7 Nov 2015

PAS Kini Menggelupur Dengan Pendedahan Husam

Kerjasama BN: Timbalan Presiden PAS kata tak perlu

PAS berkata dakwaan bekas naib presiden parti itu Datuk Husam Musa bahawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang cuba membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno dan beberapa wakil PKR tidak benar.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, perkara itu juga sudah dinafikan oleh Setiausaha Politik Abdul Hadi, Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar pada 2014.


Kata Tuan Ibrahim PAS juga tidak mempunyai sebarang keperluan untuk bekerjasama dengan Umno di Selangor.

“Kenyataan tersebut tidak betul sebab kita di Selangor tidak ada keperluan bekerjasama dengan Umno seperti yang didakwa oleh Husam," katanya kepada Malaysiakini semalam.

Husam dalam satu ceramah di Pasar Kedai Mulong, Pasir Mas dilaporkan mendakwa Abdul Hadi mengaku pernah cuba membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno di Selangor.

Usaha itu, kata Husam, cuba dijalankan dengan memujuk beberapa ADUN daripada PKR menyertai gabungan berkenaan.

Klip video ucapan Husan dimuat naik di Facebook pagi ini dan cepat dikongsi pengguna Internet.

Mungkin panggil Husam

Husam yang juga ADUN Salor tidak menyatakan insiden mana dimaksudkan dalam ucapannya itu.

Bagiamanapun, Husam dipercayai merujuk situasi ketika kerajaan Pakatan Rakyat berdepan krisis pertukaran Menteri Besar Selangor daripada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kepada Mohamed Azmin Ali tahun lalu.

Mengulas lanjut apakah PAS akan mengambil tindakan kepada Husam, Tuan Ibrahim berkata parti itu akan meneliti terlebih dahulu kenyataan tersebut sebelum dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa Pusat PAS.

Bagaimanapun Tuan Ibrahim tidak menyatakan bilakah mereka akan bermesyuarat.

“Kita akan teliti terlebih dahulu kenyataan beliau sebelum dibawa ke mesyuarat parti dan hanya akan ambil tindakan berdasarkan laporan yang diterima.

"Mungkin Husam boleh dipanggil untuk beri keterangan berhubung perkara itu,” kata Tuan Ibrahim. -mk

ULASAN GB

Nampaknya pimpinan dan ahli-ahli PAS bukan saja lintang pukang malah kini sedang menggelupur ekoran pendedahan Husam Musa di dalam ceramahnya di Kelantan kelmarin.

Masing-masng kini menggunakan segenap kekuatan yang ada untuk menafi, menghentam malah memfitnah Husam lantaran terkejut dan terkujat dengan pendedahan Husam itu.

GB suka jika Husam dipanggil oleh PAS. GB kira Husam tidaklah gentar untuk menghadapinya kerana ia peluang untuk Husam mendedahan lebih banyak menegenai isu Kerajaan Perpaduan.

Sesuatu yang aneh ialah pendedahan Husam ialah mengenai langkah Haji Hadi yang berusaha untuk membuat kerajaan perpaduan dengan UMNO. Sepatutnya PAS merujuk kepada Haji Hadi untuk penjelasan dan kesahihan. Ini tidak, Husam yang diburu dan dihentam. Sama macam kerajaan UMNO BN, yang dilaporkan tak disiasat, tetapi orang melapor yang kena siasat kena dakwa.

Tentang penafian setpol Haji Hadi yang bernama Ahmad Samsuri (yang menurut sesetengah pihak beliau merupakan Ketua Lujnah Penafian & Pembetulan PAS Pusat - iaitu tukan nafi dan tukang betulkan apa yang Haji Hadi cakapkan), GB sudah ulas sehari selepas kenyataan itu dikeluarkan iaitu pada 25 Ogos 2014. Petikan:

S/U Politik Presiden PAS menafikan laporan The Malaysian Insider (TMI), tetapi akhbar online tersebut tetap mempertahankan laporannya.

Apa yang jelas ialah penafian S/U Akhbar tersebut tidak menyentuh laporan TMI berkenaan. TMI melaporkan tentang apa yang berlaku pada mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat semalam, sedangkan yang dinafikan oleh S/U Politik Presiden PAS ialah apa yang berlaku pada pertemuan Azmin Ali dan Presiden PAS. Justeru itu, penafian S/U Politik Presiden PAS itu tidak betul dan tidak sah. Entah macamana boleh jadi S/U Politik Presiden jika penafian pun dah salah, bertaraf doktorate plak tu!

Kedua, TMI mendapat maklumat daripada seorang AJK PAS Pusat yang menghadiri mesyuarat semalam. Ada juga yang mendesak TMI menamakan siapa AJK berkenaan. TMI berhak untuk tidak menyiarkan nama AJK berkenaan kerana etika kewartawanan meemperuntukkan pihak media untuk tidak perlu mendedahkan identiti sumber berkenaan. Kerana ia bakal mendedahkan sumber berkenaan kepada unsur-unsur kemerbahayaan yang tidak diduga kecuali dengan perintah mahkamah.

Ketiga, ketika ulasan ditulis BELUM ADA sesiapa pun daripada AJK yang hadir mesyuarat berkenaan menafikan laporan TMI tersebut.

Keempat, Untuk membersihkan nama Presiden PAS, saman dan tindakan undang-undnag boleh dikemukakan terhadap TMI dan mengheretnya ke mahkamah.
Sehingga kini, TIADA tindakan undang-undang dilakukan terhadap TMI. Bererti, PAS tidak mempunyai kekuatan dan krediliti di dalam penafiannya.

Dan jangan lupa juga, dua orang AJP PAS Pusat pernah mengakui tentang rancangan kerajaan perpaduan di Selangor itu, sekalipus "membenarkan" apa yang didedahkan oleh Husam berkenaan. Lagi mahu sembang kecang mahu menafikan?



Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan.... rakyat sedang memerhatikan gelagat PAS yang kini lebih nak menjadi Penasihat UMNO BN dari nak berjuang melawan UMNO BN.

25 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

"ZAHARUDDIIIIINNNNGGGG!!!.. Menantu abahh, kesayangang abah.. intang payong abah!! Pah kuane nih?? Tolong abah, nak!!.. Menantu abah. Bagi la idea skek.., lagumane abah nak jawab nih??!!!"

Tanpa Nama berkata...

TMTI ibrahim .tunggulah dulu jangan cepta mnefikan dan mnunjuk jari kepada penafian yang dibuta oleh orang lain ,kamu ni dahlah menafi tetapi orang lain yang kata .bukan kamu yang tahu seratus peratus.susah nak faham jbneis manusia macam kau ni.pendirian tak tetap,Bukan kau tak kenal Dr Ahmad Shamsuru pakar nafi.

Tanpa Nama berkata...

...dari dulu lagi musykil dengan Zuhdi tu. Macamana boleh kekal bertugas di Universiti Malaya sedangkan dalam masa yg sama ada jawatan dalam Parti PAS. Selalunya, sesiapa saja yang pro-pembangkang akan dihantar bertugas jauh ke kawasan pedalaman. Inilah parasit yang menjahanamkan PAS.. seangkatan dengan Hassan Ali, Nasharuddin Mat Isa!

Unknown berkata...

Salam:

Senang aja TITM dan Iskandar Samad, bawa kes ni ka Mahkamah,dapatkan pengadilan jika Husam yg buat FITNAH, ada BERANI??


wassalam.

Tanpa Nama berkata...




Hebat-hebat nya...Yg Menjadi PENASEHAT
Penasehat LIWAT...Penasehat PILKUDA
Siku dan LUTOT...Si TOLOL Ter Kinjat
FITNAH Merapu...Billiyoun "UPAH"nya ..?


Dulu Kat Trengganu...Sepenggal dah LINGKUP
Bagi Kat Kedah...Pon BUNGKUS Jugak
PONTENG Fitnah....Si Lebai yg KORUP
Penasehat yg HAPRAK...Pon Dah Buat LAWAK?


Hutang Y.I.K....Ber Juta Ber TIMBUN
Hutan GONDOL....Balak di REMBAT
Penasehat siTOLOL...Kemaruk Si "JAKUN?"
Si Siku dan LUTOT...Otak Ter SUMBAT






Semoga Sahabat...Yg AMANAH Budiman
Di Terangi CAHAYA....MUHASABAH Diri
"NASEHATI" Lah Diri Mu...Setelus7-Ke TELUSAN
"NASEHATI" Lah Diri Mu...Dgn Seteguh7-INTEGRITY


Wahai Sahabat...AMANAH Budiman
Langit dan BUMI....Menjadi SAKSI
Hela NAFAS Mu..."Talian"-Nya TUHAN
NAFAS Ke "Hati"-Mu...Sentiasa Di AWASI


Kemana pon Kau Pergi....Pasti di AWASI
PASRAH kan lah....Diri Mu Sepenuh7-HATI
PASRAH lah Ke DAKAPAN....KASEH Abadi
Kelak Kau TEMUI....Indah Nya 'Syurgawi'..





Kelak Kau Temui...Indah Nya 'Syurgawi'
Terlalu INDAH nya....Tiada Ber TEPI..
Maha7-INDAH Nya....Tidak Ter PERI..
HARTA Dan Kuasa...Pon "sirna" di HATI... ..???????


















Tanpa Nama berkata...

zuhdi .. moktar senik adalh 2 agen umnu dlm pas

pemimpin bodoh pas mudah dihancurkn

munafik adalh org yg berada dlm jemaah yg nk dihancurkn

adapun Amanah berterus trang menolak cara pas. Amanah bkn munafik atau pengkhianat

2 3 kerat ular dlm jubah pas itulah munafik dn pengkhianat

Tanpa Nama berkata...

nampak sangat betapa bengang dan geramnya tuang presideng apabila 2 adun pas bertindak menyebelahi pr sewaktu kes tski dahulu..mmg dah ada planning luar rupanya...ish! ish! PAs sememangnya tidak boleh dijadikan kawan...

Kawan makan kawan!

Abdul Said berkata...

Tak hairanlah mengapa ramai pemimpin PAS bertambah kalut. Mereka baru nampak apa nikmatnya membodek UMNO. Kalau join lagila banyak habuan. Yang hairannya ialah ahli-ahli mereka. Kita hanya disuruh taat dan kasih kepada Rasulullah s.a.w. Yang lain kalau menyeleweng dari ajaran Islam kita boleh tolak tepi. Itu yang hairannya. Siang malam dengar ceramah, solat tak tinggal, pekerti mulia tapi masih lagi menyokong orang yang menyokong orang zalim. Zaman ini di Malaysia kita pernah juga dengar orang profesional belajar ugama, belajar mengenai syariah, belajar mengenai perundangan Islam bahkan ada yang mengaji berkitab dan menghafal AlQuran. Namun jarang sekali kita dengar orang kelulusan ugama tak kira apa bidang tiba-tiba jadi arkitek, peguam, akauntan, jurutera, ahli fizik dan displin yang lain. Maknanya orang yang berpelajaran ugama jangan senang-senang mengelar diri tu ulamak (lebih-lebih kalau akhlak tu huduh) dan jangan perasan diri tu boleh jadi pentadbir yang baik. Sudah banyak contoh agensi-agensi yang dipegang oleh orang ugama sama ada dalam kerajaan atau parti politik atau NGO lintang pukang dan tidak mencerminkan kehebatan pentadbiran Islam zaman silam. Lintang pukang tu termasukla rasuah, salah urus, tidak jujur, khianat, salah guna kuasa dan mengkayakan kaum kerabat. In other words don't think that you're pretty smart in everything you do!!

Unknown berkata...

Agak2 byk lagi cerita belakang tabir tuan presiden ni buat...yg kita tak tahu...ceta belakang tabir 16 sept belum keluar tu... masa belasah amanah.. ramai pimpinan yg belasah...skg husam seorg belasah parti pas.. tunggang langgang jdnya..

Cikgu hisham berkata...

Terbaik bro!

Unknown berkata...

Di harapkan TITM tidak melakukan apa yang pernah di janjikan kepa 50 "BUDAK HITAM" yang melakukan aksi sumbang semasa Yimb Persiden ketika itu sedang berucap dan "SI BAHLUL" yang membaca "DOA' LAKNAT" konon. Tindakan yang di janjikan tidak pun di ambil. Gara gara tidak menepati janji itu maka 50 "BUDAK HITAM" sudah bertukar menjadi "HANTU" sehingga menjadi kan PAS-CHAU kukar kacir. "DOA' LAKNAT" yang di bacakan dulu itu ternyata telah terkena batang hidung PAS-CHAI sendiri.

Dengan dua peristewa itu elok lah kalau TITM mengotakan kata kata dan segera menyiasat Y.B Datuk Husam Musa, Saya pasti dia tidak gentar dengan ugutan kamu itu. Dengan berbuat demikian saya dan ramai lagi menjangka kan bahawa banyak lagi cerit cerit kotor berkaitan dengan PAS-CHAI in8i akan resurface.

Anti Fitnah berkata...

Sedih melihat orang PAS. Takut depa akan menjadi manusia yang muflis di depan Allah swt walaupun betapa banyak kali lilitan serban depa tu.

dinULTRAMAN berkata...

kah kah kah
aku tak pernah sokong Husam Musa sejak dulu lagi. Namun menjadi tanggungjawab PAS pusat menyiasat dakwaan Husam, sama ada benar atau tidak.
Jika dakwaan Husam benar, maka sebagai seorang bertanggungjawab Presiden PAS mesti dipertanggungjawabkan. Ini kerana kes hubungan PAS dengan UMNO amat sensitif kepada ahli PAS dan penyokong PAS.
Tim Presiden mesti berhenti becakap bagi mana-mana pihak, kerana Husam merupakan ahli PAS dan juga ketua kawasan PAS (Kubang Kerian).
Setelah siasatan selesai, maka menjadi tanggungjawab AJK PAS pusat membuat teguran, sama ada kepada Husam atau Presiden parti.
Adalah tidak adil kepada mana-mana individu dalam parti dihentam dan dicalarkan secara terbuka oleh AJK PAS, sedangkan kita tidak menyiasat apa yang didedahkan. Jika Husam Musa yang mempunyai nama dan bekas naib presiden dinafikan haknya sebagai seorang ahli PAS, maka bagaimana puls aku sebagai ahli yang bertaraf kuli dalam PAS boleh mendapat hak sebagai ahli PAS.
Tim Presidan dan AJK PAS Pusat mesti bertindak segera, sebelum puluhan bekas ahli PAS (AMANAH) bersuara dan mendedahkan pelbagai rahsia parti yang disembunyikan.
Mungkin benar telahan aku, bahawa PAS yang berpecah buat kali pertama akan berpecahan kali kedua. Sepertimana gempa bumi yang berlaku akan disusuri gempa yang kedua. Bahkan aku yakin bahawa orang yang menyingkirkan ahli PAS secara salah, pada suatu mada akan tersingkir pula daripada PAS secara hina.

Potailangek berkata...

Abis la ko tok garu adi awe(tghh)..rahsia skit2 dh buka..cmne ko nk ckp dpn hardcore pas kt bwh nun..dorg mmg anti umno spai bila2..hardcore2 pas sume lebih kasih n sayang TGNA banding ngan mung..
Boleh siap2 kemas baju dh adi awe oiiii..Dato Asri presideng dulu pn penah kluar pas..join umno..hahahah..mung pn blh gak kan..x de sape larang adi awe oiii..bwk skali walaun2 mung tu..

Tanpa Nama berkata...

Banyak pemimpin dan ahli mengetahui kebenaran kata kata husam. Tapi biasa la. Kona baring. Insyaallah akan menjadi rahsia umum nanti. Bertambah banyak harum manis. Inyaallah.
Hadi akan kata gumbira gumbira.

IrWrWs berkata...

Sudah2lah tu husam.. hanya melayu PAN shj yg masih simpati dgn kamu.. kalau kamu dapat simpati kami, pasti kami tak singkirkan kamu awal2 masa muktamar.. sila fikir dalam2 kenapa kamu disingkirkan.. kalau PAS yg berubah pasti kami dah humban TGHH... kami x nak jadi spt PAN yg berubah dari sokong hudud terus sanggup tolak hudud kalau DAP tolak hudud...

Saiful berkata...

Abah sayangang..demo pung tak dok ideang..tunggu sat malang ning mimping ideang come 2..

Tanpa Nama berkata...

W rosli. Bila kelantan nk laksana hudud? Atau bila hadi awe nk bentang hudud. Bila mad yakob nk resign mb kelate? Wi ko nik mamai pulak. Kehkeh

Tanpa Nama berkata...

Sian tgk ko...otak sempit hati kemetot..

Tanpa Nama berkata...

Itulah jealah modal yg kau ada sbg pencacai buta kayu adi awe tu...hudud dap, dap hudud...
Sbg muslim kami wajib terima hudud...itu kami semua sedia faham...tp yg bodohnya kau ni kena tipu oleh umngok pasal hudud tu...lepas tu jadikan dap sbg kambing hitam...itu jealah modal yg kau ada...dap, dap dan dap...perangai huduh tuanmu tu guaner pulok...nok walak pun agok agoklah...puiii...

IrWrWs berkata...

Daripada kesah2 di zaman Rasulullah SAW, memang terbuktilah wujudnya hukuman hudud di zaman Baginda serta para Khalifah selepas Baginda. Cumanya samada hukuman hudud itu benar2 dilaksanakan, ataupun ditangguhkan jika belum memenuhi syarat2 sah utk dilaksanakan.

Kesah di atas sebenarnya memang selari dgn kenyataan TGHH sebelum ini bhw perlaksanaan hukuman hudud x boleh dilakukan selagi x cukup syarat (spt yg disebut oleh beliau dlm salah satu video yg pernah menjadi viral).

Masalahnya di negara kita, jgnkan nak dilaksanakan hudud, undang2 hudud itu sendiripun belum diwujudkan terutama di peringkat persekutuan. Spt yg kita sedia maklum di peringkat negeri kelantan dan terengganu, sudahpun termaktub undang2 hudud tersebut. Tapi utk boleh dilaksanakan, perlulah ianya terlebih dahulu selari dgn perlembagaan persekutuan. Utk mencapai matlamat perlaksanaannya, perlembagaan persekutuan perlu diubah melalui undian dua pertiga majoriti atau lebih di parlimen agar selari dgn undang2 jenayah syariah yg telah termaktub di peringkat negeri. Ini ramai yg sudah sedia maklum.

Bagaimanapun, kita haruslah terima hakikat bhw inilah yg sdg diusahakn oleh PAS skrg iaitu ke arah mewujudkan hukuman hudud sepenuhnya di negeri yg rakyatnya mahukan hudud dilaksanakan terutama di negeri kelantan. Ianya dimulakan dgn penyediaan undang2 hudud secara beransur2 iaitu bermula dgn RUU kecil jenayah syariah di peringkat persekutuan sehinggalah akhirnya (marilah sama2 kita berdoa agar dipermudahkan jua) termaktublah hudud itu menjadi undang2 persekutuan yg sah. Bila dah termaktub nanti, barulah ianya selari dgn peringkat negeri, maka bolehlah pula dilaksanakan di peringkat negeri2 yg mahukan hudud. Di negeri yg x mahu hudud spt di pulau pinang sbg contoh, x perlulah bertindak apa2 selain memerhatikan shj.

Mengenai perlaksanaan sebenarnya nanti, terpulanglah kpd kebijaksanaan pemerintah negeri samada cukup syarat2nya atau tidak.

Sbg satu contoh mudah, jika kita nak ke suatu destinasi yg amat jauh, mana mungkin kita boleh sampai ke destinasi berkenaan jika tanpa wujudnya kenderaan. Tapi jika kita sudah ada kenderaan barulah boleh kita pandu ke mana2 shj samada terus ke destinasi atau kita boleh shj berhenti di tgh jalan, malah boleh shj kita berpatah balik.

Pokoknya, bila kenderaan terlebih dahulu sudah wujud, terpulang pada kita arah mana pun kita nak tuju.

Begitu juga spt perkara hudud yg dibincangkan di atas, jika kita nak menjatuhkan hukuman hudud kpd pesalah merompak, zina dan sebagainya, mana mungkin kita boleh laksanakan jika tanpa wujudnya undang2 hudud itu sendiri. Tapi jika kita sudah ada undang2 hudud, barulah boleh kita laksanakan hukuman ataupun sebaliknya bergantung pd syarat2 tertentu samada boleh utk dilaksanakan ataupun sebaliknya.

Pokoknya, bila undang2 hudud terlebih dahulu sudah wujud, terpulang pada kita cara manapun kita nak laksanakan asalkan segala syarat sudah dipenuhi.

Sekian.. Wallahua'lam ..

Unknown berkata...

Wan rosli... anda di mana2 blog memberi komen.. nama anda glemor hampir semua blog pro PH.. tapi sayang komen anda selalunya tak di terima atau di patahkan.. kalau seorg dua tak terima tak terima.. tp hampir semua tak terima.. mcm komen anda di atas semua org telah tahu dan faham sebelum anda bg komen..

IrWrWs berkata...

Suruh lah husam buat laporan polis.. kurang cerdiklah PAN nih..

rizal berkata...

nak campak TGHH mende, kalau PAS berubah sbb dia...dia mcampak orang kua adalah..kekalkan org sbb simpati, bkn sbb kompetensi org@betulnya perjuangan org. apalah korang ni. mmg yg tgl dlm PAS ni last2 cam UMNO jgklah. yg bengong je yg ada... yg pandai smua campak klua...ampeh

rizal berkata...

kalau dh nmpk hukum hudud tu ssh sgt nak lepas bila blm ada kuasa, usahakan lps dpt kuasalah. apa sshnya....janji jgn tolak hudud... mcm yg syeikh yusof qardawi ckp, laksanakan kehidupan berteraskan islam dulu, baru laksanakan hudud. bagi org nmpk dulu indahnya islam dulu. ni nak nmpk indah mende kalau yg konon pjuang hudud sdr suka maki hamun org, singkir org cara kotor.. nak ckp apa? taktik politik? dgn cara macam ni? 2x5 dgn umno jelah gini, xde beza...mmg xnmpk indah islam smpi kesudah...hudud?lupakan jelah..