22 Jan 2016

Gantung Biasiswa: Kerajaan Najib Dikecam Hebat...

'Duit beli jet ada tapi tiada biasiswa untuk pelajar?’

Berita bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan menggantung biasiswa memandangkan hasil kerajaan merudum akibat kejatuhan harga minyak mentah dunia menyaksikan ramai rakyat negara ini menjadi berang.

Ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati mereka di laman media sosial Malaysiakini mengenai perkara itu dengan mendakwa ini adalah bukti tadbir urus yang lemah sehingga rakyat menjadi korban.

Paling mendukacitakan, kata mereka adalah hakikat bahawa pentadbiran Najib sanggup membeli jet peribadi mewah untuk kegunaan VVIP, tetapi memotong dana untuk aset negara yang paling berharga - pelajar pintar.


Berikut antara komen mereka.

Yeop Apis Kamil Najib kena jual jet2 kerajaan yg ada... kena mansuh jawatan penasihat2 bertaraf Menteri tu... kena masuh jk pemandu kat jpm tu dulu...potong sekurang kurang 30 % peruntukan untuk jpm, mansuhkan plkn, mansuhkan permata... ini yg patut di potong dulu peruntukannya.

Saudagar Unta sanggup dia sepak masa depan student kita semata-mata untuk bermewah-mewah...

Mohamad Rohim Silap yg lain di potong tapi yg di tambah peruntukkan melawat dan melancong ke luar negara..... main golf.

Nazeli Zahid Program utk pkerja kjaan, wakil rkyt patut dkurangkn. Jgn la amik peruntukn utk rkyt...

Peter Yuen Kalau mcm ini habislah negara pendidikan pun tak mampu tanggung padahal ini adalah yg paling penting utk sesebuah negara, bagi saya sepatutnya dibubarkan ialah jpm sebabnya kalau tak jpm sekalipun sudah ada menterinya , jadi bagi saya jpm cuma kementerian yg menbazir

Insan Dhoif Jaq INI BARU BETUL.BUBAR SEMUA JAWATAN PENASIHAT TU, TAK BERGUNA LANGSUNG

Dewa Perang Mansuhkan tol free utk peg kerajaan,kereta sendiri minyak sendiri....org lain pn keje gak,tapi semua byar sendiri...lg satu hapuskan terus elaun keraian utk peg kerajaan.. Tiket pegi melancong pn harap dihapuskan.

Prasath Ramakrishnan Cuba gantung buat majlis secara besar besaran kerajaaan dan potong gaji semua menteri kabinet..ni lagi boleh menjimatkan banyak duit.

Pa Rok Kesian ank2 yg belajar. Ada kerajaan pun x boleh pakai. Pentingkan hal peribadi dri rakyat.

Khalid Shariff Bila bagi bantuan pengajian berlagak murah hati.Yg. kaya pun dapat.Dah susah yg. miskin pun terjerat.

Azahar Mohd Isu spt ini yang patut di bela oleh Umno...

Abdul Syakur Elaun menteri bila mau gantung????

Imran Hasanan Iimm Biasiswa boleh gantung,keborosan pmimpin tak berani tegor??? -mk

23 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

anak2 kita belajar spm mcm nak mati. dpt 10Aplus pun takde makna. dpt tawaran medical studies di ireland pun ditangguhkan sebab kata pegawai jpa kerajaan takde duit nak bagi biasiswa. kalau nak belajar kena bayar sendiri. kepala otak najib. rakyat undi umno pon jadi pokai terpaksa jual tanah rumah sendiri. duit berpuluh billion yg disonglap tu nak buat apa. bawalah ke lubang kubur jadi cagaran.

Tanpa Nama berkata...

tuan penasihat hj.hadi ada tak dalil mengharuskan tindakan ini? salah beri nasihat ke atau buat lupa.

Tanpa Nama berkata...

Apabila manusia berkiblatkan harta, habis semua amanah diabaikan. Takutkan kehilangan harta yg azalinya milik org lain, tetapi tidak takut kepada amanah Allah swt. Selamatkn kami Ya Allah.. Bantu kami rkyat malaysia. daripada pemimpin berketurunan sifat firaun. malah lebih kejam..

Tanpa Nama berkata...

SERONOK SANGAT DAPAT BRIM KAN????

Tanpa Nama berkata...

Dah macamni pun masih ada yang ghairah nak bekerjasama....bangang.

Tanpa Nama berkata...

Sudah jatuh ditimpa tangga. Begitulah nasib pelajar-pelajar di negara kita kini. Biasiswa pra universiti untuk pelajar-pelajar pintar telah digantung. Bukan semua dari pelajar-pelajar pintar ini dari kalangan golongan berada. Besar kemungkinan ada segelintir pelajar pintar ini tidak menyambung pelajaran lantaran masalah kesempitan wang. Negara bakal kehilangan pemimpin berkalibar. Malaysia akan kehilangan pemimpin yang berwibawa kerana potensi mereka tidak dapat digilap. Pelajar hari ini adalah pemimpin masa hadapan. Nampak gayanya Najib tidak lagi menghiraukan bidang pendidikan kerana beliau sendiri pun tidak mempunyai kelulusan akademik yang tinggi. Najib boleh mendakwa dan mendabik dada tanpa kelulusan yang tinggi pun boleh menjadi bilionaire. Beliau menjadi bilionaire hanya dengan pemberian derma berbilion ringgit dari skheih Timur Tengah.

Pemotongan peruntukan IPT melalui Belanjawan 2016 sudah cukup memeritkan pelajar. Walaupun yurang pengajian tidak dinaikkan, namun bayaran-bayaran perkhidmatan yang lain naik berlipat kali ganda. Pinjaman PTPTN tidak mencukupi. Menurut sumber yang dipercayai ada pelajar yang berlapar kerana tidak kecukupan wang. Malaysia adalah negara yang kaya tetapi kerajaannya miskin melarat. Malaysia ada petrol, balak, bijih timah, kelapa sawait, getah, sumber laut dan tanah yang sangat subur. Kerajaan salah tadbir dan urus sehingga rakyat menderita. Budak pra sekolah menyatakan Malaysia kini semakin mundur bukan kerana ketiaadaan hasil bumi, tetapi kerana Najib terlahir di bumi ini. Kadang-kadang hujah budak tadika lebih bernas dari pandangan Ahmad Maslan.

Anti Fitnah berkata...

Dah kata dah ... Pak Pandir ... Menang sorak Kampong Tergadai. Tahniah kepada 47% Rakyat Malaysia yang menyokong BN.

Tanpa Nama berkata...

Najib ikut nasihat siapa tu buat mcmtu.jeng jeng jeng....

Tanpa Nama berkata...


Kerajaan di cadangkan buat dua kerja.
Selain mentadbir urus negara sendiri, Kerajaan Najib boleh jadi penasihat atau konsultan untuk kerajaan Pokok Beringin.

Tanpa Nama berkata...

Ginilah tradisi umno...org yg xlayak jadi pemimpin, dijadikan pemimpin...memang org mcmni mata duitan tamak haloba...bila dia jadi pemimpin, dia tidak mementingkan rakyat...dia hanya ingin melepaskan diri dr kesusahan dan bermewah2...Siapa yg undi bn, tanggung lah penyesalan...

Tanpa Nama berkata...

lagi byk terdedah kelemahan umnu bn pasug.. kita akn lihat kuat puak2 jahat itu akn besar2kn isu alih fokus...

dap akn terus difitnah melampau srbagai anti islam melayu

IS akn dijadikn modal utk tunjuk kerajaan sgt perihatin jg negara dn rakyat akn ditakut2kn secara berlebihan

oleh kerana dlm penjara... maka skarang dap akn menjadi punch bag tetap utk alih isu.

jgn jd mangsa manipulasi umnu pasug mencetus isu perkauman dn agama.

teruskn fokus kpd penjenayah sebenar negara iaitu geng monggol dn penjilat mereka yg berserban jubah yg sedang perjuangkn assobiyah

Tanpa Nama berkata...



Susah payah hantar angkasawan..
Susah payah lahirkan professorprofessor kangkong..
Susah payah cipta lagu "Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi.. "

Apa lah nak di katakan lagi sekira nya pendidikan untuk anak-anak harapan bangsa di jadikan korban terbaru ..

Tanpa Nama berkata...

Ya Allah..selamatkan negara ini dan rakyatnya dpd ditindas pemimpin zalim ini..amin

Tanpa Nama berkata...



Ini lah yang di perjuangkan oleh pemimpin pelajar yang berdemo mendedah keborokan UMNO BN demi untuk menyelamatkan masa hadapan adik-adiknya supaya mempunyai masa hadapan yang baik.

Mereka di maki, dikutuk, di tangkap dan di hina. Mereka di katakan lebih berpolitik dari belajar. Sekarang mana Kelab UMNO Luar Negara dan apa yang ahli Kelab akan buat ?

Tanpa Nama berkata...

Kepada macai BN.. TAHNIAH!!!!! mangkaq-mangkaq semua dah berjaya menjahanamkan negara... menafikan hak rakyat untuk mendapat pendidikan yg sempurna untuk pembangunan modal insan & masa depan negara. Mangkaq-mangkaq macai sekalian... kalau korang seketurunan bangang malas belajaq pun jgn sampai menjahanamkan masa depan orang lain!!!

Tanpa Nama berkata...

mudah sangat la kalu kerajaan nk cermat tanpa korbankan biasiswa...tgok pjbt jkr hq d kl dah la..merata tempat..dah tu bila mtg pakat bergerak sana sini claim milage...klu tgok kat bangunan persekutuan d jln anson png...kereta kerajaan punya la canggih berselerak 2 floor parking...banyaknya masyaAllah..jenama mahal mahal lak tu...cukopla bab kereta tu..jgn dok beli dah kereta baru kerajaan...pkai ja apa yg ada....bila mtg...perghhh ngalahkan kenduri...mtg kosong makan minum banyak..siap tak habih lagi......jgn la potong biasiswa budak budak cerdik ini......tapi aku nk tgok berani dak kerajaan najib potong elaun kola kakitangan kerajaan....rasa rasa tu pon dlm list nk potong bajet tu

Tanpa Nama berkata...

INI TANDANYA MR. NAJIB NAK LEMAHKAN RAKYAT M,SIA DGN MENGHANCURKAN SISTEM PENDIDIKAN NEGARA. MULA-MULA TURUNKAN BUDJET UTK PENDIDIKAN, NOW HAPUSKAN BIASISWA. THIS IS STEP SECARA TIDAK LANGSUNG ENSURE NAJIB CONTINUE BERKUASA WHEN PENDIDIKAN RAKYAT M,SIA DILEMAHKAN. U ALL TAK PERASAAN WAT IS NAJIB AGENDA. SELAMATKAN MASA DPN ANAK KITA IS NOW BECOME OUR PRIORITY, U TAK NAK KESIAN DIRI U UMAT MELAYU FINE, JGN ANAK KITA DIAORG NAK ANIAYA. THINK THEIR FUTURE DON MAKE IT DARK DUE TO NO ACTION FRM US.

Tanpa Nama berkata...


raayat malaysia ramai yang terpelajar, tapi sayang seribu kali sayang mereka tidak mengunakan fikiran dan akal untuk memilih kerajaan yang baik, sudah 60 tahun UMNO memerintah negara, dan umno beranggapan malaysia ini milik mutlak mereka. Mereka bolih buat apa yang dia suka, raayat akan terus menyokongnya.

bila terkena batang hidung sendiri tahu pula itu ini, mereka ini dah lama bermewahx dengan harta negara. kenapa baru sekarang baru mengentahui, bagi merekax yang di potong biasiwa itu bagus juga, ramai lagi pelajarx yang berjaya xpernah mendapat biasiwa walaupun mereka juga raayat malasyia.

Al-Ahmad Othman berkata...

Wahai para MUFTI dan Tuan Penasihat kamu jangan jadi Ulamak BISU,PEKAK, TULI!!!kelak kamu akan disambar Api Neraka..Apa kamu semua BUTA tak nampak ape yg berlaku disekeliling kamu yg menimpa RAKYAT MALAYSIA dari hari ke Hari? Apakah kamu GAH sangat dengan Gelaran/pangkat yg kamu dapat? Ulamak terdahulu dipenjara/dibunuh semata-mata mempertahankan yg BENAR dan yg HAK... Tapi ulamak hari ini(khususnya Di Malaysia)mulut kamu semua diKUNCI dengan DUIT,PANGKAT,HARTA..masalah rakyat pada kamu semua bukan tanggunggjawab kami..pandai2lah Rakyat nak hidup..tanggungjawab kamu hanyalah menyuruh Rakyat redho-redho dgn ape yg ade,entah sampai KIAMAT agaknya.....

Abdul Said berkata...

Tak taulah apa nak dikatakan. Namun sebagai bapa kepada seorang peguam (hutang PTPTN ribu-ribu) dan kepada seorang jurutera (takde hutang sebab masuk kolej Cina (kononnya Cina tu rasis!!) saya rasa simpati kepada anak-anak yang tak dapat sambung pelajaran kerana JPA juga boleh jadi miskin. Namun disebalik itu saya juga sangatlah BERGEMBIRA kepada ape yang terjadi. Orang Melayu setinggi mana pun pelajaran mereka majoritinya tidaklah cerdik maksudnya bodohlah!!. Pernah dengar ungkapan jangan simpan semua telor ayam anda dalam satu raga. Perkara ini juga perlu dipraktikan dalam semua aspek kehidupan. Kerana taksub sangat dengan ketuanan Melayu dan kuasa UMNO inilah balasannya yang diberi oleh s.w.t. Ertinya orang Melayu tidak bijak @ bengong dalam berpolitik. Kedua berapa ramai orang elite Melayu yang 'mentedagah' duit kerajaan termasuk mendapatkan biasiswa untuk anak-anak mereka. Rumah macam istana, kereta dua tiga, cuti pergi luar negara tetapi anak mentedaghah biasiswa kerajaan. Ketiga, orang Melayu juga kedekut dan tangkai jering dalam membelanjakan duit sendiri untuk pendidikan anak-anak. Contoh-contoh yang saya jumpa dalam hidup saya. 1. Seorang kawan sanggup sewakan rumah , jual barang-barang tidak perlu dan sewa sebuah bilik bersama isterinya demi untuk menanggung pendidikan anaknya di Amerika. 2. Seorang kenalan cuma berpangkat staff sergeant menjual rumahnya dan tinggal di kaurters kerana membiayai anaknya belajar perubatan di Indonesia. 3. Seorang kenalan yang berniaga kedai haiwan peliharaan bertungkus lumus berniaga (termasuk memberi rasuah kepada orang-orang Melayu yang berkuasa) untuk anaknya belajar di Australia. Bila anaknya mendapat kerja di Australia ia pun menutup perniagaan dan menyewakan rumah kedainya. Yang saya katakan diatas ialah contoh dari India dan Cina. Orang Melayu kena buka minda. Orang Melayu kena ubah sikap. Kalau berpolitik untuk tujuan sempit inilah padahnya. UMNO bukan segalanya. Macam Shah Iran, kerajaannya hancur lebur. Macam Parti Baath Iraq, bukan parti saja yang hancur, keluarga Saddam pun lenyap begitu sahaja. Yang berkuasa hanya Allah s.w.t Yang menunjuk jalan ialah Rasulillah s.a.w. Yang bagi otak ialah yang Maha Berkuasa. Yang lain semua cap ayam. Fikir dan fikir dan fikir!! Walau apa pun semuanya sudah terlambat kerana sedar tak sedar negara ini bukan negara bangsa Melayu, negara ini ialah milik pelbagai bangsa yang menjadi rakyatnya termasuk orang Indonesia yang dibawa masuk oleh UMNo, dan orang Melayu hanya akan bersatu bila seekor babi betina yang bunting boleh terbang!! Sekian.

abrarmujahideen berkata...

Anti KLIMAKS nyer..ade aku kesah. PAU umno da berlalu..dlm poket ade rm2,600,000,000.00.tuhan lebih sayangkan aku. Kahkahakah utk rakyat

Tanpa Nama berkata...



Doa.
Semuga pelajar-pelajar yang dapat melanjutkan pelajaran di luar negara tak kira yang tahun ini atau tahun seterus nya diberi kan biasiswa dan kepada yang layak sahaja.
Mudah-mudahan doa di hari jumaat ini dimakbul kan Tuhan. Amin.

Tanpa Nama berkata...

Kerajaan najib tidak tahu memerintah dan buta ekonomi..pendapatan negara selama ni terlalu bergabtung kpd minyak..tanpa minyak ,malaysia adalah somalia II...lihat sinagapura..tanpa hasil bumi tp ekonomi maju no rak ..nrgara ketiga termaju dunia...umno mang tiada kebolehan urk memerintah.