MB Terengganu timbang lantik Hadi penasihat k'jaan
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dilapor mempertimbangkan melantik Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai penasihat kerajaan BN itu.
“Tiada masalah. Saya pernah jumpa Hadi sebelum jadi MB dan kami ada berbincang.
“Beliau beri beberapa pandangan positif (berkaitan kerjasama tidak memihak dan pentadbiran).
“Ia gambarkan kesediaan PAS membuka pintu untuk mula bekerjasama dengan kita,” beliau dilapor sebagai berkata oleh New Straits Times.
Razif berkata demikian ketika menyampaikan ucap utama dalam konvensyen Umno Terengganu semalam.
Beliau berkata penting untuk mempertimbangkan pandangan politik pelbagai pihak dan menerima apa yang memberi manfaat kepada orang ramai.
Hadi pada 1 November berkata partinya sedia bekerjasama dengan BN dalam isu-isu pentadbiran. -mk
ULASAN GB
Lintang pukang pemimpin dan ahli-ahli PAS apabila Husam Musa mendedahkan tentang wujudnya cadangan kerjasama UMNO-PAS oleh Haji Hadi dimana mereka menafikan pendedahan yang telah dibuat oleh Husam berkenaan.
Ada yang menuduh Husam memfitnah. Ada yang menyatakan Husam berkata demikian kerana kalah dalam muktamar yang lalu dan pelbagai tohmahan dlemparkan kepada Husam ekoran pendedahannya itu.
Namun kenyataan Husam itu mempunyai kredibilitinya apabila ditinjau kepada kenyataan yang pernah dibuat oleh Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki seperti berikut:
Justeru itu rakyat percaya bahawa tidak mungkin Husam berbohong atau memfitnah, tambahan pula di sidang DUN Kelantan, ADUN-ADUN PAS nampaknya semacam gembira apabila Husam dihentam oleh ADUN UMNO seperti menampakkan dengan jelas "kerjasama" PAS-UMNO tersebut.
Ada baiknya dengan satu cadangan supaya Haji Hadi, Azmin dan Husam sendiri bersumpah (bermuhabala) mengenai apa yang didedahkan oleh Husam berkenaan untuk menetap dan mempastikan kebenaran. Apakah ada keberanian untuk pihak yang terlibat itu melakukannya? Saya yakin Husam berani tetapi tidak pasti dengan Haji Hadi dan Azmin.
Mengenai keinginan Haji Hadi menjadi Penasihat kepada UMNO BN, pun sekali lagi lintang pukang ahli-ahli PAS cuba pertahankan presidennya. Ada yang terpaksa menokon-tambah kenyataan Haji Hadi supaya dapat dijustifikasi dan diterima oleh rakyat. Contohnya (yang berkotak merah itu kenyataan ditambah):
Dan paling menarik apabila MB Terengganu menyatakan beliau sedia mempertimbangkan melantik Haji Hadi sebagai Penasihat kerajaan Terengganu. Pucuk diicita ulam mendatang. Haji Hadi dapat apa yang dipintanya. Tak payah susah-susah nak bertanding plihanraya lagi, terus dapat jawatan Penasihat yang bertaraf menteri.
Beigtu jugalah pemimpin-pemimpin PAS yang lain yang kononnya "berdegar-degar" menghentam UMNO seperti TITM, tetapi pada masa yang sama enggan untuk menyokong usul tolak bajet 2016. Alasannya Najib belum tentu dapat dijatuhkan kalau Bajet ditolak. Ada juga pemimpin tertinggi PAS yang bermentaliti Ahmad Maxlan. Ertinya tak payah tentang atau tegur apa-apa pun yang Najib lakukan sekarang kerana belum tentu Najib boleh dijatuhkan, kena tunggu pilihanraya nanti. Tak perlu makan ubat sebab penyakit belum tentu pulih. Kena tunggu sampai dibawa ke hospital. Itu analoginya.
Bukan kita nak guling Najib secara revolusi tapi nak sampaikan mesej kepada Najib bahawa banyak lompangan besar dalam Bajet 2016 sepertimana yang telah kita dedahkan sebelum ini terutama mengenai isu 1MDB yang hebat diperkatakan sekarang. Begitu juga isu GST yang mencengkam rakyat disamping subsidi yang begitu banyak dihapuskan di atas nama rasionalisasi.
Kebenaran akan tetap terdedah jua dan hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan... rakyat sedang menilai tindak-tanduk PAS dan sudah bersedia untuk menghukum PAS di dalam pilihanraya yang akan datang nanti.
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dilapor mempertimbangkan melantik Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai penasihat kerajaan BN itu.
“Tiada masalah. Saya pernah jumpa Hadi sebelum jadi MB dan kami ada berbincang.
“Beliau beri beberapa pandangan positif (berkaitan kerjasama tidak memihak dan pentadbiran).
“Ia gambarkan kesediaan PAS membuka pintu untuk mula bekerjasama dengan kita,” beliau dilapor sebagai berkata oleh New Straits Times.
Razif berkata demikian ketika menyampaikan ucap utama dalam konvensyen Umno Terengganu semalam.
Beliau berkata penting untuk mempertimbangkan pandangan politik pelbagai pihak dan menerima apa yang memberi manfaat kepada orang ramai.
Hadi pada 1 November berkata partinya sedia bekerjasama dengan BN dalam isu-isu pentadbiran. -mk
Cadangan 'penasihat' sebahagian dari rancangan kerjasama Umno dan PAS, dakwa Husam
Adun Salor, Datuk Husam Musa melontar 'bom' malam tadi apabila mendakwa cadangan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menjadi penasihat kepada Umno adalah sebahagian dari perancangan kerjasama antara kedua-duanya.
Ia dilakukan kerana cadangan untuk bersatu termasuk untuk membentuk kerajaan bersama di Selangor sebelum ini masih ditolak oleh akar umbi PAS.
"Niat dihati sudah ada tetapi oleh kerana rakyat jelata tidak boleh terima lagi, bila campak penasihat dulu macam mana," kata beliau dalam ceramah pertamanya malam tadi selepas sekian lama berehat.
Husam berkata, usaha sedang dibuat untuk membolehkan para wakil rakyat PAS dilantik ke dalam kerajaan Pusat namun sukar untuk dilantik sebagai menteri kerana bilangannya sudah terlalu besar.
Menurut Husam, Menteri Pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz pernah berkata, adalah sukar untuk menambah bilangan menteri dalam kerajaan lagi kerana bilangan 39 menteri sudah terlalu ramai.
"Datuk Nazri beritahu, tak sah masuklah, menteri sudah penuh. Sebab itulah timbul idea lantik jadi penasihat yang bertaraf menteri," kata Husam.
Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan, Presiden PAS itu berkata, PAS bersedia menjadi penasihat kepada kerajaan berkaitan pelbagai isu yang menyentuh kepentingan rakyat termasuk 1Malaysia Development Bhd. (1MDB), cukai barangan dan perkhidmatan (GST), perumahan, kejatuhan nilai mata wang dan sebagainya.
“Kita nak tolong selesaikan masalah, kita bukan nak rebut kuasa. Kalau UMNO ubah kuasa dengan konsep Islam, kita akan bantu dia. Yang penting kita nak ubah pemerintahan kepada lebih baik berasaskan tuntutan Islam,” katanya ketika berucap dalam program Dialog Rakyat Bersama PAS anjuran Badan Perhubungan PAS Terengganu di Marang. -malaysiadateline.com
ULASAN GB
Lintang pukang pemimpin dan ahli-ahli PAS apabila Husam Musa mendedahkan tentang wujudnya cadangan kerjasama UMNO-PAS oleh Haji Hadi dimana mereka menafikan pendedahan yang telah dibuat oleh Husam berkenaan.
Ada yang menuduh Husam memfitnah. Ada yang menyatakan Husam berkata demikian kerana kalah dalam muktamar yang lalu dan pelbagai tohmahan dlemparkan kepada Husam ekoran pendedahannya itu.
Namun kenyataan Husam itu mempunyai kredibilitinya apabila ditinjau kepada kenyataan yang pernah dibuat oleh Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki seperti berikut:
Justeru itu rakyat percaya bahawa tidak mungkin Husam berbohong atau memfitnah, tambahan pula di sidang DUN Kelantan, ADUN-ADUN PAS nampaknya semacam gembira apabila Husam dihentam oleh ADUN UMNO seperti menampakkan dengan jelas "kerjasama" PAS-UMNO tersebut.
Ada baiknya dengan satu cadangan supaya Haji Hadi, Azmin dan Husam sendiri bersumpah (bermuhabala) mengenai apa yang didedahkan oleh Husam berkenaan untuk menetap dan mempastikan kebenaran. Apakah ada keberanian untuk pihak yang terlibat itu melakukannya? Saya yakin Husam berani tetapi tidak pasti dengan Haji Hadi dan Azmin.
Mengenai keinginan Haji Hadi menjadi Penasihat kepada UMNO BN, pun sekali lagi lintang pukang ahli-ahli PAS cuba pertahankan presidennya. Ada yang terpaksa menokon-tambah kenyataan Haji Hadi supaya dapat dijustifikasi dan diterima oleh rakyat. Contohnya (yang berkotak merah itu kenyataan ditambah):
Dan paling menarik apabila MB Terengganu menyatakan beliau sedia mempertimbangkan melantik Haji Hadi sebagai Penasihat kerajaan Terengganu. Pucuk diicita ulam mendatang. Haji Hadi dapat apa yang dipintanya. Tak payah susah-susah nak bertanding plihanraya lagi, terus dapat jawatan Penasihat yang bertaraf menteri.
Beigtu jugalah pemimpin-pemimpin PAS yang lain yang kononnya "berdegar-degar" menghentam UMNO seperti TITM, tetapi pada masa yang sama enggan untuk menyokong usul tolak bajet 2016. Alasannya Najib belum tentu dapat dijatuhkan kalau Bajet ditolak. Ada juga pemimpin tertinggi PAS yang bermentaliti Ahmad Maxlan. Ertinya tak payah tentang atau tegur apa-apa pun yang Najib lakukan sekarang kerana belum tentu Najib boleh dijatuhkan, kena tunggu pilihanraya nanti. Tak perlu makan ubat sebab penyakit belum tentu pulih. Kena tunggu sampai dibawa ke hospital. Itu analoginya.
Bukan kita nak guling Najib secara revolusi tapi nak sampaikan mesej kepada Najib bahawa banyak lompangan besar dalam Bajet 2016 sepertimana yang telah kita dedahkan sebelum ini terutama mengenai isu 1MDB yang hebat diperkatakan sekarang. Begitu juga isu GST yang mencengkam rakyat disamping subsidi yang begitu banyak dihapuskan di atas nama rasionalisasi.
Kebenaran akan tetap terdedah jua dan hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan... rakyat sedang menilai tindak-tanduk PAS dan sudah bersedia untuk menghukum PAS di dalam pilihanraya yang akan datang nanti.
23 ulasan:
Saya rela Melayu dihina tapi tidak pada Islam. Biarlah berjuta Melayu marahkan saya atau sampingkan saya atau cacikan saya atau ..., saya tetap berdiri bersama Islam. Allah swt satu-satu sahaja pilihan aku dan Allah swt bukan keturunan Melayu. Saya tak sanggup mempertahankan Melayu dengan membiarkan Islam dihina. Saya jadi mulia kerana Islam dan bukan kerana Melayu.
Kenapa harus kita pertahankan Melayu yang korup??? Adakah dengan berbuat sedemikian, MARUAH Melayu akan pulih??? Melayu korup ni yang selalu melaungkan bahawa MARUAH Melayu tercemar oleh bangsa lain sedangkan depa langsung tak ada MARUAH lagi selepas keperibadian depa dah tercemar dek perbuatan dan kelaku depa.
Yang mengharamjadahkan orang lain dah diharamjadahkan.
Tang tololkan orang lain dah ditololkan.
Pening saya dibuat puak ni ... lambang Islamkah depa ni?
Jd punahsihat pn xpe..yg pnting masyuuukk...
PAS tetap percaya Bajet 2016 adalah pembuka laluan kepada kadar GST yang lebih tinggi pada bajet-bajet akan datang. PAS mengambil sikap berkecuali dalam mengundi tidak percaya pada bajet ini kerana ada elemen di dalamnya yang diperlukan oleh rakyat marhaen yang kian susah kehidupan mereka. Mereka tidak perlu menjadi mangsa politik dalam keadaan ekonomi tidak menentu, kredibiliti negara terus dipersoal kerana skandal kewangan 1MDB dan juga Perdana Menteri dan juga pembangkang yang masih jauh dari mencapai kata sepakat.
PAS tidak mahu menghantar mesej bahawa kami membantah gaji kakitangan dan pencen pegawai kerajaan dinaikkan dan begitu juga bonus yang diharapkan mereka untuk mengurangkan beban masa ini yang terdapat di dalam Bajet 2016. Begitu juga hasrat golongan berpendapatan rendah yang kini boleh menikmati gaji minima dan manfaat yang bakal diperoleh warga penoreh getah dan Felda melalui Bajet 2016. PAS tidak bersetuju dengan BR1M, tapi pada masa yang sama, PAS dan pembangkang lain tiada kuasa untuk menghalang kenaikan tol dan sebagainya meskipun ia di negeri yang ditadbir pembangkang dan rakyat yang kesempitan memerlukan bantuan ini sehinggalah ada alternatif yang lain di PRU14 nanti.
Dan sekiranya pembangkang mendapat cukup sokongan untuk menang usul tidak percaya pada Bajet 2016, apakah yang akan berlaku selepas itu? Pengalaman Amerika Syarikat bilamana berlaku "goverment shutdown" , selepas bajet Obama ditolak sehingga menyusahkan rakyat serta kakitangan kerajaannya - namun Obama terus berkuasa.
"Government shutdown" menyebabkan 800 ribu kakitangan kerajaan persekutuan di Amerika Syarikat terpaksa mengambil cuti sementara manakala 1.3 juta lagi terpaksa lapor diri ke tempat kerja tanpa diberitahu bila gaji mereka akan dibayar. Akhirnya, rakyat Amerika menyalahkan pembangkang.
Oleh itu, sekiranya bajet berjaya ditolak, ia hanya memeritkan urusan harian rakyat tergantung termasuk gaji kakitangannya yang tidak boleh dibayar akibat tindakan itu, akan tetapi langsung tidak mengancam kedudukan Perdana Menteri mahupun BN yang menjadi fokus untuk ditumbangkan kerana tidak amanah. Percayalah Najib tetap tidak akan meletakkan jawatan walaupun bajetnya ditolak.
Keadaan ini berbeza dengan usul undi tidak percaya kepada perdana menteri. Kerana PAS telah mengambil pendirian menyokongnya sekiranya ia dibawa untuk dibahas di Parlimen.
Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
betul ke akan jadi camni? saifudin ckp jd lain. mana satu ynag betul?
Ini nama nya pucuk di cita, ular yang datang.
Hj Hadi nak jadi Penasihat Negara tetapi di tawarkan jadi Penasihat Negeri.
Ok lah tu sekurang-kurang nya Hadi dah sama taraf dengan Anwar yang jadi Penasihat Selangor.
Alasan TITM yang enggan untuk menyokong usul tolak bajet 2016 ialah kerana penjawat awam dapat kenaikan. Konon nya dapat membantu mereka menghadapi kenaikan harga barang.
TITM tidak pulak membela dan langsung tidak memikirkan nasib Guru Yik yang menghadapi masalah kewangan atas perbuatan Kerajaan Kelantan.
Salam:
Kesihan ahli-ahli PAS,Bagaimana saudara-saudara ahli PAS yg terbunuh di MEMALI atas arahan UMNO.?Bagaimana ahli-ahliPAS dimana pertugas-pertugas PAS di bunuh semasa pilihanraya dulu?Bagaimana ahl-ahli PAS yg bercerai-berai disebabkan AMANAT Hadi?.Bagaimana ahli-ahli bawahan "kais pagi mkn pagi,kais petang mkn petang"?
UMNO Masih tidah mahu mengubah undang-undang penjajah!!HUDUD jauh api dari panggang!!umno lebih banyak MUDARAT dari kebaikan ,PAS sudah berbincang dgn umno,sedangkan umno terang2 menolak hudud,menghapuskan rasuah dan enggan jadikan good governance.
Jelas sekarang yg UNTUNG dan mendapat FAEDAH,Hanyalah pemimpin2 PAS beberapa kerat sahaja.Ahli-ahli biasa menggigit jari,ISLAM kamana??Dunia pun ka mana?
wallahualam.
Ada dua perkara, P.Ramlee dikatakan hebat.
1. Salleh Kamil jadi Penasihat Ahmad Nisfu, dapat 25 percent.
* Hadi Awang jadi Penasihat UMNO (Najib Razak), dapat berapa percent?
2. Sebut saja pasal 'hospital', semua harta P.Ramlee kena rampas.
* Sebut saja pasal '1mdb', semua jawatan Muhyiddin Yassin terlucut.
Filem "3 Abdul" yang dikeluarkan pada tahun 1964, 51 tahun yang lalu.
Betul la kata HUsam..hadi pil kuda ni dah mcm ular lidah bercabang bila2 je statement dia blh u turn..TITM dah boleh la menuntut ilmu u turn kat hadi ganti bila dia dah bersara nanti..ape pulak kata mursidul ang ye...
Sekarang ini.semuanya bermuara ke arah DUIT dan KEMEWAHAN DUNIA.. sudah hilang maksud KEIKHLASAN walaupun dalam keadaan tidak disedari..
"ZAHARUDDIIIINNNGG... oh menantu abah. kesayangang Abah.. intang payung.. Mu dok dmane ni? Camane abah nak buat ni..? Tulung abah bagi idea, macamane abah nak jawab ni???" Abah rasa, mu daksah le debat ngan Husang.. Naye alek kite!! Karang banyok lagi yang keluo bende-bende yang oghang dok tahu selame ni. Panda-panda le mu buat alasang, janji mu jangan debat ngan Husang ye.. sayang. Menantu abah yerrr..."
Kalau era Pak Lah dicipta Islam Hadhari, kalau Islam diithbatkan kepada akhlak.HA dan komrad2nya nak dinamakan Islam.jenis apa?
Akal dan fikiran TITM semakin menyusut dan megecut.
TITM sudah mengambil contoh teladan dari Obama dengan meninggalkan contoh teladan Rasulullah saw.
" Pengalaman Amerika Syarikat bilamana berlaku "goverment shutdown" , selepas bajet Obama ditolak sehingga menyusahkan rakyat serta kakitangan kerajaannya - namun Obama terus berkuasa."
Jika begitu pandangan TITM mengenai bajet dan Obama yang terus kekal, apa masalah PAS sokong tolak bajet Najib sebab seperti Obama terus kekal, Najib pun terus kekal !!
Jika Obama lah yang terima RM 2.6 billion adakah Obama akan terus berkuasa?
Adakah kerana pekerja tidak dapat gaji maka US terpaksa juga terima bajet Obama ? Mengarut.
PAS tidak sudah-sudah mengatakan bajet ada kebaikan nya kepada rakyat. Untuk dapat duit yang di beri pada rakyat dan membayar gaji rakyat mesti lah datang dari strategik pelaburan asing. Bukan semata-mata dari GST, bukan dari kenaikan cukai atau bukan dari hapuskan subsidi. Yang ini lah yang merisau kan Nazir adik Najib.
Semakin bertambah ramai yang menyokong Amanah semakin berkurangan kecerdikan TITM.
Kepada Allah kita kembalikan.
Saya setuju hadi jadi penasihat kerajaang negeri terengganu dahulu ,kerana dulu Hadi pernah tadbir terengganu dan dia tahu bagaiman nak uruskan terengganu untuk maju lebih dari sekrang ,Menjadi pengurus bukanya banyak kerja asalkan gaji menyamai gaji MB terengganu.teruskan hadi nasihat MB terengganu agar trenggnau lingkup macam dulu .orang umno jaga2 sikit
dalama beberapa PRU lepas... ada desas desus dr org umnu sendiri yg mengatakan umnu diberi dana 2b oleh konglomerat cina yg terkenal di malaysia ini.
ketika itu PAS kelantan cemas, maka TGNA telah mengadakan solat hajat di stadium utk selamatkan kelantan dpd umnu. Allah makbulkan munajat tersebut
tentang dana itu tidak diketahui selepas itu. mungkin juga ia sebahagian dpd 2.6b yg ada dlm akaun seorg pemerintah sekarang. tak pasti.
mengapakah begitu besar dana diberi utk rmapas kelantan?
kerana kelantan bumi kaya hasil dalam bumi. PETROLIUM DAN GAS ASLI.
dikatakan gas asli bernilai triilion tong. wallahualam.
jika berjaya rampas kelantan maka konglomerat itu akan pasti mendapat keuntungan dgn projek2 memunggah hasil bumi kelantan. pulang modal walau pun berbelanja 2b.
memandangkan konspirasi itu masih belum berjaya, maka umnu dan kroni tidak akan berhenti berusaha utk merampas kelantan hingga hari ini.
dlm politik selain dpd menghentam memfitnah sabotaj musuh politik terutama terhadap pembangkang, tektik seterusnya ialah dgn merasuah dgn tawaran2 hebat. ini brlaku terhadap Nabi saw sendiri.
kita yakin inilah tektik yg sedang digunakan umnu terhadap kepimpinan PAS sekarang melalui gula2 hudud dan persatuan melayu islam. itu dimulut masing2 tp dihati mereka sedang menagih keuntungan harta wang ringgit kekayaan yg akan dikognsi bersama... kot2 umnu tk menipulah
selepas puas hentam PAS dgn benteng TGNA gagal maka kini dirasuha pula dizaman TGHH. kelihatannya tektik ini berjaya.
umnu mendapat 2 keuntungan :
1.dapat pecah belahkan pembangkang
2.harapan cerah rampas kelantan dn segala kekayaannya
husam sedar perkara ini. pemimpin PAS yg sedang lalai dgn keduniaan tidak akan peduli niat musuh nk rampas kelantan dan hasil buminya. kerana itu husam berusaha dedahkan kebodohan pemimpin PAS dan berharap PH akan dpt mengambil alih kelantan dpd perompak2 umnu dan konglomerat mereka yg sgt rakus.
pemimpin PAS bukan saja disogok malah mereka dibiarkan menyeleweng mencuri balak misalnya. kalau dulu2 sudah tentu TV umnu hari2 dedah PAS mencuri balak. dulu TGNA nk pergi Mekah org belanja pun dibesar2kan.
sekarang PAS curi balak pun senyap saja. kalau PAS lawan umnu maka segala jenayah PAS akan didedah. PAS sudah terperangkap dgn jenayah mereka. maka kejahatan PAS akan terus meningkat.. percayalah.
SELAMATKAN KELANTAN DAN HASIL BUMINYA DARIPADA UMNU DAN PARASIT PAS
SELAMATKAN SELANGOR DPD UMNU DAN PARASIT PAS DAN PEMIMPIN PKR(jika ada) YG MULA DIJANGKITI PENYAKIT PASUG
PERCAYALAH JIKA SELANGOR DAN KELANTAN DIRAMPAS UMNU... PAS AKAN DIBUANG KE TEPI JALAN MCM PELACUR MURAHAN. JGN HARAP HADI NK DPT JAWATAN APA2.
MAKA SEPANJANG SEJARAH TANAH MELAYU. UMAT TIDAK AKAN MAAFKAN KEBODOHAN PEMIMPIN2 PAS YG MEMBANTU UMNU MERAMPAS KEDUA2 NEGERI TERSEBUT
YA ALLAH DEDAH DAN BINASAKANLAH PEMIMPIN2 YG MENIPU DAN MENGKHIANATI RAKYAT DAN UMAT NEGARA INI SAMADA MEREKA ULAMAK ATAU UMARAK.... AMIIIINN
Jadi punaisihat pun ok gak..
Sebagai Penasihat Terengganu, minta Hj Hadi hapuskan cukai pintu.
Tidak satu pun yang UMNO kekalkan selepas mengambil semula Terengganu dari Hj Hadi. Sekarang nak lantik pulak Hj Hadi jadi penasihat.
Hadi kaki tipu ini kah ulamak yang di banggakan? Ini bukan ulamak cuma menjadi manusia diwaktu pagi dan menjelirkan lidah macam anjing di waktu petang.
umno bn hanya boleh diberi peringatan dan pengajaran dgn ditewaskan di PRU dan dilucutkan kuasa sebagai pemerintah. selagi kuasa ditangan mereka, jangan haraplah mereka hendak berubah. segala ketirisan yg didedahkan oleh laporan audit negara, tidak pernahnya menyusut. hanya dgn menumbangkan mereka saja, dapat kita menyedarkan mereka akan ketamakkan mereka yg hingga membutakan akal dan iman. kekhilafan umno bn itu adalah kerana kejahilan pemimpin2 mereka. pemimpin yg jahil akan mengajar anak2 buah jadi jahil. berapa ramai pemimpin umno bn yg punya integriti, amanah dan bijaksana. kebanyakkan mereka mengharap idea2 dari penasihat mereka. jika penasihat mereka tahap penasihat 25% mcm cerita 3 abdul itu, memang kelaut lah jawabnya. bukan memberi kebaikan malah menuju kemusnahan.
jadi keputusan PAS nak jadi penasihat dan nak bekerjasama dgn umno, bukan saja menyelamatkan umno dari tumbang, malah mengekalkan mereka memerintah dan melakukan segala kerosakan. malah dosa2 mereka akan terpalit pada PAS dan mungkin juga pemimpin PAS yg tak kuat iman bersama2 join sekaki melakukan dosa. lihat saja kelantan kini. PAS saja memerintah selepas kepimpinan TGNA sudah menuju ke arah kemusnahan. mereka yg so call ustaz dan alim kucing sudah buat mcm2 perkara2 yg tidak Islamik. kepentingan rakyat tidak didahulukan. banyak transaksi2 yg tidak menguntungkan dan dikaitakan dgn kroni juga salahguna kuasa. saya rasa sudah sampai masanya ahli2 yg masih punya jati diri dan iman yg kuat bangkit membetulkan pas kembali. tidak boleh mengharap pada pemimpin2 yg digelar harum manis. tidak boleh harap pemimpin2 dari Amanah saja. kerana mereka2 ini bila masih ada yg mengikut dan tak tegur mereka. selamanya mereka akan rasa, merekalah dipihak yg benar.
kita benci umno bukan kerana parti umno itu. kita benci umno kerana pemimpin2 mereka byk melakukan dosa dan kerosakan. mereka mampu berkuasa kerana mereka punya wang dan kuasa. tanpa kuasa dan wang, tidak akan ada siapa yg akan menatang mereka bagai minyak yg penuh. ahli2 dan pengikut mereka tidak boleh lagi meraih kesenangan ke atas pemimpin mereka. tewasnya umno bn akan memutuskan segala jaringan dan rantai kekuasaan dan sokongan dari ahli. kerjasama dgn umno bn adalah seperti Pas sanggup terjun ke lubang tahi. sama2 bermain tahi dgn mereka. jika umno ikhlas nak bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. umno kena tunaikan dulu hak2 rakyat kelantan iaitu royalti yg tertangguh. umno kena bawa ekjs dan luluskan ekjs. umno tidak lagi diskriminasi pada ahli2 pas dgn memberi segala kemudahan dan bajet utk pengurusan dun dan parlimen yg selayaknya diterima oleh Pas. umno kena dengar nasihat pas dgn menurunkan kadar gst, memperkasa undang2 syariah dan lain2 kepentingan utk Islam dan melayu. Jika semua ini boleh dipersetujui dan dilaksanakan tanpa ada helah. barulah kerjasama Pas Umno itu membawa kebaikan. jika semua ini Pas tak minta umno buat dan beri. maknanya pemimpin pas hanya nak meraih kesenangan dari umno demi kepentingan duniawi. ahli2 Pas akan dibodohkan dgn segala mcm alasan dan dalil2 diperguna hanya demi nak tunjuk kononnya mereka di berada pihak yg benar. isu wala' akan dibangkitkan dan ahli akan diikat dgn hujah, pemimpin2 ini lebih tahu dari kita. makam mereka kan tinggi. jadi kita ikut je. bila akal diletak ketepi. hancurlah manusia.
Harap pihak gboc buat ulasan mengenai program yg bakal dibuat oleh pas iaitu hari memperingati peristiwa memali. Saya rasa amat jelik sekali bila dapat tahu akan hal ini. Ada hati nak buat sambutan ini. Apa yg pas cuba buktikan. Apa yg ingin diingati. Kerana umno bn yg berdosa penyebab tragedi memali itu kini ingin dijadikan kawan. Ia umpama mengkhianati perjuangan org terdahulu. Mereka berjuang hingga gugur syahid. Tapi perjuangan mereka itu masih tidak dibela sepenuhnya. Mangsa2 masih difitnah hingga kini dan makin hangat bila tiba PRU nanti. Siap dituduh mati katak lagi. Kertas putih kerajaan juga berat sebelah dan menyembunyikan fakta sebenar. Mangsa memali masih tidak mendapat pembelaan yg sepenuhnya. Tapi kini pas yg nak sambut hari memali duk buat kira dgn umno. Betullah melayu mudah lupa.
SURUH HJ.HADI/PAS JADI PENASIHAT NEGERI KELANTAN DULU...NI NEGERI YG DITAKBIR PAS SENDIRI BERMASAALAH SEGI PENGURUSAN..NAK JADI PENASIHAT RUMAH TANGGA ORG LAIN PULAK..PUUUIII
Anwar jadi penasihat negeri yg di takbir PKR...Hj.Hadi..?????
Memang betul UMNO punca kejadian memali.. tapi itu masa di bwh pimpinan lama.. yg sekarang kita buat cara sekarang.. kita hanya bekerjasama atas perkara yg bwk kebaikan rakyat.. adakah dgn mengingati memali kita perlu berhenti dari berusaha utk memperbaiki kehidupan rakyat... atau perlu bersekongkol dgn parti yg menolak hudud jika DAP menolak hudud?..
HUDUD.. PAs hanya jadikan alat untuk kepentingan politik..
Catat Ulasan