14 Mei 2016

Pemuda AMANAH Kecam Kartel Yang "Berlagak Suci"

Pemuda Amanah kecam pemimpin 'berlakon suci', 3 penjuru sukar dielak

Pemuda Amanah Nasional hari ini menegaskan pendirian agar parti itu mewakili Pakatan Harapan dalam dua pilihan raya kecil (PRK) kawasan Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar serta mahu pemimpin yang 'berlakon suci' untuk mengelakkan pertandingan tiga penjuru dalam PRK terbabit melihat kembali tindakan mereka yang mengecewakan rakyat dalam pilihan raya negeri (PRN) Sarawak yang baru berakhir.


"Rakyat tidak bodoh. Sukar untuk mereka menerima pemimpin yang telah mengecewakan majoriti rakyat dengan tindakan melulu membenarkan pertandingan sesama Pakatan Harapan dalam PRN Sarawak yang lalu, kini 'berlakon suci' pula kononnya mahu mengelakkan pertandingan tiga penjuru dengan Pas/Blok Ketiga.

"Apakah mesej politik yang mahu dihantar pemimpin ini sebenarnya? Terus mahu mengucar-kacirkan Pakatan Harapan atau apa?" tegas Ketua Pemuda Amanah Nasional, Sany Hamzan.

Menurut Sany, perbincangan kerusi sesama Pakatan Harapan bagi dua PRK itu adalah detik paling kritikal untuk rakyat meyakini gabungan alternatif yang kuat dan mampu menggantikan BN serta melakukan reformasi menyeluruh terhadap urustadbir negara.

Pertindanan kerusi sesama Pakatan Harapan di PRN Sarawak, katanya kekal menjadi sejarah hitam dan sepatutnya tidak diulang oleh mana-mana parti dalam koalisi.

Pakatan Harapan juga, katanya perlu menghormati kerjasama yang dibuat oleh Pas dan parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) bersama 'ratusan' badan bukan kerajaan yang lain dalam membentuk Blok Ketiga.


"Harus diterima umum bahawa Pas dan rakan-rakan koalisinya telah nekad untuk bertanding di mana sahaja kerusi yang ditandingi Pakatan Harapan. Bahkan senario tersebut telah pun berlaku dalam PRN Sarawak yang lepas.

"Lantas kemungkinan berlakunya pertandingan 3 penjuru antara Pas (Blok Ketiga), Amanah (Pakatan Harapan) dan Umno (BN) di P.093 dan P.067 hakikatnya merupakan suatu pertembungan yang bakal menguji dan menjadi kayu ukur gabungan politik mana yang lebih dipercayai rakyat," ujarnya.

Sany menegaskan bahawa rakyat telah sedia maklum bahawa Pas bukan sebahagian Pakatan Harapan dan akan bertanding mewakili Blok Ketiga.

Sehubungan itu beliau menggesa seluruh pemimpin Amanah, PKR dan DAP menyedari hakikat ini dan berusaha memperkukuhkan Pakatan Harapan sebagai alternatif kepada BN.


Pemuda Amanah Nasional juga, jelas beliau yakin Amanah perlu diberi laluan untuk bertanding di dua PRK terbabit bagi menguji kekuatannya di Semenanjung selepas meraih undi popular sebanyak 1.24% dengan umur penubuhan selama 8 bulan dalam PRN Sarawak.

"Peratusan undi popular dengan umur penubuhan parti yang masih baru boleh diakui lebih baik dan jauh meninggalkan parti-parti tempatan sendiri seperti STAR dan PBDS (Baru),"
ujar Sany.

Kawasan Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar juga, tambah beliau adalah kawasan strategik bagi Amanah sebagai parti Islam memandangkan komposisi campuran penduduk dengan majoriti Melayu Islam.

Menurut Sany, sentimen anti-Najib yang semakin meluas di kalangan rakyat memerlukan Pakatan Harapan meletakkan calon yang tegas menolak Najib Razak sebagai Perdana Menteri.

"Penting untuk Pakatan Harapan mengambil kira ketegasan prinsip untuk menolak Najib Razak dan pada masa yang sama tidak memberi ruang calon-calon yang 'mesra' Najib Razak bertanding secara solo," katanya.

Beliau juga yakin Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali selaku Menteri Besar Selangor sedia membantu Amanah untuk menang di kawasan Parlimen Sungai Besar. -Malaysia Dateline

ULASAN GB

Ketua Pemuda AMANAH, Mohd Sany Hamzan tidak menamakan siapa pemimpin "yang berlagak suci" itu. Namun umum sudah tahu siapa sebenarnya yang dimaksudkan.

Sebelum ini GB ada mengulas mengenai hal 3 penjuru di dalam PRN Sarawak yang baru lalu di entri bertajuk: 3 Penjuru: Azmin & PKR Teruk Dimaki Di Media Sosial

Di dalam ulasan GB telah menyatakan:

Kewujudan "Kartel Azmin" di dalam PKR menyebabkan seluruh Pakatan Harapan menjadi huru-hara. Akibat darinya, Azmin dan PKR menjadi sasaran maki hamun oleh rakyat Malaysia kerana mengkhianati Perjanjian Pakatan Harapan.

Sebelum ini Azmin menyatakan beliau melakukan apa sahaja untuk "mengelakkan" pertandingan tiga penjuru tetapi apa yang berlaku rupa-rupanya kartel Azmin inilah yang "menggalakkan" pertandingan tiga penjuru tersebut.

Azmin juga dilaporkan berkata bahawa beliau yang memberi kuasa PKR Sarawak bertanding di lima kerusi yang sebelum ini telah diperuntukkan kepada DAP.

Hukum kebenaran dan keadilan yang berjalan hari ini menunjukkan PKR MEMANG BERSALAH. Buktinya, 2 kerusi DUN telah dimenangi tanpa bertanding oleh BN iaitu di Bukit Sari dan Bukit Kota.

"Orang tamak sentiasa rugi," tulis seorang penyokong PH difacebooknya.

"Kerana PKR gila sangat berebut kerusi, akhirnya Allah hukum dia awal-awal, dia peneyebab PH hilang dua kerusi. Macamana calon boleh tiba-tiba "hilang" dan bagaimana seorang muflis boleh dijadikan penyokong?," bentaknya lagi.

"Kalau dulu, PKR marah PAS kerana PAS memberi watikah untuk bertanding di kerusi miliknya, kini PKR pula meniru perangai PAS memberi watikah untuk bertanding di kerusi yang telah diperuntukkan kepada parti lain. 2x5 sahaja perangai PKR dan PAS," tweet seorang lagi penyokong PH.

"Bagitahu kepada Azmin, bagitahu Tian Chua, bagitahu kepada Shamsul, supaya jangan pertahankan kesalahan kamu, kita akan berusaha dan berdoa agar mereka ini akan kalah di dalam PRU akan datang kerana mengkhianati PH sama seperti PAS mengkhianati PR dahulu," tulis seorang lagi di dalam satu kumpulan Whatsapps.

Sementara itu Setiausaha Penganjur AMANAH, Suhaizan Kaiat juga ketika itu memberitahu, jika mana-mana parti yang didapati melanggar perjanjian berkenaan, parti lain dalam HARAPAN mempunyai hak untuk memecat pihak yang ingkar itu daripada gabungan pembangkang.

Ini adalah sebahagian daripada usaha mereka untuk menghentikan persetujuan untuk tidak bersetuju, yang membawa kepada terkuburnya Pakatan Rakyat



Dan seperti yang GB jangkakan ia menjadi kenyataan. PKR telah "dihukum" di Sarawak.

TAHUN DAP PKR
2011 20.05% 17.41%
2016 18.21% 9.29%
BEZA -2.21% -7.85%

Berdasarkan jadual peratusan undi popular PRN Sarawak di atas, sekalipun PKR berjaya mengekalkan 3 kerusi PKR, tetapi hakikatnya undi popular PKR di Sarawak telah menjunam jatuh dari 17.41% pada PRN10 kepada hanya 9.29% pada PRN11 iaitu menurun sebanyak 7.85%.

Kerusi DAP walaupun merosot kepada 7 dari 12 kerusi angkara permainan kartel Azmin, namun undi popularnya hanya menurun 2.21% sahaja (20.05% pada PRN10 kepada 18.21% pada PRN11).

Walaupun sebelum ini PKR mendakwa mereka mendapat lebih sokongan rakyat Sarawak daripada DAP, jelas sekali keputusan menunjukkan di sebaliknya.

Lansung tiada pernyataan meminta maaf dari kartel Azmin atau mana-mana pemimpin PKR terhadap kecurangan mereka, yang ada ialah kenyataan Nurul Izzah beberapa hari sebelum pilihanraya berjalan "mempertahankan" Azmin.

Sejurus selepas keputusan diumumkan Azmin membuat kenyataannya untuk memujuk DAP, katanya kekalahan DAP adalah kekalahan PKR juga sedangkan beliaulah akitek yang menyebabkan DAP kecundang semata-mata inginkan PKR merampas Sarawak dari DAP dengan menjadikan orangnya sebagai Ketua Menteri, demikian GB dimaklumkan.

Kemudian timbul pula beliau mengajak PAS bersama PH walaupun ianya lansung tidak dibincangkan oleh Majlis presiden PH apatah lagi dimuafakatkan bersama parti-parti komponen PH iaitu DAP dan AMANAH.

Setelah mengkhianati DAP, kni beliau cuba mengkhianati AMANAH.

Azmin terlupa akan jasa-jasa AMANAH kepadanya kerana dengan sebab tindakan 2 orang ADUN AMANAHlah, Shaari Sungip dan Hasnul Baharuddin yang dicop dan difitnahkan sebagai "barua" dan "broker" oleh Presiden PAS yang telah menyebabkan beliau berjaya menjadi Menteri Besar Selangor. TETAPI kuasa Allah menetapkan kedua-dua YB ini akhirnya mendapat sokongan rakyat apabila tertubuhnya Parti Amanah Negara!


Malah seluruh kerajaan Selangor sepatutnya "berterima kasih" kepada kedua-dua ADUN Amanah itu kerana dengan tindakan merekalah kerajaan PR terselamat di Selangor. Jika tidak PKR sudah tercampak keluar apabila PAS dan UMNO ketika itu sudah merancang untuk wujudkan kerajaan perpaduan di Selangor.


Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. PKR bakal terima bahananya akibat perbuatan Azmin. PH huru-hara dikerjanya semasa PRN Sarawak. DAP dan Amanah yang dikhianati akan tetap mendapat pembelaan dari hukum Allah berkenaan.


IKLAN BERBAYAR


27 ulasan:

abrarmujahideen berkata...

Genap 3 tahun parlimen bersidang 24 June 2016.Kematian adalah sesuatu yg manusia xdpat tolak dan permainkan. ALLAH nak tunjukkan sape yang AMANAH dan JUJUR berpolitik utk mendaulatkan rakyat demi keredhaan ALLAH. agar rakyat marhaen tidak tertipu lagi oleh para munafik2 agama dan musang berbulu ayam.khalas

Tanpa Nama berkata...

Wan Azizah mana???xbuat apa2 ke?kalau xbuat apa2 elokla Azmin je jd ketua pembangkang,suara Azmin je dlm pkr.yg lain mana.???????

Tanpa Nama berkata...

Azmin ni agen umno dlm pkr. Ayuh pecat dia drp mb n timbalan. tk guna sekupang. Ganti dgn rafizi atau saifudin. Wan azizah elok undur. Lemah sangat. Kita nk presiden pkr yg lebih garang. Ayuh ubah pkr.

Unknown berkata...

Azmin ni mmg besar celaka..punca masalah dlm pakatan harapan..hancur PKR kalau dia jd presiden..
Anwar d xde malaun todi ni huru harakn kn ph..sokong amanah betanding d sgt besat dn kk..peduli kn azmin kalau dia bg laluan pd pas..

Tanpa Nama berkata...

Undi tidak utk pkr.hanya utk amanah atau dap shj.sudah penat dgn permainan pkr.sudah tak de kepercayaan lagi utk pkr.

Unknown berkata...

Salam:


Daripada akhbarcina, dan online non-muslim, respond dari netzen LEBIH-KURANG 90% support Amanah jadi calon di kedua2 tempat,manakala DAP buat statement tak support PAS. Jadi jelaslah sekarang majority non-muslim non-partisan dan penyokong2 DAP akan support calon PH.

Insyallah jika petugas-petugas PH dapat full-swing dan bersatu hati,insyallah PH akan berjaya merebut kawasan yg dulu dikuasai oleh BN.
cuma nasihat saya supaya petugas2 parti dapatkan semua list pengundi2 yg bertanding di 2 tempat.

Kena banyak kerja sikit , Nak convince balik penyokong2 kita AGAR KELUAR MENGUNDI.NAMPAKKAN PH BERSATU,TANPA PAS,Tidak seperti PR DULU,BersamaPAS,PR kucar-kacir.Jika PERPADUAN ini dapat ditunjukkan pada majority rakyat,insyallah PR14 nanti kerja kita lebih mudah,jika tidak pemimpin2 PH kena berbuat sesuatu untuk REJECT pemimpin2 yg BELOT.Kalau tak nak REJECT takpayahlah masuk PR14,Hanya buang masa,tenaga dan duit sahaja.

sekian.

Tanpa Nama berkata...

Rafizi ada minta maaf sebelum PRN Sarawak. Siap sindir Azmin lagi. Dia sebut pasal keperluan untuk menepati janji dalam pakatan politik. Rafizi perlu dinaikkan menjadi Presiden atau Timbalan Presiden PKR dengan segera. Singkirkan Azmin dan kumpulannya kalau mahu kukuhkan PH dan tumbangkan BN. Tiada cara lain.

Tanpa Nama berkata...

Kalau anda hanya penyokong PH.....taraf anda sama dengan pencacai Najib yang mempertahankan maruah 1MDB. Berhujah panjang lebar tapi isinya kosong.....orang tanya lain dia jawab lain.

Tanyalah Mat Sabu kenapa PKR, DAP berebut kerusi dalam pilihanraya di Sarawak dan AMANAH kalah semua kerusi..... Dengar apa jawapannya.

Jawapan dari saya pula......bukan Azmin saja malah semua pemimpin tertinggi PH syok sendiri kononnya calon pilihan mereka bakal meraih kemenangan kerana mereka ada pengaruh, parti mereka ramai ahli mampu berkempen 28jam sehari. Orang ramai pasti teruja isu 1MDB, GST, PTPTN, MARA, Najib, Rosmah yang dijaja kehulu kehilir dengan penuh emosi. Hasilnya dapat apa.....bodoh tidak boleh diajar, berlagak sombong pulak ?

Anda jangan fikir PH begitu mudah meraih kemenangan dalam dua pilihanraya itu kerana UMNO Baru BN ada duit untuk merasuah, PH ada apa.....ada dua biji telor dalam seluar ?

Apa guna kutuk Azmin celaka, Azmin itu Azmin ini, sedangkan orang ramai mula meluat tengok Mat Sabu beremosi.....?



Unknown berkata...

Bagus Klu pan dan pas berjumpa dan bertanding d kubu kuat pas kalu ini,kita tgk sebagai kayu pengukur siapa yg lebih banyak penyokong pas atau pan ?,kalah mesti kalah punya kpd bn krn undi pembangkang berpecah.Kita pulangkan kepercayaan kpd pengundi saya mmg dok tunggu ,ini perjumpaan pertama kali mereka d pilihanraya semenanjung setelah mrk berpecah.
Apapun PKR lah yg sgt beruntung,licik benar mrk,maklumlah acuan UMNO!!

Tanpa Nama berkata...

Mengikut perkiraan politik matang, adalah terbaik membiarkan PAS bertanding di Kuala Kansar dan Sg Besar. Matematiknya mudah kerana PAS tidak akan menang di kedua kerusi. Perbezaan undi kecil pada 2014 tidak boleh dijadikan kayu pengukur kekuatan PAS hari ini. Waktu itu PAS masih bersama PR dan jentera PAS masih mempunyai pimpinan seperti Mat Sabu, Husam, Salahuddin dan Dr Dzul. Biarkan PAS mengukur kekuatan mereka. Biarkan mereka berkempen sindirian. Biarkan mereka rasakan penolakan rakyat terhadap kepimpinan PAS sekarang dengan mata dan kepala mereka sendiri. Biarkan PAS melayan ego dan retorik yg sembrono. PAS perlu diajar berfikir cara matang dan pengalaman tewas di Kuala Kangsar dan Sg Besar nanti akan menjadikan PAS parti serpihan yang tidak payah dilayan. Kita juga ingin melihat bagaimana PAS ingin berhadapan dengan UMNO dalam suasana yg mana kepimpinan PAS seperti Hj Hadi, Haron Din, Zuhdi yang teringin sangat bermesra dan menabur budi pada UMNO. Kita juga ingin melihat sejauh mana kehebatan Nik Abduh dalam menggerakan pemuda PAS dalam suasana pilihanraya. Yang pasti PAS, Hj Hadi, Nik Abduh dan seluruh kepimpinan PAS adalah indah khabar dari rupa dan mereka akan merasai pengalaman baru yang mengerikan semasa piliharaya kecil ini. Mereka akan melihat dengan jelas kemana masa depan PAS. Impian blok ketiga akan menjadi "goblok bersama".

Lebai Roger berkata...

Rasanya lagi ramai yg meluat nengok hadi mokhtar senik razman kastam dan ulaumak pornu..........yg sinonim dgn bahalul.

Afif Rayyan berkata...

Harap kartel tersebut cepat keluar dari pakatan harapan.. buat semak je

Tanpa Nama berkata...

Salam,

Saya inginkan supaya pihak pimpinan PH iaitu PKR dan DAP akan membuat satu siri "pembersihan" parti dengan mengadakan siasatan/pemantuan bagi sesiapa ahli DUN PR yang seolah-olah mengkhianati prinsip PAKATAN RAKYAT disingkirkan.

Ini kena beritahu rakyat jelata di kawasan DUN masing-masing.

Baru-baru ini diberitakan DAP memecat seorang DUN DAP Selangor kerana tidak amanah. Ini berita baik untuk PR dan rakyat.

Ketika mana PR bersihkan parti untuk bersihkan PR, BN/UMNO pecat Muhyiddin demi "mengotorkan" lagi UMNO/BN.

Ayuh, kita semua buat satu "Deklarasi Bersihkan Pakatan Rakyat" sebelum menjelang PRU ke14.

Tanpa Nama berkata...

Tanpa nama 3.03 Ptg... Setakat MAT SABU NAK BEREMOSI LANTAK PI LA.TAK MENYUSAHKAN PAKATAN HARAPAN PUN.TAPI SI AZMIN NI [PKR]NI KECEK BERBELIT2.KIRI KANAN NAK GOMO .BERLAGAK NAK JADI KETUA.PAS DIA NAK RUKAH PAKATAN HARAPAN PUN DIA NAK RUKAH.HAK MANA SATU DIA NAK WAT BINI.BIAR JELAS.JANGAN MENYUSAHKAN ORE.BIAR RETI BASA.

Tanpa Nama berkata...

saudara 14 Mei 2016 3:03 PTG: Kalau ada penyoKong PAS , Taraf anda lebih teruk dan hina,dari orang2 Munafik.

Bukankah tok guru anda yg mengajar semua ini.Takkan semut dilautan nampak,gajah didepan mata buat2 tak-tahu.Bukan-kah parti anda selalu bunyi bising macam tong-kosong.kalau orng meluat tengok mat sabu,cuma orng macamkamu sahaja.suka mkn dedak yg bertaboran.Orang lagi menyampah tengok dua orng ketua kamu tu!!kerana berlebihan mkn dedak najib.

bukan fitnah,nanti ada orng yg akan laporkan kedua-dua ulamak yg kamu puja,rupanya.Ulamak pemakan dedak yg tersohor.

selamat bercermin-cermin muka sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Azmin celaka. Mcm agen umno. Dia n hadi jd sebab 3 penjuru di sgor. Dan di swak. Bawak geng mcm umno. Apo dia buat utk bebas anwar. Habuk tarak. Cakap degar ekor byk taik. Ayuh buang jer pas dan olamak chai. Biar jer pkr nk pakat dgn pas sampai kiamat. Dap dgn amanah dah cukop. I agree dgn zaid ibrahim. Hihihi

Tanpa Nama berkata...

Klu perangai melayu tk berubah aku pun beremosi. Bayangkan dgn pendedahan yg makin jelas ttg 1Mdb, pd org melayu mcm tak ada apa2. Ceramah agama siang malam dlm tv dan tiap ceruk rantau dlm negeri tp rasuah dan salah guna kuasa tidak mendapat bantahan keras drpd org melayu termasuk para agamawan. Klu mcm ini lebih Abg Mat pencen dan rihatkan diri. Buat apa bersusah payah. Biar Najib terus berkuasa dan hancurkan negara. Bila ekonomi negara merudum, org melayulah yg akan paling teruk merana.

Tanpa Nama berkata...

Rakyat dh bersemangat dh nk tumbangkn umno/bn...amik cuti pasang poster tgh mlm smpi pagi untuk menangkan calon PH....tapi ada yg x hargai rakyat/penyokong dgn khianat bersama dgn mereka..aku mcm dh fadeup ngundi n nk pasang poster calon2..dh menang parti aku wt camni plakkk...frustttt

Pemuda parit kings berkata...

Ayuh semua teman2 kita muhasabah diri kita...cerminkan diri kita...siapa kita DLM politik tanah air...dimanakah keindahan DLM berpolitik atau berparti...harap kita semua tak mudah melatah Dan terlalu emosi...ada yg ckp day meluat dgn sesiapun pimpinan kita...yg ahkirnya tetap begitu...adakah kita seperti beliau???berapa byk masakah kita dalam membantu rakyat?ayuh kita fikirkan...da berapa byk kalikah kita bawa usul rakyat ke dewan2 rakyat???sedarlah wahai kawan2...setakat cakap semua orang boleh ckp...tapi hakikatnya kita tak setaraf pimpinan kita...mudah mengalah dgn perkara2 remeh...usah lay an Dan bangkit..itulah Jalan terbaik...mana yg boleh Bantu...bantulah jentera parti kamu...jika tak mampu...buat yg termampu...usah diketengahkan usaha kamu...biarlah Allah tentukan...yg penting gerak kerja kita utk parti...semoga kalian semua dilindungi Allah S.W.T...

Pemuda parit kings berkata...

Tak cerdik kita lebih mengata Dari membuat kerja...itu jelas...baik apapun kata2 kita...niat kita...semua sudah diketahui Allah S.W.T...jgn terlalu byk mengata individu...jelas yg jahat pun adalah aib...maka kita buktikan buat rakyat bahawa kita contoh terbaik utk diikuti...bukan parti sejarah yg dah terang silapnya...oleh ITU...beringatlah kawan2...malu lah kita pada Allah S.W.T...jgn cakap Islam...berusahalah utk naikkan parti Amanah...itulah jalan saya...biar pun kita terlalu bergerak dgn jelas utk parti Amanah...tapi kerja saya adalah BG penerangan tentang parti Amanah...Dan tujuannya ditubuhkan...bukan merempat mengata dialam Maya...berani kerana benar...biar ditempat kita tinggal tahu akan parti Amanah...penerangan sebegini harus dibuat Dan wajib buat semua pencinta Amanah...Amanah lah kamu dalam tanggjawab kamu...

Tanpa Nama berkata...

Jika Blok ke 3 yang bertanding dan PH tidak bertanding, selepas di Sarawak PH sendiri bertanding 3 penjuru antara PKR-DAP, memang ada yang dengki pada AMANAH.

Bila PKR mahu keluarkan kenyataan seperti kenyataan yang di keluarkan oleh Lim Guan Eng yang hanya menyokong sekutu dalam PH. Itu pun susah dan teragak-agak!

Ini sudah menunjukkan siapa PKR. Rakyat tidak bodoh kerana kamu lah yang mengajar rakyat berpolitik yang macamana yang betul dan macamana yang tidak betul. Sekarang kamu cuba memperbodohkan rakyat sepertimana dulu UMNO memperbodohkan rakyat.

Pertandingan tiga penjuru bukan macam pertandingan satu lawan satu. Satu lawan satu, untuk menumbangkan lawan satu lagi. Tetapi lawan tiga penjuru bukan untuk menumbangkan lawan sahaja tapi untuk mendapatkan kuasa.

Presiden Hj Hadi hanya mahu jadi penasihat sahaja.

Tanpa Nama berkata...

Rugi tuan kalau kita biarkan parti yg mmg dari awal kita jangka akan lingkup masuk bertanding, paling tidak baik bagi Amanah cuba nasib...apa macam?

Tanpa Nama berkata...


Saudara ku 3 03 PTG,

Yang berebut kerusi ialah PKR. Yang kena tanya dan jawab ialah Mat Sabu. Tentu PAScai lah ni ... macam tuan Presiden, dia punya taik dia kata orang yang punya berak.

Jawapan saudara kurang tepat. Jawapan saudara yang mengikut emosi. Tahu kah saudara selepas PRN Sarawak, beberapa hasil kajian dan pandangan ahli akademi telah memberi petunjuk yang positif tentang masa hadapan AMANAH. Sehingga sekarang parti saudara menfitnah AMANAH kononnya PH dibubarkan kerana AMANAH salahkan PKR. Apa tujuan parti saudara buat begitu?

Ini kerana AMANAH diterima oleh rakyat dari menerima PAScai.

Benar PH tidak mudah meraih kemenangan kerana UMNO Baru BN ada duit untuk merasuah. Tetapi PH lawan dan serang bukan macam PAScai yang memilih tidak akan menyerang UMNO. Sudah tahu UMNO guna duit dan merasuah, boleh pulak memilih tidak menyerang.

Saudara ku,

Mat Sabu beremosi adalah sifat manusia semula jadi. Harun Din kata tidak ada manusia yang sempurna termasuk lah Mat Sabu. Maafkan lah dia. Tetapi emosi Mat Sabu dengan emosi Hj Hadi, Hj Hadi lebih teruk dari Mat Sabu. Mat Sabu tidak samakan orang dengan anjing dan babi dan Mat Sabu tidak ada penyakit yang boleh menyebabkan dia cepat marah.

Kenyataan Azmin lah yang membuat dia kena kutuk. Sama macam Hj Hadi, cakap tak serupa bikin. Azmin tidak ada jasa pada PH.

Mat Safian berkata...

Aku kalau terjadi 3 penjuru antara BN-PAS-PH, taklah marah sbb mmg PAS tu bukan PH. Tp bila 3 penjuru sama3 geng PH, ni yg terbakau ni..

Tanpa Nama berkata...

Masa pilihanraya pandai pujuk rayu dan berjanji bintang langit.
Sekarang nak cakap, bukan senang nak jadi pemimpin. Soal pulak berapa kali bawa usul ke dewan. Tak payah lah ada wakil rakyat kalau rakyat sendiri kena duduk dalam parlimen bawa usul.

Tanpa Nama berkata...

Setuju. Mana president? Senyap je lately.

Tanpa Nama berkata...

Aku akan tetap menyokong amanah walaupun penyokongnya seorang...