16 Mac 2016

Blok Ketiga PAS Bakal Beri Kemenangan Kepada UMNO BN

Pakar: Laluan sukar untuk blok politik ketiga

SHAH ALAM – Tindakan Pas membentuk blok politik ketiga di negara ini untuk menyayingi Pakatan Harapan bakal berdepan laluan sukar kerana pengundi akan meneliti terlebih dahulu sama ada gabungan baharu itu mempunyai kekuatan dan pengikut tersendiri.

Dekan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed berkata, keadaan berbeza dengan parti-parti yang sememangnya mempunyai penyokong tersendiri di dalam Pakatan Harapan.


“Saya lihat, apa jua gabungan oleh parti Islam itu perlu dinilai sama ada rakan kerjasama mereka mempunyai kekuatan tersendiri ataupun hanya mengharapkan kekuatan daripada Pas semata-mata.

“Jika mereka hanya mengharapkan kekuatan Pas, penubuhan blok politik ketiga ini sememangnya akan berdepan laluan sukar,” katanya kepada Sinar Online.

Marthada menambah, penubuhan blok politik ketiga tersebut juga dibimbangi akan menyebabkan berlakunya pertembungan tiga penjuru dan memberi kesan kepada parti-parti politik lain yang bertanding.

Menurutnya, sekiranya perkara tersebut berlaku, ia pastinya akan menyebabkan berlakunya pecah undi serta memberi kelebihan buat Barisan Nasional (BN).


“BN mempunyai kekuatan tersendiri dan jika berlaku pertembungan tiga penjuru, ia akan memberi kesan kepada jumlah undi,” katanya.

Pas akan mengumumkan pembentukan blok pembangkang baharu yang akan melibatkan sebuah parti pelbagai kaum dan NGO, hari ini. -SH

ULASAN GB

Awal-awal lagi UMNO BN telah bertepuk sorak dengan langkah PAS untuk menubuhkan Blok Ke 3. Apa eertinya? Ertinya UMNO BN menyedari usaha PAS itu akan menyebabkan undi pembangkang akan berpecah. Langkah PAS itu akan memberikan kemenangan besar untuk mereka. Ia merupakan talian hayat yang amat berguna untuk UMNO BN.

Memang benar kata-kata Mat Sabu bahawa UMNO BN yang sudah kehilangan tongkatnya semenjak kekalahan MCA dan MIC, kini UMNO BN mendapat tongkat baru dari PAS.

Sekalipun PAS berbelit-belit dengan beberapa kenyataan pemimpin-pemimpinnya yang saling bertelingkah, namun hakikatnya, PAS sedang memberikan talian hayat yang lebih panjang untuk UMNO BN khususnya di dalam penubuhan Blok Ke 3. Betul-betul blok minda dunia ketiga!

Dan rakyat Malaysia perlu membuka matanya terhadap tindak-tanduk PAS ini!

22 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Contoh kematangan berpolitik dalam PAS! PAS Hadi berbeza dengan PAS sebelumnya. Kewujudan PAS sekarang ini lebih kepada mengkacau-bilaukan keadaan! Aku rasa memang nyata ada something wrong dlm parti yang (kononnya) memperjuangkan Islam. Betul la kata Zakir Naik - kalau nak tengok Islam tu rujuklah Quran dan Hadith bukan kepada individu...

Tanpa Nama berkata...

Pimpinan 3 parti dlm PH perlu mula promosikan jenama PH secara besar-besaran. Sebarkan lagi kpd rakyat tagline PAKATAN HARAPAN VS BARISAN NASIONAL. Jika ada mana2 pakatan lain selain dr PH, ia adalah tajaan BN. Serangan harus bermula awal utk memberi kesedaran kpd pengundi atas pagar. Golongan ini ambil masa utk faham.

Tanpa Nama berkata...

Kalau anda berfikiran bahawa Pas membentuk blok politik ketiga di negara bagi menyayingi Pakatan Harapan yang akhirnya memberi kemenangan kepada BN dalam pilihanraya bermakna Pakatan Harapan hanya kuat pada kokoknya saja tapi tajinya tumpul. Jangan tunjuk fobia nanti Pakatan Harapan akan jadi Pakatan HARAMJADAH.

Memang tugas PAS menhuru-harakan keadaan pembangkang bagi memberi ruang UMNO Baru menarik perhatian pengundi. Apakah para penyokong Pakatan Harapan tidak melihat pemimpin tertinggi PAS diberi jawatan dalam kerajaan BN ?

Sepatutnya PKR, DAP, PAN berfikiran kreatif mencari formula menghasut pengundi atas pagar agar menyokong manifesto yang mereka gubal bersama untuk rakyat. Supaya walaupun terpaksa bertanding tiga penjuru rakyat tetap memberi undi pada calon Pakatan Harapan.

Tanpa Nama berkata...

Pelik. Bagaimana parti yang memperjuangkan Kebenaran dan keadilan boleh bertukar memperjuangkan bangsa dan sanggup mempertahankan seorang individu yang dipersoalkan integriti oleh ahli parti sendiri?

Berjuta telah dibelanjakan untuk APCO. RM1.5 billion digunakan untuk pilihanraya. Tabung Haji dan MARA, semua ini sepatutnya mendapat tentangan dari pemimpin PAS seperti mana perjuangan PAS yang sebenarnya.

Hj Hadi tidak peduli jika sekali pun beratus-ratus ahli PAS yang keluar parti setiap minggu. Yang penting ialah kehendak nafsu nya tercapai.

Ahli-ahli PAS berhentilah mempertahankan keputusan Hj Hadi atas nama Islam. Buatlah pertimbangan sendiri sebagai seorang Islam. Pertahankan Islam diri sendiri bukan pertahankan tindakan Hj Hadi dengan Islam.

K

Tanpa Nama berkata...

seperti yg hj hadi pernah kata pas bukan nk sgt kuasa maka dgn tertubuhnya blok ke 3 pembangkang yg menurut salah sorg pemimpin pas adalah untuk tujuan semak dan imbang bg memastikan ketelusan dlm pemerintahan kerajaan yg memerintah terbuktilah puak2 pas tidak berhajat nk laksanakan hukum islam yg sering dilaungkan itu malah mereka lebih berminat menjadi penasihat kerajaan, ini kerana dengan adanya blok ke 3 nti sudah terbukti ianya akan memberi kelebihan pd umno bn untuk terus berkuasa..... hadi oh hadi apa yg kau fikir sebenarnya mcm kau sorg yg bijak dlm pas tp sebenarnya kau lebih tolol dr yg kau cop tolol sebelum ni...

Tanpa Nama berkata...

Hahahahahahaaaaaa.....hadi ooohadi heheheheee

abrarmujahideen berkata...

Geram...Celaka/munafik sungguh. Tapi masih bersekongkol ngan PKR yg masih ahli Pakahatan Harapan. Letak jawatan dlm kerajaan Negeri Selangor adalah lebih bermaruah seorang Islam.

Tanpa Nama berkata...

Akhir kalam PAS rela jadi pembangkang seumur hidup!!! Tahniah Hadi Awang.

Tanpa Nama berkata...

Tahniah PAS di atas kejayaan menubuhkan blok ke 3 pakatan pembangkang. Blok ini merupakan blok paling berpengaruh dalam kalangan pembangkang. Tahniah.

Tanpa Nama berkata...

Kahkahkahkah. Igtkan hebat sangat la gabungan pas ropenye dgn ikatan je.kahkahkah. Elok sgtla tu sbl ni presiden ikatan menafikan,hari ni akui plak gabungan dgn pas.sama2 uturn.elok sgtla tu namakan gabungan uturn malaysia...pas bergabung dgn parti yg lebih lemah apa cter....nk tanya apa plak pendapat ikatan ttg hudud?!!!!!

abrarmujahideen berkata...

HADI AWANG kemaruk nak jd KETUA..walaupun kumpulan 2parti shj. Dendam kesumat terluah jua.

Unknown berkata...

Salam:

BIJAK pendenkatan PH,Kerana tidak medabik dada dan LALAI,Masih lagi mahu memperbaiki diri sendiri,PH Bermula dgn underdog,walaupun PH Tahu dgn termaktubnya pakatan block ka-3,memudahkan PH untuk pergi jauh,tanpa ada gunting dalam -lipatan lagi.

Sebenarnya PAS,melakukan kesilapan yg besar,dgn termaktubnya persekongkolan blok ka3, terserlah nampak sangat @KEMUNAFIKKANnya.pertama mana nak letak ahli2 PAS yg menjadi exco dan >3000 pekerja2 PAS dalam selangor,sedangkan yg memerintah selangor adalah majoritinya adalah kelompok-kelompok PH.
Kedua mana perginya, DASAR Islamnya TIADA pun PENGUBALAN HUDUD diutamakan..mana..mana..mana dia.Dia bersama Kadir shekh Fadir saorang yg mengamalkan budaya Barat,tenguk semasa bersama Hadi,masih mengekalkan BOW-TIEnya..haha..haha..Lambang bulan bersama -BOW-TIE.Dasar Islam diYAHUDIKAN..
(jgn marah penyokong PAS tegar!!nak buat macamana yg ini kehendak pemimpin kamu).

Ketiga:PAS kata dia menolak PR,kerana PR EXTREME dgn pemerintah,EXTREME yg macamna tuan guru Hadi,(bahasa ini macam bahasa Zuhdi aje).Adakah PR dulu extreme kerana menentang KEMUNGKARAN nAJIB aka BN.Adakah BERSIH1,2,3 extreme!!bagaimana pula himpunan baju merah (tajaan umno) yg nak gangu cina tak extreme ka tuan guru?????Apakah kebodohan ditipu oleh umno berkali-kali tak extreme.

Keempat-diucapkan terima kasih banyak2,kerana majority rakyat lega,di PR14 NANTI Rakyat tak "PENIN"kepala, nak pilih siapa. Antara BN atau PH atau Blok ka3 (BNpun boleh PHpun boleh-parti talam 2 muka,selalu u-turn).

Teruskan usahamu PH-Amanah PAS,TELAH memberi laluan mudah untuk amanah bersama pembangkang yg TULIN untuk mengantikan kerajaan yg ada,Bukan Pembangkang yg ACAH-ACAH,kiri pun tak,kana pun tak atas/bawah pun TAK,Cuma GEBANG AJA lebih.

Senang cogan PH nanti,UNDI PAS(BLOK3,Bermakna UNDI BN).Tak dapat saya bayangkan bagaimana manefesto PAS nanti,nak ceramah kat orang macamana AIKKK!!Nak kat lawan najib pun TAK,nak kata lawan pembangkang pun TAK.NAK KATA BUAT HUDUDPUN TAK,NAK KATA TAK BUAT HUDUD PUN tak..Last-last dua-dua SAPU.sape bagi lebih untuk isi perut dan bawah perut yg itu mereka sapu.
MAAF pada pengikut tegar PAS..Habis nak buat macamana itulah pilihan kamu.


SEKIAN.

Unknown berkata...

Ularmak hadi ni x boleh pakar. Cakap beebelit2 mcm ular. Selalu ponteng parlimen dan bila bercakap amat membosankan. Tok2 berserban otak dungu je yg dengar cakap dia ni. Bodoh selalu da n bodoh selamanya.

Tanpa Nama berkata...

Jgn risau laa....pas dh imfo awal.... Hudud dh serah pd umno...jd tiada perjuangan islam/ hudud lg pd pas.... Tiada pungutan derma lg.....tiada ceramah berdegar degar lg....bendera pas upah bangla pacak laa nnt.

Tanpa Nama berkata...

Jgn risau laa....pas dh imfo awal.... Hudud dh serah pd umno...jd tiada perjuangan islam/ hudud lg pd pas.... Tiada pungutan derma lg.....tiada ceramah berdegar degar lg....bendera pas upah bangla pacak laa nnt.

Unknown berkata...

Tanda tanda PAS, PIS, PUS pimpinan Hadi dengan di bantu oleh para lebai malang serta para ahli yang tidak faham beberapa ayat ayat Qur'an yang meneggah umat nya bersekongkol dengan mereka yang zalim sebenar nya telah pun dapat di lihat sebelum ini di mana Hadi memang berharap agar UMNOngok terus berkuasa walau pun telah di buktikan sifat "DAJJAL" mereka. Usaha utama nya ada lah bila Hadi mengeluarkan "WATIKAH" kepada beberapa individu untuk bertanding di beberapa kawasan DUN dan Parliman bila mana parti bersekutu telah pun meletak kan calon mereka.

Hadi juga tidak dapat menghidu peranan UMNOngok di Muktamar yang lepas dengan menguna kan seorang jelemaan "DAJJAL" yang bernama Mokhtar Senik bila mana "CHAI" di guna kan semasa pemilihan sehingga "SETANDAN" mereka yang berkerja untuk memenangkan PAS di tendang keluar. Itu sebenar nya di ilham kan oleh para pemikir UMNOngok untuk menjahanam kan sebuah parti yang berteras kan Al-Qur'an dan Al-Sunnah. Akhir nya Al-Qur'an dan Al-Sunnah entah kemana, yang nyata asyik U-Turn sahaja. Mungkin agama anutan Hadi membenarkan nya!!!

Tanpa Nama berkata...

Pas dah hancai kucai....alahai pak lebai.

Malaysiabaru berkata...

Undi pas macam undi bn/umno

Undi bn/umno mcm undi pas pis pus

Tanpa Nama berkata...

Ingat peranan Isma dalam PRU13 sebagai alat ditaja walaupun semua hilang deposit untuk pecah belah undi Melayu/Islam... Blok ke3 ini akan ambil peranan ini dalam PRU14, awal-awal lagi pemimpin Umno dah tahniah Pas.

Berlaku didepan kita sekarang bagaimana Pas dipacu menjadi status mcm MCA, Gerakan dan MIC dalam BN tukang sorak tapi tak relevan secara politik kerana twrgadai semua prinsip perjuangan dan setiakawan PR kerana permainan halus.

Terima kasih Zuhdi, Nasha, Hadi dan Harun Din atas sumbangan anda semua dan tahniah kpd yang telah mendapat jawatan dan pengiktirafan Kerahaan BN pusat.

Tanpa Nama berkata...

konfius konfius konfius

Di pehak BN kata dekat pengudi mereka, UNDI PAS SEPERTI UNDI PH

Di pehak PH Pula kata dekat pengundi mereka ,UNDI PAS SEPERTI UNDI BN

Kalau situasi ini berlaku CONFIRM calon PASti hilang DEPOSIT

HARAP-HARAP BERLAKU

Tanpa Nama berkata...

Stres ,stres,tapi bila komen2 anda semua habis saya baca.........Saya dapat kekuatan dan pencerahan.....t.kasih sahabat.teruskan pejuangan......syabasssssssssss........

Tanpa Nama berkata...

Kata hadi, "hanya tuhan yg tahu"
Hadi merancang, perancangan Allah lebih hebat, Pasik hasilnya, ahlil-ahlil Pas bagaikan kena mild stroke.. la ni..