23 Dis 2015

Yang Satu Penyamun, Yang Satu Lagi Kuat Memaki Hamun

Satu penyamun, satu lagi mahu berkawan dengan penyamun, bidas Tamrin

Menganggap penyatuan antara Umno dan PAS sebagai “satu penyamun dan satu lagi bersungguh-sungguh nak berkawan dengan penyamun”, bekas veteran Umno yakin ahli PAS akan menolak presiden mereka, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sama seperti ahli Umno menolak Datuk Seri Mohd Najib Razak.

“Masanya akan tiba ahli-ahli akar umbi PAS akan tolak Hadi seperti juga ahli-ahli Umno akan tolak Najib,” tegas Tamrin Tun Ghafar yang juga pernah menjadi ahli PAS itu.


Menurutnya, kedua-dua presiden parti politik Melayu itu dilihat memiliki persamaan sikap apabila dilihat menyalahgunakan konsep ketaatan kepada pemimpin.

“Najib bercakap tentang loyalty (setia pada pemimpin), Hadi bercakap tentang wala' (setia pada pemimpin). Bezanya satu guna bahasa Melayu, satu lagi guna bahasa Arab. Satu penyamun dan satu lagi bersungguh-sungguh nak berkawan dengan penyamun,” bidas bekas Ahli Parlimen BN Batu Berendam itu.

Bibit-bibit kepada kerjasama Umno-PAS itu dilihat semakin ketara ketika Najib dan Hadi mesra duduk sepentas pada persidangan Multaqa Serantau Al-Azhar Malaysia minggu lalu serta terbaharu reaksi Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan yang menyatakan partinya bersedia untuk memaafkan dan melupakan kesalahan Umno.

Menurut Tamrin yang juga bekas ahli Umno kira-kira 40 tahun itu, berkemungkinan besar Hadi dan Najib tidak memahami isi kandungan al-Quran dan Hadis

“Seolah-olah mereka (ahli Umno dan PAS) akan terus ‘membabi buta’ dan seperti ‘lembu dicucuk hidung’, akur apa sahaja pemimpin mereka kata.

“Allah dah beri amaran jangan sesekali bersekongkol dengan mereka yang cuba menutup kejahatan mereka dengan menggunakan ayat-ayat al-Quraan dan Hadis,” ujarnya dalam kenyataan beliau hari ini.

Mengulas lanjut reaksi ahli PAS berhubung perpaduan dengan Umno itu, Tamrin menyifatkan kewujudan suara dalam PAS yang tidak menyenangi tindakan Presiden parti Islam itu turut sama seperti reaksi ahli Umno terhadap Najib.

Mengakui bersimpati dengan beberapa pemimpin PAS yang dilihat menolak untuk ‘berkawan dengan penyamun’ beliau mendoakan semoga Allah memberikan mereka terbabit kekuatan memandangkan, ujarnya, kita semua tidak akan terlepas menghadapi Dia Yang Maha Pencipta.

Dalam hal berkaitan, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad dilaporkan cukup positif dengan penyatuan dua parti terbesar di negara ini kerana baginya penyatuan antara umat Islam khususnya pemimpin merupakan tuntutan dalam ajaran Islam yang perlu diberi keutamaan.

“Perpaduan ini tidak akan wujud apabila pihak bertikai berbeza pendapat tidak mahu tunduk pada ketentuan syariat Islam,” ujar Shukri lagi. -malaysiadateline

ULASAN GB

Di kalangan PAS, ada yang menyokong, ada yang menentang dan ada yang masi bersikap tunggu dan lihat di dalam isu kerjasama PAS-UMNO walaupun Presiden PAS dah pun berpakaian sedondon dengan Presiden UMNO.

Bagi orang yang mahir membaca alam yang merupakan ayat-ayat manzurah, "apa yang tampak di zahir itulah apa yang ada di batin." Ada persamaan di sana. Yang tersirat telah muncul menjadi sesuatu yang tersurat.

Namun apa yang ketara semenjak PAS bersendirian dan ditinggalkan golongan progresif, ia semacam sudah tak karuan, semacam orang gila talak. Dari atas sampai ke bawah, pemmpin PAS dan para ahlinya kuat memaki hamun malah mencarut juga.

Ia menggambarkan betapa ramai ahli-ahli PAS kini yang sakit jiwa. Malah ada yang bertindak agresif seperti serangan yang dilakukan oleh orang-orang PAS ke atas pemimpin AMANAH negeri Terengganu, Ustaz Miqdad Zakaria.


Dan perhatikan bahasa yang digunakan oleh kebanyakan pemimpin, ahli dan penyokong PAS di media sosial seperti facebook, Whatsapps, diruang-ruang komen di portal-portal dan blog. Anda pasti terkejut dan akan menyatakan tulisan mereka saling tak tumpah golongan cybertrooper UMNO seperti papagomo.

Namanya "parti Islam", rupa-rupanya PAS hanya Islam di zahir. Hanya apada pakaian, hanya pada gelaran seperti ulama dan ustaz. Tetapi belum beriman. Kita kasihan dan bersimpati dengan orang-orang PAS yang pe'elnya serupa dengan golongan tidak beriman itu. Ada perbedaan di antara orang Islam dengan orang beriman. Orang beriman tidak akan berakhlak semacam orang-orang PAS sekarang yang ada sekarang ini.

Maka segeralah kita teringat firman Allah swt:

“Orang-orang Arab Badui itu berkata: “Kami telah beriman”. katakanlah: “Kamu belum beriman, tapi katakanlah ‘kami telah tunduk’, karena iman itu belum masuk ke dalam hatimu; dan jika kamu taat kepada Allah dan Rasul-Nya, Dia tidak akan mengurangi sedikitpun pahala amalanmu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Memang layaklah PAS berkawan bak dengan UMNO. Yang satu penyamun, yang satu lagi kuat memaki hamun. Mereka Islam, tetapi jiwanya masih kotor. Itu sebab mengapa jiwanya sakit dan kini sdang meluahkan "sakit jiwa" itu.

23 ulasan:

BCI berkata...

Dimasa DSAI menyertai UMNO pada 1982 dahulu, Hj Hadi antara mereka yg menegur Anwar dgn mengingati ayat alquran 4:139 "telah kami turunkan keatas kamu didalam kitab apabila kamu mendengar ayat2 Allah dikufuri dan dipersendakan janganlah kamu duduk bersama mereka sehingga mereka menukar cara mereka. Nanti kamu menjadi seperti mereka..."
Barangkali kemungkinan hj hadi masih mendendami anwar kerana perbuatannya menyertai umno dulu. Allah sahaja yg tahu.

Jadi, rasanya lebihlah elok jika hj hadi mengingati dan mengikut nasihatnya sendiri dalam hal ini. Dikhuatiri Allah akan bertanya mengapa kamu tidak melakukan apa yang kamu katakan.

Tanpa Nama berkata...

"berkawan"? Perkataan Lebih elok adalah "berkahwin".

Tanpa Nama berkata...

Jangan di layan puok2 pas ni..biar mereka mati tak bernisan..

Tanpa Nama berkata...

Satu nak belajar untuk menyamun.
Satu nak belajar untuk perguna agama.

Keadaan untuk penyatuan Umat tidak sama yang dimaksudkan. Kita bukan lawan atau perang dengan musuh Islam.

Yang kita lawan ialah mungkir janji, fitnah, rasuah, menipu, salah guna kuasa, tamak, penindasan. kekejaman dan seterusnya yang ada pada pemimpin Islam sendiri.

Jalani lah kehidupan seperti biasa sebagai orang Islam seperti kisah se orang muslimat yang rumah nya terpinggir dan jarang kelihatan bersama jemaah tapi diberitahu oleh Nabi saw, orang itu masuk syurga.

Ini dok pung pang, pung pang dengan Islam nya sekali ... dengan ponteng nya, dengan u-turn nya, dengan menipu nya, dengan kaya-raya nya dari duit derma dan dengan kezalimannya (GST, TOL dan Akta )

Tanpa Nama berkata...





Bila PENYAMUN...Dan PEMAKI Hamun
Bersama Mem FITNAH...Liwat & PilKUDA
Lebih Hebat Drpd...Firaun & KARUN
QURAN Di Putar..."Islam?" Di Nista
Ibarat DURIAN...Melanyak Men Timun
Rakyat DERITA...Di Perkosa Semahunya
Bejatnya BAJINGAN...Turun Temurun
Mukjizat AL-QURAN...MENERANGI Maya





Wahai Sahabat...AMANAH Mulia
Sapekah Yg Mem-BERI...NAFAS-Mu Percuma?
Sapekah Yg Mem-BERI...NYAWA Dan Mata??
Sifat Mem-BERI...Adalah AMANAH Yg"ESA
Kudus dan LURUS...Indah Ber CAHAYA
Bukannya Men CURI...Di Gelap GELITA
Tunggang TERBALIK...Murtad lah Padahnya!



AR-RAHMAN Itu....Kaseh Mem-BERI
AR-RAHIM Itu...Penyayang Yg ABADI
RAHMAN dan RAHIM...Universal Azali
Se Indah7-AMANAH...CINTA yg Sejati
Tak Wujud FITNAH...Songlap Men CURI
PONTENG Khianat...Memungkiri JANJI
Semutlak7-AMANAH...INTEGRITY Tertinggi
SELFLESS...Tak Skelumit pun Mementingkan DIRI
SELFLESS...Skudus7-AMANAH"NYA...Bertakhta Di Hati
Menjadi RAHMAT...Di Langit dan Di Bumi





AMANAH Itu...Sangat-Sangat Di TAKUTI
Oleh Si Pem FITNAH...Penyamun Pen CURI
AMANAH Itu...Amat-Amat Di GERUNI
Kerana Menyuloh...Si MURTAD Yg Keji
Dapat Menerangi...SYIRIK Yg Tersembunyi
TERANG dan Nyata...Tak Dapat Nak LARI








Wahai Sahabat...AMANAH Budiman
AMANAH Mem-BERI...AMANAH-Nya-TUHAN
QURAN Di Turunkan...Menerangi KEGELAPAN
Nabi2 Di Utus...Mnjd Suri TAULADAN
Menjunjung-AMANAH...Santun Budiman
FITRAH Syurgawi...Indah Begemerlapan
Indahnya Martabat...Se Mulia2 INSAN

Tanpa Nama berkata...





Bila PENYAMUN...Dan PEMAKI Hamun
Bersama Mem FITNAH...Liwat & PilKUDA
Lebih Hebat Drpd...Firaun & KARUN
QURAN Di Putar..."Islam?" Di Nista
Ibarat DURIAN...Melanyak Men Timun
Rakyat DERITA...Di Perkosa Semahunya
Bejatnya BAJINGAN...Turun Temurun
Mukjizat AL-QURAN...MENERANGI Maya





Wahai Sahabat...AMANAH Mulia
Sapekah Yg Mem-BERI...NAFAS-Mu Percuma?
Sapekah Yg Mem-BERI...NYAWA Dan Mata??
Sifat Mem-BERI...Adalah AMANAH Yg"ESA
Kudus dan LURUS...Indah Ber CAHAYA
Bukannya Men CURI...Di Gelap GELITA
Tunggang TERBALIK...Murtad lah Padahnya!



AR-RAHMAN Itu....Kaseh Mem-BERI
AR-RAHIM Itu...Penyayang Yg ABADI
RAHMAN dan RAHIM...Universal Azali
Se Indah7-AMANAH...CINTA yg Sejati
Tak Wujud FITNAH...Songlap Men CURI
PONTENG Khianat...Memungkiri JANJI
Semutlak7-AMANAH...INTEGRITY Tertinggi
SELFLESS...Tak Skelumit pun Mementingkan DIRI
SELFLESS...Skudus7-AMANAH"NYA...Bertakhta Di Hati
Menjadi RAHMAT...Di Langit dan Di Bumi





AMANAH Itu...Sangat-Sangat Di TAKUTI
Oleh Si Pem FITNAH...Penyamun Pen CURI
AMANAH Itu...Amat-Amat Di GERUNI
Kerana Menyuloh...Si MURTAD Yg Keji
Dapat Menerangi...SYIRIK Yg Tersembunyi
TERANG dan Nyata...Tak Dapat Nak LARI








Wahai Sahabat...AMANAH Budiman
AMANAH Mem-BERI...AMANAH-Nya-TUHAN
QURAN Di Turunkan...Menerangi KEGELAPAN
Nabi2 Di Utus...Mnjd Suri TAULADAN
Menjunjung-AMANAH...Santun Budiman
FITRAH Syurgawi...Indah Begemerlapan
Indahnya Martabat...Se Mulia2 INSAN

Tanpa Nama berkata...

Parti AMANAH begitu mudah mendpt kelulusan pendaftaran drp ROS dibandingkan dgn pemohonan ARWAH pakatan rakyat dulu yg ingin bertanding atas satu LOGO. Bacaan UMNOBN ialah pepecahan DLM PAS perlu direalisasikan dgn tertubuhnya AMANAH. Rancangan ALLAH sentiasa lebih baik. Situasi sekarang (kerana berahi PAS - (hanya pemimpin2 tertentu) terhadap UMNO menyebabkan grassroot terasa seperti dipermainkan dan ALHAMDULILLAH Mereka yg kecewa kini ada pilihan tambahan yakni Parti AMANAH. Kepada para pengikut PAS yg dulu sanggup mencarut kerana menafikan terdpt percubaan berUG sesetengah pemimpin kalian, masihkah mahu menafi dan mencarut? Kalau tak mahu jadi pandai pun, jangan le jadi mcm WAN ROSLI, bodoh memanjang.

Tanpa Nama berkata...

Mufti kelate ni sokmo doh...sokok dia lebih tinggi drp sokok ore umNO...

Tanpa Nama berkata...

“Perpaduan ini tidak akan wujud apabila pihak bertikai berbeza pendapat tidak mahu tunduk pada ketentuan syariat Islam,” ujar Shukri lagi. -malaysiadateline
Ini ulasan dr mufti kelantan.
Ini pula solan sy kpda mufti kelantan..
Umno selama ni ikut dan tunduk pd syariat kah??

Tanpa Nama berkata...

Bak kata p.ramlee "Kalau ente cari lain penyamun, ana akan report pada Persatuan penyamun2 untuk mengambil tindakan!!!!"..semua kisah2 yang dipaparkan dlm cter2 p.ramlee berlaku sekarang....tuan penasihat 25%....

Tanpa Nama berkata...

Mana WAN ROSLI ni....rindu la pada komen2 hebat beliau...hujah beliau amat bernas dan kukuh serta dalil2 yg merapu.kahkahkahkah

Tanpa Nama berkata...

Per satuan orang orang lahanat di akhir zaman tak dapat di nafi kan

Ini tanda tanda nak kiamat lah

Tanpa Nama berkata...

WAN Rosli tengah PENIN' sekang ni sedang berwirid....Nak ambil DAP?Nak ambil MCA?Nak ambil DAP?Nak ambil MCA?Nak ambil DAP?Nak ambil MCA?Nak ambil DAP?Nak ambil MCA?..........MASIH TAK HABIS BERWIRID.........

Tanpa Nama berkata...

HEHHEEHEH....Wan rosli..dah ada jawapan..kalau ambil DAP...bekerjasama dgn harimau..selalu kena baham.Kalau ambil mca..asyik kena sondol dgn babi....Toinnnnggg dapat satu idea...hahhahha..kita bekerjasama dgn PKR sahaja..sebab PKR Tikus..Tikus adalah makanan kita..sebab kita ni ULAU Berlingkau atas pagau..

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Umno yang kini dilihat sangat lemah adalah berpunca dari kegagalan Najib mentadbir Umno dan menguruskan kerajaan. Walaupun tiada mana-mana mahkamah yang membuktikan Najib terlibat dengan rasuah dan skandal, namun semua mata rakyat Malaysia melontarkan pandangan seolah-olah tiada beban kegagalan itu terletak di pundak beliau. Dalam situasi Najib bertarung menghunus keris mempertahankan kuasa, namun beliau masih beruntung ada lagi makhluk yang bermati-matian mempertahankannya. Tengku Adnan, Shahrizat, Marshitah, Ahmad Maslan dan Salleh Said Keruak adalah hulubalang sejati Najib.

Sekonyong-konyong pembangkang mampu menumpaskan BN pada PRU 14, Hadi Awang dan Harun Din dari parti keramat Pas menawarkan diri untuk menjadi penyelamat Najib. Sangat beruntung Najib yang seakan-akan ditolak oleh partinya mendapat bantuan talian hayat pernafasan dari parti pembangkang. Inilah kehebatan Najib berbanding perdana menteri terdahulu. Dalam Pas pun berlaku pergolakan parti. Ada suara-suara yang sudah mempertikaikan kewibawaan Hadi Awang menerajui Pas. Hadi Awang juga tidak selamat dalam Pas. Najib juga tidak selamat dalam Umno. Mereka berdua ini masing-masing mengharapkan bantuan antara satu sama lain untuk meneruskan kesinambungan memimpin parti masing-masing. Kalau mereka bernasib baik, kerjasama memungkinkan mereka akan terus menerajui parti masing-masing. Kalau mereka tidak bernasib baik, mereka berdua akan terhumban dari arena politik tanah air.

Tanpa Nama berkata...

Aku pelik dgn mufti2 malaysia nih..x dak sekor pun yg mengulas pasal 2.6b..

Unknown berkata...

Sebuah parti politik dengan jujur ikhlas mengisytiharkan bahawa parti mereka adalah parti Islam..parti nya menganuti Islam ia tidak pelik lagi menghairankan bila secara jujur cuba mengatakan bahawa lembu dan kambing termasuk ayam juga adalah Islam mungkin Khinzir itu kafir ....Mungkin. ..Tidak mungkin penasihat tong taik masuk tong taik...Mungkin kerna parti politik nya menganut Islam maka ia berhukum hadas kecil....

Tanpa Nama berkata...

Nama jawatan mereka pun 'Mufti Kerajaan.....' Mana mungkin berani bersuara menentang atau menyalahkan ..... Cari makan dah....!

Bila BN ambilalih kerajaan PR (sprt di Perak), ..tak salah,tak langgar syariat Islam, halal....
Bila Pembangkang nak ambilalih kerajaan BN, berdosa jadi pengkhianat negara,salah di sisi syariat Islam, haram dan macam2 hukum negatif dikeluarkan.

Unknown berkata...

Dalam khidupan harian kita tak dpat lari dr kita bergaul dgn org Pas,Umno,Dap mahupun Pan...Bersama dlm satu program tk bererti bersatu dlm perjuangan...adakah kita diajar memfitnah utk kita mrndapat kuasa....kita belum rasa difitnah pd diri kita..jika kita rasa mcm nk bunuh saja pemfitnah itu...oleh itu jgn kita suka memfitnah...Husnudzon...Terus taat pD Allah dan Rasul dan berjuang menentg kezaliman.....

Unknown berkata...

Aku selalu melayari byk blog2 politik pro PH..nama wan rosli papuler gak byk2 blog.. nama dia jadi sebutan..dulu kalau dia bg komen aku tgk ramai yg membalas komen sambil belasah.. bila dia tak muncul org2 akan tanya dan sebut nama dia... agak skg dah nak pencen... asyik kena belasah je. Gajah pun kalau hari2 kena kroyok.. mati gajah tu... ini kan pula manusia. Kesihan...

Tanpa Nama berkata...

Wan Rosli x dpt payment kot.. payment stop xde komen la.. haha..

Unknown berkata...

Wan Rosli mengalami tekanan perasaan lani dok makan obat penenang cap rusila..lagi 2 bulan tak sembuh hospital bahagialah tempat dia...wakaka

Tanpa Nama berkata...

Hadi seorang munafik yg tidak boleh dipercayai samasekali