3 Dis 2015

Mat Sabu Tak Perlu Layan TITM Yang Meroyan

Ideologi IS: Pas minta Mat Sabu kemuka bukti

PETALING JAYA: Pas memandang serius tuduhan yang dibuat bekas timbalan presidennya, Mohamad Sabu yang mendakwa parti itu diresapi pemikiran militan Negara Islam (IS).

Mengulas mengenainya, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man meminta Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) itu mengemukakan bukti bagi menyokong kenyataannya.


“Pas tegaskan tiada sebaran unsur atau penyusupan pemikiran ISIS sebagaimana yang didakwa. Beliau mesti mengemukakan bukti di atas pertuduhan tersebut ,” katanya dalam kenyataan.

Katanya lagi, dakwaan itu dibuat Mohamad Sabu atau Mat Sabu selepas dirinya tidak lagi diterima perwakilan Pas selepas dirinya tersingkir pada muktamar parti itu.

Katanya, seandainya Mat Sabu menang, tuduhan itu tidak timbul.

Menurut Tuan Ibrahim lagi, ia tidak pelik kerana dia sebelum ini pernah mengaitkan kononnya kerjasama dengan UMNO menjadi alasan untuk menubuhkan parti baharu.

“Kemudian bertukar kepada tuduhan unsur takfiri dan sekarang tuduhan baru iaitu usaha mengaitkan dengan ISIS. Selepas ini mungkin akan ada pula tuduhan baru,” katanya.

Sehubungan itu, Tuan Ibrahim meminta supaya tuduhan ke atas Pas dihentikan dan meminta Amanah memberi tumpuan kepada isu yang sedang melanda rakyat. -FMT

ULASAN GB

Tuan Ibrahim ini sudah buang tabiatkah? Apa pasal minta Mat Sabu kena beri bukti? Mat Sabu bukan ahli PAS yang TITM boleh sesuka hati tuntut bukti. Nak ambil tindakan di bawah Lembaga Disiplin PAS kah? Ketawa besar semua pihak dengan gelagat TITM tersebut.

Sepatutnya apabila Mat Sabu membuat dakwaan TITM perlu mengarahkan PAS jalankan siasatan dalaman apakah benar dakwaan tersebut dan tindakan tegas perlu diambil jika wujud kebenaran terhadap dakwaan berkenaan.

Kerana Mat Sabu sudah meminta pihak polis cawangan khas di bawah KDN untuk menyiasat, justeru itu PAS yang perlu bersiap sedia jika terdapat bukti sahih pegnlibatan beberapa orang pimpinan PAS dengan kegiatan ISIS.

Jika Mat Sabu perlu beri bukti pun, foto-foto pimpinan PAS teribat denga ISIS sudah tersebar luas di internet.


Mala dakwaan Mat Sabu ada pimpinan PAS Pusat yang inclined dan yang sokong ISIS secara terbuka pun ada buktinya.


Jadi biarlah TITM merapu sendirian. Hukum kebenaran dan keadilan akan berjalan. Yang benar itu akan terserlah jua akhirnya.

23 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Harap pimpinan AMANAH tidak perlu menyerang atau melayan dan mengulas apa apa lagi mengenai pas. Bila kerosakan pas berpunca dari tangan mereka sendiri dan terus hanyut tanpa teguran serta kritikan. Apa yang rakyat ingin lihat sekarang AMANAH mula bekerja membela rakyat. Strategi meraih sokongan bukan dengan menyerang pas tetapi biar rakyat menilai kemampuan perjuangan AMANAH dan merealisasikan moto AMANAH. Telah terbukti sblm ini, semakin AMANAH diserang semakin meningkat sokongan. Biarlah AMANAH kelihatan defensif berhadapan pas, tetapi counter dengan hujah dan fakta semua serangan dari pas. Terus berjuang dan majulah AMANAH..

Tanpa Nama berkata...

Seandainya mat sabu menang perkara itu tidak timbul? Kalau mat sabu menang mungkin juga dalang perkara itu akan susah...sebab itulah perlu disingkirkan??

Tanpa Nama berkata...



Itu nama nya pemimpin yang bijak. Simpan peluru dan guna bila di perlukan. Sekarang PAS dah habis peluru.

PAS telah habis guna peluru 'pengkhianat' dan 'kafir' dan bagi membalas balik serangan PAS, Amanah guna satu peluru 'takfiri'.

Tujuan Mat Sabu ialah supaya ustad dan penceramah PAS menghentikan menghasut dengan menuduh yang bukan-bukan terhadap Amanah.

TITM minta bukti, tidak perlu berikan bukti yang ada. Pemimpin PAS sendiri yang akan berikan bukti di masa akan datang. Melainkan TITM telah memberi peringatan kepada pemimpin PAS supaya jangan lagi mengata orang pengkhianat atau kafir.



JAKA berkata...

memang tk perlu jawab titm tu.

mat sabu kata pas diresapi PEMIKIRAN IS. IS adalah khawarij yg melampau dlm melaksana hukum mengikut nafsu. hobinya membunuh dan mengkafirkan pejuang islam yg tidak mengiktiraf 'negara islam' ciptaan mereka sendiri.

bagi IS, PAS ini pun kafir kerana tidak mengiktiraf mereka sebagai negara khilafah.

kenapa perlu matsabu bagi bukti sedangkan label2 anwarinas, liberal, sekular, diperkuda DAP tidak ada sesapa yg berminat nk bukti dpd PAS.

ini kerana rakyat tahu semua itu kata2 dungu yg tk perlu dilayan. semua org boleh melabel semua org lain. apa masalah.

seseorg itu bukan jadi kafir liberal sekular sesat diperkuda org lain dgn sebab dilontar label oleh sesuatu pihak lain. semua itu diri sendiri yg tahu dgn tindakan sebagai tanda.

kalau tnaya umnu pun mereka tk mengaku mereka sekular dlm keadaan org islam tolak sekular. jika org islam semua menyanjung sekular maka umnu dgn lantang akan mengaku sekular.

bukti PAS diresapi fahaman khawarij ala IS memang ada. beberapa kenyataan ulamak tua dan ust2 PAS seperti azli taliban menjurus kearah pemikiran khawarij.

PAS memahami bahawa menghukum menghapuskan progresif yg menyertai Amanah adalah kewajiban yg besar dan kalau tk dilaksana seolah2 berdosa. sedangkan membela nasib dn kehidupan rakyat seolah2 sunat sahaja. inilah bukti pemikiran khawarij.

MENGENAI ASSYAHID UST LOTFI

peringkat awal ramai yg menyertai umat islam syria melawan bashar yg zalim. ketika itu pertentangan amat jelas diantara umat islam dan bashar yg didokong syiah iran hezbosyaitan yg zalim.

teknologi internet yg mendedahkan kekejaman syiah syria dgn maklumat pembunuhan kejam yg syaitan pun salute.. itu menyebabkan hati umat islam tidak tenteram dan tidak tidor lena hingga ada yg diberi kekuatan Allah utk ke syria berjihad.

kita yakin ust lotfi adalah syuhada kerana beliau jelas faham keadaan di syria dan jelas bersama mujahideen yg menentang kezaliman bashar laknatullah.

malangnya selepas beberapa lama, syaitan dgn kerjasama kuffar telah menghidupkan puak khawarij utk menyekat jihad yg benar di syria. mereka diterap pemikiran khawarij yg mengangap semua umat islam syria telah murtad.

dan bila umat islam menolak mereka, dituduh menentang khilafah islam dan wajib dibunuh. mereka berfahaman menghapuskan 'org murtad' lebih utama dpd menentang musuh syiah. ini juga ada bukti diluah oleh pemimpin PAS bahawa menghapuskan 'pengkhianat Amanah' itu lebih utama dpd menentang umnu.

selepas kemaraan IS disyria, jihad disana menjadi keliru dgn fitnah lebih rumit. maka pejuang luar dinasihat jgn ke sana kerana bakal terjebak dlm kumpulan IS yg khawarij.

malangnya lagi kesemua mereka yg berjuang di syria di label khawarij IS. walhal bukan semua mujahideen adalah IS. masih ada mujahideen yg benar membela umat islam dpd syiah bashaar laknatullah.

KESIMPULANNYA MEMANG ADA UNSUR PEMIKIRAN KHAWARIJ ALA IS DALAM PAS.

TAK PERLU DIBUKTIKAN, AKAN TERBUKTI SENDIRI SEMAKIN HARI SEMAKIN JELAS.. MASA AKAN MENDEDAHKAN.

PAS... PEMIMPIN NO.1 NYA DIRESAPI PEMIKIRAN IMAM SYIAH YG MAKSUM DAN BALACI NYA DIRESAPI PEMIKIRAN KHAWARIJ IS YG SUKA MENGHUKUM DAN MENGKAFIRKAN.

Tanpa Nama berkata...

Selama ni ok dah, Amanah defensif. Agaknya dah tak tahan melampau PAS ni maka terpaksa Amanah ketuk la sesekali kepala2 lebai tu.

cikmatgelap berkata...

umat islam jadi celaru bila perpecahan berlaku selepas wafatnya rasul,di zaman saidina ali pula muawiyah jadi bughah terhadap kekhalifahan saidina ali,selepas itu pembunuhan saidina husin a.s. pula di bunuh oleh yazid dan seterusnya kezaliman terus berlaku,perpecahan demi perpecahan umat islam semakin parah......bila wujudnya nmazhab2,maka umat islam bertambah2 perpecahannya,pembunuhan seessama islam terus berlaku,kafir mengkafir semakin menjadi2,bertambah2 lagi bila fahaman radikal islam di asaskan oleh ibnu taymiah,islam jadi tambah radikal,kemudian pemikiran ibnu taymiyah yg radikal itu di sambung oleh muhamad bin abdul wahab dgn ajaran wahabinya.....ini lah punca seebenar2nya umat islam suka kapir mengkapir sesama sendiri,sedangkan islam itu cantik,lembut,mudah,penyayang dan berssifat rahmat pada seluruh alam....islam itu tidak ganas dan suka pada pembunuhan,nabi kata barang siapa yg mengucap laillahaillah muhammadarasullah maka dia islam.....islam itu mudah dan cantik

Tanpa Nama berkata...

Mampukah pemimpin PAS membuktikan bahawa  pemimpin AMANAH itu sebagai:-

1. Jebon
2. Anwarinas
3. Kuda DAP
4. Munafik

Label2 di atas sewenang-wenang dicanang oleh pemimpin2 PAS.!!! Boleh mereka kemukakan bukti??

Apabila nama2 berikut memberi statement, akan terdedah betapa tidak bijak sungguh mereka itu!! Mcm mana la org2 spt ini boleh jd pemimpin.??

1. Dr. Zuhdi
2. Nik Abduh
3. Razman Zakaria
4. Ahmad Yakoob
5. Nik Amar
6. Ust. Idris
7. Tuan Ibrahim
8. Zaharuddin

Kenapa mereka ini harus difokus tentang ucapan mereka??

Pertama sekali mereka tidak menyentuh masalah yyang hebat melanda rakyat sekarang!!!

Kedua mereka ini tidak lagi memberi fokus menentang dasar2 kerajaan BN yg menyusahkan rakyat!!

Ketiga setiap kali mereka bercakap yg mampu mereka sebut hanyalah...DAP..PAN...DAP..PAN..DAP...PAN!!

Itulah corak dan warna pemimpin PAS sekarang. Mereka2 ini tidak ada perasaan malu. Muka tebal sangat. Segan nak sebab mereka ini pejuang agama.

Mulut sebut agama, akhlak suka menabur fitnah dan kebencian sesama org islam. Bila diajak berdebat secara terbuka...lintang pukang lari tk cukup tanah!!!

Buat malu aje ada title ustaz/ulamak pada nama2 kamu ni!!! Bila diminta bersemuka kamu menikus!!!

Mana BUKTI penubuhan Jemaah Islam kedua (AMANAH) haram menurut YUSUF QARDAHWI spt yg didakwa oleh HAJI HADI???

Berdegar degar mintak org bagi bukti....sendiri punya bukti pun entah ke mana....kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

jarum mat sabu di hulur----mari kita lihat siapa bijak--mat sabu tunggu
dia akan sapu--jika tidak ia bijak mereka takkan lantiknya sebagai presiden

seorang bijak tak cakap tak tentu kalu--umpan di mata kail

dol berkata...

TULISAN ANSA BYK TK BETUL...

SYIAH KUFFAH YG BUNUH SYAIDINA HUSSEIN RDH.. BUKAN YAZID

WAHABI BUKAN DPD MUHAMAD ABDUL WAHAB YG MEMBERSIHKN MEKAH DPD BYK KESYIRIKAN SYIAH.

WAHABI DPD ABDUL WAHAB BIN DUSTHUM YG SUKA MENGKAFIRKN ORG ISLAM

TULISAN ANDA BYK DR SUMBER SYIAH

SYIAH DN KHAWARIJ DUA2 MUSUH ISLAM YG BAHAYA

Tanpa Nama berkata...

kalau mat sabu menang dahlu maknaya takda Isis dalam Pas tetapi disebabkan ada isislah Mat sabu kalah.Isi guna Cai ,otak perwakilan dirobotkan ,langsung tak bolih fikir mengapa disuruh mengundi satu kumpulan dan tidak bolih mengundi kumpulan G18 .TMTI ,biarlah cerdik sikit.

otaiblues.blogspot berkata...

pas terperangkap dengan permainan mereka sendiri. terkedu bila di minta bukti..
sesuka hati nk lebel orang. bila orang balas sikit.melompat.

Tanpa Nama berkata...

Sokong 11:15

Amanah kena praktis politik baru. Tumpu kpd mendidik masyarakat tentang perlunya pentadbiran yg telus dan adil. Jgn buang masa serang parti lain. Kami pengundi tak berparti dah muak dgn percakaran antara parti2. Just shut tf up. Start buat kerja.

Tanpa Nama berkata...

Tak usah dilayan PAS tu.. Biarkan mereka rasa mereka berada didalam zon selesa.. Amanah kuatkan usaha kalian.







Tanpa Nama berkata...

hj hadi kata ada surat yusof qardawi pon tak tunjuk buktinya.main cakap ikut sedap mulut aja. nilah akibatnya tak guna akal. hanya guna siku lutut aja. apa nak jadi dgn ulama pas sekrg ni?

Abdul Said berkata...

Nampaknya Abang Mat kena ambil berat kehendak penyokong-penyokong supaya menumpukan kerja mendidik masyarakat. Jangan dilayan orang nyanyok, sawan dan pening kepala. Dalam perjalanan hidup kita Abang Mat sudah tolong kenalpasti di mana ada lobang, dimana ada selonggok najis dan dimana himpunan sampah sarap yang tidak terurus. Sekali sekali bolehlah diulangi peringatan tetapi jangan selalu sangat. Rakyat pun sudah kenal pasti dimana lobang, dimana selongok najis dan dimana longgokan sampah sarap!!! Oleh itu teruskan kerja-kerja Abang Mat . Kita pun tak sabar nak hancurkan UMNO. Sehari dua ini sudah terasa akibat kenaikan tambang keretapi di Selangor dan Kuala Lumpur. Semoga Allah s.w.t menyusahkan hidup mereka yang menyusahkan kehidupan rakyat biasa. Amin.

Tanpa Nama berkata...

nasihat utk ulama pas. lain kali bila cakap fikir dan tapis dulu. kalau tak hati2 nanti apa saja yg disebut akan jadi peluru getah. dulu ulama pas tembak org. sekrg ni kena tembak dgn peluru buatan sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Maaf la semua. Lari tajuk.....

Pemimpin/Penyokong/ walauun/cyber trooper umno kata rm2.6 billion adalah derma politik dan tak salah terima derma politik sebab parti2 lain pun terima juga. Tak jd kesalahan pun!

Mereka mahu rakyat terima saja alasan itu. Bahawasanya DS NAJIB tak salah terima derma sebab bukan dr duit rakyat pun!!

Persoalan yg tk terjawab ialah:-
1. Siapakah penderma itu?
2. Kenapa derma sampai rm2.6 billion?
3. Apa tujuan menderma?
4. Kenapa masuk akaun peribadi? Tidak akaun parti?
5. Kenapa tidak ada bank statement ke mana wang itu pergi?
6. Kenapa akaun itu ditutup?
7. Kenapa tidak saman wsj dan sr?

Tanpa Nama berkata...



Kita ketepikan politik.

IS fahaman yang sangat menakutkan dan bahaya.

Ada yang kena tahan kat airport sebab di syaki ke sana untuk berkahwin. Ada yang di soal-siasat kerana memiliki dokumen-dokumen mengenai IS. Kira-kira sekumpulan enam atau lebih di tangkap di kem latihan mereka. Apakah keluarga dan rakan-rakan mereka yang terlibat dan di tangkap tidak di siasat ?

Apakah kawan-kawan arwah Lotfi, bekas pemimpin PAS tidak di siasat ?

Apa pun taniah kepada PDRM yang begitu cekap kerana PDRP (Polis Perancis) gagal mengesan pengebom berani mati lebih awal berbanding kejayaan PDRM.

Mat Sabu memandang perkara ini dari sudut politik dan ciri-ciri IS itu ada iaitu pendekatan takfiri.

Ia perlu di tangani lebih awal apabila ciri-ciri ini semakin menjadi-jadi. Bagi orang yang terlibat politik dan parti tidak penting kerana yang lebih penting ialah perjuangan ala-ala IS.

Tanpa Nama berkata...




Marilah Kita...Mencari ERTI
Mencari ERTI...Makna HAKIKI
Ar-RAHMAN Ber Erti...""Kaseh-Mem-BERI""
Ar-RAHIM Ber Makna...""Yg-Maha-MENYAYANGI..""




Ar-RAHMAN--Ar-RAHIM...Kaseh Dan SAYANG
Kaseh Mem-BERI...Pe NYAYANG Di Hati
Lambang ISLAM...Yg INDAH Cemerlang
Ber Bondong2 Umat...Datang Meng HAMPIRI
Menuju HAKIKAT...""CINTA"" Yg Gemilang
""CINTA"" Yg Gemilang...""CINTA"" Yg Azali
Kaseh Mem-BERI...INDAH Ter Bayang
FITRAH Mem-BERI ...Fitrah ""SYURGAWI""






LANGIT Dan Bumi...Saling Mem-BERI
Saling Mem-BERI...Kaseh Yg Sejati
Nabi Dan WALI...Mem-BERI kan "Bukti"
Mem-BERI kan "Bukti"...Cahaya Yg HAKIKI
"PERCUMA" Mem-BERI ...Hidayah ILAHI
Bukannya HARTA...Nobat Yg Di Cari
Demi ""AMANAH-NYA""...Yg Bertakhta Di Hati
Walau pun Di "HALAU"...Di Cerca di Maki
Walau pun Ter Paksa...Ber KORBAN Diri
Itulah ""CINTA""...INDAH Nya "Syurgawi"
Terlalu INDAH...INDAH Tak Terperi
Maha7 INDAH...INDAH Tak Ber Tepi









Wahai Sahabat...AMANAH Budiman
Mem-BERI Itu...Ke Cintaan-Nya TUHAN
Songlap & FITNAH..."Kembar" nya Syaitan
Songlap & FITNAH..."Laknat" Kemurkaan
Songlap & FITNAH..."Murtad" Kebejatan
PONTENG U-Turn...AMANAH Di "Lacurkan"
Tunggang TERBALIK..."Fasad" Kehancuran





Wahai Sahabat...AMANAH Budiman
Mem-BERI Itu...Ke Cintaan-Nya TUHAN
Semakin Mem-BERI...Kan Di Lipat Gandakan
Semakin Mem-BERI...Kan Di Teguh Damaikan
Semakin Mem-BERI...Kan Di Mudah LAPANG kan
Semakin Mem-BERI...Ber-CAHAYA Ber Gemerlapan..
Semakin Mem-BERI...Di Muliakan-Nya TUHAN
Di Mulia kan LANGIT...Bintang & Rang Bulan
Di Mulia kan BUMI...Lautan dan Tumbuhan
Malaikat2 pun Memuji..."Menyanyi" Keriangan..











Tanpa Nama berkata...




Marilah Kita...Mencari ERTI
Mencari ERTI...Makna HAKIKI
Ar-RAHMAN Ber Erti...""Kaseh-Mem-BERI""
Ar-RAHIM Ber Makna...""Yg-Maha-MENYAYANGI..""




Ar-RAHMAN--Ar-RAHIM...Kaseh Dan SAYANG
Kaseh Mem-BERI...Pe NYAYANG Di Hati
Lambang ISLAM...Yg INDAH Cemerlang
Ber Bondong2 Umat...Datang Meng HAMPIRI
Menuju HAKIKAT...""CINTA"" Yg Gemilang
""CINTA"" Yg Gemilang...""CINTA"" Yg Azali
Kaseh Mem-BERI...INDAH Ter Bayang
FITRAH Mem-BERI ...Fitrah ""SYURGAWI""






LANGIT Dan Bumi...Saling Mem-BERI
Saling Mem-BERI...Kaseh Yg Sejati
Nabi Dan WALI...Mem-BERI kan "Bukti"
Mem-BERI kan "Bukti"...Cahaya Yg HAKIKI
"PERCUMA" Mem-BERI ...Hidayah ILAHI
Bukannya HARTA...Nobat Yg Di Cari
Demi ""AMANAH-NYA""...Yg Bertakhta Di Hati
Walau pun Di "HALAU"...Di Cerca di Maki
Walau pun Ter Paksa...Ber KORBAN Diri
Itulah ""CINTA""...INDAH Nya "Syurgawi"
Terlalu INDAH...INDAH Tak Terperi
Maha7 INDAH...INDAH Tak Ber Tepi









Wahai Sahabat...AMANAH Budiman
Mem-BERI Itu...Ke Cintaan-Nya TUHAN
Songlap & FITNAH..."Kembar" nya Syaitan
Songlap & FITNAH..."Laknat" Kemurkaan
Songlap & FITNAH..."Murtad" Kebejatan
PONTENG U-Turn...AMANAH Di "Lacurkan"
Tunggang TERBALIK..."Fasad" Kehancuran





Wahai Sahabat...AMANAH Budiman
Mem-BERI Itu...Ke Cintaan-Nya TUHAN
Semakin Mem-BERI...Kan Di Lipat Gandakan
Semakin Mem-BERI...Kan Di Teguh Damaikan
Semakin Mem-BERI...Kan Di Mudah LAPANG kan
Semakin Mem-BERI...Ber-CAHAYA Ber Gemerlapan..
Semakin Mem-BERI...Di Muliakan-Nya TUHAN
Di Mulia kan LANGIT...Bintang & Rang Bulan
Di Mulia kan BUMI...Lautan dan Tumbuhan
Malaikat2 pun Memuji..."Menyanyi" Keriangan..











Tanpa Nama berkata...

mesyuarat agung umnu tak lama lagi. ada tak jemput ulama pas dtg hadir. kalau tak jemput pas maknanya .....? kalau pas hantar wakil kira baguslah tu

Tanpa Nama berkata...

Apakata semua kes rasuah rasuah slps ni diubah kpd derma shj... tak perlu sprm susah2 siasat.. bubar jea pac semua tu.. semua ini adlh derma..

Tanpa Nama berkata...

Saya menghadiri kuliah maghrib di Surau Alkauthar Wangsa Maju 2 bulan dahulu yang di sampaikan oleh Ustaz Arfan. Dari awal hingga saya tinggalkan surau berkenaan ucapan kafir sentiasa dibibirnya. Yang jadi mangsa adalah Pemimpin Tertinggi Amanah. Saya mengambil keputusan meminta beliau memberhentikan ceramah.