15 Mei 2016

Boikot PRK Jika PH Tak Tanding Mana-mana PRK

Pakatan Harapan mesyuarat esok tentukan calon PRK Sungai Besar, Kuala Kangsar

Pakatan Harapan akan bermesyuarat esok bagi menentukan parti mana dalam pakatan itu akan meletakkan calon bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar, Selangor dan Parlimen Kuala Kangsar, Perak pada 18 Jun ini.

Pakatan Harapan terdiri daripada gabungan parti politik pembangkang iaitu Parti Amanah Negara (Amanah), PKR dan DAP.


Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata mesyuarat itu akan diadakan di pejabat Amanah di Kuala Lumpur sebagai persiapan untuk bertanding pada PRK tersebut.

"Kita akan meletak calon sama ada dari DAP, PKR atau Amanah," katanya kepada pemberita selepas Majlis Makan Malam anjuran Amanah Pasir Puteh di sini, Jumaat malam.

Mohamad diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mengingatkan pakatan itu supaya tidak meletakkan calon mereka dalam PRK itu jika sekadar untuk menguji sokongan.

Tuan Ibrahim mendakwa kedua-kedua kerusi itu merupakan kerusi tradisi PAS dan parti itu akan mempertahankannya.

Mohamad berkata PAS bukan berada dalam Pakatan Harapan dan jika parti itu hendak bertanding pada PRK tersebut itu adalah hak PAS.

Kekosongan kerusi Parlimen Sungai Besar dan Parlimen Kuala Kangsar masing-masing berikutan penyandangnya Datuk Noriah Kasnon yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya dalam mesyuarat khas semalam memutuskan PRK Sungai Besar dan PRK Kuala Kangsar diadakan serentak dengan hari penamaan calon pada 5 Jun, pengundian awal 14 Jun dan hari mengundi pada 18 Jun. -MD


PRK: PAS kena guna petunjuk PRU 2004 bukan 2013

KUALA LUMPUR: PAS perlu menjadikan keputusan Pilihanraya Umum (PRU) 2004 sebagai petunjuk kepada kekuatan mereka di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, bukannya keputusan PRU lalu, kata pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.

Beliau berkata, PAS bertanding bagi pihak Pakatan Rakyat pada PRU ke-13, berbeza dengan keadaan sekarang di mana parti itu tidak lagi bergabung dengan DAP dan PKR.

“Keputusan PRU ke-13 bukanlah petunjuk yang boleh dipercayai untuk mengukur trend mengundi bagi calon-calon PAS, kerana cerminan yang lebih tepat ialah PRU tahun 2004.

“Calon PAS dalam dua PRK ini tidak akan mendapat undi yang banyak berbanding pada PRU lalu, kerana PAS telah mengesampingkan segmen pengundi yang signifikan di kedua-dua kawasan dan sudah bukan lagi parti komponen Pakatan Rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada PRU 2013, PAS hanya kalah tipis pada calon BN, dengan kekurangan 339 undi di Sungai Besar dan 1,082 undi di Kuala Kangsar.

Ia jauh berbeza pada PRU 2004, di mana PAS kalah dengan kekurangan 7,349 undi di Sungai Besar dan 5,557 undi di Kuala Kangsar.

Justeru, beliau mengingatkan PAS agar mengambil kira perbezaan dua keputusan PRU tersebut jika ingin menang dalam dua PRK yang akan berlangsung pada 18 Jun ini.

“Ia lebih relevan berbanding angka-angka pada PRU 2008 dan 2013, dan harus diambil kira jika objektif utama adalah untuk mempertimbangkan cara terbaik bagi memenangi PRK ini dan terus memberi tekanan kepada Najib,”
kata Ahli Parlimen Gelang Patah itu lagi.

Beliau turut memaklumkan, Majlis Presiden Pakatan Harapan belum membuat keputusan berhubung kedua-dua PRK tersebut, terutama soal meletakkan calon.

Beberapa pemimpin PAS, antaranya Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria sebelum ini mengingatkan Pakatan Harapan agar tidak bertanding di sana, memandangkan ia adalah kerusi tradisi PAS dan bagi mengelakkan pertembungan tiga penjuru.
-FMT


ULASAN GB

Suka atau tidak suka, terima atau tidak, realiti senario politik Malaysia ialah BN vs PH.

Blok lain selain darinya tidak ada apa-apa signifikannya.

Justeru itu kita perlu realitik di dalam membuat keputusan samada untuk menyertai dan menyokong mana-mana blok untuk sesuatu pilihanraya kecil atau umum

GB telah pun menerima maklumat bahawa pihak akar-umbi AMANAH yang mahukan AMANAH bertanding di kedua-dua PRK yang akan datang ini. Dan ini adalah realitik berdasarkan kepada kenyataan di atas tadi.

PAS perlu melihat, seperti kata pemimpin veteran DAP, Sdra Lim Kita Siang kepada keputusan PRU 11, bukan PRU13. Kerana semasa PRU13 PAS berada di dalam Pakatan Rakyat (PR).

Kini PAS berada di luar PR, justeru adalah tidak logik untuk mengguna-pakai keputusan PRU13.

Jika melihat kepada keputusan PRU 2004 iaitu sebelum terbentuknya PR, ternyata PAS kalah dengan agak besar iaitu kekurangan 7,349 undi di Sungai Besar dan 5,557 undi di Kuala Kangsar.

Jadi apabila wal-hasil balim asal, iaitu PAS tidak lagi bersama PR, maka kepututusan PRU2004 itulah yang sepatutnya menjadi panduan untuk PAS.

Berbalik kepada PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar. Beberapa kumpulan akar-umbi sudah pun membuat keputusan mendesak pimpinan PH untuk memberi laluan kepada AMANAH untuk bertanding di kedua-dua kerusi berkenaan.

Namun kita tidak dapat menghalang Majlis presiden untuk membuat keputusan yang upset, iaitu hanya membiarkan PAS yang bertanding melawan BN. Jika berlaku keadaan demikian maka, ada saranan dari akar umbi AMANAH untuk "memboikot" PRK tempat yang PH tidak bertanding itu.

GB tertarik dengan satu komentar di blog ini yang kebetulan menyamai keputusan yang dibincangkan sesama blogger PH sebelum ini:

Amanah, DAP, PKR, semua duduk diam2 jgn keluar duit, jgn keluar berkempen Dan ahli& penyokong jgn keluar mengundi. Begitu juga ahli2 UMNO team B. Biar Penykong NaJib dan walaun (PAS) saja bertempur, kita lihat siapa yg kuat.



IKLAN BERBAYAR


30 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tak timbulkan puak lain. Yang pastinya AMANAH mesti letak calon.
Go AMANAH GO!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Mohd.Tahir Abu Bakar berkata...

Kenapa nak lihat 2004,skrg dah 2016,senario sgt berubah,kebangkitan rakyat sgt berbeza,Pr dpt menawan beberapa negeri,pd 2008 dan2013,trend pengundi sgt berbeza,mrk bangkit dan ternyata umno dan bn boleh d tumbangkan.
Apa yg mendukacitakan pr berpecah,pengundi dan rakyat bersatu mahukan perubahan,tapi pemimpinnya pula bercakaran merebut kuasa,tamak dan haloba.

Sallehuddin Mohd Shariff berkata...

Kena standby, kalau2 di biarkan PAS bertanding satu lawan satu dgn BN, besar kemungkinan PAS akan memberikan BN menang tanpa bertanding...
Sediakan calun standby jugak..

Tanpa Nama berkata...

ada puak iaitu tongkat umno

Pemuda parit kings berkata...

Inilah senario politik skrg...BG saya...biarlah amanah bertanding...kalah bukanlah ukuran...boikot bukan Jalan terbaik buat rakyat...tiada kesudahan yg baik buat penyokong PH...Cuba renungkanlah wahai pimpinan PH...jgn hampakan rakyat...tolonglah...tunjukkanlah kamu komited nk Bantu rakyat...jika pas menang...APA kesudahannya???tolonglah...klu tak nak amanah pun tak apela...keadilan pun boleh.. Asal ada wakil PH disana...bijakkah kita boikot?mereng sudah klu di boikot...guna akal la...pengundi bukan budak2...jgn hampakan rakyat....

Tanpa Nama berkata...

kalau pas dan bn saja bertanding....tiada beza pun sapa yang menang....tuan penasihat....

lelaki dicermin berkata...

aku tgk semua peringkat pas mengesa PH jgn bertanding..apa riaksi nanti tuang presiden dan harun din.kalau pas lawan umno. Aku ingat pimpinan PH lakukan begini.. supaya 15 pimpinan pas yg dpt dedak dr najib akan bersuara. Yg aku boleh nampak... kalau PH bertanding atau tidak kesannya pada pas.rasa sebab 15 org yg dpt habuan dr najib..awal2 lagi TITM dah bersuara.. PH jgn bertanding. Suapaya 15 org tu bersuara..salah seorg dah bersuara..kalau bertanding pas takkan hentam umno..

Tanpa Nama berkata...

Harap PH kalau nak berorganisasi tu biarlah berprinsip sikit, apa pasal sibuk nak pedulikan pas lagi...
Skrg Amanah adalah pengganti pas dlm PH, secara prinsipnya kerusi tersebut semestinya perlu diberikan kepada Amanah utk bertanding, berdasarkan telahan semasa, pas akan tetap kalah walaupun sekiranya bertanding satu lawan satu dgn umno bn...andai kata pas rupanya hanya bertindak sbg trojan horse shj maka siapa yg rugi? Skrg rakyat menaruh harapan pada PH, gerak geri PH diperhatikan secara dekat, silap haribulan dan tindakan, PH akan lebih dibenci oleh penyokong2 yg mula kecewa dan merasakan diri diperbodohkan oleh politikus2 nakal...

Tanpa Nama berkata...

Sokong PH letakan calon...

Tanpa Nama berkata...

Sokong PH letakan calon

Abdhalimustafa Kedah berkata...

bagi kat amanah kali ni,klu letak mat sabu jd calun.

Tanpa Nama berkata...

ini macam senang kira pun susah

PKR tanding mesti kalah cina tak sokong. Itu Azmin sudah kianat kerusi Cina Sarawak. Sudah kena main satu kali sama itu PAS celaka. Tarak dua kali punya.

DAP tanding letak Melayu pun kalah. Cina sokong kuat tapi banyak Melayu hati ada tarak baik tak mau sokong.

Amanah tanding boleh menang kalau PAS tak kacau. Melayu sokong cina lagi sokong. Bukan bodoh2 mau sokong. Amanah punya pemimpin baik2 semua, dalam PAS pun cina sudah suka sama dia orang.

PAS tanding takmau menang. Kalau dia ingat boleh dapat undi macam PRU13, gua buat patung Hadi harihari gua sembah.

1negeri undi 2kerusi sudah kosong
2negeri undi 4kerusi nanti kosong

Mat Safian berkata...

Apa2 keputusan Majlis Presiden mesti diikuti asalkn bukan keputusan Azmin. Bertanding sj, pedulikn PAS. Ditakdirkan kalah pun takpa, ia kayu ukur utk persediaan PRU akan dtg.

Majlis presiden kena ingat level otak penyokong2 PH dah naik, tak sama lg mcm dulu.

Tanpa Nama berkata...

Pedulikan pas hampas. Pas tongkat umno. Tk mau serang umno. Olamak pas khairudin dah gila? Amanah kena masuk. Mat sabu sg.besar. nizar k.kangsar. ok tak. Bergegar parlimen 2 tahun. Hahaha. Nk berunding dgn pas lagi?? Kita mesti anak jantan. Jgn jadi bodohh. Pkr tak usah jd calon. Bikin serabut jer. Biar amanah turun. Takbir. Pas dah ditolak oleh semua rakyat. Pas nk tongkat umno. Rakyat dah paham.

Tanpa Nama berkata...

Azmin dikecualikan berunding dalam
majlis presiden.biar wan axizah mohd
sabu dan lim kit siang saja meeting.
azmin jadi barua pas.nak runding sampai
kiamat tampa keputusan.bengong punya
kenyataan.amanah dipastikan hantar
calon k kangsar dan sungai besar.pas
yang jadi barua umno pasti kalah.hj hadi
tak mahu kuasa.nak nasihat dan dedak
saja.haron din dan nasharudin dah dapat
dedak.hj hadi nak dedak lebih lagi.

Tanpa Nama berkata...

PAS boleh bertanding tanpa PH.

TETAPI sambut cabaran Husam yang berani bersumpah yang dia tidak ambil satu sen pun mana-mana habuan dari UMNO, Najib atau ejen-ejen UMNO.

Jangan senyap dan buat bodoh.

Jika baikot, semua blog diminta jangan siarkan apa-apa mengenai hal-hal yang berkaitan dengan prk sekalipun tiba-tiba PAS menyertai PH bermula dari hari PH putuskan yang PH tidak bertanding.



Pemuda parit kings berkata...

Tolonglah cerdik DLM keputusan prk Kali INI...BG amanah bertanding...

Tanpa Nama berkata...

Mempertahankan kawasan prn adalah kerusi tradisi tidak boleh diterima.

Boleh kah PAS kalahkan UMNO? Tujuan masuk bertanding ialah untuk menang bukan kerana kerusi tersebut kerusi tradisi tapi di malukan oleh pengundi.

Sekiranya PH tahu PAS akan kalah tapi tak kisah dengan kekalahan tersebut demi 'satu lawan satu', mudah-mudahan PRU akan datang PH dan PAS sama-sama lingkup.

Jika PH tidak bertanding sila letakkan syarat mana-mana parti dalam PH tidak boleh membantu PAS dengan mengguna kedudukan dalam parti atau mengguna nama parti.

Tanpa Nama berkata...

LEBIH BAIK TIGA PENJURU KERANA KETEGASAN PADA PAS SEBELUM MEREKA KENCIN KITA PADA PRU14.
PAS PERLU DIBUKTIKAN YANG
1.SELAMA 60 TAHUN BERDOA TAPI ALLAH TETAP TIDAK BERI KEMENANGAN KERANA MEREKA TIDAK IKHLAS DANMENIKAM JEMAAH SENDIRI SERTA JAMAAH LAIN - MENJEBON AHLI
2.MATI KAN KHAYALAN MEREKA YG MEREKA KUAT PADAHAL UMUR DAH 60 TAHUN TAPI HILANG DEPOSIT DI PRK SARAWAK. TUHAN PUN TAK RESTU LEBAI2 NI MENANG.

ONE FOR ALL BIAR PAKATAN HARAPAN SATU CALON DAN BERITAHU PAS UNDI KAMI LEBIH BANYAK DARI KAMU PARTI YG DAH 60 TH USIA. BN MUNGKIN MENANG TP INI PRK DAN KAWASAN ITU MILIK MEREKA. BIAR LEBAI LEBAI YG TAK TAHU ERTI POLITIK TU DAPAT PELAJARAN. ISLE ISLE TAPI KELAKU PD JAMAAH MCM ..............

Tanpa Nama berkata...

saya penyokong PAS tetapi kali ini, khas buat ularmak air jampi HD, pencandat HA dan TMB Kelantan PAS patut dibakul sampahkan. Marilah kita beramai beramai simpatisan PAS, moto kita kali ini gunting dalam lipatan. PAS dulu....kini dan selamanya tidak lagi.

abrarmujahideen berkata...

Secara tradisi xpernah menang..kahkah

abrarmujahideen berkata...

Kita buat CAI sokong DAP PKR atau AMANAH. KAHKAHKAH

Tanpa Nama berkata...

Pas dah x boleh nk masuk cmpur siapa yg nk brtanding SB pkatan rakyat dh hncur bla tamakkan kuasa Dan Wang..
Park ni rakyat akan menilai terutama yg x berparti pH boleh bersatu hati atau tidak dgn satu suara,jika tidak pH & bn sama shaja...lebih baik mengundi calon bebas...

Tanpa Nama berkata...

Game Madey

Game Hardy n Arong Dings

Game Azming n the kartels

Semua geng diatas termasuk Jibgor adalah penyamun perompak penCURI yg tak akan senang dgn org yg bnar2 AMANAH utk mentadbir negara ini...sbb itu puak2 nih wajib dibuang jauh2 drp persada KUASA

Kerja puak2 nih hanya menipu mengeliru memfitnah dan KHIANAT demi menCURI dan mnzalimi darah dan keringat rakyat semahu2nya

Jk yg bnar2 AMANAH menguasai negaara ini nanti, kita dpt saksikan mrk yg diatas itu akan masuk ke DALAM


KSPATIAL berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

PAS DAH JADI ROSAK KERANA PEMIMPIN BERBUNGKUS KEPALA PARTI INI BODOH.... BODOH TAK BOLEH DIAJAR.

SYABAS AMANAH. KALAU PAS NAK LAWAN KITA LAWAN. JANGAN HARAP PAS PATI BODOH BOLEH MENANG.... SIAPA NAK UNDI PAS??? HANTU MUNGKIN.......

TENDANG BUANG PEMIMPIN PAS YANG ADA SEKARANG. SEBAB DIA NI TOLOL.... TENGOK MUKA PUN CUKUP.... TOLOL. KEMUDIAN TUAN IBRAHIM BOLEH AMBIL ALIH..... KEMUDIAN DAMAIKAN AMANAH DAN PAS.

Tanpa Nama berkata...

Biar Majlis Presiden buat keputusan muktamad. Ikut kptsn majlis presiden.
Azmin, kau jgn nak sebut2 pasal PAS lagi. Kalau kau nak PAS bertanding, kau masuk PAS dulu. Rakyat mahu PAKATAN HARAPAN. DIULANGI...PAKATAN HARAPAN.

Tanpa Nama berkata...

Mat Sabu di Kuala Kangsar. Tun M di Sg Besar. Tun bertanding atas tiket Amanah. Baru haru puak puak BN dah UMNO. Klu Tun menang it's much sweeter... Baru le sweet revenge nama nya. Sebab Reformasi bangkit melawan Tun. Kini Tun pula bersama Reformasi. Kita akan dengar laungan "Reformasi" sepanjang kempen :-)

Tanpa Nama berkata...

Benarkan Amanah masuk. Nanti PRU14 mesti PAS akan lawan tiga penjuru di kerusi PH. Sudahlah dilebaikan oleh mereka.

sayed abdulrahman berkata...

Setuju.