23 Jan 2016

Ahli AMANAH Diseru Sertai Protes TPPA

KENYATAAN MEDIA

PENDIRIAN AMANAH BERHUBUNG TPPA

Masih ramai yang bertanya berhubung sikap AMANAH terhadap TPPA. Sudah pasti mereka tidak menyedari hakikat bahawa AMANAH telah lama terlibat dalam beberapa program membincangkan TPPA dan telah juga menyuarakan bantahan terhadapnya. Akan tetapi sebagai sebahagian dari strategi AMANAH, kami telah bersetuju supaya pihak NGO menjuarai isu ini supaya ianya tidak dilihat sebagai isu yang mempunyai apa-apa agenda atau kepentingan politik.


Bantahan terhadap TPPA telah turut disuarakan oleh rakan-rakan kami dalam Pakatan Harapan dan dalam satu kenyataan akhbar di pejabat PKR pada 19 Januari lalu, Pakatan Harapan telah menyuarakan pendiriannya. Mungkin pendirian kami bersama Pakatan Harapan tidak begitu mendapat perhatian sehingga masih ramai yang tertanya-tanya.

Oleh itu kami mengambil kesempatan ini untuk menjelaskan pendirian AMANAH seperti berikut :-

1. Kerajaan dituntut supaya tidak menandatangani perjanjian TPPA pada 4 Februari ini. Ini adalah kerana ianya akan menggadaikan kedaulatan negara dalam beberapa aspek sambil mendatangkan kesan buruk terhadap ekonomi negara khususnya terhadap syarikat-syarikat tempatan yang tidak mampu bersaing dengan syarikat-syarikat antarabangsa. Pada masa sama ianya akan mendatangkan kesan buruk juga terhadap kos kehidupan rakyat khususnya yang berkenaan dengan hak milik dan hak cipta intelektual, lebih lebih lagi dalam kos perubatan.

2. TPPA lebih dilihat sebagai perjanjian yang ingin melindungi kepentingan pelabur dan bukan mendatangkan keuntungan perdagangan. Ianya seolah-olah menganggap keuntungan pelabur adalah terjamin dan perlu sentiasa diutamakan.

3. Pada masa sama, ianya juga dilihat sebagai perjanjian yang mempunyai tujuan dan matlamat politik mengikut kepentingan Amerika Syarikat. Melaluinya Amerika mengharapkan tapak pengaruh yang semakin kukuh di kawasan Asia Timur demi menghalang kemaraan pengaruh China. Dasar tidak berpihak Malaysia yang sekian lama terlaksana mungkin terjejas melaluinya.

4. Dilihat juga bahawa perbahasan berhubung TPPA masih belum selesai sepenuhnya di pihak negara penggubalnya sendiri ia itu Amerika Syarikat apabila kedua-dua calon Presiden samada dari Demokrat mahupun Republikan tidak senang dengan perjanjian tersebut. Oleh itu kegejolohan kerajaan untuk menandatanganinya sangat dipertikaikan.

5. Berpandukan keadaan di atas, maka Pakatan Harapan mendesak supaya sidang khas Parlimen pada 26 dan 27 Januari ini digunakan untuk membahas persoalan penyelarasan bajet dan potongan-potongan yang dicadangkan termasuk pemotongan biasiswa JPA. Kesan pemotongan perbelanjaan dalam usaha penyelarasan bajet ini dilihat lebih penting dan lebih semasa berbanding TPPA yang tidak perlu disegerakan untuk ditandatangani.

6. Berhubung demonstrasi TPPA yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 23 Januari ini, pihak AMANAH menggalakkan ahli dan penyokongnya untuk menyertainya sebagai tanda protes terhadap perjanjian berat sebelah dan tidak adil ini demi memaksa kerajaan untuk tidak menandatanganinya.


Sekian.

“Harapan Baru”

KHALID ABD SAMAD
Pengarah Komunikasi
Parti Amanah Negara

22 Januari 2016

ULASAN GB

Jangan jadi macam satu parti tu, dah gian untuk berdemonstrasi. Dikerah semua halinya hadir tapi pakai baju warna hijau dengan lilitan hitam anti-TPPA.

Katanya tak mahu kehadirannya dieksploitasi oleh parti lain.... sedang semua norang tahu yang menganjur himpunan itu ialah NGO.

Kita hanya tersenyum. Kerana parti sejarah inilah juga dahulu memperlekehkan demonstrasi jalanan. Katanya yoya-yoya, katanya itu politik tidak matang.

Sekarang mungkin nak lepaskan gian, dah lama tak berdemonstrasi.... ahli-ahli dah sejuk belaka.... :)

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

1MDB seolah2 model tppa.

cuba bygkn pelabur lbh berkuasa dpd kerajaan dn kerajaan mesti pastikn pelabur untung sentiasa..

walaupun terpaksa mengadaikn negara?

mcm 1mdb la.. tu baru satu syarikat

Tanpa Nama berkata...

Tak ada untungnya TPPA kepada negara. Bukan kerja dia orang nak tolong rakyat dan negara. Tapi sekarang ini tak ada TPPA pun sama jugak apa yang Najib buat, habis semua dilelong. Cuma bila ada TPPA adalah alasan dan lagi mudah untuk Najib gadai harta negara

Timnajib Jomfikir berkata...

Umno/BN sudah tidak layak untuk menerajui negara kita.kerosakan demi kerosakan telah mereka lakukan. Dari sekecil2 perkara, hinggalah ke sebesar2 perkara.

Jumpa anda semua di sana.....!

Husmad Ahmad berkata...

Cuma ada cara satu saja supaya kerajaan tidak menanda tangani bubar parlimen sekarang biar Rakyat buat pilihan.

Anti Fitnah berkata...

Malaysia dah lama dirompak ...
Kuasa kerajaan ... hanya terhadap rakyat yang menentang dan tidak akur
Kuasa kerajaan ... untuk gempaq rakyat Malaysia

Kerajaan Malaysia bukan sahaja nampak DAYUS dan memang DAYUS bila berdepan dengan syarikat ciptaannya sendiri, Syarikat konsesi kerajaan yang tiada modal (modal diberi oleh kerajaan) begitu berkuasa dan mampu bertindak zalim terhadap rakyat Malaysia yang memilih kerajaan. Kalau terhadap syarikat konsesi pun tak mampu terkawal, apatah lagi TPPA.
Begitu bodohnya kerajaan Malaysia kerana satu perniagaan yang boleh menjana pendapatan buat negara diberi kepada syarikat yang modalnya tiada dan lepas tu boleh pulak arah kerajaan mengikut arahannya sedangkan pemegang saham terbesar masih milik kerajaan Malaysia.
Rakyat Malaysia (47%) masih dayus untuk berubah malahan sanggup jadi suami yang dayus kepada isteri yang bermain kayu tiga dengan peniaga yang tamak haloba.
Malaysia Boleh ... boleh diHARAMJADAHkan.

Tanpa Nama berkata...

Apa yang sebenarnya akan digambarkan pada kali ini?
PAS akan cuba menunjukkan kononnya mereka kuat dengan mengarahkan ahli-ahlinya memakai baju hijau.
PAS cuba menunjukkan pada umum, bahawa sokongan terhadapnya masih lebih ramai dengan jumlah yang berbaju hadir pada kali ini.
Namun jangan lupa, tidak mustahil UMNO akan hadir dengan baju hijau juga nanti untuk meramaikannya jumlah si baju hijau.

Tanpa Nama berkata...

Tapi si hadi biul ni salahkan dap pulak pasal tppa..tak paham aku..dah mabuk pil kuda rasanya..umno yg dok canang kebaikkan tppa..dap pulak yg salah..hadi bengong..

Timnajib Jomfikir berkata...

Hadi Awang meneruskan dendam kesumatnya..

Terkini: beberapa jam sebelum perhimpunan..

TPPA: Hadi lebih rela kecam DAP dari UMNO.

Nampaknya, hati Hadi telah menjadi hitam sehitamnya..

Tanpa Nama berkata...

10 tahun lg kerajaan yg pada masa ITU akan menyalahkan kerajaan sekarang kerana menandatangani parjanjian TPP Dan akan memberitahu kerajaan tidak boleh buat apa2 lagi.

lelaki dicermin berkata...

Aku sebenar sape lah dlm pas yang biol... tuang presiden nya .. pengarah strategi pas zuhdi tu...kalau tuang presiden jenis rengan mulut.. patut zuhdi nasihat..jgn berckp tak tentu hala...sbb akan mendtgkan kesan.skg dap belum keluar tppa dr mulutnya... tuang presiden biol dah keluarkan kenyataan. Memalukan betul...agak kesan ubat masuk hospital tempohari tak habis lagi..

muhd mustaqeem mustapa berkata...

Saya harap penulis blog ini baca komen saya. Saya ingin cakap pasal tppa yang pada pandangan saya memang perlu dan wajib kita bantah sebab yang ketuai tppa ni Amerika. Kita semua sedia maklum bahawa Amerika adalah penyokong kuat yahudi laknatullah .Amerika menggunakan segala sumber kewangannya untuk membuat senjata bagi memerangi umat islam yang kini berada si timur tengah. Amerika tahu bahawa hanya sumber kewangan yang banyak sahaja yang dapat mencapai cita cita Amerika dan sekutunya yahudi laknatullah untuk merampas negara umat islam inilah cita cita yahudi laknatullah dan Amerika syarikat. Jadi saya ingin mengingatkan janganlah kita terperdaya dengan janji manis Amerika laknatullah tu. Jadi saya harap pendapat saya ini didengari. Orang ramai perlu sedar dan kaji dengan mendalam apa tppa itu sebenarnya. SEKIAN DARI SAYA . TERIMA KASIH