Gadis Disimbah Asid Masih Rasa Sakit
KUALA LUMPUR: Dua sahabat baik kini memerlukan rawatan perubatan selepas mereka menjadi mangsa simbahan asid oleh penyerang tidak dikenali.
Nurul Umira Azali dan kawan karibnya Nur Farziana Hussein Hasnor Harry tidak boleh bekerja selepas diserang pada 24 Ogos lalu.
Gambar: Chong (tengah) bersama Nur Farziana (kiri) dan Nurul Umira.
Lebih malang apabila kedua-dua gadis berusia 22 tahun itu baharu sahaja berpindah ke sebuah kondominium di Taman Setapak Indah Jaya, Setapak kira-kira dua minggu sebelum serangan berlaku.
Nur Farziana sebelum ini bekerja di kedai restoran makanan segera manakala Nurul Umira bekerja sebagai juruwang di sebuah pasar mini.
Kata Nur Farziana, pada hari kejadian kedua-dua mereka pulang ke rumah menaiki sebuah kereta selepas membeli barangan runcit untuk adiknya yang akan memasuki universiti.
Katanya ketika dia sedang mencari tempat letak kereta di kondominium itu, mereka melihat sebuah motosikal diletakkan di arah yang salah.
"Ada sebuah kereta di belakang motosikal itu dengan lampu dinyalakan. Ia juga berada di arah bertentangan.
"Selepas menemui parkir, kami keluar dan ketika kami berjalan melepasi penunggang motosikal itu, secara tiba-tiba kami diserang," kata Nur Farziana.
Kedua-dua mangsa gagal melihat dengan baik penyerang mereka ataupun nombor plat motosikal itu.
"Yang kami ingat ialah penyerang itu bertubuh tinggi dan kurus. Dia memakai pakaian hitam," kata Nurul Umira.
Nur Farziana berkata kedua-dua mereka telah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk tempoh lebih daripada sebulan.
Mereka masih menjalani rawatan susulan di sana dan Nurul Umira akan melalui proses pembedahan di tangan pada minggu ini.
Nur Farziana mengalami kecederaan serius di muka, kepala, mata dan tangan hingga membuat dia tidak dapat menutup kelopak mata sepenuhnya walaupun selepas menjalani pembedahan.
"Kepala saya berasa seperti sedang terbakar kerana cuaca. Wajah saya terasa gatal dan penglihatan saya kabur.
"Saya tidak boleh menutup mata sepenuhnya. Saya dapat rasakan kulit saya seperti ditarik. Ia amat menyakitkan," kata Nur Farziana.
Nurul Umira yang turut melecur, tidak dapat menggerakkan tangan kirinya disebabkan oleh parut akibat serangan itu.
Sehingga kini mereka masih trauma dan takut.
Pada Selasa mereka bertemu dengan Pengerusi Biro Aduan MCA, Datuk Michael Chong di pejabatnya di sini.
Chong berkata pihaknya akan membantu kedua-dua gadis itu dan berharap orang ramai juga akan melakukan perkara yang sama.
"Kami akan beri mereka RM2,000," katanya.
Beliau berkata mereka yang ingin menyumbang boleh menghantar cek kepada biro itu dengan menulis nama kedua-dua gadis tersebut di belakang cek ke pejabatnya di Wisma MCA di Jalan Ampang.
Aduan Awam MCA dan Jabatan Perkhidmatan boleh dihubungi di 03-2203 3888 atau sebarang cek boleh dialamatkan ke Tingkat 8, Wisma MCA, 163 Jalan Ampang. -mstar
ULASAN GB
Tiada ungkapan yang lebih layak selain dari ...binatang... terhadap penyimbah asid berkenaan.
Mungkin yang disasarkan orang lain tetapi terkena kepada dua gadis yang tak berdosa itu.
Kita berharap ramai rakyat Malaysia yang baik budi dan bersimpati dengan nasib kedua-dua gadis berkenaan untuk tampil menghulurkan sumbangan ikhlasnya demi membantu mereka meneruskan kehidupan.
Disamping kita berdoa agar kedua-duanya dikurniakan Allah ketabahan dan kesembuhan agar mereka dapat hidup seperti sedia kala serta menghukum perbuatan gila mereka yang terlibat yang menyebabkan kedua gadis itu teraniaya.

10 ulasan:
Aku boleh rasa mcm trumanya org yg kena simbah asid ni.. sbb yang kena salah seorg sahabat aku..jumpa org yg kehabisan minyak dan bawa tong minyak di r&r. Walau pun berat hati.. atas rasa simpati..dia tolong juga carikan minyak.. dah di tolong..suami di humban di semak.. sahabat aku di larikan.. atas rasa ingin hilangkan bukti.. sahabat aku di simbah asid.. dia cerita punya lah azabnya menahan sakit dan pedih waktu itu... tu yang aku dgn kekwn cari sumbangan dptlah membantu ala kadar di samping buat solat hajat.. memudahkan dia dlm segala yg di lalui... hingga sahabat aku masih berulang alik ke thailand..buat pembedahan.. kalau tak salah.. 4 pembedahan masih jauh dr rupa asal..cuma sahabat aku tu pesan.. kalau ada org yg ingin nak minta pertolongan di r&r jgn lah layan...MCA ni lak satu... dah zawan internet ni.. masih pakai2 cek...buat lah satu akuan utk sesiapa nak menyumbang secara online.. rakyat malaysia dlm bas atau kat opis... tak sampai 2 minit dah boleh menyumbang...MCA2..lu ketinggalan zaman lah..
Nampak mcm tomboy yg sorg tu..
Rasanya ni mcm kes cemburu..
Dah kena musibah pun masih nak lawan Tuhan dengan tetap mendedahkan aurat..
Maaf tuan gb,saya tak bersetuju dengan ayat
'Mungkin yang disasarkan orang lain tetapi terkena kepada dua gadis yang tak berdosa itu'
Masakan tak menutup aurat adalah perbuatan yg tak berdosa?
Inilah antara kerja2 amal yg perlu dibantu.Parti2 pembangkang juga ringankahlah tangan/masa membantu mereka.
Sungguh azab dan sengsara penderitaan yang dialami oleh Nurul Umira Azali dan kawan karibnya Nur Farziana Hussein Hasnor Harry. Sungguh kejam, zalim dan brutal jiwa pemangsa. Hanya manusia yang berjiwa binatang sahaja sanggup melakukan simbahan asid ke atas manusia yang tidak berdosa. Kedua-dua mangsa mengalami kecacatan kekal, apatah lagi melibatkan kecacatan paras rupa. Muka adalah perhiasan yang paling berharga bagi seseorang wanita.
Memang malang tidak berbau dan tidak diduga. Musibah telah berlaku, namun tiada badan Melayu atau Islam yang menghulurkan bantuan untuk meringankan beban dua orang gadis ini. Apatah lagi mereka kini kehilangan pekerjaan. Kenapa mereka berdua ini sanggup menyidai muka meminta bantuan dari Biro Pengaduan MCA? Mana pusat zakat? Mana dermmawan Melayu? Mana zakat dari individu Islam? YAPIM, kau di mana? Mana wang yang dihulurkan setiap bulan oleh kakitangan kerajaan melalui potongan gaji? Apakah slogan zakat kini sudah bertukar kepada: Kutip ikut amil dan belanja ikut Jamil? Jamil, kamu ini bagaimana?
Gambar: Chong (tengah) bersama Nur Farziana (kiri) dan Nurul Umira.
Pada Selasa mereka bertemu dengan Pengerusi Biro Aduan MCA, Datuk Michael Chong di pejabatnya di sini.
Kedua-dua gadis ini tidak hipokrit. Ada yang pakai tudung sebab rambut tak cantik dan sedikit. Ada yang pakai tudung sebab suka beli tudung dan jadikan fesyen. Ada yang pakai tudung nampak lawa tapi bila tak pakai tak lawa. Ada yang pakai tudung selepas beranak 3 ...
Masa rupa cantik mereka tak pakai tudung selepas di timpa musibah mereka tidak juga pakai tudung.
Mungkin kulit mereka tidak boleh berpeluh dan sekiranya pakai tudung mereka akan rasa pedih dan sakit.
Dosa aurat tidak dibalas dengan simbah asid. Jika begitu semua yang tidak pakai tudung, si pelaku akan simbah asid.
Bagaimana pun memang ada kemungkinan kes cemburu sebab dalam hubungan seperti ini hanya hubungan seperti ini yang sanggup lakukan nya.
Kita ini pun baik mana lah sangat ... so please..
bykkan baca ayatul qursyi dn bismillahillazii.
hanya kpd Dia kita mohon pertolongan.
berhati2 dn sentiasa curiga dgn org x dikenali.
Haruslah kita bersimpati dan ehsan kpd mangsa ini...tidak kira siapa...mereka adalah objek dakwah kita...jangan hanya pandai menghina...mungkin kita belum diduga sehebat ini
kemungkinan saja. dan hal musibah dan balasan tuhan ni xde kena ngena dgn kita. xperlu letak hukum. cukup kita tgk dan beringat, jangan buka aurat. jangan ambik tugas allah utk letak hukum...ambik pengajaran
kalau beri akaun no, ramai yg bule bantu insyaAllah.
Misalnya RM3 x 2000 org = rm6,000
Mungkin bule banyak lagi.
Lepas tu buat follow up cerita.
Saya pun baru aje nak cakap yang depa dok ngan tomboy kot.apa2 pun Allah maha mengetahui.
Catat Ulasan