2 Dis 2015

PAS Perak Terasa Kuat, Tak Mahu Bersama Pakatan Harapan

Tiada Lagi Pakatan Rakyat Di Perak, Pas Sedia Berdiri Sendiri

IPOH: PAS Perak bersedia untuk meneruskan perjuangan secara bersendirian bagi menentang parti keramat Melayu, UMNO apabila parti itu mengumumkan kini berpecah dengan Pakatan Rakyat (PR) setelah rakan sekutunya, DAP dan PKR beralih arah ke Pakatan Harapan.

Kenyataan itu dibuat Pesuruhjaya Pas Negeri Perak, Razman Zakaria dalam sidang media yang diadakan di Pejabat Perhubungan PAS Perak, di sini.


Menurutnya, PAS tidak akan menyertai Pakatan Harapan yang terdiri daripada DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (PAN) dan beliau mengesa supaya PKR membuat keputusan sama ada mahu bersama dengan parti Islam itu atau bertindak sebaliknya.

“Kita tidak akan sama sekali menyertai Pakatan Harapan selagi PAN dan DAP terlibat dalam kerjasama itu.

“Jadi kita sudah bersedia untuk untuk bertanding menentang UMNO dan juga Parti Harapan, dan oleh sebab itu PKR perlu menyatakan pendirian mereka sama ada untuk bersama PAS atau Pakatan Harapan,” ujarnya.

Razman menjelaskan, PAS akan merebut 22 kerusi di Perak dan kini ahli jawatankuasanya sedang giat menilai kerusi yang berpotensi untuk dimenangi mereka.

Katanya, PAS Perak telah menubuhkan satu jawatankuasa khas melalui Lajnah Perpaduan Nasional bagi menilai calon kepimpinan dalam kalangan bukan Islam untuk diketengahkan pada PRU-14.

“Calon-calon bagi kerusi ini sudah ada dan majoritinya adalah bukan Islam.

“PAS negeri hanya memberi cadangan dan akur kepada segala keputusan PAS Pusat, dan kemungkinan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan terdapat pertarungan tiga penjuru,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, beliau menambah PAS akan mengadakan satu perhimpunan besar-besaran pada Januari depan sebagai permulaan langkah awal menghadapi PRU-14.

“Kita akan buat perhimpunan ini di Bukit Gantang dan saya yakin program ini akan berjaya dengan jangkaann 10, 000 orang peserta,” kata Razman.

Beliau turut menafikan dakwaan bahawa PAS tidak mempunyai ahli dan lumpuh berikutan tindakan seramai 200 orang ahli PAS di Parit Buntar didakwa telah keluar dari parti tersebut.

“Itu hanyalah spekulasi dan tidak ada bukti 200 orang itu keluar dari PAS,” jelasnya.

Sementara itu, Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Perak, S. Suriyanarayanan berkata, sikap DAP yang dilihat suka melaga-lagakan kaum membuatkan mereka tidak mahu lagi bekerjasama dengan parti itu.

“PAS amat berbeza dengan DAP kerana PAS adalah sebuah parti yang bukan sahaja memperjuangkan Islam, tetapi memperjuangkan agama.

“Sekarang ada 18,600 ahli dalam PAS dan saya jangkakan jumlah ini akan bertambah kepada 30,000 orang ahli selepas ini.” ujarnya. -peraktoday

ULASAN GB

Hebat ya PAS Perak! Siap boleh ugut PKR nak bersama PAS atau nak bersama Pakatan Harapan. PAS Perak terlupa hakikat bahawa kememangan PAS di negeri itu adalah kerana PAS ketika itu berada di dalam Pakatan Rakyat. Fenomena "Nizar" adalah penyumbang besar kepada kemenangan PAS di Perak. Nizar adalah ikon rakyat Perak. UMNO BN berhempas pulas menjatuhkan Nizar. Menuduh Nizar menjadi alat DAP. Menuduh Nizar balaci DAP. Kini tuduhan-tuduhan itu dilakukan bukan oleh UMNO saja tapi oleh PAS juga. PAS sudah serupa dengan UMNO. Masing-mamsing menghentam NIzar.

Itu satu hal. Hal keduanya ialah kini PAS Perak menyatakan PAS akan merebut 22 kerusi di Perak dan kini ahli jawatankuasanya sedang giat menilai kerusi yang berpotensi untuk dimenangi mereka. Sebelum ini Razman menyatakan mahu bertanding kesemua 59 kerusi di Perak.


Sudah tidak istiqamah. Sudah tidak yakin. Lepas ni mungkin akan umum pengurangan lagi dari 22 kppada 10. Daripada 10 pula, berapa agaknya yang akan menang... silap gaya sifar.

Ketiga, tambah Razman “Calon-calon bagi kerusi ini sudah ada dan majoritinya adalah bukan Islam." Sebuah parti Islam tapi meletakkan calon majoriti bukan_islam. Kita senyum sahaja. Mengapa majoriti bukan Islam ... sebab baru menyedari hakikat mereka dulu memang kerana undi dari rakyat bukan Islam yang memenangkan PAS di era Nizar dahulu.

Keempat, hentam DAP hentam PKR. Demikian pendirian PAS Perak. PAS Selangor sebab nak jaga kedudukan mempunya pendirian berbeza walhal parti yang serupa, PAS!

Setiausaha PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman berkata ahli exco PAS akan meneruskan tugas seperti biasa dalam pentadbiran Selangor bersama PKR dan DAP seperti yang diputuskan oleh Menteri Besar Mohamed Azmin Ali sebelum ini.

"Ahli Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS di Selangor tetap bersama Pakatan (Rakyat) dan tetap dalam kerajaan Selangor. MB Selangor juga sudah putuskan perkara ini," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. -Bernama (20-11-2015)

Dan yang agak pelik dan melucukan kenyataan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Perak, S. Suriyanarayanan: "“PAS amat berbeza dengan DAP kerana PAS adalah sebuah parti yang bukan sahaja memperjuangkan Islam, tetapi memperjuangkan agama." Tuan-tuan boleh menilai sendiri dan boleh senyum sendiri.

25 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pas tak boleh gi mana pun.
5% calon menang pun dah kira nasib baik.
Takut semua kalah.

Tanpa Nama berkata...

Ini bukan talam 2 muka tetapi khinzir 3 wajah.Cuma aku bersetuju Pas mengugut PKR sebab Pas tahu dan telah berjaya melemahkan PKR cuma PKR shaja yang masih teraba2 dan masih mengharapkan Pas ,kini tiba giliran Pas mengugut PKR .Lagi satu apakah tindkan YDP Perak ni tidak menyalahi tindakan presiden Pas? sebab YDP perak akan melawan Bn khusnya Umno dan Presdien pulak taknak lawan Umno cuma nak jadi penasihat aje lagi pun Pas bukanya nak menanag hanya dan masuk bertanding aje,semua ahli Pas bawah keliru dan mamai pil kuda marang.

Tanpa Nama berkata...

Memang tak perlu dihairankan ,tak perlu kita tunggu setiap negeri buat kenyataan kerna 99/100 dari ajk pas taat pd Abuyanya.Tapi ahli pasnya belum tentu.
Kalau kita perhatikan di hari ini tak ada lagi ahli ahli pas berani mempersoalkan tentang kribiliti pas di kedai kedai kopi. Bila sebut tentang pas diorang akan kata disini bukan tempat berpolitik.
Apa makna nya.??
Kalau cakap lagi mereka naik berang..
Kalau lagi cakap muka naik Asam..
Panggil taukeh ...semua kira...
Baru muka ada senyum'

Apa makna nya ??

Maknanya mereka ni pun bukan banyak senang...
Makna nya mereka jua boleh berbincang..
Yang penting Amanah/PKR/DAP misti tunjukan sifat sifat terpuji yg di amalkan olih Rasul kita.

Sekarang musim hujan , sementara tunggu musim panas (PRU) carilah kata sepakat siapa nak jadi ketua.
Bila lantik ketua jangan tak ikut pulak.
Nanti orang kata tak memerintah dah gaduh..
Ini amat penting terutama pada MB Selangor sekarang nii..??

Tanpa Nama berkata...

Nak berkumpul lagi. Alahai. Itu je la yg pas tau buat. Nak tunjuk kekuatan, nak syok sendiri, kerah ahli2 bkumpul. Razman tu bekas pengarah, tak kan tak de idea lain. Berapa bnyak ahli yg ko ada tak akan trlawan jumlah pengundi.

Tanpa Nama berkata...

Orang PAS memang hebat tn.. sorang sorang pun yakin menang...kerana firman Allah "Sesiapa yang taati Allah dan RasulNya sesungguhnya dialah yang menang dengan kemenangan yang sebesar-besarnya"

IrWrWs berkata...

Terbaek PAS Perak.. tapi jgn lupa umno musuh utama.. wpun pan dan dap pun utama jgk..

Tanpa Nama berkata...

mabuk ketum ka apa--bodoh tak boleh di ajar sudah sudahlah mengundi pas
semakin hari semakin bodoh dan tak sedar diri

Tanpa Nama berkata...



Bukan tidak ada pemimpin kaum India yang tidak minum dan merokok ..

Tanda-tanda akar pokok tua yang bertunjangkan Hj Hadi mereput dan mula di makan anai-anai tak firi.

Tanpa Nama berkata...

Pas dn umno umpama isi dn kulit..trbaek lah pas..

AMIR Wartawan Rasmi LR berkata...

Lihat contoh permatang pauh. Ahli tak makan umpan hadi dan calon hilang deposit. Rakyat celik la ni. Tak perlu risau. Kita hanya perlu hasut rakyat.itu sahaja. Kerja menghasut blh dilakukan tiap hari. Umno dan sesiapa yg nak sokong kena terima hakikat.

Tanpa Nama berkata...

tuan guru haji hadi pernah mengatakan haram parti AMANAH... samapai skg aku masih tunggu alasan ayng beliau katakan... tapi takde pong... kalu gitu aku pong buleh kata PAS haram jugak... mgkin wan rosli buleh bgitau... klu tak bagi aku PAS pon haram..,

Tanpa Nama berkata...



'Meneruskan perjuangan Nabi saw ...'


Tapi dari 59 kerusi kurang jadi 22 kerusi.

Kalau 59 kerusi di kurangkan 9 kira ok lah jugak...

Ibaratkan lah bila kita menyebut atau mengaitkan percakapan kita, bayangkan kita berdepan dengan Nabi saw .. Jadi apa perasaan dan bagaimana penerimaan Nabi saw ?




Abdul Said berkata...

Pada saya apa yang dikatakan oleh TN 6:58 PG adalah benar. Orang PAS sudah tidak berani tunjuk gah ditempat awam. Jangan tanya banyak-banyak. Cuma tanya kenapa geng pro diburuk-burukkan, dihalau dan bila mereka keluar perkara ini tidak habis-habis diperkatakan. Cuba jawab? Sepatutnya bila geng pro sudah keluar tentu geng 'ulamak' boleh bergerak bebas dan tidak terganggu lagi. Sementara itu Pjaya Pas Perak eloklah letak jawatan. Politik bukan medan kamu. Kerana politik kamu akan ditertawakan orang. Kalau sudah banyak duit sangat atau sudah kayaraya eloklah bantu pelajar-pelajar miskin, bantuan orang-orang sakit, bantu anak yatim, bantu rakyat terpinggir, bantuan komuniti Orang Asal atau pun duduk dirumah dan layan cucu ataupun bini muda!!

Tanpa Nama berkata...

Inilah masalahnya Pemimpin2 walaun yang ada sekarang ini dok pening dalam parti sendiri. Seorang cakap lain, yang seorang lagi cakap lain. Semua dok seronok bercakap ikut kepala sendiri. Kita tunggu dan lihat sahaja nanti apa akan terjadi dalam PRU 14.

Tanpa Nama berkata...

rmalan ust idris pon akan hnyut d bkt gntang
n dun pas hnya akn tinggal 2 kerusi sj usah
mimpi d siang hari whai razman

Tanpa Nama berkata...

Terbaek le WAN ROSLI...

Walaun2 mcm ko ni je yg tinggal dlm PAS pun. Bukan tau apa2 selain mengosok belakang holamak cai...haha

Tanpa Nama berkata...



Pokok permasalahan nya ialah PAS tidak faham-faham yang mana-mana parti tidak boleh bersendirian.

Tanya lah sesiapa pun, jawapan nya ialah PAS tidak boleh bersendirian pada PRU nanti.

PKR kata teruskan parti akan teruskan hubungan dengan PAS. Dan PAS pulak tak habis-habis desak PKR memilih PAS atau PH. Kalau ya nak sangat, PAS lah putus kan hubungan dengan PKR kerana menerima PH.

Mana-mana pemimpin PAS yang baik dan berkerjasama dengan DAP di anggap sebagai anjing. Ini terjadi ke atas pemimpin Amanah semasa mereka bersama PAS.

Sekarang mengapa PKR dan PAS Selangor yang berbaik dengan DAP tidak pulak di tuduh sebagai anjing ?

Bezakan dengan kenyataan pemimpin Amanah yang menyatakan PH akan bertanding samada dengan PAS atau tanpa PAS...



abrarmujahideen berkata...

Bosan

Tanpa Nama berkata...

59 KERUSI..TANDING 22..KALAU MENANG SEMUA PUN X BLH MEMERINTAH... BETUL JUGAK PDPT KAWAN2... TAKUT NAK JADI KERAJAAN..SENANG X PAYAH PIKIR PASAL DASAR..POLISI..PELABURAN.. JADI PEMBANGKANG JE SAMPAI SUDAH.. JANJI ADA ELAUN YB..

Tanpa Nama berkata...

Pelik la pas. Pasai pa pening2 fikir pasal kerusi ke hapa ke?Bukankah matlamatnya nk cari keredhaan Allah.Bukan putrajaya.ckp pusing2.....Pesideng brp kali uturn..Razman ni ckp meletup2 dlm Facebook Twitter aje berani la...Ajak debat kecut telo...Mcm bgaduh lawan mulut berani la tp ajak btumbuk pun takut...Org mcm ni biasa org pgil pondan je.kahkahkahkah

Tanpa Nama berkata...



Senang -senang je ... asyik sangat suruh@cabar orang lain.

Tanpa Nama berkata...





Lu orang jaga Kelantan saja lah. Dulu negeri Kelantan tidak ada kemajuan tetapi Kelantan tidak ada masalah macam sekarang. Itu Husam cakap ada salah kerajaan negeri tebang balak. Banyak tipu.

Dulu rakyat susah sebab itu UMNO bikin kerajaan susah. Tetapi sekarang rakyat susah bukan pasal UMNO tapi sekarang PAS punya MB dan TMB sama itu Negeri punya PAS tidak peduli sama rakyat susah. Kasi lagi susah.

Ini pengundi Perak mesti tolak PAS.

Dulu PR menang, orang PAS sendiri jadi Menteri Besar Perak tapi geng Hj Hadi mahu sama UMNO perintah Perak. Masa itu, apa salah PR ? Masa itu DAP ok. PKR ok. Semua Ok tapi PAS sudah pakat sama UMNO. Sekarang sebab apa pulak PAS tidak mahu pakat sekali lagi dengan UMNO ?

PAS bodoh. Bodoooh. Tiru gaya pelawak Harith Iskandar menyampaikan lawak pasal perangai perempuan.... UMNO tahu PAS tidak kuat di Perak. Penyokong PH tidak marah pun sekiranya PAS bersatu tenaga dengan UMNO di Perak.

Kerjasama UMNO dan PAS tidak akan bermula di Perak sama sekali. Hanya UMNO PAS Selangor berkerjasama baru lah PAS di negeri lain akan terima PAS se hodoh-hodohnya.

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Pas Perak bernafsu besar tetapi tenaga tiada. Takbur adalah perbuatan yang dibenci Allah tetapi Pas terus mengulanginya. Pengundi Melayu Perak hanya sekitar 50 %, dan mana mungkin meraih semua undi tersebut. Orang Melayu Perak menganggotai banyak parti seperti Umno, Pas, AMANAH, dan PKR. Bahkan ada segelintir orang Melayu yang menjadi ahli DAP dan ada pula Melayu yang tiada berparti. Atas logik apakah Pas Perak boleh mendabik dada boleh menguasai Perak pada PRU 14 nanti? Berdasarkan ilmu statistik, Pas Perak terlalu payah untuk memenangi walaupun satu kerusi jika berlaku pertandingan tiga penjuru. Memang betul, Pas memang boleh memenangi sekurang-kurangnya 22 kerusi, bahkan kesemua 59 kerusi boleh dimenanginya jika berdasarkan ilmu "angan-angan" dan "syok sendiri". Kerja tanpa ilmu dan strategi akan membuahkan hasil yang sia-sia.

Tanpa Nama berkata...

Razman duit haram yang kau labor itu berkat atau tidak?,ahli PAS ko boleh tipu.

rizal berkata...

bravo...bravo....berambus....hahaha...