7 Mac 2016

Khairy Jamaluddin Dah Kena BANGANG!

Apa punya bangang Khairy, kata Mahfuz

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menyifatkan kenyataan Khairy Jamaludiddin bahawa penukaran perdana menteri perlu dibuat mengikut saluran pilihan raya sebagai melucukan.

Menyifatkan kenyataan ketua pemuda Umno itu sebagai 'bangang', Mahfuz berkata untuk menukar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak perlu menunggu pilihan raya.


“Apa punya bangang buat kenyataan macam orang tak tahu apa. Tukar perdana menteri bukan perlu tunggu dan melalui pilihan raya.

"Cukup kalau sama ada perdana menteri letak jawatan, hilang sokongan majoriti anggota parlimen atau pun perdana menteri mati.


“Maka, berlakulah pertukaran perdana menteri. Tun (Dr) Mahathir (Mohamad), Tun Abdullah (Ahmad Badawi) dan Najib menjadi perdana menteri bukan tunggu dan melalui pilihan raya, tetapi apabila perdana menteri letak jawatan,” kata ahli parlimen Pokok Sena itu dalam kenyataan, hari ini.

Mahfuz yang juga bekas ketua penerangan PAS turut memberikan contoh lain semasa krisis Menteri Besar Perak pada tahun 2009, yang mana pertukarannya juga bukan melalui pilihan raya.

“Menteri Besar Kedah baharu sebulan bertukar bukan melalui pilihan raya. Tetapi melalui undi tidak percaya wakil rakyat Umno kepada (Datuk Seri) Mukhriz (Mahathir) melalui pernyataan di hadapan Jemaah Pemangku Sultan Kedah.

“Begitu juga hendak ganti Najib dengan orang lain sebagai perdana menteri, sama ada Najib letak jawatan atau anggota parlimen Umno pakat tandatangan akuan bersumpah tarik balik sokongan sebagai tanda undi tidak percaya kepada Najib sebagai perdana menteri,” katanya.

Jumaat lalu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengetuai kumpulan lebih 50 orang - termasuk pemimpin pembangkang, Lim Kit Siang dan Datuk Mohamed Azmin Ali bagi memeterai deklarasi menyokong penyingkiran Najib sebagai perdana menteri.

Deklarasi itu turut ditandatangani bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dan bekas Presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik. -mk


MARI SOKONG DEKLARASI RAKYAT INI

Seronok juga melihat pro Najib Razak "terlompat" ke sana sini dengan pelbagai gaya sejak Jumaat lalu berhubung Deklarasi Rakyat yang digerakkan oleh Tun Mahathir Mohamad bersama pemimpin-pemimpin pembangkang dan peneraju masyarakat sivil negara ini.

Dengan seawalnya gah mengatakan keluarnya Tun Mahathir meninggalkan UMNO tidak mungkin memberi sebarang kudis kepada Najib, reaksi sehari dua ini jelas menampakkan mereka jauh lebih "menggelupur" berbanding cacing yang tengah kepanasan.

Selain berbagai kata-kata kecaman dan bidasan terhadap bekas Perdana Menteri itu, cacian dan makian juga turut menjadi mainan yang membuktikan tidak lain tanda-tanda sudah ada ketakutan dalam diri mereka itu.

Ketua blogger dedak yang kini sudah jadi menteri, Salleh Said Keruak pula cuba berhujah untuk menggembirakan Najib dengan mengatakan deklarasi itu bukan suara 30 juta rakyat Malaysia dan ini menunjukkan beliau seolah-olah lupa Perdana Menteri sendiri hanya ada 47 peratus sokongan popular saja.

Kalau 47 peratus pun boleh jadi Perdana Menteri, bermakna tidak perlu sehingga 30 juta suara untuk membuangnya ke tepi.

Oleh itu, untuk menjadikan usaha menyingkirkan Najib lebih mudah menjadi kenyataan dan agar puak-puak pronya lebih "terlompat-lompat", kita sebagai rakyat Malaysia yang prihatin dan sayangkan negara ini tidak harus berlengah lagi dalam memberi sokongan kepada deklarasi itu.

Buktikan sokongan anda di pautan ini

Terima kasih buah bidara, ajaklah juga kawan-kawan dan saudara-mara.
-shahbudindotcom.blogspot.com


ULASAN GB

Kan dah kena "bangang"....

Khairy ingat PM hanya boleh ditukar semasa PRU sahaja. Sedangkan UMNO sendiri tak tunggu pilihanraya umum untuk singkirkan Mukhriz dari kerusi MB Kedah.

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. What goes round turns around. Najib akan dapat apa yang dilakukan terhadap orang lain.

Tunggu sahaja saat dan ketikanya.

18 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

INI BUKan apa dah kena badi mekah bagi orang tunai umrah duit haram .pencuri tingkat siapa yang tak tahu dan tak kenal

paya datok berkata...

Jelas bangang abadi! Pak mertua kau turun dulu naik najib bukan guna pilihanraya. Adoi OXford!

sunny berkata...

Rakyat akar umbi dah muak dengan kemungkaran kepimpinan dan pronya. Jgn anggap rakyat pemungut biji kelapa sawit "bangang" mcm kepimpinan umno yang pro kemungkaran.

Tanpa Nama berkata...

Yang pergi umrah satu hal lah. Takut-takut yang urus kan nya Pak Lebai Cai?

Tanpa Nama berkata...

Rembau most bangang yo ..

Timnajib Jomfikir berkata...

Khairy ooooohhhh khairy....
Tarak gunalah belajar oxford, cgpa tinggi hanya bab songklap, jilat dan pengecut yang dipelajari.

Kau tengok budak-budak muda, belajar U tempatan..mereka menggunakan ilmu yang dipelajari di tempat yang betul, membongkar penyelewengan pemimpin penjilat mcm kamu!

Anti Fitnah berkata...

Puak UMNO ni nak berlagak "Suci" dan "Cerdik" sedangkan depa "taik" pun tak kenal ....
47% dengan 52% pun tak boleh beza ...
Rakyat dah sedar bahawa puak BN tu dok kelentong sahaja ... kerusi banyak tapi undi sedikit. Haramjadah sungguh puak yang diberi amanah tapi tidak amanah ... SPR .... Jawab engkau orang nanti ...

Tanpa Nama berkata...

Hapalah khairy semakin bangang sejak mkn dedak byk2.. Sbl ni nampak ketokohan dan kelantangan beliau dlm isu rakyat, tp skrg ni nampak kebangangan beliau dlm isu tukar pm..nak bodek agak2 la khairy.. Rakyat malaysia bukan bodoh.. Mungkin makcik pakcik felda bulehla tipu2.. Org2 muda celik IT ekonomi xtermakan dedak bn la..cukup2 la pak mentua bangun tido terus sokong najib, dia kata najib berjaya itu ini mcm2la..menantu pun sama kaki bodek jugak ke..sudah2 la tu memperbodohkan org melayu,hingga diri sendiri dah jd bodoh..

Tanpa Nama berkata...

apabila seseorg itu bertuhankan nafsu maka dia pasti jadi bangang.

sepandai mana pun, kelulusan tinggi mana pun, ulamak paling besar serban pun... jika tunduk kepada nafsu utk kepentingan diri dan duniawi semata2, mereka akan bertindak berckp dgn sgt bangang.

lagi satu ketika kejahatan menguasai diri maka kebangangan akan terserlah. lihat saja bagaimana umnu menzalimi anwar dgn penu kebangangan hujah hingga dlm mahkamah pun semua pertuduhan adalah bangang... bermula dgn bangangnya tilam diusung.

membodek dan menjilat boss yg bersalah akan terserlah kebangangan seseorg. ketika itu akalnya mati, nafsu nya merajai hati. ketika berhujah itu fikirannya berkata.. semuga ucapan aku ini akan digemari boss, semuga boss akan mengekalkan kedudukan aku, semuga aku dapat terus membuncitkan perut selamanya.

maka terkeluarlah kata2 yg bangang. ketika berckp bangang itu, tidak ada langsung nilai perjuangan menegak kebenaran.. apatah lagi perasan naluri utk membela rakyat dan menyelamatkan negara.

inikah sifat pemimpin. kalau memimpin diri sendiri dpd tunduk kpd nafsu pun tidak mampu, bagaimana nk memimpin manusia rakyat lain?

carilah pemimpin yg sebenar, bukan lembu yg diberi pakaian pemimpin.

Tanpa Nama berkata...

Belajar diOxford tapi hati telah diracuni FULUS pula.

Tanpa Nama berkata...

Takkan mahfuz xtau kot.tu mmg tektik bn..buat salah pastu pura2 xtau,pura2 bangang.. Lepas tu curi duit juta2 / bilyon2 kmdian g mekah buat umrah konon suci murni..itu semua skrip lama bn...dah hafal dah...apapun terbaek la mahfuz hentam kj kasi sedar diri die sikit jgn mengampu smpi level bangan.. Kahkahkahkah

Tanpa Nama berkata...



Siratol MUSTAQIM... LURUS Ber CAHAYA
Terang Benderang...Lapang SEMPURNA
MINDA yg 'Bengap'... Mnjd GELIGA
Melahirkan INSAN...INSAN yg Bijaksana
Merit dan AMANAH...Tunjang Di HATInya
Kaseh Mem-BERI...AMANAH Dari Yg'ESA
Itu lah CITA2...Dan Itulah CINTA Nya

Tanpa Nama berkata...

Betul- betul memalukan orang Negeri Sembilan.

Dah ada satu di Kuala Pilah, ini tambah pulak se orang lagi dari Rembau.

Tanpa Nama berkata...

Aku pun kata dia bangang. Buek malu orang Ghombau jo. Gilah motong agak e. Dapek yo sokoping dua.

Tanpa Nama berkata...

Memang bangang! Tak ingat ke bapak mentafsir kau dulu pun ditukar tak perlu pilih raya. Inilah dia jenis bodoh tak boleh diajar, pandai tak boleh diikut.

Anoynimous berkata...

Sepandai pandai manusia kalau masuk aje dalam kelompok umno automatically akan terus jadi bingai
Apalagi kalau dah tertelan sesuap makanan dari hasil dari dalam tu

Anoynimous berkata...

Sepandai pandai manusia kalau masuk aje dalam kelompok umno automatically akan terus jadi bingai
Apalagi kalau dah tertelan sesuap makanan dari hasil dari dalam tu
Komen ni mungkin tak akan disiarkan sebab bukan mendidik kaaaaan
Komen bodek2 boleh siar hehe

Tanpa Nama berkata...

JANGAN LUPA ADA SATU CARA LAGI MR. KHAIRY RAKYAT BERDEMO CEROBOH PEJABAT PERDANA MENTERI PUN ANOTHER UTK GANTI PM MCM RAKYAT THAILAND PERNAH BUAT DENGAN TAKSIN. SO KHAIRY PLZ ADVICE JANGAN SAMPAI WE USED THIS METHOD SEBAB AKIBAT OFF CAUSE ADALAH TIDAK BAIK.SO KHAIRY BETTER ASK NAJIB BERUNDUR DENGAN CARA TERHORMAT OR REMOVE PM CARA THAILAND DEMO DAN CARI PM SAMPAI KE LUBANG CACING. SO JANGAN CUBA-CUBA NAK TEST KESABARAN RAKYAT.