17 Mac 2016

Untuk Parti Lain Dia Jadi "Tukang Ramal", Untuk Partinya: "Hanya Tuhan Yang Tahu"

Hadi: Hanya tuhan saja tahu masa depan blok ketiga

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membidas kenyataan pemimpin supremo DAP, Lim Kit Siang yang memperlekehkan sekutu baru parti itu, Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) dalam blok ketiga pembangkang, hari ini.

Mengulas kenyataan Lim bahawa “dalam politik, kosong campur kosong adalah tetap bersamaan dengan kosong”, Hadi berkata hanya tuhan sahaja yang tahu masa depan mereka.

“Yang tahu masa depan (PAS dan IKATAN) hanya tuhan,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di sebuah hotel di Kuala Lumpur.



PAS hari ini mengesahkan pembentukan blok baru pembangkang dengan mengadakan kerjasama dengan IKATAN.

Pada sidang akhbar itu, Hadi juga ditanya adakah blok baru pembangkang itu akan memecahbelahkan bangsa Melayu.

"Selama ini Melayu dah berpecah bukan sebab kita. Apa yang kita lakukan adalah untuk menyatukan Melayu dan semua kaum di Malaysia.

"Kalau PAS dapat majoriti besar sekalipun tidak boleh tinggalkan kaum lain," katanya.

PAS hari ini mengesahkan pembentukan blok baru pembangkang dengan mengadakan kerjasama dengan IKATAN.

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan yang hadir sama berkata, pertemuan hari ini "membuka ruang ke arah pembinaan kumpulan persefahaman" yang lebih tersusun. -mk

ULASAN GB

Cukup aneh kenyataan-kenyataan Presiden PAS ini.

Sekarang beliau menyatakan: “Yang tahu masa depan (PAS dan IKATAN) hanya tuhan.”

Sebelum ini Presiden PAS teresebut menjadi "tukang ramal" apabila menyatakan kepada mereka yang menyertai AMANAH sebagai "kamu akan tenggelam".



Mengapa begitu cepat "meramal" parti orang tetapi tidak pandai pula untuk melakukan hal yang sama untuk parti sendiri?

Kita lihat saja hukum kebenaran dan keadilan berjalan apa yang bakal berlaku di kedua-dua belah pihak. Siapa yang tenggelam dan siapa yang terus dengan matlamat perjuangan.

GB sudah ulas sebelum ini: Petikan:

Bukankah Haji Hadi sendiri pernah mengahalau ahli-ahli PAS, pernah memanggil ahli PAS sebagai BARUA dan pernah menTOLOLkan ahli-ahli PAS?

Kini apabil mereka yang dihalau, yang dipanggil BARUA dan yang ditololkan itu mahu membuka parti baru, diberi amaran pula bahawa mereka akan "tenggelam" seolah-olah menghalang mereka untuk tinggalkan PAS.

Bukankah kamu, Haji Hadi sebagai Presiden yang perlu bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku kini? Bukankah kamu, Haji Hadi yang telah menyebabkan berlakunya dan membiarkan perpecahan di dalam PAS? Bukankah kamu, Haji Hadi sebagai Presiden yang bertanggungjawab membiarkan PAS tergelincir dari landasan perjuangan dengan bertukar menjadi sebuah parti yang tidak lagi berakhlak Islam, penuh dengan cacian, makian seperti BARUA, TOLOL, JEBON. ANWARINAS, MUNAFIK HARAKI serta menggunakan pelbagai kaedah yang tidak Islamik untuk menaikkan para ulama dan menyingkirkan golongan profesyenal?

Memfitnah, mencaci-maki, melabel, menggunakan cai - kesemuanya "dihalalkan" oleh pimpinan PAS Pusat tanpa sebarang sekatan untuk memenangkan kumpulan ulama dan menyingkiirikan kumpulan profesional.

Sekalipun pimpinan PAS Pusat terutama Presiden menutup matanya, namun Allah itu tidak buta dan tidak lalai.

Terus-terang kami nyatakan kepada Tuan Presiden, kami rela tenggelam daripada hidup bersama-sama dengan ulama jahat (ussu') yang gila jawatan dan gila pangkat yang menggunakan segala kaedah termasuk kaedah yang tidak Islam semata-mata untuk memuaskan kebuasan nafsu mereka untuk menang dalam pemilihan PAS baru lalu.

Tetapi insyaAllah kami yakin, dengan tenaga profesyenal G-18 yang satu ketika pernah mengangkat martabat PAS sehingga ke aras yang ada pada hari ini, mereka tidak akan gagal dengan parti baharu yang bakal muncul tidak lama lagi.

Sewaktu itu kita tengoklah nanti SIAPAKAH SEBENARNYA YANG BAKAL TENGGELAM...

Lihat sketsa di bawah ini, yang menjerit "tenggelam itulah yang bakal tenggelam. InsyaAllah. Sekrang ia hampir menjadi kenyataan.



22 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ulasan dan jawapan bodoh dan togong dari seoarang pemimpin yang bergelar presiden parti ,sudah sememangnyalah yang tahu masa depan kita hanya Dia iaitu Tuhan yang Maha Esa tapi Tuhan tidak menyuruh kita berdiam diri dan berusaha kearah yang meruntuhkan jemaah sepertimana firmanNya yang bermaksud Tuhan tidak akan mengubah nasib sesorang itu melainkan orang itu sendiri akan berusaha mengubahkan nasibnya itu pun dengan izinNya ,apakah presiden PAS ini akan menjadikan PAS sebuah parti yang tidak ada prinsip perjuangan atau presiden hanya syok sendiri dengan kuasa sebagai presiden yang dengan sesuka hati mengeluarkan arahan untuk sesuatu agenda parti.

Ritchie Blackmore berkata...

Bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla...

Tanpa Nama berkata...

Semakin hari semakin bodoh pas selagi hadi biawak jadi presiden. Syabas walaunta pas!

Tanpa Nama berkata...

Mari kita semua wala' kepada ulama pas tersuci termulia termurni ilmu tertinggi.

Kalah Tak wala pula kena label hina agama.

No choice, ulama pas memang best.

Tanpa Nama berkata...

Aq tau...masa dpn aq... Aq rancang...tp allah akan tentukan...berjaya atau tidak...??? Aq masih bersandarkan pd qadar dan qadar.... Innshaa allah muga allah pemudahkan aq di akhir usia... Muga dpt sq buat ibadah yg di terima allah.

Tanpa Nama berkata...

Kalau di Jepun zaman dulu2, hadi ni memang kena seppuku.

Tapi apakan daya ini Malaysia... orang berdosa boleh dengan selamba dan tanpa rasa malu boleh ke sana ke sini sebagai pemimpin parti dan pemimpin negara.

Timnajib Jomfikir berkata...

Hmmmmmm.....to Hadi Awang, bawa-bawa berehatlah....kamu sudah banyak timbulkan masalah dan mengelirukan org kampung. Dosa Amanat kamu, sampai cerai berai keluarga dan solat jumaat 2 imam sapa nak tanggung ?

Hanya Tuhan, Allah SWT yang tahu.

Malaysiabaru berkata...

Demi IKATAN ...

Pas sanggup buang hudud dlm tong sampah... Ptuiii..islam Ape ko ni pas pis pus

Opss.. Bukan salah pas ...tapi salah ayoh HADI Ping...

Ahli pas tolong jgn terpengaruh dgn hadi tua niii

Tanpa Nama berkata...



Sebelum pru13 ali rustam kata tiada apa yg boleh tenggelamkan umno.

Pd pru13 dia sendiri yg tersungkur/tenggelam di parlimen bukit katil.

hh ramal amanah akan bertahan 2 tahun shj.

Trengganu dan kedah bwh kepimpinannya bertahan sepenggal je. Nasib baik selangor ditadbir pr.

hh boleh ramal tak penang bwh dap boleh tahan brpe lama ?

klu matang berpolitik lbh 50 thn, patut dah perintah byk negeri.

Umur parti je dah lbh 50 thn, tp gang ostad yg ada tak matang. nak berpolitik dgn bukan islam pun tak bijak. dgn org melayu isle mudahlah. suruh wala'. senang kerja.

Klu matang berpolitik dan da'awah, ramai cina dah masuk islam dlm tempoh 50 thn.

kebanyakan ostad mesir ni berinteraksi sesama sendiri je. tidak pandai menarik n da'awah pd bukan isle. itu yg payah tu.

baca kitab n ceramah pandailah.

Tanpa Nama berkata...

Sudah jelas lagi bersuluh perangai pas...apa lagi yg diharap pada pas...dulu kata org barua skrg pas yg barua umno...

Abdul Said berkata...

Bila kata orang BARUA, silap-silap yang mengata tu BAPAK SEGALA BARUA. Bila kata orang tolol silap-silap yang bercakap tu PRESIDEN yang tolol!! Kata orang lain Jebon entah-entah yang mengata tu King of All The Jebons!!

Tanpa Nama berkata...

Dulu beria2 hudud xsempat2 nk bwk parlimen, Gaduh2 dgn dap pasal hudud smpi pr berpecah.skrg hnya kerana Ikatan terus xjadi hudud...hina btl perangai pas....busuk....syaitan pun pelik dgn pas xda pendirian...kahkahkahkah

Tanpa Nama berkata...



IMAM Mem BACA... Surah AL-FATIHAH
Siratol MUSTAQIM... LURUS Ber CAHAYA
Mengapa Sang IMAM... Ber Dusta dan FITNAH
Tunggang Ter BALIK... U-Turn dan Auta
Mengapa Sang IMAM... Mngkhianati UMMAH
LIDAH Cilaka... Ber Cabang DUA
Adakah Lagi Sang MAKMUM... Yg Tolol PerCAYA
Ber IMAM kan Pem FITNAH... Yg Mabuk PilKUDA?
Yg Ter Telan "BANGKAI"... Ber Tuhankan "HARTA"
Bak BUDAK Hingusan... Yg Kemaruk "GULA2"



IMAM Mem BACA... Surah AL-FATIHAH
Siratol MUSTAQIM... LURUS Di HATI
Mengapa Sang IMAM... Sggup Mem FITNAH
Bukankah FITNAH Itu... Kemurkaan ILAHI?
Bukankah Kembar FITNAH Itu... Adalah RASUAH??
Bukankah RASUAH Itu... Men CURI yg JIJIK Skali???
Men CURI Secara "PUKAL"... Seluruh Tenaga dan Keringat UMMAH!


Siratol MUSTAQIM... LURUS Ber CAHAYA
Wajib Di BACA... Wajib Di HAYATI
Bukan Di BACA... Sang IMAM Pen DUSTA
Yg Sggup Mem FITNAH... Songlap Men CURI
Bak MUSANG Berjanggut... Yg Ter JERAT dan HINA
SORBAN dan JUbahnya... Ber SELAPUT Tahi


Tanpa Nama berkata...

Tuhan memberi petunjuk bukan sahaja dalam hal-hal agama atau keimanan. Petunjuk bukan hanya untuk mencari jawapan atau untuk menyelesaikan kemusykilan sahaja. Tetapi ada yang berupa peringatan.

Dari tindak-tanduk dan petunjuk-petunjuk di sekeliling, kita tahu hudud akan di tolak dan PAS juga akhirnya akan menerima hudud tidak sesuai di negara ini.

Petunjuk tersebut setakat itu sahaja. Tidak menjelaskan yang PAS kalah dan tunduk pada Ustaz Bow Tie.

Mati pun adakalanya doktor boleh jangkakan ...

Masa depan PAS dengan Ikatan boleh dikatakan ikatan yang tidak kekal lama. Satu serban dan satu Bow Tie. Lebih ramai muka PAS tetapi cuma Kadir sahaja yang dari Ikatan.

Tuhan bukan sahaja tahu apa jadi pada masa depan bahkan Tuhan tahu ketika dan saat ini bagaimana keadaan kita.

otaiblues.blogspot berkata...

tok nujum pak belalang.tok nujum kaki temberang...pusing macam mana pun..dah tak boleh bk pusing...terima he la...pas dah tak boleh di ikut lagi...

Tanpa Nama berkata...

PAS dah nak mampus. Kerjasama dengan Ikatan tidak membawa Hj Hadi ke mana-mana. Bas yang di pandu Hj Hadi dah tidak ada passenger. Terpaksa ambil route kepunyaan Ikatan. Malangnya Hj Hadi tak cerdik. Route yang diambil oleh Hj Hadi dari Ikatan tidak ada perhentian terminal. Bus stop pun tak ada.

Hasilnya hudud tergadai. Bas kosong.

Ritchie Blackmore berkata...

Noo...demi fulus tok kadiaq pas sanggup kipas lipas !!

Tanpa Nama berkata...

siapa pula yg ramalkan hayat Amanah hanya 2 tahun?

hadi diakhir hayat is rolling down the hill to his ill fate. semakin merapu memfitnah dan sering buat apa yg dia kutuk sebelumnya.

kalau hadi mati, agaknya brp ramai yg akan ucapkan 'Good riddance' spt apa yg diucapkan utk hakim yg 'IRRELEVANT' tu...

HooOOooDooOOooD... HooOOooDooOOooD...where art thou?

I em sori miste hudud, u ar not aplikabel hier...

Tanpa Nama berkata...

mursi sudah kalah di mesir ramai menangisi
hadi belum lagi
dunia sunni benar benar kehilangan posisi
setelah hilang saddam dan qaddafi
semua bagaikan padi tidak berisi

Tanpa Nama berkata...

Haji Hadi bukan bodoh. Dia sudah lama berjuang di dalam agama. Merasakan diri sudah mencapai tahap nirvana dalam agama, atau mungkin berasa hebat setaraf nabi mahupun rasul, segala buah fikiran adalah adalah datang dari Allah sendiri tanpa ada perantaan Jibril. Ginilah jadinya.

Untuk pengetahuan, org jenis ini beserta pengikut2nya bukannya reti dan tahu mengaku kesilapan sendiri. Kerana semuanya gerak dan percakapan mereka dari Allah semata2. Para penyelidik PAS pun sama. Entah apa yg bersarang segala sifat khurafat mahupun kenabian dalam kepala mereka semua, kita tak mampu meneka dan menolong lagi. Segala tindakan sombong dan angkuh yg dicicah dan dirempah atas nama Islam ini, menjadi semakin juling dengan kebongkakan yg ditelanjangkan mereka sendiri hari demi hari.

Apapun jangan dilupa, duit pencen Hadi 60k sebulan masih belum cukup untuk dikumpul2 dibawa ke kubur. Menantunya si jutawan ayam pun masih belum cukup wang untuk terus berhenti berjuang atas nama Islam Utopia yg dibawa. Inikah warisan PAS yg diperjuangkan oleh orang2 lama PAS yg telah pergi? Membina PAS memang payah, perlukan masa untuk meyakinkan orang ramai.. namun merosakkan PAS sekejap saja.

Tanpa Nama berkata...

Bro, ni semua salah dap Cina kapir yang niat jahat hina agama !

Apa pun bukan salah ulama pas suci mulia ilmu tinggi

Tanpa Nama berkata...

Huhuhuhu. Sedihh nye tengok hadi dan olamak pas chai. Bahaya bila walak buta atau walaunta oleh pengikut pas. Pemimpin bahlol. Pengikut tolol. Khalas. Habissss. Huhuhu