22 Jan 2016

Menteri Lakukan U-turn, Nafi Buat Kenyataan Gantung Biasiswa JPA

Wee Ka Siong nafi sahkan biasiswa JPA dibekukan

Datuk Dr Wee Ka Siong menafikan beliau berkata Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menggantung biasiswa kerajaan dan perkara itu sedang dikaji jabatan itu.

Mengulas bantahan orang ramai terhadap berita itu, beliau menulis di laman Facebook, kegemparan timbul di kalangan ibu bapa dan pelajar disebabkan laporan tidak tepat sebuah portal yang mengambil berita daripada akhbar berbahasa Cina.


"Isu penggantungan (bantuan kewangan) JPA yang dikatakan itu dilaporkan beberapa hari lalu dalam media, memetik kebimbangan ibu bapa dan pelajar mengenainya.

"Saya tidak mengumumkan penggantungan itu, atau mengesahkannya.

"Bagi mendapatkan penjelasan mengenai isu itu, saya membawanya ke mesyuarat Kabinet minggu ini (20 Januari, 2016) dan jika perlu, mencari penyelesaian kepada perkara ini, terutamanya daripada JPA.

"Bertindak balas kepada perkara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak segera mengarahkan ketua setiausaha negara dan JPA mengkaji dan mengemukakan laporan kepada Kabinet minggu depan," kata menteri di Jabatan Perdana Menteri itu. -TMI

ULASAN GB

Setelkah dikecam hebat oleh rakyat, Wee Ka Siong baru menafikan ada membuat kenyataan mengenai penggantungan biasisiwa kerajaan dan menyatakan perkara itu sedang dikaji oleh habatan perkhidmatan Awam.

Anehnya penafian itu hanya bmuncul setelah berita itu tersiar di Sin Chew Jit Poh beberapa hari yang lalu. Malaysiakini memetik laporan itu dari akhbar berkenaan sebe;um ianya menjadi satu isu yang menggegarkan negara.

Ahli Parlimen Pandan, Sdra Rafizi Ramli sebelum ini turut menyelarkan langkah kerajaan yang cuba menghentikan biasiswa berkenaan. Beliau berkata, terdapat banyak projek yang kononnya diswastakan tetapi ditanggung oleh kerajaan melalui pinjaman mudah (soft loan) seperti yang berlaku kepada Ahmad Zaki Resources Berhad (AZRB), lapor malaysiadateline.com.

Menurutnya, beliau dimaklumkan bahawa pinjaman mudah kepada AZRB bagi tujuan pembinaan Lebuhraya EKVE adalah bernilai RM900 juta.

“Saya berminat untuk mengetahui sama ada kerajaan akan meneruskan pemberian pinjaman mudah kepada syarikat-syarikat yang telah dianugerahkan konsesi pembinaan lebuhraya-lebuhraya,” katanya dalam blog beliau hari ini.

Mengulas pemberhentian biasiswa pendidikan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi 700 penuntut ijazah pertama, beliau berkata, rakyat hanya mengetahui hal tersebut daripada akhbar berbahasa Cina.

Rafizi yang juga Naib Presiden dan Setiausaha Agung PKR juga berkata, ribuan pelajar yang cuba memohon biasiswa atau pinjaman dari Mara telah ditolak sebelum isu pemotongan biasiswa JPA pada masa ini.

“Sehingga kini, saya difahamkan Mara masih belum membuka sistem permohonan penajaan pendidikannya. Saya juga dimaklumkan kini Mara terpaksa menjadi orang tengah kepada bank-bank yang menawarkan pinjaman kepada pelajar pada kadar komersil,” dedahnya.

Beliau juga berkata, Najib dalam Bajet 2016 memotong peruntukan biasiswa dan dermasiswa kira-kira RM800 juta manakala dana Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) dipotong dari RM200 juta menjadi RM10 juta sahaja.

Sehubungan itu, Rafizi juga menggesa Najib mengarahkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membayar kembali geran kerajaan Persekutuan sebanyak RM1.1 bilion.

Ujarnya, jumlah tersebut yang telah diambil oleh 1MDB bagi kerja pemindahan dan naiktaraf pangkalan tentera berkaitan Bandar Malaysia merupakan tanggung jawab 1MDB dan tidak wajar melibatkan dana rakyat.

Sementara itu, Angkatan Wanita Amanah Negara (Awan) Nasional menggesa kerajaan mengekalkan peruntukan bagi tajaan biasiswa Jabatan perkhidmatan Awam (JPA) dan juga tajaan program bursari kepada pelajar yang layak.

Pengarah Komunikasi Awan Nasional Fareedah Samad berkata, tidak munasabah kerajaan yang dikatakan mendahulukan rakyat memotong peruntukan pendidikan yang merupakan sektor penting dalam plan pembangunan negara.

Tajaan JPA digantung bagi menampung masalah kekurangan dana, dalam masa yang sama peruntukan untuk program di bawah kategori sekunder boleh diteruskan,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, kerajaan bersikap zalim jika menarik tajaan biasiswa ini kepada para pelajar yang sekarang dalam tempoh tajaan JPA terutamanya yang sedang menuntut di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan luar negara.

10 ulasan:

myazzam berkata...

Aiyaa...ini menteri cina mau jadi serupa itu bodoh mcm hassan malek dgn mat lan ka...

Tanpa Nama berkata...

HELLO HOW MANY U TURN U NAK BUAT NI. KALAU DI JALAN RAYA, IF U HARI-HARI BUAT U TURN PEMANDU AKN MENGAMUK DGN U, APATAH LAGI MAKING IMPORTANT DECISION. INI ADAKAH HUKUM ALAM SBB TU PILIH PEMIMPIN KENA PEMIMPIN YG BIJAK. WALLAHUALAM.

Timnajib Jomfikir berkata...

Off topic:

Esok jangan lupa.. berkumpul di maju junction bersama Abg Mat Sabu + Pemimpin Pakatan Harapan mereka akan berucap..say no to TPPA!

Rakyat Malaysia/forumers/bloggers,
Jumpa anda semua di sana...

Anti Fitnah berkata...

Trend Menteri di Malaysia hari ini ...
Kalau bercakap ... hujahnya macam budak bawah 12 tahun
Kalau buat cadangan ... cadangannya macam budak bawah 12 tahun dok main masak-masak
Kalau buat kenyataan ... selalu mohong dan U-turn.
Kalau di jalan raya, selalu buat U-turn, in shaa Allah akan bertembung dengan lori treler.

Tanpa Nama berkata...

Di manakah PAS dan TGHH dalam isu ini?

Tanpa Nama berkata...



"Saya tidak mengumumkan penggantungan itu, atau mengesahkannya. "


Saya mencadangkan supaya di gantung. Itu sebab akan dibawa kepada mesyuarat kabinet.

Kalau tidak, tak payah lah nak bawa perkara ke kabinet...

Tanpa Nama berkata...



Macamana sekali pun, tak boleh di gantung biasiswa. Potong belanjawan dan bajet yang lain. Tak perlu langsung dibawa kepada Kabinet. Nanti yang jadi doktor, yang jadi jurutera dan yang jadi pakar semua nya pendatang asing.

Bukan tak pernah terjadi, hospital swasta ramai pendatang asing ..

Tanpa Nama berkata...

GST? Semua menteri dah lupa ker ada GST? Bagi la balik GST tu kepada rakyat dalam bentuk biasiswa. Bodoh punyer kerajaan

Tanpa Nama berkata...

Lepas tu salahkan orang lain salah paham.

Bukan menteri, pas pun sama

Tanpa Nama berkata...

ni perkara mudah. kalau tak mampu bayar yuran universiti tak payahlah belajar pandai2. setakat spm cukuplah. amat maslan tentu setuju pendapat aku.