14 Mei 2016

PAS Warning PAS, DAP Umum Sokongan Kepada Calon PH

P'raya kecil: PAS keluar arahan tutup mulut

PAS mengeluarkan arahan tutup mulut daripada mengulas isu berkaitan pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 18 Jun ini.

Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Abdul Samad berkata arahan itu dikeluarkan oleh mesyuarat anggota jawatankuasa pusat parti itu dalam mesyuarat malam tadi.


“PAS Selangor menghormati keputusan ini dan akan mengarahkan pimpinan dan ahli-ahlinya mematuhi arahan ini,” katanya yang juga pesuruhjaya PAS Negeri Selangor.

Berkaitan kenyataan pemimpin PAS sebelum ini pula, PAS Selangor menganggapnya sebagai kenyataan peribadi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini memutuskan pilihan raya kecil untuk kawasan parlimen itu akan dijalankan serentak pada 18 Jun ini.

Kerusi Kuala Kangsar dan Sungai Besar diisytihar kosong selepas kedua-dua penyandangnya meninggal dunia dalam kemalangan helikopter di Sarawak pada 5 Mei lalu.

PAS kalah tipis di Sungai Besar dalam pilihan raya umum lalu dengan majoriti kira-kira 400 sahaja. Manakala di Kuala Kangsar, mereka hanya ketinggalan kira-kira 1,000 undi.

PAS sudah mengumumkan akan berdepan dengan BN di kedua-dua kerusi itu.

Bagaimanapun, kemungkinan pertembungan tiga penjuru dengan pembangkang lain masih ada, terutama serpihannya Parti Amanah Negara (AMANAH). -mk


PRK: DAP tidak akan sokong PAS, kata Guan Eng

DAP akan hanya menyokong calon Pakatan Harapan pada pilihan raya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata oleh kerana PAS bukan sebahagian daripada Pakatan Harapan, maka ia bukan sekutunya dan oleh itu ia tidak akan menyokong parti itu.

Bagaimanapun, menurut beliau, perbincangan akan diadakan dengan Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Besar Selangor, yang juga Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali serta Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu mengenai pilihan raya kecil itu.

"Kami akan sokong sekutu kami dan satu perbincangan akan diadakan tidak lama lagi dengan pemimpin parti masing-masing," katanya kepada pemberita pada persidangan dewan undangan negeri di sini hari ini.

Lim, bagaimanapun enggan mengulas tentang jemputan Azmin kepada PAS supaya kembali menyertai gabungan itu berikutan kekalahan teruk pembangkang kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri Sarawak 7 Mei lepas.
- Bernama


Gara-gara kenyataan Khairuddin At-Takiri yang dilihat merugikan PAS, maka PAS terpaksa memberi amaran kepada pemimpinnya supaya tutup mulut.


Tetapi arahan itu tidak bermakna apa-apa kerana seluruh rakyat Malaysia sudah tahu memang PAS kini adalah sebuah parti mesra-UMNO. Presiden PAS telah berkali-kali menyatakan bahawa PAS tak gila kuasa, cuma mahu menjadi "Penasihat" kepada kerajaan BN.


Jadi PAS tidak perlu berdolak-dalik untuk menipu pengundi khususnya di Sungai Besar dan Kuala Kangsar

PAS kini sudah tentu kehilangan sebilangan besar undi kaum bukan-Melayu di kedua-dua parlimen berkenaan apabila DAP sudah secara terbuka menyatakan DAP akan hanya menyokong calon Pakatan Harapan di dalam PRK di kedua-dua tempat itu. Undi besar yang diperolehi oleh calon PAS semasa PRU13 adalah kerana undi solid dari DAP ketika itu kerana PAS masih berada dalam Pakatan Rakyat.

Umum mengetahui bahawa kaum bukan-Melayu di Semenanjung adalah pengundi DAP. MCA dan MIC seperti melukut di tepi gantang.

Di PRN Sarawak pula kaum Cina tertipu dengan BN apabila janji BN untuk melantik Timbalan ketua Menteri tidak kesampaian apabila Adenan Satem hari ini mengumumkan 3 orang TKM dan tiada kaum Cina untuk jawatan berkenaan.


Langkah Adenan Satem berkenaan sudah pasti memberi impak sokongan yang negatif dari kaum Cina di Semenanjung.

Jadi PAS kini hanya bergantung kepada DHPPnya yang membentuk kurang 1% dari jumlah pengundi bukan Melayu.

Sedangkan Pakatan Harapan yang bakal diwakili oleh AMANAH insyaallah akan mendapat undi yang lebih banyak bukan sahaja undi solid dari kaum bukan-Melayu tetapi dari pengundi-pengundi Melayu yang terdiri dari penyokong-penyokong PR yang kini menyokong PH, bekas ahli-ahli PA yang telah berhijrah kepada AMANAH, ahli-ahli UMNO yang menyokong team TDM & Muhyiddin dan kumpulan atas pagar yang melihat hanya PH satu-satunya blok yang akan menumbangkan BN.




IKLAN BERBAYAR


30 ulasan:

abrarmujahideen berkata...

Yea...eksperimen sebelum PRU 14 yg sebenar.

lelaki dicermin berkata...

Agaknya seorg pun pimpinan pas tak baca badan yg buat kaji selidik (lupa badan tu) yang hasil selidik pru 14 akan dtg pas akan dpt 3% peratus undi je dr rakyat malasia.aku sebenarnya selalu ikut kaji selidik dan keputusan badan itu berkenaan politik malaysia ni. Apa yg aku tgk keputusan badan kajiselidik tak jauh sasarnya dgn keputusan yg sebenar bila Ä·ejadian berlaku.keputusan badan itu memang boleh di percayai..apakah salah seorg pimpinan pas tak baca dan takut dgn kaji selidik tu..patut di bawa ke majlis pimpinan pas..60 thn berpancak silat pru 14 .. 3 % je dpt undi.. di mana silapnya.

omar daud berkata...

Salam:


PAS kena tutup mulut demi menyelamatkan Najib hatta umno,demi setiakawan.

FBI sudah menyenaraikan kebobrokkan Najib dan anak beranak rosmah.Mengesahkan kemewahan anak2nya datang dari 1MDB.

sALAH SATU CARA NAK COVER TUAN-TUAN GURU MEREKA YG MEMBELA NAJIB.

ALLAH MAHA KAYA,MAHA MENGETAHUI,MAHA ADIL, "KEZALIMAN,RASUAH & PENIPUAN" TAK DAPAT DITUTUP DGN ayaq Liuq Hadi & Haron.

Tanpa Nama berkata...

pas mengeluarkan arahan tutup mulut daripada mengulas isu berkaitan pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar ... azmin bercakap bagi pihak pas ... dan berunding sampai kiamat...

sepatutnya arahan tutup mulut dalam semua isu dan pada bila-bila masa ...
kurang sikit nampak bodoh ...

gua cakap lu ... pas teruk ... sekarang lagi teruk ... sepatutnya dewan ulamak yang bagi nasihat dan arahan tetapi dewan ulamak yang di nasihatkan dan di arahkan ...

Che Azemin Mahmud berkata...

Pas ttp lawan umno, sape kate pas bersama umno?

Tanpa Nama berkata...

"PAS berjanji tidak akan menggunakan teknik menyerang UMNO dan BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar nanti"

Janji mesti di kotakan. Kalau tidak jangan berjanji.

Yang bagus dan baik nya, bila masa pulak UMNO minta jangan menyerang UMNO serta berjanji?

"PAS perlu mengemukakan calon yang mempunyai beberapa merit antaranya latar belakang akademik yang baik, anak tempatan yang mempunyai keluarga besar..."

Keluarga besar? patutlah orang PAS berbini tak cukup satu dan kalau ada yang akademiknya baik, tolong lah ganti Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat,

Tanpa Nama berkata...

Kesian jugak kat PAScai sebab dah tak boleh bagi komen yang bernas di sini.

Bukan salah GB tapi arahan dari jawatankuasa pusat, nak buat macamana?

Tanpa Nama berkata...

depan org je nmpk lawan...belakang kautim hehehe

Tanpa Nama berkata...

Pas xbersama umno tapi jadi penasihat umno tu kira mcmna tu?

Pencolekhangek berkata...

Elok juga jangan komen sebab kalau komen pun cakap melalut terutama tuang presideng!

abrarmujahideen berkata...

Ujian awal dari Allah sebelum benar2 dpt tawan Putrajaya. 2/222 jumlah kerusi Parlimen.

Tanpa Nama berkata...

Pas ni baru tuhan beri dugaan mcm gini pun dah tak blh handle.... kata islamik sgt...

nick berkata...

Apabila pemimpin2 PAS bercakap tanpa menggunakan otak maka akan terbukalah hijab kebodohan serta kebejatan pimpinan PAS yang "konon2nya" ulamak. Ulama2 yang sebenar tidak bodoh kerana mereka adalah pewaris Nabi! Maka demi menutup kebodohan serta kedunguan para pimpinan PAS terpaksalah PAS mengeluarkan arahan "tutup mulut" yang juga merupakan satu pengesahan bahawa PAS adalah dipenuhi oleh orang2 dungu!

Apa2 pun PAS bukanlah sebahagian dari parti pembangkang dan dari sikap serta kemesraan mereka kepada UMNO, PAS lebih merupakan parti komponen BN. Tujuan PAS masuk pilihanraya dalam keadaan begitu hanyalah untuk mendapat "keuntungan duniawi" iaitu ada pimpinan PAS yang berharap dapat menjadi MP atau ADun untuk makan gaji dan elaun sahaja tanpa buat apa2 pun untuk rakyat. Dalam bahasa kasar, masuk pilihan raya untuk jawatan dan nak makan gaji buta! Jadi dalam keadaan begitu, PAS yang bukan pembangkang, tidak mahu menyerang UMNO dan BN, tidak mahu bersama2 parti pembangkang lain berusaha menjatuhkan UMNO dan BN, TIADA hujah untuk bertanding dalam pilihanraya samada kecil atau umum.

PAS adalah Parti cari makan, wujud ketika ini untuk para pimpinannya mencari pangkat, harta dan dunia. So, in other words, PAS can go "jalan2 cari makan" and stop being a nuisance! The rakyat don't need PAS! Err...what happen to the 3rd Blok? Is it still alive or was it just a "stupid political gimmick" from a stupid politician too stupid to understand that "a gimmick" needs to be believable! Parti Ikatan as a partner in PAS 3rd blok? That's like asking Samy Vellu to be the representative of all Malaysian Indian. No credibility and no one even considers Ikatan to be breathing except those 73 "die hard" fans. PAS will be campaigning as the 3rd Blok or what? Then what's the use of the 3rd blok if PAS is going solo just like in Sarawak? As a paper weight? A door stop? A circus clown? A symbol of PAS stupidity and overall clueless in politics? Or to show that some "islamic scholars" are too stupid to know that they shouldn't be in politics because they know nothing? My guess is the latter.

Nick.
Cape Tiger.

Tanpa Nama berkata...

PAS adalah parti bengap, Dari pemimpin kepada spesis yang kasih wala kepada ularmaknya semuanya takde otak

Malaysiabaru berkata...

Beginilah

Pas mesra umno dan mesra pkr

Mcm.pelacur nak makan semua

Rm1b di perangsang selamgor rm1b dari 1mdobi

Nak kumpul 10b menantu ayoh ni

Sudahnya ???? Rakyat tetipu

MUSTAPA SUTAN berkata...

Hormat sikit TGHH, diakan tuang presideng, penasihat kerjaan, biar PAS nak lawan parti yang diberi nasihat. Kalau parti kerajaang nak bertanding elok dengarlah nasihat baik takpayah betanding, takkan nak berlawang dgn penasihat

Tanpa Nama berkata...

Dia Ni memang baghal pun

Tanpa Nama berkata...

Ada kemungkinan tujuan PAS Selangor mengarah tutup mulut ialah kerana PAS sememangnya berkempen tanpa menyerang UMNO. UMNO tidak ada cacat-celanya. Kalau ada pun kesalahan UMNO adalah kerana manusia tidak ada yang sempurna.

Adalah lebih baik Iskandar menjelaskan apa yang telah di katakan oleh Khairuddin At-Takiri. Jika tidak ini membawa maksud PAS Selangor menjaga hati UMNO demi hubungan mesra kedua-dua Presiden parti.

Samalah tindakan Khairuddin At-Takiri dengan tindakan Iskandar.

Bukak mulut PAS akan melindungi dosa-dosa UMNO. Tutup mulut PAS menyembunyikan dosa-dosa UMNO.

Adalah lebih baik untuk PAS tidak bertanding di Sungai Besar untuk menjaga hubungan baik PAS/UMNO dan PAS Selangor/Kerajaan Selangor.

Tanpa Nama berkata...


Ini lah taraf pemimpin cai

Boleh jadi pemimpin tapi di larang bercakap.

Tanpa Nama berkata...



Syabas kpd sdr Omar Daud

Sdr selalu memberikan komen2 yg benar berharga n bermutu

Sdr dpt melihat PUNCA dan kaedah bernas utk mengatasi nya

Cuma saya nak tambah tentang isu RASUAH

RASUAH = Pen CURI

RASUAH = Pe NYAMUN

RASUAH = Pe REMBAT

RASUAH = Pe ROMPAK

Lebai2 politik itu yg sbnr2nya adalah Pen CURI

Lebai2 kopiah sorban jubah tu adalah Pen CURI pe REMBAT pe PEROMPAK

Lebai2 ostad2 penghafal tu semua adalah lintah yg mnghisap darah pen CURI dan Pe NYAMUN tarbus yg tolol tamak dan rakus



Org Melayu klu guna istilah RASUAH mrk tak NAMPAK bejatnya silebai2 tu

Tapi klu istilah ostad @ lebai2 perembat pe NYAMUN dan pen CURI mrk senang dan jelas NAMPAK dan faham!

Syabas and THANK you sdr Omar Daud, wsalam..

Tanpa Nama berkata...

Che azemin..mu duduk dlm hutan ko..hadi mu royat masuk pilihanraya..x nak menang..nk jadi penasihat bn..baso bengong

Tanpa Nama berkata...



London Turki London dan Turki
Dgn rombongan berulang kali
Klu bukan rembat samun mencuri
Camner sitolol boleh senang2 berjoli


Derma tak 'lojik' tak ada 'saksi'
Penutup 'bangkai' kat akaun pribadi
Komisyen pilkuda berjuta berlori
Penyamun pencuri sedondon sehati


Tanpa Nama berkata...

UMNO bela banyak anak ikan, PAS mungkin salah satunya.

Tanpa Nama berkata...

Says sokong hanya pertandingan 1 lawan 1 di SG besar dan k kangsar.

Sebagaimana yg kita tahu tempoh wakil rakyat yg menang hanya 1 hongga 2 tahun sahaja. Says nak cdgkan bagi saja PAS bertanding lawan UMNO.
Amanah ,DAP, PKR, semua duduk diam2 jgn keluar duit, jgn keluar berkempen Dan ahli& penyokong jgn keluar mengundi.
Begitu juga ahli2 UMNO team B.

Biar Penykong NaJib Dan walaun saja bertempur, kita lihat siapa yg kuat.

Siapa setuju?

Tanpa Nama berkata...

Aku cadang PAS bertanding d dua kawasan tu guna lambang dacing sbb pas dah jadi penasihat umno....lagi baik.

Tanpa Nama berkata...

terbaca ada satu tulisan bertajuk BN MEMUJUK, PH MERAYU,PAS TERUS LAKU..... hahahahahahha ni la masalahnya bila rasa diri tu kuat ego tak bertempat sekadar syok sendiri, sudahnya dlm PRN Sarawak langsung x laku..... hanya kerana kenyataan azmin ali baru2 ni mempelawa pas tiba2 ade entri bertajuk mcm ni....lawak pak lebai...

Tanpa Nama berkata...





Dari blog sisi bukit,

Amik nih apa yg Husam kata kat lebai2 hularrmak..


"Dato Husam kata,
Mursyidul Am, Presiden, dan lain-lain beranikah bersumpah atas nama Allah tak pernah terima apa-apa habuan daripada pihak Umno atau Najib? Ambo berani bersumpah atas nama Allah ambo tak terima satu sen pun."


Adakah lebai ostad ularmak rembat penyamun penCURI berani ber SUMPAH atas nama ALLAH sprt yg Husam syorkan diatas?

Woi! adakah ularrmak dunia kaki rembat menCURI sggup berSUMPAH??

HARAKAH lingkop, kutipan tin MILO drp derma ceramah yilleks, tapi maseh boleh meeting AJK pas pusat kat hotel mewah kat Serawak huhuhu..sape yg sponsor duit rembat CURI dtg dari mana???

Yg siku dan lutut takleh pikir takpe bye bye..


Tanpa Nama berkata...

Ulama pas memang suci mulia

Tanpa Nama berkata...

Kenyataan pemimpin pas banyak yang
malalut.tak boleh pakai lansung.utak
udang walaupun bwrpendidikan agama.
lebih baik jadi bisu

Pemuda parit kings berkata...

Kah3...hahaha...besar punya sengal!!!bijak Sgt la tuh.. Hahaha...payah klu da walaun ni...hahaha...