27 Feb 2016

Pecat Muhyiddin, Paku Akhir Keranda UMNO

Singkir Muhyiddin ibarat paku akhir keranda Umno

ALOR SETAR - Penyingkiran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden Umno bakal menjadi 'paku terakhir buat keranda' parti itu.

Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, ada kemungkinan, juga desas-desus, bahawa penyingkiran Muhyiddin itu disebarkan jentera propaganda Presiden Umno untuk melihat reaksi ahli parti dan rakyat.



Adun Ayer Hitam itu berkata, langkah itu juga akan menguburkan nilai dan prinsip yang menjadi tunggak kekuatan Umno selama ini.

“Apabila Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menggugurkan Muhyiddin, ia menghampakan sebilangan besar rakyat. Johor contohnya, tidak hanya kehilangan seorang anak Johor sebagai timbalan perdana menteri, tetapi juga potensi untuk anak Johor itu dinaikkan ke pangkat perdana menteri,” katanya.

Mukhriz berkata, apa jua alasannya, seseorang pemimpin yang menang jawatan parti melalui pemilihan tidak boleh digugurkan daripada jawatan itu dengan sewenang-wenangnya.

"Dakwaan timbalan presiden tidak membantu presiden, malah mengkritik presiden dan ini cukup sebagai alasan untuk diambil tindakan, tidak boleh diterima sama sekali.

“Perlembagaan Umno tidak menghalang ahli atau pemimpin mempersoalkan isu-isu dibangkitkan oleh rakyat," katanya.

Mukhriz turut menempelak sebilangan pemimpin Umno, tanpa menyuluh diri sendiri dan tanpa segan silu acap kali memperlekehkan teguran pemimpin akar umbi.

"Hakikatnya, pemimpin kaki ampu inilah sebenarnya merupakan pengemudi yang sedang membawa haluan Umno tersasar daripada perjuangan asal dalam membela dan mempertahankan kepentingan rakyat," katanya.

Jelasnya, ia kerana kenyataan-kenyataan dikeluarkan beberapa ahli Majlis Tertinggi kebelakangan ini lebih bersifat mengampu presiden dan menghalalkan kebatilan.

“Saya percaya sebilangan mereka bakal menjadi ‘pendakwa-pendakwa’ yang juga ingin membuktikan jasa dan peranan dalam mempertahankan presiden.

"Sedarkah kita bahawa rata-rata orang muda meluahkan perasaan meluat dan menyampah dengan Umno akibat angkara pemimpin tertinggi parti?” katanya.

Mukhriz berkata, sekiranya Muhyiddin dianiaya, beliau percaya ramai ahli dan orang Umno akan meninggalkan parti, apatah lagi yang berada di atas pagar, tetapi tetap menyokong Umno selama ini.

“Inilah amaran yang disampaikan oleh begitu ramai orang Melayu kepada saya,” katanya. -SH


MT Umno terdesak, kes Muhyiddin patut dibawa ke jawatankuasa disiplin

Kes disiplin membabit Tan Sri Muhyiddin Yassin sepatutnya dibawa ke jawatankuasa disiplin parti sebelum diserahkan kepada Ahli Majlis Tertinggi Umno (MT Umno), kata Pengerusi Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Tan Sri Abdul Aziz Rahman.

Bagaimanapun Abdul Aziz mengakui MT Umno mempunyai bidang kuasa yang luas dan penggantungan Muhyiddin dibuat kerana ianya 'perkara mendesak' dan perlu disegerakan.

Beliau berkata, jika tindak-tanduk Muhyiddin disifatkan bercanggah dengan struktur perlembagaan dan displin ahli terhadap parti, perkara itu boleh diperdebatkan kedua pihak.

“Perlu ada laporan untuk dibawa ke peringkat jawatan kuasa disiplin terlebih dahulu sebelum dibawa kepada ahli MT.

"Dalam hal ini mungkin MT terdesak dan nak buat cepat kerana melihat kepada tindak tanduk Muhyiddin kebelakangan ini menyerang Presiden," ujarnya.

Beliau juga menjelaskan bahawa ada kemungkinan Muhyiddin boleh merayu untuk membela diri bagi mempertahankan jawatannya.

“Kena lihat juga apa peraturan yang ada dalam perlembagaan parti itu yang boleh memihak kepada isu membabitkan Muhyiddin," ujarnya lagi.

Beliau yakin keputusan menggantung jawatan Muhyiddin tidak dibuat dengan mudah oleh MT Umno.

MT Umno, katanya mungkin berada dalam keadaan 'terdesak' untuk membuat keputusan drastik tanpa perlu Muhyiddin diberikan ruang mempertahankan diri.

Usul untuk memecat Muhyiddin sebelum ini telah dicadangkan secara terbuka oleh Datuk Seri Nazri Aziz dengan sokongan beberapa ahli MT.

Ia kemudian dibawa ke mesyuarat MT Umno semalam.

Nazri dalam kenyataan yang dipetik media mengusulkan Muhyiddin dipecat daripada parti berikutan tindakannya mempertikaikan pelbagai perkara berkaitan presiden parti dan kerajaan secara terbuka. -MD


23 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

terbukti najib yg juga presiden umno bukan berjuang utk partinya, jauh sekali untuk rakyat tapi dia berjuang nk pertahankan diri je, satu hari nanti najib akan kena juga.... seperti dlm sebuah kapal rakyat akan karamkan dia bersama kapalnya.....

Anti Fitnah berkata...

Alif Min Nun Wau ...
Alif Min Nun tendang Wau ... Sarkis
Sarkis kini yang penuh dengan binatang "buas" yang bernafsu yang lebih teruk daripada setan.
Hidup 1 Malaysia ...
Haramjadah Haramjadah Haramjadah

Timnajib Jomfikir berkata...

Itulah cara UMNO..masa sekepala dulu...rela tido sebantal, melakukan kerja2 keji. Apabila sudah tidak sehaluan.. tikam dan terus tikam belakang...(harap yang disingkir akan masuk AMANAH) kalau, masih tidak sedar juga...jawablah dengan Allah swt nanti.

UMNO dulu kini dan selamanya umpama..najis Mughallazah berat.
Jauhi kotorannya..

Tanpa Nama berkata...


Nothing can sink umno - Ali Rustam

Tiada apa yg boleh karamkan umno - Ali Rustam

Malaysiabaru berkata...

Sepatutnya gantung keahlian presiden ... Bukan timb


Apa dah jadi dgn umno

Makin brutal umno skrg ... Makin sombrono membabi buta buat keputusan

Undi umno mcm undi pas
Undi pas mcm undi umno

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya ramai yg telah menjangka hubungan antara Najib dan Muhyidin akan berakhir sebegini. Najib dan Muhyidin bukanlah pasangan yg serasi. Mereka adalah dua pemimpin yg dipasangkan secara tidak dirancang. Najib tidak pernah percaya kepada Muhyidin dan Muhyidin tidak pernah menghormati Najib. Bagi Najib, Muhyidin adalah persaing dan musuh dalam selimut. Bagi Muhyidin pula, Najib adalah pemimpin yg "spoil", lemah, banyak skandal dan naik kerana legasi bapanya. MĂ©reka tidak ditakdirkan untuk berjuang bersama. Pertelingkahan mereka bermula bila keduanya bersaing untuk jawatan Naib Presiden UMNO. Jesteru krisis 1MDB bukanlah natijah khusus yg menyebabkan Muhyidin tersingkir. Disamping itu, Najib telah belajar dari Tun Mahathir bahawa utk kekal lama dijawatan tertinggi, mereka perlu sentiasa menukar timbalannya. Namun apa yg menjadi iktibar dalam episod penyingkiran Muhyidin adalah dalam sistem UMNO hanya seorang yg berkuasa iaitu Presiden. Yg lain hanyalah wayang semata. Oleh itu janganlah terlalu berbangga dan perasan dgn jawatan Tim Presiden, N Presiden, Ketua Pemuda, Wanita dan Puteri. Mereka ini hanya alat semata.Selain itu, tiada istilah kesetiaan, perjuangan melayu, memertabatkan agama dan memperkasa ekonomi melayu dalam UMNO. UMNO adalah wadah untuk "cari makan".

Tanpa Nama berkata...

Wahai Tuan 1.05 ptg. Tidak semudah kata2 tuan bahawa rakyat akan karamkan mereka samaada dalam masa terdekat atau dalam pru 14 nanti.

Mereka memiliki penasehat dan pakar2 terbaik dunia. Mereka siap sedia merancang program agar melayu2 tetap sokong. Dan melayu memang sokong lama dah. Melayu bertakbir raya memang hebat tapi takutnya pada DAP seolah2 kuasa DAP lebih hebat dari kuasa tuhan yang mencipta getah sekerap.

Mereka tetap akan berkuasa. Syaratnya 3 perkara ini saja jangan sekali2 terjadi. Kalau terjadi, alamatnye rosak habis, punah, mmm ape lagi ye..Betul tu. Lari tak cukup tanah.

Pertama, jangan ada demo tahap mega hingga polis pun tak boleh kawal. Omputih pun takut kalau melayu berkumpul, naik hangin dan mengamok.

Kedua, tv jangan sekali2 terpadam. Selagi amalan nengok tv jadi ibadat waktu magreb, tobat melayu takkan percaya sumber berita lain. Tv yang yang tak reti menipu semasa berita banjir, takkan nak menipu tentang berita politik pulak.

Ketiga, siapkan sampul rm300 hengget sorang masa pru nanti. Nilai melayu ni rm50 saja. Tapi takpe. Kali ni bagi bonus sikit. Kesian. Harga getah pun sengget nam kopang.

pemuda parit kings berkata...

Wow!!!hebat benarkah isu ini???yg jelas...umno da nk karam Ni...inilah masanya Kita sebagai pejuang rakyat perlu bangkit memberi terus kesedaran pd rakyat...jgn leka dan lupa...kerja harus diteruskan..umno harus ditumbangkn termasuk BN..kepalanya umno...jd...bila dah bermasalah...itu petanda baik buat rakyat...kerajaan harus ditukar...jika kerajaan dah bertukar...x betul jugak...BG je sepenggal...lihat blik parti mana yg boleh membantu rakyat...pilih yg terbaik dlm klangan terbaik...jgn sokong golngan yg Sama merosakkan Negara...x kiralah apa parti pun...kita sebagai rakyat harus bijak...

pemuda parit kings berkata...

Jgn byk2kn parti LG dlm Malaysia Ni..kpd kumpulan umno yg x puas hati..tinggalkanlah umno Tu...masuk amanah jer...pastikan niat Kita bersih Dari dendam Dan x puas hati...masuk dlm amanah lebih baik dr masih tinggal bersama umno...marilah Kita sama2 melancarkan gerak kerja dr skrg...ayuh bangkit!!!kuatkan jentera utk selamatkan Malaysia...

Tanpa Nama berkata...

Beri satu contoh dia berjuang krna rakyat

Tanpa Nama berkata...

Biarlah umno dgn kapalnya...xberminat pon...kalau dh mcmni punya umno pon masih ada yg sokong lagi pon xtau la nak ckp ape kt org tu...org melayu khususnya, susah sgt nk pham politik...mana yg bagus mana yg tidak...

Tanpa Nama berkata...

Terdesak ?

UMNO terdesak ke atau Najib terdesak?

Ini hal Muhyiddin dengan Najib dan Najib bawak geng (MT) belasah Muhyiddin.

Apa bezanya dengan Mukhriz yang berani kritik keputusan MT?

Ehmm boleh kritik MT tapi jangan Najib.

nurudin berkata...

Okay okay

Tanpa Nama berkata...

Ali Rustam kata, NOTHING CAN SINK umno.
Betul ke.......????????
Ali Rustam has already sunk di Bukit Katil dalam PRU13.
Dia lupa kenapa kapal dia karam di Bukit Katil.
Orang menyampah tengok dia membuat majlis kawen anaknya besar-besaran.
Orang bertanya, dari mana dapat wang....?????
Kes kapal Ali FRustam karam di Bukit Katil sama dengan kes Najib.
Orang bertanya, dari mana dapat duit bermewah-mewahan....????
Najib lebih teruk, sudahlah mencuri duit rakyat, rakyat kena bayar duit yang dicurinya melalui GST.
Kalau Ali Rustam yang setiap PRU b oleh menang majoriti 15-20 ribu,
boleh tenggelam dalam PRU13, tak mustahil benda yang sama akan berlaku pada Najib dalam PRU14.
Tunggu saja - TIME WILL TELL.

Tanpa Nama berkata...

Ali ketam manyak lucu. Dia sendiri dah sink di bkt katil. Ketam tak sedar diri. Dia tu senget otak. Kahkah

Abdul Said berkata...

Wahai tuan Tanpa Nama 27 Feb 16 3:18 Ptg. Saya amat bersetuju dengan apa yang tuan katakan. Orang Melayu sedang hanyut dalam dunia mereka sendiri. Mereka tidak peka dengan keadaan disekeliling. Mereka terlupa atau buat-buat lupa yang mereka orang Islam. Mereka sudah tiada harga diri, hilang maruah dan tidak pernah kenal apa dia jati diri. Mereka bukanlah bangsa yang satu kelas dengan bangsa Jepun atau Korea atau Tamil atau Scandinavia. Cara hidup dan pemikiran mereka bukan sesuai untuk zaman sekarang atau kurun yang lalu, mereka masih terperangkap dalam kehidupan zaman Parameswara. Kalaulah tiada orang keturunan asing di Malaya sudah tentu taraf kita tidak lebih dari tanah Minangkabau atau pun Acheh. Kini bangsa ini sedang menuju kepada zaman kehancuran. Mungkin Allah s.w.t akan menggantikan mereka dengan bangsa lain mungkin Cina, mungkin Iban, mungkin Tamil dan mungkin juga bangsa Benggali atau disebut Banlgladeshi!! Satu hari nanti ini semua akan terjadi. InsyaAllah.

pemuda parit kings berkata...

Biar hancur je BN Dan umno Ni...jgn Kasi muka...klu dok kedai kopi...kasi perli je puak2 BN umno Ni...bg sedar sikit...umno pasti hancur...percayalah...umno gunalah tektik mcm mane pun...klu Allah kata tumbang..tumbang jugak...yakinlah dgn kuasa Allah...tp pimpinan yg baru atau lama dlm PH perlu berilmu dan bertaqwa...malah ambil peduli ttg masalah rakyat...jgn jd mcm satu Parti Tu..dok sembang2 Islam Dan prihatin pd rakyat asalnya...akhir skali???Kita tak may pimpinan mcm gitu...mengabihkn boreh je...elok Kita pilih pimpinan yg hidupnya sederhana Dan lebihkan rakyat khasnya...jgn peduli dgn BN umno Ni...letih da...semak kepala fikir pasal umno Ni...biar umno karam dan berkubur dibumi Malaysia...

Tanpa Nama berkata...

Melayu UMNO,pemimpinnya tak boleh di harap.

Leong Sik sendiri desak nak Malaysia selamat, singkir Najib dan Rosmah!

Begitu teruk sekali, Najib dan Rosmah pada mata pemimpin cina masih juga Melayu UMNO, pemimpinnya pertahankan jugak Najib dan Rosmah.

Bodo.

Tanpa Nama berkata...

tnya ali ketam Allah blh tk karamkn umnu ?

ketam pun blh dihumban oleh pkr... ckp byk pulak ketam tu

Tanpa Nama berkata...

Jangan nak berangan lah PH nak menang.. 1.5juta Bangla bakal pangkah BN masa PRU nanti..hahaha

Tanpa Nama berkata...

Bakal menantu zahid komedi dlm 1.5juta tu ada sorang. Hati2 nanti kena saman

mohd shahran berkata...

tak adanya paku terakhir. tok bomoh(pas) bagi nafas baru kepada umno

Tanpa Nama berkata...

" Melayu bertakbir raya memang hebat ..."
Hebat??? Bertakbir mendayu dayu, hebat???. Melayu kalau takbir raya kalu tarik mendayu sampai nangis, hebat apa. Kalu takbir camtu memang patut utk penakut. Tak de semangat langsung utk menyatakan kebesaran Allah.