13 Mei 2016

2 Kenyataan Ini Wajibkan AMANAH Bertanding..

PRK Sungai Besar: PAS janji tidak akan serang BN

PAS berjanji tidak akan menggunakan teknik menyerang UMNO dan BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar nanti, kerana ia tidak mampu menarik pengundi Melayu menyokong parti Islam itu.

Ini kerana, kata Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri, rakyat sedia maklum UMNO dan BN sedang dibelenggu pelbagai kemelut sehingga tidak lagi diyakini rakyat.


Katanya, tindakan terbaik PAS ialah menyampaikan mesej kepada rakyat bahawa parti Islam itu akan berjuang untuk membawa keadilan kepada semua lapisan masyarakat.

“Kempen perlu dilakukan secara berhemah dengan menampilkan mesej PAS sebagai parti Islam yang memperjuangkan keadilan untuk semua. Jangan gunakan gaya menyerang UMNO dan BN kerana ia tidak banyak membantu menarik pengundi-pengundi Melayu.

“Semua sudah maklum keadaan dan imej UMNO serta BN yang sedang merudum di mata masyarakat yang penting bagi calon PAS dan petugas menampilkan akhlak terbaik bagi memenangi hati-hati pengundi,” katanya kepada FMT.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Kuala Nerus itu berkata, PAS juga perlu menurunkan calon yang mempunyai latar belakang akademik yang baik bagi menarik sokongan pengundi.

“Di Sungai Besar, PAS perlu mengemukakan calon yang mempunyai beberapa merit antaranya latar belakang akademik yang baik, anak tempatan yang mempunyai keluarga besar dan juga mempunyai nama dan kredit di kalangan masyarakat yang pelbagai. Ini sebagai kredit kepada sokongan berasaskan dasar perjuangan parti,” katanya.

Kerusi Sungai Besar kosong selepas penyandangnya, Datuk Noriah Kasnon terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak Khamis lalu.

Tarikh hari penamaan dan hari pengundian PRK Sungai Besar dijangka diumum esok.


Azmin akan berunding dengan PAS 'sampai kiamat'

Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali menegaskan pihaknya sentiasa berunding dengan PAS, termasuk untuk pilihan raya kecil Sungai Besar.

“Saya ajak berunding. Kita kena inklusif. Ini pun (di majlis) kita sedang berunding,” katanya ketika ditanya berkaitan undangannya supaya pembangkang bersatu melawan BN.

Diasak pemberita, Azmin berkata perbincangan itu sentiasa berlaku, sambil menyebut kehadiran wakil PAS dalam acara kerajaan negeri di Sabak Bernam hari ini.

Ditanya lagi sampai bila rundingan itu akan berlangsung, beliau menjawab ringkas.

“Sampai kiamat.”

Undangan Azmin, yang pertama kali dibuat selepas kemerosotan penguasaan Pakatan Harapan dalam pilihan raya Sarawak, dilihat sebagai tawaran untuk PAS menyertai semula gabungan pembangkang di peringkat pusat.

PAS sudah mengumumkan akan bertanding dalam pilihan raya kecil Sungai Besar manakala serpihannya Parti Amanah Negara (AMANAH) pula tidak menolak kemungkinan tiga penjuru di kawasan itu.

PAS kalah tipis di kerusi itu dalam pilihan raya umum 2013 ketika masih bersama gabungan dengan PKR dan DAP.
-mk


ULASAN GB

KIita masuk pilihanraya kerana ingin mengalahkan BN. Tiba-tiba PAS masuk pilihanraya tak mahu serang BN. Sesuai benar pendekatannya dengan hasrat Presiden PAS yang mahu PAS menjadi "Penasihat" kepada kerajaan BN.

Jika demikian lebih baik PAS tidak menyertai pilihanraya, malah tak perlu sertai politik negara. Tak perlu hirau isu semasa. Jadi sebuah gerakan dakwah seperti Jemaah Tabligh. Tak serang sesiapa, tak payah rebut kuasa, boleh berdakwah sepanjang masa.

Kedua isu Azmin nak berunding dengan PAS sampai kiamat.

Di Sarawak itu alasan Azmin untuk elak 3 penjuru. Berunding dengan PAS. Apa jadi? Bersimpang siur dikerjakan apabila PAS bertanding menentang parti-parti Pakatan Harapan termasuk di beberapa DUN PKR sendiri..

Seperti yang GB ulaskan sebelum PRN11 lagi, Azmin dan PKR akhirnya dihukum rakyat Sarawak. Undi popular PKR merudum -7.85%, iaitu 17.41% pada tahun 2011 kepada 9.29% pada 2016.

"Jasa" terbesar Azmin ialah memporak-perandakan Pakatan Harapan di Sarawak. Sekarang mahu porak-perandakan PH di Semenanjung pula.

PH perlu hentikan tindakan Azmin ini. Merbahaya untuk masa depan PH, merbahaya untuk masa depan negara.

Tentang kenyataan TITM pula, sudah ada yang memberikan jawapannya:




IKLAN BERBAYAR


27 ulasan:

Timnajib Jomfikir berkata...

Bodoh punya Azmin Ali! Sanggup tunggu sampai kiamat? Hoiii Azmin Ali....negara dah nak jahanamlah bangang piang betullah Azmin Ali ni...Kak Wan, Rafizi Ramli...kot lah nak tengok sahaja...?

Sudah terang PAS parti pembangkang mesra UMNO lah.

Tanpa Nama berkata...

Pas hj hadi nak bawa keadilan kpd semua lapisan masyarakat??? Jgn buat lawak. Nak berlaku adil kpd ahli2nya yg dah bersama puluhan tahun pd muktamar tahun lps pun tak mampu. Cermin diri dulu

Tanpa Nama berkata...

Kelihatan Azmin bertindak seolah olah dia ketua pembangkang. Menampakkan jelas spt Wan Azizah tidak berfungsi,apa yg berlaku dlm pkr skrg,rakyat nak muntahla dgn drama pkr ni. Dap dan Amanah elok je konsistan dgn perjuangan, nampak pkr pulak menuju kehancuran,sejak Anwar xda,pkr makin merudum.Tak nampak org lain,nampak Azmin yg menghuru hara kan pkr..majlis presiden xblh buat apa2 ke? Kalau xblh maafla,kami rakyat marhaen xdpt kasi undi utk pkr lagi.undi kami hanya utk Amanah dan Dap..

Tanpa Nama berkata...

PAS dah jadi Parti Keliru... entah apa matlamat PAS berpolitik? Rakyat dah bengong..... Ini semua kerana H Bawang yang terlalu bodoh berpolitik. PAS rosak kerana H Bawang....

AMANAH harus bertanding di kedua-dua kerusi.... Jika PAS-Kawan-Umno bertanding tetap kalah.

PAS dah jadi PARTI KUCAR KACIR kerana kebodohan pemimpin. Jangan harap orang bukan Melayu akan undi PAS kali ini. Melayu pun tak akan undi PAS. PAS sudah tidak boleh dipercayai.... parti temberang kuat.... kaki putar alam.....

Cakap berbelit-belit...

Tanpa Nama berkata...

Huduh betul politikus pas skrg ni... bercakap mcm tak guna otak...percakapan dgn perbuatan saling tunggang langgang...apalah nak jadi...

Pemuda parit kings berkata...

Hahaha...pergi mam Ia parti sejarah...ko takkan diterima pengundi...tunggu Dan lihat...huhuhu...saya akan usaha terdaya mampu perjuangankan amanah agar menang disana...

Tanpa Nama berkata...

Biar saja pas bertanding di dua dua prk tu. Baru boleh tau langit tinggi atau rendah. Kalau dua dua tu kalah, boleh jadikan point utk amanah bertanding byk kerusi masa PRU. tak sabar aku nak tengok sokongan pada ustaz2 pas selepas berpecah dgn golongan profesional.

Tanpa Nama berkata...

moga abg mat sabu menjadi calon parlimen sg besar

tanya sama itu hud hud berkata...

Inilah cerita parti lebai sarkas dimana ketuanya hebat dalam menjinakkan anjing yg menyalak kabilah,babi dalam bukit dan segala jebon2 kononnya..

Tanpa Nama berkata...

Dah Oresiden PKR@Ketua Pembangkang lemah... gitulah jadinya. PKR ni ada Presiden ka??? ataupun Azmin Presiden PKR? Betoi cakap Hadi.. pompuan tak leh jadi ketua. Azmin dah berjaya membuktikannya! Hadi bagi bola tanggung.. Azmin libas.. kedepuk kena muka Wan Azizah. Tu pun wat derk jaa. Lingkup PH camni.
... lawan tetap lawan. Biaq la PAS ka apa bala ka bertanding.. PH kena letak calon.. tapi bukan PKR!!!

nick berkata...

Tak taulah nak cakap apa tentang PAS ni. Dengan kenyataan yang tak menggunakan otak iaitu tidak akan menyerang UMNO atau BN, PAS sudah mengembirikan parti itu sendiri. PAS sudah jadi "Parti Eunuch". Jika begini, nak buat apa PAS sibuk masuk pilihanraya? Buat apa rakyat mengundi PAS kalau PAS setakat "main2 kombat" dalam melawan UMNO dan BN? Dan buat apa rakyat inginkan PAS sebagai penasihat sedangkan negeri2 yang PAS tadbir seperti Kedah, Terengganu dan sekarang Kelantan pun tak terurus, penuh dengan penyelewengan dan ketidakadilan sama seperti negeri2 yang ditadbir UMNO dan BN? PAS ada rekod pentadbiran yang baik dalam mentadbir negeri seperti Selangor dan Pulau Pinang? Kalau takde, sapa yang nak jadikan orang2 yang hanya tahu mengaji dan menjatuhkan hukum ikut nafsu sebagai penasihat sedangkan Malaysia memerlukan pakar2 ekonomi, sosialogi, politic, alam sekitar, industri serta teknologi!

PAS masih ada golongan teknorat yang boleh dipakai sebagai pakar2 ilmu dunia atau PAS sekarang sudah depenuhi dengan orang2 yang duduk berfantasi bahawa "taat kat ulamak" AKAN menjadikan negara maju secara "ajaib"! Perlu ahli PAS ingat bahawa ulamak2 terdahulu bukan sahaja pakar dalam ilmu agama bahkan merekea adalah ilmuan matematik, tamaddun, astronomi, sains, perubatan serta menguasai cabang ilmu2 keduniaan yang diperlukan untuk menjadi "khalifah" dunia. Adakah Ulamak2 PAS yang didewa2kan sekarang ini, pakar2 dalam ilmu2 agama serta menguasai ilmu2 keduniaan yang menjadikan mereka the Caliph of the future"? kalau setakat datang masjid dan surau nak bagi tazkirah, janganlah dok heboh kunun2nya ulamak2 PAS boleh diharapkan untuk menjadi "kalifah" yang akan memakmurkan negara. Apa yang jelas, ulamak2 PAS hanya layak menjadi pemanas kerusi parlimen dan pemakan duit gaji dan elaun yang amat pandai borak tapi langsung tak reti buat kerja. Next time, gunakanlah otak sebelum bercakap wahai ulamak2 PAS. nanti rakyat tengok semua ulamak2 PAS sama "naif" seperti Harun Din bila dia tanpa mendapat malumat yang penuh membela Najib dalam kes duit 2.6 billion. Jangn nanti rakyat melihat PAS dan UMNO sebagai si dungu menasihati si penyamun.

Nick.
Cape Tiger.

Tanpa Nama berkata...

Memang semua sudah tahu yang UMNO BN dah teruk (merundum) tetapi yang ramai tidak tahu, apa sebab PAS ada hubungan dengan UMNO dan berbaik dengan Najib yang mana Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin sendiri kata UMNO dah merundum. Jahanam.

Jika PAS tidak menyerang bermakna isu 1MDB tidak di sentuh, GST bukan nya masalah yang di hadapi rakyat dan deklarasi rakyat di ketepikan

Kalau PAS baik dan adil, berhemah dan berakhlak, pun tak payah lah nak tunjuk-tunjuk. Nanti jatuh riak.

Jadi eluk lah PAS hanya gantungkan bendera dan poster sahaja kalau macam itu cara PAS bertanding.

Pengundi perlu diberitahu keadaan sebenar negara dan masalah yang menyebabkan rakyat jadi begini. Apa punca nya dan apa tindakan nya? Kerja ahli politik ialah menyedarkan rakyat bukan sekadar memberitahu apalagi menganggap sudah tahu.

Rafizi mengatakan untuk membayar hutang 1MDB, sama dengan pembinaan 2 pusat pengajian dan 1 hospital. Makna nya taraf kehidupan rakyat jelata sepatutnya jauh lebih baik dari sekarang jika PH yang berkuasa. Rakyat tahu hutang 1MDB banyak tapi rakyat tidak sedar dengan hutang sebanyak itu rakyat dapat 1 hospital dan dua pusat pengajian. Macam-macam lagi.

Kalau akhlak baik dan berhemah, boleh ke masalah diselesaikan? Mesti kena ada otak yang bijak.

Kalau berkempen tapi hutang negara dan salah-guna jawatan PM tidak mahu di sentuh bermakna PAS bersongkol dengan perkara tidak baik. PAS tidak dapat membezakan antara mengkritik pentadbiran yang lemah dengan mencemuh peribadi orang.

Jangan lah kamu tolong-menolong dalam kemungkaran dan kejahatannya.

Tanpa Nama berkata...

Parlimen Sg Besar wajib ditandingi oleh PH. Tak kisahlah PKR @ AMANAH. Dalilnya kerana DUN Sekinchan yang dimenangi oleh Wakil DAP berada didalam Parlimen Sg Besar. Pengundi DAP akan mengundi wakil dari PH. Peluang untuk menang adalah tinggi kerana Rakyat melihat Kezaliman Kerajaan UMNOBNdan Orang Melayu paling menderita!! Untuk orang Melayu mengundi PAS mungkin peratusnya kecil kerana Rakyat melihat kini terlalu mesra UMNO.

Tanpa Nama berkata...

Parlimen Sg Besar wajib ditandingi oleh PH. Tak kisahlah PKR @ AMANAH. Dalilnya kerana DUN Sekinchan yang dimenangi oleh Wakil DAP berada didalam Parlimen Sg Besar. Pengundi DAP akan mengundi wakil dari PH. Peluang untuk menang adalah tinggi kerana Rakyat melihat Kezaliman Kerajaan UMNOBNdan Orang Melayu paling menderita!! Untuk orang Melayu mengundi PAS mungkin peratusnya kecil kerana Rakyat melihat kini terlalu mesra UMNO.

Tanpa Nama berkata...

Pascai nak jadi pendakwah pun tak layak.. kalau nak berdakwah dah lama dan macam2 pas boleh buat.. tapi instead of berdakwah.. Pascai tunjuk akhlak buruk. Pascai bole jadi nelayan..

Tanpa Nama berkata...

Wan Azizah tolongla bertegas.Rakyat mengharapkan anda tp anda seolah olah takut dgn Azmin,kalau mcm Ni gaya nya senang2 jela Azmin tendang Wan Azizah nt kalau Azmin naik jd presiden.seolah olah wan Azizah xlayak memimpin pembangkang..dah letih dgn politik mcm ni.kami sbg rakyat biasa kecewa sgt dgn anda.

fissal berkata...


xde bezanya klo pas menang pun ... rase2 pas lingkup...now is the time for amanah to test the ground ... klo kalah pun xpe ... yg penting try your best ...then we know your best is still not enough ...the we know amanah have to work harder for the next Pru..

we know for certain that semenjung xleh kita samakn ngan Sarawak ... org semenanjung lebeh peka dgn the current situation involving 1mdb ... kt sini semua org kpg dah tau....

amanah must go for it ... klo 3 penjuru ....i dont mind even if bn wins ... kalo pas mng pun they are of no use to us ...and amanah will know where they stand kt semenanjung ....

insyaAllah ...maybe amanah might win ...

Tanpa Nama berkata...

Azmin [PKR]........Kalu mu main Politik gini,Sapa kiamat pun UMNO BN tak akan alah.dengan PAS mu nak gewe dengan HARAPAN,DAP mu nak gewe .Hak mana mu nak wat BINI.Mu ni jenis gapo.Jenis Tak leh ewat gu.Make gu.Presiden [PKR] serupo takleh wat kiro jugo jenis. Putus Haid .Janganlah puak2 mu dok auta gini.Rakyat bui HARAPAN tapi Puakmu TIPU BELIT RAKYAT.PEI lebih CELAKA dari UMNO TUI..........AMBO STAT MARAH DAH NI BODOO''.AMANAH ,DAP tegasla sikit jange dok ikut saja spelet AZMIN PKR tu.TEGAS Tunjuk taring getek .Biar Rakyat mace ambo ni rasa JELIRA .

Tanpa Nama berkata...

Amanah mesti bertanding di Sungai Besar.

Orang melayu sudah jijik dengan Umno.
Orang Melayu sudah ditipu Pas.

Jika hanya Pas yang bertanding, Melayu cerdik, Cina dan India tidak akan keluar mengundi kerana tidak ada pilihan.

Orang Melayu tahu tidak berguna mengundi Pas kerana Pas tidak mampu bekerja membela rakyat. Kerja Pas hanya membela Umno.

Jadi tidak ada pilihan.

Cina dan India juga tidak akan undi Pas kerana semasa dalam PR, Pas antara harapann mereka menumbangkan BN tetapi sekarang Pas sudah belot.

Oleh itu hanya Amanah sahaja harapan mereka. Jika Amanah bertanding, Melayu cerdik, Cina dan india akan keluar mengundi kerana Amanah akan dibantu oleh DAP dan PKR.

Melayu bodoh akan undi Umno manakala Melayu walak (bodoh juga) tetap pada Pas.

Dalam Amanah ramai profesional.

Tanpa Nama berkata...

PAS parti kepala bana, ├Âtak udang kurang oksigen sebab serban ketat

Tanpa Nama berkata...

Pangkah apa saja asal bukan BN...!!

Pemuda parit kings berkata...

Tobat aku xkan pangkah bn Dan pas!!!

Pemuda parit kings berkata...

Jom Turun Bantu...takda tenaga hulurkan sumbangan...ada tenaga turun Bantu jentera PH...jgn sembang...hahaha...

Tanpa Nama berkata...

Ape laa nasib Bang Nuar..setiap orang yang rapat dengan dia..semuanye tikam belakang dan belot..mule2 skali Zahid Komedi..pastu Ezam..la ni Azmin pulak..ape punye penangkal ko dah pakai Bang Nuar oiii!,

Tanpa Nama berkata...


Pas dah kata nak jd goblok ke-3. Bila jd goblok ke-3, mereka boleh berkecuali, bersama Umno atau PH. Dalam sidang2 parlimen yg lepas, mereka berkecuali, tidak bersama PH. Ini memberi keuntungan dan tongkat pd Umno. Najib sendiri berterima kasih pd Pas kerana menyokong belanjawan beliau.

Memilih Pas jd wakil parlimen tidak memberi faedah.

1. Bila pemberita bertanya kenapa Pas tidak membantah RM2.6B dlm akaun Najib, Nik Abduh jawab mereka membantah sambil berdiri, duduk dan baring.

2. Dlm sesi parlimen Nik Abduh bertanya Menteri Kesihatan apa langkah2 kementeriannya utk mengatasi gejala HIV di Kelantan. Menteri dr MIC jawab selain dari langkah2 pro-aktif kementeriannya, YB Pasir Mas kenalah beri nasihat dlm ceramah2nya pd rakyat Kelantan jgn pergi ke seberang sempadan. Kan dah kena sebiji nasihat dr MIC.

3. Dlm perbahasan berkenaan dana asing, YB Temerloh Al Tontoni bangun menyoal apa langkah2 Kem. Kewangan mengatasi pendatang asing.
Speaker kata soalan tidak relevan dan Tim. Menteri Kewangan tidak perlu jawab. Lain yg orang bahas, lain yg Al Tontoni soal. Apa yg dia mengalamun agaknya.

4. Yg sorang lagi asyik nak ponteng. Dia pun sibuk kalahkan PM.

5. YB Takiyudin dlm PAC tidak memberi apa2 sumbangan pd pembangkang.


Ahli2 parlimen Pas hanya boleh harap duduk goyang telor je lah.


leego shoppe berkata...

Salam....nak royak(beritahu) sikit..renunh baik2 Dari sudut politik celik akal Dan budi...jika sudah terbukti pas tu Sgt mesra dgn BN d blkg atau depan Tabor sudah tentu pemimpin pas gembira jika umno-bn menang pilihan raya. Apabila mereka menang maka mudah agenda kedua²nya direalisasikan..pemimpin pas mesti menyertai apa2 pilihan rays until memecahkan undi melayu Islam pembangkang untuk beri menang mudah kpd rakan mesra mereka umno-bn,dgn kata lain calon pas seolah2 calon bebas yg diupah untuk memenangkan umno-bn..yg sedihnya ramai pengundi pas ditipu Dan tertipu dsebalik perencanaan pemimpin2 mereka...penyokong akan merasa kalah ttp hati pmimpin mereka menyimpan kegembiraan amt sangat. Jika pas menang umno-bn juga gembira kerana rakan blkang tabir mereka yg mesra dpt terus bersama. Kesimpulannya kemskan pas DLM plhraya hanya until membantu rakan mereka menang dalam tangan.

leego shoppe berkata...

Salam....nak royak(beritahu) sikit..renunh baik2 Dari sudut politik celik akal Dan budi...jika sudah terbukti pas tu Sgt mesra dgn BN d blkg atau depan Tabor sudah tentu pemimpin pas gembira jika umno-bn menang pilihan raya. Apabila mereka menang maka mudah agenda kedua²nya direalisasikan..pemimpin pas mesti menyertai apa2 pilihan rays until memecahkan undi melayu Islam pembangkang untuk beri menang mudah kpd rakan mesra mereka umno-bn,dgn kata lain calon pas seolah2 calon bebas yg diupah untuk memenangkan umno-bn..yg sedihnya ramai pengundi pas ditipu Dan tertipu dsebalik perencanaan pemimpin2 mereka...penyokong akan merasa kalah ttp hati pmimpin mereka menyimpan kegembiraan amt sangat. Jika pas menang umno-bn juga gembira kerana rakan blkang tabir mereka yg mesra dpt terus bersama. Kesimpulannya kemskan pas DLM plhraya hanya until membantu rakan mereka menang dalam tangan.