24 Dis 2015

PAS Terus Berpecah... Yang Sokong Dgn Yg Bantah Kerjasama PAS-UMNO

PAS jangan ungkit dosa lampau Umno, kata Zuhdi

Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Dr Mohd Zuhdi Marzuki menasihatkan parti Islam itu supaya membuka lembaran baharu bersama Umno dalam mewujudkan kerjasama berkaitan perkara ketakwaan dan kebaikan, lapor akhbar Berita Harian.

Bagaimanapun, katanya, kerjasama itu tidak bermakna PAS perlu bergabung dengan Umno, tetapi demi menegakkan dan mempertahankan Islam untuk kebaikan rakyat dan negara.


"Sekiranya generasi pemimpin dan ahli Umno hari ini mahu merapatkan hubungan persaudaraan Islam, maka adakah perlu diungkit segala dosa dan kesalahan lampau yang bukan dilakukan mereka?" katanya.

Zuhdi berkata, pimpinan dan ahli Umno hari ini tidak mewarisi dosa dan kesalahan generasi terdahulu dan wajar bagi PAS membuka lembaran baharu dengan parti Melayu itu.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kesediaan parti Islam itu memaafkan dan melupakan kesalahan Umno yang lalu.

Katanya, dalam perkara yang mengancam Islam dan merugikan rakyat serta negara, menjadi kewajipan PAS mencegah perkara itu termasuk membetulkan Umno sebagai parti pemerintah.

Sebelum ini Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata parti Islam itu bersedia memaafkan dan melupakan kesalahan Umno kerana ia sebahagian ciri perjuangan mereka.

Malah, ahli Parlimen Kota Baru itu berkata tindakan memaafkan dan melupakan kesalahan adalah perkara yang sentiasa diamalkan parti Islam itu.


Zuhdi pada masa sama mengakui hubungan Umno dan PAS sebelum ini agak meruncing sehingga berlaku beberapa peristiwa yang tidak diingini.

Katanya, ada kalangan pemimpin itu sudah lama meninggal dunia dan sekiranya masih hidup, mereka bukan lagi pemimpin yang menggerakkan Umno.

“Kita serahlah kepada Allah untuk mengadili seadilnya pemimpin dulu pada hari akhirat kelak," katanya. – TMI


3 pemimpin kanan PAS bangkit menentang kerjasama dengan Umno

Seorang demi seorang pemimpin kanan PAS bangkit menentang usaha membawa parti mereka mendekati Umno seperti presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Walaupun dalam pelbagai nada, antara kerjasama dan bergabung, namun jelas sekurang-kurangnya 3 pemimpin kanan PAS sudah mula kelihatan dalam menentang arus yang cuba dibawa untuk bersama dengan Umno.

Nada penolakan kerjasama ini bermula dengan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang sentiasa bertegas, tidak akan ada gabungan antara parti Islam itu dengan Umno.

Kenyataan Tuan Ibrahim disokong naib presiden yang juga pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Samad.

Terbaru, seorang lagi Naib Presiden PAS Idris Ahmad bangkit dengan kenyataan paling panas iaitu menghalau mana-mana pemimpin atau ahli keluar parti itu jika mahu bergabung dengan Umno.


"Heboh di media sosial dan media perdana, PAS hendak bergabung dengan Umno.

"Ingin saya tegaskan PAS ada organisasi daripada peringkat Majlis Syura Ulama, AJK PAS Pusat dan muktamar.

"Pandangan peribadi tidak boleh dipakai. Jika ada individu yang hendak bergabung dan teringin dengan Umno, maka individu itu saja yang pergi," kata ahli Parlimen Bukit Gantang itu dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Sehingga kini, siapakah yang disasarkan Idris tidak dapat dikenal pasti.

Apakah presiden PAS sendiri yang memakai baju Melayu sedondon dengan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak di Multaqa Alumni Al Azhar Malaysia?

Atau pihak yang berusaha dan menjadi dalang kerjasama antara Umno dan PAS ini.


Kenyataan Idris selari dengan kenyataan bekas mursyidul am PAS allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika hayatnya yang marah dengan usaha untuk bekerjasama dengan Umno.

"Umno kena buang kebangsaan dan terima Islam dulu. Sudah lama saya cakap macam ini, sikit lagi ada orang Umno cari PAS, saya akan ludah muka orang itu, kalau kamu hendak bersatu, buang kebangsaan ambil semangat Islam, tidak kena di mana Islam?" kata Nik Aziz sebagaimana dilaporkan akhbar milik Umno, Utusan Online pada 8 Mei, 2013.

Sejak awal, Tuan Ibrahim yang kebetulan anak saudara kepada isteri Nik Aziz, antara pemimpin PAS kini yang paling tidak senang dengan kerjasama dengan Umno.

Apabila media melaporkan beliau merestui kerjasama antara PAS dan Umno ekoran kenyataannya yang dilihat lembut selepas pertemuan antara Najib-Hadi, beliau bangkit menafikannya secara bertulis.

"PAS tidak akan bergabung dengan Umno. Malah kini, PAS sedang merangka strategi mempertahankan kerajaan Kelantan, menguasai kerajaan Terengganu dan menguasai 10 Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi Umno di Selangor dan menambah kerusi Parlimen di tempat berlawan dengan Umno," kata Tuan Ibrahim menafikan laporan media beliau kini setuju PAS bekerjasama dengan Umno.

Bahkan dalam kenyataan itu, beliau menegaskan kenyataannya pada 14 Disember lalu yang antara lain menyebut, "PAS tidak mahu memikul pengkhianatan Umno kepada agama".

Katanya, lebih 50 tahun negara ini tidak pernah merasai berjalannya hukum Islam secara menyeluruh, riba rasuah, pusat maksiat berleluasa sehingga remaja seolah-olah tiada hala tuju.

Iskandar yang juga ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (exco) Selangor pula bertegas, dosa Umno terhadap PAS terlalu besar untuk dimaafkan akar umbi parti Islam itu. – TMI


ULASAN GB

Nampaknya PAS terus berantakan dan berpecah.

Pada awalnya, kumpulan progresif menapak keluar dari PAS menubuhkan AMAANAH dan masih bersama dengan rakan-rakan di dalam Pakatan Harapan. Kini PAS berpecah lagi, diantara yang sokong dengan yang tidak sokong PAS bersama UMNO.

Takiyuddin Hassan dan Zuhdi Marzuki nampaknya telah ke depan... sanggup memaafkan dosa lampau UMNO terhadap PAS, manakala Tuan Ibrahim, Iidris Ahmad dan Iskandar Samad menyatakan TIDAK kepada kerjasama PAS-UMNO. Malah Iskandar menyatakan dosa UMNO terlalu besar untuk dimaafkan oleh PAS.

Di peringkat bawahan, mereka kebingungan. Yang pertahankan Hadi dengan yang tidak. Dulu, jika disebutkan mengenai kerjasama UMNO-PAS, ahli-ahli PAS akan kata itu FTNAH. KIni bila di tanya semula.... ada yang menjawab, apa salahnya?

Perpecahan yang melanda PAS ini memang sudah dijangka. Presiden PAS masih begitu sikapnya. Membiarkan ahli-ahli partinya saling bertentangan dan bercakaran.

Haji Hadi tidak berterus terang, masih samar-samar tentang isu kerjasama PAS-UMNO. Tetapi semua orang tahu idea UG (Unity Government) adalah lontarannya satu ketika dahulu. Ini bererti memang ada ruang di hatinya untuk jalinkan hubungan kerjasama dengan UMNO.

Bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa merupakan "man behind the screen" untuk tugas mempersatukan UMNO-PAS. Beliau sudah pernah membuat pengakuan, tetapi tiada sebarang tindakan diambil oleh pimpinan PAS terhadapnya. Bererti pengakuan beliau itu benar. Malah sehingga kini beliau masih seorang ahli PAS. beliau dilaporkan mempunyai hubungan akrab dengan beberapa pimpinan tertinggi PAS yang lain termasuk ahli Majlis Syura.


Ya, seperti kata GB di atas, PAS terus berantakan dan berpecah-belah... selepas ini akan ada lagi yang bakal menapak keluar tinggalkan PAS...

28 ulasan:

omar daud berkata...

Salam

Statement Zuhdi "Zuhdi berkata, pimpinan dan ahli Umno hari ini tidak mewarisi dosa dan kesalahan generasi terdahulu dan wajar bagi PAS membuka lembaran baharu dengan parti Melayu itu. "

Rasa girang-gumbira berguling-guling Najib hingga tak terkata"Pimpinan generasi kini tidak mewarisi dosa"

Siapa yg arah bunuh Altantuya..Zuhdi kata bukan pimpinan umno masa kini!!
Siapa yg sapu commision scorpion usd500juta..Zuhdi kata mungkinn zaman tun razak kot!!
Siapa yg linkupkan 1MDB,Mungkin bapa hishhamudin kot(dato' on)kot!!.
Siapa yg buat GST,Mungkin DAP kot!!
Siapa yg terima derma 2.6bil,mungkin Lim guan eng kot!!
The list go on>>>>>>>>>banyak lagi.

Sekarang TERSERLAH siapa SEBENARNYA "Gunting dlm Lipatan"dulu-dulu orang dah bagitahu berhati-hati dgn si Zuhdi ni.Sekarang nasi sudah menjadi bubur.


Apa boleh buat,Pemimpin PASkan semuanya handal-handal belaka,tak mahu mendengar nasihat dari lebai-lebai kampong.

Walauapapun selamat berjuang Team Hadi dgn Team TITM,Bila pemilihan muktamar nanti kena gunakkan tektik lain pula,sebab Tektik CAI,kedua-duanya sudah tahu.Buat team harumanis janganlah dituangkan petrol lagi.Biarlah mereka,dgn molokov coctail mereka sendiri.

wassalam.

Akim berkata...

Ya Allah.. kenapa harus jadi begini???

Tanpa Nama berkata...

Akhirnya apa yg dikatakan fitnah oleh para walaun telah terbukti benar. Pengakuan taki dan zuhdi bahawa PAS telahpun memaafkan UMNO tanpa mengambil kira perasaan ahli akar umbi adalah petanda jelas bahawa mereka ini adalah pemain utama dalam UG yang sebenarnya telah bermula sekian lama. Umum mengetahui akan kemarahan TGNA yang pada ketika itu pun juga sedar ttg usaha pengkhianat2 ini. Kalau dulu apa sahaja yg disebut ttg UG oleh mereka yg tidak walak akan ditentang dgn makian dan carutan sekali. Kini Kalau para walaun masih mengatakan UG hanya khayalan para penentang HH, andalah sebenarnya berkhayal, walak anda kepada mereka yg bersekongkol dgn penzalim akan ada balasannya. Jika anda telah melihat kebenaran, berhentilah berketuakan watak2 yang agenda mereka lebih berbentuk keuntungan peribadi. Moga2 kita sentiasa menggunakan akal dalam membuat sesuatu keputusan kerana apa sahaja pilihan kita pasti ada kaitannya dgn kehidupan yg kekal disana nnt.

Tanpa Nama berkata...

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=721084927993339&id=100002755147999

Tanpa Nama berkata...



Orang sama banyak dosa dan berdosa besar pada orang lain seperti suka menipu jarang berkira bila nak memaafkan orang lain dengan harapan satu hari nanti ahli-ahli PAS atau cucu-cicit PAS akan memaafkan mereka juga.

Generasi politik hari ini masih dikuasai oleh orang yang tua-tua, baik Najib, baik Hj Hadi, baik Anwar. Dalam UMNO ramai yang masih dalam kategori generasi terdahulu. Kita belum ada generasi baru.

Mereka yang muda seperti KJ adalah dari generasi terdahulu kerana terus membawa dasar dan fahaman UMNO lama. Begitu juga dalam PAS, Nik Abduh adalah generasi tetdahulu kerana berpolitik tahap kampung.

Generasi baru ialah mereka yang berada di pusat pengajian tinggi yang satu hari nanti akan tinggalkan cara politik lama seperti apa yang di buat oleh Najib dan Hj Hadi sekarang!


Tanpa Nama berkata...



Dosa dan kesalahan 1MDB, NFC, Tabung Haji, Yapiem dan Mara adalah dosa dan kesalahan generasi UMNO hari ini yang di lakukan oleh Najib.

Dosa berhutang betbillion-billion sehingga rakyat yang menaggung nya adalah dosa pemimpin UMNO hari ini.

Dosa fitnah yang di ulang untuk kali kedua adalah dosa UMNO hari ini.

UMNO bukan sejak semalam buat dosa dan kesalahan tetapi sejak dulu lagi.

Dosa royalti boleh di kembalikan tetapi dosa terkorban di Memali ada kemungkinan berulang lagi.

Dalam memegang kuasa menjaga negara waima parti sekali pun, apabila pemimpinnya telah membuat keputusan yang salah dan menyebabkan negara hampir-hampir lingkup walaupun kesalahannyancuma sekali, pemimpin tersebut perlu lah berundur. Ini tidak, masih putar belit dan terus menipu menipu.

UMNO tidak sepatutnya di beri peluang tetapi perlu di ganti.

Tanpa Nama berkata...

SiZuhdi ni jugalah yg menyokong kenaikan tol dan menghina pembangkang yg menentang tol sebagai kumpulan populis...
Dan siTakiyuddin pula menjatuhkn kredibilti PAS sbg SUA dgn mencium tgn siZamri MB Perak perompak kerajaan Perak bagaikn ulamak besar..
Wahai ahli2 PAS...sedarlah
Sekarang semakin jelas siapakah sebenarnya "parasit,jebon,barua" dsbnya..dalam PAS...

lelaki dicermin berkata...

Bangang betul zuhdi dan takiyudin ni... kita tak payah ceta..kes memali dan kes2 besar yang menimpa pas. Kita ambil kesah bukan puluhan...tp beratus penyokong pas yang di pindahkan kerja sbb menyokong parti pas.. itu belum cerita kesah di tahan naik jawatan dlm perkhimatan..dia org berdua ni seolah baru tahun dua jd ahli pas..apa lah perasaan penyokong pas yg di pindahkan dah di tahan kenaikan pangkat dengar kata2 malaun 2 ekor ni...

Tanpa Nama berkata...

Ahli dan peminpin Pas masih tak nampak lagi ke iblis dan syaitan dalam Pas?.Iblis >teruskan usaha kamu untuk menghancurkan Pas,berwajah baik tapi hati jahat nank amampus

Tanpa Nama berkata...

Aku sumpah tk akan maafkan hj hadi dan pencacainya atas perbuatan khianat kamu kpd aku.orang lain aku tk tau tapi aku akan jumpa kamu di akhirat kelak.din yahya kubur panjang

Tanpa Nama berkata...

Apa jenis penyakit yg ada pada PAS kini? Nak berkerjasama saja tapi tak nak bergabung. Minta AMANAH tak bertanding di Kelantan tapi dia tu dok jaja serata dunia nak bertanding dimerata tempat. Apa ni hak kita tak ser bui hok orang lain nak. PAS tahu dah tanding 3 penjuru PAS akan dapat 0 malah di Kelantan sekali pun. Lebih baik bergabung kurang-kurang ada juga 2 @ 3 kerusi yg boleh dimenangi. Loni pemimpin dan ahli UMNO diperingkat bahagian dok pakat kata PAS bodoh dah terkena jerat yang amat sukar nak pelepas ( buang ). Hanya satu jalan PAS mampu bangkit semula iaitu dgn buang pemimpin tertinggi dgn beberapa gang dia dan sertailah PH - insyaAllah PAS boleh bangkit. Ada seekor tu pulak kata AMANAH ni dok dengar buah DAP jah, ni lagi bodoh. Sikit2 dok babitkan DAP/cina yg kita tu dok jalan lenguk kelangit jah, jerlus telaga buruk dok salah ko orang lain. Sebab tu lah orang UMNO kampong pun kata bodoh

Timnajib Jomfikir berkata...

Dr Zuhdi, think tank UMNO lah.

InsyaAllah akan terbongkar kejahatan beliau dan baruanya.

Tanpa Nama berkata...

Padan muka..mcm2 kau fitnah puok Amanah..sekarang dah bergaduh sama sendiri..Allah byr cash..

Tanpa Nama berkata...

Orang Melayu yang mengaku untuk akur pada ajaran Islam harus memahami apa yang Rasulullah SAW pesan sebelum baginda wafat. Tidak kah baginda sudah berpesan sekiranya berlaku perselisihan kefahaman di antara sesame orang Islam hendaklah mereka berpegang teguh pada tali Allah yaitu kembali untuk merujuk kepada Sunnah Baginda dan al Qurannul Karim.

Isu yg jelas berlaku sekarang ini adalah perpecahan di dalam PAS hanya kerana pemimpin tertinggi PAS memutuskan untuk berbaik-baik sesame orang Islam didalam parti UMNO. Tidak mereka membuat sesuatu yang adil wahai para penentang perpaduan PAS? Tidak kah tindakan mereka itu bersesuaian dgn kehendak Rasulullah SAW dan suruhan Allah didalam Al Quran? Tindakan sentimen perasaan dendam didalam hati yang menjadi penghalang utama kepada silaturrahim yang dianjurkan itu?

Kita sebagai hamba Allah seharusnya meletakkan kepentingan ajaran Islam lebih daripada kepentingan didalam politik. Tidakkah kita tahu dan sedar tentang ancaman kepada mereka yang menentang dan memutuskan silaturrahim?
Dari hadis Rasulullah SAW:” Tidak akan masuk surga orang yang memutus hubungan tali silaturahmi.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Dari Al Quran surah Muhammad 22-23 “ Maka Apakah kiranya jika kamu berkuasa kamu akan membuat kerusakan di muka bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan? mereka Itulah orang-orang yang dila'nati Allah dan ditulikan-Nya telinga mereka dan dibutakan-Nya penglihatan mereka.”

Fikir-fikirlah anda semua apa kah matlamat sebenar yang kita sedang perjuangkan? Apa kah hadiah besar yang kita sedang dambakan sebenarnya dari perpecehan yang anda semua sedang perjuangkan itu? Atau apakah anda semua berfikir orang UMNO itu solat mereka tidak ada pahala disisi Allah melainkan solat kamu orang PAS sahaja yang betul?

Abdul Said berkata...

Tak hairan lah kalau si zuhdi dan si taki ni bangang Encik Lelaki Dicermin ooi. Yang hairannya ialah yang pakai serban besar-besar tapi tetap bangang kerana ambik mereka berdua bekerja untuk PAS. Lagi bertambah bangang ialah ustaz-ustaz PAS lain yang menyokong tindakan bangang serban besar yang mengambil Melayu-melayu bangang. Teringat aku kisah kawan yang kerja di sebuah hospital hari-hari pakai kopih putih (yang jenis macam songkok). Sekali bila kena tukar tempat Tok Pa beliau kena pakai songkok hitam. Yang ni pun tindakan celaka pegawai yang bagi aranhan suruh tanggalkan kopiah putih tu TAki kata dimaafkan juga! Itu contoh kecil. Belum lagi cerita tarik balik biasiswa dan bantuan. Tak lama lagi PAS akan lingkuplah kalau masih pertahankan presiden yang tak berapa waras dan dapat pulak nasihat dari punaisihat jahat macam hantu!!

Tanpa Nama berkata...

Perhatikan apa jua statement dari zuhdi mmg ntahapahapahentah.bodo semacam je die nie.mcmne pas blh ada pengarah penyelidikan pas mcm ni.statement pun bodo2 je mcm budak x sekolah.adakah pemikiran pemimpin2 pas skrg ni sempit2,jumud,mcm org duduk dlm gua.hancurla pas lepas ni. Tgk je next pru confirm kalah kerusi 80%...silap gaya kelantan dapat pada Amanah atau BN,lpstu bn terajang pas mcm sampah...kahkahkahkah

usop ali berkata...

dah x kenal dosa kot...geng sotong nie...

Tanpa Nama berkata...

mat sabu bukan bodoh--walau bukan ulamak dia macam dibukakan hijab dan makrifat
ularmah yang dalam semak kena mengaji balik dan muhassabah--jangan rasa diri saja benar

mari kita lihat--siapa jumpa setanyahu--siapa memeluk saddam hussin
mengapa mereka lakukan

menurut zamkata kedua dua orang ini perlu ditolak rakyat walau aku tak suka sangat zam--tapi tulisannya logis dan tepat

Tanpa Nama berkata...

semua Ahli PAS harus berbangga dengan pimpinan tertinggi PAS yang mesra penjilat Najib AMNO sehingga bersih segalah najis yang ada,kemahuan pemimpin terginggi PAS harus di ikut kalau tak ikut semua ahli PAS tidak berbau surga.

mustapa m said berkata...

Kesalahan generasi umno yg dahulu nak dilupa dan dimaafkan oleh Zuhdi (Pas). Bagaimana pula dgn kesalahan2 besar yg dilakukan oleh generasi Umno yg sekarang? Nak maafkan semuanya begitu saja ke? Nampak benar seperti ada udang di sebalik batu. "Baik ada makna tu".

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama 10 02

Semasa TGNA yang ada dalam PAS hanya penyokong PAS, tetapi sekarang dah ada penyokong UMNO. Pesanan Nabi saw sekiranya berlaku perselisihan kefahaman di antara sesame orang Islam hendaklah mereka berpegang teguh pada tali Allah ada lah lebih sesuai di sampaikan kepada Ahli-ahli PAS yang kini berpecah, bukan untuk pemimpin-pemimpin UMNO !

Antara tali-tali Allah ada pada PAS dan tali-tali yang ada pada UMNO, lebih kukuh lagi tali yang ada pada PAS, jadi mengapa PAS perlu berpegang pada tali-tali Allah UMNO yang hampir putus?

Hj Hadi dengan geng nya perlu kembali kepada Sunnah Baginda dan al Qurannul Karim, kerana jika mereka kembali kepada Sunnah Baginda dan al Qurannul Karim, secara automatik tertolak nya kerjasama dengan UMNO. Pemimpin UMNO tidak takut pada fitnah, tidak amanah apabila banyak dana dan duit rakyat telah salah di gunakan ...

Tetapi adalah satu dosa besar sekiranya jika PAS ditakdir kan menang lalu membalas dendam dan memutuskan hubungan tali silaturahim dengan UMNO. Tetapi hukuman tetap di jalankan seperti mana Nabi saw akan memotong tangan anak nya sendiri jika dia mencuri!


Dalam Islam di benarkan suami-isteri bercerai.
Dalam Islam di benarkan bermahzab. Apakah mahzab-mahzab ini tidak berpegang pada tali-tali Allah?

Mengapa tiba mengenai politik, putus pulak silatulrahim bagai?


Dari Al Quran surah Muhammad 22-23 “ Maka Apakah kiranya jika kamu berkuasa kamu akan membuat kerusakan di muka bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan? mereka Itulah orang-orang yang dila'nati Allah dan ditulikan-Nya telinga mereka dan dibutakan-Nya penglihatan mereka.”

UMNO telah memutuskan hubungan dengan mereka yang tidak bersetuju dengan nya dan menzalimi orang-orang tersebut. Berbagai kerusakan yang UMNO telah lakukan sehingga rakyat menjadi sengsara. Lalu apa perlu nya ahli-ahli PAS mendekati pemimpin-pemimpin UMNO yang confirm dila'nati Allah dan ditulikan-Nya telinga mereka dan dibutakan-Nya penglihatan mereka.

Apakah kerana UMNO solat maka di bolehkan rasuah, guna duit zakat dan derma bagi ekonomi orang Islan di guna sesuka hati?

Fikirkan pekara ini, menurut SPRM memang berlaku rasuah balak di Kelantan tetapi sukar di ambil tindakan kerana ianya berlaku di dalam hutan? Rasuah berjuta yang di cari rasuah kakitangan perhutanan. Aduan ialah mengapa diberi pada syarikat yang tawar harga murah? Mengapa kawasan penebangan dilakukan sehingga berlaku pencerobohan?

Tanpa Nama berkata...


Jangan salahkan ahli-ahli PAS yang tidak setuju dengan kerjasama PAS UMNO kerana ahli-ahli PAS yang beriman akan melayani orang UMNO seperti mana Nabi saw melayani Abu Jahal.

Tanpa Nama berkata...

Nak kembali kpd Al Quran, kembali ke semua ajaran dlm Al Quran. Al Quran tak mengajar bersatu aje. Al Quran ajar mengabdikan hanya kpd Allah shj. Takut pd Allah, bukan pd najib, polis etc. Al Quran ajar Allah yg beri rezeki, bukan kerajaan umni bn. Allah kata sesungguhnya org2 beriman itu bersaudara. Org2 beriman tak sama dgn org2 Islam. Kalu nak bersatu semua kena beriman dahulu, dgn iman yg sebnr2nya. Tak yah bising2 la pasal nak bersatu utk melayu dan islam.

Tanpa Nama berkata...

Salam Maulidur Rasul. Selawat ke atas Junjungan Nabi Muhannad saw.

Kisah Baginda saw, kalau ada terlebih terkurang harap perbetulkan dan maaf kan.

Ketika berucap di dalam satu majlis yang di hadiri oleh pengikut-pengikut nya, Baginda saw telah memohon ampun maaf sekiranya Baginda saw ada melakukan kesalahan atau kesilapan yang sengaja atau tidak sengaja. pada sesiapa di kalangan mereka. Para Sahabat terkejut dan bingkas bangun mengatakan Baginda saw tidak ada melakukan kesalahan apa-apa terhadap mereka. Baginda saw terus berucap sekiranya ada dan orang tetsebut tidak mahu mengampun kesalahan Baginda saw, orang tersebut boleh membalas kesalahan tersebut ke atas diri Baginda saw. Lalu para Sahabat bangun dengan memegang pedang dan berkata akan memancung mereka yang sanggup menghukum Baginda saw. Lalu di tegur oleh Baginda saw dengan berkata perkara ini antara orang tersebut dengan Baginda saw.

Lalu bangun lah salah se orang dari mereka dan berkata 'Ya Rasulullah, ada.'
Alangkah terperanjat mereka yang berada di dalam majlis tersebut. Gila apa kah orang itu?

Dengan tenang Baginda saw bertanya 'Apakah kesalahan itu?' Lalu di jawab oleh orang itu 'Perut nya terkena rotan pemukul unta semasa dalam satu peperangan'. Baginda meminta orang itu mengambil rotan nya dan apabila tiba di rumah, isteri orang tersebut meraung-raung meminta suaminya mengampun Baginda saw tetapi tidak di pedulikannya.

Apabila dis bertemu Baginda saw semula, Baginda saw berkata 'Sebat lah di mana aku telah menyebat badan kamu' Orang tersebut berkata ' Wahai Rasullulah, ketika itu aku tidak memakai baju' Sebaik Baginda saw membuka baju nya, orang tersebut telah mencium pusat Baginda saw.

Siapa Zuhdi dan siapa Takiyuddin untuk memaafkan UMNO bagi pihak oranv lain ?????

Tanpa Nama berkata...

Si Zuhdi dan Taki ni...lps ni jadilah CEO mana2 organisasi UMNO.. boleh rembat gaji mcm CEO Yapeim.. buat banyak2 anak syarikat..kendian setiap anak syarikat dia jadi leader.. pulun jangan tak pulun..

Ilmu politik bukan setakat bersyarah utk menang pilihanraya saja..

Tanpa Nama berkata...

Pas adalah parti ajaran sesat...pemimpin2 pas yg ada memang bangang dan dungu, takkan mereka tak dapat hidu tindakan sejak dulu lagi sebab itu kumpulan progresif keluar parti...sampai dah peringkat teruk baru nk mula sedar dan faham..cerdik tak boleh diikut & bodoh yg boleh diajar.

Tanpa Nama berkata...




Siratol MUSTAQIM...Siratol MUSTAQIM
Jalan Yg LURUS...Lapang dan TERANG
Kaseh Mem-BERI...AR-RAHNAN AR-RAHIM
Lambang AMANAH...Insan Cemerlang
AUDIT dan Hisab...Ber Hukum Ber HAKIM
Mudah dan PANTAS...Tiada Yg CURANG



Al-Maghdub Ad-Dhoolin...Jalan yg SESAT
Bengkok U-TURN...Berputar BELIT
Tunggang TERBALIK...Terjadi Lah MURTAD
Segala yg MUDAH...Menjadi SULIT
Bergelap Songlap...BUAS Merembat
KHAZANAH Ummat...Di Lelong Di Klepet





Jalan yg SESAT...Jalan yg MURTAD
Tunggang TERBALIK...Azab Sengsara
HARTA Menjadi..."REBUTAN" Kesumat
Saling Ber Dendam...Saling SENGKETA
Berebut Ber GELUT...Ber NIAT Jahat
Ber Lakon "WARAK"...Nak Jadi Ketua
Menunjuk2 "BAIK"...Itulah LAHANAT
Ummat Di KELIRU...Diperkosa Semahunya










Wahai Sahabat...AMANAH Budiman
AMANAH Menyuloh...Cahaya Yg TERANG
AMANAH Menyingkap..."Tembelang" BAJINGAN
Pantang AMANAH...Songlap dan CURANG
Songlap dan CURANG...Si Jubah SORBAN
Yg Tergamak Mem FITNAH...Mnjd Pailang
Krn "Ngap" Ber JUTA...Serabut & KEPANASAN




Wahai Sahabat...AMANAH Sejati
Jalan yg LURUS...Cahaya AZALI
PEKA dan Halus...TERANG Menyinari
Tipu & KELIRU...Mudah-Kau KENALI
Pen CURI Pem FITNAH...Tak Dpt Sembunyi
Kerana Kau "MELIHAT"...Dgn MATA Nurrani

Tanpa Nama berkata...

Kerana nakhoda yg lemah dan tiada matlamat..anak2 kapal hilang arah..akhirnya kapal tenggelam..