28 Jan 2016

[KANTOI] Zahid Hamidi Temui Raja Abdullah Yang Sudah Meninggal?

Sumber dakwa RM2.6 bilion dari Raja Abdullah

Kementerian kewangan dan kementerian luar negara Arab Saudi tidak tahu menahu berkaitan sumbangan daripada kerabat diraja negara itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bagaimanapun, sumber tidak dinamakan dilaporkan mendakwa bahawa wang itu datang daripada allahyarham Raja Abdullah, yang meninggal dunia tahun lalu.

Menurut laporan The Wall Street Journal (WSJ) hari ini, dua kementerian negara itu enggan mengulas kenyataan Peguam Negara Tan Sri Mohd Apandi Ali semalam.


Kementerian-kementerian itu bagaimanapun dilaporkan berkata mereka tiada maklumat berhubung sumbangan itu, yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

“Pegawai-pegawai kerajaan Saudi, ketika enggan mengulas secara khusus terhadap kenaytaan pendakwa, berkata kementerian luar dan kewangannya tiada maklumat berhubung pemberian sebegitu dan sumbangan diraja ke akaun peribadi pemimpin luar tidak mempunyai duluan.

“Wakil-wakil keluarga diraja tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan ulasan mereka,” menurut laporan WSJ.

Dana lawan Ikhwan?

Sementara itu, memetik sumber, BBC juga mendakwa wang itu daripada Abdullah, bagi membantu Najib memang dalam pilihan raya umum 2013.

Media British itu melaporkan sumber mereka – yang berkedudukan tinggi dan enggan dikenali – mendakwa wang itu dikeluarkan daripada kewangan peribadi Abdullah dan simpanan-simpanan negara itu.

“Tujuan sumbangan itu mudah, kata sumber Saudi – untuk membantu Najib dan gabungannya menang pilihan raya, menggaji pasukan komunikasi yang mempunyai pengalaman di peringkat antarabangsa, menumpukan kepada wilayah-wilayah di Sarawak dan menaja program sosial melalui kempen parti.

“Tetapi kenapa Saudi ambil berat berkaitan pilihan raya di negara bukan Arab yang lebih 6,000km dari tempat mereka? Jawapannya, kata sumber, terletak terhadap kebimbangan peningkatan kuasa Ikhwanul Muslimin, yang mereka anggap pertubuhan pengganas.

“Saudi sebelum ini kesal dengan apa yang berlaku di Mesir, yang menyaksikan presiden Mohammed Morsi sibuk mengukuhkan penguasaan Ikhwan di negara itu,” menurut laporan itu.

Laporan itu menyebut, hubungan pembangkang ketika itu, Pakatan Rakyat, termasuk PAS, menyaksikan pendiri-pendirinya dinspirasikan oleh Ikhwan.

Ia juga menyebut, terdapat kurang bukti menunjukkan Ikhwan mendapat sokongan sebegitu di Malaysia.

Semalam, Apandi membersihkan Najib daripada sebarang kesalahan salah laku yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Apandi antaranya menyebut, AS681 juta (RM2.08 bilion) disumbangkan kepada Najib daripada keluarga diraja Saudi tanpa apa-apa balasan.

Beliau juga berkata AS$620 (RM2.03 bilion) dipulangkan semula kerana tidak diguna pakai.

Sumbangan itu dibuat menjelang pilihan raya umum ke-13 dan semasa pemerintahan Abdullah.

Bagaimanapun, WSJ melaporkan penyiasat antarabangsa tidak percaya dengan versi ini.

“Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat dan agensi kerajaan lain luar Malaysia terus menyiasat pemindahan itu,” menurut laporan itu.

Laporan itu juga menyebut bekas penganalisis politik di Kedutaan Saudi di Washington berkata idea sumbangan sebanyak itu daripada kerabat Saudi ke akaun peribadi, dan bukan institusi kerajaan, hanya “suspek”.

Bagaimanapun, sumber Saudi BBC berkata tiada yang tidak kena dalam sumbangan itu.

Katanya, negara-negara seperti Jordan, Maghribi dan Sudah sudah mendapat manfaat ratusan juta dolar daripada dana kerabat diraja Saudi. -mk


TPM temui penyumbang derma RM2.6

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau sudah bertemu ketua pegawai pelaburan dan pemegang amanah harta keluarga Arab yang mendermakan RM2.6 bilion kepada perdana menteri.

Timbalan perdana menteri itu berkata, apabila ditanya mengapa wang bernilai AS$700 juta itu diberikan kepada Malaysia, individu terbabit menjawab, negara ini bukanlah satu-satunya pihak yang menerima sumbangan berkenaan.

Kata Ahmad Zahid, individu tersebut mengakui ada banyak sahabat dari kalangan negara Islam mendapat sumbangan sama seperti itu.

"Mereka mahu Umno dan BN tetap memerintah negara," katanya di mesyuarat agung tahunan Umno Sri Gading hari ini.

Bahagian itu diketuai Datuk Ab Aziz Kaprawi yang juga timbalan menteri pengangkutan.

Naib Presiden Umno itu berkata, beliau juga melihat dokumen asal pemindahan dana berkenaan.

Tanpa mendedahkan identiti penderma Arab itu Ahmad Zahid berkata, ia membuktikan tiada wang daripada Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) masuk ke akaun persendirian Datuk Seri Najib Razak.

Ahmad Zahid juga menjelaskan bagaimana wang berkenaan masuk ke akaun Najib.

"(Wang) AS$100 juta pertaa diberi atas nama Najib, manakala pindahan berikutnya dibuat melalui pelbagai syarikat kerana pihak penderma tidak mahu melihat ada cek 'seketul' dalam nama Najib," katanya.
-mk (22/08/2015)


ULASAN GB

Sudah kantoi! Ahmad Zahid Hamidi menyatakan beliau sudah menemui "penderma RM2.6 bilion" (berita 22/08/2015). Sementara semalam akhbar menyiarkan bahawa penderma itu ialah Allahyarham Raja Abdullah yang telah meninggal dunia pada 23 Jan 2015.

Bagaimana Ahmad Zahid boleh menemui penderma itu pada 22 September 2015 sedangkan yang dikatakan menderma itu iaitu Raja Abdullah telah meninggal pada Januari 2015?

Itulah hukum kebenaran dan keadilan yang berjalan. Kebenran akan akhirnya terdedah untuk kita ketahui siapa pendusta.

Kedua, penafian dari pegawai kerajaan Saudi yang menyatakan bahawa "derma dari kerabat di raja Arab Saudi ke akaun peribadi pemimpin negara luar tidak pernah berlaku" menguatkan lagi pendustaan berkenaan.


Najib tidak boleh selama-lamanya menutup kebenran. Hukum akan tetap berjalan.

14 ulasan:

sabila berkata...

Zahid not meet the king but king son@king kong

Unknown berkata...

Salam"


Hahahaha..biasalah tactic umno..bila buat kerja-kerja jahat..jawab dulu..bila di PUSH..reka cerita..bila tak logic gunakan "KUASA" politik..guna AG,IGP,SPRM,Bayar saksi....Nampak tak ceritanya macam sama saja cerita sodomi 1:
Mula-mula tuduh nuar kaki betina,nuar pakai wig nak pergi Tivoli villa,musa hassan usung tilam kehulu-ka-hilir,ada bulu kemaluan di atas tilam dan bertumpuk-tumpuk airmani ditilam......Nalla dituduh supply pompuan pada nuar...Bila gula-gula Hacks tak dapat buktikan Tivoli villa berada disitu,baru tengah construction dan Nalla napikan ia supply betina pada Nuar..kejap-kejap tu...KES tu dibatalkan.Buat muka tak malu,hakim gula-gula hacks tukar tuduhan pulak..nuar belasah belakang zizan pulak...Bila peguambela dapat buktikan 3x zizan tak buat..hakim sekali lagi..tukar tuduhan...tuduhan salahguna kuasa pulak..sebab arahkan polis sisat siapa buat fitnah...nuar merengkok penjara kerana rasuah ini bukan sesenpun..PELIK BIN AJAIBkan bila ataci polis Najib terang-terang bunuh orang..Najib/rosmah..relekx jerr..Bila saiful jumpa najib pasal sodomi nuar 2,Najib releks jerr,nuar yg kena..nuar umur 63-70 thn sudah confirm dah takada airmani,tapi dlm pertuduhan nuar ada air-mani pula..Hakim terima pulak..kenapa tak buat Ujian DNA???liwat tak payah 4 orng saksi..cukup orang yg kena jerr...buat aduan,tak melawan pulak tu...
INILAH SEBABNYA SEMUA PEMIMPIN-PEMIMPIN UMNO yg jadi PM/MENTERI TAKKAN NAK BERHENTI.......SEBAB mereka boleh "exploit apa saja"mereka boleh exploit" "Hakim,Polis,peguam negara,budget,bank negara,segala tabung yg ada,Zakat pun mereka sapu, Mufti2/pegawai2 agama(kecuali dr.asri) semuanya dibawah ketiak najib,orang2 melayu hahaahh lagi senang nak jaga bagi BR1M/dan belasah DAP habis2san,bagi orng2 bukan islam/takut2an mereka tentang IS,...

Hanya kuasa ALLAH sahaja,yg dapat tumbangkan Najib,Nak harapkan Hadi/PAS sudah sekapal dgn najib.

sekian.........

mansor berkata...

kahkahkah....PM SEDANG CARI PENULIS SKRIP BERKALIBER UNTUK MENUTUP CERITA PALSU YG SEDANG TERSEBAR......DONT WORRY PEGUAM NEGARA AKAN SENTIASA KATA NO CASE....HIHIHIHI

Nostalgia abkk berkata...

Mamat dari Bagan Datuk ni bukan cerodik sangat dan bila bercakap hanya guna kepala lutut.Buat malu orang Perak are. ..

Tanpa Nama berkata...

Memang bodoh. Tipu pun boleh salah

Tanpa Nama berkata...

Namun Hadi Awang dan Tuan Ibrahim Tuan Man masih mampu menganga bodoh.

Tanpa Nama berkata...

Sejak berkawan dengan PAS, Zahid dah ada ilmu untuk masuk ke alam roh.

Tanpa Nama berkata...

Malaysia sebuah negara yang kecil dan belum sampai ke tahap negara yang bertaraf maju. Malaysia bukan menjadi ancaman kepada mana-mana kuasa sekali pun kepada jiran nya.

Siasatan oleh FBI dan agensi negara luar bukan untuk mengambil apa-apa tindakan tetapi sekadar monitor situasi yang berlaku. Malaysia hanya diperlukan untuk strategik sekiranya berlaku peperangan di sebelah asia.

Kerana itulah pemimpin sekarang tak kisah buat apa sahaja. Negara luar tidak ambil serious hal Malaysia. Membuang masa!

Akibatnya lama-kelamaan melayu menjadi bangsat di mata rakyat luar negara.

Ibnu Saad berkata...

Kalau jenis kaki putak alam...sampai bilapun mcmtu juga...muka tebal tak tau malu

Tanpa Nama berkata...

Tau takpe..mcm wan rosli an anoymous tu..kalah hujah kat sini dia lari gi rakyat marhaen,wfazuddin,agen perubahan utk bentang hujah baghal dia tu..

Tanpa Nama berkata...

Sepatutnya dia imfo sepasang 4D... Senang nk try jackpot.

Tanpa Nama berkata...

Kalau dia tipu, bermakna dia berdosa dengan 30 juta rakyat Malaysia, dan berjuta2 manusia luar negara. Belum lagi kesalahan2 lain!!! Boleh minta maaf ke sebelum mati??? Sesuai ke hamba begini ke syurga???

Abdul Said berkata...

Banyak sangat bukti Melayu tidak boleh dipercayai bila diberi amanah. Apatah lagi kalau yang diberi tanggungjawab itu menggunakan label ugama. Waraq konon. Pirahhhh!!

Tanpa Nama berkata...

Tak perlu Hadi, Pakatan Harapan kan ramai kepala, takkan masih nak harapkan Hadi jugak. Wan Azizah, Mat Sabu dan Guan Eng masih tak berupaya ke?