17 Mac 2016

"PASIK" - Menjadi Bahan Lucu Oleh Netizen

PAS-IKATAN sepakat hudud tidak sesuai di Malaysia

KUALA LUMPUR: Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) percaya bahawa isu hudud tidak akan menjadi isu besar diantara gabungan PAS dan parti baharu dalam membentuk blok pembangkang ketiga.

Presiden IKATAN, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata, walaupun bergabung dengan PAS, mereka sependapat bahawa hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia.

“Saya tidak fikir, situasi di Malaysia sesuai untuk melaksanakan hukum hudud. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga berkata, hudud kita fikir kemudian, apa yang dibentangkan di Parlimen bukan untuk melaksanakan hudud.


“Tetapi, hanya untuk tingkatkan lagi kuasa mahkamah syariah. Kerana, kuasa mahkamah syariah lebih rendah dari mahkamah majistret,” ujarnya dalam satu wawancara bersama FMT.

Jelas Abdul Kadir, isu hukum hudud itu merupakan isu dan provokasi yang hanya dimainkan oleh penyokong UMNO di Kelantan.

“Mereka (PAS) tidak membawa hudud, selama 20 tahun memerintah, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat juga tidak pernah bawa. Dia (Nik Aziz) tahu bahawa rakyat tidak sokong.

“Tetapi ia mendapat provokasi dari ahli-ahli UMNO di kawasan kampung terutamanya, kenapa PAS sebagai sebuah kerajaan tidak membawa hudud,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Kadir juga memberitahu Islam bukanlah sebuah agama yang ketat, sebaliknya agama untuk semua pihak.

“Islam juga benarkan atas beberapa syarat, kita boleh menangguhkan pelaksanaan hukum hudud dan di Malaysia, saya lihat kita termasuk dalam syarat berkenaan kerana masyarakat berbilang bangsa,” ujar beliau.

Pada masa sama, beliau turut memberitahu bahawa tanggungjawab PAS untuk memperketatkan undang-undang mahkamah syariah juga telah selesai dan kini terpulang pada rakyat untuk menghakimi.

“Mereka telah bawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, kemudian bentangkan di Parlimen. Tugas mereka sudah selesai, sebagai seorang muslim, mereka telah lakukan sebaik mungkin.

“Kini terpulang kepada rakyat, untuk memilih kerajaan, kerana kini ia di bawah kuasa UMNO,” katanya lagi. -FMT


IKATAN, PAS bersekutu bentuk blok baru pembangkang


PAS hari ini mengesahkan pembentukan "blok baru pembangkang" dengan mengadakan kerjasama dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN).

Perkara itu diumumkan di sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Bercakap kepada media, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pertemuan hari ini "membuka ruang ke arah pembinaan kumpulan persefahaman" yang lebih tersusun.

Katanya, PAS membawa model politik matang, terbuka, bertanggungjawab, bersih dan sejahtera bersama parti-parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan yang ingin turut serta dengan idea berkenaan.

"Pendekatan ini juga menuntut kami supaya bergerak di atas teras penyelesaian dan politik membina, di samping menolak budaya politik oportunis, kasar dan perkauman sempit," katanya.

Di atas prinsip itulah, kata Takiyuddin, maka pada hari ini "bermulalah satu kerjasama politik di antara PAS dan IKATAN.

IKATAN adalah sebuah parti baru diketuai bekas menteri, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir yang ditubuhkan pada 2012 tetapi hanya didaftarkan pada 2015.

Sebelum itu Abdul Kadir yang pernah menjadi anggota Majlis Tertinggi Umno mengheret Pendaftar Pertubuhan (ROS) ke mahkamah.

Parti itu didakwa bertujuan untuk memperjuangkan idea perdana menteri pertama negara, Tunku Abdul Rahman Putra.

Terdahulu rancangan PAS mengadakan sidang media mengumumkan pakatan berkenaan tergendala apabila bekalan elektrik terputus kira-kira 10 minit.

Keadaan ruang sidang media yang tidak mencukupi berbanding jumlah wartawan juga memaksa sidang media berkenaan dipindahkan ke sebuah hotel berhampiran Ibu Pejabat PAS di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Sebelum ini Takiyuddin mengumumkan pembentukan “blok ketiga politik” yang diharap setanding dengan Pakatan Harapan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

PAS bersama PKR dan DAP membentuk Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum ke-13 lalu namun kerjasama politik berkenaan berkubur apabila hubungan antara parti mengalami masalah.

Antara lain ia berpunca daripada krisis dalaman PAS sendiri apabila kumpulan konservatif dilihat melakukan 'pembersihan' terhadap golongan progresif parti itu.

Bekas pemimpin PAS yang tersingkir kemudian membentuk Parti Amanah Negara dan mengadakan kerjasama dengan PKR dan DAP bagi menghasilkan Pakatan Harapan. -mk


ULASAN GB

Bagai hari malap bagi PAS apabila menubuhkan Pakatan Baharunya bersama parti IKATAN.

PAS kemaruk nak jadi ketua, kini dah dapat jadi ketua. Ketua untuk pakatan dua parti - PAS + IKATAN. Macam-macam nama ringkas (abbreviasi) ditemui di siber, PASIK, PASIKAT, PASIKTAN, PASKATAN.... Ia menjadi bahan lawak netizen....

Walau apa pun, yang lebih penting untuk dijelaskan oleh PAS, benarkah kenyataan bahawa PAS dan IKATAN bersetuju menyatakan hudud tidak sesuai di Malaysia?

Jika benar ia amat memalukan ahli-ahli dan pendokong PAS yang selama ini bermatian-matian menyatakan mereka keluar dari Pakatan Rakyat sebab DAP tolak hudud.

Malah bukan sahaja ahli PAS, pemimpinnya juga.

Kini segalanya-galanya terburai. Hukum kebenaran dan keadilan terdedah. PAS membuka pekungnya sendiri bahawa perjuangan hududnya sudah tidak sampai ke mana. Alih-alih buat kenyataan bersama IKATAN, hudud tak sesuai di Malaysia. Setiausaha Agung PAS pula menyatakan tugas kerajaan pusat untuk bentangkan hudud di parlimen.

Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. PAS akan terus mengalami kekalahan demi kekalahan, keaiban demi keaiban sehingga terus pupus dari pentas politik negara ini. Kita sudah ada parti Islam yang amanah, progresif dan peduli menggantikan PAS - PARTI AMANAH NEGARA namanya!

46 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bro, Kau Tak ader gelaran "ulama pas suci mulia", maka tiada hak nak soal ulama pas suci mulia yang ilmu tinggi

Lagi pun sari dunia dah tahu yang halang hudu adalah dap Cina kapir yang hina agama.

Tanpa Nama berkata...

“Saya tidak fikir, situasi di Malaysia sesuai untuk melaksanakan hukum hudud. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga berkata, hudud kita fikir kemudian, apa yang dibentangkan di Parlimen bukan untuk melaksanakan hudud.

APA PUNYA STATEMENT NI TUANG PRESIDENG? - Memang menyesal aku pangkan bulan PRU lepas! Patut logo baru diatas tu letakkan serban diatas bulan tu baru cantik.

Tanpa Nama berkata...

Innshyaa allah...pakatan harapan akan terus mengorak langkah laju kehadapan....amanah lbh berwibawa dari parti pas.bergaul mesra dgn ahli pas.... Tuntut ape yg perlu dr pemerintah umno....kta pangkah amanah.... Kta menangkan amanah...pakatan harapan...

Unknown berkata...

Salam GB

To day u make my day la.."the joke of this month".

Nak ketawa pun tak nak menangis pun tak...cuma tuhan nak tunjuk "CASH" pada ahli2 PAS,Hudud yg bagai nak rak diperjuangkan oleh Hadi,hanyalah "ACAH-ACAH" aje.seperti mana dia set up BLOK KA3,semuanya Acah-acah aje,mana ada realistic langsung parti yg kononnya >50thn berkawan parti yg baru didaftarkan tahun lepas ahlinya cuma kadir shekh fadir tak sampaipun 100 orng.TAKPALAH hADI begitu kemaruk nak jadi ketua Pakatan, sebagai RESUME nanti bila najib berkuasa untuk lantikkan jawatan tertinggi negara.

Tanpa Nama berkata...



Ikat. Jgn tak ikat.

Bang Hj, nak ikat tgh ke nak ikat tepi ?

Abg hj nak ikatan yg sah ..he..he..he..

Tanpa Nama berkata...

Pas pis pus...selama2 nya..

Tanpa Nama berkata...

Hahaha Hidup Hidup ahli ahli PAS kena Tipu.patut Pemimpin2 Pas yg Progressive siang siang dh Belah.tunggu Datok Husam jer lagi

Unknown berkata...

Kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kqh kah kah kah.....

Tanpa Nama berkata...



Jalan Yg LURUS... Terang Ber CAHAYA
Tiada Yg CURIGA... Tiada Yg SANGSI
MERIT dan AMANAH... IQ Yg BIJAKSANA
Membentuk MUAFAKAT... Sebulat HATI
Bukan Mem BURU... NOBAT dan Harta
Demi Men DAKAP... AMANAH ILAHI
Kaseh Mem-BERI... Sesama INSANI
INDAH Ber Cahaya... HATI Nurrani


Lorong Yg GELAP... Sempit dan BUNTU
Tunggang Ter BALIK... Saling Ber GOCOH
Taat dan WALAQ... Lutut dan SIKU
Mereka Tak 'SEDAR'... Dah Tolol dan BODOH
Di UMPAN Harta... Ber Tuhankan NAFSU
SERAKAH Menyondol... Di Per KUDA dan Gelojoh


Lorong yg GELAP... TANPA Cahaya
IQ pun Malap... Tiada BERMAYA
Si BEBAL Bengap... Ter Tanya Tanya
Mengapakah "hudud"... Kejap Ada Kejap TAK ADA
Adakah Kerana... Ter Telan PilKUDA?
Patut lah SEDONDON... Melahap Wang "DERMA"?!


Siratol MUSTAQIM... TERANG Ber CAHAYA
Tiada Yg GELAP... Samar KELIRU
Tiada Yg SANGSI... Kesumat CURIGA
Saling Mem-BERI... Saling Mem BANTU
FITRAH Yg Suci... AMANAH Di Jiwa
AMANAH-Integrity... Ke Hadrat Yg'SATU
Kaseh Mem-BERI... Membawa Ke Syurga

Tanpa Nama berkata...

PAS = Parti baghal

Tanpa Nama berkata...

Betul telahan awal bekas2 penyokong dan bekas ahli pas...hudud hanyalah mainan politik utk menjatuhkan para golongan progresif dlm parti..
Itulah perancangan mereka yg mengaku konon ulamak...rupa2nya niat mereka sangat tidak baik, shingga menjadikan pas berpecah belah...apakan daya Amanah dan PH lah yg sesuai utk politik masa depan rakyat...

Tanpa Nama berkata...

Memang sesuai la dua parti ni berkawan... Satu parti melePAS dan satu parti lagi buat IKATAN... elok la tu... Korang perasan tak dlm sidang akhbar tu Hj Hadi dah x pakai seban tapi pakai ketayap merah ala2 warna UMNO...!!!

mujadid berkata...

Terbuktilah bahawa setiap langkah Pas adalah memenuhi agenda Umno.Yang pasti adanya subversif Umno yg dah masuk dalam kepimpinan tertinggi Pas.
Ahli Pas tak perlu lagi berfikir panjang mendengar hujah2 mempertahankan ulamak yg berselindung dibelakang Umno.PAS kini diperkuda oleh Umno-BN.
Pepecahan PR yem0oh hari itu pun perencanaan Umno yg tidak disedari oleh ahli Pas.Pemimpin Pas yg bersekongkol dgn Umno mengetahui konspirasi ini.
Yang tidak bersetuju telah keluar dari Pas dan menubuhkan Amanah.
Alhamdulillah kita Ahli2 Pas ada platform utk bersandar dlm menegakkan ISLAM RAHMAT UNTUK SEKELIAN ALAM.

bunbinban berkata...

OooooooOOOOoooooo...selama ni tuang presideng nak ikatan 'bowtie' la ye...kahkahkahkah....

Tanpa Nama berkata...

Sokong terus lah umno...pas pis pus
bikin malu sama ahli.
telor dah masuk dalam

Abdul Said berkata...

Itulah Melayu senang-senang panggil orang ustad, senang-senang panggil orang ulamak. Baru ngaji 2 baris dah panggil ustad. Baru habis kitab perukunan dah panggil ulamak. Sekarang apa macam? Berapa ramai kena kecing dengan orang yang mengaku ustad dan ulamak. Kalau kencing biasa takpe la. Ini kecing makan petai + jering + kerdas + air daun ketum + pil kuda. Berapa punya hancing daa. Kalau kena jubah melekat baunya. Kena bakar jubah tu!!!

Tanpa Nama berkata...

Hebat betul pemimpin PAS.

Mana pergi hujah Hudud hanya untuk negeri Kelantan? Mana pergi kata-kata Hudud hanya untuk orang Islam?

Kenapa sekarang tidak sesuai sedangkan Hudud bukan untuk orang bukan Islam? Hj Hadi kena belajar mengenai Hudud dengan pemimpin DAP.



Tanpa Nama berkata...

pas masih boleh dipulihkan. tendang keluar MA, presideng, ustaz2 'haraki', self-proclaimed ulama2. insyaAllah boleh dihidupkan semula

Unknown berkata...

Kenyataan tuang presiden.. memang aku maki dalam hati..bayangkan lah..aku boleh bertekak di blog pro pas. Bila penyokong pas yg pendek akal membelasah aku..kafir bila org islam menolak hudud..seòlah2 bersetongkol dgn dap menolak hudud.. aku terang perlembagaan malaysia pun penyokong pas yg pendek akal tak terima..memang byk sahabat2 pro PH bertempur dgn penyokong pas pendek akal tu...tiba2 senang2 tuang presiden keluarkan kenyataan begini..terus terang aku ckp.. tuang presiden ni dah sakit mental..kenyataan dia hari ini sama je dgn AMANAT HADI tu.. sikit pun dlm hati takde rasa bersalah.. dulu kat blog ni.. ada pengomen tulis muka letak kulit dot2 14 inci.. masa tu aku anggap komen terlalu melampau..skg dlm hati aku mcm nak mengesahkan apa pengomen tu tulis...takut juga aku apa dlm fikiran bangsa2 lain.. kalau penyokong2 pas yg pendek akal.. masih taksub dgn tuang presiden..sedangkan org yg di puja... ckp tunggang terbalik.. takde pendirian.. takde keyakinan.. aku rasa tuang presiden jadi naib ulamak dunia atas hubungan baik anuar ibrahim dgn yusuf qardawi...kalau mcm ini lah sikap tuang presiden .. mesti anuar ibrahim malu...

Tanpa Nama berkata...

Classic... Hehe

Tanpa Nama berkata...

Bengong bahlul bodoh tongong bengap tolol bengong bangai bingai dunggu......jadi mangsa pecah dan perintah umngookk freemanson.....

Tanpa Nama berkata...

MasyaAllah - Apa bangang bonar kau Hadi?!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

AMANAH kemudian kan hudud supaya pemasalahan kehidupan masyarakat di selesaikan dulu. PAS kemudian kan hudud supaya Kadir menjadi sekutu dulu. Berbeza pendirian PAS dengan AMANAH.

Dan antara UMNO dan PAS, PAS lagi keji kerana mempermainkan hukum.

Masa hudud diperkatakan, dua tiga kitab di kepit ke hulu ke hilir.

Tuhan akan ikat mereka. Neraka lah tempat mereka.

Tanpa Nama berkata...

aku nak lihat apa tindakan azmin dgn perlakuan pas ini. adakah masih mau bersama atau cerai...

skrg ahli pas kalau pakai jubah kena ada bowtie dileher. serban pun kena pakai corak polka dot.

itu hari pakai pink. la ni boleh pakai bowtie pulak.

hadi ni dah kena warning dgn Allah pun masih tak ingat. brp kali nak kena masuk hospital baru sedar?

sampai la ni aku masih mencari2 dalil yg menghalalkan fitnah org, label org dgn nama2 yg buruk dan hina, sokong org zalim yg lalai solat, rasuah, penipu dan syirik...

hooOOooDooOOooD... oooooo hooOOooDooOOooD... kau tak sesuai utk dilaksanakan dimalaysia ni... bukan kata aku... tp kata org sedondon dgn bow tie...

Unknown berkata...

TURKISTAN..PAKISTAN. GOHEADGOSTAN..PASIKATAN...dekat2 dgn negeri setan !!!

Tanpa Nama berkata...

Apa yang ko merepek ni 10.20. Tak usah pulih apa2lah hal PAS tu. Nak dihidupkan buat hape. Ini ha. AMANAH inilah gantinye. Buat apa ditendang tok2 ketua PAS tu. Biarlah dia sedap2 berkubang sampai musim kemarau 2 tahun lagi. Mati keringlah dia. Mati? Seram woo. Tak bawa balik pun rm100,000.00 sebulan tu. Tak bawa balik segala jawatan tu.

Tanpa Nama berkata...

Cabot. Cabot. Cabot. Wahai ahli2 PAS! Cepat ko cabot lari sekarang jugak. Mari masok AMANAH. Masok AMANAH. Masok AMANAH. Dah betol2 punah PAS ko sekarang nih.

Tanpa Nama berkata...

Alahai. Nak jadi ketua sangat ye. Amik ko. Dah dapat kan? Dapat satu parti punyelah ramai ahlinye sampai cukup2 muat sebijik kereta voksaigen je. Mulakan ceramah! Keh keh keh.

Bow tie. Buat ayat rancangan pembangunan negara cantek2 ye. Ingat, duit negara dah kering. Jangan takbir! Tak sesuai. Hudud? Jalan da. Keh keh keh.

Ahli2 PAS tulin. Elok ko lari malam. Ye malam ni jugak2. Kalau tidak, esok pagi ko kena kerahan tenaga punya. Nak buat ceramah PASIK. Nak terangkan betapa jijiknya hudud. Kau pejuang hudud kan? Keh keh keh

Tanpa Nama berkata...

Kpd ahli pas..gerakkn usaha secara bersepadu..singkirkan hj hadi dan kuncunya....buat fb page...penerangan..ceramah untuk singkir kn hj hadi sebelum pru14....

Tanpa Nama berkata...

Hadoi tuan 2.12. Punyelah aku suka dia duduk lama2 kat situ, ko suruh singkir dia buat hape? Lagi lama lagi dia merapu lagi dia menipu lagi dia korner,kan bagus untuk rakyat nengok kesewelan parti dia dan akhirnya, BY BY. Tutop kedei.

Ko ahli pas ke? Mai masuk AMANAH dah le. Lupakan kenangan lalu...

Unknown berkata...

Azmin dah kena jampi dgn Haroon Jin..

paskiniCHAIpunya berkata...

Hai lah Badan..Hai lah Nyawa...tak lama lagi terputuslah BN..Mati lah Pas tanpa Hudud..Hilang lah PasCHAI tanpa kubor...Hai lah Badan hilang lah nyawa... Nasib baik ustaz ramai tukang baca talqin...solat ghaib ke atas roh si Hudud... Arwah dulu baik orangnya...suka masuk PRU tapi tak pernah masuk Parlimen...kahkahkah!

Unknown berkata...

Tak tahulah saya mcamna perasaan berkahwin dgn orang yg orang lain tak ingin. Nanti jadi org ketawa kita ketawa tapi kita tak sedar sebenarnya org ketawakan kita.

Sebelum ini marahkan dap kerana dap tak sokong hudud. Sekarang bersama Ikatan 'declare' pula tidak perjuangkan hudud. Lidah bercabang....!

Tanpa Nama berkata...

biarkan hadi di situ.. biar sampai semua org nampak yg apa yg dia cuba bawa bukan yg Islam ajar.. cuma nafsu org tua yg mengaku ulamak.. dia punya pasal Islam dan melayu nampak buruk akhlak dan bodoh.

Tanpa Nama berkata...

Apa jadi dgn "hudud adalah nyawa PAS"

hehehe padan muka PAS.

Tanpa Nama berkata...

Nampaknya Tuan Ibrahim pun kosong jugak.

Tuan Ibrahim punya kenyataan sebelum ini macam nak selamatkan parti.

Apa juga kenyataan Hj Hadi akan di pusingan kan oleh Tuan Ibrahim. Yang menipu ahli PAS bukan Hj Hadi tetapi Tuan Ibrahim.

Selepas ini Tuan Ibrahim jangan menipu lagi. Ya kan sahaja apa juga yang si cakapkan oleh Presiden. Jangan nak kelentong konon PAS matang dengan membolehkan pendapat yang tak sama.

Tanpa Nama berkata...

pada hari ini aku bersyukur TIDAK menjadi ahli pas dan jg TAK SOKONG pas

Malaysiabaru berkata...

Anon...ko mabuk todi hidanganayoh Ping hadi ker...

Todi tu ada label bismillah..

Maksud gua... Guna islam untuk halalkan yg haram

Org kafir ada hak nak sokong atau tidak undang islam seperti mca.. Sabah Sarawak..

Dap penang hutang 64juta berbanding melayu jati Pahang 2.6b .. Knp melayy tak suka byr hutang?

HUDUD AJAR KO TAK BAYAR HUTANG??

Tanpa Nama berkata...

Bro... Itu sindir....

Tanpa Nama berkata...

Panjang Baru Hutang 2.6b jer, apa nak takut?

Dapat pak Arab derma sekali selesai Hutang.

Be cool bro.

Tanpa Nama berkata...

Baju melayu merah jambu dengan "bowtie"....WOW! Baru PAKISTAN

Tanpa Nama berkata...

Harap geng ni guna nama PASIK untuk PRU depan... memang catchy, mudah ingat haha

Tanpa Nama berkata...

Kesatuan Melayu Islam sudah semakin berpecah akibat tindakan PAS mengadakan blok ketiga. Dari segi agama apakah hukumnya wahai ulama dan ustaz PAS kerana memecahbelahkan orang-orang Islam ini?

Tanpa Nama berkata...

HADI BAHAYA SEBB SGT PRO IRAN SYIAH

HADI SEOLAH CUBA MENYUSUP UTK BERKUASA DAN JADI KETUA.

BILA HADI BERKUASA MAKA AKN MESRA SYIAH IRAN

MALAH ISU YEMEN PUN HADI MASIH BERSIKAP MEMBELA SYIAH IRAN.

UTK BERKUASA HADI BUAT APA SAJA TERMASUK PELUK NAJIB.. PECAHKN PEMBANGKANG.. TUBUH BLOK KE 3.

NAK TAU DOKTRIN SYIAH... BERTAKIYYAH MENGAKU AHLI SUNNAH...PRO IRAN..PENGIKUT ANGGAP PEMIMPIN IMAM YG MAKSUM TK BOLEH DISANGGAH..YG ENGKAR DIANGGAP PENGKHIANAT DN HALAL DARAH...PENGIKUT ANGGAP IMAM SGT SUCI DAN SENTIASA DAPAT FIRASAT ILHAM KUNUN DR ALLAH..

MAKA DLM POLITIK PUN NK PAKAI FIRASAT.

MUNGKIN DULU FIRASAT HADI SURUH BUAT HUDUD... SEKARANG FIRASAT DH TUKAR TK SESUAI HUDUD

HATI2 DGN HADI YG SGT PRO IRAN SYIAH YG TERANG2 TERLIBAT MEMBUNUH UMAT ISLAM TERUTAMA DI SYRIA IRAQ DAN YEMEN SEKARANG

Tanpa Nama berkata...

Dulu aku undi pas pasal ada arwah Nik Aziz dengan arwah Fadhil Noor...sekarang pergi mampus sama ini parti...memalukan!!

Tanpa Nama berkata...

Pas bergabung dgn ikatan pun nampak Ikatan yang patut lead...sebab apa...Haji Hadi memang takde karisma lah....bodo piang!!