7 Mac 2016

Dah Lah Bangang Kini Ditanya Mana Dapat RM1.4 Juta Taja Umrah?

Taja umrah: Dari mana Khairy dapat RM1.4 juta?

Seorang pemimpin akar umbi Pemuda Umno menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat sumber dana yang digunakan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin untuk menaja 191 ketua Pemuda Umno Bahagian untuk melaksanakan umrah di Mekah.

Penolong Setiausaha Pemuda Umno Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka Syed Rosli Jamalullail memberitahu Malaysiakini bahawa dia boleh membuat laporan mengenai perkara itu di ibu pejabat SPRM di Putrajaya esok.


"Saya hanya membaca tentang perjalanan itu di Suara.tv semalam.

"Saya tidak boleh hanya menuduh tetapi apabila saya membaca bahawa exco Pemuda Umno telah mengesahkan perjalanan ditaja oleh YB KJ, saya berasa lebih yakin untuk mengeluarkan kenyataan," kata Syed Rosli.

Portal yang dikaitkan dengan Umno itu Jumaat lalu memetik Exco Pemuda Umno Nazir Hussin Akhtar Hussin sebagai mengesahkan bahawa Khairy telah menaja perjalanan bagi semua ketua bahagian dan exconya.

Dalam artikel yang berasingan, Suara.tv juga sebelum ini memetik sumber Pemuda Umno yang mendakwa perjalanan itu dirancang bertepatan dengan lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak ke Timur Tengah.

Dalam kenyataannya sebelum ini, Syed Rosli menegaskan bahawa ia boleh menyebabkan kos mencecah RM1.4 juta untuk tajaan keseluruhan rombongan.

"Dari manakah Khairy Jamaluddin mendapatkan wang sebanyak itu?

"Berapa gaji seorang ahli parlimen dan menteri. Ini boleh menimbulkan banyak keraguan di kalangan rakyat, ahli-ahli Umno dan pembangkang, " katanya yang mendakwa bahawa ia akan mewujudkan persepsi rasuah.

"Saya tidak menuduh (Khairy) tetapi SPRM perlu menyiasat di manakah dia mendapat sejumlah wang yang besar (untuk menaja rombongan itu)," kata Syed Rosli yang sebelum ini mencetuskan kontroversi kerana menyokong legalisasi ganja.

Malaysiakini sedang berusaha menghubungi Khairy, yang juga ahli parlimen Rembau untuk mendapatkan respon. -mk


Taja Umrah: Islam Jadi Alat Politik KJ Kata Aktivis Umno

Kuala Lumpur – Aktivis Umno, Zaharin Mohd Yassin mempersoalkan tindakan Menteri Belia Sukan, Khairy Jamaluddin membelanjakan tidak kurang daripada RM3 juta untuk menaja rombongan ketua-ketua Pemuda Umno Bahagian pergi mengerjakan umrah.

Zaharin ketika dihubungi SuaraTV meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) segera menjalankan siasatan terhadap sumber kewangan yang digunakan.

“Pagi ini hendak bertanya dgn KJ@Khairy Jamalludin, khabarnya 200 orang di taja ke Mekah buat umrah, jika sekali kira kasar tak kurang RM3juta dibelanjakan. Orang ramai tanya Putera Raja Arab mana pula bermurah hati menderma?

“Jika tidak SPRM kenalah buat siasatan mana datang punca kewangannya dan UMNO kena buat inkuari kepada Ketua Pemuda UMNO,” katanya kepada SuaraTV sebentar tadi.

Zaharin turut menyifatkan tindakan Kahiry itu sebagai menyalahi kod etika Umno kerana mengunakan politik wang.

“Kerana itu di kira politik wang dalam kod etika UMNO walau pun bukan dalam musim pemilihan.

“Pesan saya di pagi jumaat ini, jangan berpolitik sehingga Islam menjadi alat kepentingan politik, jaga kesucian Islam, jangan sampai tercemar kerana kita,” ujarnya lagi.

Terdahulu Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin truut melahirkan rasa kecewa dengan pendekatan Pemuda Umno itu yang mengunakan ibadah suci bagi umat Islam sebagai alat dagangan demi menjaga kepentingan politik dan jawatan.

Menurutnya beliu kesal dengan tindakan itu sambil menyifatkan ia sebagai ‘budaya baru’ Umno untuk menjaga kepentingan politik.
. – SuaraTV



ULASAN GB

Semalam Khairy sudah kena tempelak bangang.

Dalam masa yang sama timbul "skandal" RM1.4 juta hantar ketua-ketua pemuda UMNO pergi umrah.... perjalanan itu dirancang bertepatan dengan lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak ke Timur Tengah.

Duit siapa dan dari mana RM1.4 juta itu? Untuk melobi jawatan dalam UMNO?

Macam-macam UMNO ni. Presiden dah terpalit dengan pelbagai skandal. Satu demi satu skandal anak-anak buahnya bakal terbongkar. Itu hukum kebenaran dan keadilan. Kebenaran tidak dapat disembunyi sepaniang masa sepertimana matahari tidak dapat ditutup awan sepanjang masa. Setelah awan berarak, akan terang benderanglah segala-galanya. Tak belajarkah dari kes Khir Toyo?

Mereka yang berpegang kepada hukum kebenaran dan keadilan meyakini yang bersalah akan tetap menerima hukumannya. Hanya menunggu masa dan ketikanya sahaja

18 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dulu 16 Sep MP-MP di bawa lari ke Korea.

Kali ini bawa lari ke Mekah dah pulak..

Jangan salah sangka. Semua Ketua Pemuda yang di taja akan bersolat hajat dan segala solat di depan Kaabah berjemaah setiap malam.

Apabila pulang ke tanahair jurucakap akan membuat kenyataan yang mereka beramai-ramai telah solat berdoa didepan Kaabah mohon petunjuk siapa yang benar.

Dan dari 191 otang, seramai 190 orang telah bermimpi nampak Najib berdiri di sebelah .. ini rahsia kami. Saya tidak boleh cakap sambil tersedu-sedu.

Mana lah maruah Pemuda yang di taja ini... Nak petunjuk pun kena pergi jauh.

Ada satu cerita orang putih. Dia hanya percaya ada Tuhan dan seorang saintis. Dia kata saya tidak perlu minta Tuhan bagi penjelasan dan petunjuk kerana semua nya ada di depan mata saya.

Tanpa Nama berkata...

dedah jgn tak dedah. unfortunately, lg didedah skandal lg org melayu buat dont know. tak ada kesan sikit pun. aku harap aku silap. tengok PRU akan dtg

Tanpa Nama berkata...



Siratol MUSTAQIM... Jalan Yg LURUS
Jalan Yg LURUS... Terang Ber CAHAYA
CAHAYA Menyuloh... Walau pun HALUS
Walau SATU 'sen'... Walau Ber JUTA
CAHAYA Menerangi... Hati yg KUDUS
Hati yg AMANAH...Sentiasa WASPADA

Tanpa Nama berkata...

Tok mopti mane? Kasi kuar itu patuwa. Patuwa mane? Kasi teranglah hokom igame. Igame mane? Buat hiasan kulliah mogreb saje ke? Berkulliah buat hape? Untuk sampol saje ke?

Adapon patuwanya adalah. Buat hape pun, selagi oleh HUMNO, itu halal jua adenye. Macam tu ke patuwanya tok mopti. Coba sebut kan..

Tanpa Nama berkata...

SPRM terus buka file siasatan atas kes lembu korban dan TGNA yang dihadiahkan pakej umrah telah di tuduh menyalah gunakan kedudukannya dan terpaksa menolak hajat individu tersebut.

Apa yang SPRM buat apabila umrah tajaan KJ ini di laporkan. Adakah tindakan akan di ambil sehingga mereka benar-benar pergi umrah.?

Dalam berbagai tuduhan dan salah-laku UMNO, mereka terus melakukan tindakan yang tidak bermaruah.

Tanpa Nama berkata...

Dia banyak harta di rembau.hutan rembau
dia yang punya.dia jual daun lalang pun
dspat berjuta

mustapa m said berkata...

Semuanya buat kerja cari makan.. SPRM buat siasatan pun tak guna, buang masa aja, nanti sampai ke AG takda kes dan diarahkan tutup fail dan kes.

Agaknya, KJ amalkan Islam Hadari yg dipelopori oleh bapa mertuanya, mantan PM.

omar daud berkata...

Salam

Style umno memerintah,u scratch my back,i scractch ur back.


Itulah sebabnya,rasuah balak kelantan,sprm tak buka2 dari sekarang.Jgn harap sprm nak buka,selagi kita beri umno memerintah tak kira siapa,begitulah jadinya.Itulah sebabnya pak-pak lebai terhengeh2 nak support najib,jika tidak sprm akan korek sampai kaliang lahat rasuah kerajaan pas kelantan.

Tanpa Nama berkata...

Dah terlampau banyak makan rasuah tuhan dah tutup hati mereka daripada kebenaran.

Dah tak tahu dosa dan pahala

Tanpa Nama berkata...

BUDAK NI KAT KE PENYAMUN TINGKAT 4 DULU

Tanpa Nama berkata...

Setuju tu bro.. Buatla laporan apapun sedang kes2 besar 1mdb pun selamat,apatah lagi kes khairy celah gigi amno je

Tanpa Nama berkata...

patut umno youth sunyi sepi pasal 2.6 Billion. Dah nama mewakili pemuda atau generasi muda tak pikir masa depan anak2 & cucu2 kena cucuk hidung . lingkup umno dr atas sampai bawah kaki boleh di beli.

Yaacob Mohd Yunus berkata...

Khairi akanjawab
Dari 2.6...habis cerita, akan siasat lagi, semua dah mati baru dapatjawaban...

Tanpa Nama berkata...




Siratol MUSTAQIM...LURUS Ber CAHAYA
Di Dalam SOLAT... Wajib Di BACA
Siratol MUSTAQIM...Adalah AMANAH Yg'ESA
Menyuloh KEMUNGKARAN...Mengenal Pen DUSTA
Menegak KEBENARAN...Tak Meminta LABA
Krn Anugrah Yg'ESA...Berlimpah2 Ber GANDA2
Kaseh Mem-BERI...Itulah Cita2 dan Itulah CINTA



Siratol MUSTAQIM... LURUS Dan CANTIK
Bukannya Bengkok... U-Turn Ber BELIT2
Bukannya MURTAD...@ Tunggang Ter BALIK
Bukannya FITNAH Khianat...Rembat Songlap @pun KLEPET


Siratol MUSTAQIM... LURUS Ber CAHAYA
Hanya yg Benar2 AMANAH Sja...Yg Mampu Memikul Nya
Yg Tak Heran SIKIT pun...Walau Di UMPAN Ber JUTA2
Lebih RELA Di Penjara...Atau pun Di Hukum Apa Sja
Krn Men-CURI Haq Rakyt Itu... Adalah Angkara MURTAD yg Sgt Durjana!
Krn JIWA yg Lurus-KUDUS Itu... Hanya Kaseh Mem-BERI sbg Abdi Yg'Maha7ESA


Krn Yg'Maha7ESA Itu...Adalah Yg'Maha7Mem-BERI Lg Maha7'MENGASEHANI..






Tanpa Nama berkata...

Mereka di taja sebab jawatan dalam Pemuda. Ini tidak adil? Putri dan Wanita UMNO pun sokong Najib, kena juga hantar. Malah ada juga Ketua Cawangan yang sokong Najib.

Samada ada yang merajuk atau akan bertambah lah suara-suara yang mengkritik Tun Mahathir .....

Tanpa Nama berkata...

Pak Lah berbangga kerana kejayaan menantu nya menghantar 191 orang mengerjakan Umrah dimana belum pernah mana-mana Ketua Pemuda UMNO yang berjaya melakukannya dan jumlah tersebut adalah satu rekod dunia.

Lepas ini KJ disyorkan buat qiyamullail 3 hari 3 malam dengan kehadiran kesemua 191 Ketua Pemuda UMNO.

pemuda parit kings berkata...

Tiada kesedaran org2 mcm Ni...selagi yg menghidupkan rasuah Ni...selagi itulah rasuah Ni menjadi makanan diorg....

Tanpa Nama berkata...

Kalau mcm ni lah gaya dan rupa, tak lama lagi RASUAH akan menjadi salah satu drpd RUKUN NEGARA.