29 Jan 2016

Isu Tabung Haji: Rakyat Resah, AMANAH Ambil Peduli & Pandang Serius

KENYATAAN MEDIA
ISU RIZAB TABUNG HAJI: RAKYAT PERLU DIBERI PENJELASAN


1. Parti Amanah Negara (AMANAH) memandang serius laporan bahawa Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan amaran kepada Lembaga Tabung Haji berhubung rizab agensi itu yang berada pada paras negatif.



2. Laporan yang merujuk surat Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Zeti Akhtar Aziz itu juga turut menyebut bahawa Lembaga Tabung Haji juga tidak akan dapat membayar dividen kepada 8.8 juta pencarum jika tidak mengambil tindakan menyelesaikan masalah ini.

3. Laporan ini telah menimbulkan keresahan di kalangan rakyat khususnya para pencarum berkenaan kedudukan simpanan mereka.

4. Ia juga menimbulkan banyak persoalan di kalangan rakyat berhubung keberkesanan Lembaga Tabung Haji untuk membantu umat Islam di Malaysia menunaikan ibadah haji yang dikhuatiri terjejas.

5. Lebih membimbangkan apabila Tan Sri Zeti berpendapat Lembaga Tabung Haji mungkin terpaksa melupuskan aset pelaburannya pada skala besar dan masa yang singkat untuk memenuhi tanggungjawab kepada pendeposit.

6. Lembaga Tabung Haji sebelum ini juga dikaitkan dengan syarikat pelaburan bermasalah, 1Malaysia Development (1MDB) apabila membeli tanah 0.64 ha di Tun Razak Exchange (TRX) pada harga RM188 juta, iaitu 43 kali ganda lebih tinggi daripada yang dibeli 1MDB daripada Putrajaya 5 tahun lalu.


7. Dengan segala perkembangan yang berlaku, Parti AMANAH berpendapat bahawa, semua rakyat perlu mendapat penjelasan daripada Lembaga Tabung Haji.

8. Untuk itu, mewakili AMANAH, saya telah menghantar surat kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri YB Dato' Seri Jamil Khir Baharom untuk diadakan satu pertemuan bagi mendapatkan penjelasan berhubung perkara ini.

"HARAPAN BARU"

SALAHUDDIN HJ AYUB
Timbalan Presiden
Parti Amanah Negara
28 Januari 2016


TH usah berdolak dalik mengenai rizab kewangan sedia ada

Lembaga Tabung Haji (TH) tidak perlu berdolak dalik mengenai rizab kewangan institusi umat Islam itu yang kini berada dalam keadaan kritikal dengan mengeluarkan kenyataan untuk menenangkan 9 juta pendeposit dan pemegang sahamnya, tegas Naib Presiden Parti Amanah Negara Datuk Dr. Mujahid Yusuf Rawa.

Beliau berkata dengan aset yang dinilai lebih rendah 98sen berbanding libiliti yang lebih tinggi RM1 jelas menunjukkan TH tidak akan dapat membayar dividen dan bonus seperti kebiasaan dilakukan tahun-tahun sebelum itu.

“Jika TH kata prestasi kewangan berada dalam keadaan baik disokong aset yang kukuh sebanyak RM10.7 bilion pada 31 Disember 2015, sebaliknya daripada jumlah itu TH perlu kenalpasti berapa peratus adalah pendeposit dan berapa peratus pula syarikat-syarikat GLC.

“Kalaulah sekiranya 75 peratus saiz pendeposit hanya 5 peratus datang daripada syarikat GLC selebihnya pula adalah duit simpanan makcik dan pakcik yang menyimpan hanya untuk menunaikan haji.

“Jika aset serendah 98sen berbanding RM1 libiliti, saya berkeyakinan deviden syarikat GLC ini juga akan menurun. TH nak cari duit dari mana pula untuk bayar keuntungan syarikat GLC yang turut sama terbabit.

“Selain pendeposit besar kemungkin syarikat GLC juga akan menarik balik saham mereka.

“Jika situasi ini berlaku akan melumpuhkan institusi kewangan negara yang kini sedang berada pada tahap membimbangkan dalam keadaan ekonomi global yang tidak menentu,” jelasnya kepada Malaysia Dateline.

Pada Selasa lalu, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji Tan Sri Ismee Ismail dipetik sebagai berkata, penilaian Bank Negara itu tidak mengambil kira akaun portfolio pelaburan seperti saham anak syarikat atau syarikat bersekutu, serta aset perladangan dan hartanah yang diduduki mereka.

Tambah Ahli Parlimen Parit Buntar ini lagi, TH perlu menjelaskan isu ini dengan betul dan tepat kesan kepada 9 juta pendeposit dan pelaburnya.

“Jika isu ini tidak dijawab dengan betul dan tepat oleh TH hanya mengeluarkan kenyataan untuk `sedapkan telinga dan hati’ sedangkan TH jangan terlupa di bawah peruntukan Seksyen 22 Akta Tabung Haji 1955.

“Di bawah akta ini, TH tidak boleh mengisytihar pengagihan dividen dan bonus kepada pendeposit sekiranya nilai aset kurang daripada obligasinya. Jadi mahu cari duit di mana untuk bayar dividen dan bonus? Sudah pasti kerajaan terpaksa menanggungnya.

“TH ini adalah institusi kewangan umat Islam yang mana dijamin kerajaan. Sekiranya berlaku ketirisan atau kerugian kerajaan terpaksa menanggung beban di atas keputusan ahli-ahli lembaga pengarahnya yang merugikan TH.

“TH membayar dividen lebih pada kadar 107 peratus daripada rizab sedia ada pada 2012-2014 kesannya pada 2015 asetnya lebih rendah berbanding libiliti,” ujarnya.


Sebagai rekod Bank Negara telah menghantar surat kepada Pengerusi TH, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim pada 23 Disember lalu, memberi amaran rizab TH pada paras negatif.

Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar berkata TH tidak akan dapat membayar dividen kepada 9 juta pendeposit tahun ini, kerana nilai aset hanya mencukupi untuk membayar tidak lebih daripada 98 sen bagi setiap RM1 nilai liabiliti, jika tiada tindakan diambil bagi menyelesaikan perkara itu.

Namun dinafikan oleh Ismee yang berkata, penilaian Bank Negara itu tidak mengambil kira akaun portfolio pelaburan seperti saham anak syarikat atau syarikat bersekutu, serta aset perladangan dan hartanah yang diduduki mereka.

Sepanjang tahun kewangan 2014 dan 2015, Ismee berkata nilai keseluruhan aset Tabung Haji adalah lebih tinggi daripada nilai liabiliti Tabung Haji, di mana ia mengambil kira semua nilai saksama portfolio pelaburan Tabung Haji.

Semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengatakan TH masih menunggu kelulusan Ketua Audit Negara berhubung pengumuman pembayaran dividen kepada pendepositnya yang mana TH akan merangka draf pengumuman pembayaran dividen selepas mendapat kelulusan itu.
-malaysiadateline


10 ulasan:

mustapa m said berkata...

Untuk 'cover up' masalah-masalah yg berlaku, LTH akan tetap bayar bonus/dividen meskipun akan bergadai bergolok.

Mana tahu 1-2 hari ini ada penderma dpd negara-negara Arab akan sudi menderma berbillion USD kpd LTH. Negara-negara Arab yg kaya-raya sentiasa bersedia membantu kita di bawah pemerintahan PM Najib.

Tanpa Nama berkata...

Dulu yapiem kene rompak. Skrg tabung haji pulak.institusi agama jadi mainan mrk je.halal haram xda dlm kamus mrk. Malangnya rakyat malaysia.Yang menabung kat tabung haji tu rata2 org melayu petani,nelayan,penoreh getah,pekerja kilang,swasta menabung utk pergi haji.masuk pengerusi baru ni lesap dana tabung haji,apa nk heran pengerusi bkn melayu pun.sian org malaysia.malang bertimpa2..lepas ni ntah apa lagi yg dirompak..dr zaman mahathir smpi sekarang umno menzalimi rakyat, ntah brp lama lagi rakyat kena tindas..pas dan ph plak bercakaran.terima aja lah nasib rakyat malaysia.

Tanpa Nama berkata...


Takiyuddin Hassan boleh jadi Gebenor Bank Negara yang baru ganti Zetty.

Tapi nak tahu jugak mengapa dia tak bersuara dalam isu YAPIEM ?

Tanpa Nama berkata...

SUDAH I CKP ISLAM HANYA ADA PD NAMA SHJ WALAUPUN BETUL MAJORITI UMAT ISLAM DI M,SIA IALAH BANGSA MELAYU, YAKNI BANGSA KESAYANGAN UMNO DAN PAS. MCM MANA LU NAK BERSAING DENGAN BANGSA LAIN DAN GUARANTEE MUALLAF YG BARU MASUK ISLAM PUN LU TAK MAMPU NAK BERSAING DAH LU TERIMA LAGI HADIAH DARI NAJIB TPPA. IF BANGSA MAJORITI ISLAM TAK BLH HANDLE, THEN LETAK JAWATAN GIVE MUALLAF ATAU UMAT ISLAM BANGSA LAIN YG HANDLE. FOR TPPA, DENGAN GAYA UMAT MELAYU SKG NI, I TERUS TERANG BANGSA MELAYU AKN MENJADI BANGSA YG PERTAMA AKN TUNDUK SUJUD DENGAN AMERIKA NANTI DUE TO TPPA. YA TPPA BOLEH SOLVE MASALAH PENGGANGURAN DI M,SIA AND GUARANTEE MATAWANG RINGGIT AKN NAIK SEMULA BUT WITH SIDE EFFECT EKONOMI MALAYSIA TERPAKSA TUNDUK 100% SUJUD AMERIKA LAKNATULLAH, MEMBUNUH SEMUA USAHAWAN DAN PENIAGA BUMIPUTRA DAN MENGHAPUSKAN SALAH SATU AMALAH SUNNAH RASULLULAH SAW IAITU BERNIAGA SERTA MENGGALAKKAN KITA IKUT AJARAN YAHUDI IAITU MONOPOLI, MENGALAKKAN SEMUA ORG MENGEJAR 1/10 SEDANGKAN RASULLULAH SURUH KITA KEJAR 9/10. LU FIKIRLAH SENDIRI.

Tanpa Nama berkata...

Lepas ini apa pulak yang pulak yang malang. Itu la akibat apabila sibebal mentadbir.

Husmad Ahmad berkata...

Mana penasihat pas yg bersungguh nak nasihat kerajaan bn. Kes tabung haji mana suara hadi Dan kuncu kuncunya tak kan dia sahaja kesianlah pada yg menabung.

Tanpa Nama berkata...

Kalau TH dalam keadaan kukuh, Pak Hitam tu dah berlagak, ini senyap membisu.

Salahuddin sepatutnya jumpa Pak Hitam dulu untuk mendapatkan penjelasan bukannya jumpa Menteri, baru dia tahu jaga Tabung dengan jaga kereta second hand tak sama dan tak semudah itu.

Tanpa Nama berkata...

Belum di audit dah jawab "tidak mengambil kira akaun portfolio pelaburan seperti saham anak syarikat atau syarikat bersekutu"

Pegawai TH pun dah pandai belit.

Bank Negara ada rekod yang lepas yang menunjukkan nilai semakin susut hutang bertambah, semua rekod tersebut termasuk pelaburan dan anak syarikat.

Kalau ada anak syarikat, mengapa tidak beli tanah 1MDB melalui anak syarikat?

Tanpa Nama berkata...

Hidup melayu..hidup melayu..itulah yg dilaungkan tiap kali perhimpunan..yg jadinya..melayu tipu melayu..redhalah sbb melayu..lagu yg sama didendangkan..ada ulamak melayu pulak..pegi sokong pemimpin melayu zalim..itulah nasib melayu di malaysia..yg diperintah pemimpin melayu..agong melayu..malangnya me..layu..

Tanpa Nama berkata...

Kalau betul tidak mengambil kira aset hartanah, takkan lepas ni nak jual hartanah pulak... Rosak negara aku ni weiiii bodo...