15 Dis 2015

[BERGAMBAR] Alor Gajah Banjir, AMANAH Melaka Kerah Ahli Untuk Bantu Mangsa

Hujan lebat yang turun sejak pagi semalam telah menyebabkan beberapa kawasan di daerah ini ditenggalami air sehingga memaksa 117 buah keluarga berpindah di pusat pemindahan termasuk Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Pengakalan.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Alor Gajah, Leftenan Muda Mohd Fairul Asikin Kadir berkata, setakat jam 11 pagi tadi sebanyak tujuh buah pusat pemindahan telah dibuka.

Menurutnya, antara lokasi yang terjejas ialah kawasan Dun Gadek, Dun Durian Tunggal dan kawasan sekitar kawasan Dun Rembia.


Katanya, di SMK Pengkalan menempatkan sebanyak 46 buah keluarga diikuti Balai Raya Kampung Gadek (25 buah keluarga), Dewan Masjid Ar-Rasidin (22 buah keluarga) dan Kg Beringin 17 keluarga dan Balai Raya Kampung Panchor, sebanyak tiga buah keluarga.

"Kesemua mangsa yang terlibat di empat buah pusat pemindahan itu setakat ini adalah seramai seramai 476 orang dengan jumlah keseluruhan 117 keluarga.

"Malah ada juga mangsa yang merupakan warga emas telah dihantar mendapatkan rawatan di Hopsital Alor Gajah," katanya dalam satu kenyataan kepada media di sini pagi tadi.

Selain itu di Parlimen Masjid Tanah sebanyak 16 buah keluarga yang mendiami Kg. Ramuan China turut terjejas namun tiada perpidahan dilaporkan.

Di dalam perkembangan berkaitan, AMANAH Melaka melalui AMAl Relief Malaysia (ARIF) yang diketuai oleh Pengerusi ARiF Melaka, Sdra Hairul Anwar telah telah berkejar dan membantu mangsa-mangsa banjir sejak semalam.

Turut menghulurkan bantuan ialah Angkatan Wanita AMANAH negeri Melaka yang telah menyediakan 20 kit PEDULI yang terdiri daripada barang keperluan harian untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir.

Pengerusi AMANAH Melaka, Tn Haji Adly ahari hari ini menyeru ahli-ahli AMANAH Melaka untuk turut sama memabntu di dalam kerja-kerja pembersihan rumah-rumah dan kawasan-kawasan yang dilanda banjir di kawasan Alor Gajah.

Naib Pengerusi AMANAH Nasional yang juga Pengerusi Biro Kebajikan, Kemanusiaan dan Bencana Alam, Ust Hasanuddin Mohd Yunos dilaporkan akan turut sama "turun padang" di Kampung Beringin jam 2.00 petang ini.

6 ulasan:

Unknown berkata...

Syabas teruskan kerja-kerja amal sebegini dgn niat ikhlas,inssyallah,allah beri keberkatan kerja-kerja tuan-tuan.Amin.

Unknown berkata...

Ahh......tak sehebat negeri mad Yaacob!

Tanpa Nama berkata...

Kpd yg tak tau nak undi sapa PRU14 nnt, ni ada sifirnya: Sila hafal betul2 dan tolong sebarkan

BN vs PAS = PAS
BN vs PKR = PKR
BN vs PAN = PAN
BN vs DAP = DAP
BN vs PAS vs PKR = PKR
BN vs PAS vs PAN = PAN
BN vs PAS vs DAP = DAP
BN vs PAS vs Bebas = Bebas

Tanpa Nama berkata...

Tahniah. Moga Allah merahmati sumbangan kalian.

Tanpa Nama berkata...

no.1 tu time tidor kt rumah je

Tanpa Nama berkata...

Belalang nak jadi helang