11 Dis 2015

PAS Yang Bagi Oksigen Kat UMNO Selama Ini..

PAS SUDAH LAMA BERI OKSIGEN PADA UMNO - SALAHUDDIN

Parti Amanah Negara (Amanah) tidak terkejut dengan tawaran terbuka Umno untuk bekerjasama dengan PAS kerana parti Islam itulah selama ini yang memberikan oksigen kepada Umno.

Timbalan presiden Amanah, Salahudin Ayub berkata, PAS telah memberikan cukup oksigen kepada Umno kerana di saat Umno hampir kelemasan, tiba-tiba pimpinan tertinggi PAS berikan talian hayat melalui pembelaan mereka kepada pimpinan Umno.

"Umno dapat bekalan oksigen yang cukup... ini satu penghargaan dari Najib kepada PAS," katanya mengulas ucapan dasar Najib di perhimpunan agung Umno hari ini.

Ketika memberikan ucapan dasar dalam Perhimpunan Agung Umno hari ini, Najib mengajak ahli-ahli Umno agar turut bekerjasama dengan ahli PAS.

"Saudara dan saudari, kita di dalam Umno, berasa lega, malah gembira, apabila PAS, kini tidak lagi bersama pakatan pembangkang.

"Dengan hati yang terbuka dan sanubari yang merdeka, kita hulurkan tali silaturahim, kita hulurkan ikatan ukhuwah menuju kesempurnaan membina sebuah Malaysia di atas syariat-Nya," kata Najib di hadapan perwakilan Umno yang memenuhi Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Bagi Salahudin, pendekatan yang diambil pimpinan PAS sekarang menunjuk dasar mereka sudah berubah.

"Ia bukan menjadi rahsia umum lagi bila PAS tidak menentang Bajet 2015 Najib, Mursyidul Am PAS yang meminta ahli PAS agar jangan lawan Umno, PAS tidak serang isu besar seperti 1MDB dan wang RM2.6 bilion yang masuk ke akaun Najib.


"Ini semua pendekatan mesra Umno yang semakin hari semakin mesra," kata Salahudin yang merupakan bekas naib presiden PAS itu.

Sehubungan dengan itu, bagi beliau ucapan Najib ini tidak mengejutkan.

"Tanpa Amanah perlu berusaha keras untuk mengatakan semua itu terhadap PAS, perbuatan dan pendekakan yang PAS bawa hari ini menjelaskan kedudukannya di mata rakyat," kata Salahudin. -malaysiadateline.com

Najib saran ahli Umno ‘hulur silaturahim’ kepada PAS

Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak menyeru ahli parti Melayu itu menghulurkan salam ukhuwah dan silaturahim kepada PAS, lebih-lebih lagi parti Islam itu kini sudah meninggalkan pakatan pembangkang.

Najib dalam ucapan dasarnya sempena Perhimpunan Agung Umno hari ini berkata, sistem 2 parti juga tidak boleh diamalkan di negara ini, sebaliknya rakyat kini berdepan pilihan antara pakatan parti pemerintah Barisan Nasional (BN) yang diketuai Umno ataupun parti pembangkang yang diketuai DAP dalam Pakatan Harapan.

"Maka saudara dan saudari, kita di dalam Umno, berasa lega, malah gembira, apabila PAS, kini tidak lagi bersama pakatan pembangkang.

"Dengan hati yang terbuka dan nubari yang merdeka, kita hulurkan tali silaturahim, kita hulurkan ikatan ukhuwah menuju kesempurnaan membina sebuah Malaysia di atas syariat-Nya," kata Najib di hadapan 2,654 perwakilan dari 191 bahagian Umno seluruh negara di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

"Contoh yang sangat ketara sekarang, betapa DAP cuba ‘menguasai’ parti lain dalam pakatan pembangkang.

"Ini dapat kita lihat, bila mana ada di kalangan pemimpin mereka, yang menyatakan hasrat untuk bertanding di 8 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), yang dimenangi PAS di Selangor sebelum ini, pada Pilihan Raya Umum ke-14 kelak.

"Lebih-lebih lagi DAP di Sarawak, dengan angkuhnya memutuskan hubungan dengan PAS dan PKR, kerana ingin bertanding lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Negeri Sarawak nanti.

"Itulah dia DAP, yang tidak pernah setia dengan rakan gabungannya. Tahun 1990, mereka membentuk gabungan pembangkang. Lalu berpecah pada 1995. Bergabung semula pada 1999. Kemudian 2004, berpisah lagi,” katanya.

Najib berkata, DAP juga cuba lagi untuk berpakat, pada 2008 dan 2013, dengan PAS dan PKR.

"Kalau nak ikutkan perumpamaan orang berkahwin, sudah 3 kali jatuh talak. Nampaknya, besok-besok, kalau pecah pula dengan Pakatan Harapan, tak taulah talak berapa nak pakai nanti."

Malah, Najib berkata, gabungan pembangkang tidak peduli apabila PAS disingkirkan daripada pakatan mereka.

"PAS disepak dan diterajang keluar daripada Pakatan, mereka macam itu saja."

Sehubungan itu, katanya, sistem 2 parti itu juga berbahaya kepada perjuangan Umno.

"Bersabit perkara ini, selagi saya memimpin, seruan saya kepada rakan dan saudara saudari seperjuanganku sekalian, kita sekali-kali tidak akan membiarkan individu tertentu bercakap sembarangan, kononnya kita perlu menjurus kepada sistem 2 parti.

"Mana boleh! Mana boleh perkara ini kita terima? Bukan atas dasar kita tidak faham pengertian demokrasi, tetapi, dari sudut falsafah dan perjuangan Umno itu sendiri, yang memartabatkan bangsa dan mempertinggi syiar Islam.

"Saya ingin bertanya kepada perwakilan dan ahli Umno semua, takkan kita tidak faham akan bahayanya, akibat seruan yang tidak bijaksana itu," katanya.

Najib berkata, realiti politik di Malaysia hari ini, rakyat hanya mempunyai 2 pilihan, sama ada satu gabungan parti politik yang dipimpin Umno atau satu lagi yang dipimpin atau didominasi DAP.

Sekiranya Umno ditolak, katanya, negara ini akan diperintah mereka yang anti perjuangan Islam serta menolak perjuangan Melayu dan Bumiputera.
-TMI


ULASAN GB

PAS kini seolah-olah sudah terperangkap dengan kenyataan-kenyataan Presiden dan beberapa pimpinannya sebelum ini di dalam konteks kerjasama PAS-UMNO apabila Najib dengan secara terbuka "menyeru ahli parti Melayu itu menghulurkan salam ukhuwah dan silaturahim kepada PAS, lebih-lebih lagi parti Islam itu kini sudah meninggalkan pakatan pembangkang."

Kenyataan-kenyataan seperti ingin menjadi PENASIHAT kepada UMNO/BN, bekerjasama dengan UMNO dalam hal-hal kebajikan, mengubah pendekatan PAS terhadap UMNO dan seumpamanya amat jelas memberikan oksigen kepada UMNO yang sedang kelemasan seperti yang disebutkan Tn.Hj. Salahuddin.

Kedua, kenyataan Najib kononnya "PAS disepak dan diterajang keluar daripada Pakatan, mereka macam itu saja" merupakan kenyataan simpati UMNO terhadap PAS yang diakibatkan oleh perbuatan PAS sendiri yang telah mengkhianati Pakatan Rakyat.

Dan kenyataan Najib "realiti politik di Malaysia hari ini, rakyat hanya mempunyai 2 pilihan, sama ada satu gabungan parti politik yang dipimpin Umno atau satu lagi yang dipimpin atau didominasi DAP.

Sekiranya Umno ditolak, katanya, negara ini akan diperintah mereka yang anti perjuangan Islam serta menolak perjuangan Melayu dan Bumiputera."


Kenyataan di atas ternyata cuba menakut-nakutkan rakyat khususnya bangsa Melayu dan beragama Islam supaya hanya menyokong UMNO. Kononnya DAP kini yang menguasai Pakatan Harapan (PH) sedangkan hakikatnya, DAP hanyalah sebuah daripada 3 buah parti komponen utama PH.

Setelah DAP berjaya mendedahkan beberapa isu utama seperti 1MDB dan derma RM2.6 bilion yang kesemuanya adalah berpunca dari Najib sendiri, kini Najib mengambil peluang PAU kali ini untuk menghentam DAP dan cuba menakutkan rakyat dengan menyatakan DAP mendominasi pakatan pembangkang.

UMNO menggunakan sentimen bangsa sebagai talian hayat terakhirnya dan sentimen agama untuk memujuk PAS bersamanya.

Namun hakikatnya, rakyat kini sudah sedia mengetahui dan sedia memahami, hanya PH yang akan dapat menyelamatkan negara dengan/dan mengalahkan BN di dalam pilihanraya yang akan datang. Dan sememangnya UMNO BN perlu dikalahkan demi mengakhirkan segela penderitaan rakyat yang diakibatkannya selama ini.

30 ulasan:

abrarmujahideen berkata...

Kebenaran PEKONG akhirnya tersingkat...mulut tempayan senang dututup tp mulut manusia .....haha bagusla trus terang..xdela ahli PAS mcm Husam ditipu hidup2 ag.

Unknown berkata...

Masanya sudah tiba.(akan pena patuk dalam lubang yang sama).Segala perancangan, flip flop, u-turn kini telah sampai ke destinasinya.

Segala pengkianatan terdapat pakatan rakyat dan rakyat sudah berhasil.

sekarang PAS sudah boleh, meminta apa saje dengan Najib/UMNO. Jawatan dan pangkat.

Ingat PAS! Jika kamu sambut tangan-tangan kotor dari UMNO.kamu akan musnah di kemudian hari!

Tanpa Nama berkata...

Ini lar kononnya parti "beragama". Hebat betul, suci betul, mulia betul .

Tanpa Nama berkata...

Dan akhirnye telah jelas,memang sah pas bergabung dgn umno!!

Tanpa Nama berkata...

Dalam masa yang sama, pemimpin-pemimpin PAS pula diberi taklimat secara tertutup dengan program-program 'memelayu'kan PAS sedikit demi sedikit seperti 'Ke arah mana PAS selepas terkuburnya PR'. 'Pendekatan dan matlamat PAS kini' yang di jalankan mengikut strategik BTN yang pernah menuduh PAS dan TGNA dengan bermacam-macam penghinaan. Seorang demi seorang akan dikenal pasti dan di pujuk dan sekarang mereka akan melakukan nya secara berkumpualn.

Mustahil pemimpin PAS berstatus wakil rakyat tidak di cuci otak nya dengan menerangkan permasalahan orang melayu dan kehilangan kuasa sekiranya PH menang. Konon desakan DAP akan menyebabkan melayu tersisih sedangkan melayu telah ketinggalan selama ini atas sikap tamak dan boros pemimpin UMNO. Bukan sahaja melayu PAS, melayu UMNO sendiri tidak sedar mereka telah di permainkan dengan cara yang paling bodoh oleh pemimpin mereka sendiri.


Tidak sedar atau tidak tahu tertipu?

Masa kan tidak, kerana wakil rakyat PAS sehingga sekarang masih tidak berganjak dalam pendirian dan sokongan kepada langkah Hj Hadi dan kumpulan para cai. Usaha telah berjalan semenjak TGNA dan hanya wakil rakyat yang bodoh dan goyah buat-buat tidak tahu.

Anwar di korban kan semata-mata untuk memudahkan kerja Hj Hadi.

Apabila ada pemimpin PAS yang menolak kebaikan yang di ragui oleh UMNO selepas ini akan di ikuti pula dengan kenyataan pemimpin UMNO yang akan mengeluarkan kenyataan PAS tidak memberi untung kepada UMNO. Tak kan ini pun wakil rakyat masih tidak dapat baca? Mengapa pemimpin UMNO tidak bantah semasa perhimpunan sedangkan ada perwakilan mengatakan UMNO mampu bersendirian kerana UMNO kuat !

Sistem dua parti yang di maksudkan bukan sahaja pada PH yang konon di dominasi oleh DAP, tetapi antara PAS dan UMNO. Dan yang paling jelas Hj Hadi dan kumpulan cai nya telah tunduk kerana takut dengan bencana Akta baru MKN yang akan di kenakan ke atas pemimpin-pemimpin pembangkang. Kuasa penuh MKN adalah ditangan Najib.

Hj Hadi memandang MKN dan persempadanan baru dengan nafsu yang hilang imannya kerana dengan cara ini sahaja PAS akan menang bukan dengan cara TGNA.

Salam ukhuwah dan silaturahim yang di hulur oleh UMNO akan mengorbankan banyak prinsip dan perjuangan Islam dalam parti sebagai contoh hudud, ponteng, fitnah dan amanat Hj Hadi sendiri.

Dalam keadaan jelas pemimpin PAS iaitu pro Hj Hadi mengunakan cara takfiri dan menghukum sesuka hati, ketika ini lah pulak UMNO menghulur salam. Mengundi PAS bererti memberi undi pada UMNO.

Abdul Said berkata...

Beza diantara PAS dengan UMno hanya setakat jubah, serban dan kopiah sahaja. Itu pun sekarang dah ada orang UMno yang pakai jubah dan serban. Yang lain semuanya sama. Sama-sama mengaku Islam, Sama-sama memperjuangkan bangsa Melayu, sama-sama mungkir janji, sama-sama-sama menipu rakyat dan ahli-ahli masing-masing dan yang paling jelas ialah sama-sama mengaut kekayaan untuk diri sendiri. Kedua-dua parti ramai penyokong mereka adalah orang yang jahil, taksub, kurang pelajaran dan pendidikan, kalau ada kelulusan pun ianya digunakan untuk 'mengicuh' untuk mendapat kekayaan dunia!! Selagi kedua-dua parti ini subur selagi itulah Malaysia tidak akan maju. Memang banyak pembangunan, tetapi siapa yang buat dan siapa yang punya. Orang Melayu hartanya bertahan setakat generasi kedua atau ketiga sahaja. Lepas tu akan berpindah ketangan orang bukan Melayu. Pemimpin-pemimpin Melayu majoritinya tidak boleh dipercayai. Buktinya? Brunei Darussalam sebuah negara Kesultanan Melayu di Nusantara lebih mempercayai Republik Singapura yang dikuasai Cina dari mempercayai Malaysia. Mereka Brunei mempunya hubungan rapat dengan Singapura dalam bidang pertahanan, kewangan dan juga pendidikan.

Tanpa Nama berkata...

Menghulur je..

Kena lah sambut.

Ingat ini menghulur orang UMNO yang berkawan atau adalah saudara kita yang di jemput ke majlis kenduri rumah kita ke?

Ini perhimpunan UMNO, tak sama dengan menghulur cara kebiasaan. Banyak yang perlu di beres sebelum keluarkan kenyataan tersebut.

Dan bukti apa lagi yang Dewan Harian PAS mahu dalam kes Husam. Presiden dan Perdana Menteri tidak akan memalukan dirinya sendiri jika tahu salam yang di hulur tidak bersambut!

Tanpa Nama berkata...


Mana ada ?

Bukankah Pas bangkang sambil duduk dan berbaring ?

Pas sudah beri nasihat pd ahli2 umporno dgn qias.

Wala' pd pemimpin.
Jgn persoal pemimpin mengenai 1MDB dan RM2.6B kalau tidak ada 4 saksi.
Tak masuk akal duit begitu banyak masuk bank akaun sendiri.
Biar tertipu jgn menipu. Tertipu lebih baik.
Tahaluf siyasi dgn parti islam terbesar lebih afdal dari kafir harbi yg menentang hudud.

Salam silaturahim dah dihulur kena sambut kerana umporno bukan pengkhianat mcm Amanah.

Semoga Pas information chief dapat menjalankan tugas memberi penerangan dan keluarkan statement walau terpaksa gunakan siku dan lutut.

Ini wartawan asyik tanya Mahfuz Omar. Dia bukan ketua penerangan Pas.

Tanpa Nama berkata...

mana p janji nik amar nk lawan habis habisan umno klu hudud tak buat tahun nie...woi tarbus tak dak perkataan yg sesuai nk gambarkan pada org mcm hampa nie....pompuan kaberet pon x hipokrit mcm walaun dan pemimpin nya...one hell stupid unperfect embrio..!!

Tanpa Nama berkata...

Pucuk dicita ulam mendatang...

Tanpa Nama berkata...

tiada lagi taghut
tiada lagi menentang kezaliman barisan
tiada lagi menentang kenaikan tol
dari bulatan bertukar menjadi barisan
cakap bohong lama lama jadilah menteri barisan
yang ditakuti dalam pas ada taliban yang akan mengamok, bersabor yob
firasat mat sabu takkan tersasar
dari pis marilah sasama menyokong pan

ahli pas walak anda tidak berguna lagi
tiada guna jubah dan serban

tekadkan hati--hai akal berikan makrifat petunjuk agama dari kaum yang ikhlas

Unknown berkata...

Tenyata selama ini semua dakwaan DHM terbukti benar!Maka natijahnya PAScai akan kehilangan Kerajaan Kelate next PRU.

Tanpa Nama berkata...

Keliru dengan pendekatan PAS
Published: 11 December 2015 9:38 AM

Saya ahli PAS sejak di universiti. Aktif dalam jemaah PAS di pelbagai universiti. Semoga saya bakal masuk syurga kerana 'dipilih Allah' untuk tidak menjadi pengkhianat dan munafik. Takkan pilihan Allah ini ke neraka kan? Opss saya bergurau pagi Jumaat.

Ya, saya ahli PAS dan saya faham sangat objektif PAS, matlamat Pakatan Rakyat (PR) dan apakah hujah yang diguna pakai PAS untuk menghalalkan tahaluf siasi dalam Pakatan Rakyat. Yelah, orang lama. Senang faham. Juga kerana saya sudah biasa mendengar hujah pemimpin di semua peringkat tentang itu.

Persoalan saya kepada para ulamak dalam PAS, dengan mengharapkan respons balas segera, seperti nukilan dalam silibus usrah parti - bahawa setiap permasalahan parti, isu semasa dan nasional mesti ditangani segera - adalah seperti berikut:



1. Apa keputusan akhir tentang keabsahan tahaluf siasi dalam PR? Beberapa tahun lalu, beria benar ulama kita menghujani persoalan berbaur hasutan tahrim terhadap tahaluf itu. Sekarang semua senyap. Apa natijah ilmiahnya?
2. Atas dasar apakah tahaluf dengan PKR dikekalkan? Islamnya kah? Atau keadilannya? Atau kuasanya? Atau jawatan serta peluang mengajar di seluruh negeri kaya raya ini? Kalau dulu, beriya benar membantah kelompok tertentu di dalam parti yang digelar 'mengetum' bersama saudara Ibnu Ibrahim. Apa sayang itu kembali setelah Ibnu Ibrahim di penjara?

3. Persoalan kedua di atas, saya kemukakan kerana setahu saya PKR secara rasmi menolak pembentangan Hudud (KJS2) pindaan 2015 oleh kerajaan Kelantan. Ingat lagi hujah Wan Azizah yang dipangkah kemas oleh hulubalang ulama PAS?

4. Jika boleh berbaik dengan PKR, marilah kita sama-sama berbaik dengan Umno. Logiknya begitu. Setelah presiden PAS menghulur lengan kepada Umno, disambut pula presiden Umno atas dasar silaturahim lalu merangkul lengan itu, jangan pula PAS menyiku kasar. Dengan PKR yang menolak hudud masih berselimut bersama, apalah kiranya untuk mendekati Umno. Tentu dapat kuasa lebih besar berbanding hanya exco di Selangor. Ehhh kuasa itu untuk Islam jua. Bolehlah ulama PAS nanti bersama-sama dengan Jakim untuk menyebarkan Islam.

Tanpa Nama berkata...

Sambungan..

5. Oleh itu, saya rasa presiden PAS jangan cepat menolak sambutan presiden Umno itu dengan alasan asas Islam didahulukan, sedangkan belum berjumpa, belum bermuzakarah dan belum bersemeja bulat. Jumpalah dulu. Jangan segan.

6. Jika PAS mengisytiharkan DAP sebagai musuh utama politiknya, maka mendekati Umno adalah satu pilihan terbaik, justeru berijtihadlah para ulama PAS. Pintu ijtihad tidak pernah ditutup. Logiknya, berbaik dengan Umno lebih menguntungkan berbanding dengan PKR. Ruang pelaksanaan Islam makin melebar. Tidak percaya?

7. Jika muncul rasa ragu terhadap Umno, jika meluat terhadap sambutan silaturahim Najib, maka rasa-rasa itu sepatutnya diambil kira sejak awal lagi, sebelum perang saudara meletus dalam PR. Ingatkan dulu kita berperang?

8. Saya mengharapkan ulama PAS bimbinglah parti ini ke jalan benar. Jalan insaf. Sudahlah berputus jambatan dengan DAP, bertarik tali dengan PKR, maka jalan benar itu duduk semeja dengan Umno.

9. Atau akhirnya nanti, anak muda menggelar PAS parti politik acah-acah. Semuanya kerana sekelompok anak muda agamawan ingin menguasai parti maka pemimpin mesra PR disingkir. PR diretakkan. PKR dihenyak kemudian dijadikan pasangan intim di Selangor. Bermain acah-acah dengan Umno kerana mengharapkan pelaksanaan Hudud di Kelantan. Apabila bayang Akta 355 hilang dari Parlimen, maka mulalah rasa mual dengan Umno kembali?

Saya masih keliru. Saya rasa loya. Mahu menekan loceng untuk turun, tetapi di luar sana masih gelap gelita. Tidak pasti di hutan mana, di gunung apa, bas ini sedang berada.

Terima kasih kepada yang sudi menjawabnya. Jawablah di dalam usrah dan whatsapp kalian. Fi amanillah. – 11 Disember, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/keliru-dengan-pendekatan-pas-omar-mohamed#sthash.JUyEQiNR.dpuf

-----

Saya faham dengan pernyataan di atas, yang berupa teguran dan sindiran kepada PAS daripada orang lama dalam PAS. Persoalannya sekarang, adakah ulama muda PAS yang 'bijak perpolitik' itu faham?

Tanpa Nama berkata...



Nabi2 Tak Berjuang...Kerana BANGSA
Nabi2 Tak Berjuang...Kerana "KULIT"
KUDUS & Lurus...AMANAH Yg"ESA
JELAS Dan Terang...HISAB dan Audit
Tak Wujud FITNAH...Tak Wujud AUTA
Tak Wujud Pen CURI...Harta & DUIT


Nabi2 Tak Berjuang...Kerana BANGSA
Nabi2 Tak Berjuang...Kerana NUSA
Bukan Perjuangan Mereka...Nobat & HARTA
Bukan Perjuangan Mereka...Dipuja-GLAMOR
Perjuangan Nabi2 Adalah...""VALUE"" Yg'ESA
Sejujur7-KEIKHLASAN...Yg Tiada Taranya
Semurni7-KEINDAHAN...Yg Tiada Tandingannya
Semulia7-KEADILAN...Yg Universal Hakikatnya
Semutlak7-KBNARAN...Yg Tiada Pen-DUAnya!
Itulah ""AMANAH""...Cita-Cita & CINTA!!



Ibrahim Berjuang...Demi AMANAH
Musa Berjuang...Demi AMANAH
Isa pun Berjuang...Demi AMANAH
Muhammad pun Berjuang...Demi AMANAH
KUDUS Dan Lurus...Adalah AMANAH
JUJUR Dan Ikhlas...Adalah AMANAH
MERIT Tertinggi...Adalah AMANAH
INTEGRITY-Transparency...Adalah AMANAH
Semutlak7-KBNARAN...AMANAH-yg-Ter'INDAH







Wahai Sahabat...AMANAH Sejati
Saksikanlah AMANAH...""VALUE""-ILAHI
Saksikanlah AMANAH...""JIWA""-Nabi2
Saksikanlah AMANAH...DiLangit & Bumi
Saling Mem-BERI...Saling Me-Ngerti
Saling Mem-BERI...Saling SIMPATI
Demi ""VALUE""...Universal yg Azali


Sahabat Budiman...AMANAH Sejati
Kaseh Mem-BERI...Kaseh Azali
Kaseh Mem-BERI...Penyayang Di Hati
Jalan yg LURUS...Penyelesaian Abadi
Jalan yg LAPANG...TERANG Menyinari
Menyuloh TERANG...Kedasar HATI
Tiada yg KHILAF...Tersorok Tersembunyi
SeIndah7-SYSTEM...Deen-ILAHI





Tanpa Nama berkata...



Nabi2 Tak Berjuang...Kerana BANGSA
Nabi2 Tak Berjuang...Kerana "KULIT"
KUDUS & Lurus...AMANAH Yg"ESA
JELAS Dan Terang...HISAB dan Audit
Tak Wujud FITNAH...Tak Wujud AUTA
Tak Wujud Pen CURI...Harta & DUIT


Nabi2 Tak Berjuang...Kerana BANGSA
Nabi2 Tak Berjuang...Kerana NUSA
Bukan Perjuangan Mereka...Nobat & HARTA
Bukan Perjuangan Mereka...Dipuja-GLAMOR
Perjuangan Nabi2 Adalah...""VALUE"" Yg'ESA
Sejujur7-KEIKHLASAN...Yg Tiada Taranya
Semurni7-KEINDAHAN...Yg Tiada Tandingannya
Semulia7-KEADILAN...Yg Universal Hakikatnya
Semutlak7-KBNARAN...Yg Tiada Pen-DUAnya!
Itulah ""AMANAH""...Cita-Cita & CINTA!!



Ibrahim Berjuang...Demi AMANAH
Musa Berjuang...Demi AMANAH
Isa pun Berjuang...Demi AMANAH
Muhammad pun Berjuang...Demi AMANAH
KUDUS Dan Lurus...Adalah AMANAH
JUJUR Dan Ikhlas...Adalah AMANAH
MERIT Tertinggi...Adalah AMANAH
INTEGRITY-Transparency...Adalah AMANAH
Semutlak7-KBNARAN...AMANAH-yg-Ter'INDAH







Wahai Sahabat...AMANAH Sejati
Saksikanlah AMANAH...""VALUE""-ILAHI
Saksikanlah AMANAH...""JIWA""-Nabi2
Saksikanlah AMANAH...DiLangit & Bumi
Saling Mem-BERI...Saling Me-Ngerti
Saling Mem-BERI...Saling SIMPATI
Demi ""VALUE""...Universal yg Azali


Sahabat Budiman...AMANAH Sejati
Kaseh Mem-BERI...Kaseh Azali
Kaseh Mem-BERI...Penyayang Di Hati
Jalan yg LURUS...Penyelesaian Abadi
Jalan yg LAPANG...TERANG Menyinari
Menyuloh TERANG...Kedasar HATI
Tiada yg KHILAF...Tersorok Tersembunyi
SeIndah7-SYSTEM...Deen-ILAHI





Tanpa Nama berkata...

saya berharap amanah dpt bergerak spt gerakkan al arqam yg menepati rahmatal lil alamin menjana ekonomi sendiri,membentuk masyarakat madani yg menyumbang bukan yg mengharap belas.memberi bukan hanya bertindak sebagai polis moral tp utilize kepelbagaian ilmu di kalangan pemikir agar kt berdiri sama tinggi dgn org lain.

Unknown berkata...

Salam:

Akhirnya berjaya juga si Zuhdi ini,Tentulah perancangan cukup rapi yg dibuatnya,dalam BAB ni Najib tidaklah bodoh untuk menawarkan PAS didepan khalayak ramai terutamanya di PAU.Najib tentulah mendapat GREENLIGHT dari si Zuhdi terlebih dahulu,sementara itu si Zuhdi tentulah dapat GREENLIGHT dari Hadi.

Ada 2 COMMON ISSUEs yg di mainkan oleh Najib dan puak-puak Zuhdi.

1. Issue Islam ,macam tak percaya Najib boleh bercakap pasal nak MengSyariatkan Malaysia in menjadi PERFECT.HADI dah ready dgn STATEMENT ini, apa salahnya PAS bekerjasam dgn umno untuk kepentingan islam.Untuk tidak mahu mengecewakan akar umbi, Hadi mula menyatakan umno kena menerima dasar-dasar islam terlebih dahulu.Di pehak Najib pula cukup bijak,dia tak menjawab disuruhnya BALACI MCA/GERAKKAN menjawab,dgn tak semena-mena president MCA/GERAKKAN sekata, mereka mengalu-galukan kemasukkan PAS tetapi bersyarat TIADA HUDUD.Dan jawapan Hadi seterusnya kita sudah menjangka.........BAGAIMANA JAWAPANYA TERDAHULU SEMASA dalam PR...Hudud belum sampai masanya lagi....dan PAS akan kutip kata-kata Yusof Qhardawi.
2.Issue DAP...KENYATAAN NAJIB MEMANG SAMA MACAM SIZUHDI dan BALACI PAS berhujah..dap nak control semua orang..HABIS ISLAM,HABISLAH MELAYU JIKA DAP BERKUASA..

KESIMPULANNYA,MEMANG HEBAT THINK-THANK UMNO BUAT KERJA..(Teringat saya masa dalam dirty department dulu-dulu).

Selepas ini,think-thank umno akan buat kerja, nak buat "PERSEMPADANAN SEMULA" dimana yg mana mereka ubah tahun 1999 dulu dikembalikan seperti biasa.Masa 1999 persempadanan majority 90% melayu diubah menjadi 50%,sebab masa itu majority orang melayu tak suka umno,umno menyangkakan orang2 non muslim tolak anwar/pembangkang.Umno memang tak sangka ,DAP/PKR/PAS boleh bersatu sehingga 52% pengundi beri pada pembangkang.Itulah strategy umno yg pertama masukkan intelligent macam zuhdi,cari kelemahan PAS,MEREKA DAPAT.KELEMAHAN PERTAMA pas TERLETAK PADA PRESIDENTNYA.Kekuatan pembangkang kerana ANWAR.THINK-THANK Najib dah jalankan kerja ini sejak ambil alih tugas dari ahmad badawi dulu.Sekarang mereka dah BUAT,anwar dipenjara mengunakan sodomi 2,Hadi dapat diumpan dgn negara islam/Dan beberapa jawatan kerajaan. Nasha dilantik mengantikan saifudin.Sekarang PAS cuma mempunyai sedikit masaalah,tentang grass-rootnya,di peringkaT Najib pula diperkenalkan undang-undang yg lebih dahsyat dari ISA.NAMPAK TAK PERMAINAN NAJIB DAN THINK-THANK UMNO.
NAJIB NAK MEMERINTAH SAMPAI MATI,KERANA DIA TIDAK BOLEH BERI ORNG LAIN MEMERINTAH,WALAUPUN ORANG UMNO SENDIRI.SEBAB KES NYA TERLALU BANYAK,yang dia tak tahan ialah kes Altantuya,kes ini bolh bersabit hukum gantung sampai mati.
SO di ahkir kata BETUlah cakap Timbalan presiden Amanah,Hadi memberi cukup oxygen pada Najibuntuk BERNAFAS.
HADI TERLALU MEMERLUKAN "KEMULIAAN'selalu berlawanan dgn anwar,bila anwar dlm kerajaan 1981,Hadi nak berlawan dgn anwar dicptanya amanatnya 1981,bila anwar menetang kerajaan ,Hadi pula bersama kerajaan.dibuangnya amanat 1981.
CUMA "KEMULIAAN" yg nak dicari HADI CUKUP HINA,Sanggup mengadaikan "PRINSIP"

BERBEZA dgn Anwar,yg tidak mengadaikan "PRINSIP"nya samada dlm kerajaan ataupun diluar.yg consistentnya ialah anwar sentiasa memprjuangkan rakyat disamping prinsip islam yg kukuh.Dipenjara "memanjang".sentiasa dalam kesusahan,dihina difitnah,di belasah sehingga matanya lebam,sementara perjuangan Hadi dibentang dgn "PERMAIDANI MERAH" tiada penjara,tiada dibelasah,tiada dibaling batu,sentias ada "wala" yg mengikutnya,walaupun dia selalu ponteng kerja.

HADI mencari "KEMULIAAN" dgn cara "MATALAMAT MENHALALKAN CARA"ASALKAN ISLAM tertegak.PERSETANKAN AMANAT 1981 DULU.

Wallah'ualam.

Tanpa Nama berkata...

ana pergi si setan wan Rosli tu .meraka terlalau gembira dengan berita ini kerana Wan Rosli dan Dr Zuhdi adalah perancanag memusnakahan Pas serta Pakatan dan mencario jalan penyatuan Umno Pas,smbil di restui olah Hadi dan Haron .Najib dan hadi seta Haron sedang berebut topeng iksijen ,tunggu rakyata akan cabut topeng tersebut.biar mereka lemas nanti

Tanpa Nama berkata...

YG PALING I KESIANKAN IALAH BANGSA MELAYU ITU SENDIRI. TIDAK GUNA U PEGANG TITLE SEBGAI UMAT ISLAM SDGKAN YG BENAR DAN TIDAK BENAR PUN U TAK DPT NAK BEZAKAN. I TAK HAIRAN SATU HARI NANTI MALAYSIA AKN DIPERINTAH OLH BANGSA CINA MCM APA YG BERLAKU DI AFRIKA SELATAN YG MANA BANGSA MINORITI YG MEMERINTAH DIAORG. FOR ME I DON CARE WHOEVAR JADI PM SAMA ADA CINA MAHUPUN INDIA SELAGI MANA AGAMANYA ISLAM, I TAK MAHU COMMENT BANYAK SBB DIA SAUDARA KITA. SUATU HARI JGN TERKEJUT KEBANYAKKAN MUALLAF AKN TUNTUT HAK DENGAN U NANTI SBB MUALLAF IS 1 OF THE TANGUNGJAWAB AS GOVERNMENT HAVE TAKE CARE INI PERINTAH ALLAH SWT DAN RASULULLAH SAW. JANGAN ISLAM IS MELAYU SHJ SEPERTIMANA PAS DAN UMNO BUAT.

Tanpa Nama berkata...

Pas dipenuhi golongan agamawan yg bukan profesional..lebih teruk daripada itu, golongan agamawan yg riak yg melihat seolah2 perjuangan dirinya saja menuju kesyurga...tanpa kecerdikan dlm berhujah, tanpa peduli dlm isu2 konvensional, ini politik apa ini? strategi langsung xda...tgok la contoh nabi.walaupun baginda nabi, baginda boleh saja dptkn bantuan allah utk menang tanpa strategi perang..tapi baginda tetap aturkan strategi...kalau perjuangn tanpa strategi, xguna alquran anjurkan kita utk membaca menambah ilmu..semua ilmu dituntut utk bljr.bkn ilmu agama sahaja.Bagaimana pemimpin, begitulah penyokongnya...lihatla tokoh antarabangsa sprti dr zakir naik umpamanya, bijak berhujah, tinggi pengetahuannya dlm agama juga...inilah yg agama inginkan..khalifah di muka bumi...mensejahterakan alam dengan kebijaksanaan dan ketinggian ilmu seterusnya akan menjurus kepada ketauhidan kepada allah...wallahualam...

Unknown berkata...

Ni bukan setakat bagi oksigen..
Tuang presideng siap buat CPR kat najib,dibantu oleh mutshitul am

Tanpa Nama berkata...

Kepada pemimpin tertinggi PAS 9 AJK Pas Pusat & Majlis Syura segeralah sambut salam persahabatan untuk bersama UMNO tu. Pengumuman segera membolehkan semua ahli-ahli PAS membuat persediaan awal berganding dgn ahli UMNO bagi menghadapi PRU 14 nanti. Bergabunglah PAS tak akan selamat bersendirian. Semoga PAS berkekalan dgn isteri baru.

Tanpa Nama berkata...


Pandai najib mengenakan Pas.

Pas diterajang keluar dari PR.
Dap cuba dominasi Pas.
Pas sudah mula lembut dan tunjuk mahu bekerjasama dgn Umno.
Pas menunjukkan sokongan dgn tidak membangkang Budget 2016 dan beberapa akta baru.

Kita hulurkan tali silaturrahim dgn jiwa yg suci membina a perfect Malaysia utk bangsa melayu dan islam.

Kerana....

Pas sedia bekerjasama dgn umno dan jd penasihat. Bukan pembangkang.

Ulama, mufti dan ostad pun nak cari makan. Bukan penyokong umporno sahaja.

Tak pandang jubah, serban, ketayap, songkok....ada tu nak cari makan.

Nak cari dunia.

Keldai yg memikul kitab2.

Tanpa Nama berkata...

Hadi dan Harun JIN tepok dada tanya selera, berapa harga yang boleh dijual seluruh Ahli kepada Najib, mesti untung duit ratusan juta, Din ayam pandai kira.

dol berkata...

adalah tidak wajar mana2 lagi ahli dn penyokong pas utk berkata kita menentang umno.

klu niat silaturrahim utk melayu dn islam baguslah dn sgt lunak bunyinya

tp kita akan lihat mereka jg akn bersatu dlm kemungkaran rasuah merebut dunia dn penyelewengan.

jenayah pas tidak akan diganggu gugat umno lg dn begitu sebaliknya

balak dikelantan akn terus halal utk ulatmak pas.

dn najib diangkat khalifah negara islam. pas menyebabkn umnu semakin sesat dn jahat.

najib sungguh tk sangka makin merompak makin mulia. najib sendiripun terkejut rupanya pemerintah negara islam halal buat apa saja

waaaah ini sudah bagus. rupanya islam mrnghalalkn rompak apa saja bg khalifahnya

klu inilah islam maka najib sgt syg pd islam ajaran pas ini.

khlifah islam juga halal utk main pompuan bunuh org fitnah anwar dll.

rupanya hanya rakyat islam saja yg tkboleh buat jenayah

rupanya rakyat islam saja yg berdosa jika merompak rasuah dn dll.

besss sungguhlah jd khalifah islam mengikut ajaran naib presiden ke3 persatuan ulamak dunia.

bini khalifah islam juga beruntung. tk wajib pakai tudung.. blh shopping sepuas2nya

jgn sentuh khalifah islam laki bini. itu menyentuh agama islam. itu menghina waris nabi ulatmak pas. itu berdosa besar tau.

hidup khalifah abu najib almonggoli.

kini khalifah sudah ada pembela dan penasihat2 dr kaum hamman pas

ini yg ISIS cemburu ni

Tanpa Nama berkata...

Muga muga pas dpt laa habuan ckit dr 2.6 bilion...... Teliur juga zuhdi dgn ulamak ulamak pas... Berbahagialah kalian Dulu kini dan selamanya..... Muga umno dpt bt jalan kg ke persekitaran penduduk pas. Dulu di nafikan.... Skrg bleh laa buat.

Tanpa Nama berkata...

Yang berdolak-dalih ia lah pemimpin PAS yang lain. Hj Hadi dengan Harun Din kan berulang-kali cakap. Berserta dengan perbuatan Hj Hadi sendiri yang menunjukkan sokongan pada Najib. Cuma Hj Hadi membiarkan mereka begitu.

Yang sepatutnya terkejut dan keciwa ialah pemimpin PAS yang sebelum ini bermati-matian menyangkal dakwaan tersebut atau mereka buat-buat macam tak tahu perkara yang sebenarnya.

Zailan bin omar berkata...

Sebelum terima Salam UMNO suruh PM dan Zahid komidi lulus draf ekneman hukum hudud dulu di dewan rakyat dulu kalau tidak tak habis x kena kencing dgn UMNO,PAS pun banyak balaci UMNO

Tanpa Nama berkata...

Hadi dan HarunJin perlu berterus terang melalui pintu belakang jumpa Najib untuk jual semua Ahli PAS kepada Amno, ahli Pas cuma ada siku dan lutut saja kepala otak mereka dikawal oleh Hadi dan HarunJin.