-BERI Idea...Sumbangan dan BAKTI
Kaseh Mem-BERI...TAK Akan MemFITNAH=Khianat=MenCURI
Kaseh Mem-BERI...TAK Akan PONTENG=U-Turn=FITNAH=MenCURI
Kaseh Mem-BERI...Kaseh yang AZALI
Kaseh Mem-BERI...TAK Mementingkan DIRI
AMANAH yg Teguh...Ber TAKHTA Di Hati
Neraca ALLAH...Terjunjug SeTINGGI7
Tiada Lain yg Lebih PENTING...Selain Hanyalah AMANAH dr ILAHI
Wahai Sahabat...AMANAH Budiman
Wahai Sahabat...AMANAH Sejati
LURUS dan Suci...Bukti Ke IMANAN
Kaseh Mem-BERI...Ke Cintaan-NYA ILAHI
Moga Sahabat2...Kan TENANG Di Lapangkan
Moga Sahabat2...Di Lindungi Di Berkati
Kadang kadang bila pikir balik
PRU 14 adalah antara DAP Amanah Anwar Vs pAS PKr umno BN
Najib berjaya tabur dedak dan d makan kartel azmin ularrrmak pas dan Tun m akhirnya kona 360^ sokong najib
Bubar aje PKR tu. Pemimpin atau ahli...boleh masuk mana2 parti yg rasa best di hati masing2...!
Biar DAP dan AMANAH saje yg tinggal lawan BN. Ada PKR pun buat menyampah je...!! Dah sejenis mcm PAS dan Ameno je segelintir pemimpin PKR...!! Taik betul...!!
Pecat Azmin shj selesai masalah.masalah berulang kalau ada azmin.wawi pun tak berani bertindak pada azmin, apa boleh buat,rakyat juga lah menderita perangai umno dan ph dan pas..sian aku sbg rakyat biasa
Saya turunkan tanda-tangan menyokong desakan KPPHM :
"Sekretariat dan Majlis Presiden Pakatan Harapan hendaklah bertindak tegas dengan mana-mana parti komponen yang dilihat tidak mematuhi Perjanjian yang telah dimeterai sebelum ini dan disingkirkan jika perlu."
Pemimpin PKR jangan berani bukak mulut busuk dengan kata-kata mengelak 3 penjuru dalam perbincangan nanti.
AMANAH DAP jangan jadi bangang, tidak mendedahkan keputusan mesyuarat walaupun bertanding. Tidak semestinya AMANAH bertanding, mesyuarat PH sebulat suara.
Keputusan di capai setelah menimbang baik buruk untung rugi nya kepada PH. Kalau buruk rugi bagaimana hendak memperbaikinya.
Adakah Azmin akan hadir ...?
Harap dalam perbincangan PH nanti turut di beri perhatian ialah warkah Anwar.
Kerana yang menjadi persoalan ialah seolah-olah Anwar ada buat rundingan dengan kumpulan Najib. Jika benar, jangan salahkan Anwar kerana Mahathir telah mensia-siakan peluang berbaik dengan Anwar.
Kali ini, minta maaf, Najib lebih cerdik dari Mahathir. Ini semua kerana ego Mahathir yang masih tidak sedar diri.
Warkah Anwar dilepaskan selain mungkin dibebaskan lebih awal, tuduhan liwat semasa regim Mahathir akan di bersihkan oleh orang-orang Najib merupakan satu-satu yang terbaik buat Anwar.
Kesalahan juga perlu diletak pada pemimpin PH yang tidak bertindak lebih dahulu dari Najib iaitu mendamaikan antara Mahathir dan Anwar Ibrahim. Sebaliknya Mahathir terus mengatakan Anwar Ibrahim pemimpin yang tidak bermoral.
Menjelang PRK, warkah Anwar Ibrahim dan dua tiga perkara yang melibatkan Mahathir akan menjadi modal pada UMNO jika PH tidak berbuat apa-apa.
Kita telah biarkan Anwar Ibrahim mendakap kesepian penjara berseorangan. Salah Anwar kah ?
Kapada en greenboc..boleh KPPHM ambik tindakkan keras sikit... rasa presiden2 PH mcm tgh lena di ulit mimpi. Sama je mcm tuang presiden parti sebelah.. tak sedar apa isihati org bawah..kartel azmin seolah2 memperlekehkan je semua apa yg di persetujui majlis presiden pakatan harapan.. sepatutnya masa terdekat ni sudah di perbetulkan segala2 tindakan..supaya segala tindakan nampak satu suara dr PH..kalau tidak..pru 14.. kita duduk je ramai di rumah...
Minta semua rakyat selangor pastikan karier politik azmin terkubur dlm pru14...memang jenis keturunan bedebah,adik beradik bawa bala dan musibah.
Catat Ulasan