29 Jan 2016

Isu TH: PAS Yakin Dengan Cakap Menteri UMNO

PAS yakin dengan Tabung Haji – Takiyuddin

KOTA BHARU: PAS amat yakin dengan kemantapan sistem tadbir urus baik yang diamalkan oleh Tabung Haji (TH) selama ini, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.

Beliau berkata, bukan sahaja selaras dengan pematuhan syariah, tetapi ia juga mementingkan manfaat dan menjana pulangan pendapatan yang baik kepada pendepositnya.

“TH bukanlah sebuah bank dan diyakini tidak beroperasi sebagai institusi kewangan yang lebih berorientasikan keuntungan maksimum berbanding dengan pulangan kepada pendeposit,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Sehubungan itu, Takiyuddin berkata, PAS berpuas hati dengan penjelasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang beliau temui di Parlimen semalam serta pengurusan tertinggi TH berhubung prestasi kewangan TH.

Mereka mengesahkan prestasi kewangan TH berada dalam keadaan baik terutama apabila mengambil kira nilai aset keseluruhan portfolio pelaburan TH, katanya.


Beliau berkata, apa yang lebih penting lagi adalah jaminan bahawa bonus pendeposit bagi 2015 akan diumumkan dan dibayar dalam waktu terdekat.

PAS mengharapkan TH akan terus komited dan melaksanakan amanah pendeposit terutama memastikan hasrat mereka untuk menunaikan fardu haji tidak terhalang dengan apa jua kemungkinan, katanya.

Takiyuddin seterusnya berkata, teguran mahu pun nasihat yang diberikan oleh Bank Negara Malaysia kepada institusi seumpama TH tidak harus menjurus kepada terjejasnya keyakinan pendeposit terhadap organisasi itu. -BERNAMA

ULASAN GB

Entah kali keberapa agaknya PAS mahu ditipu hidup-hidup oleh menteri-menteri UMNO. Dahlah hudud pun kena tipu, kini kes Tabung Haji pula.

Jika dah yakin dengan penjelasan menteri di JPM yang bernama Jamil Khir itu, sepatutnya tidaklah perlu lagi Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menggesa lembaga itu mendedahkan laporan audit negara mengenai kedudukan kewangannya.

TITM dilaporkan berkata, pendedahan itu penting sebelum memutuskan jumlah dividen dan bonus kepada pendeposit di seluruh negara.

"Ini kerana penafian masalah Tabung Haji yang dibuat ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang memacu TH seperti Pengerusi Lembaga Tabung Haji Datuk Seri Azeez Abdul Rahim yang mempertahankan pembelian tanah Tun Razak Exchange (TRX) sudah tidak lagi akan diyakini rakyat," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Sungguh bertentangan kata-kata Takiyuddin dan TITM.

Keduanya jika PAS dah yakin dengan penjelasan menteri UMNO, sepatutnya PAS tak perlu tolak TPPA hari itu. Terima saja bulat-bulat kenyataan menteri yang bernama Mustapha Mohhamad, MP Jeli dan juga PM.

Sekarang PAS terus bercelaru dan keliru. Pemimpin-pemimpin PAS keluar kenyataan yang berbeza-beza. Rakyat terus melihat gelagat PAS semenjak dua menjak ini, iaitu selepas era isu kerjasama PAS-UMNO kembali bergema.

17 ulasan:

Anti Fitnah berkata...

Salam Jumaat.
Penjelasan yang diberi serupa dengan 1MDB iaitu TH mempunyai aset. Entah aset yang dok ada la ni nilainya macam mana?
Begitu juga dengan penjelasan AG dalam pembelaan Najib bahawa Najib tidak tahu yang SRC telah memasukkan wang ke dalam akaun tapi dia boleh menggunakan wang sebanyak 3.2 juta untuk bayar kad kredit/visanya. Tak sedar tapi masih menggunakan wang itu. Ini memang Berwang Malaysia. Sapu apa saja walaupun tak tahu puncanya.
Satu lagi ialah bila Azeez nak jual tanah TRX yang dijajanya akan memperolehi keuntungan sebanyak 5 juta tu. Begitu AG tak menjelaskan ke mana wang sebanyak 600 juta dibelanjakan oleh Najib?
Bodohnya PM Malaysia dengan memulangkan wang tersebut kepada Tok Arab. Bukankah lebih baik beliau menggunakannya ke atas mangsa banjir di Kelantan yang sehingga hari ini masih belum selesai???

mansor berkata...

biasalah PAS..kena tipu tu nikmat...seronok mereka kena tipu....cuma rakyat tolonglah jangan tertipu ...PRU 14 kita tukar kerajaan Malaysia dan Kelantan...

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah, akhirnya pencarian ahli-ahli PAS untuk mengetahui siapakah sebenarnya ejen UMNO dalam PAS telah berjaya.

Tanpa Nama berkata...

Buang masa je layan walaon xberkualiti mcm ni xda nilai ekonomi yg tau halal haram haid nifas bolehla riuh sekampung.hal2 lain apa pun xtau.lebih baik jd ketua kg aje cukup la sbb bila jd pemimpin dh jatuh menyusahkan org lain pulak.dah tu pula kwn2 walakon pun mst susah nk bekap.sian diorg dpt pemimpin2 mcm ni. Hadi mana????apa komen dia????kahkahkah

Tanpa Nama berkata...

Ada tokoh muda kata kena tipu lebih baik dr menipu. PAS memaaang baik.

Al-Ahmad Othman berkata...

Sekarang Rakyat dah boleh buat pilihan pada PRU 14 nanti mengundi PAS SAMA dengan Undi UMNO...cuma Parti je lain nawaitu sama nak kasi pelingkup /gadaikan nasib rakyat.Mudahnya Dato Taki.. kene tipu dengan abg Jamil, sebab fulus,semua lulus,Islam atas nama je,yg menanggung musibah Rakyat.ahli yg walaun ditipu suruh taat!!taat!!, bak kata lirik lagu pak pandir"Yg remeh dan yg temeh berlegar disekelilingmu, buatla...buatlah,buatla tak tahu..rela jadi tunggul rela jadi payung..tunggu dilelong,suruh angguk-angguk,suruh geleng-geleng,ohh.. pujilah aku,ampulah aku senang hidupmu...Pemimpin Pas sekarang ni jenis "Cerdik tak boleh nak diikut,Bodoh tak boleh nak diajar"Jadi BEBAL kene PENANGAN D.U.I.T...

Tanpa Nama berkata...

Yang cerdik cerdik dalam semua sudah keluar dan yg tinggal dlm pas adalah org2 bodoh dan yg menyokong pas sekarang adalah org org yg jahil agama.

Abdul Said berkata...

Orang-orang bengap yang tidak faham mana yang betul dan mana yang salah memang tidak layak mendapat pemimpin-pemimpin yang cerdik dan berkualiti. Sudah kenalah tu jodohnya, pemimpin bengap mudah diikuti oleh orang-orang yang bengap sahaja!

Zailan bin omar berkata...

Cepat x lah bergabung dengan UMNO tak payah pening nak mengundi masa PRU nanti dah terang x songlap duit 1 MDB masih nak sokong jenis haprak punya parti ku nan pun berkata PAS ni parti ajaran sesat bukan aku kata hanya nak refresh balik memory macai pas yg begitu taksuf kepada peminpin mereka

Tanpa Nama berkata...



Yang nak tahu pendeposit dan rakyat, Yang TH beritahu kedudukan TH kepada PAS, apa hal ? Orang dah tak percaya kepada pemimpin PAS. Ini duit pendeposit, bukan duit parti PAS.

Bukan tidak ada orang persoal PAS yang tidak amanah dengan Tabung derma ceramah? Jumlah kutipan tidak di rekodkan dalam kira-kira parti....

Pasal TH bukan institusi perbankan lah orang persoal mengapa TH beli tanah dengan harga murah pulak?

Lagi pun orang ramai dah tak percaya Jamil yang di katakan menguna duit YAPIEM.

PAS semakin melalut ...

Tanpa Nama berkata...

Kenapa lah pas suka sangat menjemput kebencian rakyat pada diri mereka. Lembaga hitam kat TH dah mentah2 tipu penyimpan dgn nengatakan tanah TRX yg dibeli TH berganda2 kali dari harga pasaran akan di jual dlm masa 2 minggu. Siap kata dah ada redi baiyer dah. Sampai skrg tak jual2 jugak bermakna penipuan tu masih berterusan hingga skrg. Takiyudin tak tahu ke dia menipu? Siap kata pas percaya lagi. Takiyudin, kali ni pas kena patok ngan ular hitam 2 X. Apalah pas, dok kena patok je paling malu kena patok ngan ular india.

Tanpa Nama berkata...



Bank Negara kata dari 2014 Tabung Haji sepatutnya tidak boleh beri bonus tetapi kerana Tabung Haji masih lagi boleh bertahan kerana memiliki aset Bank Negara tidak mengambil tindakan dengan berharap tahun ini Tabung Haji meningkatkn prestasi. Malangnya Tabung Haji beli tanah TRX dengan harga yang berlipat kali ganda. Jika tanah ini di jual tak balik modal. Bererti Tabung Haji rugi lagi lah.

Anak syarikat pun tak boleh nak menapung kerugian tersebut. PAS jangan dapatkan penjelasan dari Menteri dan Tabung Haji tanpa mendapat cerita sebenar dari Bank Negara. Melainkan jika PAS saja-saja nak pertahankan Tabung Haji Menteri dari mempertahankan hak pendeposit.

Tanpa Nama berkata...

Katanya lebih baik ditipu daripada menipu...katanyalahhh

bior cikgu menyungkor berkata...

Semasa geng professional dan pemikir ada dalam PAS dulu merekalah yang akan mengulas isu- isu sosio-ekonomi negara. Ostad dan lebai-lebai hanya tukang angguk. Padahal demer ni bukan gheti pun. Angguk-angguk angguk. La ni terpaksa buat ulasan sendiri -- inilah kualitinya CAP AYAM. Macam ostad ayam tu.
dol dogol

Tanpa Nama berkata...

dok dgr penipu berckp memang cntik ceritanya.

apa asas taki yakin semua tu betul. berilah hujah fact figure apa asas keyakinan tu.

sedangkn rafizi beru hujah penuh dgn fact figure dn byk asas jelas perlihat TH byk penyelewengan.

sudahlah najib kena tipu jho low n petrosaudi (arab penderma=komisyen 2.6b)

yg pas taki pulak kena tipu dgn org2 yg kena tipu. 2x bodoh dpd umnu.

hj hadi? lg tktau apa2 pasal kewangan. pasug memang tktau apa2. hnya pertahan cinta gelap dgn umnu semata2.

BBC kt arab bg derma utk halang pas menang pru13. haha padan muka pas.

memang berjaya najib lumpuhkn pas dgn kuasa duit tu. duit yg byk tentulah blh diguna utk beli pasug. bkn susah nk lumpuhkn pas yg tolol sekrng ni.

klu zaman tgna minta maaflah.. beliau yk makan dek sogokan.

Tanpa Nama berkata...

sblm azeez eee jadi pengkerusi th byrn dividen ikut jadual tp selepas dia pegang th jadi bercelaru. apa kelulusan eee nih?

Tanpa Nama berkata...

Takiyudin dahlah bangang, jahat pulak rupanya.