3 Dis 2015

AMANAH Gesa Parti Pembangkang Bersatu & Tinggalkan Politik Purbakala

Parti Amanah Negara (AMANAH) hari ini menggesa parti-parti politik khususnya pembangkang di negara ini agar mempamerkan pendekatan politik rasional dan bijaksana dalam mendepani cabaran politik negara dewasa ini.

Di dalam satu kenyataan media yang dieluarkan oleh Timbalan Presiden AMANAH, Tn Hj Salahuddin Ayub, beliau juga turut meminta parti-parti berkenaan meninggalkanlah pendekatan politik purbakala yang hanya berasaskan dendam, emosi, merasa parti kita saja yang kuat sehingga hilang pertimbangan untuk mengenali antara kawan dan lawan.



"Sekiranya semua parti-parti pembangkang bersetuju untuk berlawan satu lawan satu dengan BN dalam Pilihan Raya Umum akan datang maka pendekatan politik yang berasaskan kepada maufakat, perundingan dan persefahaman mestilah segera diusahakan dalam masa terdekat."

Tanpa merujuk dan mengaitkan mana-mana kenyataan pemimpin parti politik, namun Salahuddin dipercayai mengulas tindakan Pesuruhjaya Perak, Haji Razman Zakaria yang sebelum ini telah membuat kenytaaan media bahawa PAS akan merebut 22 kerusi di Perak.

Razman di dalam kenyataannya menyatakan, PAS tidak akan menyertai Pakatan Harapan yang terdiri daripada DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (PAN) dan beliau mengesa supaya PKR membuat keputusan sama ada mahu bersama dengan parti Islam itu atau bertindak sebaliknya.

Hal yang sama juga berlaku di Johor apabila Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed mahu Parti Keadilan Rakyat (PKR) tentukan sikap sama ada mahu bersama PAS atau Pakatan Harapan.

PAS Johor mengumumkan akan bertanding di semua 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN ) dan semua kerusi Parlimen pada pilihanraya umum akan datang, jika PKR tidak mengadakan perbincangan dengan mereka mengenai peruntukan kerusi, lapor MStar.

Menurut Salahuddin, AMANAH yang telah memberikan komitmen bersama parti-parti dalam Pakatan Harapan sentiasa terbuka dan bersedia untuk memberikan segala pengalaman dan kebolehan yang sedia ada untuk mencapai kejayaan yang menjadi harapan seluruh rakyat di negara ini.

"Adalah menjadi kewajipan kepada AMANAH dan Pakatan Harapan untuk memenuhi aspirasi rakyat yang kehidupan dan nasib mereka semakin ditekan dengan pelbagai masalah ekoran kegagalan pentadbiran kerajaan BN," tambahnya.

Hasrat untuk bertanding semua kerusi dengan tidak memperhitungkan faktor-faktor kemenangan adalah ibarat "pucuk dicita ulam mendatang" bagi Umno BN, ujarnya.

15 ulasan:

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Sejak kebelakangan ini, Pas merasakan diri mereka terlalu kuat. Pas merasakan diri mereka sahajalaha berada di landasan yang betul. Pas merasakan parti-parti lain tidak betul. Pas merasakan parti mereka sahajalah yang suci, dan parti-parti lain penuh noda, dan bergelumang dengan dosa. Pas kini sudah menjadi parti persepsi. Pas mengukur penerimaan dan populariti berdasarkan penilaian sendiri. Sememangnya tidak salah "ukur baju badan sendiri", tetapi untuk melihat kekuatan dan kelemahan diri mestilah berdasarkan pandangan orang lain. Sebagai contoh, Pas Perak berdegar-gegar untuk bertanding di 59 kawasan DUN, dan penuh yakin memenangi 29 dun. Razman bercakap besar berdasarkan persepsi dirinya, namun berdasarkan ilmu statistik untuk menang satu dun pun terlalu payah, seandainya berlaku pertandingan tiga penjuru.

Persepsi adalah satu cabang ilmu psikologi. Persepsi sangat-sangat dipengaruhi oleh emosi, firasat, dendam, imiginasi, ilusi dan sebagainya. Persepsi juga kadang-kadang dipengaruhi mimpi, seperti dakwaan Mokhtar Senik bermimpi menemui Nabi Muhammad. Persepsi mesti diurus dengan baik. Kegagalan mengurus persepsi akan menjadikan sesebuah parti atau seseorang individu "syok sendiri" dan merasakan parti atau dirinya terlalu hebat. Lantaran Pas tidak cerdik mengurus persepsi, menjadikan parti ini berangan-angan memenangi PRU 14 secara total. Wahai Pas, persepsi kamu bagaimana?

Tanpa Nama berkata...

Degil betul la diorang ni!! Kami tidak mau pembangkang ada kaitan dgn PAS!! PAS dan UMNO itu sama saja!!

Jika PKR degil jugak nak libatkan PAS baik PKR keluar PAKATAN HARAPAN dan bentuklah apa2 pakatan dgn PAS. Namakanlah pakatan kamu itu apa saja pun!!

Muktamad kami TIDAK MAHU PAS!! Tidak ada manfaat sikitpun PAS dilibatkan dlm Pakatan PEMBANGKANG...!! Biar mereka sendirian!! Mereka sgt kuat.

Jgn sampai kami boikot PKR disebabkan degil nak ajak PAS bersama! Dah orang tu tak nak. Tak paham2 jugak ka??!!

Iskkkkk iskkkkk

Tanpa Nama berkata...

PH tidak ada pilihan selagi PAS tidak putuskan bersama BN UMNO. Sekiranya PAS bersama BN UMNO, maka tidak berlaku pertandingan 3 penjuru dimana sekiranya PAS bersama BN UMNO, pengundi akan memilih Pakatan Harapan kerana pengundi menolak UMNO.

PAS sedang cuba mengagalkan usaha-usaha PH. PAS tidak memperdulikan rakyat.

PAS tidak mahu bersama UMNO dan PH. Lebih dari itu PAS mengajak PKR meninggalkan PH.

Andaikata PKR tinggalkan PH, PKR akan jadi arang dan PH akan jadi abu.

PH perlu naik ke satu takok. Penubuhan PH ialah bukan lagi sekadar untuk menentang BN UMNO tetapi untuk menjadi harapan kepada rakyat.

PH perlu lebih fokus kepada rakyat dari mefokuskan untuk lawan BN satu sama satu kerana PAS tidak menumpukan perhatian kepada matlamat tersebut malahan mengajak PKR meninggalkan PH. Jika ini terjadi lawan tiga penjuru tetap berlaku iaitu antara UMNO BN/PKR PAS/PH. Sebab itu PKR perlu menolak PAS sebagai sekutu.nya.

PH perlu gunakan 'rakyat' bukan sekadar hanya mengunakan 'kekuatan' kerjasama antara parti. Kepercayaan rakyat kepada parti atau gabungan antara parti semakin menjadi sifar. Belum tentu sekiranya PAS menyertai PH, menjadi PH kuat dengan muafakatan, perundingan dan persefahaman.

Peristiwa yang lepas sudah cukup mengajar rakyat.

Unknown berkata...

Salam:

Betul pendapat tuan Dr. DI ATAS,yang penting AMANAH teruskan BEKERJA dan TERUS BEKERJA secara BIJAKSANA, biarkanlah apa mereka nak kata.AKHLAK dan AKIDAH kena jaga.

Tugas utama AMANAH,sekarang adalah RE-BRANDING parti pas yg dulu,kepada AMANAH yg lebih inclusive, sebarkan dan sampaikan pada seluruh rakyat ka pelusuk negara.Supaya rakyat biasa memahaminya.Jauhi sifat permusuhan dan ego yg tak bertempat.

go AMANAH go.

wassalam.

Tanpa Nama berkata...

Pas mmg dh jadi parti yg diwarisi walaon2 pas.Otak letak kat lutut.Tinggalkan mrk dgn politik kampung.. La ni PKR kena buka mata,buat pembaharuan.Jangan mengharap pas lagi utk selangor.. Pcylah pas byk kalah kat selangor next pru nt.Ataupun Amanah dan DAP bersatu padu dlm ph.Tinggalkan pkr dan pas tgk apa pula reaksi pkr.. Yg dikendong berciciran, yg dkejar xdapt.....

Abdul Said berkata...

Semuanya kehendak Allah s.w.t. Jangan kata jadi 'ulamak' tak boleh mereng!!

Tanpa Nama berkata...

PH bukan sahaja bersedia utk mengalahkan BN. PH juga harus bersedia sebagai kerajaan yg nemerintah negara. Fahami tatacara pentadbiran dan toleransi politik dlm PH terlebih dahulu.

Kami tidak mahu...keadaan kucar kacir dan perebutan kuasa sana sini setelah menang!! Persediaan utk menjadi kerajaan adalah sama penting spt persediaan utk mengalahkan kerajaan korup yg sedia ada!!

Jgn berpegang sangat dgn status quo pakatan pembangkang sebelum ini. Kali ini peluang kemenangan adalah lebih besar!! Tinggalkan saja PAS sendirian. Kita sudah tau kerenah pemimpin mereka.


Kita tidak mahu pakatan yg rapuh tidak dpt menjadi kerajaan yg kuat dan stabil. Akhirnya kerajaan PH tidak ada beza dgn BN. Kami mahu semua parti dlm PH bersatu dan dapat menguruskan perbezaan sgn baik!

Sekian. PAS=UMNO

Unknown berkata...

Lagi satu perkara..pemimpin2 AMANAH selalulah masuk ke kedai kopi2..kerana disitulah, terdapat ramai org melayu kampung yang berfikiran sehala.joinlah mereka, jadikan mereka sebagai kawan diwaktu sudah dan senang.

Yang penting, jangan kededut untuk belanja mereka.

nizar berkata...

PAScai parti persepsi.. persepsi syok sendiri .. pengundi dah nak lari .. persepsi altakiiri.. persepsi tontowi.. persepsi abduuhi ..persepsi zuhdi .. persepsi al kastaami ..
amin ali jangan dok jadi stopa ali .. hi hi hiii

Tanpa Nama berkata...

Teramat tepat apa yg THSalahudin sarankan itu.
Untuk mencapai kata sepakat setiap pemimpin hendalah berlapang dada disamping mengenal diri terlebih dahulu.
Ini bukanlah mudah kalau sifat buruk yg ada dalam diri kita,kita tak berani buang.
Mustahil kita tak sedar sedangkan alQuran dan Hadith jadi panduan kita.

Saya rasa ilmu yg ada pada setiap pemimpin insan beragama islam (PAS/PKR/AMANAH)tak perlu diukur lagi.Baik dari segi Ilmu Akhirat mahu pun Keduniaan.Tak kira dimana kita berada selagi kita sebagai pembangkang..kita sentiasa dalam kepayahan.Berbagai cara yg rasional perlu kita fikirkan untuk memenangi hati rakyat.Ini menjadikan kita lebih berilmu dari pihak pemerintah.

Tapi sedarkah kita keilmuan yg kita ada itu kita dah pergunakan sebaik mungkin.Atau sebaliknya.
Ramai diantara kita yg mana kehidupannya di pengaruhi nafsu dan emosi ego riak dan takabur.
Inilah yang menjadi benteng pemisah dalam menyatukan pembangkang.
Sukar sekali untuk mencari penawar...

Lain halnya dgn parti pemerintah(BN),ketua mereka lebih mudah untuk menyatukan mereka dan dapatkan kata sepakat ,taat pada ketua.
walaupun mereka jua ada banyak gabungan parti,
Ini adalah kerana mereka mempunyai penawar yg amat mujarab iaitu RM dan fail peribadi.
.Kalau Rm tak boleh melemahkan ahli..personal file akan di buka...ada baik kamu diam..rakyat takan Nampak ini.
Walaubagaimanapun kalau kita imbas pengalaman yg lalu..mana mana pemimpin pembangkang yg ingkar spt Hassan Ali,Nasarudin Mat Isa,Ezam mohd nor ,Khalid Ibrahim dlln semuanya hambar tidak bertenaga bila dikeluarkan dari parti.
Ini boleh kita jadikan panduan dalam hidup berpolitik.
Pikir dan muasabah diri ???
Siapalah kita ini di sisi yang esa.
Sehebat manalah sangat kuasa dan umur yg Allah pinjamkan kpd kita.
Adakah wang ringgit dan kuasa boleh beri segalanya kpd kita.
Andai kata kita dapat mempengarui orang lain adakah ianya berkekalan?.

Tanpa Nama berkata...

BN dan PAS mmg bekerjasama dah pun!! Perhatikan betul2 mereka sekarang. BN dlm keadaan yg amat lemah dgn pelbagai isu rakyat. Mereka tidak mampu berhadapan dgn banyak musuh. Oleh itu mereka hanya menyerang PKR di samping tentera2 upahan bertaraf NGO menyerang pembangkang secara umum!!

Manakala PAS diberikan tugas untuk menyerang DAP dan AMANAH...!! Pelbagai isu remeh yg dibangkitkan oleh PAS utk provoke DAP dan AMANAH. Taktik kacau daun oleh PAS ini menjejaskan tumpuan pemimpin DAP dan AMANAH mengutarakan isu2 rakyat yg tertindas!!

Kerjasama gelap tapi terang PAS-UMNO ini adalah semata mata melindungi BN dan UMNO dpd sasaran serangan PH..!! Banyak masa terpaksa dibazir semata melayan kerenah yg sengaja PAS timbulkan.

Pemimpin PH haruslah fokus utk menjuarai isu2 rakyat disamping membuat persediaan rapi utk mengambil alih Putrajaya. Permaufakatan yg telus dan padu hendaklah diutamakan. Tidak ada lagi sindir menyindir sesama sendiri di media massa. Jgn sampai memberi persepsi negatif ke atas PH.

STOP layan kemeroyanan pemimpin PAS sesungguhnya mereka sengaja memeroyankan diri seperti orang hilang akal semata mata utk memperlahankan momentum PH menggasak UMNO/BN.

PAS sanggup menjadi sasaran. Kenapa demikian??!! Senang sahaja. Sebab disebalik jubah dan kupiah pemimpin HOLAMAK PAS ada perasaan dengki, dendam kesumat dan penyakit mental yg amat parah terhadap pemimpin2 AMANAH dan DAP!!

Sekian. TOLAK BN/PAS

Tanpa Nama berkata...

PRU 14
pakatan harapan vs. pakatan sulit ( BN + pas)

pas d tugaskan utk mencari salah DAP
umno d tugaskan utk mendptkan undi melayu yg solid...

jawapannya.....

BN terus memerintah malaysia dgn rakus....

see u all in pru 14....

Tanpa Nama berkata...

Jika,keputusan PKR bersama PAS... KAMI DAN SEMUA RANGKAIAN.JARINGAN, SEMUA LINK DIBAWAH KAPASITI KAMI, SEMUA PENGUNDI DALAM.JANGKAUAN ..KAMI AKAN.KEMPEN BERALIH.UNDI KEPADA PAKATAN.HARAPAN..ATAU SETIDAK TIDAKNYA BOIKOT PKR...itu sahaja.

Naazar berkata...

Azmin Ali tak boleh jadi stopa ali ......sebab stopa ali "SPENDER" dia Besar...

Tanpa Nama berkata...

tugas umno rosakkan negara dan terus bebankan rakyat... tugas pascai rosakkan pakatan agar umno terus berkuasa... tugas azmin bg talian hayat buat pas.. rakyat bole pergi mampus..