6 Nov 2015

[VIDEO] Husam Dedah Haji Hadi Mahu Bentuk Kerajaan Campuran Di Selangor

Hadi akui mahu bentuk kerajaan dengan Umno di Selangor, dakwa Husam

Bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa “melepaskan bom” malam tadi dalam ceramahnya apabila mendedahkan secara terbuka, presiden PAS mengaku pernah merancang kerjasama dengan Umno bagi menubuhkan kerajaan perpaduan di Selangor.

Katanya, "konspirasi" antara 2 parti Melayu itu menjadi punca perpecahan dalam PAS sebelum ini sehingga melahirkan kumpulan serpihan yang membentuk parti baharu Parti Amanah Negara (Amanah).



Husam berkata, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat pengakuan tersebut ketika ditanya secara beramai-ramai oleh beliau sendiri dan rakannya dalam PAS.

"Presiden kita sendiri mengaku apabila ditanya ramai-ramai," kata Husam dalam ceramahnya di Kota Baru malam tadi, yang pertama selepas sekian lama berehat kerana sakit.

"Saya jadi begini, Mat Sabu jadi begini, adalah kerana konspirasi orang Umno dengan kerjasama orang PAS," katanya merujuk kepada bekas timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu yang kini presiden Amanah.

Sehubungan itu, Husam mencabar Hadi menafikan perkara itu, yang didakwanya berlaku sekitar tahun lepas dalam proses pertukaran menteri besar di Selangor, jika apa yang didedahkannya itu tidak benar.

"Kalau presiden kata tidak, sila nafi. Kalau presiden tanya, kenapa beritahu, saya tanya balik, kenapa buat?," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor itu.

Husam berkata dalam perancangan itu, Hadi mengaku membuat tawaran kepada beberapa Adun PKR untuk mencukupkan bilangan bagi menubuhkan kerajaan negeri dengan Umno.

Ia berlaku ketika Pakatan Rakyat ketika itu menghadapi krisis berhubung pertukaran menteri besar Selangor daripada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kepada Mohamed Azmin Ali tahun lepas.

Bagaimanapun, katanya, perkara ini dimaklumkan oleh Adun PKR berkenaan kepada parti mereka.

Husam berkata, perancangan kerjasama dengan Umno itu tidak berhenti setakat itu saja walaupun gagal ia selepas ditolak akar umbi PAS.

Sekarang, katanya, Hadi melontarkan pula idea baharu kepada umum, iaitu untuk menjadi "penasihat kepada kerajaan" sebagai kesinambungan daripada usaha kerjasama ini.

"Niat di hati sudah ada, tetapi kerana rakyat jelata tidak boleh terima lagi, bila campak (idea) penasihat, bagaimana?," soalya dalam ceramah itu.

Beliau dipercayai merujuk kepada kenyataan Hadi baru-baru ini yang dilaporkan berkata, PAS bersedia menasihati kerajaan BN menguruskan masalah berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB), cukai barangan dan perkhidmatan (GST), perumahan serta kejatuhan nilai ringgit, dengan syarat Umno mengubah pemerintahannya selaras dengan Islam.

Hadi juga pernah berkata sebelum ini, PAS tidak mendesak Datuk Seri Najib Razak berundur tetapi mahu beliau menghabiskan penggalnya sebagai perdana menteri dan parti itu bersedia membantu kerajaan dalam dasarnya.

Husam dalam ceramahnya berkata, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz pernah berkata, sukar untuk menambah bilangan menteri dalam kerajaan buat waktu ini kerana bilangan 39 menteri sudah terlalu ramai.

"Nazri beritahu, tak usah masuklah, menteri sudah penuh. Sebab itulah timbul idea lantik jadi penasihat yang bertaraf menteri," kata Husam. –TMI


TRANSKRIP PENDEDAHAN DATO HUSAM PERANCANGAN KERJASAMA PAS DAN UMNO OLEH PRESIDEN PAS

1. Kaki sebelah duduk di Pakatan, sebelah lagi tebeng ko UMNO. Haram. Ni hok Tok Guru kita.

2. Kalau nak kerjasama royak (bagitahu) molek. Biar jelas. Panggil Muktamar dan Kawasan. Royak ko kawasan2 kita ni kerjasama dah. AJK kita campur dengan AJK dia. Menteri kita campur dengan Menteri dia.

3. Nak jadi menteri tak boleh. Dah Penuh. 39 Orang. Dato Nazri royak doh tak payah masuk sebagai Menteri sebab dah penuh. Sebab itu timbul idea jadi Penasihat. Gaji sama dengan Menteri. Ni orang agak sebab kita tak jelaskan.

4. Dalam proses parti kena ada keputusan. Dalam kes Perkasa. Ambo pertahan Presiden. Presiden berdiri, Ibrahim Ali yang krabak (peluk) dia. Tapi berjumpa depan ramai2 itulah sebabkan Ibrahim Ali gi Berdakap. Kalau tak jumpa tak berlaku. Bila berlaku orang terkejut. PAS ni Parti Melayu ke Parti Islam? Dulu Parti Islam.

5. Pesuruhjaya Selangor buat kenyataan Selangor tak buat kerjasama dengan Perkasa. Maknanya benda itu buat tidak melalui keputusan Parti.

6. Dengan UMNO ni bukan benda baru. Ambo dan Mat Sabu jadi begini sebab ini bagi ambo konspirasi orang UMNO dengan kerjasama orang PAS.

7. Ambo nak terus terang. Sebab benda benar. Tak nak buang masa. Kita boleh tumpu perjuangan Islam. Presiden mengaku bahawa dia pernah tawarkan kepada 2 3 adun PKR masuk PAS nak buat kerajaan dengan UMNO di Selangor. Presiden mengaku. ADUN PKR tadi laporkan pada Parti dia. Bila ramai2 tanya, Presiden akui.

8. Maknanya niat dihati sudah ada. Tapi kerana rakyat tak boleh terima lagi maka kehing koho (kona kona). Bila campak (idea) Penasihat macamana (penerimaan rakyat)?. Kalau senyap maka ada chance. Kalau ditolak maka kita beringat dulu (hati2 dulu).

9. Ini kenyataam terbuka ambo. Kalau presiden kata tak, sila nafi. Kalau presiden tanya kenapa royak (cerita hal tu), ambo tanya balik bakpo buat? (kenapa buat?). Kalau Presiden tak buat, ambo tak tanya.

10. Dok marah sebab ambo dok Bertanya kerajaan negeri. Kalau tak buat, tak perlu marah. Demo jelaskan kepada ambo. Bahawa apa yang mu kata tu tak betul.

11. Alhamdulillah, 5 soalan yang ditanya dalam DUN tak ada seorang pun kata perkara tu tak betul.

12. Masalah tungakkan guru YIK. 14juta. Mula2 dibagitahu 2juta. tak sampai dua juta. tak banyak. sdikit. akhirnya diakui 14.6juta.

13. Ada seorang exco jawab dalam DUN bahawa tungakkan tu daha da sejak 2001, 2002, 2003, 2007. Ambo tanya balik: nta pastikan elok2, 2011 kita bayar habis. tak ada tunggakkan. sebelum tu tak bayar. ambo tak tahu sebab YIK bukan dibawah (bidangtugas) ambo. Bawah sapa? (disahut orang ramai: Bawah Nik Amar). Jadi kenapa marah ko ambo?.

14. Ambo nak cadang Lembaha YIK dan Yakin ni tukar orang jugak lah. Jangan dilantik orang sama sejak sekian lama.

15. Kalau sokong Najib, dengan keburukkan dia tu, ambo misalkan sebagai madu (kita perjuangan Islam) tapi bercampur dengan Najis (rasuah) boleh makan ke? dengan Rasuah dan Penyelewengan yang dahsyat orang semua dah tahu. Tak leh nak makan madu tu.

16. Saifuddin sebut td, DS Anwar cadangkan kalau dia jadi PM, ambo akan jadi TPM. Malam ni ambo baru tahu.

17. Ambo berjuang tidak kerana PM, tidak kerana TPM. ambo bagitahu Tok Guru "Selagi tok guru berjalan dengan betul, ambo bawak kasut Tok Guru sampai bila2 pun tiada masalah"


Nota: Terima kasih kepada penulis transkrip ini.


IMBAS KEMBALI


Hadi tawar Azmin sertai PAS bentuk kerajaan bersama Umno, dakwa AJK PAS Pusat

Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat semalam dikejutkan pengakuan presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang beliau menawarkan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali menyertai PAS bersama beberapa rakannya bagi membentuk kerajaan bersama di Selangor.

Namun, tawaran itu kemudiannya ditolak Azmin.

Menurut seorang AJK PAS Pusat yang menyertai mesyuarat semalam, Hadi mengesahkan perkara itu setelah ditanya oleh ahli Parlimen Sepang, Mohamad Hanipa Maidin tentang perkara itu.

Ia diikuti pertengkaran hangat antara Hadi dan Hanipa.

AJK PAS Pusat itu mengesahkan kepada The Malaysian Insider pengakuan Hadi itu ekoran tersebarnya maklumat dalam laman sosial kononnya PAS menawarkan jawatan menteri besar kepada Azmin untuk membolehkan kerjasama dibuat dengan Adun PAS, Umno dan Tan Sri Khalid Ibrahim bagi membentuk kerajaan.


Menurut sebaran itu, isu itu bermula dalam mesyuarat semalam apabila seorang AJK PAS Pusat bertanya kepada presiden adakah benar perkhabaran beliau dan Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali mengadakan pertemuan dengan Azmin.

Presiden mengatakan perkhabaran itu benar.

"Kalau PKR boleh curi wakil rakyat PAS maka PAS pun boleh berbuat perkara yang sama," kata Hadi, menurut sebaran itu.

AJK yang sama bertanya lagi isi kandungan perbincangan dengan Azmin, lalu dijawab yang Azmin diajak menyertai PAS bersama dua atau tiga orang lagi Adun PKR.

AJK yang sama menyambung pertanyaan, “Kalau dicampur PAS yang 13 orang dengan Azmin dan 2 orang Adun PKR, bilangan cuma 16 orang. Bagaimana hendak mengadakan kerajaan?”

Belum sempat Hadi menjawab, seorang AJK lain mencelah dan bertanya adakah presiden bersetuju bekerja sama dengan Umno.

"Lantas presiden menyatakan persetujuan, malahan presiden memberikan alasan menjaga Melayu sebagai asas perpaduan,"
kata sebaran itu yang disahkan kebenaran sebahagian besar isi kandungannya oleh AJK PAS Pusat itu kepada The Malaysian Insider.

Azmin ketika ditemui wartawan semasa Kongres PKR hujung minggu lepas mengakui beliau ada berbincang dengan Hadi sehari dua sebelum itu.

Antara kandungannya, kata Azmin, adalah mengenai pilihan raya kecil Pengkalan Kubor.

Sebelum ini, The Malaysian Insider melaporkan, Hadi berkeras dalam mesyuarat itu yang Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak boleh dicalonkan sebagai menteri besar Selangor kerana dia wanita dan kerana dia juga tidak layak.

Tindakan Hadi ini jauh berbeza dari sikapnya dalam mesyuarat 17 Ogos lepas apabila beliau sendiri yang mencadangkan nama Dr Wan Azizah dan Azmin untuk dipersembahkan kepada Sultan Selangor sebagai calon menteri besar Selangor.


Pencalonan Azmin pula ditolak oleh 13 Adun PAS Selangor yang masih tinggal selepas dua dari mereka menyokong pencalonan Dr Wan Azizah.

Ekoran tindakan dua Adun PAS itu, Khalid hilang peluang untuk kekal sebagai menteri besar kerana bilangan penentang beliau membentuk majoriti iaitu 30 dari 56 kerusi dalam DUN Selangor.

Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharudin (Morib) berpecah dari kelompok PAS apabila mengisytiharkan sokongan mereka kepada Dr Wan Azizah atas dasar untuk menyelamatkan kerajaan Pakatan Rakyat.

Dalam sidang media selepas mesyuarat AJK PAS Pusat semalam, Mustafa berkata, mesyuarat mengambil keputusan menyerahkan kepada kebijaksanaan Sultan Selangor melantik menteri besar yang baru.
– TMI (26 Ogos, 2014)


25 ulasan:

lelaki dicermin berkata...

Silap2 husam ni kena tendang dr pas ni... kalau betul apa yg husam ckp...memang betul kajian yg menyata 50% ahli pas kelantan.. akan pindah ke amanah.. rasa nya kita kat luar kelantan je tak tahu pergolakkan dlm pas ktan..rasa org kelantan ramai dah tahu... apa benda lah ustaz2 serban ni

mujadid berkata...

Alhamdulillah.Setelah mendengar video Akhi Husam Musa baru saya dapat pencerahan sebanar kemelut politik Pas.
Golongan professional dalam Pas dinyahkan dalam Muktamar baru2 ini adalah konspirasi Umno dengan Pimpinan Pas yg menyokong Umno secara diam.
Dalam mana2 organisasi kita tidak dpt lari dari dalang2 yg boleh dibeli dengan duit ringgit.Tambahan pula DS Najib memang terkenal dengan fahaman politiknya 'MONEY IS KING'.
Ahli2 Pas harus mengguna akal utk berfikir dgn situasi skrg ini.Kita nak lihat Pas terus wujud dalam politik Msia ttp halatuju nya telah menyimpang jauh kerana beberapa musih dlm selimut yg ada.Ayuh carilah musuh itu dan keluarkan mereka dari saf.In Sha Allah Pas akan berada dilandasan yg betul.

Tanpa Nama berkata...


Wahai Sahabat...AMANAH Budiman
Jadilah Sahabat...Langit & BUMI
Sahabat Malaikat...Yg LURUS Haluan
Amanah-KEBENARAN...Di JUNJUNG Tinggi

Amanah-KEBENARAN...Ter TINGGI Di Junjung
Tiada Se ZARAH...Penting kan DIRI
Amanah-ALLAH...Amanah-yg-AGUNG
HARTA dan Kuasa...Tak MAMPU "mem-Beli"


HARTA dan Kuasa...Tak DAPAT "mem-Beli"
HARTA dan Kuasa...HINA dan "pergi"
Se Mutlak7-KEBENARAN...Ber TAKHTA di Hati
Baru lah HARTA...Datang "meng-Abdi"..




KEBENARAN tu Sakit...Kpd Pen CURI
KEBENARAN tu Perit...Untuk Di BUKTI
Pem FITNAH Yg Ponteng...Kan "Kecut" Di HATI
Pen CURI Ter Bayang...Bagai kan Nak MATI!?

Pen CURI Sanggup...Mem Buat FITNAH
Pe NYONGLAP Suka...U-Turn & PONTENG
Pen CURI Penyonglap....Penyamun RASUAH
Onar & FITNAH lah...Yg di Jadikan BENTENG


ONAR dan Fitnah...Menjadi BENTENG
Penyonglap Pen CURI...Menolak KEBENARAN
Hujjah Me "NGARUT"...Tongong & MERENG
HAPRAK Bagaikan...KALDAI Tunggangan






Wahai Sahabat...AMANAH Budiman
SUJUD dan Cari lah....Hakikat KEBENARAN
Smutlak7-KEBENARAN itu...Jadi kan lah Ke CINTAAN
RELA kan lah Diri Mu...Ke Dakapan TUHAN

Sbnr7-KEBENARAN....Di Dalam DAKAPAN Mu
Kelak Diri Mu...Di Dakapan TUHAN
Langit dan BUMI...Ber Sama MERINDU
Malaikat pon turut...Setia Ber TEMAN






Alang kah INDAH nya...Sbnr7-KEBENARAN
Hakikat CINTA...Kaseh dan SAYANG
Mentari Me MANCAR...Bintang dan Rang BULAN
Lambaian Kaseh-NYA...Tak Puas Ku PANDANG..

Tanpa Nama berkata...

syabas tuan. YB mesti terus berada didalam pas.

kalau YB keluar dr pas, pemimpin pas pasti akan kata, org luar jgn masuk campur isu pas.

diharap tuan akan sentiasa berada dlm rahmat Allah swt dan kesihatan yg baik.

semoga laknat Allah swt atas mrk yg menjual agama utk habuan dunia.

tlg risik: dulu aku tgk gambar plet PAS 17 di elysion. knp skrg di vellfire?

"Ahli Parlimen Sungai Siput, Jeyakumar yang berfahaman sosialis memilih menjual AP kenderaan yang dimilikinya sebagai Ahli Parlimen untuk membina sebuah jambatan bagi kemudahan penduduk, malah terus menggunakan Volvo lama sebagai kenderaan seharian." shahbudindotcom.

org kapir lebih bermaruah dr ulama serbang pascai

wadie fauzi berkata...

Allah...Kenapa la jadi macamnie.Zaman Almarhum Tuan Guru dulu dah pesan.hati2 dgn puak Umno BN nie.Kecewa Aku...Kecewa dengan Pas Skarngnie...Sedih keluarga aku di MeMali...

air gunung berkata...

Perang dah masuk tahap 5 neh...
Boleh pakai siku lutut lagi ker....
Memang org kelantan dan PAS mcm isi n kuku.
Tp jgn pandang rendah keintelekan org kelantan.mereka dah buktikan sblm ni...
Kuasa budu memang power..org kelantan mkn biasa2 jer.org 'luar' kalau kena sumpahan budu hirup terus...kah kah kah...
So ingt laaa PAS oiiii...the power of Budu...
Bila2 jer korang akn ditempayanbudukan...

Tanpa Nama berkata...

Kesian pimpinan baru pas skrg ni, tujuan ahli pas bawahan dan perjuangannya yg berpuluh tahun nak tumbngkn umno bn, tetapi presiden sendiri niatnya nak bergabung dgn umno.....sebab tu skrg bila tembelang dah pecah sedikit demi sedikit pimpinan pas skrg buat pelbagai kenyataan mcm mna nak menghalalkan gabungan pas umno....
Tahniah husam berani kerana benar, selamatkan ahli pas yg selana ini tak tahu dari terus ditipu oleh pihak berkepentingan....

Tanpa Nama berkata...

buat macam saya je....dah keluar Pas dan dah isi borang AMANAH, tah payah lagi nak pening-pening kepala,tidur lena dan makan berselera.

Tanpa Nama berkata...

Betul tu,pemimpin pas bawahan mcmana pun cuba nk mnghalalkan tindakan hj hadi,sbb sy msih brcampur dgn ahli2 pas

sb dehlawi berkata...

tuan tuan tunggu, bukan yb husam saja, ramai lgi yb pas ktan akn hijrah ke amanah...sabar

Abdul Said berkata...

Tuan Tanpa Nama 4:14 PTG. Memang betul tuan cakap tu, namun masaalahnya berapa ramai ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS ditipu oleh si Hadi. Pinjam perkataan budak-budak, si Hadi ni kaki kencing. Kencingnya lagi hancing dari kencing orang makan petai + kerdas + jering!!. Pada dia pengorbanan pemimpin-pemimpin dahulu serta ahli-ahli tidak ada nilai walau pun yang diserahkan adalah nyawa, darah, airmata dan harta!! Itulah dia orang yang dipanggil ulamak bila sudah gelap mata melihat habuan dunia untuk diri dan kaum kerabat!!!

Jeman berkata...

Diorg dh lupa perjuangan org2 memali..

Wan Rosli berkata...

Alhamdulillah.. ini bukti besar PAS tak berhasrat begabung dgn UMNO... hanya berhasrat bergabung dgn PKR dan kerjasama dgn UMNO utk perintah Sgor..

tanya sama itu hud hud berkata...

Hadi awang,jubahnya banyak poket2 rahsia..

Tanpa Nama berkata...

Sedikit maso dulu ambe ade dengo cerite macang ni.Tapi ambe x brp yaking. Bila YB Husam dedah semula keyakinang ambe bertambah kuak dan teruh dok caye lagi dengang Presideng PAS bawah pimpinang TGHH ning. PAH dah jadi kuca lana le ning. Matlamat perjuangang dah hilang.Yang ada matlamat nyer ialah nok gabung dengang UMNO. Ade orang menentang habih dibabi dianjing dicop nyer puak2 tu. Tahniah YB Husam kerana mendedohkang MATLAMAT TAHIK yang nok dicapai PAS yang dipimping oleh Hj.Hadi dan EXCO nyer yang jadi juare angguk jer ler ni.

Tanpa Nama berkata...



Bukan Anwar sahaja yang nampak kebolehan dan ketokohan Husam. Ramai yang inginkan Husam menganti Anwar sebagai PM satu hari nanti. Tak tahu lah samada Hj Hadi keciwa kerana Anwar jadi PM atau kerana Anwar tidak jadikan Hj Hadi sebagai TPM ?

Tapi kalau macam ini lah perangai dan bijak nya Hj Hadi, dua kali punah negara dari apa yang Najib buat !

Bijak. Bijak.

Silap-silap jika Husam keluar dari PAS, ramai yang di bawa sekali. Sebab ramai yang akan datang mendengar ceramah Husam dan mendapat cerita sebenarnya mengapa Hj Hadi menawarkan diri untuk menjadi penasihat.

Lagi lama dan lagi banyak Husam buat ceramah lagi baik.

Tanpa Nama berkata...


Sebagai Ulamak dan Presiden parti Islam, sudah sampai masanya Hj Hadi berteru-terang. Hj Hadi tidak perlu mengesahkan cerita yang dia telah menawarkan Azmin dan beberapa rakannya untuk menyertai PAS.

Hj Hadi hanya berterus-terang yang niat nya untuk membawa PAS dan UMNO bersatu.

air gunung berkata...

Hehehe wan rosli..
Hehehehe
Haper haper ntah

pak maun berkata...

Benar. Yang salah bukan Pas tetapi Hj Hadi n the geng. Dia buat parti mcm hak dia sorang je. Nak urus parti pun x reti, ada hati nak urus negara? Kalau dia beria sgt nak bersekongkol dgn ameno, pergi la. Buat apa seret dgn parti sekali

Tanpa Nama berkata...

Bukti mende? Gabung dgn 3 adun PKR dan kerjasama dgn 12 adun umno?

Tanpa Nama berkata...

Marah betul puak2 tu dgn kenyataan YB Husam sambil jerit2 .... "Apa lagi yg Husam mau"..

Tanpa Nama berkata...

Wan Rosli sudah lulus pelajaran yang diberi Hadi .cakap mesti pusing2 .cari idea walaupun tak masuk akal ,biar orang kata kita ni gila asalkan memnag sungguh kita gila ,itulah yang terjadi pad Wan Rosli,Wan tulis dan sokong terus Hadi bergabung dengan Umno,guna diuit 2.6 ringgit beli ahli PKR ,dulu tuduh orang beli ahli Pas ,apa dah jadi Hadi ni .tenguk muka pung tak berseri langsung,asik nak marah je .Hadi.Hadi.Wan Rosli.wan rosli U turn hari2.

dol berkata...

tanpa bergabung umnu pun pas dh nk sendirian. so tk relevan dh pas ni. srndirian bermakna pas tknk undi dr rakyat. kita kena wala perintah presiden.

sesapa yg undi pas.. mereka derhaka kpd ayatollat hadi.

cukup dgn hadi sorang jd penasihay mcm jamil khir.. mkn gaji menteri... udah

pas dh boleh dibubarkn srlepas hadi dpt jd penasihat misai kontot.

apalah sgt nk bg hadi gaji menteri penasihat dgn keuntungan umnu dpt rampas kelantan dn segala hasil bumi petrol dn gas asli yg byk dikelantan

hadi dn pasug adalh pengkhianat umat Allah dan Rasul saw

jgn perasan dpt syurga

Wan Rosli berkata...

Tima kasih kerana menaikkan darjat saya sama dgn idolaku TGHH .. namun sy x layak sama sekali... Bagaimanapun kami x pernah u turn dlm perjuang hudud. Dan kami x sesekali tunduk pd DAP yg menentang hudud secara terang2an serta pihak yg setuju tolak hudud kalau DAP tolak hudud.. Alhamdulillah sehingga kini belum nmpak kesilapan TGHH..sbb tu kami humban segala pengkhianat masa muktamar dulu.. kalau setakat nk kerjasama, DAP dan PKR pun pernah sebut nak bekerjasama.. PAS x kesah pun.. jadi kami dgn bangga berjaya menghumban golongan pengkhianat PAS.. mujurlah iskandar samad kami pilih jd naib presiden.. kalau husam musa, parah PAS.. pasti dah tunduk dgn DAP..

Tanpa Nama berkata...

wan rosli ni mungkin dr zuhdi atau motar snake

penyokong pas semua dh keliru tkkn nk tulis apa2

hnya 2 ekor agen umnu tu je yg berusaha terus utk sokong agenda mereka

tu sebb dok guna nama sama... sebb 2 org tu je yg dalang srbenar.

hadi bodoh gitu je jd tenuk tunggangan 2 agen umnu tu